IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Jumaat, 26 Februari 2010

BICARA MAULIDURRASUL SAW


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


SEJARAH ISLAM

Sejarah Islam bermula dari Nabi Ibrahim al Khalilullah AS yang dilahirkan di Babylon. Bapa baginda adalah seorang pengukir patung2 untuk dijual kepada kaumnya yang menyembah patung sebagai Tuhan. Sesungguhnya Allah sudah menunjuki Ibrahim kepada jalanyang benar dan lurus.


(Ingatlah) ketika Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar :Adakah engkau mengambil berhala menjadi Tuhan? Sesungguhnya aku melihat engkau dan kaum engkau didalam kesesatan yang nyata (6:74)


Perhatikanlah bagaimana Allah mengajarkan kepada Nabi Ibrahim dengan mengunakan kecerdasan akal fikiran yang tinggi bagi menghadapi kaumnya yang berada ditengah2 kesesatan. Ibrahim dengan bijaksana cuba mengalihkan kepercayaan kaumnya dengan mengatakan bintang2 adalah Tuhan tetapi akhirnya menafikannya pula kerana masakan Tuhan boleh hilang lenyap begitu sahaja apabila datangnya siang? Begitu juga apabila baginda mengatakan bulan dan matahari itu Tuhan tetapi turut menafikannya sebagai Tuhan apabila bulan dan matahari juga lenyap (terbenam) pada ketika2nya (rujuk al An’aam 74-83). Sesungguhnya Ibrahim memperjelaskan bahawa pasti ada Tuhan menerajui kerajaan langit dan bumi yang sangat berkuasa mengatur perjalanan malam dan siang.


Sesungguhnya Ibrahim adalah pemimpin yang didatangkan oleh Allah sebagai Rasulullah (Utusan) kepada kaumnya dengan kebijaksaan yang dibimbing dari Nur Illahi (wahyu) didalam menyampaikan kebenaran ‘Tiada Tuhan Selain Allah’ bagi mengatasi kemungkaran dan kesesatan yang sedang berlaku. Selaku seorang pemimpin, hendaklah dia terlebih dahulu melakukan kebaikan kepada diri sendiri sebagai contoh kepada masyarakat dengan membersihkan diri dari kemungkaran terhadap Allah. Beliau mengotakan apa yang dikatakan dan bukan mewarisi sifat ketam menyuruh anaknya berjalan betul sedangkan dia sendiri tidak melakukan apa yang dikatakan betul dan benar itu. “Amat besar kebencian disisi Allah bahawa kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu perbuatkan (61:3)


Ingatlah,kebesaran, kebaikan dan keagungan manusia itu bukanlah terletak kepada kecantikan paras rupa atau kekayaan harta benda, mempunyai ilmu yang tinggi serta amal ibadat yang banyak mahu pun kepada kuasa dan pangkat yang dimiliki dipandangan mata sesama manusia melainkan darjat dan nilainya hanyalah disisi Allah SWT berdasarkan kepada jiwa dan raga yang beriman dan bertaqwa kepadaNya semata2.


SIFATRASULULLAH

i) SIDDIQ (Benar) – Seorang Rasul selalu benar didalam perkataan dan perbuatannya. Mustahil dia berkata dusta dan berbohong kerana apa sahaja yang diperkatakannya dan yang diperbuatnya adalah menzahirkan perintah dan larangan Allah melalui wahyuNya. “Tidaklah Rasul itu bertutur mengikut perasaan sendiri tetapi adalah mengikut apa yang diwahyukan” (ii) AMANAH(Bertanggungjawab) – Rasul wajib menunaikan amanat yang dipertanggungjawab oleh Tuhan kepadanya iaitu menyampaikan wahyu Tuhan dan keterangan2nya kepada keseluruhan manusia dan berlaku jujur sekali pun harus ditebus dengan jiwanya. Seorang Rasul mustahil berkhianat, baikmengkhianati dirinya sendiri, manusia2 lain apa lagi untuk berkhianat kepada Allah SWT. (iii) TABLIGH (Menyampaikan) – Seorang Rasul wajib menyampaikan perintah, larangan, pengajaran dan petunjuk Allah yang diwahyukan. Segalanya disampaikan kepada manusia dengan benar tanpa menyembunyikan sedikit pun walaupun pahit untuk dinyatakan. (iv) Fatonah (Bijaksana) – Rasul memiliki kekuatan berfikir yang tinggi dan bijak menyesuaikan sebarang tindakan didalam sebarang situasi. Memiliki sifat kecerdasan mengemukakan keterangan dengan tepat dan jelas sehinggakan manusia menjadi mengerti dan memahami apa yang disampaikan.


RASULULLAH SEBAGAI USWAH HASANAH (IKUTAN)

Hari inisemua umat, khususnya diMalaysia cuti sehari lagi, tidak perlu bekerja mahu pun bersekolah dan kuliah kerana sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW. Selaku sebuah negara yang menjadikan Islam itu sebagai agama resmi didalam perlembagaan negara, maka dapatlah menikmati tambahan cuti sehari pada setiap tahun. Sehari dalam setahun inilah, kelihatan beberapa program berupa perarakkan serta sepanduk, ceramah2 perdana, diskusi2 ilmiah dan diselang selikan dengan pengucapan shalawat keatas Nabi beramai2 dimajlis yang disebut sebagai Maulidurrasul. Hal2 seumpama bagai telah menjadi acara tradisi dan kebudayaan kepada pemerintah dan masyarakat hari ini.Pada hari ini di ingatkan sejarah dan riwayat Rasulullah SAW sebagai pemimpin agong kepada manusia kerana membawa rahmat dan petunjuk dari Allah SWt iaitu Kitabullah al Quran nulKareem.


Sebenarnya tidaklah nampak sebarang kesalahan bagi manusia merayakan Maulidurrasul SAW kerana ianya merupakan satu tarikh paling penting didalam sejarah dunia keseluruhannya. Namun sesungguhnya bagi manusia untuk mengingati Nabi Muhammad SAW bukanlah sekadar pada hari keputeraan baginda semata2 kerana sebenarnya baginda sewajarnya tidak boleh dilupai langsung didalam kehidupan seseorang manusia itu. Sepanjang kehidupan manusia itu disetiap masa semestinya diliputi segala aspek yang bersangkutan dengan Rasulullah SAW baik dari perkara2 perseorangan (idividu), kemasyarakatan, negara dan dunia yang merangkumi duniawiyah mahu pun ukhrawiyah. Perihidupnya Rasulullah adalah menjadi contoh dan suri teladan, sebagai seorang muda yang luhur budi pekertinya dan jujur melaksanakan amanah dan tangungjawab. Baginda adalah seorang suami yang menjadi contoh didalam pergaulan dan kasih sayang kepada anak isteri dan kaum keluarga. Sebagai anggota masyarakat, baginda bertanggungjawab kepada jiran tetangga, mesra serta ikhlas kepada orang sekelilingnya. Nabi Muhammad SAW adalah contoh pendakwah yang bijaksana, seorang mujahid dan pahlawan dimedan perang. Baginda juga adalah contoh selaku ketua negara yang adil dan pintar berpolitik.


Kisah dan riwayat Rasulullah bukan sekadar untuk dibacakan untuk mengenang sejarah lama atau dikaji sekadar untuk bahan2 ilmiah, mahu pun dijadikan tajuk2 ceramah dan diskusi disempena hari keputeraan. Sebenarnya segalanya adalah untuk melihat dan dijadikan sebagai contoh didalam semua urusan bagaimana undang2 dan perlembagaan Allah SWT itu dapat ditegakkan dan dipraktikan didalam kehidupan dan pemerintahan. Sesungguhnya mengenali Rasulullah SAW itu dapat menolong manusia mengecapi nikmat kerohaniah dan tujuan2nya untuk memahami dan mengimani al Quran nulKareem. Peradaban Islam sebenarnya yang merangkumi akidah, syariah, makrifat, akhlak dan sebagainya telah dipersembahkan oleh Rasulullah dengan jayanya. Nabi Muhammad SAW adalah role model yang didatangkan oleh Allah SWT kepada semua manusia diatas muka bumi ini. Beriman kepada Rasul adalah dengan mentaati segala perintah dan larangan Allah SWT, yakni mencontohi iaitu berbuat dan melakukan seperti baginda berbuat dan melakukan perintah dan larangan Tuhan tersebut. “Barang siapa mentaati Allah dan Rasul, maka mereka itu bersama2 orang2 yang diberikan Allah nikmat kepada mereka, iaitu Nabi2, orang2 yang benar, orang2 yang syahid dan orang2 yang soleh. Alangkah baiknya berteman dengan mereka itu (4:69)


Sesungguhnya selaku manusia yang mengaku2 sebagai umat Nabi Muhammad SAW sudah pastilah menjalani kehidupan ini dengan mencontohi baginda. Paling penting segala yang disebut diatas, maka paling terutamanya ialah menyambung tugas baginda sebagai ‘utusan Allah’ diatas muka bumi ini. Menyampaikan seruan dan mengajak manusia mentaati Allah dan RasulNya melalui kalam2 Tuhan dengan membacakan al Quran dan keterangan2nya. Berikan perkhabaran gembira dan peringatan kepada manusia dengan ayat dan kalam2 Tuhan yang terang dan nyata. “Berikan peringatan dengan al Quran akan orang2 yang takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhannya, tiada bagi mereka wali dan tidak pula penolong selain daripadaNya, mudah2an mereka bertaqwa (6:51)


Agama yang diwarisi daripada Rasulullah melalui bersanadkan Pewaris2 Nabi (Warissatul Anbi’aa) yang menyampai kepada para sahabat dan baginda yang diwahyukan oleh Allah SAW melalui perantaraan Jibril AS hendaklah pula diwariskan kepada manusia2 seterusnya. Sabda Rasulullah SAW “Ulama2 ku diumpamakan bintang2 dilangit, dengan petunjuk dan teladan dari mereka; kamu mendapat hidayah” Membaca, memahami dan mengimani al Quran adalah wajib. Agama disisi Allah ialah Islam, bukanlah yang diakal2kan dengan fikiran, bukan yang diada2kan dengan perasaan dan bukan pula secara ikut2an mahu pun pula melalui darah keturunan. Oleh itu kepada manusia, sambut dan sahutlah seruan yang mengkalamkan kalam2 Tuhan “Orang2 yang kafir dan mendustakan ayat2 Kami, mereka itulah penghuni neraka (5:86)


SIKAP RASULULLAH SAW

  1. Muhammad adalah terkenal dengan sifat jujur dan ikhlas. Beliau tidak berbohong dan sangat amanah sehingga diberi gelaran ‘al Amin – orang yang dipercayai’. Sewaktu menjalankan perniagaan barang2 Sity Khadijah ke Syria, beliau menjelaskan dengan sejujurnya tanpa cuba melesapkan sebahagian dari keuntungan besar yang diperolehi. Akhirnya Sity Khadijah terpikat akan keperibadian Muhammad sehingga dilamarnya untuk berkahwin.

  2. Ketua2 kaum Quraisy Mekah dan semua pihak mengakui kejujuran dan keadilan Muhammad bila mana disuatu ketika telah dilantik menjadi orang tengah untuk menyelesaikan pertikaian untuk meletakkan ‘Hajarul Aswad’ diBaitullahil Haram.

  3. Zaid bin Harisah pernah meminta Rasulullah untuk mendoakan kaum kafir di Ta’if agar Allah SWT melaknati mereka kerana sewaktu berdakwah baginda pernah dipukul dan dihalau, namun dengan tanpa sifat berdendam, baginda menjawab “Mengapa aku perlu berdoa begitu, sekarang mereka tidak menerima Islam tetapi keturunan mereka nanti pasti menerimanya”

  4. Rasulullah sangat dipercayai dan sangat amanah sehingga dilantik sebagai penjaga banyak harta benda orang2 Quraisy, ketika baginda diperintahkan Allah untuk berhijrah keMadinah baginda memulangkan semula semuanya kepada yang empunya melalui perantaraan Sayyidina Ali bin Abi Talib. Salah satu sebab kekalahan tentera Quraisy didalam Perang Badar ialah kerana mereka berasa berbelah bagi serta serba salah untuk memerangi seseorang yang sebenarnya mereka hormati atas sikap2 baginda yang terlalu baik itu.

  5. Rasulullah memulakan dakwah dan perjuangan menegakkan syiar Islam secara bersendirian tanpa pembantu2 kerana Baginda tidak mencari pengaruh atau menggunakan kekayaan dan harta benda termasuk kepunyaan isterinya (Sity Khadijah) untuk mengumpul pengikut

  6. Syiar Islam berkembang dan mendapat sokongan kerana Nabi Muhammad SAW hanya menyampaikan kebenaran wahyu Allah tanpa menambah atau mengurangkan sedikit pun kalimat2 Allah. Baginda tidak pernah mengenakan upah mahu pun meminta bayaran. “Aku tidak minta upah kepada mu atas usaha ku. Upah ku tidak lain hanya daripada Tuhan ku semesta alam”

  7. Didalam peringkat pertama misi dakwah, seruan bermula dengan ahli keluarga terdekat dan sahabat2 karib yang dipercayai kerana perjuangan harus dimulakan diperingkat ini terlebih dahulu, kemudian baharulah keperingkat yang lebih luas kerana keluarga dan sahabat adalah asas yang kukuh untuk mengatur langkah seterusnya.


MENGAPA DISEBUT TAHUN GAJAH?

Tahun Gajah’ selalu disebut apabila tibanya Maulidurrasul. Ini adalah disebabkan kerana berlakunya penyerbuan kira2 20,000 tentera bergajah menyerang Baitullahil Haram (Kaabah) dibawah kepimpinan Raja Habsyah dari Yaman bernama ‘Abrahah. Serangan ini bertujuan untuk menghancurkan Kaabah, dimana peritiwa ini termaktub didalam al Quran Surah al Fiil 105:1-5. Raja ‘Abrahah mahu menghancurkan Kaabah kerana binaan yang dibinanya menyerupai Kaabah diShan’an diberi nama ‘al Qulles’ yang disadur emas dan perak gagal untuk menarik minat umat manusia untuk berkunjung dan beribadat.


Dalam hubungan ini, dapatlah dijadikan pengajaran bahawa sesuatu pembinaan masjid dan surau itu jika tidak berasaskan ketakqwaan kepada Allah SWT, nescaya tidak mendapat restu dan keberkatanNya untuk dapat menawan hati orang2 yang beriman untuk mengunjungi dan beribadat didalamnya. “Manakah yang lebih baik, orang yang mengasaskan pembangunan masjidnya atas taqwa kepada Allah dan keredhaanNya atau orang yang mengasaskan pembangunan masjidnya diatas jurang yang hampir runtuh, lalu ia jatuh bersama2 bangunannya itu kedalam neraka jahanam? Allah tiada menunjuki kaum yang aniaya (9:109; bacalah juga 107&108)


Sesungguhnya tidak membawa sebarang erti mahu pun manfaatnya kepada manusia itu jika perayaan Maulidurrasul ini hanya satu pesta perayaan tanpa manusia itu mengubah prinsip2 hidup dengan mencontohi dan mengamalkan prinsip2 Rasulullah SAW. Perayaan ini tidak akan mendatangkan kebajikan disisi Allah, sebaliknya menambahkan kesesatan dan mengundang kemurkaan Allah SWT serta hanyalah mendatangkan kezaliman terhadap diri sendiri semata2, dan yang hanya dapat hanyalah hari cuti sehari! (Barangkali manusia terlupa bahawa peristiwa ketiga yang berlaku pada tanggal 12 Rabiulawal ialah kewafatan Nabi Muhammad SAW)


Akhirulkalam, “Dengan kebenaran Kami turunkan al Quran dan dengan kebenaran ia turun. Kami tiada mengutus engkau melainkan untuk memberi khabar gembira dan khabar takut (17:105) ana hanyalah memberikan perkhabaran gembira kepada mereka yang mahu beriman dan satu peringatan kepada mereka yang engkar, dengan membacakan kalam Tuhan, Kitabullah al Quran nul Kareem, namun “Barang siapa mentaati Rasul, sesungguhnya ia telah mentaati Allah, Barang siapa berpaling, maka Kami tiada mengutus engkau untuk menjaga mereka (4:80)


Selamat menyambut Maulidurrasul dan selamat bercuti…………..!!!

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan