IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Isnin, 20 Februari 2012

SUNNATULLAH TIDAK BERUBAH


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Dan janganlah kamu mengadakan Tuhan yang lain disamping Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu 51:51


Sesungguhnya Kalamullah itu terlebih dahulunya adalah peringatan untuk diri sendiri, dan adalah menjadi kewajiban untuk menyampaikan peringatan kepada manusia manusia lain, maka begitulah seterusnya kepada manusia. Kalamullah sebagai khabar gembira kepada orang orang yang beriman dan satu peringatan takut kepada yang ingkar. Dahulu telah berlaku, akan datang pasti berlaku; dahulu dan akan datang itu sekarang sedang berlaku. Tidak ada yang sekarang jika tiada yang terdahulu, tidak ada masa akan datang jika tiada sekarang; terdahulu dan akan datang itu adalah sekarang.


(Quran) ini tidak lain hanya peringatan bagi semesta alam 39:87


Sesungguhnya Allah SWT itu sentiasa berKalam dengan sangat jelas dan terang. Bacalah dengan namaNYA, bukan pula disesuaikan dengan ilmu mau pun aqal fikir. Kepada Nabi Muhammad SAW 1,4++ tahun dahulu selayaknya baginda yang ummi berKalamkan Kalam Tuhan yang diturunkan, selayaknya juga Datuk Adam AS berkata yang Allah SWT ajarkan KalamNYA kepadanya. Allah SWT yang mengajarkan penjelasan yang dari KalamuNYA juga. Kalamullah tidak memerlukan pendapat, idea dan pandangan ilmu aqal fikir mau pun rasa rasa untuk disesuaikan dengan kehendak citarasa manusia.


Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu 48:23


Sunnahtullah ialah ketetapan Allah SWT. Tuhan berKehendak begitu. Segala sesuatu adalah ketetapanNYA sejak azali dan sudah tertulis di Luthmahfudz. Dengan Maha Agong bagi segala sifat Allah SWT itu, maka diturunkan Kalamullah sebagai ketetapanNYA yakni Kitabullah. Sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perjalanan sunahtullah, sehinggakan al Quran itu Qodeem dan tiada sebarang perubahan keatasnya sehingga akhir zaman. Ketetapan Allah SWT melalui Kitabullah al Quran itu sentiasa berlaku tanpa mengambil kira perbezaan ketika zamannya diatas muka bumi ini. Sehebat mana tamadun dan peradaban manusia didunia ini, ketetapan Tuhan sentiasa bertepatan sunnahNYA. Segalanya termaktub dengan mutlak termasuk barang mana yang melampaui batas ketentuanNYA tersebut. Pengkisahan peristiwa dan nama nama, perintah suruh dan tegahan, khabar gembira dan peringatan takut daripada Allah SWT didalam alQuran adalah menjurus keimanan dan ketaqwaan seseorang hamba itu kepadaNYA. Tiada perubahan dan tidak berhenti sunnatullah diatas muka bumi ini


Dan tidaklah patut bagi seorang manusia bahwa Allah akan berbicara kepadanya kecuali dengan perantaraan wahyu atau dari belakang tabir atau dengan mengutus utusan lalu diwahyukan kepadanya dengan izinNya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana 42:51


Allah SWT sentiasa tetap berKalam. DIA berKalam berulang ulang tanpa berubah ubah sehingga bertambah jelas dan terang. Diciptakan manusia itu sebagai Khalifah - Pemimpin diatas muka bumi ini. Kesemua manusia itu pemimpin termasuk kepada dirinya sendiri. Terbahagi pemimpin itu kepada yang didatangkan Allah SWT membawakan Kalamullah untuk mengajak manusia termasuk diri sendiri dan pemimpin yang terpimpin oleh hawa nafsu dan iblisyaitan. Kalam Tuhan yang disampai serukan tanpa perubahan mengikut kewajaran semasa dan tempat. Seungguhnya al Quran Kalamullah itu Qodeem dengan pemimpin yang sentiasa didatangkan Tuhan. Sunnahtullah tidak terhenti dan tidak berubah ubah. al Quran Kalamullah itu hidup dan berjalan sentiasa dan ianya Qodeem sampai bila bila. Allah SWT sentiasa berKalam menyeru manusia untuk kepadaNYA sebagai tempat kembali


MUHAMMAD itu sekali kali bukan bapak kepada seorang lelaki diantara kamu, tetapi dia adalah Rosulullah dan penutup nabi nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu 33:40


Muhammad Rosulullah – Utusan Allah bukan anak kepada Abdullah dan bondanya Aminah, tidak anak lelakinya bernama Qossim dan isterinya Khodijah. Kebanyakan manusia beranggapan sunnahtullah sudah terhenti apabila Muhammad anak Abudullah dan Muhammad bapa kepada Qossim wafat dan Allah SWT sudah tidak berKalam lagi. Dengan itu al Quran hanya senaskah buku sudah tidak terpakai lagi sebagai perlembagaan kehidupan didunia ini. Manusia menjadikan Kalamullah bukan sebagai peringatan melainkan seperti buku sejarah yang menjadi kajian ilmunya. Jika pun disampaikan hanyalah berlandaskan ilmu dan aqal fikirnya semata, sehinggakan diantara haq dan bathil itu bercampur baur cukup mesra. Mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagiannya. Manusia sudah tidak beragama seperti selayaknya lagi


Sesungguhnya Muhammad bin Abdullah adalah bapa kepada seorang lelaki dan ianya sudah wafat, namun Muhammad Utusan Allah itu sentiasa hidup dan tidak pernah mati. Allah SWT sentiasa menyeru dengan KalamNYA dengan sentiasa mendatangkan UtusanNYA diatas muka bumi ini. Sunahtullah tidak berhenti. Allah SWT sentiasa berKalam. Kepada manusia terserah sahaja mahu menyebut diri sendiri atau diberi gelar oleh orang lain sebagai khalifah, presiden, perdana menteri, ulama, tok guru, ustaz atau pun kiyai, namun yang didatangkan oleh Allah SWT pastilah yang hanya berKalamkan Kalamullah. Pasti yang disampai serukan Ayat ayat Allah SWT. Datuk Adam AS dan yang sesudahnya tidak bersaksikan Muhammad cucu ku, atau Fatimah bersaksikan Muhammad ayahanda ku mau pun Sity Khodijah menyebut Muhammad suami ku, melainkan ‘Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, aku bersaksi Muhammad Utusan Allah’. Muhammad UtusanNYA sebagai alQuran yang Qodeem, hidup dan berjalan sentiasa


Jangan kamu katakan mati orang orang yang dijalan fisabilillah itu, sebenarnya mereka itu hidup tetapi kamu tidak mengetahui 2:154

Janganlah kamu kira mati mereka yang berjuang dijalan Allah, padahal mereka itu hidup disisi Tuhannya, serta mendapat rezeki 3:169


Nabi sebagai pembawa Berita Besar – anNaba’. Pengkhabaran berita besar hanyalah dari Allah SWT melalui KalamNYA. ‘Innadinnaindallahilislam - Agama disisi Allah SWT adalah Islam’. Agama Islam itulah an-Naba’ yang dibawa oleh Nabi dari Tuhan melalui KalamNYA. Berita besar hanya satu sahaja, tiada berita besar selain itu. Allah SWT menggarapkan tidak ada nabi yakni bukanlah nabi jika membawakan selain itu. Selain itu adalah berita bohong dibawa oleh nabi palsu dan pendusta. Nabi dan anNaba’ daripada Allah SWT sebagai yang awal dan yang akhir, penutup kepada kedua duanya. Sentiasa Allah SWT berkalam dengan didatangkan Muhammad UtusanNYA kepada ummat manusia


“Orang orang Kafir dibawa ke Neraka Jahanamberbondong bonding. Sehingga apabila mereka samapi kenerakan itu, dibukakan pintu pintunya dan berkatalah kepada merekka penjaganya : Apakah belum pernah datang kepada mu Utusan utusan diantara mu yang membacakan kepada mu Ayat Tuhan mu dan memperingatkan kepada mu pertemuan dengan hari ini? Mereka menjawab : Benar (telah datang) Tetapi telah pasti berlaku ketetapan azab terhadap orang orang kafir 39:71


Benar! Allah SWT sentiasa berKalam dengan sentiasa didatangkan UtusanNYA diatas muka bumi ini. Sesungguhnya tidak terhenti sunahtullah walaupun Nabi Muhammad SAW sudah wafat. Mustahil Allah SWT itu bersifat zalim kepada hamba yang hidup sesudah 1,4++ tahun hingga sekarang dan yang seterusnya. Jelas kepada semua ummat pastilah didatangkan UtusanNYA dari kalangan manusia itu membacakan Ayat ayat Tuhan, Kalamullah. namun mereka menolak malah menentang sehingga menjadi ingkar (kafir). Mereka dihumban kedalam neraka untuk menerima azab dan kekal didalamnya


Bagaimana kamu menjadi kafir, sedangkan dibaca kepada mu Ayat ayat Allah dan pada mu ada UtusanNYA? Barangsiapa yang berpegang kepada Allah, sesungguhnya ia mendapat petunjuk ke jalan yang lurus 3:101


Demikianlah sunnahtullah tidak berhenti dan tidak akan pernah berhenti. Dahulu, akan datang dan sekarang tiada perubahan. al Quran, Kalamullah itu sesungguhnya Qodeem sentiasa. Allah SWT itu sentiasa berKalam dengan UtusanNYA yang sentiasa didatangkan berada ditengah tengah kalangan manusia itu. Selayaknya bagi orang orang yang beriman, berilmu dan beramal itu menyahut dan menyambut seruan Kalamullah bagi kesempurnaan, keselamatan dan kemenangan kepada ummat dan agama didunia hingga kahirat.


Apakah kamu (tidak percaya) dan hairan bahawa datang kepada kamu peringatan dari Tuhan mu dengan perantaraan seorang lelaki dari golongan kamu agar dia memberi peringatan kepada mu dan mudah mudahan kamu bertaqwa dan supaya kamu mendapat rahmat 7:63


Ditengah tengah kamu ada Muhammad Utusan Allah. Selayaknya seperti manusia yang seperti lain adanya sebagai hamba. Hamba yang pasti lemah hanyalah sebagai pesuruh yang sukarela untuk taat dan setia keatas TuhanNYA. Hanyasanya Kalamullah dikumandangkan tanpa ragu dan tidak gentar kerana perintah Tuhan sebagai ‘Muhammad abduhu wa Rosuluh – Muhammad hambaNYA lagi Utusan Allah’ Sesungguhnya barangsiapa menjadi penentang itu hanyalah mereka menentang Allah SWT yang berKalam sehinggakan kafir kepadaNYA. Ketahuilah, Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,


SALAMUNQAULAMMIRROBIIRROHIIM – (Kepada mereka) SALAM, sebagai ucapan selamat dari Tuhan yang Maha Penyayang

Wassalam


Khamis, 9 Februari 2012

CATATAN PERJALANAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bagaimana kamu menjadi kafir,

sedangkan dibaca kepada mu Ayat ayat Allah dan

pada mu ada UtusanNYA? Barangsiapa yang berpegang kepada Allah,

sesungguhnya ia mendapat petunjuk ke jalan yang lurus 3:101


Tidaklah iblis dan manusia itu menjadi kafir kerana mereka berTuhankan selain Allah SWT, atau sebagai penzina, minum arak mahu pun merompak, bukan pula kerana menyembah berhala, meninggalkan sholat, tidak berpuasa mahu pun enggan mengeluarkan zakat. Sesungguhnya mereka menjadi kafir lantaran menolak Kalamullah yang diserukan


Iblis sebagai hamba Tuhan, sentiasa sujud dan bertasbih memuji Tuhan yang Maha Pencipta, sehingga menjadi ketua kepada para malaikat, akhirnya menjadi kafir dan dilaknati Allah SWT dunia akhirat lantaran sangat merasa tinggi kedudukannya dan asal kejadian. Diajar Tuhan Adam as dengan ilmu KalamNYA bagi menyebutkan perkara dan nama yang mana iblis langsung tidak mengetahuinya, namun iblis tetap berasa ego dengan kemuliaannya daripada Adam as yang diberi rupa bentuk dari tanah hitam


Dahulu telah berlaku, akan datang pasti berlaku; dahulu dan akan datang itu sekarang sedang berlaku


Seorang manusia kelihatan sangat tinggi ilmu dengan sijil, ijazah dan tauliahnya, manakala amal ibadatnya sangat banyak dengan berketerampilan sungguh warak. Sedemikian mereka mengagamakan agama itu sehinggakan beroleh kemuliaan dan darjah kebesaran. Sebagai seorang tok guru atau kiyai ramai anak muridnya. Kepada mereka sangat tidak bersesuaian bila mana Allah SWT mendatangkan dari kalangannya yang tidak tau tulis baca, apa lagi hanya seorang gembala kambing berKalamkan Ayat ayatNYA


Tidak ada yang sekarang jika tiada yang terdahulu. Tidak ada dimasa akan datang jika tiada yang sekarang


Bermula dari Adam as disyurga sehinggalah diturunkan kedunia, sesungguhnya silih berganti didatangkan oleh Allah SWT seorang anak Adam menyerukan Ayat ayatNYA. Sebaliknya begitulah juga iblis sentiasa berusaha menyesatkan manusia supaya menjadi penentang dan akhirnya kafir sehingga dilaknatiNYA dunia akhirat. Sesungguhnya iblis itu sangat mengakui Allah SWT sebagai Tuhannya, begitu juga manusia sangat kuat beramal ibadat kepada Allah SWT dengan ilmunya namun ia ingkar kepada Kalamullah yang dikumandangkan kepada mereka


Jelasnya, iblis itu menjadi kafir dan dilaknati Allah SWT kerana menolak Adam as yang berKalamkan Kalam Tuhan, dan apabila dibangkitkan seorang anak cucu Adam yang seumpama diatas muka bumi ini lalu kebanyakan manusia itu menjadi konco iblis yang mengikuti langkah untuk menjadi kafir pula. Sesungguhnya, maka nyatalah syaitan berupa manusia sebagai konco iblis menjadi musuh kepada manusia yang beriman


Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka Sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) 9:107


Hampir sebulan mengadakan perjalanan didalam negara. Banyak masjid dan surau disinggahi untuk bersholat, disamping menyahut perintah Allah SWT untuk menyeru manusia dengan mengumandangkan Kalamullah sebagai peringatan. Berbagai peristiwa yang tidak diduga dan tidak sepatutnya berlaku. Sungguh sangat tidak wajarnya memohon keizinan dari seorang manusia Pengerusi untuk Allah SWT menyerukan : ‘Wahai orang orang yang beriman! ....’


Pastilah jemaah yang berada didalam masjid dan surau terdiri dari kalangan mereka yang beriman dan sudah Islam kerana ulang alik kemasjid setiap waktu dan menedengar ceramah. Sesungguhnya Kalamullah itu sebagai khabar gembira kepada orang orang yang beriman itu, sebaliknya mereka tidak mahu mendengarkan apabila dibacakan. Mereka seolah berkata, sampaikanlah kepada orang Hindu, Budha atau Kristian; Islamkan mereka! Barangkali mereka sanggup menukar Kalimat Allah kepada : ‘Wahai orang orang kafir! .....’???


Terdapat dua keputusan iaitu keizinan dan tiada keizinan, namun purata yang mengizinkan adalah 2 daripada sepuluh buah Rumah Allah! Persepsi yang mengizinkan, hanya dua daripada 10 orang yang mendengarkan dengan berlapang dada menerima Kalamullah yang dikumandangkan!


Tidak di izinkan membuat seruan Allah SWT didalam masjid kerana tidak mempunyai sijil tauliah daripada pejabat penguasa agama sebagai alasan mutlak. Walau ditegaskan hanya mahu menyampaikan beberapa dari Ayat ayat Allah SWT, mereka takut untuk membenarkan, pertamanya kerana kuasa dipegang oleh Jabatan Agama, dan keduanya ragu untuk percaya serta takut sesat, lebih lebih lagi ini kali pertama datang malah tidak pernah kenal. Walau pun mereka berkata ‘kami telah beriman kepada Kitabullah’ namun tidak pula mahu mendengarkan KalamNYA dibacakan. Kebanyakan masjid dan surau bukan lagi sebagai RumahNYA kerana tidak dibenarkan berKalam. Tuhan telah dibisukan!


Sebagaimana (Kami telah memberi peringatan), Kami telah menurunkan (azab) kepada orang-orang yang membagi-bagi (Kitab Allah) (yaitu) orang-orang yang telah menjadikan Al Quran itu terbagi-bagi 15:90-91


Bagi majlis yang izin, peratus orang yang banyak itu merasa bagaikan al Quran pemecah belah keharmonian sesama mereka selama ini. Sudah turun temurun tok guru mau pun ustaz mengajarkan ilmu dan amal, dengan mendahulukan buku karangan manusia yang mereka panggil ulama tersohor. Bermula sejak dizaman persekolahan sehinggalah dewasa dan tua bangka, manusia diajarkan agama itu dengan mendahulukan pendapat dan teori aqal fikir yang direkayasa. Bersungguh sungguh mereka mengadakan kelas pengajian disurau dan masjid dengan berpegang kepada ilmu dan beramal ibadat berpandukan berbagai buku fekah, usuluddin, tasawuf dan sebagainya


Buku karangan itu menjadi dokma sebagai doktrin untuk beragama sehingga Kitabullah disimpan ditempat yang tinggi didalam almari kerana sangat memuliakan Kalamullah tersebut. Mereka takut untuk memahami al Quran itu kerana ilmunya sangat payah dengan memerlukan sekurang kurangnya 7, malah lebih 20 ilmu tuntutan seperti bahasa, nahu, mantik, asbabul nuzul dan sebagainya! Jika pun diajarkan al Quran itu hanya tajwid dan melagukan dengan kemerduan suara. Disurau Ampang, Ipoh, walau sudah mendapat izin 20 minit pada awalnya tetapi kelas tajwid al Quran mingguan mereka diteruskan juga, sehingga 3 orang yang pada mulanya menunjukkan minat dengan selamba meninggalkan Kalamullah belum pun habis dibacakan


Di Tapah, keizinan seawal dua hari sebelum, sudah diperolehi daripada Pengerusi surau melalui seorang Ikhwan, tetapi terpaksa dibatalkan disaat saat akhir. Ustaz yang mengajarkan ilmu dari buku Iman al Ghazali sekali sebulan disurau tersebut mempercepatkan jadualnya kerana hari sebenarnya (next week) dia ‘terpaksa’ menghadiri majlis keraian anjuran Menteri Besar. Kelihatan terlopong beberapa orang dengan mulut ternganga serta menganggukkan kepala bila mana sang ustaz mengatakan wajib berbukukan karangan ulama tersohor itu untuk menjadi Islam sejati! Kelihatan diakhir ceramahnya, salam Pengerusi beserta sampul berlipat cepat cepat dimasukan kedalam poket jubahnya. Jika dia tidak datang hari itu, bermakna pada bulan tersebut tidak ada masyuuk


Sebuah pusat pengajian dan peramalan tareqat, di Taman Melewar, Kuala Lumpur mengadakan majlis tahlil memperingati hari hol ke 5 tahun guru mereka. Melalui seorang kawan kepada Ikhwan, telah dijemput sebagai tetamu untuk slot ucapan dihadapan lebih dari 100 orang ahli tareqat tersebut. Sesungguhnya bukanlah tepukan gemuruh yang diharapkan kepada Ayat ayat Allah SWT yang diserukan tetapi bagi mereka ucapan daripada kiyai mereka kelihatan lebih menarik kerana diselitkan lawak jenaka malah turut menyanyikan bait lagu lagu P Ramlee. Difahamkan kiyai tersebut mendapat sokongan 100% akan mengambil alih pucuk pimpinan pusat pengajian/tareqat tersebut dalam waktu terdekat


Disebuah masjid, di Melaka, permohonan untuk berKalamkan Kalamullah tidak mendapat izin, kerana mereka mengadakan majlis berzanji dan marhaban sempena Maulidur Rasul SAW. Betapa mereka mengatakan cinta kepada Nabi dihari ulangtahun kelahiran Baginda, namun apabila datang seorang anak manusia mahu membacakan Ayat ayat Allah SWT seperti mana Nabi dahulu berbuat, mereka ‘membunuhnya’ pula


Di Kelantan, si tokoh besar bersedia meluang masa selama 20 minit berjumpa dan mendengarkan Kalamullah didalam masjid diperkarangan kediamannya. Barangkali benarlah sebagai seorang tokoh agama yang sangat memahami al Quran itu, dengan sopan menghulurkan tangan bersalam dan terus memasuki rumahnya. Tanpa sepatah bicara tanda sokongan mau pun menentang, beliau berlalu dengan jangkaan beliau akan datang semula, namun tidak muncul muncul semula. Sebagai tetamu, mungkin disuruh tunggu atau diminta berambus? Ditanya kepada seseorang yang mungkin cucunya, mengatakan ‘Datuk berehat dan tidak boleh diganggu!’


Wahai orang orang yang beriman! Masuklah kedalam Islam kaffah, dan janganlah kamu ikut langkah langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata 2:208


Seungguhnya bukanlah syaitan dipohon besar, atau diatas busut dan dirumah rumah kosong menghalang manusia untuk menerima Ayat ayat Allah SWT yang dikumandangkan sehinggakan manusia itu menjadi kafir. Tidak juga mereka mengajak untuk berzina, minum arak atau berjudi agar manusia itu mengerjakan perkara maksiat dan mungkar. Sesungguhnya manusia yang mengikuti langkah langkah iblis itu adalah syaitan syaitan sebagai musuh yang nyata didepan mata dan boleh didengar suaranya. Mereka menentang dan menghalang Ayat ayat Allah SWT dibacakan ......


Wassalam