IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Rabu, 24 Februari 2010

BICARA MENJELANG MAULIDURRASUL SAW

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


PEMIMPIN DAN TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN


“Innama analakum nadzirun mubiin – ana bagi kamu hanya pemberi peringatan yang nyata” Baru2 ini ana menolak pelawaan tidak rasmi daripada Pengerusi Masjid untuk menjadi sebagai Iman dimasjid kariah. Apabila ditanya mengapa ana menolak, sedangkan dibayar gaji/elaun bulanan sekitar RM450.00? Bukan sebenarnya perkara gaji itu sebabnya ana menolak, namun kerana perlantikkan sebagai Imam ini sebenarnya tidak bertepatan dan bersesuaian langsung antara tugas dengan jawatan yang dipegang. ana tidak mampu untuk mematuhi apalagi untuk memenuhi 3 dari syarat utama yang diarahkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri iaitu :-

1) Menjadi Imam solat fardhu Jumaat secara bergilir sebulan sekali dikalangan 4 orang yang dilantik

2) Membacakan teks khutbah yang disediakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri sahaja

3) Menghadirkan diri dan menjadi Imam solah fadhu 5X sehari semalam selama seminggu sebulan dikalangan 4 orang yang dilantik


Selain dari itu, mensolatkan jenazah, membaca talkin apabila kematian, mengepalai majlis bacaan Yassin dan tahlill serta doa selamat. Mengikut Pengerusi bukan susah sangat kerja dan tugas Imam; seminggu dalam sebulan sahaja. Menurut beliau, adalah diwajibkan untuk membaca teks khutbah dari jabatan kerana ditakuti menyeleweng atau pun nanti akan mencampuri isu2 politik semasa dan kelak akan menimbulkan ketegangan awam jika dari sumber yang lain (berpolitik didalam masjid). Sebenarnya kedudukan empat orang Imam yang dilantik didalam kariah berada dinombor yang entah keberapa kerana carta oraganiasasinya lebih kurang adalah seperti berikut :-

Undang2 Tubuh Negeri > Sultan/Raja > Jabatan Agama Negeri (Pengarah Negeri > Pegawai Tadbir Agama Daerah > Penghulu Mukim (Penaung Kariah) > Ketua Kampong (Penasihat) > Pengerusi Kariah dan 15 AJK) > Imam > Muazin > Siak.


Difinisi pihak berkuasa agama negeri begitu sempit dan terkongkong oleh Undang2 Tubuh Negeri, sesungguhnya kedudukan Agama Islam itu berada jauh dibawah kanun ciptaan manusia yang lebih tinggi lagi dimuliakan. Apabila ditanyai bagaimana jika berlaku sesuatu permasalahan dikalangan masyarakat kariah seperti masalah moral dan maksiat, kekufuran dan kemungkaran? Jawaban yang diberikan ialah, semua itu diluar kuasa Imam dan tidak harus masuk campur kerana perkara2 tersebut adalah dibawah kuasa Ketua Kampong (JKKK) dan pihak keselamatan (polis)! “Sesungguhnya mereka telah membuat fitnah sebelum itu dan memutar balikkan urusan2 kepada engkau, sehingga datang kebenaran dan lahirlah perintah Allah, sedangkan mereka itu benci kepadanya (9:48)


Didalam sebuah negara yang mengaku sebagai negara Islam dimata dunia dengan meletakkan Agama Islam sebagai agama resmi didalam perlembagaan, dimana tampuk kuasa pemerintahan diterajui oleh mereka2 yang ngaku2 Islam sebenarnya ana tidak mahu terlibat bersekongkol meletakkan kesucian Agama Islam yang dari sisi Allah SWT ini dikebelakangkan dengan sejelek2nya!


Wahai manusia! Sesungguhnya ana bagi kamu adalah pemberi peringatan yang terang dan nyata. Manakan ada suatu keterangan yang terang dan nyata selain dari kalimat2 dari Tuhan yang dibacakan kepada mu bersama keterangan2nya. Adalah satu ketetapan Allah SWT bahawa Islam adalah kerajaan yang memerintah dan manusia dijadikan oleh Allah sebagai Khalifah (Pemimpin) diatas muka bumi ini dengan menurunkan wahyuNya sebagai perlembagaan dimana Nabi Muhammad SAW telah diutus sebagai pelaksana contoh yang berjaya dan adalah menjadi kewajiban kepada manusia mengekalkan ketetapan Tuhan tersebut. Sekurang2nya manusia itu sendiri adalah pemimpin kepada dirinya dan pasti ditanyai Allah SWT tanggungjawabnya keatas dirinya itu diakhirat kelak, begitulah juga kedudukan kepada sesiapa sahaja termasuk raja, presiden, perdana menteri dan penguasa lainnya, malahan juga kepada bapa, ibu, guru dan mahu pun manusia itu sebagai anak, cucu waima cicit, piut dan sebagainya! Semuanya adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan keatas kepimpinannya.


‘Dari Ibnu Umar ra, dari Nabi SAW, sabdanya “Ketahuilah! Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinan mu. Seorang Amir (raja, presiden, perdana menteri – pemerintah) yang berkuasa terhadap rakyat akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin diatas keluarganya, dia akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin dirumah tangga suami dan anak2nya, dia akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta kekayaan majikannya yang dipercayakan kepadanya, dia juga akan ditanya tentang kepimpinannya. Ketahuilah, setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya” (Muslim)


Sehubungan dengan itu, sesungguhnya akar umbi segala kebaikan dan kemungkaran adalah diletakkan pertanggungjawaban dibawah pemimpin. Menjenguk kepada keadaan kemungkaran dan kemaksiatan yang sangat berleluasa hari ini, sewajarnyalah manusia yang bergelar sebagai pemimpin itu dipertikaikan kerana sesungguhnya perkara2 tersebut berlaku adalah kerana manusia itu sendiri yang mengundangnya untuk berlaku. Melihat kepada skop yang besar dan luas, maka pemerintah2 (pemimpin) mesti dipertanggungjawabkan, kerana merekalah peneraju kerajaan yang memerintah. Maka merekalah akar umbi kemungkaran dan kemaksiatan itu sebenarnya.


Tampuk pemerintahan (kuasa) terletak mutlak keatas mereka, dimana kekayaan negara terletak ditangan mereka untuk menguruskanya termasuklah membelanjakannya. Mereka menguasai sepenuhnya pentadbiran, ekonomi, keselamatan (polis dan tentera), menjaga kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Paling mendukacitakan, kekuasaan mutlak adalah milik mereka bagi merangka perlembagaan, undang2 dan hukuman untuk diguna pakai bagi semua sistem pentadbiran politik, ekonomi dan sosial keseluruhannya didalam pemerintahan..


Keruntuhan moral dan salah laku sosial seperti pelacuran, penzinaan, pembuangan bayi, penyalahan gunaan dadah, arak, judi dan sebagainya tidak berjaya dibendung kerana pemerintahan berteraskan kerajaan Islam dan perlembagaan dari Tuhan tidak dijadikan asas pemerintahan malah telah dikebelakangkan sama sekali.. Kebebasan yang disebut hak asasi manusia, walaupun jelas bercanggah dengan kehendak perintah dan larangan Tuhan mendapat pembelaan apabila dibawa kemahkamah yang sememangnya mengamalkan undang2 yang dicipta oleh manusia sendiri. Undang2 yang diguna pakai tidak mampu pun untuk membendung jenayah apalagi untuk mencegahnya dari terus berlaku. Sedari kecil anak2 terdidik dan diarahkan kepada sistem pendidikan yang mementingkan pencapaian akademik dan kemahiran. Hidup gaya moden yang bebas pergaulan sesama bukan mahram sebenarnya digalakkan dengan mengimpot budaya luar untuk dipraktikkan terutama didalam bidang seni, hiburan dan sukan, serta dilambangkan sebagai satu pencapaian yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sebenarnya kemungkaran dan maksiat yang berleluasa berlaku dikalangan rakyat mendapat bantuan terus dari kuasa kerajaan yang ada, bukan seperti yang sepatutnya untuk membenteras dan mencegah kemungkaran itu dari terus tetap berlaku


Sesungguhnya sebarang sistem yang diguna pakai oleh pemimpin (pemerintah) itu, jika bukan apa yang digarap Tuhan didalam al Quran; ianya adalah hanya diada2kan oleh manusia bagi menjaga kepentingan mereka seperti untuk mengekalkan kekuasaan dan kekayaan mereka semata2. Sehinggakan kekuasaan yang ada pada mereka digunakan untuk negara dan dunia bergerak mengikut kehendak mereka. Perhatikan disebaliknya wajah dan rupa siraja, menteri2, ulama2, hakim, tuan punya panggung, artis, orang berpangkat, peniaga arak dan judi, tauke pusat2 hiburan, penerbit majalah2, tuan tanah kedaung dan sebagainya, sebenarnya adalah sipenghancur dan tukang2 penjahanamkan kehidupan yang berasaskan akhlak dan maruah yang tinggi lagi mulia anjuran Islam melalui al Quran.. Perkara2 yang sahih haram telah dihalalkan tanpa segan silu. Pemegang kuasa terdiri dari mereka yang mempunyai tangan dan hati yang busuk kerana segala yang berupa kemungkaran dan kemaksiatan dibiarkan berleluasa berjalan dan terus berkembang pesat dari masa kesemasa kerana kantung menjadi berisi dan penuh dari hasil lesen dan cukai yang dikutip saban tahun. “Demikianlah, Kami adakan pada tiap2 negeri orang2 yang besar dosanya, sehingga mereka menipu didalam negeri itu. Tetapi tiadalah mereka menipu (orang lain) hanya diri mereka sendiri, sedangkan mereka tiada sedar (6:123)


Perhatikan kepada sistem ekonomi yang diguna pakai, tidak ada keadilan kepada yang lemah dan simiskin; lemah bertambah lemah dan miskin bertambah miskin; yang kuat bertambah kuat dan yang kaya bertambah kaya. Kroni, nepotisma, rasuah, ampu dan bodek menjadi amalan didalam agihan kekayaan harta negara secara sengaja dan bersahaja. “Demikianlah Kami angkat sebahagian orang2 yang aniaya menjadi pemimpin bagi yang lain, sebab usaha mereka sendiri (6:129)Persoalannya, mahukah mereka2 yang seumpama diatas apabila diajak berjihad dengan jiwa dan raga untuk menegakkan kalimat2 Tuhan diatas muka bumi ini, sedangkan selama ini mereka2lah yang mengenepikan dan mendustakan ayat2 Allah SWT didalam kamus pentadbiran selaku pemerintah dan penguasa negeri/Negara? “Sesungguhnya orang2 kafir itu membelanjakan hartanya untuk menghalangi orang dari jalan Allah (agamanya). Mereka nanti akan membelanjakanya untuk demikian, kemudian jadi penyesalan bagi mereka, kemudian mereka mendapat kekalahan. Orang2 kafir itu akan dihimpunkan keneraka jahanam (8:36)


Menyingkap sejarah perlantikan Sayyidina Abu Bakar As-siddiq sebagai Khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah SAW, katanya Aku mendapat amanah sebagai pemimpin Islam dan umatnya, padahal aku bukanlah yang terlebih baik dari kamu. Oleh yang demikian ikutlah dan bantulah aku jika kebaikan yang ku lakukan, sekiranya kejahatan yang ku lakukan maka perbetulkanlah aku. Benar adalah amanah, dusta itu khianat’ Sesetengah pemimpin itu sengaja war2kan kebaikan dan kebajikan yang entah bila dilakukannya atau kapan mahu diperbuatnya bagi mencari populariti ditengah2 masyarakat. Apabila satu2 pertuduhan kejahatannya dibuat dimahkamah maka terlalu banyak pula skop perundangan bagi mencabar dakwaan bagi tujuan yang sengaja mencari jalan melambat2kan pendakwaan. Terbongkar keaiban bagi memalukan satu pihak, dipihak yang lain pula kononnya mahu menegakkan kebenaran dan keadilan. Undang2 bagai carca marba yang diguna pakai melambangkan kekusutan dan serabutnya perinsip2 keluhuran. Perhatikan kes liwat yang sedang dibicarakan hari ini, betapa bagai terdapat unsur permainan dan lawak jenaka pada yang didakwa, yang mendakwa mahu pun pihak yang mengadilinya! Bicara ini pasti tidak berakhir sebab muktamadnya hanyalah daripada Allah SWT. Sesungguhnya apa yang berlaku dahulu, ianya akan berlaku dimasa akan datang; dahulu dan akan dating sedang berlaku sekarang. “Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang beriman; dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang munafiq (29:11)


Para ulama juga sebenarnya pemimpin2 terutama, paling bertanggungjawab kepada perlaksanaan hukum2 dan undang2 Tuhan lantaran dia lebih tahu dengan ilmunya yang tinggi tentang agama. Sabda Rasulullah SAW “Ulama2 ku diumpamakan bintang2 dilangit, dengan petunjuk dan teladan dari mereka; kamu mendapat hidayah” Pastinya yang dimaksudkan oleh Rasulullah tersebut ialah ulama yang menjadikan al Quran sebagai petunjuk dan hidayah dari Allah untuk disampaikan kepada manusia. Kini paling mudah untuk mengaku sebagai ulama, sehinggakan sangat ramai yang ngaku2 sebagai ulamadan telah ditubuhkan sebuah Persatuan Ulama. Mereka melantik diri sendiri ketaraf tertinggi tersebut namun amat ketara pertentangan dan perselisihan antara mereka sehingga dilabelkan ada ulama kerajaan; ada pula ulama pembangkang! Akal fikiran, ide, pendapat dan cita rasa mereka disesuaikan dengan ilmunya malah kalam2 Tuhan diputar belitkan keterangannya bagi mencapai cita2 perjuangan masing2. “Sesungguhnya agama disisi Allah ialah Islam. Tiadalah perselisihan orang2 ahli kitab melainkan setelah datang ilmu pengetahuan kepada mereka, kerana berdengki2 sesamanya. Barang siapa yang kafir akan ayat Allah, maka sesungguhnya Allah bersegera menghisabnya (3:19) Masing2 mendakwa hanya agama Islam cara mereka sahaja yang sempurna disisi Allah SWT.


Terbaru, seorang tokoh agama terkenal tanah air telah memfailkan saman malu dan fitnah keatas seorang bekas mufti sebanyak RM1.5 juta kerana merasakan terhina dan reputasinya tercemar atas dakwaan satu hal (yang sangat diperbesarkan oleh keduanya atas kepentingan pribadi masing2) yang dibuat oleh bekas mufti tersebut tersiar didada akhbar! Tidakkah mereka keduanya berasa telah memalukan diri sendiri yang kononnya berilmu tinggi, bahkan tidakkah merasakan kepentingan peribadi dan keegoan diutamakan dari agama yang mereka anuti itu??? Tidakkah mereka mahu mengembalikan kepada Allah dan Rasul sekiranya berlaku perbalahan, bukankah itu sebaik2 jalan yang telah tunjuki Tuhan melalui Kitabullah? (rujuk QS 4:59).


Menyambung kisah dikariah ana, sebenarnya telah dipilih sebagai kampong ‘homestay’ diperingkat nasional dan internasional! Tempoh terdekat baru2 ini, telah didatangi oleh belia2 dari dunia barat, kononnya untuk mengenal antara seni budaya kedua pihak. Kebetulan dirumah Imam juga ditempatkan dua orang Minah Saleh berambut perang, bila santai diwaktu petang hanya berseluar pendek dan berbaju tanpa lengan duduk2 diatas tangga sambil bersembang2 berkenaan budaya dan adat dengan anak teruna Tok Imam. Bayangkanlah bagaimana hati dan perasaan Tok Imam ditika itu, lebih2 lagi anak2 muda itu bercakap omputeh!? Disebelah malamnya pula diadakan majlis budaya dan persembahan, termasuk koaraoke dan tarian, namun yang paling gahnya ialah Tok Imam dijemput pula untuk membacakan doa selamat diacara pembukaan majlis! Lantaran keghairahan, lantas terlupa dengan firman Allah QS 2:42 “Dan janganlah kamu campurkan kebenaran dengan yang bathil dan jangan kamu menyembunyikan kebenaran itu, sedangkan kamu mengetahuinya”


Mungkinlah perkara ini tidak menjadi kehairanan lagi, kerana baru2 ini Tan Sri Dato Seri Mufti disalah sebuah negeri turut menghadiri majlis mera’ikan pelancaran teater oleh seorang pelakon wanita bertudung terkenal tanahair. Gah sungguh nampaknya Mufti berlebai putih dan janggut sejemput diapit oleh artis2 terkenal, mungkin baginya tidak mengapa kerana teater yang dipersembahkan tersebut berunsurkan Islam sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW!! Pengamalan budi bicara dan niat menghalalkan cara didalam hal yang dianggap perkara2 agama sudah tidak mengapa dipraktikkan, malah mendapat restu dari pihak2 yang diberi kuasa (jawatan?) bagi menjaga agama! Tingkah laku dan sikap kamu hanya mendatangkan fitnah dan tohmah kepada kesucian agama Islam yang sebenarnya sering kamu perkatakan namun amat besar kebenciaan Allah apabila kamu tidak perbuat apa yang kamu perkatakan itu (rujuk QS 61:2&3)! Perkara sebegini sebenarnya disebut sebagai menjual agama dan ditegur Allah didalam QS 3:77 “Sesungguhnya orang2 yang menjual (menukar) janji Allah dan sumpah mereka dengan wang yang sedikit, tiadalah bahagian mereka untuk akhirat, dan Allah tiada bercakap2 dengan mereka, dan tiada memandang mereka pada hari akhirat dan tiada pula mensucikan mereka dan untuk mereka itu siksaan yang pedih”


Bertaqwa kepada Allah bukanlah hanya dengan menunaikan solat lima kali sehari semalam. Perintah Allah yang berupa suruhan dan larangan hendaklah dilaksanakan disetiap ketika samada siang mahu pun malam. Setiap perkara mestilah diteliti perlaksanaanya berpandukan perintah suruh dan larang oleh Allah melalui al Quran nulKareem. Jangan sekali2 berbuat sesuatu perkara itu dengan mengikut kata dan akal yang kamu suka, bukan menurut apa Tok Guru dan ulama mahukan atau mematuhi apa pemimpin itu suka; apa yang dia tidak suka. Sebenarnya kamu telah bersikap menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain dengan meletakan kedudukan dan taraf yang tinggi kepada manusia. Kamu berkeadaan malu dan takut kepada manusia dan undang2 ciptaannya selain daripada Allah SWT. “Mengapakah mereka masih mencari (agama) selain dari agama Allah? Padahal telah tunduk apa2 yang dilangit dan dibumi, dengan suka rela atau dengan terpaksa dan kepadaNya mereka dikembalikan (3:83)


Wahai manusia! Martabat manusia sebagai Khalifah (pemimpin) dimuka bumi ini adalah untuk menegakkan kalimat2 Tuhan tanpa ragu. Hukum dan undang2 Allah adalah menjadi kewajiban untuk dilaksanakan dengan menjadikan wahyu2Nya sebagai panduan dan petunjuk. Pemimpin2 yang hanya membacakan ayat2 Allah dan keterangannya wajib ditaati dan dipatuhi kerana dia membawa petunjuk dan rahmat Allah SWT kepada keseluruhan manusia. “Kitab itu (al Quran) tidak ada keraguan padanya, jadi petunjuk bagi orang2 yang taqwa (2:2)”. Allah berfirman lagi “(al Quran) ini adalah keterangan untuk manusia, jadi petunjuk dan pengajaran bagi orang2 yang taqwa (3:138) Lagi firmanNya yang berkaitan ialah “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepada mu dalil (keterangan) dari pada Tuhan mu dan telah Kami turunkan kepada mu Nur (cahaya) yang menerangi (4:174)

Sepena Maulidurrasul SAW ini, ruang siber KHALIFAHhimpass ini sekadar memberikan perkhabaran gembira kepada mereka yang mahu beriman dan satu peringatan kepada mereka yang engkar! Pemimpin dari Tuhan sudah datang dengan seruan dan mengajak manusia untuk kembali kepada Allah dan RasulNya dengan mengkalamkan kalam2 Allah SWT. “Dengan Kitab itu Allah menunjuki orang yang mengharapkan keredhaanNya kepada jalan selamat dan mengeluarkan mereka dari gelap gelita kedalam terang benderang dengan izinNya serta menunjuki mereka kejalan yang lurus (5:16)Janganlah kamu menjadi ragu2 apalagi denga menzahirkan penentangan kepadanya kerana apa yang dibacakan hanyalah ayat2 Tuhan mu. “Orang2 yang mendustakan ayat2 Kami, mereka akan ditimpa siksaan kerana mereka itu fasik (6:49)Sesungguhnya ana mengajak bersegeralah bersatu dibawah kepimpinan dan bersama2 mentaati Allah dan RasulNya berlandaskan al Quran nulKareem sebagai perlembagaan kehidupan menuju akhirat untuk menemui Allah SWT; hanyalah kepadaNya tempat kembali. Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan