IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Sabtu, 24 Mac 2012

SIAPAKAH INTELEKTUAL ISLAM?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم



“Sesungguhnya agama disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang orang yang telah diberikan al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian diantara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap Ayat ayat Allah, maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisabNYA” 3:19



Tuan,

Muzakarah Bahasa dan Persuratan Melayu DBP 2012 yang akan berlangsung pada 14 dan 15 Mac 2012.

(http://kembarabahasa.blogspot.com/2012/02/muzakarah-bahasa-dan-persuratan.html)
Untuk makluman, bidang keAGAMAan akan berlangsung seperti butiran dibawah
Tarikh: 15 Mac 2012

Masa: 2.30 petang

Tempat: Dewan Bankuet, Tingkat 1, Menara DBP, Kuala Lumpur

Muzakarah ini bertujuan mempertemukan cendikiawan MUSLIM MU’KMIN dalam mendapatkan pemikiran, saranan, maklumat, DLL.

Untuk makluman tuan, keperluan maklumat seperti nama penuh, alamat surat-menyurat, e-mel, nombor telefon dan faksimile adalah bertujuan menyampaikan surat rasmi tersebut. Justeru, sekiranya tuan mempunyai kenalan yang terdiri daripada cendikiawan MUSLIM adalah dialu-alukan. Namun begitu, diharap segera memaklumkan butiran mereka dengan kadar segera. Perhatian dan makluman segera daripada tuan dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Kembara Bahasa: Muzakarah Bahasa dan Persuratan

kembarabahasa.blogspot.com



NOTA : Demikian budi baik seorang teman fb yang belum pernah dikenali telah menghantar message. Ianya bukan jemputan buat ana, al maklum bukan sebagai seorang cendiakawan, namun terima kasih diucapkan diatas makluman. Malangnya, ana tidak mengetahui apa, bagaimana dan siapa yang dimaksudkan teman fb tersebut dengan cendiakawan itu untuk membolehkan menyertai muzakarah tersebut, lebih lebih lagi yang dipanggilnya sebagai Cendiakawan Muslim Mukmin itu!? Sehubungan itu, berikut disiarkan tulisan Ikhwan Muhammad Chilown al Ghuraba’, mudah mudahan mendapat pelajaran bagi yang mahu memikirkan - ayahIssa



Kamus Dewan : Cendiakawan bermaksud Bijak Pandai atau Intelektual. Taulah kita bahawa Cendiakawan Muslim Mukmin itu bermaksud Bijak Pandai Islam atau pun lebih hebat disebut dan didengar sebagai Intelektual Islam!



Siapa Intelektual Islam? Terlebih dulunya mempastikan orang itu adalah beragama Islam, di Malaysia, Melayu itu Islam, asal saja namanya berbunyi keMelayuan



Kebanyakan orang beranggap, Melayu lepasan universiti, maka dia adalah seorang intelektual Islam



Sebahagianya pula berpendapat untuk bergelar intelektual Islam mestilah bidang pengajian semasa diuniversiti didalam jurusan yang berkaitan agama



Sesetengah orang mengatakan mestilah belajar diuniversiti Islam dan kalau yang dari luar negeri mestilah di arab Saudi, Mesir, Jordan atau dinegara Timur tengah lainnya



Rumusannya, hampir seratus ribu orang Melayu lulusan universiti saban tahun, maka beratus ratus ribu intelektual sudah ada. Tentunya kini sudah berjuta orang intelektual Islam di Malaysia!



Intelektual Islam Melayu Malaysia yang ditentukan seperti diatas, pastinya memegang jawatan jawatan tinggi mengikut kelulusan pengajiannya samada didalam pentadbiran awam, swasta dan NGO. Terdengar rasa penuh kebanggaan apabila berkata di Malaysia sudah ramai doktor pakar, ramai peguam terkemuka, jurutera, ahli perniagaan berjaya, jutawan, hartawan dan sebagainya. Mereka Melayu dan Islam sekali gus, maka mereka digelar intelektual Islam!



Sebagai intelektual, maka penggubalan dasar segala bidang yang dibuat dan pelaksanaannya menjurus kepada ilmu pembelajaranya. Tidak timbul samada ianya bertepatan dengan ketetapan Islam yang digaris oleh Allah SWT melalui KalamNYA, al Quran nulKareem. Keintelektualan hari ini kebanyakannya melampaui batas kerana mengatasi Kalam Tuhan. Sedemikian itulah yang berlaku kepada Islam di Malaysia hari ini, sehingga percampuran diantara yang haq dan bathil itu bergaul dengat sangat mesra. Tulisan ini bukan membicarakan persoalan percampuran antara baik dan jahat itu tetapi perihal memperkatakan kelayakkan sebagai intelektual Islam. Apakah benar ada intelektual Islam?



Katogori sebagai seorang intelektual Islam seperti yang dinyatakan, adakah ianya menepati kepada Nabi Muhammad SAW yang ummi? Sesungguhnya Baginda sebagai role model sejati seorang manusia yang tiada tandingan keintelektualannya dan pastilah Islam. Sebenarnya intelektual Islam adalah satu maksud yang tidak berpisah dan sama sahaja. Bijak pandai itu adalah Islam dan Islam itulah bijak pandai. Demikian itulah agama Islam dari sisi Allah SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana segala sesuatu. Kesahihan Nabi Muhammad SAW sebagai intelektual Islam dengan agama yang dari sisi Allah SWT berpandukan Kitabullah. Islam itu intelektual! al Quran itu tuntunan dariNYA



Untuk seseorang itu sebagai intelektual Islam adalah yang beriman dan beramal dengan agama yang disisi Tuhan melalui Kalam kalamNYA. Kegemilangan Islam pernah menjadi kenyataan suatu masa dahulu semata mata kerana tokoh tokoh ilmuan diketika itu kehidupan dzahir dan bathinnya berlandaskan Kitabullah, al Quran nulKareem. al Quran dijadikan sebagai perlembagaan yang mengekang pelampauan batas ilmu aqal fikir. Tokoh perubatan, pakar aljibra, ahli astronomi, jutawan, dermawan dan sebagainya menjadikan Kalamullah sebagai perlembagaan kehidupan. Mereka terkenal sebagai penjaga Kitabullah itu sendiri. Mereka sebagai Ulama Pewaris Nabi – Warissatul anbi’a, mencontohkan keintelektualan Islam berlandaskan petunjuk Allah SWT



Islam adalah agama disisi Allah SWT, barang siapa berpegang teguh kepada petunjukNYA iaitu al Quran didalam kehidupan, sesungguhnya kedudukannya adalah seorang intelektual Islam sejati, walau pun dianya bukan lulusan universiti, walau pun dia seorang gembala kambing! Tidak mendahulukan ilmu, aqal fikir dan rasa rasa didalam hatinya. Sijil, ijazah dan tauliah didalam bidang pengajian apa pun dan dari universiti mana sekali pun, malahan setinggi mana pun jawatannya, walaupun berbangsa Melayu bukanlah dia sebagai intelektual Islam; sekiranya al Quran Kitabullah hanya sebagai senaskah buku yang diletakkan diatas meja! Kalau pun sangat ramai intelek hari ini, namun perhatikanlah kedudukan Islam sebagai tempat berkeyakinan orang Melayu ditanahair tercinta yang carca marba dan entah bila akan bersatu.



Kepada manusia itu, termasuk Melayu Malaysia sebenarnya hanyalah sebagai MEMANDAI MANDAI! Paling hebatnya orang Melayu Malaysia ialah memandai mandai otomatik Islam samada yang lepasan universiti atau tidak! Beribu kali intelektual bermuzakarah tentang agama Islam, namun yang mahu diketengahkan ialah ide, pendapat, pandangan dan cadangan yang lain dari ketetapan Allah SWT. Tidak ada pencapaian hasil terbaik, melainkan angan angan kosong yang sia sia. Islam itu akan cemerlang, gemilang dan terbilang dengan petunjuk dan pengajaran Kalamullah, al Quran nulKareem dan manusia itu tidak lagi melampaui batas ketetapan Allah SWT yang kononnya sebagai intelektual



Oleh itu, renungkanlah Sabda Rasullullah SAW bahawa seorang sultan (pemimpin) itu adalah bayangan Allah SWT diatas muka bumi ini …..,



insyaAllah dibicarakan lain kali,

Wassalam, Chilown al Ghuraba’


Jumaat, 2 Mac 2012

DABLO DOVER menulis ...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


(Salam, harap maaf, tidak tergagah untuk memperkenalkan siapa IKHWAN INDRA SYAHPUTRA yang kerap menggunakan nama DABLO DOVER ini! ana sendiri tidak mengenali mujudnya, walau mungkin pernah bertemu orangnya namun siapakah dia, bagaimanakah rupanya dan dimana pun dia, ana bersatu dengannya bersama KALAMULLAH yang dibaca dan disampaikannya. Tulisan beliau dipetik terus adalah dengan izinnya tanpa alih bahasa. Alhamdulillah)


'Satu Tuhan Satu Pemimpin Satu Pemerintahan dan Satu Perkampungan Global'


Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya. [4:59]


Sebelum masyarakat bumi abad ini mencita-citakan era globalisasi sebagai landasan hidup bermasyarakat, ternyata Al Qur’an menjelaskan bahwa Allah lebih dulu telah menyarankan konsep tersebut, bahkan sudah pula direalisasikan jauh sebelum masyarakat bumi hari ini.


Mengutus utusanNya adalah cara Allah untuk merealisasikan konsep tersebut, diawali di masa para malaikat Allah meminta Azajil agar memimpin seluruh malaikat untuk beribadah kepadaNya. Sekian lama kegiatan itu berlangsung kemudian Allah menciptakan seorang manusia yang dinamai Adam, untuk kembali memimpin seluruh masyarakat malaikat, termasuk Azajil pemimpin para malaikat yang sebelumnya.


Disinilah pertama sekali Allah menciptakan nalar politik, melalui ketakutan Azajil jatuh dari tampuk kepemimpinannya. Disini juga pertama sekali kegiatan unjukrasa dilakukan, berdasarkan ketakutannya Azajil mempropokasi masyarakat malaikat untuk melakukan aksi protes kepada Allah, dengan stateman, meragukan penciptaan manusia (Adam) karena dianggap akan menimbulkan masalah besar dalam bentuk pertumpahan darah.


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. [2:30]


Dengan kebijaksanaan Allah menerima aksi mereka dan menanggapi stateman itu dengan syarat, meminta para malikat agar menjelaskan tentang nama-nama. Karena para malaikat tidak dapat melakukannya, Allah pun meminta manusia (Adam) untuk menjelaskannya. Dengan ijin Allah dihadapan masyarakat malaikat Adam menjelaskan dengan terang nama-nama itu, kemudian Allah meminta masyarakat malaikat agar mengikuti dan mematuhi Adam sebagai pemimpin baru.


Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang benar orang-orang yang benar! Mereka menjawab: Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. [2:31&32]


Allah berfirman: Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini. Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa Sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan? [2:33]


Azajil yang membuktikan kekalahannya menjadi bersikap aneh, ia menyombongkan diri takabur dengan tidak mematuhi perintah Allah, beliau tak mau mengikuti manusia (Adam), sebab itu ia berganti nama menjadi Iblis dan terusir menjadi golongan lain.


Dan ketikaKkami berfirman kepada para malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. [2:34]


Kisah diatas menunjukan bahwa selain sebagai pemilik konsep, Allah juga memiliki sekenario yang akan dan telah berlansung hingga artikel ini muncul. Penciptaan Adam sebagai pemimpin adalah awal dimana Allah menjadikan Iblis sebagai lawan main bagi Adam untuk merealisasikan konsep tersebut dimuka bumi.


Pengusiran Adam dari surga kebumi merupakan pemutlakan penuh kepada Adam atas tugas mewujudkan konsep globalisasi ketuhanan sebagai landasan menata masyarakat bumi. Sebagai tandingan yang baik Iblis dengan berbagai strategi dan propagandanya senantiasa menyertai, berupaya menggagalkan Adam dalam mewujudkan masyarakat agar terkordinasi kedalam konsep globalisasi ketuhanan.


Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari surga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman: Turunlah kamu! Sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan. [2:36]


Kami berfirman: Turunlah kamu semuanya dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati. [2:38]


Misi Iblis untuk menggagalkan konsep globalisasi ketuhanan itu tidak berakhir ketika posisi Adam digantikan oleh Nuh atau penerusnya. Dalam kompetisinya konsep ini selalu mencapai kemenangan, begitu pun fungsi Iblis tidak pernah mengalami masa statis. Berpindahnya wewenang pelaksanaan konsep ketuhanan ini selalu disesuaikan dengan kondisi dan situasi masa, dimana jarak waktu antara Adam dengan Nuh berselang transisi yang cukup panjang. Muatan dalam transisi panjang itu adalah beragam motif persoalan sosial yang berpotensi menggeser pandangan religiuistik dari bentuk originalnya, propanganda seperti ini biasanya dilakukan oleh kader-kader Iblis.


Akhirnya dapat dipahami bahwa tidak hanya Adam, tapi Iblis juga diberi kesempatan untuk melahirkan regenerasi guna melaksanakan idiologinya. Sebab itu Nuh akan berhadapan dengan lawan mainnya, begitu pun Idris, Soleh, Zulkarnain, Yusuf, Ibrahim, Musa, serta banyak lagi utusan Allah yang tak dapat disebutkan hingga sampai kepada Isa dan Muhammad.


Program globalisasi yang digulirkan untuk masyarakat bumi abad ini belum dapat diketahui, apakah kelanjutan dari utusan Allah ataukah lawan mainnya, karena tidak jelas siapa vigur utama yang memotorinya. Segala bangsa dan negara termasuk Indonesia terkesan sangat proaktif atas keberhasilan program ini, akan tetapi informasi seputar tujuan serta sumber keberangkatannya tidak disertakan, sehingga program globalisasi tersebut seolah hanya sekedar bujuk rayu yang dipaksakan. Belum lagi ketika berbagai bangsa yang mendukung keras program tersebut tidak dapat menemukan materi solusi atas konflik klasik religiuistik abad ini, seperti pertikaian Israel dan Palestina.


Lain hal dengan globalisasi ketuhanan, tidak hanya tujuan atau sumber keberangakatan, tapi vigur utama pelaksananya dengan mudah dapat dikenali. Kitab Suci sebagai pedoman tata tertib pelaksanaannya pun sejak lama telah beredar, bahkan sebelum kita hadir dimuka bumi ini.

Setelah menelusuri nilai transparatifnya maka kelihatanlah beda motivasi dari kedua konsep tersebut, dan dapat pula mengenali originalitas otentik antar keduanya. Kemudian dengan bukti itu dapat diketahui bahwa satu diantaranya adalah rekomendasi dari musuh Adam.


Artinya konsep globalisasi yang digembar-gemborkan pada masyarakat bumi saat ini adalah propaganda, atau produk palsu yang dikeluarkan Iblis untuk dilaksanakan oleh kader-kadernya. Selain bertujuan menggagalkan misi utusan Allah, juga berupaya menguasai dunia dengan satu pemerintahan zolim tanpa mengantongi legalitas dari Allah.


Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanatkepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat. [4:58]


Baiknya bagi kita saat ini adalah berupaya mengenali konsep globalisasi yang sesungguhnya, yaitu globalisasi ketuhanan. Langkah awalnya adalah mencari siapa sosok vigur atau motor yang diutus Allah untuk melaksanakan konsep tersebut pada hari ini. Sebab dengan ijin Allah vigur yang dimaksud menguasai pedoman tata tertib pelaksanaan konsep tersebut (Kitab Suci), sebagaimana Adam yang mampu menjelaskan tentang nama-nama.


Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang dia kehendaki. dan Dia-lah Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. [14:4]


Dengan begitu mutlak kita dapat tau dan memahami, berdasarkan ketetapan siapakah globalisasi itu harus diwujudkan, siapa pimpinan pelaksananya, bagaimana bentuk pemerintahannya, dan bagaimana ending yang menjadi orientasinya.


Salam.

DABLO DOVER ; konvigurasi yang sulit diterima, dianggap tidak pantas hadir dalam peradaban hari ini.Medan, SUMUT, Indonesia ***