IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Jumaat, 5 Mac 2010

BICARA IMAM RADZI - PEMIMPIN SUDAH DATANG


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

“Apa hairankah kamu, kerana datang kepada mu peringatan dari Tuhan mu (dibawa) oleh seorang lelaki diantara kamu, supaya ia memberikan peringatan kepada mu dan supaya kamu bertakwa dan mudah2an kamu mendapat rahmat ((7:63)


Wahai manusia seluruh alam! Sesungguhnya kini telah datang kepada mu seorang pemimpin yang membawa peringatan daripada Tuhan mu membacakan Kitabullah, al Quran nulKareem bersama keterangan2nya didalam setiap pembicaraannya. Sesungguhnya al Quran itu wahyu dari Allah SWT yang disampaikan melalui malaikat Jibril AS kepada Nabi Muhammad SAW sebagai Nur (cahaya) penyuluh yang terang untuk kamu kejalan yang benar dan lurus seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT. Hanya dengannya kamu akan memperolehi rahmat dan limpahan karunia dari Allah untuk menemuiNya. “Aliff lam raa. (Inilah) Kitab, Kami turunkan kepada engkau, supaya engkau keluarkan manusia dari gelap gelita kepada terang benderang dengan izin Tuhan mereka (iaitu) kejalan Yang Maha Perkasa dan Maha Terpuji (14:1) Oleh yang demikian itu, sekiranya kamu tidak mahu beriman kepadanya dan memperdebatkan ayat2 Allah yang dibacakan itu, sesungguhnya kamu itu dicap oleh Allah sebagai orang2 fasik dan kafir. “Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada engkau beberapa ayat yang terang dan tiadalah yang menyangkalnya kecuali orang2 fasik (2:99) Sesungguhnya kamu mengundang kemurkaan Allah dan akan mendapat siksaan yang pedih dariNya. “Sesungguhnya orang2 yang tidak beriman kepada ayat2 Allah, maka Allah tiada memberi petunjuk kepada mereka dan untuk mereka siksaan yang pedih (16:104)


Namun, mengapa kamu masih tetap menyangkal dan mengatakan itu adalah hanya cerita2 orang dahulukala dan berani mengatakan al Quran sudah tidak bersesuaian lagi dizaman yang kononnya canggih dan serba moden sekarang. “Mereka berkata : (al Quran ini) khabar2 dongeng orang2 dahulu kala, yang dituliskan oleh Muhammad dan dibacakan orang kepadanya pagi2 dan petang (5:25) Sesungguhnya al Quran itu adalah Qodeem yakni sedia untuk disetiap masa dan ketika. Al Quran berupakan petunjuk, pengajaran, perintah dan larangan dari Allah SWT. Kitabullah adalah perlembagaan untuk keseluruhan alam dari dahulu sehinggalah kehari kiamat. Namun kamu masih meragui dan tetap sangsi kedatangan pemimpin ini, meskipun yang disampaikan bukanlah ide2 baru, bukan juga pendapat2 dari akal fikiran dan perasaannya mahu pun dari ilmu pengetahuannya, malahan bukan sesekalinya sebagai sebuah agama baru yang mahu diperkenalkan olehnya. Sesungguhnya dia didatangkan Tuhan sebagai pemimpin bagi menyambung tugas utusan Allah untuk menegakkan kalimat2 Tuhan diatas muka bumi ini. Segalanya telah berlaku dahulu dan akan berlaku dimasa akan datang; dahulu dan akan datang itu sedang berlaku sekarang! Sabda Rasulullah, ‘Sesudah aku akan ada pengganti2 ku. Serupa aku dan sahabat2 aku” Pengganti2 Rasulullah yang serupa itu ialah yang membacakan al Quran dan keterangan2nya kepada mu.


“Sesungguhnya al Quran ini menunjukki (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang2 beriman yang mengerjakan (amalan) yang solleh; sesungguhnya untuk mereka itu pahala yang besar (17:9) Hari ini kamu hanya nyaku2 sudah Islam dan berkata telah beriman kepada Kitabullah dengan hanya menjadikan ayat2 Allah sekadar nyanyian yang dilagukan dengan merdunya, sebaliknya tidak langsung memahami apa lagi untuk mengimani al Quran itu. Kamu menjadi tidak tentu arah dan marah2, seolah2 menerima tempelak keatas keIslaman yang kamu akui menganutinya selama ini, apabila al Quran dibacakan bersama keterangannya, sedangkan bertujuan mengajak dan menyeru kamu untuk memahami dan mengimaninya. Bagi kamu sudah Islamlah kamu dengan hanya melagukan al Quran, bersholat, berpuasa, membayar zakat dan sekurang2nya sekali menunaikan haji. Bagi kamu hanya dengan sebegitu itulah kamu mengatakan ketaatan, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Lebih dahsyat lagi kamu beranggapan perintah Allah dan laranganNya didalam firman2 sudah tidak sesuai lagi, telah ketinggalan zaman untuk diguna pakai sebagai petunjuk dan panduan didalam perjalanan kehidupan. Bagi kamu jika al Quran dijadikan sebagai panduan dan pedoman, manusia akan menjadi mundur dan sentiasa berada didalam kesusahan dan kemelaratan. “Bukanlah Kami turunkan al Quran kepada engkau supaya engkau menjadi payah (susah) (20:2) Sesungguhnya al Quran itu adalah perlembagaan kehidupan daripada Allah SWT buat hamba2Nya!


Terdapat dikalangan kamu yang berani memperdebatkan ayat2 Allah dengan mengatakan undang2 dan hukumanNya adalah zalim dan kuno. “…mereka tiada menanti selain daripada sunnah (peraturan Allah) terhadap orang2 dahulu. Maka tiada engkau dapati sunnah Allah itu bertukar2 dan tiada engkau dapati sunnah Allah itu berubah2 (35:43) Islam dan al Quran itu telah disesuaikan mengikut kepentingan kamu dengan mengambil sebahagian sahaja dan menolak sebahagian yang dirasakan merugikan kehidupan mu. “…adakah kamu percaya kepada sebahagian kitab dan engkar akan sebahagiannya? Maka tiadalah balasan bagi orang yang memperbuat sedemikian diantara mu, melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia; pada hari kiamat mereka dimasukkan kedalam siksaan yang keras. Allah tiada lalai dari apa2 yang kamu kerjakan (2:85)


Malahan kebanyakkan daripada kamu beranggapan bahawa sesudah wafatnya Nabi Muhammad SAW, maka sudah tidak ada lagi orang yang akan memberikan khabar gembira dan peringatan dengan kalam2 Tuhan. Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah Nabi dan Rasul terakhir namun akan datang pengganti2 Baginda sebagai penyambung risalah tauhid yang mengesakan Allah dengan membacakan kalam2 Tuhan. Pasti didatangkan pemimpin yang mengumandangkan seruan2 untuk manusia kembali beriman dan bertaqwa kepada Allah. Namun kamu telah menolak dan menyingkirkan pemimpin yang datang mebawa al Quran itu, malahan kamu sanggup memeranginya padahal seruannya hanyalah mengajak kamu kepada mentaati Allah dan RasulNya. “Hai orang2 yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan Pemimpin dari kalangan kamu. Sekiranya berlaku perbalahan antara kamu tentang sesuatu (perkara), hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan Rasul, sekiranya kamu beriman kepada Allah dan hari yang kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik2 jalan (4:59) Sesungguhnya untuk mentaati Allah dan Rasul, sudah tentulah didatangkanNya seorang pemimpin yang hanya membacakan al Quran dan keterangan2 untuk dijadikan sebagai petunjuk dan panduan kepada manusia. “Barangsiapa mentaati Allah dan Rasul, maka mereka itu bersama orang2 yang beriman, iaitu Nabi2, orang2 yng benar, orang2 yang syahid dan orang2 yang solleh. Alangkah baiknya bertemankan dengan mereka itu! (4:69)


Sesungguhnya ditengah2 kamu dan dunia hari, terdapat umat (jemaah) yang berjihad menegakkan kalimat2 Allah dibawah kepimpinan yang disebut Nabi Muhammad SAW didalam sabdanya sebagai penggantinya yakni Warissatul Anbi’ya - Pewaris Nabi sebagai penyambung kerja dan tugas Rasulullah dengan membacakan al Quran dan keterangan2nya. Perihal agama yang dibicarakan adalah sememangnya bersanadkan dan menyampai kepada Nabi Muhammad SAW melalui wasilah keturunannya mahu pun perguruan yang agama yang diwarisi. “Hendaklah ada diantara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan makruf (yang baik2) dan melarang dari yang mungkar; dan mereka itulah yang menang (3:104) Seruan dan ajakkan pemimpin terhadap manusia hanyalah kepada Allah dan Rasul berlandaskan kalimah2 Tuhan. Untuk kamu menemui Allah pastilah dengan kalam2Nya yang dijadikan petunjuk dan panduan bagi mempastikan bertemu dengan yang empunya kalam tersebut. Sesungguhnya al Quran yang dibacakan itu adalah khabar gembira dan peringatan yang benar2 dari Tuhan. “Sesungguhnya Kami utus engkau dengan (membawa) kebenaran untuk memberi khabar gembira dan memberi peringatan. Tidak adalah suatu umat melainkan telah ada padanya pemberi peringatan (35:24)


Sudah tentulah didatangkan manusia juga seperti kamu sebagai peneraju kepimpinan yang membawa petunjuk dari Allah dengan hanya membacakan al Quran dan keterangan2nya didalam setiap pembicaraan. Tetapi kamu meminta seorang malaikat untuk memberikan petunjuk kepada mu, sekiranya pun manusia maka kamu berhajatkan pula kepadanya beberapa mukjizat darinya sebelum kamu mahu percaya. Sekiranya didatangkan malaikat pun pastinya kamu tetap akan menolak juga seruanya kepada Allah. “Mereka berkata: Mengapa tidak diturunkan bersamanya seorang malaikat? Kalau Kami turunkan seorang malaikat nescaya dibinasakanlah mereka itu, dan tiadalah mereka diberi tempoh. Jikalau Kami utus seorang malaikat, tentu kami jadikan malaikat itu serupa seorang laki2, dan mereka menaruh keraguan juga apa yang mereka ragukan (6:8&9) Kamu hanya mengunakan akal fikiran dan kononnya ilmu mu yang tinggi dan perasan (bersangka2) dengan amalan peribadatan mu yang banyak untuk menolak pemimpin dan jemaah yang mengajak manusia bersatu mentaati Allah dan Rasu;lNya. Sesungguhnya kamu tidak mengimani kalam2 Tuhan dan kerana keegoan dan sikap bodoh sombong mu sendiri sahaja mengatakan kamu telah beriman dan bertaqwa kepadaNya. Sesungguhnya kamu tidak mahu mengambil pelajaran dan pengajaran.


Wahai Manusia, bersegeralah kamu mendatangi pemimpin yang didatangkan oleh Allah, untuk mengambil janji setia dan persaksian dengannya. “Pada hari (kiamat) Kami bangkitkan dari tiap2 umat seorang saksi, kemudian tiada diizinkan bagi orang2 kafir (untuk minta uzur) dan mereka tiada dapat dimintakan keredhaan (16:84) Kedatangannya pemimpin juga adalah saksi kepada ketaatan kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya keIslaman, keimanan dan ketaqwaan kamu itu bukanlah dengan diakal2kan didalam fikiran atau diada2kan didalam dada mahu pun disangka2 dengan ilmu yang tinggi dan amal ibadat kamu yang banyak itu. “Pada hari Kami bangkitkan tiap2 umat seorang saksi atas mereka dari bangsa mereka dan Kami bawa engkau (ya Muhammad) menjadi saksi pula atas mereka ini. Kami turunkan kepada engkau kitab (al Quran) untuk menerangkan tiap2 sesuatu dan menjadi petunjuk dan rahmat, serta khabar gembira bagi orang2 Muslimin (16:89)


Janganlah kamu terus dalam leka dan alpa , usahlah terus ragu dan sangsi dengan apa yang diberitakan. Aku sesungguhnya sekadar memberikan perkhabaran gembira kepada kamu yang mahu beriman dan satu peringatan kepada kamu sekiranya engkar dengan kalam2 Tuhan. “Sesungguhnya orang2 yang mendustakan ayat2 Kami dan sombong menerimanya, nescayalah tiada dibukakan pintu langit bagi mereka dan tiada pula mereka masuk syurga kecuali kalau masuk unta kedalam lubang jarum. Demikian Kami membalasi orang2 berdosa (7:40) Demi Allah!, atas amanah dan rasa pertanggungjawaban kepada Allah dan RasulNya, maka kepada kamu aku menyeru dan mengajak untuk bersama2 bersatu bersama pemimpin diatas landasan al Quran nulKareem, Kitabullah. Oleh itu, sahutlah dan sambutlah seruan ini, akan aku perkenalkan kepada kamu pemimpin yang disebut2kan itu! ‘Salamun qaulan mir robbirrohim’ Sekian, Wassalam


Nota : Tulisan adalah diolah dari Bicara Imam Radzi sewaktu Majlis Wasiat; semoga mencapai maksud beliau dan dapat difahami oleh semua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan