IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Rabu, 25 Januari 2012

BENARKAH KEBENARAN?


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


“Ia (iblis) berkata : Tuhan ku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka dibumi, dan aku akan meyesatkan mereka semuanya”


Sesungguhnya manusia merasakan sudah berbuat kebaikan untuk dirinya sendiri, malahan menyangka berkebajikan kepada orang lain atas nama Islam. Tidak siapa sedar bahawa semuanya adalah tipu daya iblis kepada manusia sedang berjalan lancar dengan jayanya



KISAH SEORANG ULAMA’

Seorang tok guru atau ustaz berceramah perdana ke pelosok tanahair untuk mengajarkan agama. Ilmu agamanya sangat tinggi dengan sijil dan ijazah dari Mesir, Arab Saudi atau Jordan. Sangat lancar bahasa arab dengan slanga, petah sungguh berpidato. Begitu warak penampilannya yang sentiasa berjubah dengan serban besar. Namanya jadi popular, glamour mengalahkan artis. Ramai peminat. Dia diberikan anugerah penghargaan dan gelaran tertinggi


Mereka melahirkan pendapat dan pandangan daripada ilmunya yang punya sijil, ijazah dan tauliah. Agama itu disesuaikan dengan ilmu, aqal dan rasa rasa didalam hatinya. Pelbagai teori teori terbaik diutarakan bagi menjamin kebaikan dan kebajikan manusia. Dia menjadi sombong dan ego dengan merasakan sentiasa betul sehinggakan orang lain disanggah. al Quran itu diambil sebahagian dan ditinggalkan sebahagian. Sebarang yang menepati citarasanya dikaitkan dengan Kalamullah walau ceramahnya bertukar menjadi medan maki hamun dan caci nista sesama manusia. Kalamullah diselang seli dengan berita fitnah dan adu domba. Mulutnya jelabai dan celupar menghamburkan kata kata mengarut sehingga mencarut


Rating menjadi sangat tinggi, sehinggakan bayaran untuk 60 minit berceramah dibayar RM 1,500. Mendapat sanjungan dan pujian sehingga diberilkan anugerah dan gelaran tertinggi. Dipilih dan dilantik menjadi ketua dan menjadi pemimpin yang berkuasa. Sebahagian mereka menggelar diri dan dipanggil ulama. Mengajak manusia bersederhana, namun mereka berkereta besar, rumah besar dan harta membukit


KESAH SEORANG PEJUANG ISLAM

Di Palastin, di Iraq dan di Afghan mereka menggelarkan diri sebagai seorang pejuang Islam, kerana menjadi mangsa penindasan dan pejajahan. Mereka meninggalkan kampong halaman dan anak isteri didalam kemiskinan. Nyawa sentiasa berada dihujung senjata. Sentiasa bersiap siaga untuk membunuh atau terbunuh


Di Malaysia baru baru ini seseorang yang mengaku sebagi seorang pejuang Islam telah sangan kecewa sehinggakan berputus asa, semata mata kerana dipecat jawatan. ‘Perjuangan saya dalam Islam selama berpuluh tahun menjadi sia sia’. Beliau berkata bagaikan telah hilang aqal disidang akhbarnya. Barangkali tidak satu pun perkara Islam yang diperjuangkan selama ini tercapai namun beliau memiliki rumah banglow, kereta besar dan asset lain yang tidak siapa tau nilainya. Katanya mahu memulakan road shows seolah olah perjuangannya belum pernah bermula


MANGSA DAN PEMANGSA

Seseorang itu bersungguh sunguh mengangkat al Quran sebagai sumpah laknat dimasjid mengatakan ‘Demi Allah! Sipolan telah meliwat aku’ Dia sanggup bersumpah bahawa perkara itu benar benar berlaku dengan menetapkan kesalahan kepada satu pihak untuk dihukum. Kebodohan mentafsir KEBENARAN yang wajib ditegakkan sebenarnya mengundang keaiban dan kehinaan kepada dirinya dan terhadap orang lain


Allah SWT memerintahkan menghalang dan pencegahan perkara mungkar dan maksiat itu berlaku. Bergaduh dan bertumbuklah terlebih dulu mempertahan maruah dan harga diri demi agama. Tuhan membenarkan berperang kalau diperangi, walaupun terpaksa membunuh mahu pun diri sendiri akan terbunuh. Kemungkinan benar berlakunya perkara keji tetapi didalam keadaan mangsa setengah mati kerana tidak mampu lagi melawan. Pastinya simangsa beroleh kemuliaan dan bagi pemangsa laknat disisi Tuhan


Dari Hadith Nabi SAW cegah dengan kuasa, atau kata kata atau dengan hati. Adalah seseorang itu menyokong perkara kebathilan dan bersubahat dengan kemungkaran membiarkannya berlaku apalagi divideokan untuk tatapan umum. Bersumpah dengan menjunjung al Quran, ‘Demi Allah! Sianu adalah pelaku seks didalam video’ sebagai olok olok mempermainkan. Membiarkan maksiat berlaku dihadapan mata samalah seperti ikut serta berpesta. Didalam stuasi selepas kerja rakaman, tidak siapa tau apa yang berlaku selepas itu


PERHIMPUNAN DAN DEMONTRASI

Merasakan Islam telah dihina apabila sejadah ada tanda salib, wajah Nabi SAW dilakar, badan bertatu nama Allah, al Quran dibakar dan sebagainya. Masing masing sangat Islamik. Pertubuhan NGO menghimpunkan jutaan ummat dengan sepanduk dan kain rentang mengecam dan mengutuk. Repot polis, membakar bendera, menghantar memorandum, terjerit dan melalak sambil mengharapkan kemuliaan Islam tidak tercemar. Demikian mereka membuktikan Islam itu kuat dan hebat, sedangkan musuh tersenyum dan ketawa mengakah ngakah


Disamping itu atas nama kepentingan politik, perhimpunan raksasa tanpa mengundang datang walau pun sekor sering diadakan oleh penyokong dan pembangkang. Dibuat atas nama mengegakkan kebenaran dan menuntut keadilan. Sekali lagi yang dijeritkan hanyalah maki hamun, sumpah seranah dan mencarut. Ucapan berbaur sensitifiti perkauman, kebangsaan, ugutan, hasutan, tuduh menuduh dan sebagainya menimbulkan ketegangan. Bodoh kepada pengertian tentang kebenaran, kebebasan dan keadilan sehinggakan perbuatan dan tindakan bertentangan dengan prinsip prinsip


ISLAM DAN PARTI POLITIK

Tuduhan kepada sebuah parti politik telah memperalatkan agama Islam didalam perjuangan dengan menjadikan Kalamullah dan asSunnah sebagai tajaan yang dijajakan. Islam diperniagakan. Tuduhan datang dari satu parti yang juga mengakui pendokong agama kerana membina banyak masjid dan surau, university Islam, bank Islam dan sebagainya. Saban tahun menganjurkan Tilawah al Quran, Maulidurrasul dan sambutan Maal Hijrah, namun serentak dengan menghalalkan yang haram diatas nama kemajuan dan kemodenan yang ditiru bulat bulat dari dunia barat


Parti atas nama Islam, mempersoalkan Hukum dan Undang undang yang sedia ada kerana tidak melaksanakan Hukum Hudud. Sebuah negeri yang dibawah pentadbiran mereka 20 tahun lamanya masih belum berjaya melaksanakan hukum hukum Tuhan. Terhalang oleh Undang Persekutuan, walau pun didalam perlembagaan mengatakan Islam itu agama rasmi negara. Kementerian dan jabatan jabatan penjaga agama tidak mampu menjalankan hukum syariah kerana keujudannya dibawah undang undang rimba


RUMUSAN

Manusia oh Manusia!. Kebanyakannya serupa dan sama sahaja, pertamanya sombong dan yang keduanya bodoh. Sisombong sebab ilmunya dan sibodoh kerana pak turut melulu. Mereka yang sombong merasakan ilmunya sudah sangat tinggi, maka yang bodoh tidak pula mahu belajar dan diajar. Sesuailah gelaran bagi keduanya sebagai ‘SOMBONG BODOH KURANG AJAR!’


Lagak sombong adalah langkah iblis yang membawa kepada kufur kepada Allah SWT dan dilaknati dunia akhirat. Syaitan yang bodoh adalah pengikut. Mengapa mereka menjadi sangat sombong bodoh sehingga kurang ajar? Sombong bodoh menjadi perinsip perjuangan yang dipertahankan bermati matian, kononnya adalah kebenaran dan kebaikan bukan sahaja kepada dirinya sendiri malahan untuk kebajikan juga kepada orang orang lain. Apabila terdapat sokongan, maka akhirnya dia merasakan sangat hebat malahan diagong agongkan oleh pengikut setia. Kedudukkan antara mereka itu sama sahaja iaitu hanyalah sia sia belaka.


Manusia menjadi sombong bodoh lagi kurang ajar lantaran perjuangan yang diperbuatnya sebagai amalan itu dengan menduga akan mendapat pahala dan balasan syurga Tuhan. Paling kurang ajar apabila berasa terbaik dan mengira banyaknya pahala yang diperolehi bagi mendapatkan balasan syurga itu


“Agama disisi Allah ialah Islam”

Sesungguhnya agama Islam itu yang dari sisi Allah SWT, namun manusia mengagamakan agama itu sendiri sendiri. Agama yang dari sisiNYA adalah berlandaskan Kalam kalamNYA. Kalamullah itu Qodeem sebagai petunjuk agama kepada manusia dan tidak pernah berubah sebagai Sunnahtullah, tetapi diagamakan Islam itu oleh manusia dengan ilmu, aqal fikir dan rasa rasa didalam hatinya. Pelbagai teori dan perancangan dijadikan peradaban manusia tetapi sering berubah ubah kerana tidak pernah berjaya menepati citarasa manusia itu. Kebenaran dan keadilan yang dijadikan perinsip perjuangan tidak pernah berhasil menjadikan manusia itu terbaik, kerana tafsiran kebenaran dan keadilan itu tidak menepati ketetapan Tuhan


Sebenarnya tiada kebenaran selain Kalamullah, dan menjadi petunjuk serta pengajaran kepada manusia. Setiap Kalamullah itu terlebih dahulunya untuk diri sendiri dan menjadi tanggungjawab pula untuk menyampaikan kepada manusia manusia lainnya. Jika tok guru atau ustaz didalam ceramahnya mengajak orang ramai kepada perintah suruhan dan larangan Allah SWT dengan membacakan Ayat ayatNYA, terlebih dahululah dirinya mempraktikkan Kehendak Tuhan tersebut. Sebagaimana berkata kata dengan KalamNYA, sedemikianlah penyataan pada dzahir dan bathinnya


Kesekian kalinya tanpa jemu jemu, Kalamullah sebagai seruan kepada manusia itu disampaikan. Kepada mereka yang beriman adalah sebagai khabar gembira dan satu peringatan takut kepada yang ingkar


“Wahai orang orang yang beriman! Masuklah kedalam Islam kaffah, dan janganlah kamu ikut langkah langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata”


Wassalam


Ahad, 1 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU - 2012


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


(Selamat Tahun Baru 2012, apabila disetiap tahun baru perkara mutlak yang menjadi tanggungjawab ibubapa ialah perihal persekolahan anak anak dan yang terutamanya ialah kos perbelanjaan yang perlu disediakan untuk dikeluarkan. Catatan kali ini bukan menyentuh perkara tersebut. Berikut sepucuk surat seorang Ikhwan selaku seorang bapa kepada pihak pihak yang berkenaan yang agak menarik untuk dibaca, lebih lebih lagi penyampaian Kalam Tuhan sebagai peringatan bukan sahaja kepada pihak yang berkenaan, namun untuk kita semuanya, bagi yang berakal dan mahu memikirkan pasti akan mendapat pelajaran dari Tuhan. InsyaAllah)

“Apa hairankah kamu, kerana datang kepada mu

peringatan dari Tuhan mu (dibawa) oleh seorang lelaki diantara kamu

supaya ia memberikan peringatan kepada mu

dan supaya kamu bertakwa dan

mudah mudahan kamu mendapat rahmat (7:63)


Assalamua’laikum wmwb.


Dengan yang sedemikian (Firman diatas) itulah maka surat ini menyampai kepada Puan buat renungan agar mendapat pelajaran dari Tuhan. Sebenarnya terlebih dahulu adalah iktibar buat diri saya sendiri, lalu dipanjangkan kepada yang lainnya. Sesungguhnya saya hanyalah seorang pemberi perkhabaran gembira kepada yang beriman dan satu peringatan kepada yang engkar melalui Kalam Kalam Tuhan yang dibacakan. Sesungguhnya, tiada selain perkataan perkataan yang benar melainkan Ayat Ayat Tuhan. Semoga Puan didalam rahmah, taufik dan hidayah Allah SWT jua hendaknya.


[ hah tu xdak keje ke fly malam2..ikut peraturan.Hidup dh dibiasakan dgn tiada peraturan gitu la..pelajarn xdak/otak malas nk fikir pelajarn/..nk enjoy je..memanjang..hisap rokok/sembahyang tidak.ORANG YG BERILMU XBUAT KEJE MCM TU..dah perangai mcm binatang tak dak peraturan/xdgr nasihat/ada otak xpakai.cikgu pun layan mcm binatang...jdi mcm tu la..Nape lak kate kalau kena ank dia org..Baik ckit ckp.. ]


Diatas adalah tulisan Puan diFB yang mendatangkan keizinan Allah SWT untuk saya rasa terpanggil ikut serta membicarakan perihal berkaitan. Namun sesungguhnya telah dicabut Tuhan rasa marah mahu pun berdendam kesumat didalam hati saya, melainkan sekadar terarah untuk membawa kebenaran beserta kenyataan. Allah SWT memerintahkan agar kebenaran itu ditegakkan dan jangan pula disembunyikan. Diantara yang haq dan bathil itu jangan dicampur adukan didalam segala aspek kehidupan.


Puan Yang Dihormati,

Sesungguhnya Puan telah melibatkan saya secara langsung dengan mengumpamakan saya suami isteri dan keluarga sebagai ‘binatang’. Apakah kedudukan Puan sebagai guru hanyalah sebagai kerjaya mencari makan kerana pelajaran dan kelulusan cemerlang Puan terdahulu telah menjadikan Puan menjawatnya? Sifat kemuliaan Guru amat tinggi disisi Allah dan RasulNya seandainya mengetahui. Namun dari sifat kemuliaan yang sewajarnya Puan miliki itu telah menjuruskan satu penghinaan dan kutukkan kepada saya. Mengikut kepada Hukum Fuqaha, hanyalah Rasulullah SAW, para guru dan ibubapa yang mampu memberikan Syafaat di Hari Akhirat kelak. Namun Puan sudah mempastikan mereka yang terkeluar sebagai pemberi dan penerima Syafaat itu kerana anggapan ‘binatang’ yang Puan berikan sewaktu diatas muka bumi ini. Tentunya Puan juga sudah bergelar sebagai ibu kepada anak anak sendiri, bagaimana sekiranya anak puan diseumpama pula seperti binatang.


Dari Abu Darba, Rasulullah SAW bersabda “Orang orang yang mengutuk tidak dapat memberikan Syafaat dan kesaksian di akhirat (HR Muslim)




Mandi dengan bebudak keruh air dihulu, makan dengan bebudak habis lauk dahulu, tidur dengan bebudak putus tali kelambu! Bergaduh dengan bebudak menang mendapat malu kerana bebudak bolehlah dikalahkan, namun jika kalah lagilah berasa malu sebab bebudak pun tidak dapat ditewaskan! Saya bukan sengaja mahu terlibat didalam bicara FB yang semakin panas manakala tiba tiba sahaja Puan bicara sewenang wenangnya sehinggakan saya melihat ketidakwajaran sebenarnya terserlah telah berlaku sedari mula. Namun bukanlah saya untuk menilai tahap kematangan dan kebijaksanaan seseorang itu apa lagi bertekak sesama bebudak. Namun saya terpaksa menyentuh keseluruhan prihal berkaitan agar tidak berlanjutan sebagai perkara olok olok yang akhirnya menjadikan seperti kurang sopan dan kurang ajar.


Sebenarnya manusia yang berperanan sebagai Penguatkuasa atas lantikan seorang manusia lain, selalunya adalah diatas keperkasaannya sahaja. Mentang mentang ianya tampak gagah dan perkasa, maka menjadi harapan dan diletakkan kepercayaan sepenuhnya agar dapat menegakkan hukum dan undang undang. Sebaliknya yang berlaku, lantikan (walau belum menepati tarikh diconfirmkan?) menyebabkan siperkasa merasakan sudah terlalu kuat dan berkuasa sehingga berlaku penyelewengan dan penyalahan guna kuasa. Dia beranggapan kuasa mutlak berada padanya dan boleh berbuat apa sahaja dan tidak boleh didakwa.


Sesungguhnya Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Perkasa itu mendahulukan Kasih dan Sayang daripada hukumanNya, lalu diturunkanNya al Quran nulKareem sebagai rahmat dan petunjuk kepada manusia. Kalam Kalam Tuhan adalah khabar gembira kepada yang beriman (mahu) dan peringatan takut kepada yang (akan) engkar.


Namun manusia itu, apabila diamanahkan kekuasaan kepadanya, mereka menjadi sombong dan bongkak. Mereka merasakan menjadi terlalu perkasa dan berkuasa mutlak lebih lebih lagi dengan susuk badan yang gagah dan diketika badan sihat walafiat. Manusia merasakan telah melakukan kebaikan dan kebajikan walaupun sebenarnya hanya berlaku diatas dorongan hawa nafsu semata. Seseorang manusia itu seolah merasa puas apabila dapat melakukan sesuatu dengan kekuasaan dan keperkasaan dengan serakah dan rakus. Didalam usia yang sepatutnya lebih matang dan terlebih dahulu berakal baligh, sesungguhnya manusia yang tampak perkasa lagi bijak itu berada dibawah kawalan iblis syaitan dan menjadi seperti Firaun sehingga nyata berbeza dengan mereka mereka yang belum mumaiz bagi menentukan yang mana baik dan yang mana buruk.


“Wahai kaum ku! Pada hari ini kerajaan ada pada mu dengan berkuasa dibumi, tetapi siapa yang akan menolong kita dari azab Allah jika (azab itu) menimpa kita? Firaun berkata : Aku hanya mengemukakan kepada mu apa yang aku pandang baik dan aku hanya menunjukkan kepada mu jalan yang lurus (40:29)


Demikianlah Firaun yang memiliki kuasa mengatakan apa yang dirasa rasakanya (kononnya) baik pada pandangannya semata, padahal sebenarnya dia telah berjaya diperdayakan oleh tipu muslihat Iblis dan syaitan Laknatullah!


“Berkata iblis : Hai Tuhan ku, Demi sebab Engkau menyesatkan aku, akan ku hiaskan kepada mereka (kejahatan yang ada) dibumi, (sehingga mereka pandang baik) dan demi, akan ku sesatkan mereka itu semuanya (15:39)


Kerapkali Allah SWT berfirman, mengatakan ‘Sesungguhnya Iblis syaitan itu musuh kamu yang nyata’. Pastilah apabila disebutkan nyata, ianya nampak ditengok oleh mata tubuh badannya dan boleh didengar suaranya. Allah SWT juga tidak pernah menyebut rupa dan muka Iblis itu bermata satu atau merah mahu pun telinganya seperti jeplos, tetapi disebutNya dengan sifat dan perangai Iblis syaitan yang bodoh sombong, bongkak, takbur, dengki dan khianat. Al Quran juga diturunkan beribu tahun selepas zaman Firaun, Nabi Muhammad SAW sendiri tidak lahir dizamannya, tetapi Allah mengkisahkan sikap dan perangai Firaun yang menyamai Iblis syaitan itu. Sesungguhnya sifat, sikap dan perangai Iblis syaitan dan Firaun itulah disebut Tuhan sebagai nyata diatas muka bumi ini. Maka pastilah ada dikalangan manusia yang memakai guna yang sedemikian itu (Iblis syaitan & Firaun).


“Bukankah Aku telah memerintahkan kepada mu, wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan! Sungguh syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu (36:60)


Merujuk kepada kes ‘fly’, apabila ditangkap mereka sudah kena terajang didada, ditumbuk dikepala dan dilempang serta ditampar dimuka oleh sigagah perkasa bertubuh besar ditepi pagar! Semasa mereka ditempatkan dipejabat sekolah, lebih daripada sepuluh orang Guru Guru yang hendak ‘punch card’ berasa berhak dan wajib pula telah turut melempang dan menampar mereka berkali kali! Muka dan kepala bebudak dijadikan sebagai ‘punch bag’. Diwaktu perperangan pun dilarang oleh agama, mengapa pula diketika ‘sudah menyerah’ diperlakukan sedemikian rupa?


Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda “Apabila kamu berkelahi mahu pun berperang, maka hindarilah memukul muka lawan mu (HR Muslim)


Sedari mula sewaktu berjumpa dengan anak, setelah dipanggil datang melalui talipon sesudah subuh, sudah perasan muka dan pipi anak kelihatan merah dan lebam, apa lagi sesekali dia mengurut muka, dahinya berkerut seperti menahan kesakitan. Sewaktu perbincangan dan menerima laporan pihak sekolah, saya mengakui bahawa kesalahan telah dilakukan olehnya kerana ‘terbang’. Saya dan isteri turut memarahinya dan menasihatkan dengan begitu keras sehinggakan menangis. Saya berharap jika dijatuhkan hukuman biarlah adil dan saksama.


Sewajarnya apabila hukuman mahu dijatuhkan, perlulah diteliti juga laporan sebenar kejadian daripada pelaku pesalah, bukanlah laporan dari pihak Penguasa sahaja yang diguna pakai, kerana pastilah tidak disebut menerajang, menumbuk dan melempang. Lebih baik sekiranya pandangan ibubapa juga diambil kira kerana yang menanggung beban kos, kerugian, malu dan kecewa adalah mereka. Gantung asrama dan wajib menghadiri sessi persekolahan seperti biasa dengan berulang dari kampong memerlukan peruntukan wang belanja sekurang kurangnya RM100 sehari, tidak termasuk masa dan tenaga yang dikeluarkan. Apakah hukuman sedemikian berbaloi dan mendatangkan keuntungan dipihak pentadbiran sekolah? Atau mungkinkah murid murid tersebut mendapat iktibar dan tauladan melalui hukuman yang sedemikian rupa? Barangkali boleh difikirkan hukuman berupa denda kepada mereka seperti membersihkan kawasan mahu pun tandas dan sebagainya, dimana pasti akan mendatangkan pelajaran dan pengajaran buat mereka. Bagaimana pula tindakan kepada pegawai pegawai yang berbuat sesuka hati dan ikut nafsu menerajang, menumbuk dan melempang?


“Wahai orang orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap diri mu sendiri, atau terhadap ibu bapa dan kaum kerabat mu. Jika dia (yang terdakwa) kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu keadaan keduanya. Maka jangan kamu mengikut hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar belitkan (kata kata) atau enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Maha Teliti terhadap segala apa yang kamu kerjakan (4:135)


Sebenarnya kebaikan dan kebajikan yang dilakukan oleh manusia itu adalah untuk dirinya sendiri, begitu jugalah kejahatan dan kemungkaran itu, kerana ganjaran pahala dan syurga serta balasan dosa dan neraka itu tidak dapat diambil milik mahu pun ditanggung oleh manusia manusia lain. Kepada Allah, kerjakanlah suruhanNya dan tinggalkanlah laranganNya. Jika kerana Tuhan, sesungguhnya sedikit pun tidak membawa bekas keatas keBesaran dan keAgonganNya. Setiap manusia itu perolehi apa apa yang dikerjakannya. Namun kebanyakan manusia tidak mahu mengambil pelajaran dari Tuhan melalui Kalam KalamNya.


Sewaktu diizinkan meluangkan masa bersama anak selepas perbincangan tersebut saya mendapatkan penjelasan kejadian. Melihat kepada keadaan fizikalnya, didapati berlaku kesan tumbukan dan pelempang. Sesungguhnya tindakan terajang, tumbuk dan lempang itu sesuatu yang zalim dan penganiayaan kepada bebudak yang sangat lemah jika dibandingkan susuk tubuh keperkasaan Warden dan Guru Guru tersebut. Sudah pastilah bebudak itu telah melanggar undang undang, namun tindakan sedemikian sememangnya melampaui batas dan tidak punya peri kemanusiaan. Saya sudah pun mendapatkan rawatan dan laporan klinik, yang pada awalnya saya bercadang untuk membuat laporan polis bagi memanjangkan kes ini ke mahkamah dan telah membuat beberapa panggilan telefon termasuk kepada Ahli Parlimen Kamunting yang juga adalah seorang Peguam dan melahirkan minat untuk menjadikan kes.


Sungguh saya marah dan sangat kecewa diatas perlakuan anak yang melakukan kesalahan itu kerana merasakan dia sudah faham dan mengenali orang tuanya selama ini. Tetapi kekesalan dan kekecewaan saya lebih lagi terhadap tindakan Warden tersebut dan kini bertambah pula dengan istilah yang Puan gunakan kerana selama ini saya begitu memuliakan kedudukan Tuan Puan. Meskipun saya berjaya membuang rasa geram dan membuangkan perasaan marah, namun rasa kesal dan kecewa tidak dapat dielakkan. Pengadilan bukanlah diambil selepas penganiayaan, penzaliman dan penderaan. Keadilan itu ialah meletakkan sesuatu itu ditempatnya lantaran itulah haqnya sendiri.

Puan Yang Budiman,


“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk. Iaitu mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya (2:45&46)


Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan kepadaNya sahaja tempat memohon pertolongan dengan sabar dan sholat. Sabar itu ialah mengerjakan segala sesuatu tanpa dorongan hawa nafsu, berbuat melainkan hanya atas perintah dan tegahan Tuhan. Solat itu adalah membesarkan Tuhan dengan menyatakannya dengan perbuatan bukan sekadar hanya sebagai sebutan. Membesarkan Tuhan bukan sekadar mengangkat tangan dan mengatakan ALLAH HU AKBAR! Sesungguhnya membesarkan Allah SWT sangat berat bagi manusia, melainkan dengan sebenarnya mereka mengingatkan pertemuan dengan Allah SWT. Pertemuan dengan Tuhan adalah untuk dipersoalkan segala pertanggungjawaban ketika penghidupan didunia.


“Dari Ibnu Umar ra, dari Nabi SAW, sabdanya “Ketahuilah! Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinan mu. Seorang Amir (raja, presiden, perdana menteri – pemerintah) yang berkuasa terhadap rakyat akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin diatas keluarganya, dia akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin dirumah tangga suami dan anak2nya, dia akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta kekayaan majikannya yang dipercayakan kepadanya, dia juga akan ditanya tentang kepimpinannya. Ketahuilah, setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya (HR Muslim)


Sebenarnya saya telah menjelaskan dihadapan Guru Kelas dan En …….., termasuk Tuan Penolong Kanan pada hari perjumpaan tempuhari bagaimana saya mahu menepati kehendak Allah dan Rasulnya selaku Pemimpin (Bapa) sewaktu anak anak berada dirumah bersama saya. Setiap waktu bersolat jemaah dan selepas solat maghrib disertakan tazkirah berbentuk wasiat dengan Kalam Kalam Tuhan. Bukanlah pujian atau sanjungan yang saya mahu perolehi tetapi En ……… menyebut belum pernah mendengar seperti apa yang saya lakukan terhadap keluarga. Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan sesama manusia itu berwasiat (berpesan pesan) dengan al Quran yang benar lagi lurus.


“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu didalam kerugian. Kecuali orang orang yang beriman dan beramal solleh serta berwasiat dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran (103:1-3)


Selepas solat jemaah Maghrib, seisi keluarga yang ada diketika itu pasti berwasiatkan Kalam Kalam Tuhan sebagai petunjuk dan berharapkan rahmat Allah SWT. Setiap kali berdoakan ‘semoga bertambah Kasih dan Sayang Allah kepada Rasululullah, Guru guru dan kedua ibubapa sehinggakan kami kelimpahan shafaat’, tanyalah anak saya kerana itulah yang dipraktikan setiap kalinya. Saya tidak mahu dipersalahkan dihadapan Tuhan bahawa tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab kepimpinan. Sedemikian itulah saya menyerahkan anak anak kepada tanggungjawab Guru Guru apabila disekolah. Namun apabila anak anak melakukan kesalahan dibelakang ibubapanya, mereka dibelasah sesuka hati dan kutukkan serta penghinaan ditimpakan keatas orang tuanya semata.


Akhirnya saya mengambil pendekatan dengan tidak mahu memanjangkan perihal ini sebagai kes tuntunan khalayak ramai malah pasti akan dijadikan satu isu politik yang hanya menguntungkan satu pihak sahaja. Saya hanya ingin mengajak kepada Allah dan RasulNya dengan membacakan Kalam Kalam Tuhan. Sedemikian itulah tugas dan tanggungjawab saya dari Tuhan. Sesungguhnya apa yang berlaku itu adalah pengujian daripada Allah kepada hambaNya yang mengaku beriman, agar bertambah tambah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Sesungguhnya semua manusia itu sama sahaja melainkan ketaqwaan mereka terhadap Allah SWT.


“Apakah manusia mengira bahawa meraka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ‘kami telah beriman’, sedangkan mereka tidak diuji? (29:2)


Justru itu, sebagai hambaNya, saya berserah kepadaNya dan memohon agar didatangkan pelajaran, terlebih dahululah kepada diri saya sendiri. Saya bukan seorang ustaz mau pun tok guru untuk mengajarkan, bukan juga berilmu tinggi dan tidak pula seorang ahli ibadat tetapi hanya seorang hamba Tuhan yang sudah ditentukan sedemikian apa pun sejak azali, yang tertulis di Luh Mahfuz. Jika didalam soal ilmu ajarkan, jika tentang amalan tunjukilah kerana Tuan/Puan mungkin lebih mengetahui dan warak, namun yang saya sampaikan hanyalah yang dari Tuhan melalui Kalam kalamnya. Saya tidak mencampuri urusanNya selain yang dibenarkan sahaja, dan itu pun tanpa pengetahuan sebab dan akibatnya. Kehendak Tuhan segalanya kejadian dan ianya pasti tidak dijadikan dengan sia sia olehNya. Hikmah, nikmat dan pelajaran menyusul disebaliknya. Sesungguhnya manusia itu semuanya dikurniakan Allah SWT berakal namun hanyalah yang mahu memikirkan akan mendapat pelajaran dari Tuhan sebagai ikhtibar dan pengajaran.


Bermohon ampun saya kepada Tuhan tentang dahulu, berkenaan hari ini dan juga segala perkara dimasa masa akan datang. Saya berharapkan kemenangan yang dijanjikan oleh Tuhan, sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji janjiNya. Sehubungan itu, segalanya adalah kehendak dan ketentuan Allah SWT jua, saya hanya berharap kepada keredhaanNya sahaja. Saya menunggu dari Tuhan; barangkali Puan, En …………, Tuan Pengetua,Tuan Penolong Kanan, Pengerusi PIBG, anak anak, murid murid malahan semua manusia juga begitu, dan Allah jualah yang Maha Mengetahui segala apa yang tersembunyi apa lagi segala yang telah ternampak nyata. Allah pemilik kerajaan langit dan bumi, setiap apa yang dilangit dan setiap apa yang dibumi bertasbih kepadaNya. Kepada mereka mereka yang masih mahu mengakal akalkan fikirnya dan ikut rasa rasanya dengan sebutan idea mahu pun idologi bagi menangani masalah kemelut, saya mengajak kembali kepada Allah SWT dan RasulNya, dengan membacakan Kalam Tuhan.


“Maka mengapa mereka mencari agama lain selain agama Allah, padahal apa yang dilangit dan apa yang dibumi berserah diri kepadaNya baik dengan suka mahu pun terpaksa, dan hanyalah kepadaNya mereka dikembalikan ( 3:83)


Saya mengasihi semua manusia, jika orang kaya tidak ada rasa dengki dan kepada yang miskin terasa sangat belas dihati walau tidak dapat membantu sebanyak mana. Kepada yang berjawatan terasa berat tanggungjawab mereka, kepada bijak dan pandai mohon diajarkan dan kepada yang tidak tahu diperingatkan sekadar mampu dengan Kalam Tuhan. Orang tua dihormati dan yang muda dikasihi. Kepada yang beragama Islam itu bersaudara. Sabda junjungan SAW “Tidak sempurna iman seseorang itu jika tidak mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri” Tiada tanda KASIH SAYANG sejati sesama manusia itu selain memberikan khabar gembira dan peringatan dengan Kalam Kalam Tuhan.


Pun begitu, Kalau Puan dan keluarga ke …………, ajaklah En ……… dan Tuan Pengetua, Tuan Penolong Kanan, Pengerusi PIBG malahan semua warga SMK …………; maklumkan kepada saya terlebih dahulu, boleh kita pekena mee kari dikedai Pak Tapa dan kalau kelapangan berkunjunglah dengan lawatilah htpp://khalifahhimpass.blogspot.com agar dapat lebih mengenali tuntunan dan tuntutan Allah SWT melalui al Quran nulKareem, Kitabullah.


“Hendaklah ada diantara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf (yang baik baik) dan melarang dari yang mungkar; mereka itulah yang menang. Janganlah kamu seperti orang orang yang berpecah belah dan berselisih selisih setelah datang kepada mereka beberapa keterangan dan untuk mereka itulah siksaan yang besar (3:104-105)


Amin amin amin ya muji basa ilin, ya Robbal’alamin. Sekian, Wassalam.

s.k. 1. Pengetua

2. Penolong Kanan

3. Pengerusi PIBG

4. En Shahril Anuar

NOTA : Mengapa tak repot Polis je?ayahIssa