IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Ahad, 29 April 2012

IMAM MAHDI DAN DAJJAL

Oleh : CHILOWN al GHURABA'

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

‘Dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan’

Sesungguhnya Kitabullah, al Quran nulKareem; Kalamullah adalah wajib dipercayai (diimani) sebagai syaratnya untuk menciptakan iman yang rukun iaitu ‘Rukun Iman’

Allah swt menjelaskan penciptaanNYA keatas segala sesuatu itu pasti dengan pasangannya. Diciptakan langit dengan bumi, kebaikan dengan keburukan, berbagai penyakit dengan ubat ubatan, racun dengan penawarnya, lelaki dengan wanita, lawan dengan kawan dan Kebenaran dengan kebathilan.

Para pembawa Berita Besar (Anbiya`) adalah manusia pilihan Allah swt yang membawa dan menegakkan KebenaranNYA dimuka bumi. Semenjak zaman Adam as dan sehingga sekarang, Allah swt sentiasa mengutus mereka dengan musuh yang menjadi lawan tanding didalam tugasan.

Nabi Adam as diingkari oleh  Imam para Malaikat yaitu Iblis, Ibrahim as dengan Namrudz, Musa as ditentang oleh Fir’aun, Isa dilawan oleh Imam para Yahudi dan Herodes, Muhammad saw dimusuhi oleh Abu Jahal, dan sekarang seperti itu juga, Imam Mahdi dihadang oleh Dajjal.
           
Inilah Sunnattullah iaitu Kebenaran pasti akan berhadapan dengan kebathilan sebagai penentang. Mengingkari dan menentang adalah sebagai musuh Kebenaran dan ianya tertumpu kepada orang yang membawa Kebenaran. Setiap orang yang membawakan kebenaran serta pengikutnya dimusuhi.  Ketika sekarang tiada beza dengan zaman sebelumnya, begitu juga dimasa akan datang. Dahulu berlaku, akan datang juga berlaku; dahulu dan akan datang itu, sekarang sedang berlaku.
           
IMAM MAHDI

Imam Mahdi, dari sudut bahasa terdiri dari dua kata iaitu ‘IMAM + MAHDI’. Imam bermaksud “ikutan“ atau orang yang diikuti. Seseorang yang diikuti bererti sedang berada diposisi terhadapan, dengan sejumlah orang yang mengikutinya dibelakang. Sebutan ‘Imam’ itu adalah dari bahasa Arab, manakala  adalah ‘PEMIMPIN’ didalam bahasa Melayu. 

Sebutan ‘Mahdi’ juga berasal dari bahasa Arab yang pengertiannya didalam bahasa kaum ialah ‘yang menunjukkan’. Apabila ditelaah lebih dalam lagi, bererti menyatakan seseorang yang mampu memberikan petunjuk dengan menguasai perihal petunjuk tersebut.

Imam Mahdi adalah seorang manusia yang membawa petunjuk. Didalam bahasa Melayu yang sangat mudah ialah  ‘Pemimpin yang membawa petunjuk’  Disudut agama Islam pastilah petunjuk yang dibawa oleh Pemimpin tersebut adalah al Quran nulKareem, Kalamullah-Kitabullah. Pemimpin yang hanya menjadikan al Quran sebagai petunjuk jalan yang lurus lagi benar kepada manusia untuk di ikuti (imani). Wajarlah menjadi seorang pengikut kepada Pemimpin yang membacakan dan menyerukan Kalamullah sebagai petunjuk jalan untuk kembali kepada Allah swt, Tuhan Pencipta.

DAJJAL

Dajjal, satu nama yang sudah sering kita dengar, sebenarnya memakai gelar yang sama dengan gelar Nabi Isa putra Mariam yaitu ‘al Masih’, bezanya Isa putra Maryam memakai gelar itu dibelakang namanya iaitu Isa al Masih, sedangkan Dajjal memakai didepan namanya iaitu al Masih adDajjal.

al Masih secara bahasa bererti ‘penghapus’, sesungguhnya bertepatan Nabi Isa putra Maryam yang memakai gelar ini disebut ‘Sipenghapus Dosa’. Dajjal secara bahasa bererti Pembohong’, maka gelar al Masih tersebut menjadi ‘Sipenghapus dosa yang bohong’ atau pendusta atau palsu.  Sesuatu yang bohong atau palsu sudah pasti ianya tidak membawa petunjuk yang benar lagi lurus iaitu al Quran Kalamullah melainkan yang diaqal aqal fikiran sahaja yang tentunya berlandaskan hawa nafsu semata.  
  
‘al Masih adDajal memiliki mata yang picik dan Tuhanmu tidaklah picik’ H.R. At-tirmidzi \ 2336

Ulama dan tok guru selalu mengajarkan bahawa bermata satu sebagai ciri sosok yang paling menonjol bagi Dajjal. Sebenarnya bermata satu atau picik itu adalah perumpamaan kepada Dajjal yang menilai sesuatu itu dengan hanya dari satu sisi sahaja iaitu aqal fikirnya. Kebenaran dari Tuhan dinilai dengan aqal fikir dan rasa rasa sebagai fakta yang berlandaskan hawa nafsu yang membawa pengertian terbalik atau terpesong maksud sebenarnya.
           
Dikatakan Dajjal datang dengan menyajikan dua tawaran kepada manusia iaitu Syurga ditangan kanannya dan Neraka itu ada ditangan kirinya padahal yang sebenarnya adalah sebaliknya. Ditangan kanannya adalah Neraka dan disebelah kiri adalah Syurga.

Kegiatan utama Dajjal ialah memutar balikan fakta, yang akan menipu dan menjerumuskan manusia kelembah kebinasaan dan akhirnya menerima azab dari Allah swt. Menggunakan kata sebelah ‘kanan’ sudah sangat tertanam kepada manusia bagi menyatakan makna yang baik baik dan ‘kiri’ membawa  maksud yang buruk. Jika tangan kanan Dajjal yang diikuti maka sebenarnya adalah Neraka dan ditangan kirinya ternyata Syurga. Dajjal berusaha berbohong dengan menyajikan kebaikan atau sesuatu yang nilainya baik kepada manusia padahal ternyata itulah yang buruk, dan sebaliknya Dajjal akan berusaha menunjukkan yang dianggap buruk padahal itulah yang ternyata baik.

Dajjal didalam satu Hadist disimbolkan dengan ‘rambutnya yang keriting membawa maksud sangat pintar memutar balikkan fakta’ Perhatikan Firman Allah swt didalam Kitab Suci al Quran ketika Fir’aun menentang Musa as.
              
“Hai kaumku, untuk mulah kerajaan pada hari ini dengan berkuasa di muka bumi. Siapakah yang akan menolong kita dari azab Allah jika azab itu menimpa kita! Fir’aun berkata: Aku tidak mengemukakan kepadamu, melainkan apa yang aku pandang baik; dan aku tiada menunjukkan kepada mu selain jalan yang benar”  

Tidak hanya memutar balikan fakta, bersama Dajjal muncul banyak fitnah ditebarkannya agar  manusia memusuhi Imam Mahdi ketika kedatangannya. Dajjal mengumpulkan pasukan elite yang sangat mudah mengatakan sesat kepada segolongan manusia tetapi tidak berkemampuan  memberikan pentunjuk kepada yang mereka yang dikatakan sesat itu. Sebaliknya Imam Mahdi membawa petunjuk yang melepaskan manusia itu dari kesesatan yang nyata. Dajjal dan pasukannya tidak bertanggung jawab atas apa yang dikatakan maupun yang tuduhkan.

Imam Mahdi yang dinanti kedatangannya ini akan diterima pimpinannya oleh segolongan manusia sebagai pengikut, namun akan ditentang dan dimusuhi oleh segolongan manusia lainnya, yang dipimpin oleh Dajjal, dengan menyebarkan fitnah bagi menolak kedatangan beliau. Walaupun Imam Mahdi sudah didatangkan oleh Allah swt, fitnah terbesar Dajjal ialah menafikan kehadiran tersebut. Fitnah  merupakan senjata Dajjal dalam memerangi Imam Mahdi, tetapi Allah swt akan selalu melindungi dan menolongnya.
 
Imam Mahdi datang untuk menjalankan perintah Allah swt untuk menyatukan keseluruhan manusia dengan menegakkan Kebenaran dimuka bumi berlandaskan Kalamullah. Sesungguhnya manusia berada didalam keadaan teserak dan tercerai berai. Seruan Kalamullah disampaikan agar manusia kembali bersatu kedalam kalimat yang satu : “Tidak ada Tuhan melainkan Allah”   

“Katakanlah: Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah, bahawa kami adalah orang orang yang berserah diri (kepada Allah)”

Dajjal sentiasa menentang dengan mengatakan ‘ Tidak ada lagi orang seperti Muhammad’. Allah swt paparkan sejarah sebagai pelajaran dan pengajaran didalam al Quran bahawa ini adalah perkataan orang kafir yang terdahulu. Beginilah perangai Dajjal beserta pasukannya, ketika dizaman Nabi Muhammad saw mereka mengatakan tidak ada lagi orang seperti Nabi Isa dan ketika dizaman Isa mereka juga  mengatakan tidak ada lagi orang seperti Nabi Musa. 
                             
Dajjal juga menyembunyikan Ayat ayat Allah swt walaupun sebenarnya mengetahui, kerana sangat bijak dan pakar didalam segala kitab (Umul kitab), dengan menghasut manusia agar tidak mahu mengikuti Imam Mahdi. Dajjal menanamkan kepercayaan bahawa taat patuh (sujud) kepada manusia adalah syirik yakni mempersekutukan Allah swt, maka dikatakan seharusnya hanya kepada Allah sahaja untuk berbuat taat. Demikianlah juga ucapan Iblis (Pembangkang) ketika diperintahkan Allah swt untuk taat patuh; sujud kepada Adam as. Mereka menolak dan menyombongkan diri.

“Wahai orang orang yang beriman! Taati  Allah, taati Rosul dan Pemimpin yang diantara kamu. Jika kamu bersalahan tentang sesuatu, maka kembalikan kepada Allah dan Rosul, jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Itu adalah lebih utama dan lebih baik akibatnya”

Sesungguhnya Dajjal juga adalah sosok yang taat beramal dan beribadah kerana menyembunyikan wujud aslinya sebagai benteng  sangat kukuh yang di bangunnya sejak lama, agar demikian dia dapat memperdaya manusia dimuka bumi bagi tujuan memusuhi, mempersulitkan dan memerangi Imam Mahdi yang datang dengan membawa petunjuk dari Allah swt.  Imam Mahdi membawa  Kebenaran yang nyata iaitu al Quran Kalamullah, akan sentiasa mengumandangkan, menerangkan serta menjelaskan Ayat ayat Allah swt.
              
“Kami tidak mengutus seorang Rosul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”
         
Dajjal akan selalu membantah dengan mengatakan ‘Jibril tidak pernah lagi menurunkan Wahyu’, padahal kalau kita mau berfikir jernih bahwa Kitab Suci al Quran adalah Wahyu yang diturunkan kepada Muhammad saw, maka ertinya Ayat ayat yang terdapat didalam Kitab suci al Qu’an yang akan dijelaskan dengan terang oleh Imam Mahdi keseluruhannya adalah Wahyu dari Allah swt.

Begitulah Dajjal yang selalu menentang kepada orang yang akan menegakkan Kebenaran, kegiatan ini  sedari duhulu sehingga sekarang, sentiasa berusaha untuk mengingkari ketetapan yang sudah ditetapkan oleh Allah swt. Demikian sedikit pengenalan biodata  sosok Imam Mahdi yang membawa petunjuk Kebenaran berlandaskan Kalamullah dan Dajjal yang akan menghalangi dengan menolak Ayat ayat Allah swt yang dikumandangkan. 

Persoalannya, anda pengikut siapa???

WASSALAM 

Sabtu, 7 April 2012

TERSESAT DIJALAN YANG LURUS OLEH DABLO DOVER

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم



(Salam, satu catatan lagi oleh IKHWAN INDRA SYAHPUTRA yang sinonim dengan nama DABLO DOVER ini! Insyaalah, ana akan ke Medan dalam tempoh terdekat ini, sebagai pengkagum kepada tulisannya berharap sangat dapat bertemu dengan beliau. Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara dan SATU bersama KALAMULLAH yang dibaca dan disampaikannya. Tulisan beliau dipetik terus adalah dengan izinnya tanpa alih bahasa. Alhamdulillah)



Dan sesungguhnya telah kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu,

di antara mereka ada yang kami ceritakan kepadamu dan

di antara mereka ada (pula) yang tidak kami ceritakan kepadamu.

Tidak dapat bagi seorang Rasul membawa suatu mukjizat, melainkan dengan seizin Allah; maka apabila telah datang perintah Allah, diputuskan (semua perkara) dengan adil, dan ketika itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada yang bathil. [40:78]



Tidak hanya kita, awal mulanya anak-anak kita juga mendapat pengajaran dari orang tua, kemudian bekal itu dikembangkan di Taman Kanak (TK), ada yang langsung ke Sekolah Dasar (SD), lalu berlanjut ke Sekolah Menengah Pertama (SMP), Sekolah Menengah Atas atau Kejuruan (SMA-K), dan setelah itu keperguruan tinggi (Univesitas) terserah apa namanya. Dari paket-paket pendidikan ini kita dan anak-anak kita ditempah untuk memahami urutan para Nabi (pembawa berita), di mana menurut hitungannya para pembawa berita itu terbatas cuma sampai angka 25 (duapuluh lima), diawali dari Adam hingga diakhiri oleh Muhammad bin Abdullah.



Herannya mengenai hal ini Al Qur’an tidak memuat batas jumlah para Nabi, jelasnya Al Qur’an tidak memberi informasi mengenai anak Abadullah suami Hadijah itu sebagai nabi terakhir. Al Qur’an hanya memberitakan bahwa yang menutup kenabian adalah Pesuruh (Rasul) Allah, dan yang mengemban tugas ini sudah pasti “terpuji” kata terpuji ini dalam bahasa Arab berbunyi “Muhammad” Akan menjadi lebih terpuji karena orang ini berani memberitakan Al Qur’an keseluruh dunia, walaupun umat manusia mengaku telah memeluk satu nama agama yang didapati dari garis keturunan.



Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu,

tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi,

dan adalah Allah Maha mengetahui segala sesuatu. [33:40]



Tidak selarasnya paket pendidikan selama ini dengan Al Qur’an menguatkan bukti bahwa kegiatan manipulasi informasi sejak lama telah dilakukan, demi menyempurnakan dogma yang kemudian disebarluaskan untuk menggeser originalitas akidah dari mata pandang setiap pemeluknya, terlepas apa pun nama agamanya. Suksesnya misi tersebut dapat dirasakan ketika masyarakat bumi yang hidup saat ini sepakat untuk mengatakan “tidak ada lagi rasul” yang akan diutus Allah kemuka bumi.



Argumen ini memiliki akar yang cukup kuat, kelahirannya pun seiring dengan penurunan wahyu sejak pertama kalinya. Kebanyakan masyarakat yang terlanjur menjadi konsumen argumen klasik ini akan heran, atau bisa jadi shock ketika mendengar kabar dari si pembawa berita. Akibatnya keheranan tingkat tinggi itu berputar di dalam kepala masing-masing dan berubah menjadi sikap skeptis. Pertama sekali mereka ragu dengan berita besar yang dikabarkan, kemudian mereka menjadi lebih ragu pada keyakinan yang selama ini mereka anut dari garis keturunan itu.



Keraguan demikian tercipta atas penjelasan yang cukup terang dari berita yang dikumandangkan oleh si pembawanya (Nabi), di mana autentisitas berita tersebut bersumber dari kitab suci yang selama ini mereka baca. Walau pun demikian sunatullah tetap akan berlaku, sebagaimana Al Qur’an (Kitab Suci) telah menjelaskan.



Kami tidak mengutus seorang Rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya,

supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka.

Maka Allah menyesatkan siapa yang dia kehendaki,

dan memberi petunjuk kepada siapa yang dia kehendaki.

dan Dia-lah Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. [4:58]



“Setipis kulit bawang,” mungkin ini kalimat yang tepat untuk memaknai perbedaan antara orang-orang tersesat dengan yang mendapat petunjuk. Siapa saja yang menolak kehadiran si pembawa berita akan mengeluarkan fonis sesat kepada orang tersebut termasuk siapa saja yang percaya kepadanya. Sementara bukti kuat menjelaskan bahwa kehadiran orang yang menerangkan dengan jelaskan itu adalah sebagai filter atas kesunguhan serta ketulusan setiap manusia yang mengaku beriman (percaya) pada Allah. Artinya Al Qur’an memberitakan bahwa sesungguhnya orang-oarang sesat dihadapan Allah adalah setiap orang yang bertungkuslumus menolak dan menentang kehadiran orang yang menjelaskan, karena beliau adalah pesuruh (Rasul) Allah



Jika diperhatikan hal ini adalah bentuk kebijaksanaan dan kekuasaan Allah, karena Allah tidak membedakan derajat antara orang maksiat dengan orang ta’at, siapa saja yang berani menolak utusanNya adalah tersesat, begitu juga sebaliknya, baik dengan suka atau pun terpakas siapa saja yang menerima dan mengikuti utusNya maka sempurnalah ia menjadi orang yang beragama.



Katakanlah: Hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan)

yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allahdan tidak kita persekutukan dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling

maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang

yang berserah diri (kepada Allah). [3:64]



Hai ahli kitab, Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami, menjelaskan (syari'at kami) kepadamu ketika terputus (pengiriman) Rasul-rasul agar kamu tidak mengatakan: "Tidak ada datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira maupun seorang pemberi peringatan". Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. [5:19]



Orang-orang yang memilih kesesatan akan lebih keras menyuarakan bahwa si pembawa berita dan orang-orang yang mengikutinya adalah sesat. Selain menggunakan slogan yang bermutan fitnah mereka juga cendrung mengunakan fisik, sudah barang tentu muatannya adalah niat untuk mecederai. Tidak cukup dengan itu, orang-orang tersesat ini juga ingin sekali menjerat si pembawa berita dengan hukum negara yang dianggap berlaku, walau sebenarnya itu bukan acaman baginya.



Seperti itulah sikap dan perlakuan Fir’aun kepada Musa, Abu Jahal kepada Muhamad bin Abdullah, para pemuka agama dan Raja Roma kepada Isa putra Maryam, dan perlakuan serupa itu telah diterapkan oleh Dajjal di masa sekarang ini.



Namun demikian si pembawa berita akan tetap meletakan senyum dibibir, menyadari bahwa begitu sulitnya untuk membawa manusia agar segera hijarah dari keyakinan nenek moyang menuju kepada keyakinan yang sesungguhnya disisi Allah.



Sambil merendahkan hati sembari berbisik “Ya, memang saat ini aku sedang tersesat, di jalan yang lurus.”



Salam,

DABLO DOVER, konvigurasi yang sulit diterima,

dianggap tidak pantas hadir dalam peradaban hari ini.

Medan, SUMUT, Indonesia