IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Khamis, 19 Mei 2011

DIRIKAN SHOLAT DAN TUNAIKAN ZAKAT

Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم


“Kitab ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yag bertaqwa. Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan sholat dan menginfakan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka” 2:2&3


Berjumpa dengan rakan sekerja sewaktu sebagai kerani 15 tahun dahulu dan kami terkenangkan peristiwa ketika beliau tidak berjaya mendapatkan pinjaman sebanyak RM20 daripada Ketua Jabatan yang ketika itu seorang Jurutera IR, kerana ‘sesak’ untuk membeli susu anak yang baru berusia 1 ½ tahun


Katanya, dia masih terngiang jawaban Ketua Jabatan tersebut; ‘Saya ada RM100 je ni, nanti nak lunch dengan isteri, peh tu nak beli lauk untuk makan malam, maaf le, cuba minta kat CC ...’ ana berhenti kerja tiga bulan selepas peristiwa itu yang kebetulan bulan haji dimana ketua Jabatan turut berangkat ketanah suci bersama isteri dan ketiga tiga orang anaknya ...


“Dan dirikanlah sholat, tunaikanlah zakat dan rukuqlah bersama orang yang rukuq” 2:43


Sesungguhnya sangat gagah manusia itu berdiri bagi menunaikan sholat sebagai menyahut perintah Allah swt, sehinggakan jika tidak mampu berdiri mereka bersholat duduk malahan ketika terbaring sakit tetap masih bersholat kerana menyahut seruan dan perintah Tuhan!


“Maka celakalah orang yang sholat, iaitu orang yang lalai dalam sholat dan yang membuat riyaa, dan enggan memberikan bantuan” 107:4-7


Maka manusia itu tumpukan sepenuh perhatian kepada gerakan dan segala bacaaan didalam sholat supaya tidak lalai dengan mengingatkan perkara yang lain agar tidak mendapat kecelakaan (dicampakan kedalam neraka wail!) Benarlah juga yang sedemikan itu


Kita tidak membicarakan pengertian sholat dari gerak anggota, bacaan lisan mahu pun tasdik didalam hati, namun sesungguhnya manusia telah lalai didalam sholatnya apabila Allah swt memerintah supaya ‘dirikan sholat dan tunaikanlah zakat’. Acap kali Allah swt berKalam memerintahkan kefardhuan gandingan keduanya. Sila rujuk perkara berkaitan ‘dirikan sholat dan tunaikan zakat’, antaranya :- 2:277, 4:77&162, 5:12&55, 8:2-4, 9:5,11,18&71, 13:22,23&31, 19:31&55, 21:73, 22:35,41&78, 23:1-9, 24:37&56, 27:1-3, 31:1-5, 32:16, 33:33, 35:29, 58:13, 72:20, 98:5


“Dan jangan sekali kali orang orang yang kikir dengan apa yang diberikan Allah kepada mereka dari kurniaanNYA, mengira bahawa itu baik bagi mereka, pada hal itu buruk bagi mereka. Apa yang mereka kikirkan itu akan dikalungkan pada hari kiamat. Milik Allah warisan apa yang dilangit dan bumi. Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan” 3:180


Didalam keghairahan manusia mengerjakan setiap kefardhuan perintah Allah swt itu, mereka selalu keciciran kepada kewajiban untuk menunaikan zakat baik berupa sedekah, derma, sumbangan, pertolongan dan bantuan. Mereka lalai terhadap perintah kefardhuan untuk menginfakan sebahagian daripada rezeki yang berupakan harta benda dan wang ringgit kerana kikir dan kedekut. Kebanyakan manusia itu merasakan bahawa kekayaan harta dan wang ringgit itu adalah semata diatas daya usahanya dengan kepandaian ilmu beserta dengan kecekapanya mengambil peluang. Barangsiapa yang tidak seumpama sepertinya dianggap pemalas dan bodoh semata


“Dan dirikanlah sholat dan tunaikanlah zakat. Dan segala kebaikan yang kamu kerjakan untuk diri mu, kamu akan mendapatkanya disisi Allah. Sungguh!, Allah Maha Melihat apa apa yang kamu kerjakan” 2:110


Terdapat dikalangan manusia itu sentiasa mengerjakan amalan kefardhuan lainya namun tidak mahu menginfakan sebagahagian kekayaanya. Mereka sangat taat mengerjakan amalan puasa Ramadan termasuk puasa sunat konon untuk merasakan kesusahan dan kelaparan fakir miskin tetapi jauh sekali untuk membantu mereka dengan memberikan sumbangan berupa harta benda dan wang. Zakat fitrah idul fitri pun sering terdengar rungutan kerana kadarnya naik setiap tahun! Nasib idul adha tiada kutipan zakat, maka perhatikanlah bagaimana kesungguhan manusia kepada perintah kefardhuan zakat harta simpanan, perniagaan, ternakan dan yang lainya


Lantaran dengan harta kekayaan yang dimiliki beserta ilmunya mereka berbuat amal ibadat kepada Tuhannya, lantas langsung merasakan sudah mencukupi untuk dirinya memperolehi pahala seterusnya menikmati balasan syuga diakhirat kelak. Didalam keadaan yang terasa sangat selesanya kehidupan dengan kekayaan dan kemewahan serta kesihatan, kejayaan anak anak dan jawatan tinggi baginya adalah sebagai tanda Allah telah menerima segala amalan peribadatanya. Sangat berbangga dengan apa yang dimiliki dengan merasakan kesempurnaan keIslaman termasuk sudah pun mengerjakan haji sebanyak 4 atau lima kali! (Kalau rajin sila rujuk catatan pada 25 Oktober 2010)


“Syaitan itu menakutkan dengan kemiskinan kepada mu dan menyuruh kamu berbuat kikir, sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan kurniaNYA kepada mu. Dan Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui” 2:268


Allah swt didalam Firman juga mendahulukan harta itu sebelumnya yang lain termasuk nyawa untuk dijadikan pengorbanan yang dituntutNYA didalam perlaksanaan. Pepatah Melayu ‘berkorban nyawa dan harta’ tidak langsung menepati kehendak Tuhan, kerana manusia itu pasti tidak menyanggupi berbuat demikian; masakan sanggup mengorbankan nyawa sedangkan untuk memberikan sebahagian hartanya pun manusia itu tersangat kikir dan kedekut?


“Berikanlah haknya kepada kerabat dekat dan juga kepada orang miskin dan musafir dan janganlah kamu hamburkan harta mu secara boros” 17:26


Ingatlah! Sesungguhnya Allah swt memerintahkan sholat dan zakat sedekah itu beriringan untuk dilaksanakan oleh hamba hambaNYA malahan berhubung rapat pula dengan perintah kefadhuan yang selainya. Hubungan seseorang itu dengan Tuhannya tidak selesai tanpa kaitan hubungan sesama manusia itu sendiri tidak mahu diambil kira oleh mereka. Sesungguhnya Allah swt itu tidak mengambil kira amalan selainya jika manusia itu mengabaikan zakat dan sedekah itu.


Kebanyakan manusia itu bukan sahaja kikir dan kedekut, malahan menjadi tamak dan haloba mahu menambah kekayaan dan kemewahan bagaikan tiada kepuasan dengan apa yang dimilikinya. Tidak hairan mereka yang kaya bertambah kaya, sebaliknya orang miskin bertambah miskin kerana hak milik simiskin disapu bersih oleh mereka yang rakus menambah kekayaan masing masing. Sesunnguhnya Allah swt Maha Mengetahui malahan diatas Kasih dan SayangNYA kepada hamba hambaNYA yang beriman dan bertaqwa agar melaksanakan zakat dan sedekah itu agar memperolehi rahmat dan nikmat yang tersangat lebih kebaikanya, namun manusia itu tidak mahu memikirkan Kalam kalamNYA sebagai pelajaran dan pengajaran


“Wahai orang orang yang beriman! Infakanlah sebahagian rezeki yang telah kami berikan kepada mu, sebelum datang hari ketika tiada lagi jual beli, tidak ada lagi persahabatan dan tidak ada lagi syafaat. Orang orang kafir itulah orang yang zalim” 2:254


Penekanan Tuhan agar manusia mengeluarkan zakat dan sedekah untuk membentuk kehidupan sesama mereka harmonis supaya tidak dipisahkan oleh jurang kemiskinan dan penghinaan sesama hamba Tuhan. Terdapat dikalangan manusia itu diantara kaum kerabatnya sendiri pun tidak mahu dia memberikan bantuan, sehinggakan tidak dipedulikan permasalah yang ada. Sengaja tidak mahu bertanyakan khabar berita walau lama sudah tidak ketemu kerana takutkan menjadi bebanan kepadanya pula. Dikalangan kerabat sendiri terdapat jurang kemiskinan adik beradik sehinggakan perhubungan darah daging itu tidak membawa pengertian persaudaraan apa lagi silaratulrahmi seagama seperti yang dituntut Allah dan RasulNYA.


Mungkinkah terdapat dikalangan yang kaya itu muncul dibenaknya mahu mengambil tahu dan membantu keadaan orang lain yang miskin sedangkan dikalangan kerabatnya sendiri yang dia lebih tahu duduk perkara tidak diendahkan? Bagi mereka harta dan wang ringgit adalah persedian untuk anak anaknya dimasa hadapan, maka kerabat dan orang miskin yang berada hampir denganya tidak akan dihiraukan. Terdapat orang kaya sudah pun membelikan 4 pintu rumah untuk tiga anak anaknya yang masih bersekolah termasuk yang berada didalam kandungan perut isterinya!


“Perumpamaan orang yang menginfakan hartanya dijalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui “ 2:261


“Dan perumpamaan orang menginfakan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguhkan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak didataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat maka kebun itu menghasilkan buah buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya maka embun pun memadai. Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” 2:265


Disamping itu Allah swt menjanjikan pula sebaik ganjaran yang dariNYA. Sebaliknya dikalangan manusia yang kaya dan berada itu selalunya takut akan berkurangan harta miliknya sehingga menjadikan dirinya kikir lagi kedekut kerana takut menjadi miskin. Sesungguhnya harta yang dimiliki oleh seseorang itu terdapat hak orang lain yang wajib diberikan kepadanya. Sesungguhnya kejadian manusia itu sama sahaja dan rezekinya sudah ditentukan semenjak azalinya, namun manusia itu selalu mahu menentukanya sendiri, sehinggakan membuat percaturan sendiri tentang masa masa yang akan datang, walhal untuk menentukan sesaat lagi tidak mampu inikan pula untuk masa masa yang entah bila. Perujian Allah swt terhadap sikap kecintaan manusia kepada harta kekayaan sebenarnya akan menguji ketulinan rasa keimanan terhadap Tuhan atau pun sebaliknya. Sesungguhnya manusia itu sama sahaja, tiada perbezaanya melainkan ketaqwaanya disisi Allah swt. Ketaqwaan kepadaNYA adalah dengan mengerjakan suruhan dan meninggalkan laranganNYA melalui yang sudah digarapkan oleh Tuhan melalui Kalam kalamNYA


“Sesungguhnya orang yang bersedekah baik lekaki mahu pun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipat gandakan (balasan) bagi mereka; dan mereka akan mendapat pahala yang mulia” 57:18


Sabda Nabi saw ‘Jika mati anak Adam itu putuslah amalanya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaat orang dan doa dari anak yang solleh’


[Sila rujuk berkaitan ‘Zakat dan Sedekah’, antaranya :-

2:267-268&270- 272, 3:92&134, 4:38&39, 6:141, 7:156, 9:58,60,75,79,99&103-104, 24:67, 34:39, 36:47, 41:6&7, 51:19, 57:17&18, 63:10, 64:16&17, 68:30-34, 70:19-25, 93:10&11]


Rakan lama sepejabat menceritakan juga bahawa Ketua Jabatan tersebut telah bersara awal tahun ini, sudah bergelar Dato’, bernikah baru setelah kematian isteri dan sudah tiga kali ke Mekah menunaikan haji manakala ketiga tiga anaknya berjaya dengan pendidikan luar negara dan sudah berjawatan tinggi serta bergaji lumayan


Qulyaaiyuhannas innama analakum nadzirun mubiin

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته