IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Isnin, 31 Ogos 2009

PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN

Salam

Sesungguhnya manusia ini adalah pemimpin (pemimpin) paling tidak adalah kepada dirinya sendiri. Setiap pemimpin akan dipertanggunjawabkan dan akan ditanya Allah diatas kepimpinannya termasuk keatas dirinya sendiri di akhirat kelak. Tidak siapa pun akan terlepas dari soal jawab sedemikian.


Seperti seseorang yang mengaku sebagai bapa tentulah ada anak anak akan mengatakan dirinya itu adalah bapanya, seorang suami mesti ada seorang isteri (atau lebih) yang akan mengakui bahawa sipolan itu adalah suaminya (mereka) Begitulah seterusnya mau pun sebaliknya. Maka tentulah seseorang pemimpin itu ada pengikut yang mengesahkan seseorang itu adalah pemimpinnya. Seseorang pemimpin pasti ada pengikutnya.

Pemimpin bertanggungjawab diatas kebajikan dan keselamatan para pengikut pengikutnya. Pemimpin adalah penyelamat. Umpama sekiranya berlaku sesuatu perkara yang kacau bilau sudah tentulah setiap pengikut yang dijaga dan yang terselamat akan menjadi bukti pengesahan bahawa pemimpinnya amat bertanggunjawab dan boleh dipercayai. Sebaliknya jika pemimpin itu sahaja yang terselamat siapakah yang akan mengatakan dia penyelamat? Tiada orang yang mengatakan dia adalah penyelamat kerana tidak seorang pun yang terselamat kecuali dia seorang! Maka apabila disoal tanya Allah kelak sudah pasti dia juga tidak akan selamat!

Makna dan maksud pemimpin ini selalu dipayahkan oleh sebutan bahasa malah kadang kadang mengelirukan. Sebahagiannya dipanggil ulamak, sebahagian lagi dipanggil umarak ( khalifah, raja, sultan, kiai, syeikh dan sebagainya) Mudahnya apabila seseorang itu ada pengikut maka jadilah dirinya sebagai pemimpin lalu menepati bahawa setiap individu itu adalah pemimpin walaupun hanya kepada dirinya sendiri. Namun, sebenarnya yang penting untuk dibacarakan ialah kriteria pemimpin itu bagaimanakah mengikut kehendak Allah SWT? Atau seperti sabda Nabi saw 'seperti aku dan para sahabat'.

Jika mahu dipisahkan difinisi ulamak dan umarak pastilah ulamak itu perwaris nabi - warissatul anbiya'a maka umarak mewarisinya dari ulamak; yang jadinya bertataraflah ulamak juga si umarak! Ulamak maupun umarak yang mewarisi iman, ilmu dan amal dari pada susur galur yang menyampai kepada Nabi saw tidak akan menggadaikannya dengan apa pun jua, dengan mana cara sekali pun dan dimana mana pun dia berada. Atas dasar iman, ulamak dan umarak akan sentiasa berjuang membimbing umat (pengikut) untuk sentiasa hanya menghamba kepada Allah SWT secara total. Penghambaan total ini terbukti dengan cara menjalani segala aspek kehidupan sesuai dengan tuntunan yang dibawa Rasullullah saw baik dalam kehidupan politik maupun spiritual seraya berharap keredhaan Illahi sebagai tujuan utama hidup didunia yang menuju akhirat. Dititik nokhtakanlah ulamak maupun umarak itu adalah disebut gelarannya sebagai pemimpin!

Pemimpin wajib mejadi pembimbing dengan kepimpinan yang mulia dengan berlandaskan al Quran dan Sunnah Rasul, sebab pemimpin juga adalah hamba hamba Allah yang juga mendambakan keredhaanNya. Hanyalah dengan membawa pengikut diatas landasan al Quran menjadikan mereka pemimpin sejati sebagai penyelamat umat ini. Umat hari ini merindukan sosok pemimpin yang ikhlas berjuang dengan pengorbanan maksima agar dapat mengeluarkan mereka dari kegelapan jahilliah moden, derita dan sengsara kekangan sistem sekular-leberal; membawa kemuliaan dan kegembiraan degan Nur Islam kaffah, masyarakat dan negara bersyariah diatas rahmah, taufik dan hidayah Allah SWT. Begitulah yang pernah didaulahkan dan dicontohkan oleh Nabi saw dan para khalifah terdahulu.

Sesungguhnya pemimpin yang didambakan itu memiliki kelas dan kriteria tertentu khusus untuk dijadikan ikutan dan taat setia tanpa keraguan sedikit pun jua. Kepimpinannya hanyalah berlandaskan al Quran didalam semua keadaan. Tertera sebahagaian yang dapat dicatatkan didalam al Quran adalah seperti beriku :-

1 . Sentiasa mengingati Allah SWT - "Mereka adalah orang orang yang selalu mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadan berbaring" Surah ali Imran 3:191

2 . Menjauhi thaghut - "Mereka adalah orang orang yang menjauhi thaghut, iaitu tidak menghambakan diri kepadanya" Surah az Zunar 39:17

3 . Takut kepada Allah - "Mereka selalu takut kepada Tuhannya" Surah ar Ra'd 13:21

4 . "Berwasiat / berpesan kepada kebenaran dengan kesabaran ' Surah al Ashr 103:1-3

5 . Sabar dan redha - "Mereka adalah orang orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya " Surah ar Ra'd13:22

Perlu ditegaskan bahawa pemimpin tersebut hanya 'diutuskan, didatangkan dan dibangkitkan' oleh Allah semata. Sebagai contoh sila rujuk firman Allah surah al Baqarah 2:151, Ibrahim 14:4, an Nahl 16:84, al Fathir 35:23-24 dsbnya. Maka Allah jugalah yang menentukan kriteria seseorang pemimpin itu. Kriteria dari Tuhan tidak semestinya menepati citarasa manusia malah sering berlawanan dengan kehendak manusia itu kerana selalunya tidak bersesuaian dengan kepentingan pribadi dan hawa nafsu mereka. Jikalah manusia yang menetapkan kriteria itu sudah tentu akan dijatuhkan /digulingkan pemimpin itu walaupun merekalah juga yang mengangkatnya sebagai pemimpin suatu ketika dahulu! Perkara seperti ini lumrah terjadi dari dahulu hingga sekarang. Suatu ketika begitu disanjung dan dihormati sudahnya berakhir dengan tidak dipedulikan langsung oleh pengikutnya yang dahulu itu.

Sudah dijanjikan kedatangan pemimpin seumpama oleh Allah ditengah tengah masyarakat dan umat bagi mengembalikan daulah Islamiah dimuka bumi ini. Pemimpin ini akan menegakkan sistem syariah Allah SWT dan akan menenggelamkan sistem kemungkaran thaghut yang selama ini menerapkan hukum hukum kufur buat manusia. Didatangkan pemimpin akhirat ini untuk umat akhir zaman dengan berlandaskan al Quran. Hanya dengan menjadi pengikut setia kepadanya pasti cita cita mengujudkan baldat(tun), thayibat(tun), warrab(bun) ghafur akan benar benar menjadi kenyataan diatas muka bumi ini. Umat akan terselamat kerana beliau datang untuk menyelamatkan.

Sampaikanlah berita gembira ini kepada yang mahu beriman dan berikanlah peringatan kepada yang engkar. Datangilah untuk ambil janji setia (bai'ah) dengannya. Allah telah berfirmn, mafhum dari surah an Nissak 4:59 "Hai orang orang yang beriman, taatlah kepada ALLAH, taatlah kepada RASUL dan PEMIMPIN (ululamri) yang mengurus pekerjaan dari kamu. Kalau kamu berbantah bantah tentang sesuatu (perkara) hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari yang kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik baik jalan"

Sesungguhnya hanya orang orang yang berjanji setia akan memperolehi syafaat didunia mahu pun diakhirat. Mafhum surah Maryam 19:87 " Mereka tiada berhak mendapat syafaat (pertolongan) kecuali orang yang telah mengambil janji disisi yang Maha Pengasih "

....... asal serah janji dahulu.......

WASSALAM

Rabu, 26 Ogos 2009

DUA KALIMAH SYAHADAH - Kalimah Persaksian

DUA KALIMAH SYAHADAH. Paling mudah untuk dimengertikan, kalimah sebagai perjanjian yakni ambil janji (bai'ah) dengan dua kalimah syahadah untuk menjadi Islam. Perjanjian iktiqad didalam hati, disebut dengan lisan dan diperlakukan dengan perbuatan. Sebuah perjanjian yang disaksikan, dipersaksikan serta menyaksikan. Sesudah itu maka benarlah seseorang itu memasuki Islam mengikut pintunya yang pertama.

Hendaklah berkalimah syahadah terlebih dahulu sebelum mengerjakan segala rukun wajib yang diperintah untuk mengerjakan amal makruf dan meninggalkan nahi mungkar bagi seseorang yang mengakui Islam adalah agamanya. Umpama mendirikan sebuah rumah kalimah syahadah adalah merupakan tapak konkrit (foundation) sebelum mendirikan bahagian bahagian lain sehingga menjadilah sebuah rumah. Sembahyang itu adalah tiang agama dengan menyusul puasa, zakat fitrah dan mengerja haji maka sempurnalah Rukun Islam yang lima itu. Terbinalah Islam seseorang itu pada dirinya.

Bicara Khalifahhimpass mahu menjurus kepada dua kalimah syahadah sahaja pada kali ini. Ringkasan dari sabda Nabi saw - ' setiap bayi yang lahir itu sifatnya adalah fitrah (bersih dan suci) Terpulanglah kepada ibu bapanya menjadikan ianya Yahudi, Nasrani atau Majusi ' Persoalannya, mengapa Nabi saw tidak menyebut Islam disini? Sebenarnya Nabi saw bermaksud bahawa setiap kelahiran bayi itu sama sahaja samada dia dari keturunan Melayu, Arab, Cina, India dan sebagainya. Bermaksud keturunan apa pun setiap bayi itu bersih dan suci dari dosa pahala.

Setiap kelima lima Rukun Islam ini ada syarat hukum sah dan batalnya. Mengucap dua kalimah syahadah adalah titik bermulanya seseorang itu menganut Islam sebagai agamanya. Rukun untuk mengucapkan kalimah syahadah adalah baligh dan berakal. Ini bermakna apabila seseorang itu baligh lagi berakal maka barulah dia berhak menentukan agama anutannya. Apabila tiba waktu seseorang itu baligh dan berakal maka perlulah membuat peristiharan untuk dia menjadi penganut Islam. Tidak ada istilah dia mewarisi agama Islam ini dari keturunannya semata mata. Automatik menjadi Islam kerana ibu bapa dan nenek moyang mengamalkan kerja buat ajaran dan amalan Islam tidak menjadikan dia Islam disisi Allah swt. Jika sedemikian maka inilah yang disebut sebagai agama ikut ikutan, agama celupan, ngaku ngaku sahaja, agama nenek moyang, agama tradisi atau pun agama keturunan (baka)

Golongan seumpama itu disebut Allah SWT didalam fimanNya yang bermaksud - Q.S Yusuff 12 " Kamu tidak menyembah yang selain Allah, kecuali hanya (menyembah) nama nama yang kamu dan nenek moyang mu membuat buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keterangan pun tentang nama nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui ", Q.S al Anfal 35 " Sembahyang mereka disekitar Baitullah itu lain tidaknya hanyalah siulan dan tepukan tangan, maka rasakanlah azab disebabkan kekafiran mu itu " dan Q.S al Maun 4 & 5 " Maka kecelakaanlah bagi orang orang yang solat, (yaitu) orang yang lalai dari solatnya "

Mana mungkin Allah menerima amalan amalan kerja buat Islam itu sedangkan seseorang itu belum masuk Islam kerana tidak mengucap dua kalimah syahadah seperti yang sewajarnya. Kerja dan amalannya adalah ikut ikutan semata kerana keIslamannya tidak berada sisi Tuhan! " INNADDINA'INDALLAHHILISILAM - Sesungguhnya agama disisi Allah ialah Islam " Sesungguhnya adalah wajib seseorang itu bersyahadah untuk menjadi Islam apabila telah baligh dan berakal. Maka berlakulah kerja buat rukun Islam yang pertama. Masuklah seseorang itu kepada Islam melalui pintu pertama apabila sudah bersyahadah. Apabila sudah masuk Islam maka turunlah perintah kepadanya untuk menunaikan solat, puasa, berzakat dan mengerjakan haji. Berlakulah kewajiban baginya untuk mengamalkan ajaran Islam keseluruhannya didalam kehidupan, asal serah janji dahulu ......

Oleh yang demikian ambillah janji (bai'ah) berkalimah syahadah itu dengan sempurnanya kerana Allah telah berfiman, mafhum Q.S Maryam 87 " Mereka tidak berhak mendapat syafaat (pertolongan) kecuali orang yang telah mengambil janji disisi yang Maha Pengasih "

Khalifahhimpass semata mengkhabarkan berita gembira kepada yang beriman dan peringatan kepada yang engkar. Tiada maksud penyelewengan apa lagi kepentingan pribadi, segalanya adalah berlandaskan kalamullah, al Quran nulkareem. Maksud Q.S al Hijr 89 " Katakanlah : Sesungguhnya aku hanya memberikan peringatan yang nyata " InsyaAllah diruangan lain (DUA KALIMAH SYAHADAH - Kalimah Persaksian siri II) akan diperjelaskan dengan lebih detail perkara berkaitan.

Disamping itu Khalifahhimpass mengajak pengunjung untuk berajin dan selalulah membaca, mentelaah dan memahami al Quran. Mahfum firman Allah SWT - Q,S al Baqarah 121 " Orang orang yang Kami turunkan Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan sebenar benarnya membaca, mereka itu beriman kepada kitab itu; dan siapa yang engkar akan dia, mereka itulah orang yang rugi "

Sekian, WASSALAM

Selasa, 25 Ogos 2009

MOTIVASI RAMADHAN - al Quran nulkareem

KEHEBATAN al Quran tidak ada tandingannya, kerana ia mampu mengubati hati insan yang berdukacita dan gundah gulana serta membersihkan hati nurani yang diselaputi dengan hasad, dengki dan iri hati. Banyak kisah dizaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a menjadi pengajaran buat umat terkemudian. Sehubungan itu Ibn Umar r.a mengatakan ' Sesiapa yang mencari teladan, hendaklah meneladani genarasi yang terdahulu, iaitu para sahabat Rasulullah saw ' Mereka generasi terbaik umat ini, hati mereka lebih bersih dan mudah tersentuh dengan al Quran, ilmu mereka lebih dalam dan mereka amat jauh dari sikap berlebih lebihan.

Rasulullah saw sangat mencintai wahyu. Baginda sentiasa menunggu turunnya ayat ayat Allah S.W.T dengan penuh kerinduan. Sehingga bila diwahyukan suatu ayat, maka tidak terasa bibirnya segera bergerak gerak meniru ucapan Jibril a.s sebelum wahyu itu selesai dibacakan. Sehingga Allah menurunkan ayat yang menjamin Nabi s.a.w akan hafal seluruh al Quran dan memerintahkan baginda sabar mendengarkan dahulu,sampai ayat tersebut selesai dibacakan kemudian mengikutinya. (sila rujuk
Surah al Qiyamah 75:17-18)

Hal ini begitu membekas dan sangat mempengaruhi para sahabat r.a dan juga para salafus soleh sehingga mereka mencurahkan perhatian yang sangat mendalam kepada ayat ayat al Quran, bagai menjadikan satu perintah untuk sedemikian. Apabila dibacakan dan mendengar ayat ayat Allah maka gementar hati mereka, diam hingga tidak berkata apa apa.
Mengimani al Quran adalah membaca dengan benar dan betul, memahami dan menjadikan sebagai perlembagaan dan sumber hukum dalam segala segi aspek kehidupan.

Kitab suci ini diturunkan Allah SWT kepada nabi Muhammad saw sebagai dalil menerangkan kebenaran, pedoman dan pengajaran kepada manusia sejagat. Baginda sebagai seorang yang ummiy, tidak pandai menulis dan membaca diajarkan oleh Allah al Quran.Ditegaskan Allah melalui surah al Baqarah ayat 185, menghubungkaitkan al Quran dan Ramadhan - masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah dibulan Ramadhan yang padanya diturunkan al Quran, menjadi petunjuk dan keterangan antara haq dan batil. Merujuk kepada maksud firman Allah dalam surah al Maa-idah 5:15 " Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran dari Allah, dan sebuah kitab yang jelas nyata keterangannya. 5:16 " Dengan (al Quran) itu Allah menunjukkan jalan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka daripada gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka kejalan yang lurus "

GENERASI SEKARANG merelakan diri untuk terus tidak memahami kandungan al Quran apa lagi untuk mempelajari hukum bacaan, tajwid, taranum dan sebagainya. Beriman kepada al Quran secara separuh sahaja dan meninggalkan separuhnya malahan mempertikaikan pula dengan lantangnya jika sebahagian itu tidak bersesuaian dengan citarasanya. Bukan susah untuk mencari sorang sorang yang langsung tidak tahu membaca al Quran - huruf pun tak kenal apa lagi bunyinya! Banyak aktiviti kehidupan lari jauh dari pengaruh al Quran malahan sengaja dihindarkan. Nampak jelas sengaja mahu perpaling dari al Quran kerana pentingkan duniawi semata dan telah meninggalkan akhirat sama sekali.

Siapa yang bersalah? Yang bersalah tetaplah bersalah dan yang patut disalahkan sewajarnyalah dipersalahkan! Kementerian, Jabatan, Majlis, Pertubuhan, dan Persatuan yang begitu Islamik bunyinya, sungguh gah dengan tokoh dan ketokohan masing masing, sejauh mana telah berjaya dengan peranannya untuk membawa genarasi hari ini supaya mencintai al Quran? Bukankah banyak perkara dan aktiviti masing masing itu berjalan tanpa berpandukan al Quran. Banyak berlaku percanggahan dan penyelewengan dengan kehendak al Quran. Kenyataan kenyataan yang dikeluarkan oleh tokoh kepimpinan pula tidak menggambarkan betapa Islamiknya bunyi jawatan yang dipegang.
Mereka bagai takutkan sesuatu untuk menyampaikan yang haq apa lagi mengatakan yang bathil! Mereka takut kehilangan jawatan, pangkat, nama yang gah dan galamor, wang ringgit dan harta benda maka gagal dan kecundanglah objektif dan matlamat perjuangan. Hari ini jelas apa yang dilakukan atas nama agama Islam adalah dengan dasar tangkap muat, asal jadi, jangan tak ada plak,kononnya budaya dan sekadar ngaku ngaku aje!

Oleh yang sedemikian, sewajarnya semua pihak dan orang perseorangan perlu kembali berada diatas landasan al Quran lebih lebih lagi dengan kedatangan Ramadhan almubarak ini. al Quran dan Ramadhan amat berhubung kait - al Quran diturunkan didalam bulan Ramadhan dan hanya bulan Ramadhan yang disebut Allah didalam al Quran. Renung renung dan fikir fikirkanlah. Wassalam