IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Ahad, 26 Julai 2009

KHALIFAHhimpass : .......tinggalkan agama nenek moyang. Masuklah Islam!

Bismillahhirohmanirrohim

MANUSIA PERCAYA ADA TUHAN

Sesungguhnya manusia yang berakal dan mahu berfikir pasti timbul didalam benak dan otak fikirannya tentang kejadian dan penciptan alam semesta ini bukanlah terjadi dengan sendirinya. Dunia yang begitu teratur kedudukan dan perjalanan bintang bintang, planet, siang dan malam tidak mungkin terjadi dengan sendiri tanpa Sang Pencipta. Adalah mustahil segalanya berlaku tanpa sengaja atau dengan tiba tiba sahaja berlaku, pasti ada satu kekuatan dan kekuasaan ghaib yang maha luar biasa kemampuanNya sebagai Sang Pengatur alam semesta ini. Dialah yang dinamakan Tuhan Yang Esa, Pencipta dan Pengatur Alam Semesta. Keyakinan manusia tentang adanya Tuhan lantaran manusia itu sendiri adalah makhluk yang diciptakan.

Berikut beberapa Kalamullah untuk perhatian:-

" Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka, 'Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan? Tentu mereka akan menjawab, 'Allah' , maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang lurus) " Surah al Ankabut 29:61

" Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka, 'Siapakah yang menjadikan langit dan bumi?' Tentu mereka akan menjawab, 'Allah'. Katakanlah, 'Segala puji bagi Allah. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui " Surah Luqman 31:25

" Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka, 'Siapakah yang mencipta langit dan bumi?' Nescaya mereka menjawab, 'Allah'. Katakanlah, 'Maka terangkanlah kepada ku tentang apa yang kamu seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudharatan kepada ku, apakah berhala berhala mu itu dapat menghilangkan kemudharatan itu, atau jika Allah hendak memberi rahmat kepada ku apakah mereka dapat menahan rahmatNya? Katakan lah, 'Cukuplah Allah bagi ku' KepadaNyalah bertawakkal orang yang berserah diri " Surah az Zumar 39:38

" Dan sungguh jika kamu tanyakan kepada mereka, 'Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Nescaya mereka akan menjawab 'Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui " Surah az Zukhruf 43:9

Demikian Allah menyebut hal dan keadaan orang orang kafir didalam al Quran. Mereka meyakini bahawa yang menciptakan langit dan bumi itu adalah Allah, namun mereka mengenal Allah sebatas namaNya sahaja. Mereka tidak mendapat keterangan jelas tentang Tuhan melalui Rasul yakni Utusan utusan Allah. Apabila didatangkan utusan dengan keterangan yang jelas dari sisi Allah mereka menolak malah menentang sehingga ada diantara utusan itu dibunuh oleh mereka. Orang orang kafir itu berkata 'kami cukup mengikuti nenek moyang kami'

AGAMA TRADISI NENEK MOYANG

" Dan apabila dikatakan kepada mereka, 'Ikutlah apa yang diturunkan Allah'. Mereka menjawab, '(Tidak), tapi kami hanya mengikuti apa yang kami dapati bapak bapak kami mengerjakannya. Dan apakah mereka (akan mengikuti bapak bapak mereka) walaupun syaitan itu menyeru mereka kedalam seksa api yang menyala nyala (neraka) " surah Luqman 31:21

" Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama nama yang kamu dan nenek moyang mu membuat buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keterangan pun tentang nama nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui " Surah Yussuf 12:40

" Dan apabila dikatakan kepada mereka, 'Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah'. Mereka menjawab, '(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati, dari (perbuatan) nenek moyang kami'. Apakah mereka akan mengikuti juga) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk?" Surah al Baqarah 2:170

Pernahkah timbul dikotak fikiran apakah tahap keIslaman selama ini? Tidakkah mahu bertanya pada diri sendiri sejauh manakah Islamnya aku ini? Sudah Islamkah diri semata mata dengan kerja buat yang dilakukan seperti solat, puasa dan haji? Ilmu dan amal setinggi gunung namun tidak diterima disisi Allah. " Sembahyang mereka disekitar Baitullah itu lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan, maka rasakanlah azab disebabkan kekafiran mu " Surah al Anfal 8:35 dan " Maka kecelakaanlah bagi orang orang yang solat (yaitu) orang orang yang lalai dalam solatnya " surah al Maun107:4&5.

Islam itu bukanlah dianuti secara tradisi mau pun dari baka keturunan. Sebenarnya Islam itu mesti dianuti dengan cara 'MASUK ISLAM'. Firman Allah surah al Baqarah 2:208 " Hai orang orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turuti langkah langkah syaitan. Sungguh syaitan itu musuh kamu yang nyata "

KHALIFAH SUDAH DATANG

Seperti yang telah dijanjikan Allah, telah datang seorang Khalifah (Pemimpin) sebagai UtusanNya untuk membawa keterangan dengan jelas kalam kalam Allah. Syarat mutlak keimanan kepada Allah adalah ketika manusia itu mahu percaya dan mengikuti Khalifah yang didatangkan sesuai dengan masa dan zamannya. Khalifah inilah sebagai syahid (saksi) kepada persaksian keIslaman sesorang itu. Masuklah Islam melalui pintu pintunya yang lima namun pastikanlah memasuki melalui pintu yang pertama iaitu Kalimah Syahadah. Rukun Syahadah adalah apabila sesorang itu berakal dan baligh. Oleh yang demikian sudahkah berakal dan baligh, kalau sudah mengapa masih tidak masuk Islam tetapi sedang berbuat kerja amalan seperti orang orang Islam. Inilah yang dikatakan agama tradisi nenek moyang dan baka keturunan itu! Sekadar dengar dan tengok orang lain berbuat lantas ditiru, dijadikan amalan maka ngaku ngaku Islam! Sepatutnya ambillah perjanjian persaksian dua kalimah syahadah ini bersama Khalifah yang telah didatangkan itu. Khalifah adalah pewaris (warissatul anbiya'a) yakni penerus seperti sabda Nabi saw 'Seperti aku dan sahabat sahabat aku'. Maka warisi Islam itu daripadanya.

" Lalu kami utus kepada mereka seorang utusan dari kalangan mereka sendiri (yang berkata), 'Sembahlah Allah oleh kamu sekalian, sekali kali tidak ada Tuhan selain daripadaNya'. Maka mengapa kamu tidak bertaqwa? " Surah al Mukminun 23:32

Khalifah yang didatangkan Allah adalah yang telah dijanjikanNya. Pastilah Khalifah itu akan mengajak kepada mentauhidkan Allah dan membesarkanNya. Penjelasan dan keterangannya adalah berlandaskan Kalamullah semata. Maka wajiblah untuk taat dan patuh kepadanya kerana ini adalah perintah Allah.

" (Yaitu) sembahlah oleh mu Allah, bertwakkallah kepadaNya dan taatlah kepada ku " surah Nuh 71:3

" Barangsiapa mentaati Utusan itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan ini), maka Kami tidak mengutus mu untuk menjadi pemelihara bagi mereka " surah an Nisaa 4:80

" Katakanlah, 'Jika kamu (benar benar) mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi mu dan mengampuni dosa dosa mu'. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" surah Ali 'Imran 3:31

Bagi orang orang yang beriman pasti gembira menerima perkhabaran Khalifah (Pemimpin) yang dijanjikan itu telah datang. Datangilah dia dengan segera untuk mengambil perjanjian (bai'ah) dan persaksian. Namun perkhabaran ini adalah semata peringatan kepada yang engkar, hanya Allah yang akan membuka pintu pintu hati mereka untuk bersama sama dengan orang orang yang beriman..................

Wassalam


Rabu, 22 Julai 2009

WASIAT - Khabar Gembira & Satu Peringatan

Bismillahhirrohmannirrohhim

Assalamualaikum wmwb

al Quran surah al Ghaasyiyah 88:21 mafhumnya " Maka berikanlah peringatan kerana sesungguhnya kamu hanyalah seorang yang memberikan peringatan "

KEPIMPINAN - Pemimpin yang dijanjikan telah datang

" Hai kaum kami, turutilah orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepadanya, nescaya Allah mengampuni dosa mu dan memelihara kamu dari siksa yang pedih ", mafhum al Quran surah al Ahqaf 46:31

Kalamullah diatas adalah satu peringatan dan perintah Allah agar sekalian manusia mengikuti dan mentaati kepada Orang yang menyeru/mengajak kepada Allah swt. Tuhan memerintahkan beriman kepada Orang yang menyeru kepada Allah semata mata tanpa mengira siapa pun kita samada ahli thariqat, orang hahikat, orang syariat dan sebagainya. Sesungguhnya firman Allah itu adalah menyeluruh kepada semua manusia tidak mengira kaum, bangsa dan agama termasuk Hindu, Budha, Nasrani, Yahudi malahan orang Islam sendiri! Sedalam mana ilmu dan sebanyak mana pun amalan seseorang itu, hendaklah dia taat dan patuh kepada Orang yang menyeru kepada Allah.

Adalah jelas Orang itu mengajak manusia bersatu itu membesarkan Allah semata. Orang itu mengajak kepada Allah hanya dengan memperjelaskan kalam kalam Tuhan kepada mu. Orang itu tidak akan memperkatakan atau berbuat sesuatu itu dengan akal fikirnya, tidak ada ideologi yang dilahirkan, apa lagi mengikut perasaan - segalanya adalah berlandaskan al Quran dan disokong oleh sunah Nabi saw baik dari segi ilmu, amal dan akhlaknya. Maka dialah Pemimpin (Khalifah) yang dijanjikan Allah setelah kewafatan Nabi Muhammad saw dimuka bumi ini untuk diikuti sebagai penyelamat umat. Sambungan surah al Ahqaf 46:32 " Dan barang siapa tidak menerima seruan orang yang menyeru kepada Allah maka ia tiada dapat melemahkan (mengalahkan Allah) dimuka bumi dan tiada baginya wali wali (penolong) selain dari Nya. Mereka itu didalam kesesatan yang nyata "

Kedatangan Orang itu janganlah dihairankan, usahlah jadi bingung apa lagi meragukannya! " Apa hairankah kamu, kerana datang kepada mu peringatan dari Tuhan mu (dibawa) oleh seorang laki laki diantara kamu, supaya dia memberi peringatan kepada mu dan supaya kamu bertaqwa dan mudah mudahan kamu mendapat rahmat " maksud al Quran surah al A'raaf 7:63

Kedatangan Khalifah akan memberi perkhabaran gembira kepada yang mahu beriman sekali gus sebagai peringatan kepada yang engkar (kafir). Bagi Khalifah itu amat terasa berat baginya kesusahan umat serta berharap akan keimanan mu lagi sangat kasihan dan penyayang kepada orang orang yang beriman. Pasti akan selamat setiap umat yang beriman andai berada dibawah payung Pemimpin tersebut.

Khalifah ini memberikan perkhabaran gembira kepada yang beriman dan peringatan kepada yang engkar samalah seperti yang telah pernah didatangkan kepada umat terdahulu. Apabila dibacakan kalam kalam Allah kepada mu janganlah dikatakan 'itu dulu, sekarang tidak ada lagi'. al Quran surah al Qalam 68:15 bermaksud " Apa bila dibacakan kepadanya ayat ayat Kami, ia berkata; (ini) dongeng orang orang dahulu "

al Quran nulKareem adalah bersifat Qodim. Gugurlah keimanan seseorang itu jika beranggapan al Quran itu adalah untuk umat terdahulu. Penentangan kepada kalamullah itu menyebabkan seseorang itu telah tergelincir aqidahnya lalu terus menjadi kafir. Qodim al Quran itu membawa maksud - dahulu telah berlaku, akan datang pasti berlaku; dahulu dan akan datang sedang berlaku sekarang! Berfikirlah sekarang apakah kita tergolong dalam golongan orang orang yang menjidal/menentang kalam kalam Allah?

Kita tidak dituntut untuk percaya sebatas yang terdahulu sahaja, Rasullullah saw pernah mewasiatkan akan ada orang seperti baginda dan para sahabat sebagai pewaris. Mereka itulah Warisatul Anbiya'a yang meneruskan memberi perkhabaran gembira kepada yang beriman dan peringatan kepada yang engkar. Mereka disebut sebagai Khalifah, Imam, Syeikh, ulamak, umarak dan sebagainya- mereka datang memperjelaskan kalamullah dengan terus terang tanpa menyembunyikan satu apa pun, tiada sebarang muslihat untuk kepentingan pribadi melainkan mempertahankan kebenaran Islam. Ilmu, amal dan akhlak adalah seperti Muhammad saw - dimana kedatangan mereka adalah untuk diikuti dan ditaati sepenuhnya.

Khalifah telah datang terdahulu itu adalah untuk manusia diwaktu itu dengan membawa perkhabaran gembira dan peringatan dengan kalamullah. Namun banyak riwayat menyebut bahawa manusia melakukan penentangan dan menolak kedatangan Pemimpin lantaran kebodohan dan kesombongan sendiri. Seumpama Syeikh Abdurauf Singkil, Aceh diusir dari kampong halaman, Imam Ghazali difitnah malah dimusuhi, Imam Syafii dicambuk sultan kerana semata mata mengatakan al Quran itu Qodim dan Syeikh Besilam ditohmah memakan harta anak muridnya.

Hari ini Khalifah telah datang kepada manusia tetapi mengapa kamu tidak mahu menerimanya malah seperti manusia terdahulu kamu turut melakukan penentangan itu? Apabila dibacakannya al Quran kalamullah dan diperjelaskan, manusia hari tidak mahu mempercayai malah langsung tidak mahu mendengarkanya. Sombong dengan kebodohan, menuduh apa yang dibawa oleh Khalifah adalah satu ajaran sesat. Manusia penentang Pemimpin yang dijanjikan Allah kedatangannya, dipimpin oleh mereka yang mengaku ulamak kerana sijil pengajian agamanya dan diiktiraf pula oleh umarak yang memperolehi jawatan lantaran tipu muslihatnya politiknya!

Kepada ulamak dan umarak ini, sekiranya berada didalam perjuangan menegakkan Islam berlandaskan al Quran yang sebenarnya, marilah mengajak manusia kembali kepada Allah dan Rasul dan pastinya KHALIFAHhimpass akan bersama sama berada dibarisan hadapan! Sekiranya tidak mampu untuk berlaku sedemikian maka bukanlah mereka ini ulamak mau pun umarak sebagai Pemimpin yang dijanjikan Allah kedatanganya itu. Ancaman Allah dalam surah al Baqarah 2:174 mafhumnya " Sesungguhnya orang orang yang menyembunyikan Kitab yang diturunkan Allah dan menjualnya dengan harga yang sedikit, maka tiadalah yang mereka makan masuk perutnya melainkan api neraka dan Allah tiada bercakap cakap dengan mereka pada hari kiamat dan tiada pula membersihkanya dan untuk mereka itu seksaan yang pedih " Oleh itu marilah bersama dengan KhalifahHIMPASS kembali kepada Allah dan Rasul, dan menegakkan Islam berlandaskan al Quran semata mata! Terbukti nyata yang mengaku sebagai ulamak dan umarak hari ini tidak berani berkata tentang kebanaran al Quran apa lagi mahu mengajak manusia kembali kepada Allah dan Rasul. Kasih sayang mereka kepada gahnya nama, sanjungan dunia, jawatan, wang dan harta benda menjadikan mereka ulamak suk/jahat dan umarak yang zalim, rasuah dan mengerjakan pembohongan. Mereka bukanlah Khalifah yang dijanjikan oleh Allah kedatangannya.

Apa yang terjadi sekarang ialah pemujaan kepada nama Khalifah, Imam dan Syeikh terdahulu itu setelah kewafatan mereka, malahan kuburan mereka pula yang disembah. Sedangkan sekiranya manusia itu hidup dizamannya mereka inilah penentang kuat malah sehingga sanggup membunuh Khalifah yang didatangkan itu. Sepatutnya yang berlaku ikuti dan taatilah pewaris Khalifah tersebut sebagai penyelamat umat.

Surah Ali Imran 3:142 bermaksud " Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga pada hal Allah belum membuktikan siapa siapa orang yang berjihad diantara kamu dan siapa yang sabar " Allah swt hanya mempastikan orang yang berjihad dilandasannya dengan bersabar akan masuk syurga, tetapi manusia selalu menganggap akan pasti masuk syurga dengan ilmu dan amalan semata. Allah menceritakan didalam surah al Baqarah 2:80 mafhumnya " Berkata mereka; kami tidak akan disentuh api neraka melainkan beberapa hari sahaja. Katakanlah; adakah kamu telah berjanji dengan Allah, tentu Allah tiada akan memungkiri janjiNya atau kamu mengadakan bohong terhadap Allah degan sesuatu yang tiada kamu ketahui? "

Bagaimanakah cara mengambil janji dengan Allah? Allah mengajar kita didalam al Quran, datangilah RasulNya atau pewaris (Warissatul Anbiya'a) yakni Khalifah yang kedatangan telah dijanjikan oleh Allah.

Surah an Nisa'a 4:59 bermaksud " Hai orang orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan Pemimpin yang didatangkan dari kalangan kamu. Sekiranya berlaku perbalahan tentang sesuatu (perkara) hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari yangkemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik baik jalan "

Demikianlah untuk mengambil janji disisi Allah. Itulah yang dimaksudkan tali Allah, atau Waliullah. Jangan difikirkan Allah akan menghulurkan tanganNya dari langit untuk mengambil janji dengan kamu namun Allah bermaksud mestilah melalui pewaris risalah ketuhanan baik ianya dari Adam as sampai kepada Muhammad saw anak Abdullah hinggalah kepada Khalifah Khalifah seterusnya.

" Sesungguhnya orang orang yang berbai'ah (berjanji taat setia) kepada engkau hanya sebenarnya mereka itu berbai'ah kepada Allah. Tangan Allah diatas tangan mereka. Barangsiapa yang melanggar (bai'ah itu) maka bahaya pelanggarannya itu atas dirinya sendiri dan barangsiapa yang menyempurnakan (menepati) apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberikan pahala yang besar kepadanya " demikian maksud al Quran dari surah al Fath 48:10. Setiap bai'ah pasti memerlukan kepada perlakuan dan persaksian. Bersegeralah berbuat aku janji bersama Khalifah, pemimpin yang telah dijanjikan kedatangannya oleh Allah swt.

Semua garapan diruang siber KHALIFAHhimpass ini bukanlah untuk mengajar dengan ilmu atau idea, bukanlah juga ikut ikut rasa namun hanyalah wasiat perkhabaran gembira bagi mereka yang mahu beriman dan peringatan kepada mereka yang engkar. Usahlah berbalah mencari kebenaran hakiki Islam itu kerana Khalifah yang didatangkan hanya menyampaikan dan memperjelaskan segalanya berlandaskan al Quran nulkareem, kalamullah. ............

Sekian, jumpa lagi dilain halaman.

Wassalamualaikum wmwb.




Ahad, 19 Julai 2009

KHALIFAHhimpass - pengenalan, misi dan visi


Bismillahhirohmannirrohhim. Assalamualaikum wmwb

Salam perkenalan tanpa mengharap untuk menjadi terkenal atau popular, bukan untuk gah pada nama, tidak pula untuk disanjungi apa lagi untuk dihormati. Sudah tentu juga bukan untuk tunjuk pandai apa lagi untuk berlagak pandai. Jauh sekali untuk berbalah dan menyalahkan sesiapa sahaja baik individu maupun organisasi tertentu. Bukan mahu melahirkan satu perasaan baru, bukan ideologi baru, ilmu baru atau amalan baru...bukan agama baru! Bukan agama baru!!!

KEBENARAN
Segalanya bukan baru, cuma selama ini kita tidak tahu, tidak diberi tahu dan tidak mahu ambil tahu. al Quran, surah al Baqarah 2:159 bermaksud " Sesungguhnya orang orang yang menyembunyikan apa apa yang Kami turunkan, diantara beberapa keterangan dan petunjuk, setelah Kami terangkan kepada manusia dalam Kitab, nescaya mereka itu dikutuki Allah dan dikutuki oleh mahkluk yang boleh mengutuki"

Ruang KHALIFAHhimpass dialam siber ini paling sesuai untuik mengelakan dari kutukan kutukan tersebut. Berterus terang menegakkan kebenaran. Kebenaran wajib ditegakkan. Tidak ada apa yang perlu disembunyikan disini.Tiada kebenaran selain dari al Quran, kalamullah. Segala perbincangan, perbahasan, pendapat, cadangan dan sebagainya hendaklah dipastikan tidak lari dari landasan al Quran.

HIDAYAH
Kehidupan manusia didunia ini dalam apa pun keadaan dan bentuknya adalah diatas limpah rahmah, taufik dan hidayah Allah semata. Jika diukur kepada kekayaan, kesihatan, kekuatan maupun kebijaksaan tidak ada pun kemampuan manusia itu sendiri untuk mencapainya jika tanpa rahmah, taufik dan hidayah dari Allah. Jika pun kemudaratan atau kecelakaan yang berlaku keatas manusia itu ia adalah merupakan ujian dan dugaan Allah semata dan pasti ada rahmah Nya disebalik setiapnya itu. Rahmatulalamin (rahmah untuk sekelian alam) dari Allah ialah kalamullah yakni al Quranulkarem. Surah ali'Imran 3:138 bermaksud " Quran ini adalah keterangan untuk manusia, jadi pentunjuk dan pengajaranbagi orang orang yang bertaqwa " Ruangan siber KHALIFAHhimpass wajib menggarap al Quran sebagai rahmatulalamin!

ILTIZAM
Apakah iltizam kita sebagai umat Islam? Sudah tentu tidak ada yang lain melainkan Rukum Iman! Kita tahu Tuhan itu ada, untuk lebih tahu bagi keyakinan yang disebut Iman itu tentulah ada bukti kebenaranya keimanan itu. Tuhan yang Maha segala tentulah tidak dapat digambarkan apa lagi untuk melihatNya. Bagi menjelaskan segala itu maka turunlah Kalamullah yakni al Quran. Rukun Iman sebagai iltizam pasti dapat diimplentasikan dengan mentelaah, memahami dan melaksanakan isi kandungan dan keterangan dari al Quran. Apabila sempurna keimanan maka akan sempurnakan keIslaman sesorang itu. Allah berfirman didalam al Quran surah al A'raaf 7:52 yang bermaksud " Sesungguhnya telah Kami datangkan Kitab kepada mereka, serta kami terangkan didalamnya dengan ilmu Kami, menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman "

PEMIMPIN/KHALIFAH
al Quran, surah an-Nur 24:55 bermaksud " Allah telah menjanjikan bagi orang orang yang beriman diantara mu, dan mengerjakan yang baik baik, bahawa Allah akan mengangkat mereka jadi khalifah dimuka bumi, sebagaimana orang orang dahulu telah menjadi khalifah, dan Allah akan menetapkan agama mereka (Islam) yang diredhaiNya untuk mereka, dan akan mengganti ketakutan mereka dengan keamanan. Mereka menyembah Aku, dan tiada mempersekutukan Aku dengan suatu jua pun. Barang siapa yang kafir sesudah itu, mereka itulah orang orang fasik "

al Quran, surah al Faathir 35:39 bermaksud " Dia yang menjadikan kamu khalifah (penguasa) dimuka bumi. Maka siapa yang kafir, maka atas pundaknya (bahaya) kekafiranya. Kekafiranya itu tiada menambah bagi orang orang yang kafir selain kebencian disisi Tuhanya, dan kekafiran itu tiada menambah bagi orang yang kafir selain kerugian "

KESIMPULAN
Sesungguhnya dengan rangkuman diatas dan seterusnya yang akan datang diruang siber KHALIFAHhimpass pasti membawa Islam bersinar cemerlang, gemilang dan terbilang. al Quran surah ali'Imran 3:19 yang bermaksud " Sesungguhnya agama disisi Allah, ialah Islam. Tiadalah berselisih ahli ahli kitab melainkan setelah datang ilmu pengetahuan kepada mereka kerana berdengki dengki sesamanya. Barang siapa yang kafir akan ayat ayat Allah maka sesunggunya Allah bersegera menghisabnya "

KHALIFAHhimpass adalah perjuangan. Ruang siber ini menepati zaman kini sebagai wadah bagi menzahirkan misi dan visi. Marilah bersama mentelaah, memahami dan melaksanakan al Quran Kalamullah. Terbitkan rasa dibenak hati dan kotak fikiran masing masing, ini adalah tanggung jawab dan sebahagian daripada jihad. Berjihad dengan jiwa raga dan harta benda, bukan sekadar dengan kata kata dimulut semata. Jihad juga bukan semata membawa maksud mati dimedan peperangan. Andai dijemput Allah untuk berpulang kepadaNya dimasa dan ketika ini pastilah perolehi anugerah gelaran Syahid (saksi ). Beruntung dan berbahagialah sebagai orang yang menegakkan dan mempertahankan kebenaran hakiki Islam dengan apa cara dan ketika mana juapun!

Sabda Nabi Muhammad saw, dari Sahl b Hunaif r.a " Siapa yang bermohon kepada Allah agar ia syahid dengan niat yang baik, nescaya Allah akan menyampaikan kepada kedudukan para syuhada sekali pun ia mati ditempat tidur " (Riwayat Muslim)

Firman Allah surah Yaasin 35:65 " Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan berbicara dengan Kami, tangan mereka dan menjadi saksi kaki mereka tentang apa apa yang telah mereka kerjakan "

Sekian, Wassalamualaikum wmwb