IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Sabtu, 29 Disember 2012

ZAMAN KENABIAN



‘PEMUDA BANI TAMIM, ORANG SEBELAHAN TIMUR DAN IMAM MAHDI’

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sabda Nabi SAW : Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji

Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu ; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki.

Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya” (Ibnu Majah)

NOTA : Sebelum zahirnya Imam Mahdi, akan terlebih dahulu dizahirkan pembantu kanan Imam Mahdi itu, yang peribadinya disebutkan dalam banyak Hadis sebagai Pemuda Bani Tamim, yang merupakan pemegang bendera (Panji-panji Hitam) kepada Imam Mahdi. Jemaah Pemuda Bani Tamim inilah yang disebut ‘Orang sebelahan Timur’ didalam catatan seterusnya.

3.  (yaitu) sembahlah olehmu Allah, bertakwalah kepada-Nya dan taatlah kepadaku 

Zaman Kenabian bermaksud yang sangat jelas bahawa dizaman tersebut Nabi mengajak manusia kepada Tuhannya dengan menyerukan Ayat ayat Allah hu taala. Zaman Kitabullah al Quran nulKareem Kalamullah itu dijadikan sebagai perlembagaan kehidupan. Kehidupan Orang sebelahan Timur dan Imam Mahdi sebagai Pemimpin yang dinantikan kedatangannya hanyalah berlandaskan Kalamullah.  Jemaah Orang sebelahan Timur dan Mahdi Imam bersatu dibawah Kalimah Allah SWT. Mereka bersama sama menerima pakai terlebih dahulu al Quran nulKareem. Mereka sentiasa menyerukan Ayat ayat Allah kepada manusia sebagai petunjuk  dari Tuhan. Dengan al Quran Kalamullah iru, Imam Mahdi dan Orang sebelahan Timur diangkat oleh Tuhan atas KehendakNYA. 
  
Imam Mahdi, dari sudut bahasa terdiri dari dua kata iaitu ‘IMAM + MAHDI’. Imam bermaksud “ikutan“ atau orang yang diikuti. Seseorang yang diikuti bererti sedang berada diposisi terhadapan, dengan sejumlah orang yang mengikutinya dibelakang. Sebutan ‘Imam’ itu adalah dari bahasa Arab, manakala  adalah ‘PEMIMPIN’ didalam bahasa Melayu. 

Sebutan ‘Mahdi’ juga berasal dari bahasa Arab yang pengertiannya didalam bahasa kaum ialah ‘yang menunjukkan’. Apabila ditelaah lebih dalam lagi, bererti menyatakan seseorang yang mampu memberikan petunjuk dengan menguasai perihal petunjuk tersebut.

Imam Mahdi adalah seorang manusia yang membawa petunjuk. Didalam bahasa Melayu yang sangat mudah ialah  ‘Pemimpin yang membawa petunjuk’  Disudut agama Islam pastilah petunjuk yang dibawa oleh Pemimpin tersebut adalah al Quran nulKareem, Kalamullah-Kitabullah. Pemimpin yang hanya menjadikan al Quran sebagai petunjuk jalan yang lurus lagi benar kepada manusia untuk di ikuti (imani). Wajib menjadi seorang pengikut kepada Pemimpin yang membacakan dan menyerukan Kalamullah sebagai petunjuk jalan untuk kembali kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta.

Bermenjak menjak terdapat banyak gerombolan muncul mendakwa sebagai Orang sebelahan Timur dan selalunya ketua mereka mengisytihar diri sebagi Imam Mahdi. Sudah ramai seorang anak manusia menyusun gerombolan dengan menciptakan ciri ciri tersendiri pengikutnya sebagai Orang sebelahan Timur yang mengikutinya membabi buta dengan mempertahankannya sebagai Imam Mahdi. Diujudkan teori samada berbentuk evolusi, revolusi dan transformasi termasuk menyelitkan unsur magik, bid’ah dan khurafat sebagai kepercayaan (iman) dan dijadikan peribadatan. Dari ilmu, amal dan aqal fikir mereka mengangkat diri sendiri sebagai Imam Mahdi dan gerombolannya sebagai Orang sebelahan Timur dengan melampaui batas mendahului sebagaimana Kehendak Allah hu taala.

106.  Ikutilah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu; tidak ada Tuhan selain Dia; dan berpalinglah dari orang-orang musyrik

Perbedaan jelas diantara Jemaah Orang sebelahan Timur dan Imam Mahdi yang benar dan gerombolan palsu ialah berpegang kepada al Quran dan sentiasa menyerukan Ayat ayat Allah hu taala kepada manusia. al Quran mempersatuakan jiwa dan raga mereka. Tidak membuat pengakuan dan pengsytiharan sebagai Pemuda Bani Tamim, Jemaah Orang sebelahan Timur mau pun mengangkat diri sebagai Imam Mahdi, sebaliknya sentiasa al Quran itu sebagai perlembagaan kehidupan.

Kepercayaan manusia kepada kesah Imam Mahdi sebenarnya tidak tergugat, namun kebanyakan mereka  tidak berpegang kepada asas aqidah yang betul. Semua kepingin menjadi Jemaah Orang sebelahan Timur yang membawa Panji panji Hitam bersama Imam Mahdi, malahan ada mengaku menjadi Pemuda Bani Tamim malahan juga sebagai Imam Mahdi tersebut. Telah muncul orang orang dan gerombolan seperti itu sekian lama sehinggalah sekarang. Samada pendapat orang lain terhadap seseorang itu atau diantaranya ada yang merasakan diri sendiri membuat penilaian  berkarektor fizikal raut wajah dan sosok tubuh. Kebanyakan manusia tertunggu tunggu akan Pemuda Tamim dan Imam Mahdi tetapi meletak takrif pemimpin itu dengan pelbagai ketentuan yang lahir dari aqal fikir dan citarasanya.

3:138 (al Quran) ini adalah keterangan untuk manusia, jadi petunjuk dan pengajaran bagi orang yang taqwa 

Malangnya unsur seperti  Zaman Kenabian yang membawa al Quran nulKareem tidak langsung menjadi titik tolak penilaian, melainkan tokok tambah dengan kehebatan pelik, ajaib dan luar biasa. Mereka mudah menjadi taksub kepada dakyah songsang yang jauh terpesung daripada keadaan Zaman Kenabian yang hanya membawa al Quran itu. Keadaan karut marut yang jelas sehingga menolak dan menentang apabila al Quran itu disampaikan kepadanya! Mereka menolak kepimpinan al Quran kerana dirinya sendiri tidak beriman kepada Kitabullah! Sebenarnya terlebih dahulu hendaklah seseorang yang menerima al Quran tanpa debat dan alasan, serta beriman kepada Kitabullah dengan sesungguhnya. Persoalan siapa Pemuda dan Imam Mahdi itu adalah Kehendak Allah SWT yang akan mengangkat kedudukan melalui keterangan Kalamullah jua. Manusia manusia akan bersatu dan penyatuan itu hanya dengan al Quran nulKareem tersebut. Tuhan mendatangkan Pemimpin itu dari kalangan mereka yang pembawaan hanyalah Kalamullah sebagai petunjuk. Pemimpin itu berkepimpinan petunjuk al Quran. al Quran itu petunjuk dari Tuhan. Allah SWT jua yang menunjuki manusia itu untuk kepadaNYA!

4:59 Hai orang orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rosul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rosul, jika kamu benar benar percaya kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya

Pengkhususan tulisan ini bukan kepada menentukan Orang sebelahan Timur, Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi, sebaliknya  mengajak manusia terlebih dahulu kepada al Quran itu sebagai landasan seperti pada Zaman Kenabian tersebut. Sewajarnya bergabung kepada jemaah pimpinan al Quran.  Tidak menyampai mentaati kepada Allah SWT dan Rosulullah itu jika Pemipin dan Jemaah al Quran itu ditentang dan dimusuhi. Penentang  itu telah memusuhi Tuhan yang menCiptakannya. Manusia yang didalam keadaan menentang Kitabullah, sesungguhnya mereka itu sangat jauh untuk bersatu dengan Pemuda Tamim, Jemaah Orang sebelahan Timur, apa lagi untuk berjuang bersama Imam Mahdi yang ditunggu tunggu selama ini.

Ingatlah, barangsiapa yang menolak menentang al Quran Kalamullah itu adalah sebenarnya diposisi yang berlawanan dengan Imam Mahdi. Mereka sebenarnya adalah gerombolan konco konco Dajjal! Dajjal, satu nama yang sudah sering kita dengar, sebenarnya memakai gelar yang sama dengan gelar Nabi Isa putra Mariam yaitu ‘al Masih’, bezanya Isa putra Maryam memakai gelar itu dibelakang namanya iaitu Isa al Masih, sedangkan Dajjal memakai didepan namanya iaitu al Masih adDajjal. al Masih secara bahasa bererti ‘penghapus’, sesungguhnya bertepatan Nabi Isa putra Maryam yang memakai gelar ini disebut ‘Sipenghapus Dosa’. Dajjal secara bahasa bererti Pembohong’, maka gelar al Masih tersebut menjadi ‘Sipenghapus dosa yang bohong’ atau pendusta atau palsu.  Sesuatu yang bohong atau palsu sudah pasti ianya tidak membawa petunjuk yang benar lagi lurus iaitu al Quran Kalamullah melainkan yang diaqal aqal fikiran sahaja yang tentunya berlandaskan hawa nafsu semata.  

Setiap perkara yang bertentangan dengan al Quran Kalamullah itu akan menghidupkan Dajjal dikalangan manusia sebagai pemimpin! Jika pemimpin dikalangan manusia itu bukan yang mengajak kepada Allah hu taala dengan Ayat ayatNYA, pastilah ianya juga seperti  Dajjal!Manusia yang mengenepikan al Quran dengan sendirinya sebagai penentang yang memusuhi Jemaah Orang sebelahan Timur dan Imam Mahdi. Kegiatan utama Dajjal ialah memutar balikan Ayat ayat Allah SWT, yang akan menipu dan menjerumuskan manusia kelembah kebinasaan dan akhirnya menerima azab dari Allah swt. Dajjal berusaha berbohong dengan menyajikan kebaikan atau sesuatu yang nilainya baik kepada manusia berpandukan ilmu, amal dan  aqal fikir semata padahal ternyata itulah yang buruk, dan sebaliknya Dajjal akan berusaha menunjukkan yang dianggap buruk padahal itulah yang ternyata baik.

Tidak hanya memutar balikan Kalamullah, gerombolan konco Dajjal  kelihatan bagai pasukan elite yang berilmu dan beramal atas nama Islam tetapi tidak berkemampuan  memberikan pentunjuk dengan agama itu. Pelbagai fitnah disebarkan  agar  manusia memusuhi Jemaah al Quran dengan mengatakan gila, sesat dan murtad kerana tidak setinggi ilmu dan sebanyak amalan seperti mereka.  Sedari awal usaha mereka menghalang al Quran itu dibaca dan disampaikan secara Zaman Kenabian untuk menafikan Pemuda Tamim, Orang sebelahan Timur dan Imam Mahdi yang dijanjikan kedatangan oleh Tuhan. Akan tiba masa dan ketikanya  hanya mereka yang menerima dan beriman kepada al Quran Kalamullah sebagai pengikut Imam Mahdi untuk menghancurkan gerombolan pimpinan alMasehul Dajjal.

Sebelum sesiapa sahaja yang mahu bersama Orang sebelahan Timur, berada bersama Pemuda Tamim dan Imam Mahdi, maka terlebih dahulunya kamu diajak kepada al Quran nulKareem, Kitabullah-Kalamullah, Ayat ayat Allah!  

Salamunqaulammirrobbirrohiim

Jumaat, 7 Disember 2012

al QURAN ITU AMANAH TUHAN


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

“Sesungguhnya telah Kami unjukkan amanah (perintah) kepada langit, bumi dan gunung gunung, lalu mereka enggan memikulnya dan takut menerimanya, kemudian amanah itu dipikul oleh manusia. Sesungguhnya  manusia itu aniaya lagi jahil (tiada berilmu){33:72} 

Amanah daripada Allah SWT yang dimaksudkan adalah membaca dan menyampaikan Kalamullah, yakni al Quran nulKareem Kitabullah, kepada keseluruhan manusia dan isi alam ini. Sudah pastilah akan ranap isi dunia apabila langit menghempap, segala yang ada diatas bumi akan lenyap sekelip mata ditelan olehnya dan akan hancur berkecai semuanya dipijak pijak oleh gunung ganang; demikianlah bila mana sekiranya langit, bumi dan gunung bersetuju menerima amanah Allah SWT tersebut kerana kebanyakan manusia itu engkar kepada Kalamullah yang diserukan!

Hanyalah manusia yang  bodoh dan jahil menyangupi menerima amanah Allah SWT, kerana mereka yang berilmu dan beramal tinggi melangit atau yang punya kekayaan serta kemewahan bagaikan khazanah bumi mahu pun manusia yang punya kuasa serta gagah bagai berdiri gunung pasti berasa sangat hebat dan sombong untuk menerima amanah amanah Tuhan. Manusia tersebut akan berakal akal melalui rasa rasa hatinya dengan mengagamakan agama Islam itu baginya sendiri sedangkan  "Sesungguhnya agama disisi Allah ialah Islam - INNADDI NA'INDALLAH HILISLAM" {3:19} 

Sesungguhnya mereka yang seumpama itu menolak dan menentang malah sanggup memerangi apabila datang kepadanya seseorang menyampaikan amanah dari Allah SWT. Kepada jangkaan dan sangkaan mereka pastilah yang datang itu bukanlah Muhammad b Abdullah kerana sesungguhnya mereka sangat kenal dengan Muhammad yang pernah sebagai gembala kambing dan tidak pula tahu baca tulis, sebaliknya mengatakan Muhammad membacakan syair syair karangan, walau mereka mengetahui dia seorang yang ummi!

“Kami tidak mengajarkan syair kepadanya dan bersyair itu tidaklah pantas baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan Kitab yang jelas” {36:69}

Kalangan kaum kerabat dan sahabat handai menuduh sebagai sesat dan menyeleweng kerana selama ini tidak pernah mendengarkan Kalamullah dan keterangannya, lebih lebih lagi ianya datang dari seorang yang diketahui sejarah hidupnya yang ilmu tidak tinggi mana dan amal ibadat tidak sebanyak mana. Bagi mereka agama itu adalah warisan nenek moyang dahulu, cukup sekadar ikut ikutan kerja buat peribadatan walau tiada sebarang keterangan dan penejelasan dari Tuhan. Apabila dibaca dan disampaikan Kalamullah, mereka membenci dan sanggup memulaukan kerana pembawaan beragama itu menyalahi adat resam dan budaya nenek moyang selama ini. Bagi mereka al Quran itu adalah cerita dongeng orang orang dahulu.

“Apabila dibacakan kepadanya ayat ayat Kami, ia berkata ; (ini) dongeng orang orang dahulu” {68:15}

Bagi mereka al Quran itu sekadar bagai naskah buku cerita penglipurlara dengan membaca dengan kemerduan suara sehingga diberikan hadiah lumayan. Anggapan mereka sudah tidak ada Wahyu lagi, sehinggakan dituduh sesiapa yang membaca dan menyampaikan Kalamullah itu sebagai gila.!

“Berkata mereka : Hai orang orang yang diturunkan al Quran kepadanya! Sesungguhnya engkau orang gila” {15:6}

Apabila peringatan dengan membaca dan menyampaikan Kalamullah, kebanyakan manusia itu tidak mahu mendengarkan sebaliknya menolak dan menentang. Pertikaian kepada sijil dan ijazah sebagai ustaz dan ulama’ dipersoalkan, sedangkan  Kalamullah yang dibicarakan adalah peringatan daripada Tuhan yang tidak akan dipertikaikan oleh mereka yang beriman. Mereka lebih memuliakan sekeping kertas tauliah daripada kebenaran dalil dengan Ayat Ayat Allah SWT yang dikumandangkan kepadanya. Malahan untuk menyampaikan kebenaran Kalamullah itu walau pun sepatah menjadi amat sukar kerana sekatan dan halangan termasuk dari pihak berwajib yang kononya sebagai jabatan penjaga agama Tuhan! Sehinggakan apabila tanpa kelayakan yang ditentukan oleh mereka, barang siapa membaca dan menyampaikan Kalamullah akan ditangkap, didenda dan dipenjarakan.

Dahulu telah berlaku, akan datang pasti berlaku; dahulu dan akan datang kini sedang berlaku! Sesungguhnya, Kalamullah pasti akan berkumandang diatas muka bumi ini sehingga keakhirat sebagai peringatan yang berupa khabar gembira kepada orang orang yang beriman dan satu peringatan takut kepada yang engkar. Swajarnya apabila Kalamullah yang dibaca dan disampaikan, mereka yang beriman itu pasti berkata ‘kami dengar dan kami patuh!’, namun begitu tidak hairanlah, apabila dikalangan manusia yang menolak dan menentang tetap sama seperti dahulu yang telah berlaku dan dimasa masa akan datang pasti berlaku juga yang sebegitu. Jika pun mereka hidup dizaman Nabi Muhammad SAW, pastilah mereka itu sebagai penentang dan petualang sejati terhadap Allah SWT dan RasulNya! Pun sekarang begitu dan akan datang juga begitu!

“al Quran ini tidak lain hanya peringatan bagi semesta alam”  {38:87}

وَالْعَصْرِ {1} إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ {2} إِلاَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ {3}
{al ‘Ashr103:1-3}

Allah SWT menggarapkan al Quran itu sebagai peringatan Tuhan    menjurus kepada perintah dan larangan yang mencakupi segala aspek kehidupan manusia. Adalah menjadi kefardhuan  supaya sesama manusia itu berpesan pesan dan  ingat memperingati didalam bentuk berwasiat. Sejarah Nabi Muhammad SAW membuktikan bahawa berwasiat itu berupa majlis berjemaah dirumah Ibnu al Arqam bagi membicarakan Kalam Kalam Allah SWT sebagai peringatan kepada ummat. 

Betapa Allah SWT menyebut bahawa manusia itu sentiasa berada didalam kerugian sentiasa kerana masa masa hanya terbuang dengan cerita cerita temberang beserta gelak ketawa kesukaan kepada perkara dunia semata. Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal solleh itu akan memenuhi masa dengan berpesan pesan (berwasiat) dengan kebenaran, maka tiada selain kebenaran melainkan Kalamullah, al Quran nulKareem! Mereka sentiasa didalam  keadaan bersabar berbicarakan Kalam Kalam Tuhan. Kebanyakan manusia merasakan telah melakukan kebaikan dan kebajikan itu, namun sebenarnya adalah sia sia malahan kerugian kerana disisi Allah SWT ianya bukan pekerjaan amal solleh kerana tidak beriman kepadaNya melalui kebenaran KalamNya. 

Agama disisi Allah SWT ialah Islam, maka Dia mendatangkan petunjukNya dengan Kalamullah, sewajarnya manusia itu tidak berbolak balik hatinya apabila Kalam Tuhan dibaca dan disampaikan. Patut untuk manusia itu taat dan patuh kepada Kalamullah kerana apabila ditanya siapakah Tuhan, sangat bersegera mereka menjawab ‘Allah Tuhan ku!’ Mereka mengakui kepada Allah SWT tempat kembali, sebaliknya Kalamullah sebagai petunjuk jalan untuk kembali kepadaNya diengkari. Sewajarnya untuk menemui Allah SWT itu hanyalah dengan mengikuti petunjuk jalan yang dariNya.
Sesungguhnya manusia itu dikurniakan akal, namun tidak mahu memikirkan Kalamullah yang disampaikan supaya mendapat pelajaran sebagai pengajaran dari Tuhan. Sedemikian itu, manusia ternyata membiarkan akalnya dibawah kawalan perasaan dengan merasakan ilmu, amal dan keturunanya telah menjadikan keIslaman pada dirinya cukup sempurna. 

“Aku menyampaikan amanat amanat Tuhan ku kepada mu dan aku hanyalah pemberi nasihat yang terpercaya bagimu" {7:68}

Sungguhlah bodoh dan jahil kerana tiada ilmu yang tinggi dengan lampiran sijil atau ijazah, maupun amal yang sangat banyak, namun hanyalah Kalamullah yang dibaca dan disampaikan. Tiada urusan selain amanah Allah SWT untuk mengajak manusia menemui Tuhan dengan petunjuk jalan yang lurus dariNYA iaitu al Quran. Sebagai seorang manusia yang mengaku beriman pastinyalah percaya dengan Kalamullah, walau setinggi mana ilmu dengan ijazah dan tauliah, maupun sudah bayak amalan.  

Ditanyai Allah SWT tentang amanahNYA, sudah terjawab oleh manusia manusia yang menolak dan menentang, dan Ahamdulillah akan disaksikan oleh Ikhwan ikhwan yang menerima Kalam Tuhan yang disampaikan, bahawa tugasan dariNYA sudahpun terlaksanakan …

Amin amin amin ya muji basa ilin ya Robal’alamin
Wassalam