IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Selasa, 29 Mei 2012

UMNO + PAS = ISLAM


 Ø¨ِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

”Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan
orang-orang yang beriman menjadi penolongnya,
 maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah, itulah yang pasti menang”


Aku kata PR mengimbangi BN. Dia suruh aku undi PR jika tidak suka BN! Bila masa aku cakap suka PR? Baginya, ‘mengimbangi itu check and balance’, sebenarnya bagi aku bermaksud PR atau BN sama dan serupa je!. Seimbang. Dia tak faham. Suasana sembang telah menjadi tegang! Pelajaran tinggi dan berstatus pegawai kanan kerajaan tetapi bertelinga nipis. Mukanya nampak merah dan dahi berkerut tidak puas hati. Dadanya sempit dan fikirannya tertutup. Dia perasan kononnya sorang intelek maka cakapnya tentu benar, tetapi jelas terikut perasaan apabila terkena tempias. Dia aku sebut sebagai Kenalan didalam tulisan ini.

Isu bermula apabila UMNO dan PAS mahu bermuzakarah tetapi masing masing beri syarat dan masing masing tidak setuju dengan syarat antara keduanya. Bagi aku mereka sebenarnya mau meneruskan debat yang sudah lama bermula dan tidak pernah berhenti pun! Dengar ceramah mereka, baca surat khabar dan tonton tv, tak abih abih! Kerja sia sia yang tadak paedah kerana tiada keputusan yang benar betul untuk diambil tindakan dan dilaksanaan. Baru baru ini, dua wakil muda berdebat tetapi bukan untuk menentukan kebenaran sebaliknya mempertahankan hujjah masing. Tidak ada keputusan melainkan menunjuk terer berhujjah dan berpidato. Tiada pemenang, tiada yang tewas melainkan gemuruh tepuk tangan dari penyokong masing masing. Berdebat untuk menjatuhkan benang basah yang cuba didirikan! Setakat ini Kenalan menuduh pula aku duduk atas pagar. Bagi aku sokong bukan kerana suka tetapi kerana benar. Katanya aku tiada pendirian.
 
Untuk apa berdebat yang sebenarnya tidak perlu. Muzakarah aku sokong, tapi bukan seperti yang dicanangkan oleh PAS mau pun UMNO. Kedua duanya bicara soal BERSATU, siang siang PAS kata tidak akan bersatu kepada UMNO sebab sekular; kalau nak bersatu bubar UMNO masuk PAS kerana parti Islam. Dalam PAS sendiri belum bersatu; Presiden kata lain, Mursyidul cakap lain, yang lain lain lagi lain! UMNO pula kata PAS tidak ikhlas, cakap berbelit dan pergunakan agama dalam politik. Islam PAS bukan Islam sebenarnya, malahan UMNO mengaku lebih baik Islamnya! Kenalan mengatakan aku tidak tau apa pasal politik kerana tidak menjadi ahli parti mana mana pun.

MELAYU BERSATU!

UMNO dan PAS sebelum muzakarah sudah semacam perang, entah macam mana kalau diatas satu pentas secara langsung? Aku menyuarakan, bermuzakarah bukan untuk mencari jalan dengan perah kepala hotak ‘bagaimana mahu bersatu’, sebaliknya otak yang pecah kerana insiden baling kerusi meja. Paling tidak terjuih bibir dan berbuih mulut mempertahankan prinsip perjuangan parti. Ide, pendapat dan cadangan tentu banyak akan dilahirkan kerana pimpinan UMNO dan PAS bukan calang tinggi ilmu dan kepakarannya. Sesungguhnya semenjak zaman Tok Adam AS kerana ilmu, aqal dan fikir berlaku tanding menandingi, tunjuk pandai dan tidak mahu mengalah apa lagi untuk bersetuju dengan orang lain. Ini akan berlaku. Kenalan menuduh aku sekadar menduga duga dan berburuk sangka kepada golongan terpelajar macam dia.

Sebenarnya jalan untuk bersatu sudah terbentang luas dihadapan mata, iaitu ISLAM. Islam itu mempersatukan semua tanpa mengira bangsa, bahasa dan negara. Di Malaysia bangsa Melayu, secara otomatik agamanya Islam dan sewajarnya sudah bersatu. Islam itu agama hakiki, namun benarkah Melayu itu Islam, Islam-kah PAS apabila memecat seorang ahli yang dikenali sebagai tokoh Islam, namun benarkah pula Islam-nya UMNO dengan tidak menjemput seorang pejuang agama yang hebat masuk parti? Barangkali pejuang agama itu pun 2 X 5; 5X 2!!! Kenalan menuduh aku telah mengkafirkan orang Melayu! Digelarkannya aku Melayu murtad!

“Innadinnaindallahilislam – Agama disisi Allah itu adalah Islam”.

Sesungguhnya manusia itu perlu kembali kepada Islam yang dari sisi Allah SWT. Mari bersatu kepada ketentuan dan ketetapan Allah SWT melalui PERELEMBAGAAN TUHAN yakni Kitab Suci, al Quran nulKareem. Sesungguhnya Allah SWT menurunkan Kitab itu untuk penyatuan ummat diatas muka bumi ini dan Nabi Muhammad SAW sebagai suri teladan kepimpinanNYA. Selagi perlembagaan kepartian tidak kira parti apa pun dan siapa pun sebagai pimpinan tertingginya ternyata tidak akan mampu mempersatukan manusia itu sampai bila bila.

Mudah, asalkan UMNO dan PAS mahu duduk semeja bermuzakarah untuk menjalankan perintah dan larangan Tuhan berpandukan Kalam KalamNYA. al Quran itu mencakupi segalanya termasuk politik, ekonomi dan sosial. Ulama dan intelektual  yang ramai didalam kedua parti Melayu-Islam terbesar dan berpengaruh ini sepatutnya sebagai golongan yang mempersatukan kepada Islam al Quran Kalamullah. ‘Allah SWT menyuruh begini dan jangan buat begitu, jadi mari kita laksanakan begini dan tinggalkan yang begitu!’ Berlandaskan Kitabullah dijanjikan Allah SWT keselamatan dan kebahagian dunia akhirat.

Kenalan berpendapat kalau macam itu, Melayu-Islam tidak akan memerintah di Malaysia. Katanya tidak ada satu pun kerajaan Islam 100% diatas muka bumi ini. Betul pendapatnya tidak ada Islam yang memerintah melainkan diperintah. Di Malaysia, Melayu memerintah Islam dan dibenua lain Arab yang memerintah Islam! Mereka melemahkan agama yang dari sisi Allah SWT sehingga dikesampingkan Islam sebagai pemerintah. Aqal fikirnya mendahulukan janji Tuhan bahawa Islam pasti menang dan memberikan keuntungan dunia akhirat. Aku tidak mau mempersoalkan tahap keimanan dan keIslamannya mereka! Siapalah aku, melainkan bagi Kenalan sebagai orang yang tidak tau tentang agama. 

Bukan kerana Islam mau pun al Quran itu gagal memerintah dan mempersatukan manusia. Manusia itu sebenarnya mendahulukan citarasa semata dengan berburuk sangka kepada agama Islam dan Tuhan. Mereka merangka system, hukum dan undang undang namun sentiasa dipinda kerana tiada keberkesanan, sebaliknya masalah timbul dan mendatang berulang ulang. Islam itu universal tetapi ruang lingkupnya dikecil dan disempitkan sekadar urusan sholat, puasa, nikah kahwin dan tahlil sahaja. Manusia mengatakan hukum dan undang undang Islam tidak sesuai, malahan kuno dan zalim untuk dilaksanakan. Manusia akan menjadi mundur kebelakang, miskin, dan ketinggalan dalam arus moden serba canggih. Kenalan mengatakan aku nak jadi ustaz pulak!

Manusia hanya boleh bersatu padu dibawah naungan Penciptanya. Tidak sebijak mana manusia dengan ilmu dan aqalnya. Kalamullah membatasinya, namun mereka sesntiasa melampai batas Allah SWT. Kalau kepada kepartian nyatanya manusia itu sesama anggota sering bertelagah dan jatuh menjatuhkan. Cah keting! Hari ini bermati matian menyokong si A sebagai presiden, lain ketika mereka juga yang menjatuhkannya. Hari ini kawan, esuk lusa menjadi lawan. Ditabal sebagai pemimpin agung bukan kerana kebenaran Tuhan yang dibawa tetapi pandai ngomong dan menonjolkan diri. 

Kenalan menyuruh mencari negara lain kerana aku tidak mengundi dan pilihanraya tidak perlu diadakan. Buat apa mengundi kerana yang menang akan memerintah tidak mengikut perintah Islam. Perkara syubahah! Baginya pilihanraya dan kerajaan (semestinya BN) akan menentukan kesinambungan kesenangan dan keselamatan kehidupan dia dan anak isterinya. Dia melahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada UMNO khususnya dengan keadaan yang selesa baginya, namun tetapi tidak bimbang sekiranya PR memerintah akan datang kerana dia tetap sebagai pegawai kanan kerajaan!

Semua sistem yang ada sekarang adalah rekaan musuh. Islam sebagai agama rasmi didalam perlembagaan hanya gula gula namun pilihanraya dan kepartian diujudkan bagi menentukan kerajaan pemerintah berada atas kehendak dan telunjuk musuh itu. Pilihanraya semata maukan kuasa! Demikian itulah Malaysia kononnya diberikan kemerdekaan oleh penjajah. Menjarah haloba, rasuah, hal jelek dan aib, fitnah dan dusta  saban hari berlaku dan dipertahankan dengan mengadakan pilihanraya kerana musuh mahu mempastikan kesinambungan sampai bila bila. Itulah  demokrasi yang asasnya adalah provokasi dan konspirasi. Kotor! Kenalan mengatakan aku penyokong Bersih3.0 (Perhatian 1 : Aku bukan nyokong Perhimpunan Bersih dari yang pertama @ keseterusnya)

“Dan sesungguhnya, jika kamu tanyakan kepada mereka
siapakah yang menciptakan langit dan bumi?
Tentu mereka akan menjawab : Allah.
Katakanlah : Segala puji bagi Allah;
tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”
                                                                                                                                             
Kenalan sangat tersinggung apabila dikatakan kebanyakan manusia sama sahaja. UMNO, PAS, PKR, MCA, MIC, DAP dan yang lain lain itu semuanya serupa. Mereka mengatakan beriman (percaya) kepada adanya Tuhan malah menyebut namaNYA ALLAH SWT. Seorang ahli parti yang menghadapi masalah didalam perniagaannya menyebut : ‘Tuhan Allah mau uji sama saya!’, sedangkan dia bersembahyang ditokong. Seorang lagi berkata selalu ke kasino di Genting Highlands dengan alasan  menang @ kalah : ‘Itu Tuhan Allah punya kerja!’, walau dia pergi kuil. Sewaktu cuti persekolahan baru baru ini aku balik kampong dan bertembung sorang kawan dimasjid ketika sholat jumaat, dia  masih main nombor ekor dan kaki kuda sambil berkata : ‘Cuba nasib, mana tau Allah nak bagi rezeki!’

Demikian manusia  mengagamakan agama itu didalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Mereka menyebutnya sebagai agama dengan mengatakan yang bersembahyang dikuil itu Hindu, ditokong sebagai Budha, kalau digereja orang Kristian dan dimasjid adalah Islam. Apabila diajak kembali kepada al Quran mereka dan berkata : Itu urusan masing masing. Kubur kita lain lain! Aduhai! Terpacul juga kata kata yang sedemikian dari mulut Kenalan dihadapan aku ketika itu.

Rumusan daripada sembang yang tegang, taulah bahawanya perihal agama Islam itu tercicir jauh daripada kedudukan sewajarnya didalam kehidupan. Benar kata Kenalan tersebut menyebutkan bahawa Kalamullah itu sebenarnya adalah untuk diri sendiri. Apabila aku mengatakan bahawa  Kalam Kalam Tuhan itu menjadi kewajiban untuk disampaikan kepada manusia, dia selamba mengatakan ‘itu aku tau!’. Pasti aku membenarkan Kalmullah yang disampaikannya, tak nak pulak dia bacakan!

Akhirnya Kenalan menyindir sinis menyuruh aku yang menjadi Perdana Menteri. Kalau aku jadi PM tentu dia sebagai TPM, malah kalau dia mahu jadi PM pun boleh, asal saja dia mahu ‘transformasi’ yakni kembali kepada Allah SWT melalui al Quran Kitabullah-Kalamullah. Sesungguhnya, aku sangat senang dengan sesi perbualan atau sembang sembang kerana kesempatan bagi aku berkalamkan Kalamullah, kerana itu adalah tugas ku sepenuh masa. Kepada Allah SWT segala sesuatu itu sama ada mereka mahu menerima atau menolak KalamNYA, aku hanyalah seorang pemberi peringatan .........
                                                                                                   
(Perhatian 2 : aku nyebut jugak perkataan ‘transformasi’ yang sangat popular ketika ini dalam pengertiannya yang paling tepat, hehehehe) Kenalan mengangguk tidak, menggeleng pun tidak tetapi wajahnya mencuka, masam!

Barangkali kita tunggu sahaja peranan Mufti Mufti dan Majlis Fatwa, kot!   
Wassalam,