IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Ahad, 14 Februari 2010

NIZAR VS ZAMBRY

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Dialah yang mengangkat kamu menjadi khalifah dibumi, dan menininggikan setengah kamu daripada yang lain beberapa darjat, supaya dia menguji mu tentang apa2 yang diberikaNya kepada mu. Sesungguhnya Tuhan mu amat lekas siksaanNya dan sesungguhnya Dia Pengampun lagi Penyanyang (6:163)


Wahai Manusia, innama analakum nadzirun mubiin! Sesungguhnya ana bagi kamu adalah pemberi peringatan yang nyata. Sesungguhnya tiada keterangan yang nyata dan terang untuk dijadikan panduan selain dari ayat2 Allah SWT. Kini, sebenarnya masih belum tiba kepada kemuncaknya kemelut yang dicipta oleh manusia dengan sengaja bagi mendapatkan impian dan mencapai hasrat cita2 masing2 dengan hanya menggunakan akal fikiran dan ilmu pengetahuan mereka tanpa bimbingan dan panduan dari Allah SWT kerana mereka melupakan kalam2Nya yakni al Quran nulKareem. Pastinya selepas ini menjanjikan turutan cerita seterusnya lebih hebat dari mereka2, namun ana hanya mengkhabarkan berita gembira kepada yang beriman dan peringatan kepada yang engkar, insyaAllah.


Teringat pada satu ucapan YB Mohammad Nizar Jamaluddin ketika baru2 bergelar YAB, dimana antara inti pati ucapan beliau ialah ‘Kita (PAS) bukan kuat, mereka (BN) pun bukan lemah, tetapi Allah menolong kita hingga berada disini sekarang!’ sambil mengangkat tangannya tinggi dan menunjukkan jarinya keatas, agak lama juga baharulah diturunknnya tangan tersebut bagi menunjukkan betapa beliau menginsafi perihal yang sedang berlaku adalah lantaran ‘Kuasa Dari Langit!’. Didalam ucapannya, beliau memberikan pemahaman bahawa kedudukan yang seperti sekarang ini sesungguhnya tidak akan dapat dicapai tanpa keizinan dan pertolongan dari Allah SWT dan beliau berjanji akan menunaikan tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaik2nya. “Kemudian Kami angkat kamu menjadi Khalifah (pengganti mereka) dimuka bumi sesudah mereka supaya Kami lihat bagaimana kamu bekerja (10:14) Sesungguhnya tanyalah kepada sesiapa sahaja pun, manusia itu pasti memberikan jawaban bahawa segalanya adalah ketentuan Allah SWT, semuanya adalah kehendak Tuhan mahu pun kejadian itu berupa kemanisan atau pun kepahitan untuk dikecapi.


Bicara ini sebenarnya bukan menyebelahi Nizar mahu pun YAB Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkemungkinan tuan adalah pemimpin yang dijanjikan oleh Allah kedatangannya. Jika benar, seru dan ajaklah manusia bersatu dengan mengkalamkan kalam2 Tuhan. Pastilah Allah memberikan kemenangan mutlak seperti mana Dia sendiri menjanjikan kemenangan yang dari sisinya. Jika itu yang dilakukan pastilah tuan itu adalah ana, dan ana itu juga ialah tuan; tuan dan ana itu jugalah Pemimpin Agong yang hanya menyeru dan mengajak manusia bersatu dengan kalam2 Tuhan. “Katakanlah : Jika kamu mengasihi Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa mu. Allah Pengampun lagi Penyayang (3:31)


Namun sesungguhnya manusia yang punya ilmu tuntutan yang tinggi dan dilihat banyak amal ibadatnya itu sebenarnya melupakan bahawa didalam semua perkara dan perbuatan yang dilakukan (berlaku) adalah dibawah penguasaan dan pengawasan Allah SWT yang tidak mengantuk dan yang tidak pernah tidur. Masing2 manusia itu mengatakan berada diatas landasan kebenaran mengikut akal fikiran dan perasaannya tetapi sebenarnya telah menyimpang jauh dari petunjuk dan panduan kalam2 Tuhan. Sehingga kini nampaknya begitu sukar bagi ramai manusia untuk mencari penyelesaian maka bertambah2 sukar pula untuk mereka menerima penyelesaian yang mereka sendiri buat kerana hujah2 dan ide dari akal fikiran masih tidak berada dibawah bimbingan ayat2 Allah SWT.


Sebenarnya, apa yang terjadi sejak bermula kemelut hanyalah diada2kan dengan mengerah keringat dan memerah otak melalui tipu daya serta muslihat dan putar belit hawa nafsu yang dikekang oleh iblis, syaitan laknatullah! “Berkata Iblis: Demi kekuasaan Mu, sungguh akan ku sesatkan mereka (Adan dan keturunan) semuanya (36:82) Manusia2 kononnya berpandukan akal waras dan ilmu pengetahuan yang tinggi merangka strategi, berteknik dan bertektik namun segalanya berunsurkan propaganda dan konspirasi bagi jatuh menjatuhkan sesama sendiri tanpa memperdulikan petunjuk dan panduan dari firman2 Allah SWT. Namun itu semuanya disebut dan dilaungkan atas nama perjuangan demi keadilan untuk semua. Sesungguhnya undang2 dan hukum Allah SWT tidak dipraktikan didalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawab, mana mungkin keadilan akan tercapai seperti yang diperjuangkan! “Berkata Iblis: Hai Tuhan ku! Demi, sebab Engkau menyesatkan ku, akan ku hiaskan kepada mereka (kejahatan yang ada) dibumi, (sehingga mereka pandang baik) dan demi, akan ku sesatkan mereka itu semuanya (15:39) Demikian itulah agenda iblis dan syaitan agar manusia itu sesat seperti mana dia sesat dengan memandang baik perkara buruk dan memandang buruk perkara yang baik!


Jadi usah bicarakan soal kenegaraan yang berdiri diatas perlembagaan yang dicipta oleh manusia, dimana hanya meletakan agama Islam itu sebagai agama resmi bagi upacara semata, namun beginikah nilai dan etika manusia2 yang ngaku2 Islam malah menampakkan keIslamikan yang sangat hebat melalui pakaian, pertuturan dan tingkah laku didalam menangni masalah sesama sendiri??? “Sama sahaja diantara kamu, orang yang membisikkan perkataan dan orang yang mengeraskannya dan orang yang bersembunyi pada malam hari dan orang yang kelihatan pada siang hari (13:10)


Orang2 lain menjadi keliru dan terpinga2 malah ramai semberono terpengaruh dan terikut2 samada menjadi pengikut setia mahu pun sebagai penentang yang lantang. Pihak yang menang menyalurkan mesej kepada orang ramai bahawa pihak yang kalah mahu menimbulkan ketegangan dan kacau balau manakala yang kalah sampaikan mesej bahawa yang menang telah menguasai undang2 dan hukuman dengan sogokkan. Sesungguhnya tidak wajar yang menang membuat penindasan atau diskriminasi kepada yang kalah namun tidak sepatutnya pula seorang Tok Guru mengajak manusia melahirkan rasa kemarahan dan kebencian yang melampau kerana penghakiman yang tidak memihak kepada golongannya. “Diantara mereka itu ada satu golongan yang memutar balikkan lidahnya dengan (membaca) Kitab, supaya kamu kira bahawa ianya dari Kitab, padahal bukan ianya dari Kitab, dan mereka berkata : Ia dari sisi Allah; padahal bukan dari sisi Allah dan mereka berkata dusta sedangkan mereka mengetahui (3:78) Benarkah pihak penghakiman yang diharapkan untuk memberikan keadilan berlaku sebaliknya, dituduh pula didalam keadaan terpaksa membuat keputusan demi untuk menyelamatkan maruah institiusi raja2? “Hai orang2 yang beriman, hendaklah kamu berdiri kerana Allah, menjadi saksi dengan keadilan. Janganlah kamu tertarik kerana kebencian mu kepada satu kaum, sehingga kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana keadilan itu lebih hampir kepada taqwa dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa2 yang kamu kerjakan (5:8)


Sesungguhnya semua pihak telah melakukan kesilapan dan kesalahan sedari awal namun telah diberikan oleh Allah tempoh masa bagi memperbetulkan segalanya. Barangkali Allah sememangnya sengaja mahu memberikan masa untuk manusia agar segera mengambil peluang yang masih ada kembali kepangkuan jalanNya atau sesungguhnya Allah berbuat sedemikian agar manusia itu terus berada didalam kelalaian, dibiarkan sentiasa didalam kesesatan sehingga kepada sampainya ajal. Allah akan menimpakan siksaan dan azab yang pedih kepada mereka. “Janganlah orang orang kafir itu mengira, bahawa Kami memberi tangguh (tempoh) mereka, lebih baik bagi diri mereka. Hanya Kami memberi tangguh mereka; supaya mereka menambah dosanya; dan untuk mereka itu siksaan yang menghinakan (3:178) Mengapa tidak ada satu pihak kenamaan yang mempunyai kedudukan mulia lagi disanjungi kerana berilmu tinggi dan banyak amal ibadatnya seperti ulamak tidak menyuarakan supaya semua pihak kembali duduk semeja perundingan bermesyuarah mencari keadilan dan kebenaran dengan berpandukan Kitabullah, al Quran nulKareem? Ulamak2 tanahair yang terkenal bagai sudah bisu dan pekak barangkali, atau merasakan peristiwa2 ini hanya perkara yang dipandang remeh temeh sahaja. “Jikalau Kami kehendaki, nescaya Kami tinggikan dia dengan ayat2 Kami itu, tetapi ia hendak tetap dibumi dan mengikut hawa nafsunya. Maka umpamanya sebagai anjing, jika engkau halau, dihulurkan lidahnya atau engkau biarkan, dihulurkanya juga lidahnya. Demikian umpamanya kaum yang mendustakan ayat2 Kami. Sebab itu kisahkanlah kisah itu, mudah2an mereka memikirkannya (7:176) Amat jahatlah perumpamaan kaum yang mendustakan ayat2 Kami dan orang2 yang menganiaya dirinya sendiri (177)


Bicara ini tidak juga mencadangkan untuk mengadakan semuala pilihanraya dengan pembubaran DUN. Sudah tentu perkara ini sebenarnya akan mengundang kepada perbalahan yang lebih hebat didalam suasana kotornya kempen, kutuk mengutuk, tohmah dan fitnah malah pasti akan berlaku pembaziran wang peruntukan yang sangat banyak; yang mana adalah lebih baik disalurkan untuk perkara2 yang lebih bermanfaat seperti kebajikan dan pendidikan umat! Sesungguhnya orang2 yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu amat engkar akan Tuhannya (17:27)


Namun bagi manusia yang mahu mengambil pengajaran dan pelajaran sudah tentulah segera ia bertaubat. Kini ana secara terbuka dan terus terang menyeru dan mengajak semua pihak untuk kembali kepada Allah dan RasulNya dengan dibacakan ayat2 Tuhan dan keteranga2nya. Sesungguhnya kehidupan manusia yang berlandaskan al Quran dan Sunnah Nabi akan menjamin kehidupan yang sempurna dan selamat didunia sehinggalah diakhirat. “Kitab itu (al Quran) tidak ada keraguan padanya, jadi petunjuk bagi orang2 yang taqwa (2:2)Sabbda Nabi SAW “Aku tinggalkan kepada kamu dua pegangan. Jika kamu memegangnya kuat2, maka kamu tidak akan sesat untuk selama2nya. Pegangan itu ialah Kitabullah dan Sunnah Nabi”


Akhirul kalam, sesungguhnya KHALIFAHhimpass memberikan perkhabaran gembira kepada yang mahu beriman dan memberikan peringatan kepada yang engkar dengan mengkalamkan kalam2 Allah SWT. Kepada seluruh manusia marilah menyahut seruan dan ajakkan untuk kembali kepada Allah dan Rasulnya kerana hanyalah kepadaNya kita semua akan dikembalikan. Sesungguhnya Allah menjanjikan kemenangan bagi mereka yang beriman dan bertaqwa kepadaNya melalui al Quran yang dibacakan keterangan2nya.


Sesungguhnya orang2 yang mendustakan ayat2 Kami dan sombong menerimanya, nescaya tiadalah dibukakan pintu langit bagi mereka dan tiada pula mereka masuk syurga, kecuali kalau masuk unta kedalam lubang jarum. Demikian Kami membalasi orang2 berdosa (40) Untuk mereka tikar dari api neraka dan diatasnya kain selimut. Demikian Kami membalasi orang2 aniaya (7:41)


Amin, amin, amin ya muji basa ilin, ya Robbal alamin.

Wassalam

(tulisan dari hasil berwasiat bersama Imam Radzi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan