IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Ahad, 27 Disember 2009

BICARA MAAL HIJRAH 1431 (iii)

QODEEMNYA AL QURAN SEBAGAI PEDOMAN HIDUP



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ ِفيهِ هُدَى لِلْمُتَّقِينَ

“Kitab al (Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi orang yang bertaqwa” QS al Baqarah 2:2



Al Quran merupakan sebuah kitab yakni ketetapan yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dengan perantaraan malaikatNya iaitu Jibril AS untuk disampaikan kepada umat manusia keseluruhannya. Semua ketetapan yang terdapat didalam al Quran merupakan suatu kepastian yang telah terjadi, sedang terjadi dan pasti akan terjadi. Ini membawa erti bahawa semua ayat2 al Quran itu benar, tidak ada sedikit pun keraguan dan sebagai petunjuk kepada orang2 yang bertaqwa. Al Quran merupakan ketetapan yang qodeem, yang berlaku bila2 sahaja waktunya; dahulu, sekarang mahu pun dimasa2 akan datang. Maka seperti dahulu selepas kewafatan Nabi SAW telah ada Pemimpin yang didatangkan sebangai penyambung risalah Allah ini, dimana dimasa akan datang juga pasti didatangkanNya yang seumpama itu, namun kini juga telah didatangkan seorang Pemimpin yang sedemikian membacakan kalam2 Tuhan untuk mengajak manusia kembali kepada Allah dan Rasul. Sebagaimana firman Allah yang berikut, QS al Isra’ 17:105


وَبِالْحَقِّ أَنزَلْنَاهُ وَبِالْحَقِّ نَزَلَ وَمَآأَرْسَلْنَاكَ إِلاَّ مُبَشِّرًا وَنَذِيرًا

“Dan kami turunkan (al Quran) itu dengan sebenar2nya dan al Quran itu telah turun dengan (membawa) kebenaran. Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan”


Wajib bagi manusia semuanya yang ngaku2 Islam dan beriman kepada Allah SWT untuk percaya kepada al Quran, kerana al Quran merupakan kalam Allah yakni berupa ucapan2 dari Allah kepada hamba2Nya disetiap masa dan zaman ketikanya. Maka, jika terdapat manusia yang tidak mempercayai al Quran dan mendebatkannya, orang itu adalah seorang manusia kafir yang nyata!


مَايُجَادِلُ فِي ءَايَاتِ اللهِ إِلاَّ الَّذِينَ كَفَرُوا فَلاَ يَغْرُرْكَ تَقَلُّبُهُمْ فِي الْبِلاَدِ

“Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat2 Allah, kecuali orang2 yang kafir. Kerana itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas dari satu kota kesatu kota yang lain memperdayakan kamu” QS al Mu’min 40:4. Allah telah membuat perumpamaan kepada mereka yang ngaku2 ulama dan pandai agama itu hanya memperdayakan manusia dengan ilmunya demi kepentingan pribadinya semata2 dengan ceramah, tazkirah mahu pun usrah tetapi sebaliknya mereka mencari kemasyhuran, kuasa dan kekayaan. Mereka sendiri tidak berbuat seperti apa yang mereka perkatakan, samalah maksudnya mempertikaikan kalam2 Tuhan walaupun secara diam2!


Diantara lain sikap orang2 kafir itu apabila dibacakan al Quran dan keteranganya banyak kali disebut Allah didalam firmanNya, seperti dua ayat berikut ini. QS al Qalam 68:15:-


إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ ءَايَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ اْلأَوَّلِينَ

“Apabila dibacakan kepadanya ayat2 Kami, ia berkata: (Ini adalah) dongengan2 orang2 dahulu kala”


وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَآأَنزَلَ اللهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَآأَلْفَيْنَا عَلَيْهِ ءَابَآءَنَآ أَوَلَوْكَانَ ءَابَآؤُهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلاَ يَهْتَدُونَ


“Dan apabila dikatakan kepada mereka : Ikutlah apa yang telah diturunkan Allah. Mereka menjawab: ( Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami. (apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun, dan tidak pula mendapat petunjuk?” QS al Baqarah 2:170.


Akhirnya, bagaimana dan apakah yang dimengertikan dengan maksud BERIMAN (PERCAYA) KEPADA KITAB? Mungkinkah sekadar membacanya dengan kelunakkan suara dengan berlagu, bertaranum dan mengikut hukum panjang, pendek dan dengungnya sahaja sudah dikira beriman seseorang itu kepada kitab, sedangkah tidak memahami maksud kehendak dan pengajaran darinya? Mampukah melalui cara yang sedemikian itu, seseorang pembaca mahu pun sipendengar dapat menghayati al Quran seperi yng dikehendaki oleh Allah SWT? Hakikatnya, hanya sekadar ngaku2 je le………..!!!


وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْءَانُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأْنصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Dan apabila dibacakan al Quran, maka dengarkanlah baik2 dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat” QS al a’raf 7:204


Walaupun pembicaraan ini agak ringkas, namun adalah diharapkan dapat memberikan kefahaman kepada semua, bahawa al Quran sesungguhnya menepati dan bersesuaian dengan setiap masa dan zaman. Tidaklah ada diantara manusia yang berani mengatakan ianya telah tidak sesuai lagi dizaman yang dikatakan serba moden dan canggun ini. Bukanlah al Quran itu mesti mengikuti peredaran zaman, namun sebaliknya zamanlah yang sepatutnya mengikuti al Quran itu disetiap masa dan ketika. Tidak ada sebarang perubahan atau penambahan waima satu titik pun bagi menyesuaikanya dengan kehendak manusia pada waktu2nya. Sekiranya ada yang sedemikian, maka orang itu adalah engkar (kafir) dan akan mendapat siksa yang azab lagi pedih dari Tuhan. Mereka akan mendapat kehinaan didunia dan akan dihumbankan didalam neraka serta kekal didalamnya diakhirat kelak.


KHALIFAHhimpass akan terus2an menyeru semua manusia bersatu dibawah kepimpinan yang telah datang dengan membacakan al Quran dengan pengajaran2nya untuk mengajak kembali kepada Allah dan Rasulnya. Ini adalah khabar gembira kepada yang mahu beriman dan satu peringatan kepada yang engkar. Mengapa kamu tidak sadar dan tidak mahu berfikir? ………Fazzakir innama anta muzakkir.


Amin, amin, amin, ya muji basa ilin, walhamdulillahhirobilalamin.

Selasa, 22 Disember 2009

BICARA MAAL HIJRAH 1431 (ii)

PEMBICARAAN OLEH PEMIMPIN YANG DIDATANGKAN


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةُُ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلاَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Hendaklah ada diantara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf (yang baik2) dan melarang dari yang mungkar: dan mereka itulah yang menang” QS ali Imran 3:104.


MUKADIMAH

Sesungguhnya golongan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang maaruf dan melarang dari yang mungkar telah didatangkan oleh Allah SWT bersama seorang Pemimpin (khalifah) yang hanya menyeru dan mengajak manusia untuk kembali kepada Allah dan Rasul dengan mengamalkan dan mengimani al Quran kalamullah. Pemimpin yang dimaksudkan hanya membicarakan al Quran dan pengajaranya untuk dijadikan landasan segala segi dan aspek kehidupan didunia ini agar beroleh kejayaan dan kemenangan serta kedudukan martabat yang tinggi disisi Tuhan Berikut sedutan pembicaraan oleh Pemimpin tersebut, bukan buat sekadar renungan namun hendak mengajak bersama didalam jemaah untuk mencapai dan mengecapi kemenangan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.


PENENTANG RASUL ADALAH PARA ULAMA DAN PEMBESAR NEGARA DAN MEREKA ADALAH KAFIR


Sudah menjadi sunnatullah, bahawa seorang pembawa kebenaran pasti mempunyai musuh yang tidak menginginkan tegaknya kebenaran tersebut. Kalau mahu diambil pengajaran dari sejarah lalu perkara seumpama adalah tidak asing lagi. Semenjak Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS sebagai khalifah (wakil) Allah dimuka bumi, yang akan menjadi seorang pemimpin, dia (Adam AS) sudah mempunyai musuh iaitu iblis. Pada awalnya iblis adalah pembesar (ketua), berilmu, ulama dikalangan kaumnya yakni para malaikat yang taat dan patuh kepada Allah SWT. Mereka sentiasa bertasbih dan memuji2 Tuhan setiap masa. Status inilah yang membuatkan iblis enggan dan menyombongkan diri untuk tunduk (taslim) kepada pemimpin yang didatangkan oleh Allah, iaitu Adam AS. Walau pun menyedari akan kekufuranya terhadap Allah lantaran tidak mahu tunduk itu, iblis masih tetap angkuh dan sombong sehingga terus dilaknati oleh Allah hingga akhirat.


وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلُُ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَآءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ

“Ingatlah ketika Tuhan mu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah dimuka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) dimuka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah? Padahal kami sentiasa bertasbih dan memuji Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui’” QS al Baqarah 2:30.


Allah menceritakan didalam ayat tersebut bahawa telah ada makhluk (hambaNya) yang sentiasa bertasbih dan memujiNya sebelum Adam diciptakan untuk menjadi khalifah Para malaikat diuji olah Allah akan ketaatan dan kesetiaan dengan penciptaan Adam AS. Diciptakan Adam dengan bukti dan keterangan yang nyata, bila mana dapat menerangkan dan memnberitahu nama2 yang tidak diketahui oleh para malaikat, sedangkan malaikat hanya mampu bertasbib dan memuji Tuhan sahaja. Sewajarnyalah mereka tunduk kepada Adam apabila diperintahkan berbuat demikian, namun ada dikalangan mereka merasakan lebih mulia dan lebih baik asal kejadiannya dari khalifah Allah lalu engkar akan perintahNya. Dialah disebut sebagai iblis laknatullah dan menjadi kafir.


وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلاَئِكَةِ اسْجُدُوا لأَدَمَ فَسَجَدُوا إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الكَافِرِينَ

“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam. Maka bersujudlah mereka kecuali iblis. Ia enggan dan takabur,dan adalah ia termasuk golongan orang2 yang kafir’” QS al Baqarah 2:34

قَالَ يَآإِبْلِيسُ مَالَكَ أَلاَّتَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ {32} قَالَ لَمْ أَكُن لأَسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ {33}

“Allah berfirman: Hai iblis, apa sebabnya kamu tidak (ikut sujud) bersama2 mereka yang sujud? Iblis berkata: Aku sekali2 tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah ciptakan dari tanah liat yang kering (yang berasal) dari lumpur’” QS al Hijr 15:32 dan 33.


قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ

“Iblis berkata: Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah” QS Shad 38:76. Demikianlah sikap keangkuhan dan kesombongan pemimpin para malaikat yang merasakan dirinya lebih mulia dan lebih baik dari Pemimpin yang telah didatangkan oleh Allah sebagai khalifah sehingga menjadikan iblis kafir dan dilaknati Tuhan!


Selanjutnya pengingkaran dari pembesar2 negara kepada Pemimpin umat yakni Rasul2 yang didatangkan oleh Allah dengan membawa kebenaranNya turut disebut didalam al Quran untuk dijadikan pelajaran dan pengajaran oleh manusia yang berfikir.


Kisah Nabi Nuh AS -

لَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ فَقَالَ يَاقَوْمِ اعْبُدُوا اللهَ مَالَكُم مِّنْ إِلاَهٍ غَيْرُهُ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ {59} قَالَ الْمَلأُ مِن قَوْمِهِ إِنَّا لَنَرَاكَ فِي ضَلاَلٍ مُّبِينٍ {60}

“Sesungguhnya telah Kami utus Nuh kepada kaumnya, lalu ia berkata: Hai kaum ku! Sembahlah Allah. Tidak ada Tuhan bagi mu selain daripadaNya. Sesungguhnya aku takut, jika kamu (ditimpa) azab pada hari yang besar” “Berkata orang2 bangsawan dari kaumnya: Sesungguhnya kami melihat engkau dalam kesesatan yang nyata” QS al A’raf 7:59 dan 60.

فَقَالَ الْمَلَؤُا الَّذِينَ كَفَرُوا مِن قَوْمِهِ مَاهَذَآ إِلاَّبَشَرٌ مِّثْلَكُمْ يُرِيدُ أَن يَتَفَضَّلَ عَلَيْكُمْ وَلَوْ شَآءَ اللهُ لأَنزَلَ مَلاَئِكَةً مَّاسَمِعْنَا بِهَذَا فِي ءَابَآئِنَا اْلأَوَّلِينَ

“Lalu berkata pembesar2 yang kafir diantara kaumnya: Ini tidak lain, hanya manusia seumpama kamu, dia hendak lebih mulia daripada mu. Jikalau Allah menghendaki, nescaya diturunkanNya malaikat. Kami tidak pernah mendengar (seruan) ini dari bapa2 kami yang dahulu” QS al Mukminun 23:24


Kisah Nabi Hud AS -

وَإِلَى عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا قَالَ يَاقَوْمِ اعْبُدُوا اللهَ مَالَكُم مِّنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ أَفَلاَ تَتَّقُونَ {65} قَالَ الْمَلأُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن قَوْمِهِ إِنَّا لَنَرَاكَ فِي سَفَاهَةٍ وَإِنَّا لَنَظُنُّكَ مِنَ الْكَاذِبِينَ {66}

“Kepada (kaum) ‘Ad Kami utuskan seorang saudaranya, Hud. Ia berkata: Hai kaum ku, sembahlah Allah, tidak ada Tuhan bagi mu selain daripadaNya. Tidakkah kamu bertaqwa?” “Berkata orang2 bangsawan yang kafir dari kaumnya: Sesungguhnya kami melihat engkau dalam kebodohan. Kami mengira bahawa engkau seorang pendusta” QS al A’raf 7:65 dan 66.


فَقَالَ الْمَلأُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَوْمِهِ مَانَرَاكَ إِلاَّ بَشَرًا مِّثْلَنَا وَمَانَرَاكَ اتَّبَعَكَ إِلاَّ الَّذِينَ هُمْ أَرَاذِلُنَا بَادِيَ الرَّأْيِ وَمَانَرَى لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ بَلْ نَظُنُّكُمْ كَاذِبِينَ

“Berkata orang2 bangsawan yang kafir diantara kaumnya: Kami tidak melihat engkau melainkan seorang manusia seumpama kami dan kami tidak melihat orang yang mengikuti mu melainkan orang2 yang hina diantara kami, (lagi) pendek fikirannya, dan kami tiada melihat kamu mempunyai kelebihan diatas kami, tetapi kami mengira bahawa kamu orang yang bohong” QS Hud 11:27


Kisah Nabi Shalih AS -

قَالَ الْمَلأُ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا مِن قَوْمِهِ لِلَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا لِمَنْ ءَامَنَ مِنْهُمْ أَتَعْلَمُونَ أَنَّ صَالِحًا مُّرْسَلٌ مِّن رَّبِّهِ قَالُوا إِنَّا بِمَآ أُرْسِلَ بِهِ مُؤْمِنُونَ {75} قَالَ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا إِنَّا بِالَّذِي ءَامَنتُم بِهِ كَافِرُونَ {76}

“Berkata orang2 bangsawan yang sombong dari kaumnya kepada orang2 yang lemah, yang beriman diantara mereka: Adakah kamu mengetahui bahawa Shalih itu seorang yang benar daripada Tuhannya? Mereka menjawab: Sesungguhnya kami percaya kepada apa yang diutuskan Tuhan kepadnya” “Berkata orang2 yang sombong itu: Sesungguhnya kami kafir (tidak percaya) kepada apa yang kamu percayai itu” QS al A’raf 75 dan 76.


Kisah Nabi Syu’aib As –

قَالَ الْمَلأُ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا مِن قَوْمِهِ لَنُخْرِجَنَّكَ يَا شُعَيْبُ وَالَّذِينَ ءَامَنُوا مَعَكَ مِن قَرْيَتِنَآ أَوْ لَتَعُودُنَّ فِي مِلَّتِنَا قَالَ أَوَلَوْ كُنَّا كَارِهِينَ {88} قَدِ افْتَرَيْنَا عَلَى اللهِ كَذِبًا إِنْ عُدْنَا فِي مِلَّتِكُمْ بَعْدَ إِذْ نَجَّانَا اللهُ مِنْهَا وَمَا يَكُونُ لَنَآ أَن نَّعُودَ فِيهَآ إِلآ أَن يَشَآءَ اللهُ رَبُّنَا وَسِعَ رَبُّنَا كُلَّ شَيْءٍ عِلْمًا عَلَى اللهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِيْنَ {89}

“Berkata orang2 bangsawan yang sombong diantara kaumnya: Demi, kami akan usir engkau, hai Syu’aib bersama orang2 yang beriman bersama engkau dari negeri kami, atau kamu kembali masuk agama kami. Syu’aib menjawab: Walaupun kami benci kepadanya?” “Sesungguhnya kami mengada2kan kebohongan terhadap Allah, jika kami kembali masuk kepada agama mu, sesudah Allah melepaskan kami dari padanya. Kami tidak akan kembali kepada agama mu, kecuali jika dikehendaki Allah Tuhan kami. Luas pengetahuan Tuhan kami (meliputi) setiap sesuatu. Ya Tuhan kami, hukumlah antara kami dan antara kaum kami dengan kebenaran dan Engkaulah sebaik2 hakim” QS al A’raf 7:88 dan 89


Kisah Nabi Musa AS-

قَالَ الْمَلأُ مِن قَوْمِ فِرْعَوْنَ إِنَّ هَذَا لَسَاحِرٌ عَلِيمٌ

“Berkata orang2 bangsawan diantara kaum Fir’aun: sesungguhnya (Musa) ini seorang tukang sihir yang ‘alim” QS al A’raf 7:109


KESIMPULAN


Berdasarkan dari kalam2 Allah SWT diatas (sesungguhnya banyak lagi-harap telaahlah sendiri!), Tuhan memberikan peringatan kepada pembesar negara dan para ulama khususnya supaya mengambil pengajaran dan pelajaran dari kisah2 tersebut. Perhatikanlah kepada apa yang telah berlaku kepada mereka2 yang engkar kepada seruan yang mengajak kepada ketaatan kepada Allah, sesungguhnya mereka telah dimusnahkan oleh Allah kehidupan mereka didunia dan akan mendapat siksaan yang pedih diakhirat kelak. ‘Kancil tidak akan masuk dua kali kedalam lubang yang sama’, apa lagi manusia yang dibekali oleh Allah akal fikiran sudah seharusnyalah lebih cerdas dan pintar dari binatang!


Sesungguhnya al Quran nulKareem itu bersifat Qodeem, dimana yang tersurat dan tersirat itu telah berlaku dahulu; juga akan berlaku dimasa akan datang: yang dahulu itu dan yang akan datang itu pula sedang berlaku sekarang. Begitulah tersebut al Quran adalah mukjizat yang kekal hingga hari akhirat, oleh yang sedemikian itu marilah bersatu bersama Pemimpin dan golongan yang menyeru dan mengajak hanya kepada Allah dan Rasul dengan mengkalamkan kalamullah, al Quran nul Kareem.


ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ ِفيهِ هُدَى لِلْمُتَّقِينَ

“Kitab (al Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi orang2 yang bertaqwa” QS al Baqarah 2:2.


KHALIFAHhimpas hanyalah sekadar nama ruangan siber untuk menyampaikan khabar gembira kepada yang mahu beriman dan memberikan satu peringatan kepada yang engkar. Semoga berjumpa lagi dilain pembicaraan atas tajuk QODEEMNYA AL QURAN SEBAGAI PEDOMAN HIDUP.

Sekian, Wassalam

Jumaat, 18 Disember 2009

BICARA MAAL HIJRAH 1431 (i)


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERSOALAN

Mengapa Islam lemah dan tewas (belum menang2)? Jawaban yang segera mendatang didalam kotak fikiran ialah; PEMERINTAH DAN UMAT NGAKU2 JE SEBAGAI ISLAM! Malahan segolongan dari mereka yang ngaku2 Islam itu sendiri sering mendakwa Islam sangat lemah hingga terjajah dan ditindas oleh musuh2 Islam. Sebahagian dari mereka pula mengatakan bahawa musuh2 sentiasa memainkan propaganda dan manipulasi sehingga konfrantasi dan permusuhan sesama Islam terjadi mengakibatkan peperangan dan berbunuh2an sesama sendiri. Sesungguhnya setiap kelemahan itu datangnya dari mereka2 dan mereka2lah menyebabkan kekalahan dan ketewasan itu!


PEMERINTAH OH PEMERINTAH

Dibicarakan disini, Negara2 Islam (OIC kot?); dimana pemimpin2 (pemerintah) yang dipanggil Raja, Perdana Menteri maupun Presiden hanyalah sebagai boneka atau seperti kerbau dicucuk hidung kepada sogokkan maupun ugutan dari musuh Islam. Sogokkan dan ugutan berupa kekayaan dan kemewahan, disokong dan ditaja berkuasa sebagai pemerintah dan dikekalkan kekuasaan selama yang boleh atau sebaliknya dijatuhkan dan digulingkan dari singgahsana pemerintahan. Pemimpin2 ini menjadi leka dan alpa sehinggakan menjadikan sistem politik, ekonomi dan sosial didalam negara bercanggah dengan undang2 dan hukum Tuhan! Hati dan jiwanya mati untuk menegakkan tuntutan Allah SWT diatas muka bumi ini lantaran kemewahan dan kekayaan yang sedang dinikmati. Semudah itu pula ngaku2 sebagai pemerintah Islam didalam sebuah Negara Islam! Sesungguhnya Islam tidak menolak sama sekali kekayaan, kejayaan dan kemajuan didunia ini tetapi adakah yang dikecapi hari ini bersesuaian dan berada diatas landasan yang telah ditentukan oleh Allah SWT? Perhatikan sistem2 yang dipraktikan oleh negara yang kononnya Islam itu, apakah terbukti Islamik atau sebaliknya?.


Islam adalah sebuah perlembagaan dari sisi Tuhan, digubal oleh Allah yang meliputi segala aspek kehidupan termasuk politik, ekonomi dan sosial. Islam itu syumul mencakupi semua bidang untuk dijadikan landasan segenap aspek kehidupan. Dijamin dan dijanjikan oleh Allah kemenangan dan martabat yang tinggi dari dunia hingga akhirat. Sesebuah negara meletakan Islam sekadar agama resmi didalam perlembagaan negara yang digubal oleh manusia hanyalah bagai itu Islam dikesampingkan sahaja. Akhirnya menjadi sekadar lambang dan simbol sesekali setahun sebagai perayaan untuk dimegah2kan dimata manusia dan dunia semata2! Pemimpin ini akan melaung2kan kemegahan bahawa Islam hari ini telah maju dan berjaya dengan cemerlangnya seolah2 mengatasi kegemilangan Rasulullah, para sahabat dan zaman2 Khulafa arRasydin! Sesungguhnya jauh panggang dari api, malahan hanyalah kemudharatan yang diilhamkan kerana tiada mendapat keberkatan dari Allah SWT.


Masakan begitu mudah ngaku2 Islam sedangkan undang2 dan hukum Allah SWT tidak menjadi landasan didalam sistem kehidupan? Peraturan diatas percaturan hawa nafsu semata2, rakus dan haloba, hasad dan dengki, permusuhan dan perperangan sesama sendiri akhirnya musuh2 Islam mengaut keuntungan hasil bumi sendiri dan dari penjualan senjata oleh mereka. Memperkuat dan memperkukuhan angkatan bersenjata adalah semata untuk tujuan tunjuk kuat sesama sendiri. Pemimpin2 yang ada sebenarnya tunduk patuh dan telah menjadikan musuh2 Islam itu sebagai arah kiblat dan naungan bagi mereka. Tunjukanlah siapa dikalangan pemimpin dan dimanakah sesebuah negara yang benar2 menjadikan Islam sebagai landasan kepimpinan dan pemerintahan didunia ini, hari ini?


Ringkasan dari satu sabda Nabi SAW, ‘Setiap orang Islam itu adalah bersaudara. Tidak sempurna keimanan seseorang itu jika tidak mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri’ Negara Islam manakah yang sanggup mempertahankan saudara2 di Palastin, Afghanistan, Iraq, Iran dan yang lainnya dari berterus2an dibuli dan ditindas oleh musuh secara terang2an sejak beratus tahun dahulu lagi? OIC bermesyuarat saban kali setiap tahun, sudah meluluskan beratus2 resolusi tetapi hanya tinggal didalam fail diatas meja tanpa tindakan drastik membenteras cengkaman dan penindasan musuh2 tersebut. Semuanya hanyalah bagai bahan lawak yang diketawa kekehkan oleh musuh. Paling mendukacitakan, bukan main lagi lagak masing2 apabila berbicara tentang Islam tetapi hanya tin dan tong kosong apabila tidak langsung dimplimentasikan Islam yang disebut2 itu.. Suara2 hanyalah sumbang apabila kepentingan pribadi didahulukan dan kroni diutamakan!


UMAT OH UMAT

Bolehkah
umat2 ngaku2 sebagai umat sebuah Negara Islam yang mana pemerintahnya tidak menjalankan dasar2 Islam didalam hala tuju pemerintahan? Sebaliknya umat2lah yang menyokong dan membela tampuk pemerintahan seperti diatas lantaran disogokkan kejayaan dan kemajuan yang digembar gemburkan atas nama kemodenan, toleransi dan hak asasi manusia sedunia. Rakyat begitu lemah sifat dan sikap keIslaman sehinggakan mudah dikaburi dengan simbol Islamik yang diada2kan dan ditonjolkan oleh pemerintah. Persoalan Islam hanyalah milik pribadi dan khusus kepada mengerjakan peribadatan Rukun Islam yang lima itu sahaja. Jika lain dari itu, seperti hudud, qisass, assabiyah, tareqat, mahzab akan diberikan pengertian yang salah iaitu biadaah, kuno, zalim, sesat. ektrims, taksub dan sebagainya.


Pun terdapat umat minoriti yang menyedari akan propaganda dan manipulasi musuh2 telah bertindak melulu sebagai penyerang berani mati dengan memasang bom dibadan dan meletupkan diri sendiri ditengah2 kepentingan musuh dengan alasan jihad untuk menegakkan Islam! Begitukah kehendak dan tuntutan Allah bagi mencapai kejayaan dan martabat yang tinggi bagi Islam? Apa yang terjadi sebenarnya ialah bunuh diri, membunuh nyawa2 yang tidak berdosa dan akhirnya Islam digelar agama terrorist, mengakibatkan tekanan bertambah kuat datang dari musuh2 sehinggakan diperangi dan dijajahnya sesebuah negara itu.


HIJRAHSesungguhnya Allah bersifat berkendak diatas segalanya tanpa berpandukan kehendak manusia kerana rahsia disebalik setiap kejadian itu adalah didalam genggaman pengetahuanNya. Allah Maha Mengetahui akan segala2nya. Begitulah, hanya Allah SWT yang akan memberikan rahmat, taufik dan hidayahNya kepada sesiapa yang dikehndakiNya. Maka golongan mereka inilah yang akan memperolehi kemenangan dan dijanjikan oleh Tuhan kedudukan martabat yang tinggi dari sisiNya.


وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةُُ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلاَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ“Hendaklah ada diantara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf (yang baik2) dan melarang dari yang mungkar; dan mereka itulah yang menang” QS Ali Imran 3:104. Sudah pastilah seruan dan ajakan kepada perkara maaruf dan melarang dari yang mungkar itu berpandukan al Quran nulKareem, kalamullah. Sesungguhnya al Quran itu diturunkan sebagai rahmat keseluruh alam sebagai panduan, pengajaran dan petujuk kepada semua manusia bagi menjalani kehidupan didunia. Allah SWT menggubal sistem politik, ekonomi dan sosial didalam al Quran bagi menjamin kejayaan, kekayaan dan kekuasaan dengan adil dan saksama bagi semua.


Berhijrahlah kepada Islam yang keseluruhan (kaffah) yakni dari segi dan aspek kehidupan dijalani diatas landasan al Quran. Berhijrah dari tidak baik kepada yang baik dan daripada yang baik kepada yang terbaik. Tidak ada yang lebih baik dari yang terbaik itu melainkan kembali kepada Allah dan Rasul. Tidak ada kata yang terbaik selainkan kalam Tuhan, tidak ada manusia terbaik selainkan Nabi Muhammad SAW. Barangsiapa yang hanya mengambil sebahagian mana2 yang elok bagi kepentingan pribadinya dan menolak yang lain2 itu kerana dirasakan merugikan dirinya dari dari keduanya adalah pengikut syaitan yang dilaknati oleh Tuhan didunia hingga keakhirat!


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينُُ Mafhum QS al Baqarah 2:208 “Hai orang2 yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh mu yang nyata” Allah menggarapkan didalam al Quran kisah syaitan yang engkar perintah Allah untuk tunduk kepada Nabi Adam AS, sedangkan syaitan itu adalah pemimpin malaikat yang mengakui keEsaan Allah SWT. Slogan ‘Sokong Islam Anda Selamat’ sebenarnya adalah tidak tepat kerana sewajarnya berbunyi ‘Masuk Islam Anda Selamat!’Ingatlah, bahawa syaitan itu tidak digambarkan rupa dan wajahnya, tetapi sikap dan perangainya digambarkan oleh Allah didalam banyak firmaNya; maka barangsiapa yang mengamalkan sikap2 tersebut maka orang itu adalah syaitan sebenarnya, maka dengan sebab itulah Allah kerap menyebut syaitan itu musuh yang nyata!


Pemimpin dan umat amat sukar menerima segolongan manusia yang didatangkan oleh Allah untuk mengajak dan menyeru kepada amal maaruf dan nahi mungkar. Apabila dibacakan ayat2 Tuhan dari kalamNya mereka merasa takut dan bimbang malah ditentang dan diperangi habis2an. Pemimpin2 ini difahamkan membuat penentangan kerana takutkan kehilangan kekuasaan dan kemewahan yang dimiliki selama ini. Mereka2 yang sombong dengan ilmu pengajian yang tinggi beserta sijil dan ijazah pula beranggapan hanya mereka yang layak membicarakan perihal agama. Akal dan fikiran mereka yang bijak dan pandai digunakan untuk berhujjah menentang kalam Tuhan apabila dibacakan kepadanya. Mereka sanggup menjadi ulama suu’ (jahat) yang bersekongkol dengan perkara2 maksiat yang dilakukan oleh kepimpinan lantaran takut kehilangan jawatan, pangkat dan gaji lumayan yang diberikan oleh pemerintah. Budi biacara, niat menghalalkan cara dan asal jadi diguna pakai didalam hal2 agama! Malahan umat2 yang menyokong pemimpin dan ulama sedemikian juga terlalu ramai bilangannya, lantaran kebebalan ilmu yang diwarisi dari orang2 terdahulu tidak menggambarkan ajaran keagamaan yang sebenarnya. Budaya dan adat tradisi dijadikan amalan dan dipertahankan sejak turun menurun. Ketuanan kepada manusia yang berkuasa diberikan ketaatan dan kesetiaan dengan membabi buta tanpa berbelah bagi sedikit pun! Perintah Allah dan Rasul dipandang remeh dan ringan malah diperolok2an sesuka hati.


وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَآأَنزَلَ اللهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَآأَلْفَيْنَا عَلَيْهِ ءَابَآءَنَآ أَوَلَوْكَانَ ءَابَآؤُهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلاَ يَهْتَدُونَ“Apabila dikatakan kepada mereka: Ikutlah apa2 yang diturunkan Allah! Maka jawab mereka: Tetapi kami mengikut apa2 yang kami peroleh dari bapa2 kami. Meskipun bapa2 mereka itu tiada memikirkan suatu apa pun dan tiada pula mendapat petunjuk” QS al Baqarah 2:170. Allah SWT menggambarkan orang2 yang seumpama itu kafir dan hanyalah seperti haiwan yang hanya mendengar suara seruan semata, padahal hati dan jiwa mereka pekak, bisu dan buta sehinggakan tidak dapat berfikir dengan sebaik2nya.


وَمَثَلُ الَّذِينَ كَفَرُوا كَمَثَلِ الَّذِي يَنْعِقُ بِمَا لاَ يَسْمَعُ إِلاَّ دُعَآءً وَنِدَآءً صُمُّ بُكْمٌ عُمْىُُ فَهُمْ لاَيَعْقِلُونَ“Dan bandingan (orang yang menyeru) orang2 kafir (yang tidak mahu beriman itu) samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari hanya mendengar suara panggilan sahaja. (mereka itu) ialah orang2 yang pekak, bisu dan buta. Oleh itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya untuk berfikir” QS al Baqarah 2:171.


Begitu mudah untuk ngaku2 Islam, tetapi mengapa amat sukar untuk menjadi Islam.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَالاَتَفْعَلُونَ {2} كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللهِ أَن تَقُولُوا مَالاَتَفْعَلُونَ {3} “Hai orang2 yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian disisi Allah kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuatkan” QS al Shaff 61:2&3. Islam itu sebenarnya adalah dari sisi Allah SWT yakni mengimani dan mengamalkan perintah dan meninggalkan laranganNya secara keseluruhannya. Ingatlah, sesungguhnya kematian itu adalah bermaksud berpulang (kembali) menemui Allah Maha Pencipta, maka sudah tentulah hanya dengan mengikuti kalamNya (al Quran) maka pasti bertemu dengan yang empunya kalam!


Dengan kedatangan Tahun Baru Hijrah 1431 ini, usah dan janganlah ragu2 kepada yang menyeru dan mengajak kepada amal maaruf dan nahi mungkar kerana yang disampaikan hanyalah ayat2 dari kalam Tuhan. Hanyalah orang2 kafir yang menentang dan menghalang al Quran itu dibacakan untuk difahami, diimani dan diamalkan!. Pengertian hijrah hari ini adalah dari ngaku2 Islam kepada Islam kaffah. KHALIFAHhimpass menyeru, marilah bersatu dibawah kepimpinan yang mengajak kembali kepada Allah dan Rasul melalui al Quran nulKareem!. Ini adalah khabar gembira kepada yang mahu beriman dan satu peringatan kepada yang engkar. Hijrah kepada Islam kaffah dijanjikan kemenangan dan kemuliaan didunia dan akhirat oleh Allah SWT, sesungguhnya Dia tidak pernah memungkiri janji2Nya. Islam dan umatnya pasti menjadi kuat, berjaya dan beroleh kemenangan. Musuh2 Islam pasti kecundang dan dapat ditewaskan dengan amat mudah. Dunia keseluruhan akan aman makmur. Sesungguhnya Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah adalah untuk meraih kemenangan dan kedudukan martabat yang tinggi dari sisi Allah SWT seperti yang dijanjikanNya. Allah memberikan perkenan dan keberkatan dari sisiNya.


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَطِيعُوا اللهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُوْلِى اْلأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَىْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلأَخِرِ ذَلِكَ خَيْرُُ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً “Hai orang2 yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan Pemimpin dari kalangan kamu. Jika berlaku perbalahan tentang sesuatu (perkara) hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari yang kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik2 jalan bagi mu” QS an Nissak 4:59. Datangilah kepimpinan dan golongan yang mengajak dan menyeru kepada sunnah Allah dan sunnah Rasul. Berjihadlah sebermula pada hari ini dengan jalan Tuhan melalui kalam2nya. Sesungguhnya Maal Hijrah ini bukanlah satu hari cuti kerana perayaan!!! Hari ini bukan hari berehat dan esuk kembali meneruskan kehidupan ditakuk lama yang hanya membawa kemudharatan dan kemunduran kepada Islam dan umatnya yang berpanjangan. Mengapakah manusia itu masih terus lepa dan alpa, tidakkah kamu berfikir?


Akhirulkalam,


تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَى عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا QS al Furqaan 25:1 “Maha suci (Tuhan) yang menurunkan Furqan (al Quran) kepada hambaNya, supaya dia memberi peringatan kepada seluruh alam”
SELAMAT BERHIJRAH!!! Sekian. Wassalamualaikum warohmatullah.

Selasa, 24 November 2009

KISAH BENAR SIRI V - rumusan buat renungan


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

الــم {2} ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ ِفيهِ هُدَى لِلْمُتَّقِينَ {3} الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ يُنْفِقُونَ {4} وَالَّذِينِ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِاْلآخِرَةِ هُمْ يُوِقنُونَ {5} أُولَـئِكَ عَلَى هُدًى مِن رَبِّهِمْ وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Alif laam mim. (2) Kitab itu (al Quran) tidak ada keraguan padanya, jadi petunjuk bagi orang2 yang taqwa. (3) Yaitu orang2 yang beriman (percaya) kepada yang ghaib, mendirikan sholat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka (4) Dan orang2 yang beriman kepada kitab yang diturunkan kepada engkau dan kitab2 yang diturunkan sebelum engkau, sedang mereka itu yakin akan adanya (hari) akhirat (5) Mereka itu diatas petunjuk daripada Tuhannya dan mereka itulah orang2 yang menang” QS al Baqarah 2:1-5

Posting ini bukanlah untuk mencari kesalahan mahu pun menuding kesilapan kepada mana2 pihak tetapi adalah untuk menyerlahkan kebenaran perihal, bagaimana sepatutnya menangani sesuatu perihal dengan kewajaran dan seterusnya pengajaran yang perlu menjadi ikhtibar daripada perihal tersebut buat renungan kepada semua mahu pun yang terlibat secara langsung atau pun kepada sesiapa juga yang sekadar menjadi pemerhati, pendengar dan pembaca sekeliannya.

WASIAT

Majlis berwasiat sebenarnya satu perkara yang telah menjadi amalan Rasulullah SAW, seterusnya menjadi amalan kepada para sahabat dan ulama2 selepas baginda. Nabi SAW bersabda (riwayat al Bukhari) “Sampaikan yang daripada ku walau sepatah ayat” Berwasiat adalah berpesan2 dan ingat memperingatkan sesama ahli jema’ah dan selalunya dibuat selepas menunaikan sholat. Sesetengah orang menyebutnya sebagai usrah, tazkirah dan sebagainya. Perkara seumpama ini sebenarnya adalah kewajiban yang diperintahkan oleh Allah SWT didalam firman-Nya melalui Surah al Ashr 103:1-3

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

وَالْعَصْرِ {1} إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ {2} إِلاَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ {3}

Orang2 yang beriman dan beramal sholeh akan selalu berwasiat dengan kebenaran dan sentiasa dalam berkeadaan bersabar. Tidak ada kebenaran yang sebenar2nya melainkan kalamullah, al Quran nulkareem yang menjadi kewajiban bagi semua manusia untuk saling ingat merperingatkan tentang perintah dan larangan Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang 2 yang sabar. Selalu kita perhatikan selepas sholat, hanya gebang kosong hal2 dunia diberanda masjid mau pun surau (selepas maghrib sambil menunggu sholat Isyak). Masa yang banyak terbuang begitu sahaja dengan sia2nya sehinggakan Allah bersumpah dengan masa didalam Surah diatas. “Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian!” (103:2)

Sesungguhnya dengan cara berwasiat inilah agama Islam ini sampai kepada umat sekarang. Melalui berwasiat inilah Islam ini diwarisi dari orang2 terdahulu hingga menyampai kepada Nabi Muhammad SAW.

وَوَصَّى بِهَآإِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبَ يَابَنِيَّ إِنَّ اللهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

QS al Baqarah 2:132 “ Ibrahim telah berwasiat kepada anak2nya dengan agama itu dan Ya’qub :Hai anak2 ku, sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) untuk mu, maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Muslim ” Sesungguhnya Nabi Ibrahim AS juga turut mewariskan agama Islam kepada anak2nya dengan berwasiat dan juga kepada Nabi Ya’qub AS melalui wasiat lalu baginda juga mewariskan kepada anak2nya juga dengan berwasiat!!!

أَمْ ُكنتُمْ شُهَدَآءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتَ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِن بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَهَكَ وَإِلَهَ ءَابَآئِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلاَهاً وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

QS al Baqarah 2:133 “ Adakah kamu tahu ketika Ya’qub hampir meninggal dunia, ketika ia berkata kepada anak2nya : Apakah yang kamu sembah kemudian mati ku? Sahut mereka : Kami sembah Tuhan mu dan Tuhan bapa mu, (yaitu) Ibrahim, Ismail dan Ishaq, sedang Dia Tuhan yang Esa; dan kami patuh kepadaNya ”

Mewariskan agama dengan berwasiat berlanjutan dari pewaris2 Nabi hinggalah keakhir zaman. Islam ini sebenarnya mesti diwarisi dari pewaris2 yang sampai kepada mereka daripada pewaris2 sbelumnya hinggalah menyampai kepada para sahabat Nabi hinggalah pula menyampai susur galur itu kepada Nabi Muhammad SAW. Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda ‘al ulamak warissatul anbiya’a – ulamak adalah pewaris Nabi’ Pewaris2 inilah yang akan berwasiatkan agama ini secara terus agar diwariskan kepada umat yang seterusnya. Sudah tentu pewaris yang bersanadkan dari Nabi SAW membawa kesinambungan risalah Tuhan yakni al Quran nulKareem. Al Quran ialah wasiat yang menepati perintah Allah SWT didalam QS al Ashr 103:1-3 seperti diatas tadi.

Oleh itu masalah pertama yang ditimbukan iaitu mengajar dan belajar, siapa guru atau murid dalam konteks berwasiat ini sebenarnya tidak ada sama sekali!. Permasalahan keduanya ialah kelayakan seseorang itu apabila membicarakan al Quran. Pertanyaan belajar dipondok mana, sudah menuntut ilmu hingga ke Mesir, Mekah, Madinah atau Jordan, punya sijil atau ijazah didalam bidang agama, hafal al Quran, pandai dan fasih berbahasa Arab atau paling tidak sudah tahap 4 Senawi adalah katogeri yang diwajib kepada sesiapa sahaja yang mahu membacakan al Quran! Ketiganya, tanpa itu semua, seseorang itu adalah tidak bertauliah berbicara tentang al Quran dan memperkatakan perihal Islam sama sekali. Maka adalah dilarang, bersalah dan akan ditangkap serta akan dihukum sekiranya berbicara tentang agama Islam, termasuk membacakan al Quran kepada orang lain walaupun berbentuk nasihat dan saling ingat memperingatkan.

Bacalah al Quran dengan nama Tuhan mu dan pasti Allah akan mengajarkan apa2 yang kamu tidak ketahui. Peristiwa Nabi Muhammad SAW yang ummi (tidak tahu baca tulis) sewaktu menerima wahyu pertama melalui Malaikat Jibril AS jelas membuktikan hanya Allah yang akan memberikan rahmah, taufik dan hidayah kepada manusia itu. Sila rujuk QS al ‘Alaq 96:1-19. Hanya Allah yang berkehendak memberikan petujuk kepada hamba2Nya termasuk kepada seorang pembunuh dan sebagainya. Bukanlah semata2 kerana seseorang itu ada wang biaya, pandai dan punya masa menuntut ilmu hingga ke Arab Saudi dan berijazah maka lantas terus menjadi ulama dan mendapat pengiktirafan bagi menentukan aqidah serta iktikad orang lain. Tidak semestinya mereka yang seumpama pasti terus memasuki syurga diakhirat kelak. Perbezaan diantara manusia disisiNya hanyalah iman dan taqwa kepada Allah SWT.

AHLI KITAB

Berapa ramaikah yang punya sijil dan ijazah, menuntut hingga keluar negara, menjadi terkenal dan berjawatan tinggi serta mendapat gaji yang lumayan atas nama bidang keagamaan (Islam) adalah sebenar2nya memperjuangkan agama mengikut kehendak Allah seperti yang termaktub didalam al Quran? Kehidupan yang berada dijalan yang benar dan lurus itu semestinyalah berlandaskan al Quran kalamullah. Sebarang penyimpangan dan terbabas daripadanya adalah bermakna berada dilandasan iblis yang berdusta semata2. Mengapa orang2 yang seperti ini selalunya, apabila dibacakan ayat2 Tuhan membuat penentangan dengan berhujjah mendahulukan ilmu, akal dan fikiranya? Merasakan ilmu yang dipelajarinya lebih tinggi daripada kalam Tuhan yang dibacakan. Dikalangan mereka terdapat yang berani memperkatakan ayat ayat Allah itu adalah cerita orang2 dahulu kala, tidak sesuai lagi diguna pakai dizaman ini. Dengan mudah hukum2 Tuhan telah difleksibelkan, digunakan budi bicara dan niat menghalalkan cara didalam aspek kehidupan yang dikatakan serba moden ini. Disangka baik kepada pekerjaan yang buruk dan bersangka buruk kepada kerja2 yang baik lagi mulia!

Dalam tulisan yang lampau mahu pun yang akan datang, KHALIFAHhimpass selalu berlapang dada dengan merendahkan diri, berasa diri terlalu kerdil lalu bermunajat kehadrat Illahi bermohon agar sepanjang bicara tidak hanyut dibawa emosi dan akal fikiran sendiri bagi menggarap penulisan diruang siber ini. Segala yang tergarap adalah atas kebenaran dalil dengan ayat2 Allah SWT, memperkatakan kebenaran tanpa sembunyikan sebarang apa pun jua.

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَآأَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِن بَعْدِ مَابَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُوْلاَئِكَ يَلْعَنَهُمُ اللهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللاَّعِنُونَ

“Sesunggunya orang2 yang menyembunyikan apa2 yang Kami turunkan, diantara beberapa keterangan dan petunjuk, setelah Kami terangkan kepada manusia dalam kitab, nescaya mereka itu dikutuki Allah dan dikutuki oleh sekelian makhluk yang boleh mengutukinya” QS al Baqarah 2:159

Sesungguhnya tiada kebenaran selain daripada kalam Allah yakni al Quran nulKareem. Sedia maklum, al Quran adalah petunjuk dan pengajaran kepada alam semesta termasuk segala isinya dari tujuh petala langit - tujuh petala bumi. Al Quran bersifat Qodeem, mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang kekal sepanjang zaman hingga akhirat. Tanpa sebarang perubahan dan penambahan pada bunyi, huruf mau pun maksud. Segala perintah serta larangan Allah dahulu begitulah juga buat masa kini dan dimasa2 akan datang. Setiap kisah dan peristiwa yang diceritakan didalam al Quran telah berlaku dahulu dan akan datang pasti berlaku; dahulu dan akan datang sedang berlaku sekarang! Al Quran bukan cerita dongeng dongengan orang dahulu.

Kita difahamkan Ahli Kitab adalah orang2 Yahudi dan Nasrani yang mengetahui dan percaya kepada kitab2 yang diturunkan Allah tetapi tidak mahu mengimaninya keseluruhannya, seperti Nasrani percaya kepada al Quran tetapi hanya mengimani kitab Injil sahaja. Samalah juga dengan orang2 sekarang yang tinggi ilmu pengetahuan agamanya dan memahami al Quran namun tidak mengimani keseluruhan atau sekadar mengambil sebahagian sahaja untuk diimani dan meninggalkan sebahagian lagi. Ditinggalkan kerana tidak menepati kehendak akal fikiran dan perasaanya. Mana2 ayat Allah SWT yang tidak mendatangkan keuntungan kepada pribadinya diatas dunia ini akan ditinggalkan malahan diperlecehkan dan diperolok2an!

Banyak perkara yang Allah melarang dan jangan berbuat begitu, jangan begini, tetapi dihujjah dengan ilmu dan akalnya menjadi boleh berbuat dengan alasan toleransi sosial, persamaan hak, hiburan, kemantapan ekonomi, pembangunan, kemajuan dan sebagainya. Bagaikan hal2 agama ini dipermudah2kan dan diperolok2an. Mereka sebenarnya tahu dan faham perkara tuntutan Tuhan namun sekadar bijak bercakap didalam ceramah, tazkirah, sidang pleno atau usrah, namun berasa ragu, malu dan rugi untuk mengimplentasikan didalam pentadbiran dan kehidupan. Golongan Ahli Kitab kerap ditegur oleh Allah didalam al Quran kerana sesungguhnya mereka adalah orang2 yang tahu dan memahami hukum dan perintahNya tetapi sering bersikap putar belit dalam memberikan keterangan yang sebenarnya malahan dikalangan sesama mereka tidak bersependapat meletakkan sesuatu ketentuan yang pasti untuk diikuti. Mengapakah mereka sedemikian?

يَاأَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَلْبِسُونَ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

QS Ali Imran 3:71 “Hai orang2 ahli kitab,mengapakah kamu mencampurkan yang haq dan bathil dan kamu sembunyikan yang haq itu, sedangkan kamu mengetahui?” dan

قُلْ يَاأَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللهِ مَنْ ءَامَنَ تَبْغُونَهَا عِوَجًا وَأَنتُمْ شُهَدَآءُ وَمَا اللهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

3:99 “Katakanlah : Hai ahli kitab, mengapa kamu halangi orang yang beriman dari jalan Allah, kamu kehendaki jalan yang bengkok, sedangkan kamu mengetahui? Allah tiada lalai dari apa2 yang kamu kerjakan”

Kata2 dan tingkah sering berlawanan dengan kehendak Allah, tidak menepati perintah mau pun laranganNya namun tetap berasa selamba dan nyadin je! Membiarkan maksiat dan kemungkaran didepan mata bagai tak nampak langsung, mungkin buta. Suara2 sumbang yang mempertikaikan agama macam tak dengar atau barangkali pekak. Apabila diminta pandangan seperti takut2 malahan kadang2 jadi bisu! Ketahuilah bahawa “Ulamak sebenar adalah TIDAK subahat (sekongkol) dengan maksiat!!!”

Berikut beberapa perkara subahat yang sengaja didiamkan dan hanya dipandang sebelah mata (dajjal bermata satu?!) oleh mereka yang berkenaan. Diberi jawatan tinggi dengan gaji lumayan atas sijil dan ijazah dalam bidang keagamaan kononnya bagi menjaga agama ini tetapi lihatlah apa yang terjadi disebaliknya. Kemungkaran dan kekufuran berleluasa tanpa halangan dan pencegahan sewajarnya. Sesungguhnya perkara ini adalah teras yang membawa kepada kemunduran Islam didunia ini. Kepada Jabatan Agama Islam yang bertanggungjawab, sudah memadaikah segala usaha dan peranan dengan memberikan penerangan keterangan yang haq dan bathil kepada hal2 sedemikian sehingga tidak lagi akan dipersoaljawabkan oleh Allah SWT diakhirat kelak?

1 ) QS an Nur 24:31 “Katakanlah kepada orang2 beriman perempuan supaya mereka merendahkan pemandangannya dan menjaga kehormatannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa lahir daripadanya, dan hendaklah mereka tutup kudungnya kelehernya. Janganlah mereka perlihatkan perhiasan, kecuali kepada suaminya, bapanya, anaknya, anak suaminya, saudaranya, anak saudaranya yang lelaki, anak saudaranya yang perempuan, perempuan muslimat, hamba sahayanya, orang2 yang mengikutnya diantara lelaki, yang tiada berhajat (syahwat) kepada perempuan atau kanak2 yang belum ingin melihat aurat perempuan. Janganlah mereka berjalan sambil menggoncangkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (gelang kaki). Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah , hai orang2 yng beriman agar kamu mendapat kemenangan”

Ulasan Ringkas : Khusus memperkatakan tentang aurat wanita, namun kita sentuh tentang pakaian sahaja sudah cukup menampakkan kecelaruan. Kalaupun bertudung menutupi rambut namun sosok tubuh dinampakkan dengan baju, kain malah berseluar ketat. Sebenarnya dijadikan satu fesyen agar nampak cantik dan menggoda. Kononnya bertudung untuk menutup rambut tetapi terlonjak2 menari dan melalak2 menyanyi diatas pentas dan ditonton ribuan orang yang bukan mahram! Paling mendukacitakan disebut pula sebagai fesyen busana muslimah! Tang mana ntah yang dikatakan aurat wanita itu? Rambut? Suara? Sosok tubuh? Telanjang??? Tidak ditegur perkara ini seolah merestui malahan diberikan galakan dan sanjungan atas nama sosial dan hiburan. Langsung diberikan anugerah dan gelaran kononnya telah menaik tinggikan martabat negara dimata dunia. Sumber dan ikon liar dari luar turut dijemput dan ditatang penuh kasih saying atas nama hiburan. Tidakkah terfikir akibat2 buruk daripada hal2 sedemikian seperti bertambahnya masalah penagihan dadah dan pergaulan bebas.

2 ) “Hai orang2 beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung adalah (perbuatan) keji dari syaitan. Sebab itu hendaklah kamu jauhi, mudah2an kamu beroleh kemenangan” mafhum QS al Maaidah 5: 90.

Ulasan Ringkas : Hanya ulamak jahat (suu’) mengatakan arak itu tidak haram selagi tidak memabukkan!, judi dan bertenung pula sekadar sejenis sukan untuk kesihatan dan exercise minda! Kalau melibatkan ‘orang besar’ tidak mengapa, mungkin kerana dah tak tau nak buat apa bagi memenuhi masa kelapangan dan membelanjakan kemewahan. Gambar tuan2 kuda race segak didada akhbar. Diberikan kelulusan lesen beroperasi bagai menampakkan satu trend yang disebut ekslusif

3 ) QS al Baqarah 2:275 “Orang2 yang memakan riba, tiada berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang dibantingkan syaitan kerana gila. Demikian itu kerana mereka berkata; Jual beli itu hanya seperti riba. Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Maka siapa yang menerima pengajaran dari Tuhannya, lalu berhenti (melakukan riba) maka untuknya apa yang telah berlalu dan urusannya terserah kepada Allah. Barang siapa kembali (melakukan riba), mereka itulah penghuni neraka, serta kekal didalamnya”

Ulasan Ringkas : Mengapa masih mesti ada pilihan tanpa mewajibkan perintah Allah SWT? Berkira2 kepada keuntungan lumayan kononnya untuk kemantapan ekonomi dan pembangunan. Sistem yang ada tidak membantu golongan yang memerlukan bantuan sebaliknya tambah tertekan fikiran hingga timbul masalah lain yang lebih buruk, berhutang akhirnya muflis!.

4 ) QS al Ankabut 17:27 “Sesungguhnya orang2 yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu amat engkar akan Tuhannya”

Ulasan Ringkas : Peruntukan yang besar bagi menjayakan sesuatu program yang sebenarnya hanyalah indah khabar dari rupa. Pelancaran sesuatu program/projek itu menelan belanja yang banyak sebenarnya semata2 bertujuan mempromosikan orang2 tertentu supaya popular dan mendapat sanjungan masyarakat umum bagi mengekalkan kuasa. Akhirnya program dan projek menjadi gajah putih didepan mata tanpa mendatangkan hasil yang bermanfaat kepada rakyat jelata. Pembaziran bayak berlaku dan itulah kerja2 saudara kepada syaitan! Bukankah wang yang banyak itu sewajarnya digunakan untuk perkara kebajikan mau pun pelajaran. Golongan fakir miskin dan OKU sering menyuarakan komplen kerana terasa diabaikan. Alasan tidak cukup peruntukan selalu diberikan.

5 ) “Berpeganglah kamu sekalian kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah akan nikmat Allah (yang diberikanNya) kepada mu, ketika kamu telah bermusuh2an, lalu dipersatukanNya hati mu, dan adalah kamu diatas pinggir lubang neraka, lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat2Nya kepada mu, mudah2an kamu menerima petunjuk” QS ali Imran 3:103

Ulasan Ringkas : Suasana politik dan perebutan kuasa pemerintah hari ini, siapakah dan dimanakah golongan yang mengajak kepada bersatu? Hari ini yang ada ialah jatuh menjatuhkan, tuduh menuduh dan salah mempersalahkan. Kalau mengajak kepada bersatu hanyalah kepada undang2 dan perlembagaan ciptaan manusia! Manusia telah mengkufuri nikmat kurniaan Allah SWT dengan mendakwa lebih hebat dan sempurna. Sanggup melakukan apa sahaja cara bagi mencapai cita2 untuk berkuasa seterusnya membolot kemewahan dan glamour. Paling mendukacitakan diantara mereka itu adalah digelar ulamak dan tuan guru yang kononnya ahli dalam bidang agama! Perlanggaran etika keagamaan sesama mereka sangat ketara sehingga kadang2 memalukan. Penasihat agama kepada sultan dan memanda menteri menjadi syaitan bisu membiarkan perkara ini berpanjangan dan berlarutan untuk kesekian lamanya.

6 ) Perundangan dan hukuman tidak selari dengan perintah Allah. Masakan dapat dirasakan hikmah disebalik tuntutan Tuhan selagi tidak pernah dipraktikan dengan sepenuhnya. Malahan hukuman2 (hudud) Allah diperlecehkan, dianggap kuno dan zalim! Manakan mahu orang2 mencuri jika takut dipotong tangan. Tentulah perbuatan zina dan bersekedudukan dapat dibenteras jika sipelaku dihukum dengan undang2 Tuhan. Jikalah perkara2 yang disebut diatas dilarang dan dicegah diperingkat awal sudah tentu masalah lain tidak akan merebak seperti kanser yang merosakkan tubuh! Sesungguhnya Allah itu bersifat maha berkasih sayang, hikmah dan nikmat pasti ada disebalik perintah dan laranganNya. Inilah persoalan yang perlukan jawaban daripada mereka yang ahli dalam bidangnya dan kuasanya. Enekmen dan hukuman darinya yang disebut pula kononnya sebagai mahkamah syariah hari ini adalah dusta dengan ayat2 Tuhan! Perhatikan, jika berzina didenda R3000, minum arak RM1000, berjudi RM 1000 dan sebagainya dan ujud perbezaan diantara penguatkuasaan bagi lain2 tempat (negeri). Melihat kepada beberapa peristiwa, proses keadilan sebenarnya tidak ditegakkan dengan seadil2nya sehinggakan yang bersalah dibebaskan sebaliknya yang tidak bersalah dijatuhi hukuman. Takutkan boss lebih dari takutkan Allah dan lebih kasihkan kerabat dari kasihkan Allah maka dibiarkan kemungkaran berleluasa dihadapan mata!

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ للهِ شُهَدَآءَ بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَئَانُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ خَبِيرُُ بِمَا تَعْمَلُونَ

“Hai orang2 yang beriman, hendaklah kamu berdiri kerana Allah, menjadi saksi dengan keadilan. Janganlah kamu tertarik kerana kebencian mu kepada satu kaum, sehingga kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana keadilan itu lebih dekat kepada taqwa dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa2 yang kamu kerjakan” QS al Maaidah 5;8

KESIMPULAN KESELURUHAN

QS at Taubah 9:41 “Keluarlah kamu (kemedan pertempuran) dengan berjalan kaki atau berkenderaan dan berjuanglah dengan harta dan diri mu dijalan Allah. Demikian itu lebih baik bagi mu, jika kamu mengetahui” Sewajarnya yang ngaku ngaku ulama dan pengikutnya termasuk yang bertugas sebagai ‘penasihat2 agama kepada amirulmukminin dan mamak bendahara’ termasuk Jabatan2 Agama Islam Negeri dan mereka2 yang bijak pandai agama itu memberikan penjelasan dengan mempertahankan hukum dan perintah Allah seperti yang terdapat didalam al Quran . Inilah yang disebut jihad menegakkan syiar Islam, tanpa ragu dan takut untuk menyebutkan kebenaran! Janganlah golongan yang mahukan kepada Islam Hakiki yang berlandaskan al Quran dan Hadis walaupun tidak berilmu tinggi dengan sijil dan ijazah dari luar negeri dipandang begitu hina sehinggakan tidak langsung boleh membicarakan perihal agama walau pun sepatah ayat!

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَآأَنزَلَ اللهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلاً أُوْلاَئِكَ مَايَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلاَّ النَّارَ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

“Sesungguhnya orang2 yang menyembunyikan kitab yang diturunkan Allah dan mejualnya dengan wang yang sedikit, maka tiadalah yang mereka makan masuk perutnya melainkan api neraka dan Allah tiada bercakap2 dengan mereka pada hari kiamat dan tiada pula membersihkannya; untuk mereka itu siksa yang pedih” QS al Baqarah 2:174


Berikut mafhum QS al Maidah 5:51-56 untuk ditelaah dan jadikan renungan. Fikir2kanlah sedalam2nya


51. Hai orang2 yang beriman, janganlah kamu mengambil orang2 Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

52. Engkau lihat orang2 yang didalam hatinya ada penyakit (kurang iman) amat bersegera mengangkat mereka lalu katanya : kami takut kalau2 kami ditimpa bahaya. Mudah2an Allah mendatangkan kemenangan atau datang perintah dari sisiNya, lalu mereka menyesal atas apa2 yang mereka sembunyikan dalam hatinya

53. Dan orang2 yang beriman akan mengatakan: Inikah orang yang bersumpah sungguh2 dengan nama Allah, bahwasanya mereka benar2 beserta kamu? Rosak binasalah segala amal mereka, lalu mereka menjadi orang2 yang merugi.

54. Hai orang2 yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang2 kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.

55. Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, RasulNya, dan orang2 yang beriman, yang mendirikan sholat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah).

56. Dan barangsiapa mengambil Allah, rasulNya dan orang2 yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.

KETETAPAN :

Sesungguhnya tanpa sebarang keraguan, tertera dengan garapan dalil daripada kalamullah bahawasanya : Sesungguhnya pemimpin (wali) manusia itu adalah Allah SWT dan Rasul2Nya, serta orang2 yang beriman yang mendirikan sholat dan menunaikan zakat serta menundukkan diri taat dan patuh kepada Allah dengan mengamalkan dan mengimani al Quran nulKareem Kalamullah.

KHALIFAHhimpass amat berlapang dada membuat seruan dan memberikan peringatan dengat kebenaran ayat2 Tuhan.

وَبِالْحَقِّ أَنزَلْنَاهُ وَبِالْحَقِّ نَزَلَ وَمَآأَرْسَلْنَاكَ إِلاَّ مُبَشِّرًا وَنَذِيرًا

QS al Israak 17:105 “Dengan kebenaran Kami turunkan al Quran dan dengan kebenaran ia turun. Kami tiada mengutus engkau melainkan untuk memberi khabar gembira dan khabar takut”

Seseorang itu hanya akan dipertanggungjawabkan keatas perbuatannya sahaja, namun khabarkanlah berita gembira kepada yang mahu beriman dan satu peringatan kepada yang engkar. Kepada yang beriman perkukuhkanlah keimanan dengan ketaqwaan dengan sesungguh2nya. Kepada yang engkar sahutlah seruan kebenaran ini, kembalilah berada diatas landasan kebenaran al Quran kalamullah. KHALIFAHhimpass membuat seruan mengajak kepada penyatuan umat melalui kalam2 Allah SWT. Hanyalah penyatuan akan mempastikan tiada lagi perselisihan dan perbalahan.

قُلْ أَغَيْرَ اللهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ وَلاَتَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلاَّ عَلَيْهَا وَلاَتَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ثُمَّ إِلَى رَبِّكُم مَّرْجِعَكُمْ فَيُنَبِّئُكُم بِمَاكُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

QS al An’aam 6:164 “Katakanlah : Apakah patut kucari Tuhan selain daripada Allah? Pada hal Dia Tuhan dari tiap2 sesuatu. Tiadalah usaha masing2 orang melainkan atas dirinya. Tiada orang berdosa akan memikul dosa orang yang lain. Kemudian kepada Tuhan mu tempat kembali mu. Dia mengkhabarkan kepada mu apa2 yang kamu perselisihkan”

Dibawah kepimpinan yang didatangkan dengan kalam Tuhan akan membawa umat bertemu Allah, hanyalah dengan meniti kalamNya pasti kita bertemu dengan yang empunya kalam! Al Quran adalah petunjuk dan pengajaran dari Tuhan buat semesta alam. Sudah memadaikah dengan KUASA yang ada pada kamu sekarang ini bagi kerja2 atas nama syiar Islam; apa2 yang telah kamu perbuat selama ini adakah sebenarnya berada diatas landasan jalanNya; sudah pastikah penguatkuasaan perundangan dan hukum2 Tuhan dijalankan selama ini? Adakah pengesahan keimanan dan taqwa kepada Allah SWT bersama jawatan, gelaran, ilmu mu yang tinggi dan amalan ibadah mu yang banyak itu beserta dengan gaji lumayan yang diterima; apakah tanggungjawab dan amanah terhadap agama Allah sudahkah dilaksanakan dengan sebaik2nya?. Mengapakah tidak mahu berfikir? Janganlah terus2an berada didalam kebodohan yang sombong maka apabila dibacakan al Quran kepada mu hendaklah kamu diam, dengar dan dan patuh!

Kembali kepada mukadimah, pembuka bicara dari QS al Baqarah 2:1-5 diatas, ketahuilah dan ingatlah, tiada sebarang keraguan dengan al Quran sebagai petunjuk bagi orang2 yang beriman dan taqwa kepada Allah. Percaya kepada perkara ghaib yang diperkatakanNya, dirikanlah sholat serta infakkan sebahagian rezeki kurniaanNya. Beriman kepada kepada kitab2Nya dan hari akhirat . Sesungguhnya manusia itu akan sentiasa berada didalam rahmat, taufik dan hidayahNya maka pastilah beroleh kemenangan yang dijanjikan oleh Allah dicapai dengan cemerlang, gemilang dan terbilang dari dunia hingga diakhirat.

Maka sambut dan sahutlah seruan KHALIFAHhimpass!!!

فَذَكِّرْ إِنَّمَآأَنتَ مُذَكِّرُ ُ QS al Ghaasyiyah 88:21

“Maka berikanlah (mereka) peringatan, engkau hanya pemberi peringatan”

Segala puji2an hanya bagi Allah SWT, Tuhan seru sekalian alam. Shalawat dan salam kehadhirat Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda, kepada guru ku, dan kedua ibubapa ku, semoga bertambah2 jua kasih Allah kepada mereka sehingga aku kelimpahan syafa’at dan shawab didunia hingga akhirat. Amin, amin, amin ya muji basa ilin ya robbal a’lamin


Wassalam