IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Isnin, 22 Februari 2010

KEMBALILAH JIWA YANG TENANG......


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Musibah paling besar yang sedang dialami umat hari ini adalah penyakit jiwa yang mati (mati hati!) Setiap kali perkhabaran gembira dan peringatan yang terang dan nyata berupa ayat2 dan kalimat2 Tuhan yang dibacakan bersama keterangannya hanya bagai mencurah air diatas daun keladi, sedikit pun tidak memberikan kesan. Sesungguhnya mati jiwa inilah yang sangat dikhuatiri oleh Rasulullah SAW keatas umat manusia kerana matinya tiada dikapankan kain putih mahu pun batu nisan sebagai tanda. Paling mendukacitakan adalah yang terbanyak dari kalangan manusia yang seumpama adalah terdiri dari mereka2 yang dikurniakan akal fikiran yang waras dan pula sangat tinggi ilmu pengetahuan dan pengajiannya didalam bidang agama mahu pun dibidang lainnya.

Sesungguhnya yang hidup jiwanya itu sangat mudah baginya tersentuh (sensitif) dan akal fikirannya segera mendatangkan rasa keinsafan betapa kerdilnya diri sebagai hamba yang mentaati Tuhannya. Sabda Rasulullah SAW “Sesiapa yang digembirakan oleh kebaikannya dan disedihkan oleh kejahatannya, maka dia adalah seorang yang mukmin (riwayat Imam Ahmad, at Termizi dan al Hakim) Kegembiraan yang dimaksudkan Nabi adalah merupakan anugerah berupa rahmat, taufik dan hidayah dari Allah SWT dan bukanlah berupa ‘ujub atau ria’ yang mana itu adalah bersalahan kerana memandang kepada kekuatan dan keupayaan diri semata. Barang siapa yang hidup jiwanya, amal kebaikan merupakan tanda keredhaan Allah dan keredhaanNya membawa kepada kegembiraan, manakala berbuat kejahatan merupakan larangan dan tegahan Allah yang membawa kepada kemurkaanNya, maka sudah tentulah membawa kesedihan kepada pelaku.

“Katakanlah : Tiada sama yang keji dengan yang baik, meski pun kebanyakan yang keji itu menarik hati mu. Sebab itu takutlah kepada Allah, hai orang2 yang berakal, mudah2n kamu beroleh kemenangan (5:100) Orang2 yang mati jiwanya adalah lantaran kecintaannya kepada duniawi sehinggakan lalai untuk mengingati Allah SWT sehinggakan akal fikirannya terpesong dan anggotanya amat mudah melakukan kerja maksiat dan dosa. Sesungguhnya sikap kecintaan kepada dunia ini mengakibat seseorang itu menjadi tamak haloba kepada kemewahan, kikir dan bakhil harta benda, pangkat yang tinggi, suka kepada pujian serta ego, mahu lebih kuat dan seterusnya berkuasa keatas manusia2 lain. Setiap yang keji itu jadi sangat menarik hati untuk dilakukan. Bagi orang2 yang mati jiwanya itu yang hidup adalah hawa nafsu syahwatnya semata2 yang hanya memikirkan kelebihan2 kehidupan didunia sahaja. “Barang siapa menghendaki dunia, Kami segerakan baginya didunia apa2 yang Kami kehendaki untuk siapa yang Kami kehendaki. Kemudian Kami adakan untuknya neraka jahanam, ia masuk kedalamnya, sedang ia tercela dan terusir (17:18)


Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya jiwa itu akan berkarat seperti mana karatnya besi dan sesungguhnya iman itu akan lusuh seperti lusuhnya baju baru”. Hanya dengan banyak zikrullah (mengingati Allah) mengharapkan keredhaan Tuhan dapat menjadi ubat dan penawar kepada jiwa agar ianya kembali hidup dan bercahaya semula. Perlu dijelaskan bahawa zikrullah bukanlah semata2 langsung menyebut berulang2 nama Allah sebagai meratibkannya diatas sejadah. Tentunya sebelum itu semestinya dibacakan al Quran dan keterangan2nya dengan memahami dan mengimaninya kalam2 Tuhan tersebut, barulah gementar jiwanya menyebut nama Allah lantaran ketaqwaan kepadaNya. Akal fikiran lantas segera untuk tunduk dan taat patuh kepada Tuhan dan anggota akan melaksanakan amal makruf nahi mungkar berterusan. Maka hawa nafsu syahwat akan mengendur dan hanya akan melampias tertakluk kepada hukum2 Tuhan.
“Dengan Kitab itu Allah menunjuki orang yang mengharapkan keredhaanNya kepada jalan selamat dan mengeluarkan mereka dari gelap gelita kedalam terang benderang dengan izinNya serta menunjuki mereka kejalan yang lurus (5:16)

Sesungguhnya manusia ini hanya mempunyai satu jiwa, maka sekiranya dihadapkan kepada cahaya (al Quran) pastilah ianya bercahaya didalam cahaya yang terang benderang, namun sekiranya dihadapkan kepada kegelapan sudah tentulah jiwa itu didalam keadaan seperti semut hitam diatas batu hitam diwaktu malam! Jika jiwa mendahulukan makhluk dan dunia maka sudah tentulah akan membelakangkan Allah dan RasulNya. Sesungguhnya hawa nafsu syahwat hanyalah faktor kesampingan yang berada dibawah kawalan jiwa yang hidup dari petunjuk Allah SWT.

Namun mengapa kebanyakan manusia itu apabila ketika berada diwaktu sihat, kuat dan berada (kaya), maka jiwanya semakin mati yakni melupai Allah SWT manakala hawa nafsu syahwat menjadi hidup segar bugar dengan keadaan tersebut. Akal fikiran selalunya menjurus kepada mahu menikmati kehidupan ini sepuas2nya dengan bergembira dan berseronok2 walau pun dengan melakukan perkara terlarang oleh etika dan garis panduan dari Tuhan. Pepatah barat ‘badan sihat otak cergas’ sebenarnya adalah tidak tepat dimana apabila sihatlah manusia mula terfikirkan untuk berseronok2 berlebihan mengikut hawa nafsu syahwat, dan selalunya apabila badan sakit barulah manusia itu mengaduh dan selalu menyebut nama Tuhannya! Sebenarnya sewaktu menghadapi sakit inilah titik bermula paling baik untuk menghidupkan jiwa yang telah mati itu dengan menginsafi kesalahan dan dosa.

Bagi orang2 yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT, apabila berada waktu2 musibah atau sakit mahu pun kesempitan hidup maka sentiasa dia teringat kepada Tuhan serta memohon doa dan restu sambil bertawakkal agar segera berakhir musibah atau segera sembuh dari penyakit yang dihidapi. Manakala diwaktu sihat dan senang, orang2 yang beriman itu sentiasa berasa syukur dan tuntuk merendah diri kepada Allah SWT sambil berdoa akan sentiasa berada didalam perlindungan Tuhan. “Sesungguhnya orang2 yang beriman itu, ialah orang2 yang apabila disebut Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat2 Allah kepadanya bertambah imannya, sedang mereka itu bertawakkal kepada Tuhannya (8:2)

Sakit mahu pun bencana (musibah) yang didatangkan Tuhan sebenarnya adalah berupa teguran dari Allah kepada manusia yang selama ini leka dan lalai dari mengingatiNya. Inilah masa dan ketika yang disebut kesempatan atau peluang untukk segera meminta keampunan daripadaNya, menyesali akan kesalahan dan dosa terdahulu. Rentetan musibah sebenarnya hendaklah menjadi tazkirah (peringatan) bahawa bencana tersebut sepatutnya membuatkan diri semakin mampir mendekati Tuhan. Sesungguhnya Allah masih menempatkan kasih sayangNya kepada hamba2Nya yang mahu berfikir dan mengambil pelajaran. Kembalilah bertaubat untuk mentaati Allah dan Rasul dengan memahami dan mengimani ayat2Nya, Kitabullah al Quran nulKareem.
“Kembalilah (taubatlah) kepada Tuhan mu, dan patuhlah kepadaNya, sebelum tiba siksaan kepada mu, kemudian kamu tiada mendapat pertolongan (39:54)

Pun begitu bagi mereka2 yang masih terus leka dan lalai, sebenarnya jiwanya telah mati sepenuhnya sehingga tidak mahu menerima teguran dan petunjuk dari Tuhan. Manusia2 yang masih beranggapan bahawa mereka masih boleh menonggak langit ini dengan harta, kuasa dan ilmu yang tinggi pada mereka sebenarnya tertipu dan terpedaya dengan hawa nafsu syahwat semata. Akal fikiran sentiasa berdusta dan berbohong bagi mengekalkan apa yang mereka miliki buat selamanya. Sesungguhnya mereka terlupa sebenarnya mereka hanya menipu dan menzalimi diri sendiri, malahan Allah SWT menghendakinya sedemikian buat mereka. “Janganlah orang kafir itu mengira bahawa Kami memberi tangguh mereka, lebih baik bagi diri mereka. Hanya Kami memberi tangguh mereka supaya mereka menambah dosanya; dan untuk mereka itu siksaan yang menghinakan (3:178)

Wahai manusia keseluruhannya! disampaikan kepada mu perkhabaran gembira buat mereka yang beriman dan hanyalah satu peringatan kepada mereka2 yang engkar dengan mengkalamkan kalam2 Tuhan. “Hai nafsu (jiwa,hati) yang tenang (suci) (27) Kembalilah kamu kepada Tuhan mu, dengan (jiwa) redha dan diredhai Tuhan (28) Maka masuklah kamu dalam golongan hamba2 ku (29) Dan masuklah kamu kedalam syurga ku (30)
Jangan kamu akal2kan, usah duga2 semata mahu pun disangka2kan lagi bahawa yang dimaksudkan untuk mendapatkan ketenangan itu atau mendapat keredhaanNya dan kembali kepadaNya bagi memasuki syurgaNya ialah apabila diakhirat kelak, Terlebih dahululah sekarang ini kamu kembali kepadaNya dengan redha dan diredhaiNya bersatu bersama hamba2Nya yang hanya mengkalamkan kalam Tuhan (al Quran) kerana hanya kepadaNya kamu kembali. Berbuat sewaktu hidup mu maka berolehlah kamu diakhirat kelak! Sambutlah dan sahutlah seruan dan ajakkan kepada mentaati Allah dan RasulNya dengan ayat Allah yang dibacakan sebelum terlambat! Sekiranya kematian sudah menjemput dan ajal sudah tiba, maka segala penyesalan tiadalah beguna lagi.“Allah tiada akan memberikan tempoh kepada manusia, bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Amat Mengetahui apa2 yang kamu kerjakan (64:11)

“Innama analakum nadzirun mubiin – ana bagi kamu hanya pemberi peringatan yang nyata” Amin, amin, amin yu muji basa ilin, ya Robbal alamin. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan