IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Isnin, 25 Jun 2012

MUHAMMAD ROSULLULLAH



(Adakah manusia yang tidak beriman adanya Tuhan atau tidak beriman kepada Tuhan? Kalau pun ada, tulisan ini bukan khusus kepada golongan yang mengelirukan dan pendusta  tersebut)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

“Wahai orang orang yang beriman! … .”
Sesungguhnya Allah SWT tidak berburuk sangka kepada manusia. Allah SWT yang Maha Pencipta segala sesuatu termasuk menjadikan manusia itu. Allah hu taala menyerukan kepada manusia bahawa beriman kepada itu Tuhan hanyalah kepada Dia.  Tiada Tuhan selain Allah. Tiada sekutu bagiNYA.

Sememangnya manusia itu beriman adanya Tuhan dan beriman kepadaNYA. Beriman dengan kepelbagaian bentuk keimanan bagi melambangkan Tuhan itu Maha Hebat pada nama dan sifatNYA. Adalah fitrah manusia beriman bahawa Tuhan yang menciptakan segala sesuatu termasuk manusia itu sendiri. Para pendeta dan tuan guru mereka merekayasa keimanan dengan ilmu, aqal fikir dan rasa rasa. Melambangkan sesuatu sebagai Tuhan dan beramal sekadar ikut ikut. Manusia menduga duga mereka telah beriman kepada Tuhan dengan menyebut Allah.

Benar! Beriman kepada Tuhan hanya kepada Allah, namun bukan mengikut citarasa kesesuaian manusia. Ilmu, aqal fikir dan rasa rasa manusia itu sangat terbatas. Tidak sebijak mana. Manusia hanya makhluk ciptaan dan sang Pencipta Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.  Penjelasan bahawa tiada Tuhan selain Allah pasti melalui KalamNYA yang menyampai kepada kamu dan mendengarkan seterusnya memurnikan keimanan kepadaNYA. Allah SWT berKalam kepada manusia yang beriman agar beriman hanya kepadaNYA melalui petunjuk KalamNYA.

3:179 Allah sekali kali tidak akan membiarkan orang orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendakiNya di antara Rosul rosulNya. Karena itu berimanlah kepada Allah dan Rosul rosulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagi mu pahala yang besar

Sesungguhnya Allah hu taala tidak memperlihatkan yang ghaib dan ajaib apa lagi untuk manusia  nampak akan zatNYA. Tidak ada sedikit pengetahuan manusia itu tentang Allah. Manusia menganiaya dan menzalimi diri sendiri, sedangkan Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada hambaNYA dengan rahmah yang tidak putus sehingga akhirat. Hanya dengan rahmah Allah manusia hidup didunia didalam sejahtera dan kembali kepadaNYA diakhirat untuk kesejahteraan abadi disisi Tuhan. Allah sentiasa mendatangkan karunia kepada manusia diatas muka bumi ini agar manusia tidak berada didalam kesesatan yang nyata untuk kembali kepadaNYA.

3:164 Sungguh Allah telah memberi karunia kepada orang orang yang beriman ketika Allah mengutus diantara mereka seorang Rosul dari golongan mereka sendiri,  yang membacakan kepada mereka Ayat ayat Allah membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka al Kitab dan al Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata

Allah mendatangkan UtusanNYA seorang manusia dikalangan manusia itu sendiri. Seorang Utusan adalah karunia daripada Allah dengan membaca dan mengajarkan Kalam Tuhan kepada manusia. Kalamullah membersihkan jiwa manusia dengan memurnikan keimanan kepada Allah dari sikap munafik, syirik dan fasik.

Kebanyakan manusia mengaku beriman tetapi menjadi munafik, fasik dan syirik kepada Allah apabila didatangkan Utusan itu. Mereka sangat sombong menentukan ciri seseorang itu mengikut citarasanya dan menentang kepada Utusan yang tidak bersesuaian dengan kehendaknya. Hari ini manusia mengira kelayakan seseorang itu punya sijil dan ijazah lulusan timur tengah, tinggi ilmunya, petah berpidato dan hebat amal ghaib dan ajaibnya. Sesungguhnya Allah Maha berKehendak dan tidak tergagah kepada kemahuan manusia. Seorang Utusan yang didatangkan Allah tidak menzahirkan agama itu melalui sijil dan ijazah mau pun dengan amalan takjub yang hebat melainkan membawakan petunjuk Kalamullah kepada manusia untuk memenangkan agama itu. Walau pun yang didatangkan hanya seorang gembala kambing yang ummi. 

9:33 Dialah yang telah mengutus RosulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai

Allah SWT berKehendak mengutus Utusan kepada manusia, membawa KalamNYA sebagai petunjuk untuk memenangkan agama Islam diatas muka bumi ini. Sebaliknya manusia mengatakan tidak ada Utusan lagi. Oleh itu tidak menyampai kepada mereka Kalamullah kerana tidak ada Utusan lagi yang datang kepada mereka. Iman, Islam dan amal sekadar ikut ikut tanpa keterangan yang dari Allah. Tidak ada lagi wahyu Allah sampai kepada mereka, Nabi Muhammad SAW wafat 14++ tahun lampau tidak datang membacakan Kalamullah kepada mereka. al Quran bagi mereka hanyalah senaskah buku yang dibeli dari kedai dan memuliakan dengan meletakkanya diatas almari sekadar takut dilangkah dan tidak membukanya kerana ‘tiada air sembahyang’

39:71&71 Orang orang kafir dibawa keneraka jahanam berombong rombongan, sehinnga apabila mereka sampai keneraka itu, dibuka pintunya dan berkatalah penjaganya : “Apakah belum pernah datang Rosul diantara mu yang membacakan kepada mu Ayat ayat Tuhan mu dan memperingatkan mu akan pertemuan hari ini? Mereka menjawab “Benar! (telah datang) Tetapi telah pasti berlaku ketetapan azab terhadap orang orang yang kafir. Dikatakatan kepada mereka “Masukilah pintu pintu neraka jahanam itu, sedang kamu kekal didalamnya”  Maka neraka jahanam itu seburuk buruk tempat bagi orang orang yang meyombongkan diri

Benarlah tiada didatangkan Allah seorang Utusan yang membawakan wahyu bagi agama baru, kerana kesyumulan Islam sudah termaktub dengan KalamNYA. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana untuk menjaga agama dan memenangkan. Kepada manusia pastilah didatangkan manusia yang dari kalangan mereka pada ketika dan masa itu. Sebaliknya sangat ramai manusia dicampakkan kedalam neraka selepas kewafatan Muhammad bin Abdullah kerana bersangka tiada lagi Utusan datang kepadanya, sedangkan pasti ada datang yang menyampaikan Ayat ayat Allah. Sewaktu didunia ilmu, aqal fikir dan amalan menjadikan mereka sombong dengan kehebatannya, sedangkan sedikit pun tidak mereka berbuat mengikut kehendak Kalamullah. Apabila dibacakan Ayat ayat Allah mereka menolak, menentang malahan memerangi. Tidak mampu mereka mengatakan ‘TIDAK!’ dihadapan penjaga neraka jahanam! 

3:101 Bagaimanakah kamu sampai menjadi kafir, sedangkan Ayat ayat Allah dibacakan kepada mu dan Rosul rosulNYA pun berada ditengah tengah kamu? Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, sesungguhnya ia telah diberi petunjuk dijalan yang lurus

Sensitif bagi manusia bila disebut ada Utusan Allah selepas Nabi Muhammad SAW. Sedikit pun mereka tidak memahami Ayat ayat Allah. Paling hebat tentangan kepada yang mengatakan sehingga dituduh sesat dan murtad, padahal untuk kepada Allah pastilah terlebih dahulunya kepada UtusanlNYA. Kalamullah terlebih dahulu untuk diri sendiri dan adalah amanah besar Allah untuk disampaikan kepada manusia lainnya sebagai UtusanNYA. Sesungguhnya Muhammad bin Abdullah itu bapa Qossim serta suami kepada Sity Khodijah dan sudah diwafatkan Tuhan, namun jangan kamu kata mati Muhammad Rosulullah sedangkan dia hidup dan diberikan rezki oleh Allah. Tidak berhenti Allah itu berKalam dengan kewafatan Muhammad bin Abdullah, malahan seruan syiarNYA terus berkumandang keseluruh dunia hingga akhir zaman melalui Utusan UtusanNYA.  Allah tidak pernah menyalahi janji janjiNYA.

4:59 Hai orang orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rosul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rosul, jika kamu benar benar percaya kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya

Muhammad bin Abdullah menjadi pemimpin tidak kerana keturunan, bukan sebab ilmu dan amalnya tetapi hanya sebagai Utusan Allah (Muhammad Rosulullah) yang hanya membawa Kalamullah walau dihina, dicerca, dituduh gila dan sesat. Allah mewafatkan Muhammad bin Abdullah namun pasti mendatangkan Muhammad Utusan Allah sebagai pemimpin yang berKalamkan Kalamullah yang tidak sesekali mendahulukan ilmu dan aqal fikir sebagai ideologi kepimpinan, melainkan al Quran Kalamullah walau pun mungkin dia tidak diatas singgahsana pemerintahan. Ia layaknya manusia seperti kamu juga, makan, minum, duduk, berbaring, berkahwin, beranak dan berjalan dipasar pasar. Kepada kepimpinan Muhammad Rosulullah selayaknya manusia taat dan tunduk patuh, maka menyampai keimanan dan keIslaman itu kepada Allah melalui Utusan utusanNYA.

Utusan Allah didatangkan membawa Kalamullah. Ulil amri minkum-Pemimpin dikalangan kamu juga didatangkan Allah sebagai Utusan menyampaikan Kalamullah yakni khabar gembira dan peringatan kepada manusia. Demikian tali Allah dan berpegang teguhlah maka menyampai iman dan taqwa kepada Nabi Muhammad SAW dan menyampai pula kepada Allah.  Ulil amri minkum itu adalah Ulama’ Warissatul Anbi’ya-Ulama’ Pewaris Nabi seperti yang diSabdakan Nabi SAW.

23:34 Sesungguhnya jika kamu sekalian mentaati manusia yang seperti kamu, niscaya bila demikian, kamu benar-benar (menjadi) orang-orang yang merugi

Sesungguhnya  sulthon dan raja berada diatas takhta kerana keturunan, manakala Perdana Menteri @ Presiden sebagai pemimpin sebab undi terbanyak. Sesungguhnya pemimpin yang didatangkan oleh Allah bukanlah pemimpin yang dinaikkan oleh manusia apabila suka dan dijatuhkan pula ketika dibenci. Bukan juga ustaz yang menyampaikan ilmu pelajarannya dengan ijazah bagi menghuraikan Ayat ayat Allah. Tidak tuan guru yang mengajak masuk pertubuhan. Jauh sekali mereka yang kononnya pejawat penjaga agama kerana lantikan sijil tauliah Jika dari ilmunya yang berdasarkan sehelai kertas kelayakkan pastilah pelajaran dan aqal fikirnya yang diutamakan sehingga al Quran itu diambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang tidak bersesuaian dengan ilmu dan pendapatnya. Pastilah didahulukan keuntungan pribadinya untuk dipertahankan. Mereka tersebut sombong dan tak tau malu, manakala hamba rakyat sebenarnya didalam kerugian disepanjang ketaatan kepada mereka!

39:33 Dan orang yang membawa kebenaran dan yang membenarkan, mereka itulah orang orang yang bertaqwa

Allah SWT menepati janjiNYA untuk membersihkan keimanan dikalangan manusia supaya tidak mempersekutukanNYA. Allah mengajarkan ilmuNYA dengan KalamNYA melalui seorang UtusanNYA yang didatangkanNYA kepada manusia agar amal menepati keimanan kepada Tuhan. Demikian Allah mendatangkan karunia yakni rahmat dariNYA sebagai nikmat ketaqwaan pada manusia untuk kehidupan yang sejahtera didunia dan akhirat. Namun kebanyakan manusia itu mendustakan …,

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

Shodaqaullahhuazim. Wassalam

Khamis, 14 Jun 2012

BERIMAN KEPADA KITABULLAH-KALAMULLAH


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alif Lam Min. Kitab ini tidak ada keraguan padanya,
petunjuk bagi mereka yang bertaqwa’

Didalam terjemahan dan tafsir disebut (dalam kurungan), ‘Kitab’ itu adalah al Quran nulKareem. Sebenarnya tidaklah Nabi Muhammad SAW menerima senaskah ‘buku’ dari Jibril AS seumpamanya telah membawa dari Allah SWT juga sebegitu. Sesekali Baginda tidak mengunjukkan dua naskah; satu al Quran dan 1 lagi al Sunnah sewaktu Khutbah Terakhirnya. Mana mungkin pula Nabi SAW menyampaikan senaskah tiap satu Kitab tersebut kepada ummatnya waktu itu!

‘Aku tinggalkan dua perkara. Kamu tidak akan sesat selagi berpegang teguh kepada keduanya, iaitu al Quran dan al Sunnah’

Sesungguhnya manusia itu mengetahui tidaklah seumpama itu kisah, namun seolah begitulah kebanyakan manusia menganggapkannya walau tidak mengatakan seperti yang sedemikian. al Quran nulKareem yang dibeli ditoko buku sangat dimuliakan dan diletakkan ditempat tinggi diatas almari. Petikan Ayat ayatnya ditulis bergulung gulung atas nama seni khat untuk digantung didinding rumah atau pejabat sebagai perhiasan, selainnnya untuk menghalang syaitan daripada masuk dan selebihnya supaya malaikat rahmah yang pula bertandang datang. Paling penting apabila mempunyai naskah al Quran melambangkan orang yang memilikinya adalah beriman dan Islam!

al Quran sebagai naskah bermula dizaman Khalifah Usman. Kitab al Quran itu adalah Ayat ayat Allah yang Maha Benar. Shodaqollahhul’azim. Perlambangan manusia tentang al Quran itu salah dan menyimpang jauh sebab diturunkan. Sesungguhnya al Quran Kalamullah itu adalah petunjuk jalan yang lurus. Khabar gembira untuk orang yang beriman dan peringatan takut kepada yang engkar.

17:9 Sesungguhnya al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar

Disebutkan bahawa beriman kepada Kitabullah adalah ke4 dari Rukun Iman 6 perkara. Bukan mahu mempertikaikan kedudukkan nombornya, namun sangat jelas bahawa tanpa Kitabbullah-Kalamullah, manusia tiada sedikit pengetahuan berkenaan rukun yang selainnya itu. Manusia tiada ilmu apa lagi untuk beriman kepada Allah SWT, Malaikat, Rosul, hari akhirat serta  qhda dan qhdr Tuhan melainkan dengan Kitabullah-Kalamullah. Kalamullah sebagai petunjuk yang lurus bagi benarnya keimanan seterusnya ketaqwaan terhadap Allah SWT. Sesungguhnya manusia itu akan kembali kepada Allah SWT, maka tentulah petunjuk jalan yang dariNYA akan membawa kepadaNYA. 

Bukan mempersoalkan samada sudah beriman kepada Kitabullah-Kalamullah, sebaliknya bagaimanakah untuk beriman bagi merangkumi yang dikatakan 6 Rukun itu? Tidak sekadar perkiraan tetapi tersangat penting menjawabnya lantaran ianya menyangkut kepada 5 Rukun Islam. Sesungguhnya bukan ilmu dan amal menyampai kepada Allah SWT melainkan ketaqwaan kepadaNYA! Terjawab akan persoalan bahawa adalah sia sia ilmu dan amal tanpa petunjuk yang lurus iaitu Kalamullah.

1:6&7 Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

Tuhan tidak menzalimi manusia itu melainkan merekalah yang menganiayai diri sendiri. Sesungguhnya jalan lurus terbentang dihadapan! Doa dan permohonan manusia sentiasa didalam sholatnya dimakbulkan oleh Allah SWT, sebaliknya mereka tidak mengerti dengan permintaannya, seperti burung kakaktua yang hanya pandai mengucapkan ‘selamat pagi’ walaupun diketika malam. Burung biul tetapi sangat mahal, kononnya bijak berkata kata, maka samalah seperti seorang manusia beranggapan sudah berbuat amal dengan berharap kepada pahala dan syurga dari Tuhannya!

Mustahil bagi Allah SWT menunjukkan wajah mau pun suara KalamNYA. Allah SWT bersifat Maha Kasih dan Maha Sayang memperkenankan doa hambanya dengan sentiasa mendatangkan orang orang yang diberikan nikmatNYA bukan mereka yang dimurkaiNYA dan yang disesatkan. Sedari awal diperjelaskan bahawa Kalamullah itu adalah petunjuk jalan yang lurus lagi banar, maka demikian itulah nikmat bagi orang yang berada dijalan tersebut. Tidak mereka didalam kesesatan dan jauh daripada kemurkaan Allah SWT. Sesungguhnya orang yang didatangkan diatas permintaan manusia itu menyerukan Kalamullah mengajak kamu agar ikut berada didatas nikmat tersebut. 
                   
19:58. Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang orang yang Kami angkat bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil, dan dari orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan Ayat ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis

Sewajarnya sekalian manusia itu menyahut salam dari yang didatangkan oleh Allah SWT tersebut. Sesungguhnya salam yang dari Tuhan mu, Allah SWT yang berKalam. ‘Salamun qaulam mirrob birrohim - Salam dari Tuhan yang yang Penyayang’ Sahut dan jawab tanpa keraguan dan tidak ada rasa sangsi. Kelihatan kebanyakan manusia bersikap dingin, malahan bersikap menolak dan menentang, sedangkan yang dibacakan kepada mereka adalah Kalam kalam Tuhan. Jangan kamu tunggu Tuhan yang Laisa, yang tidak seumpama sesuatu berkalam sama kamu. Tidak usah menunggu senaskah buku yang ada pada kamu dengan sendirinya berKalam dengan kamu. Pasti didatangkan seorang dari kalangan kamu membaca dan menyampaikan Kalamullah kepada kamu dengan nyata dan terangnya. Sambutlah tangannya, berbai’ah mengambil Aku Janji Persaksian bahawa Tiada Tuhan Selain Allah dan Muhammad Pesuruh Allah.

48:10 Bahawasanya, orang orang yang berbai’ah kepada kamu sesungguhnya berbai’ah kepada Allah. Tangan Allah diatas tangan mereka, maka barang siapa melanggar janjinya, nescaya akibat dia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barang siapa yang menepati janjinya kepada Allah, maka Allah akan memberinya pahala yang besar

Sesungguhnya untuk menyampai kepada Allah SWT sebagai tempat kembali, maka didatangkan yang dari kalangan manusia pada ketika dan saat itu juga menyerukan salam dan menghulurkan tangan. Pastilah yang datang itu mengikuti orang yang terdahulu telah didatangkan Allah SWT dan berpegang teguh kepada Kalamullah yang disampaikan. Menyampai tali Allah SWT (agama) itu dari dahulunya kepada yang akan datang dengan yang sekarang. Dahulu sedemikian, akan datang juga sedemikian; sekarang sedang sedemikian juga. Tiada yang baru apa lagi mengada ngadakan yang lain selain dari agama dari disisi Allah SWT. ‘Innadinaindallahilislam – Agama disisi Allah ialah Islam’ Islam dari sisi Allah SWT itu hanyalah dengan KalamNYA semata dengan melalui anak manusia yang didatangkaNYA membaca dan meyampaikan.

7:63 Apakah kamu (tidak percaya) dan hairan bahawa datang kepada kamu peringatan dari Tuhan mu dengan perantaraan seorang lelaki dari golongan mu agar dia memberi peringatan kepada mu dan mudah mudahan kamu bertaqwa dan supaya kamu mendapat rahmat

68:15 Apabila dibacakan kepadanya Ayat ayat Kami, dia berkata: (Ini adalah) dongeng orang orang dahulu kala

Tiada peringatan daripada Tuhan selain dari KalamNYA. Sesungguhnya kebayakan manusia tidak percaya  Allah SWT sentiasa mendatangkan seorang pemberi peringatan KalamNYA, malahan menolak dan menentang. Mereka menuduh gila, sesat dan murtad. Mereka mengatakan al Quran-Kitabullah-Kalamullah hanyalah cerita cerita  dahulu! Dahulunya Allah SWT berKalam dan sekarang sedang diam. Tidak ada lagi Pesuruh Allah SWT yang didatangkan. Tiada lagi Wahyu dan Jibril AS sudah pencen. Jika Ketua Malaikat sedang pencen, tentulah malaikat yang lain itu juga sudah tidak bekerja lagi, maka Malaikat pembawa rahmah, pencatat dan lainnya sudah tidak berbuat apa apa lagi. Bagaiamana simalaikat maut dan sipeniup sangkala??? Demikian manusia menjadikan al Quran itu senaskah buku, kalau pun membacanya hanyalah sebagai syair penglipur lara dan perujian (musabaqah) kemerduan suara bak buluh perindu dan diberi hadiah lumayan.

15:90&91 Sebagaimana Kami telah menurunkan (azab) kepada orang orang yang membahagi bahagikan (Kitabullah). (Iaitu) orang orang yang telah menjadikan al Quran itu terbagi bagi

Golongan yang dikatakan cendiakawan dan intelektual Islam yang punya sijil, ijazah dan tauliah sebagai pejaga agama yang dilantik berbicara dan melaksanakan al Quran itu menjadi terbahagi bahagi . Pelbagai ide dan pendapat dari kelompok ilmuan tidak sehala dengan Kalamullah yang sepatutnya satu persamaan dan bukan perbezaan.  Agama itu menjadi berhala hala (bukan patung!) dipelbagai sudut kehidupan untuk menemui Tuhan, sedangkan Kalamullah satu hala petunjuk jalan kembali kepadaNYA.

al Quran itu memperjelaskan segala seuatu! Allah SWT yang mengajarkan dengan penjelasan yang dariNYA. Sesungguhnya Kalamullah sebagai khabar gembira kepada yang beriman dan peringatan takut kepada yang ingkar. Dikalangan manusia didatangkan Allah SWT pembawa khabar gembira dan peringatan takut. Tidak ada keraguan dan kekhuatiran untuk menyampaikan seruan Tuhan seperi yang terdahulu itu. Tiada penambahan atau pengurangan dari ilmu dan aqalnya terhadap Ayat ayat Alllah SWT. Kepada yang mahu beriman beroleh petunjuk jalan yang lurus untuk kembali kepadaNYA, kepada yang menolak dan menentang adalah didalam kesesatan yang membawa kepada azab siksa dari Allah SWT.

Kepada manusia keseluruhan, hanya seruan Kalamullah yang disampaikan!

10:108  Katakanlah : Hai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada mu kebenaran (al Quran) dari Tuhan mu, sebab itu barang siapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya untuk kebaikan dirinya sendir. Dan barang siapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatan itu mencelakakan dirinya sendiri. Dan aku bukanlah seorang penjaga terhadap diri mu

Sabda Baginda Nabi Muhammad SAW : Barang siapa yang menyambut salam daripada orang yang pernah menyambut salam daripada ku, sesungguhnya mereka menyambut salam daripada ku, mereka yang menyambut salam daripada ku sesungguhnya mereka telah menyambut ucapan salam daripada Allah

Mengapa manusia masih beriman kepada al Quran yang diatas meja, sedangkan yang disampaikan kepadanya kitabullah-Kalamullah ...?

Wassalam