IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Isnin, 30 Julai 2012

RAMADHAN : REALISASINYA ALQURAN


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


(Nota sempena Ramadhan 1433H. Ditulis setelah seminggu berpuasa, barangkali boleh ‘menengok’ kualitas Ramadhan tahun ini!)


Ramadhan dan kewajiban untuk berpuasa telah datang lagi! Puasa itu sangat hebat kepada semua. Seperti ditahun terdahulunya, disebutkan sebagai PESTA TERHEBAT. Kehebatannya jelas kelihatan pada persediaan mereka untuk berbuka sejak pada hari pertama berpuasa. Kehebatan itu menyambung pula dengan persediaan sambutan Hari Raya Idul Fitri dan sambutan sebulan penuh Syawal. Mereka seolah merasakan Allah SWT membebankan dengan lapar dan dahaga, maka dengan itu seharusnya mereka berpesta besar menyambutnya. Sedangkan sedikit pun tiada pengetahuan terhadap perintah Allah SWT untuk berpuasa itu, melainkan untuk membalas dendam kerana tidak makan dan minum disiang hari selama sebulan.


(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur


Sebenarnya Ramadhan itu yang terutamanya adalah permulaan turunnya al Quran nulKareem, Kalamullah. Allah SWT memerintahkan terlebih dahulunya manusia itu menerima dengan tunduk patuh kepada KalamNYA sebagai petunjuk jalan yang lurus lagi benar. Kitabullah-Kalamullah itu sebagai pembimbing hawa nafsu yang serakah, mengawal aqal fikir yang melampaui batas dan sebagai pembeda antara haq dengan bathil. al Quran adalah perlembagaan kehidupan sebagai pengekang kejahatan dan kemungkaran. Ianya mengandungi perintah suruhan termasuk berpuasa dan perintah larangan yang lainnya. Puasa itu realistiknya al Quran! Akan beroleh pelajaran dan pengajaran daripada Allah hu taala Tuhan Maha Pencipta kepada mereka yang bersyukur kerana dicptakan.

Hai orang orang yang beriman! Diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagai mana diwajibkan keatas orang orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa

Sebenarnya Allah SWT memerintahkan berpuasa itu hanya kepada orang orang yang beriman, baik kepada orang yang terdahulu, yang sekarang mau pun yang akan datang. Nabi Muhammad SAW berpuasa seperti orang terdahulu melalui pengajaran dan penjelasan Kalamullah, maka yang sedemikian itulah yang diajak baginda kepada ummat dengan suri teladan darinya mencontohi orang terdahulu yang beriman kepada Allah. Terlebih dahulu manusia itu beriman kepada Allah SWT dengan KalamNYA yang mensucikan melalui UtusanNYA yang mengajarkan keterangan Kitabullah.


Berpuasa orang sekarang sebagaimana orang terdahulu itu berpuasa? Orang dahulu tidak dibulan Ramadhan sudah bagaikan berpuasa sepanjang tahun. Bukan ketiadaan makanan tetapi bukan hidup ini untuk makan, melainkan makan sekadar untuk beribadah kepada Allah SWT. Sewajarnya puasa itu selari dengan Kehendak Allah SWT melalui turunnya al Quran nulKareem tersebut sebagai perlembagaan. Jelasnya kehidupan dilandasan Kalamullah samalah manusia itu berada didalam Ramadhan sepanjang tahun! Tiada bulan selain Ramadhan, kerana sentiasa mengikut ketetapan dan ketentuan Allah hu taala melalui al Quran, Kalamullah yang dibawakan oleh UtusanNYA.


Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata


Sesungguhnya manusia itu fitrahnya adalah bersih dan suci, namun bernoda dan berdosa kerana tertipu dengan kehidupan didunia. Al Quran itu diturunkan sebagai petunjuk yang lurus melalui UtusanNYA supaya manusia itu kembali kepada keadaan fitrahnya yang terbaik suatu ketika dahulu. Turunnya al Quran dengan didatangkan seorang Utusan membawanya sebagai perlembagaan dan dibulan Ramadhan diwajibkan berpuasa sebagai implimentasi ketetapan Allah SWT yang tersebu keatas manusia. Benar! Bila mana Nabi SAW bersabdakan bahawa puasa itu adalah sekolah kepada manusia. Perhubungan diantaranya sangat jelas agar manusia itu beroleh keberkatan dan rahmah yang besar daripada Allah SWT. Tidak menyampai amalan berpuasa seorang manusia itu kepada Tuhannya melainkan berlapar dahaga semata tanpa terlebih dahulunya meyakini sedemikian aturan urusan Allah hu taala kepada manusia. 
 

Haa miim. Demi Kitab (Al Quran) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul. Sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Tuhan Yang memelihara langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, jika kamu adalah orang yang meyakini


Bukan menahan lapar dan dahaga untuk mendapatkan fadhilat dan kelebihan yang digambarkan dengan balasan pahala berlipat ganda dan syurga Allah SWT diakhirat kelak. Kebayakan manusia yang berpuasa sebenarnya mengikut hawa nafsu dan citarasanya sendiri. Belum pun habis sehari berpuasa sudah menggambarkan keenakan juadah berbuka dengan persediaan yang berlebihan. Sementelahan lagi mereka sangat fokus kepada merayakan Idul Fitri dengan kegembiraan dan hiburan tanpa batasan. Jelasnya mereka tidak kembali kepada fitrah kemanusia yang sepatutnya, malahan menjadi lebih teruk dan parah sehinggakan tidak terbendung lagi. Kelihatan manusia berpesta berhabis habisan sehingga menjadi saudara kepada syaitan yang mencintai pembaziran.


Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus. Dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak). Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Supaya Dia memasukkan orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan supaya Dia menutupi kesalahan-kesalahan mereka. Dan yang demikian itu adalah keberuntungan yang besar di sisi Allah 

Allah hu taala menjanjikan kemenangan dan keberuntungan yang besar kepada barang siapa yang berada diatas jalan Kalamullah yang lurus. Sesungguhnya Allah hu taala tidak akan menyalahi janjiNYA. Kejayaan manusia yang sentiasa berada didalam keadaan fitrah terbaik asal kejadiannya berhak merayakan Idul Fitri. Fitrah yang suci bersih itu berkekalan disepanjang kehidupan didunia. Hamba hamba Allah SWT yang berada dibawah petunjuk al Quran Kalamullah sentiasa berada didalam kemenangan dan keberuntungan. Kekangan hawa nafsu, selera dan citarasa manusia melalui al Quran itu diterjemahkan dengan berpuasa dibulan Ramadhan dengan diraikan kemenangan itu di Idul Fitri. Unjuran turunnya ketetapan perintah dan larangan Allah SWT melalui al Quran Kalamullah mampu terlaksana sebagai suatu yang mengngembirakan dan bukan sebagai suatu bebanan yang menyulitkan urusan kehidupan.

Sesungguhnya al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar

Sesungguhnya puasa itu implimentasi Kitablullah al Quran nulKareem, Kalamullah. Realisasi suruhan perintah dan larangan Allah SWT melalui Kalamullah itu berada didalam berpuasa dibulan Ramadhan. Kualitas puasa itu kepada diri sendiri dengan sejauh mana Kitabullah al Quran nulKareem, Kalamullah diimani dan diamalkan. Puasa itu bukan dengan lapar dahaga, mengketedarah sewaktu berbuka dan kemaruk pula nak beraya sakan Syawal sebulan. Sungguhlah mereka tanpa malu claim fhadilat pahala dan syurga Allah hu taala hanya kerana sholat tarawikh 21 rakaat serta bertadarus setiap malam sehingga khatam Quran 30 juz. Sewajarnya kepada manusia itu sepanjang usia diatas landasan perlembagaan al Quran bagaikan setiap bulan berpuasa; seolah sepanjang tahun dibulan Ramadhan!!!

Sekian, Wassalam

Rabu, 11 Julai 2012

CIKGU OH! CIKGU



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


2:208 Wahai orang orang yang beriman! Masuklah kedalam Islam Kaffah (keseluruhan)
Jangan di ikuti langkah langkah syaitan, sesungguhnya ia adalah musuh kamu yang nyata

Sebulan yang lepas aku minum teh tarik dengan seorang kenalan, bekas cikgu. Bukan cikgu lama aku, tetapi dia besara awal kira kira 10 tahun dulu. Alasan berhenti, tidaklah diketahui. Semua kenalan tetap memanggilnya cikgu. Beliau bekas AJK UMNO Bahagian penggal yang terdahulu. Gagal pertahankan jawatan. Kalah bertanding. Sembangnya bernada lain, semacam sudah membenci UMNO. Banyak sekali keburukan parti dan salah laku ahli disebutkannya, lebih lebih lagi yang sedang memegang jawatan diperingkat bahagian. Semua nama yang disebutnya aku kenal, termasuk Presiden dan Timbalan Presiden!

Minggu lalu aku terbaca disurat khabar cikgu masuk PAS. Ada gambar menyerahkan borang keahlian kepada pemimpin tinggi parti. Katanya : Masuk PAS kerana Islam! Aku tidak terkejut kerana sudah dibayangkan beliau akan bertukar haluan sewaktu minum bersamanya dulu. Sedikit rasa kesal dihati, maka aku mengkisahkan melalui tulisan yang juga akan aku berikan kepadanya, mudah mudahan dia mengerti akan maksud. Terpulanglah kepadanya mengambil pelajaran dan pengajaran, lagi pun bekas seorang guru, sepatutnya beliau mudah mengerti. Sekiranya dia membalas pasti akan ku mohon Khalifahhimpass menyiarkan. Tunggu saja.

Cikgu,
Allah SWT berKalam melalui QS 2:208, mendahulukan Firmanya dengan “Yaaiyuhallazinaamanu - Wahai orang orang yang beriman!”; bahawa orang yang beriman itu diseru masuk kedalam Islam Kaffah (keseluruhan). Allah hu taala berbaik sangka kepada hambanya dan seruanNYA bukan kepada orang orang kafir. Sesungguhnya kebanyakan manusia itu percaya adanya Tuhan dan mereka beriman kepadaNYA. Sesungguhnya “Laailahaillallah - Tiada Tuhan selain Allah”, maka hanya kepada Allah SWT manusia itu beriman dan berTuhan. Allah SWT hanya meredhoi Islam itu sebagai agama yang haq bagi manusia. “Innadinaindallahilislam - Agama disisi Allah adalah Islam”, maka dengan itu Allah hu taala menyeru manusia untuk masuk kedalam Islam.

Sesungguhnya Ayat diatas, Allah SWT menyeru manusia untuk masuk kedalam Islam kerana tiada siapa diatas muka bumi otomatik Islam. Tidak siapa otomatik Islam sejak lahirnya. Manusia itu sama dimana sahaja, walau berbagai bangsa dan bahasa. Tidak otomatik seseorang itu Islam kerana lahir sebagai Melayu atau Arab, begitu juga sebaliknya tidak kafir mereka yang lahir dari perut India, Cina atau orang putih mau pun hitam! Sedang Allah bersangka baik kepada manusia, sebaliknya  manusia menuduh kafir sesama mereka. Sesungguhnya untuk menjadi Islam itu, Allah hu taala menyerukan manusia itu masuk kedalam Islam terlebih dahulu.

7:172 Dan ketika Tuhan mu mengeluarkan keturunan anak anak Adam dari tulang shulbi mereka dan Allah mengambil persaksian terhadap jiwa mereka : ‘Bukankah Aku ini Tuhan mu?’ Mereka menjawab : Benar! kami menjadi saksi. (Persaksian ini) agar dihari kiamat kelak kamu tidak mengatakan : Sesungguhnya kami adalah orang orang yang lengah terhadapnya (persaksian ini)

Benar!, Ketika dialam roh semuanya sudah membuat persaksian dengan Allah hu taala, tetapi apabila dilahirkan kedunia manusia itu menjadi lengah, lalai, dan lupa kepada perjanjiannya dengan Tuhan.  Aku Janji Persaksian dialam roh sudah termansuh. Batal! Tidak sesekali Allah SWT itu zalim kepada anak Ramasamy atau anak Ah Chong atau David sebagai kafir, manakala bayi yang lahir dari perut orang Melayu atau Arab otomatis sebagai Islam; sedangkan semuanya adalah anak-cucu-cicit Adam! Sesungguhnya untuk kepada Islam semestinyalah ‘masuk melalui pintu pintunya’ dan pastilah melalui pintunya yang pertama. Rukun Islam itu 5 Perkara, bila mana seseorang itu sudah beraqal waras dan baligh, yakni sampai keterangan Kalamullah kepadanya maka terlebih dahulunya mengambil Aku Janji Persaksian secara sukarela mau pun terpaksa, iaitu mengucap Dua Kalimah Syahadah. Islam itu bukan diwarisi kerana baka keturunan, melainkan diwariskan kepadanya dengan bersyahadah serta syarat sah rukunnya Qauli, Qolbi, dan Fiqli serentak. Lafazkan dimulut, ikralkan dilidah dan lakukan dengan perbuatan anggota.

3:138 Quran ini adalah keterangan untuk manusia, jadi pentunjuk dan pengajaran bagi orang orang yang bertaqwa

Cikgu,
Beriman, Islam dan bertaqwa kepada Allah SWT bukan ketentuannya oleh manusia itu secara suka duga duga citarasanya, apa lagi masuk PAS!. Manusia adalah hamba ciptaan Tuhan dan kepadaNYA tempat kembali. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hambaNYA dengan menurunkan al Quran nulKareem kepada manusia sebagai petunjuk jalan yang lurus lagi benar untuk menemuiNYA. Hendaklah manusia itu menjadikan Al Quran sebagai perlembagaan kehidupan diatas muka bumi ini supaya tidak tersesat jalan untuk berpulang. Hanya melalui KalamNYA untuk bertemu dengan yang Empunya Kalam. Berpegang teguh kepada Kalamullah dan Sunnah Rosulullah suri teladan baginya, maka benarlah ketaqwaan seseorang itu terhadap Allah SWT, sohih iman dan Islam sebagai agamanya.


4:59 Hai orang orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rosul, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah dan Rosul, jika kamu benar benar percaya kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya

Jelasnya, untuk manusia kembali kepada Allah SWT, terlebih dahulu kepada kepimpinan Rosulullah yang membaca dan menyampaikan Kalamullah hendaklah tunduk dan patuh. Bukan kerana ilmunya yang tinggi ketika dipelajarinya disekolah untuk disampaikan. Bukan kerana sijil dan ijazah pengajiannya diuniversiti yang berjela menjadi tiket membicarakan hal agama. Tidak dengan sehelai kertas tauliah dia boleh bercakap tentang Tuhan. Rosulullah tiada kepentingan peribadi atau suatu keadaan tertentu dengan mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian Kalamullah untuk diserukan. Tidak atas sebab rasa rasa dengan menduga kesesuaian terlebih dahulu Kalamullah itu dibacakan kepada manusia. Bukan kerana upah atau gaji dia sebagai juru bicara agama. Keputusan tentang sesuatu perkara tidak dengan timbagan ilmu dan aqal fikirnya, melainkan yang sudah diputuskan oleh Allah SWT melalui KalamNYA yang disampaikan oleh Rosulullah.

17:9 Sesungguhnya al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar

Kepimpinan Rosulullah sentiasa membenarkan setiap Kalamullah, Ayat ayat Allah sebagai amanah dan tanggungjawab untuk disampaikan kepada keseluruhan manusia. Kebijaksanaan pada Rosulullah itu tanpa mendahulukan ilmu dan aqal fikirnya didalam urusan agama, sementelah pula tidak tau baca tulis. Rosulullah tidak ada keraguan dan kekhuatiran baginya untuk berKalamkan Kalam Tuhan walau dimana atau dihadapan siapa sahaja mau dibicarakan. Kalamullah sebagai khabar gembira kepada yang beriman dan peringatan takut kepada yang ingkar. Dia tidak meminta upah dari manusia untuk hidup mewah, sedangkan mungkin hanya seorang gembala kambing!

4:40 Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir. Kerana itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas dari suatu kota ke kota yang lain memperdayakan kamu

Sesungguhnya, manusia itu menjadi kafir terhadap Allah SWT hanyalah kerana menolak dan menentang kepada al Quran Kalamullah. Allah hu taala memberi amaran agar jangan ikuti langkah syaitan yang menjadikan iblis  sebagai pemimpinnnya. Azazil nama pada awalnya adalah ketua para Malaikat yang pastinya sentiasa bertasbih memuji dan mensucikan Tuhan menjadi kafir dan dilaknati Tuhan didunia hingga akhirat hanyasanya kerana ingkar akan Kalamullah dan panggil Tuhan sebagai iblis laknatullah.

Amaran Allah SWT sangat keras suapaya jangan ikuti langkah iblisyaitan, sesungguhnya mereka adalah musuh yang nyata. Iblisyaitan itu makhluk Tuhan yang ghaib. Allah SWT mau pun Rosulullah tidak menggambarkan rupa bentuknya, tetapi sikap dan karektornya disebutkan sebagai pembangkang Kalamullah yang akhirnya menolak dan menentang dengan sombong. Barangsiapa diantara manusia itu memakai sikap sedemikian, maka nampak dipandangan dan boleh didengar suara iblisyaitan dengan nyatanya. Mereka menjadikan iblisyaitan itu nyata. Mereka adalah manusia syaitan. Sesungguhnya mereka musuh yang sangat berbahaya. Bukanlah iblisyaitan yang dipohon pohon besar, yang tinggal dirumah rumah kosong atau yang dibusut jantan menghalang manusia kepada al Quran Kalamullah sebagai petunjuk yang lurus lagi benar, melainkan manusia syaitan tersebut.

2:30 Ingatlah ketika Tuhan mu berfirman kepada para malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang Khalifah dimuka bumi. Mereka berkata : Mengapa Kamu hendak menjadikan dimuka bumi itu orang yang membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang engkau tidak ketahui

Dari awalnya blis itu sudah membangkang Kalamullah, apabila Allah SWT mahu menjadikan manusia sebagai Khalifah dimuka bumi dengan pendapatnya bahawa manusia akan membuat kerosakan dan pertumpahan darah, sedangkan Allah hu taala Maha Mengetahui segala sesuatu. Sesungguhnya Allah SWT yang mengajarkan ilmuNYA supaya mendapat pengetahuan hambaNYA melalui Kalam kalamNYA. Sedangkan sebelumnya mereka tidak mengetahui sesuatu termasuk tentang Tuhannya. Sekadar mengada adakan iman didalam dada dan merasakan sudah  bertakwa kepada Allah dengan ilmu dan amal, sudahlah bongkak malah bodoh sombong! 

Manusia yang seperti iblis juga sedemikian. Ilmu adalah kesombongan dan amalan kepura puraan! Apabila dibacakan Kalamullah mereka menolak malah menentang bukan sahaja kepada Rosulullah malahan menjadi kafir terhadap Allah SWT. Sesungguhnya iman dan taqwa terhadap Allah hu taala itu bukan dengan berjubah, beserban besar, berjanggut, walau dia bersholat, berpuasa dan mengerjakan haji di Baithullah; ilmu pelajarannya tinggi, punya sijil, ijazah dan tauliah; petah berpidato, lancar bahasa arabnya, amalannya banyak, anak muridnya ramai dan bergelar ulama atau dipanggil tuan guru. Mereka mengatakan telah dituduh kafir, sedangkan yang disampaikan adalah Kalamullah. Iblis menjadi kafir bukan kerana berzina, berjudi, merompak atau rasuah; begitu juga manusia menjadi kafir, keduanya dilaknati Allah hu taala kerana ingkar kepada Kalamullah.

7:12 Allah berfirman: Apakah yang menghalangi mu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu? Menjawab iblis : Aku lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah

Menuntut ilmu disekolah dan universiti berpandukan buku buku pelbagai tetapi menagih pulangan ganjaran lumayan serta kedudukan jawatan tinggi. Fasih firman dan hadisth hanya sebagai celoteh yang mampu membuat audien ketawa menjadikan diri popular mengalahkan artis. Mendakwa ulama dan tuan guru tetapi agama diperdagangkan untuk kehidupan glamour duniawi yang gemerlapan.

Pandai agama adalah sebagai kerjaya untuk mengejar nama dan bergelar jutawan. Akhirnya mahu memiliki kuasa politik melalui parti dengan membangkitkan rasa marah dan benci sesama manusia dengan maki hamun dan sumpah seranah. Perihal agama itu sebagai alat mengumpul ahli serta penyokong kepada jawatan dan parti bagi mengekalkan kekuasaan; begitu juga bagi yang mahu merampas kuasa, sanggup berbuat apa sahaja bagi mencapai matlamat yang dimaksud! Menjual agama demi kemewahan dan kekuasaan. Hidup didalam kemewahan, berumah banglow, kereta mewah, isteri dua, tiga dan 4 serta rakus mengumpul harta. Mereka mendakwa sudah berbuat kebaikan dan kebajikan atas nama agama namun disisi Allah SWT bukan sebagai amal solleh, melainkan kerja laghro yang sia sia belaka!

9.9 Mereka menukarkan Ayat ayat Allah dengan harga yang sedikit, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan itu

Sewajarnya manusia itu diajak masuk Islam Kaffah yang disisi Allah hu taala. Masing masing mengagama agamakan Islam itu mengikut kemahuan ilmu, aqal fikir dan citarasa. Perbezaan fahaman tentang agama sangat ketara walau pun mengaku beriman dan Islam sehingga berlaku pertentangan dan permusuhan. Islam di Arab Saudi tidak sama dengan di Mesir. Di Pakistan lain dengan di Jordan.  Di Iran, Iraq, Yaman, Indonesia dan di Malaysia juga lain! Didalam sesebuah negara juga pelbagaian kelainannya! Disebuah kampong pedalaman juga tidak sama!! Didalam sebuah keluarga juga tidak serupa!!! Di Afghanistan tewas dan di Palastin kalah sudah sekian lama kepada musuh. Terdapat negara yang tidak pernah berhenti perang saudara. Pulau memulaukan dalam masyarakat dan berlaku perceraian suami isteri dan anak anak bercempera! Bukan sahaja pada kenyataannya berbeza malahan mimpi mereka juga tidak sama. Perselisihan berlanjutan. Permasalahan tidak selesai dengan kelainan dan kepelbagaian.

Persamaan agama sewajarnya menjadikan manusia bersatu. Islam yang sesungguhnya dibawah pemeliharaan Allah SWT sentiasa kuat dan menang, namun manusia tidak menyedari kelemahan diri sendiri melainkan bodoh sombong dan bongkak. Selagi tidak kembali kepada Islam melalui petunjuk Kalamullah dan suri teladan Rosulullah, manusia sebenarnya tertipu malah turut menipu manusia lain dengan ilmu, aqal fikir dan amalan kebaikan dan kebajikan yang sebenarnya bukan amal solleh disisi Allah SWT.  Manusia diajak kepada Islam, bukan kepada perjuangan pribadi atau pertubuhan walau pun pada nama yang sungguh Islamik. Satu sahaja pertubuhan atas nama Islam dan perlembagaannya adalah Kitabullah, al Quran nulKareem Kalamullah.

2:39  Ada pun orang orang yang kafir dan mendustakan Ayat ayat Kami, mereka itu penghuni neraka , mereka kekal didalamnya

Cikgu,
Rukun Islam 5 Perkara, namun yang pertama bukan masuk PAS! Mungkin aku semacam membantai PAS, tetapi aku bukan penyokong UMNO atau mana mana parti. Tidak ada satu parti yang ada itu menjadi pilhan bagi aku! Bukan nak mengajarkan ilmu yang sememangnya tak punya, sekolah pun tak tinggi mana; malah minta diajarkan. Tidak juga kerana amal sudah banyak malah tersangat kurang dan mohon ditunjukkan. Dimana dan kepada siapa sahaja, aku serukan Islam yang disisi Allah hu taala melalui Kalamullah : 1Tuhan-1Kalimah; Allah Diutamakan-al Quran Didahulukan! Masuklah Islam Kaffah!; Kalam Tuhan ku yang juga Tuhan kamu sebagai khabar gembira dan peringatan. Wassalam.