IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Selasa, 30 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Selamat Hari Raya, Maaf Dzahir dan Bathin


Kepada Ikhwan Mukminin wal Mukminat; Muslimin nawal Muslimat, saudara mara dan kaum kerabat serta handai sahabat, yang jauh maupun dekat. Mohon ampun dan kemaafan kepada setiap kesalahan dan kesilapan sekiranya ada, samada melalui perbuatan, pertuturan dan penulisan.


ana hanya menyampaikan Kalamullah, al Quran nulKareem sebagai khabar gembira kepada mereka yang beriman dan peringatan takut kepada yang engkar; beriman dan engkar itu hanya kepada Allah SWT.


'ALLAH SWT DIUTAMAKAN; AL QURAN DIDAHULUKAN'


Semoga berbahagia dan bergembira disamping keluarga dan orang orang yang tersayang.


Sebagai renungan bersama, disertakan catatan seorang Ikhwan didalam facebook :-


Oleh Chilown Al Ghuraba'

Ramadhan - al Quran mengajarkan manusia kembali kepada fitrah kejadian

"Sesungguhnya Kami ciptakan manusia itu dengan sebaik baik kejadian"


Puasa - 'sekadar lapar dan dahaga'


Idul Fitri - kemenangan kembali kepada firtah kejadian


Hari Raya - melaram dan hiburan

"Kemudian Kami kembalikan mereka dengan sehina hinanya"


SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI, maaf dzahir dan bathin


Wasalam, insyaAllah semoga bertemu lagi dari ayahIssa

Rabu, 10 Ogos 2011

SEPESEL BUAT PAK UDE DAN MAK UDE

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Dimajlis kenduri bapa saudara seminggu sebelum puasa, mempertemukan dengan ramai kaum kerabat, ada diantaranya memang sudah lama tidak bertemu. Kemeseraan tampak jelas, tua muda kelihatan hormat mengormati dalam keriuhan suasana. Namun diantaranya kelihatan beberapa wajah yang kaget bagaikan tidak menduga kedatangan ana dan isteri, namun masih ketara sangat mesera tetapi sedikit sinis! Sorang berdua ‘berani’ menyatakan secara berbisik, rasa hairan kerana menjangkakan akan menemui ana memakai jubah dan isteri berpudrah menutup muka, sebaliknya pada hari itu mengenakan seluar jeans dan t-shirt, manakala isteri memakai baju kurung moden bertudung seperti biasa sahaja!



Sambil tersenyum, cuba memikirkan apa dan bagaimanakah tanggapan mereka terhadap diri dan isteri. Terlintas didalam kepala bahawa peristiwa tangkapan oleh Jabatan Agama Islam dua tahun dahulu diatas tuduhan mengamalkan ajaran sesat membuatkan mereka terus terusan menduga dan bersangka sangka kerana tidak pernah bertanya. Ditambah pula dialam siber, ana mengelolakan www.khalifahhimpass.blogspot.com begitu juga akaun facebook yang mengkhususkan tulisan berkaitan tentang agama, telah menyebabkan mereka menjangkakan kelainan penampilan!



Timbul jawaban mengapa kedudukan diri selama ini bagai seorang yang GHURABA’ (asing) didalam keriuhan ramai dirasakan! Terasing dari sudut roh dan pemikiran. Sekali pun seseorang itu sebahagian dari kerabat malahan adik beradik, bukan sahaja dimajlis kenduri kendara, namun termasuk juga ketika berlaku kematian, rasa terasing dan pengasingan tetap berlaku dan dirasakan!



Sekali pun sebenarnya sudah lama berada didalam masyarakat sekeliling sebagai anak jati setempat tetapi menjadi asing disebabkan pemikiran dan sikap yang berbeza dengan orang semukim. Keseorangan terpencil dan terpinggir kerana pendirian. Selalunya perihal ini menyebabkan diri dipulaukan, dihina, dikecam dan ditolak saranan serta cadangan yang dia anjurkan. Keadaan sukar untuk diubah melainkan bersedia untuk mengubah prinsip sendiri atau pun berjaya mengubah tanggapan orang lain dan beralih menjadi penyokong



Bagi sesebuah keluarga atau setiap puak mahukan ahlinya dan orang lain mengiyakan sahaja yang mereka perkatakan. Jika mereka itu golongan bangsa, mereka mahu samada buruk atau baik, disokong semua tindakan bangsa tersebut. Jika amalan tradisi yang bida’ah mahu pun khurafat, disuruh terima bulat bulat sekali pun bersalahan dengan ketetapan dan ketentuan Allah SWT melalui Kitabullah dan yang diteladani oleh Nabi Muhammad SAW dengan Sunnah baginda



Kalau parti politik, mereka mahu orang lain supaya tunduk kepada perjuangan politik mereka samada benar atau pun salah. Demikian apa sahaja kumpulan dan organisasi yang seumpama. Bagi mereka, sesiapa yang menentang adalah musuh. Menyokong sebahagian dan berbeza dalam beberapa perkara adalah tidak berpendirian teguh kerana tidak berpaksi kepada motif bangsa, keturunan, atau kumpulan



Sabda Nabi SAW, ‘Islam itu bermulanya asing, dan akan kembali sebagai asing, maka beruntung mereka yang ghuraba’. Ditanya Nabi SAW : Siapakah ghuraba’? Jawab baginda : Serpihan dari kabilah’ (Rwyt al Baghawi, sanad sahih). Maksudnya, golongan yang asing dan terpencil dari kelompok sendiri, samada keluarga, kabilah, bangsa, keturunan atau kumpulan yang wujud dalam dunia ini



Golongan ghuraba’ berpaksikan kepada nas al Quran dan al Sunnah. Mereka itu ‘Allah centric’, berpaksikan hanya kepada Allah SWT dalam keputusan sekali pun terpaksa berkorbankan jawatan, nama dan kedudukan dimata masyarakat. Ghuraba’ bukanlah asing dinisbahkan oleh al Quran dan al Sunnah, tetapi oleh manusia berpandukan ilmu akal fikir dan rasa rasa dugaan serta sangka sangka semata yang sangat berbeza dengan dua sumber agung (al Quran dan al Sunnah)



“Jika engkau taat kepada kebanyakan mereka dibumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan engkau dari jalan Allah”



Hidup sebagai golongan ghuraba’, sewajarnya diharungi dengan tawakal, ikhlas dan khusyuk, kerana ianya adalah jalan kepada mendampingkan diri kepada Allah SWT. Ketika dunia dan manusia memencilkan, serta saudara dan rakan menjauhkan diri, sesungguhnya ghuraba’ bukan berseorangan dan berasa kesunyian melainkan beroleh peningkatan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Demikian Allah SWT mahukan yang terbaik!!!



Dalam pemerhatian orang lain kesukaran dan kepahitan sentiasa dilalui, namun disebaliknya kenikmatan dan kemanisan yang dirasakan sukar untuk diperjelaskan melalui perkataan supaya mereka mengerti! Sesungguhnya tidak dapat untuk dihuraikan sebagai penceritaan apa lagi untuk menghiburkan. Seumpama, surat cinta kepada girlfriend walaupun bait bait indah yang dituliskan, namun bagi orang lain yang membacanya tidak dapat menyamai perasaan boyfriend yang menuliskan kepada buah hatinya. Sesungguhnya cinta kasih kepada buah hati tidak dapat kamu dibayangkan oleh orang lain, apa lagi untuk turut merasakan cinta yang hanya menjadi dambaan pasangan kekasih. Milik sorang sorang ......


Pengkisahan perihal ana sehingga menyebabkan ghuraba’ berlaku didalam keluarga dan kerabat adalah apabila dari kalangan mereka menjadi ‘takut’ dan ragu ragu untuk bertanyakan perkara sebenar, sebaliknya rekayasa dari duga duga mereka demi memuaskan hatinya sahaja. Tanpa penjelasan, mereka menggambarkan dari cerita cerita yang didengar dengar dari orang lain. Peristiwa ditangkap, dibicarakan dimahkamah dan keputusan YA Hakim tidak pernah ditanyakan!!! Berikut penyataan keputusan mahkamah :-



“TUDUHAN DUGUGURKAN,

WANG JAMINAN DIKEMBALIKAN

DAN BARANG RAMPASAN DIPULANGKAN”



Sebermula ana sangat bersedia menerima dan menyakini segala ketentuan Allah SWT didunia hingga akhirat seperti yang dijanjikanNYA melalui KalamNYA. Sesungguhnya janji Allah SWT itu pasti benar! Puja puji milikNYA dan dengan rasa kesyukuran kepada Tuhan, terima kasih kepada Pak Ude dan Mak Ude yang tanpa pandangan serong dan sempit mahu berbual bicarakan duduk perkara bersama ana dan isteri yang ghuraba’ ditengah keriuhan kenduri hari itu! Melalui blog dan fb, yang mana Pak Ude juga punya wall tersendiri, sebenarnya ambil tahu untuk bertanyakan perihal posting kami tersebut. Sesungguhnya ana sendiri menyedari dinding fbnya juga banyak memfokuskan perihal agama



‘Hang pa ni ngambik tharekat apa dan dari sape?’ Lebih kurang gitu persoalan awal dari Pak Ude, bukanlah dalam nada marah atau perli sebaliknya stail sembang dan cakap anak beranak!



‘Tharekat tu jalan, dan kami hanya mengikut jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT untuk kembali kepadaNYA, iaitu Kitabullah, al Quran nulKareem!: “Kitab itu (al Quran) tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang orang yang bertaqwa” Pak Ude mengakui kebenaran penjelasan dan Mak Ude kelihatan mengangguk anggukan kepala sambil tersenyum. Maka bermula bual bicara yang panjang, tiga jam lebih!



Tidak ada yang menafikan kebenaran Ayat ayatNYA, melainkan orang orang yang engkar (kafir!) Persoalanya, manusia itu sering melupakan apakah dimaksudkan dengan KEBENARAN yang sewajarnya dipertahankan itu!? Kebanyakan manusia meletakan kebenaran itu dengan mengikut ilmu yang ketahuinya samada melalui tuntutan atau pun dari cerita cerita nenek moyang dan rasa rasanya benar belaka lantas mengatakan demikianlah agama. Sesungguhnya kebenaran KALAMULLAH, al QURAN nulKAREEM adalah sebenar benarnya kebenaran yang sewajarnya ditegakan dan dipertahankan oleh setiap manusia itu. Apa pun, samada Ayat ayatNYA tidak bersesuaian dengan ilmu dan rasa rasa didalam hati manusia, semestinyalah tidak berpaling atau pun menolak sebagai orang yang mengaku beragama Islam, apa lagi selalu menyebut beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Sesungguhnya berpaling dari Kalamullah menyebabkan berlaku perpecahan dikalangan manusia itu sehinggakan berlaku kerosakan demi kerosakan diatas muka bumia ini. Mereka menyebut Tuhan dengan mengikut citarasa masing masing



“Kemudian jika mereka berpaling, maka (ketahuilah) bahawa Allah Maha Mengetahui orang orang yang membuat kerosakan”



Sesungguhnya kebanyakan manusia tidak melihat bahawa ilmu dan rasa rasanya yang tidak bersesuaian dengan Kalamullah pasti mendatangkan kerosakan tersebut. Diakal akalkan dengan ilmu dan rasa rasa untuk kerharmonian dan keamanan tetapi permusuhan dan peperangan meletus. al Quran sebagai petunjuk dan pengajaran bagi manusia itu dikesampingkan dengan mendahulukan dan mengutamakan teori ilmu dan rasa rasa. Perinsip perjuanganya dikatakan sangat benar dan sanggup berbuat apa sahaja tingkah mempertahankan walau pun sehingga melampaui batas ketetapan Allah SWT didalam al Quran



Allah SWT memerintahkan kepada hambaNYA yang beriman agar menjadikan Rasulullah itu sebagai suri tauladan kepada keseluruhan aspek kehidupan. Sesungguhnya kehidupan Rasulullah mencakupi segala kehendak Tuhan melalui Kalam kalamNYA. Sebenarnya yang sedemikian itu diseru dan diajak kepada manusia kesemuanya!



Jelasanya, pastilah tiada kebenaran selain daripada Kalamullah bagi manusia itu memperjuangkan dan mempertahankanya. Sesungguhnya al Quran yang diturunkan oleh Allah SWT itu sangat sempurna mencakupi segala aspek kehidupan politik, ekonomi dan sosial manusia sebagai petunjuk dan pengajaran bagi memperolehi kesejahteraan dan keuntungan kehidupan baik didunia mahu pun akhirat. Keterangan kebenaran yang sebenar benarnya sangat benar telah menyampai kepada kamu dan sesungguhnya pasti akan menyampaikan kepada Allah SWT sebagai tempat kembali



“Katakanlah :Hai ahli kitab! Marilah kita menuju kepada satu kalimat yang sama antara kami dan kamu bahawa kita tidak menyembah selain Allah dan kita tidak mempersekutukanNYA dengan suatu pun dan bahawa kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah : Saksikanlah, bahawa kami adalah orang Muslim”



Kepuasan hati terpancar dari riak muka ana dan isteri kerana peluang memberikan pejelasan yang selama ini tiada kesempatan yang mendatang. Tuduhan dan tohmahan terjawab secara tidak langsung. Sesungguhnya Kalamullah adalah berita gembira kepada orang yang beriman dan peringatan takut kepada mereka yang engkar, dan aku hanyalah membacakan KalamNYA, maka Allah SWT mengetahui siapa yang mentaat mahu pun sebaliknya. Berselang seli hujjah dan pendapat, namun apabila berlandaskan Kalamullah pastilah pegangan aqidah tidak sersasar dan sesat. Setinggi mana ilmu dan sebanyak mana amalan, sesungguhnya tidak menyampaikan kepada Allah SWT, jika Kalam KalamNYA dipertikaikan, apatah lagi sekiranya tidak pernah menjadi suri teladan RasulNYA didalam al Sunnah.



Apabila dibacakan dan disampaikan Kalam kalam Tuhan, terpulang kepada manusia untuk memahami dan membuat kesimpulan, namun bagi yang mahu memikirkan Kalamullah itu pasti didatangkan oleh Tuhan pengajaran sebagai pelajaran. Tidak lain, Kalamullah itu terlebih dahulu adalah untuk diri sendiri, dan seterusnya adalah menjadi amanahNYA untuk disampaikan kepada keseluruhan manusia! Kelihatan Pak Ude dan Mak Ude tidak menampakan penentangan melalui perkataan mau pun dari mimik muka, melainkan menyatakan persetujuan dan mengiyakan!



“Orang yang membawa kebenaran dan orang orang yang membenarkan, mereka itu adalah orang orang yang taqwa”



Jika kamu benar, maka kalamkanlah Kalam Tuhan pasti ku ikut kamu, dan sekiranya kamu membenarkan Kalam kalam Tuhan ku, maka ikutlah aku! Sepatutnya yang sedemikian itu berlaku diatas izin Allah SWT, jika pun bukan ketika ini, sesungguhnya masa masa tersebut pasti akan terjadi suatu hari nanti. Bukan ketika ini tentu terdapat hikmat dari Allah SWT, dan ianya adalah yang terbaik. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui. Kepada Pak Ude dan Mak Ude, ana suami iteri mengharapkan pertemuan yang lain untuk mempaterikan perjanjian disisi Tuhan yang Maha Penyayang .....



“Salamunqaulanmirrobbirrohiim”

.... kepada para kerabat, jangan le mareee, Wassalam