IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Jumaat, 19 Februari 2010

IBLIS YANG HANYA MENYESATKAN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Seorang Abid, iaitu seseorang yang sangat kuat beramal dan beribadat kepada Allah SWT dengan sebahagian hidup hanyalah dihabiskan dengan sedemikian yakni disamping menunaikan sholat fardhu, dia sentiasa bersholat sunat sepanjang waktu atau membaca al Quran, berzikir, bertasbih dan bertahmid disetiap masa serta berpuasa setiap hari. Sehinggakan perkara yang bersangkutan duniawi hampir sahaja tidak dipedulikan lagi.


Sehinggalah pada suatu hari, siAbid didatangi salah seorang penduduk kampong mengadukan perihal orang2 kampong yang sudah tidak lagi menyembah Allah SWt tetapi sebaliknya telah murtad dengan menyembah sepohon pokok besar dihujung kampong tersebut. Pohon besar itu dijadikan keramat, kononnya daunnya kalau direbus dan diminum airnya boleh menyembuhkan segala penyakit, mempercepatkan jodoh, rezeki bertambah lumayan dan sebagainya.


Dengan perasaan marah yang meluap2, siAbid bingkas bangun dari tempat peribadatannya sambil mengambil sebilah kapak yang tajam untuk segera pergi menebang pokok besar yang dimaksudkan itu. Sehinggalah dipertengahan jalan, siAbid ditegur seorang lelaki tua, ‘Hendak kemanakah tuan dengan membawa kapak itu?’


‘Aku hendak kesana. Disana ada ada pohon besar yang disembah dan dijadikan keramat oleh orang2 kampong. Akan aku tebang pohon besar itu!’


‘Untuk apa tuan perlu bersusah payah berbuat demikian sehinggakan tuan tinggalkan peribadatan yang selama ini begitu tekun dijalankan. Bukankah itu lebih baik disisi Tuhan mu?’ Orang tua itu terus berusaha untuk menghalang siAbid dari meneruskan tujuannya untuk menebang pohon besar tersebut, sehingga berlaku pergaduhan fizikal. Sesungguhnya teruklah orang tua itu dibelasah oleh siAbid sehinggakan terpelanting dan rebah ketanah.


Walau pun orang tua itu sebenarnya telah kalah, namun dia terus juga berusaha memujuk agar siAbid tidak meneruskan niatnya untuk menebang pohon besar tersebut. ‘Tuhan tidak mewajibkan kepada mu untuk menebang pohon itu dan tidak pula diwajibkan kepada tuan untuk mencegah orang lain daripada menyembah pohon tersebut. Hal sedemikian itu adalah tugas Nabi dan Rasul untuk berbuat, sedangkan tuan bukan termasuk didalam golongan itu. Pergilah pulang dan beribadat kepada Tuhan mu!’


Kata2 orang tua itu tidak langsung membuatkan siAbid membatalkan niatnya untuk terus menebang pohon besar tersebut. Maka berlaku sekali lagi pergaduhan sehinggakan orang tua itu teruk dibelasah, terpelanting dan rebah ketanah. Didalam keadaan yang orang tua itu telah tewas, dia masih terus merayu dan memujuk siAbid dengan menawarkan sesuatu yang lebih baik asal sahaja pohon besar itu tidak ditebang.


‘Bagimana kalau aku berikan keuntungan yang terus menerus kepada tuan? Setiap pagi tuan akan dapati dua dinar dibawah bantal, bolehlah satu dinar disedekahkan kepada fakir miskin dan satu dinar lagi untuk kegunaan tuan sendiri. Sudah tentu tuan dapat menhabiskan masa dengan beribadat dan mendampingi Tuhan sepanjang waktu. Ini adalah lebih baik dan pasti tuan akan memasuki syurga Allah diakhirat kelak!’


Rupa2nya, siAbid terpengaruh juga dengan tawaran orang tua itu, dan memikirkan dapatlah dia nanti menampung perbelanjaan hidup, boleh pula bersedekah kepada fakir miskin dan sentiasa pula dapat beribadat kepada Tuhan. Pada pagi yang pertama, dibawah bantalnya ditemuinya dua dinar seperti yang dijanjikan oleh orang tua itu. Pagi yang kedua juga terdapat dua dinar tersebut dibawah bantalnya, maka berasa amat lega dan lapanglah fikiran siAbid memperolehi wang tersebut tanpa perlu bekerja lagi dan dapatlah dia menumpukan sepenuh masanya untuk beribadat kepada Allah SWT, disamping itu boleh pula bersedekah kepada fakir miskin setiap hari.


Pada pagi ketiga, diperiksa siAbid seperti biasanya dibawah bantal, tetapi alangkah terkejutnya kerana tidak ada dua dinar yang dijanjikan oleh orang tua itu. SiAbid menjadi marah dan berang yang amat2 sangat lalu diambilnya kapak dan bersegera dia untuk pergi menebang pohon besar dihujung kampong kerana orang tua itu telah memungkiri janji2nya.


Dipertengahan jalan, bertemu kembali siAbid dengan orang tua tersebut dan berlakulah perang mulut dan pergaduhan yang hebat antara keduanya. Berbeza dengan pergaduhan yang pertama dan kedua, kali ini si Abid pula yang terpelanting dan rebah ketanah, dibelasah teruk oleh orang tua itu. Melihat siAbid telah kalah, maka orang tua itu mengancam ‘Kalau engkau teruskan niat mu untuk menebang pohon itu, akan ku bunuh kamu disaat ini juga!’


Didalam waktu2 begitu, siAbid sempat berrtanya ‘Mengapa diwaktu pergaduhan pertama dan kedua itu, sangat mudah aku tewaskan kamu?’


‘Sesungguhnya kamu beroleh kemenangan diwaktu itu kerana niat mu untuk menebang pohon besar itu berlandaskan keikhlasan kepada Allah SWT, supaya orang ramai tidak tersesat dan kembali menyembah Allah. Sekarang kamu hanyalah mengikut kepentingan hawa nafsu semata2. Aku sebenarnya adalah iblis yang sentiasa akan cuba menyesatkan anak cucu Adam sehingga hari akhirat’


Tidaklah diketahui kesudahan kisah ini, namun ambillah pengajarannya. Iblis sentiasa akan berusaha menyesatkan manusia sehingga hari akhirat. Perkara yang dilarang dan ditegah Allah diperhiaskan oleh iblis sehingga nampak baik, elok dan cantik dipandang oleh mata manusia sehingga mempengaruhi akal dan fikiran lalu mengatakan ianya logik, bersesuaian dengan zaman moden, anggun, kemajuan, kejayaan dan menguntungkan. Atas nama perpaduan, hak asasi, toleransi, budi bicara dan niat (matlamat) menghalalkan cara dijadikan landasan perjuangan, sehinggakan manusia terus menjadi leka dan alpa dimana sesungguhnya iblis dan syaitan sudah berjaya memainkan peranannya untuk menyesatkan manusia itu. Apa kata orang lebih diutamakan dari apa kata Allah, malu sesama manusia daripada malu kepada Allah dan takut kepada manusia lebih takut kepada Allah SWT.

“QS al Hijr 15 : ‘Berkata Iblis: Hai Tuhan ku! Demi, sebab Engkau menyesatkan ku, akan ku hiaskan kepada mereka (kejahatan yang ada) dibumi, (sehingga memandang baik) dan demi, akan ku sesatkan mereka itu semuanya (39) Kecuali hamba2 Mu yang ikhlas (40)’”


Ikhlas bermaksud tidak mengharapkan balasan dan ganjaran mahu pun ketika beriktikad didalam hati, diikrarkan dengan lisan dan berbuat dengan anggota melainkan hanya semata2 kerana bertaqwa kepada Allah SWT. Bertaqwa kepada Allah dengan berbuat segala suruhanNya dan meninggalkan semua laranganNya semata2 kerana diperintahkanNya sedemikian kepada hamba2Nya melalui wahyuNya. Persoalan pahala dosa atau syurga neraka adalah hak mutlak Allah dan atas kehendakNyalah karuniaNya itu kepada sesiapa sahaja yang mahu diberikanNya. Sesungguhnya janji Allah itu Benar dan tiada Dia memungkirinya. Untuk bertaqwa kepada Allah, kembalilah kepada kalam2Nya Kitabullah, al Quran nul Kareem.


“Kitab itu (al Quran) tidak ada keraguan padanya, jadi petunjuk bagi orang2 yang taqwa (2:2)” dan “(al Quran) ini adalah keterangan untuk manusia, jadi petunjuk dan pengajaran bagi orang2 yang taqwa (3:138)”


Sesungguhnya ana melalui KHALIFAHhimpass akan terus2an menyampaikan perkhabaran gembira buat yang mereka yang beriman dan satu peringatan kepada yang engkar dengan membacakan al Quran dan keterangan2nya. Amat terang dan nyata sekali bahawa hanya ayat2 Tuhan sebagai petunjuk dan pembimbing manusia daripada terus berada didalam kesesatan yang dianjurkan iblis dan syaitan. Allah sendiri memerintahkan “Qulyaa aiyyuhannaas, innamaa analakum nadziirun mubiin – Katakanlah : Wahai Manusia! Sesungguhnya ana bagi kamu adalah pemberi peringatan yang nyata (terang)”

InsyaAllah, kita jumpa lagi, amin, amin, amin ya muji basa ilin, ya Robbalalamin
Wassalamu ‘alaikum warohmatullah hiwabarokatuh.
*************************************************************************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan