IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Rabu, 26 Januari 2011

NIKMAT DARI SISI ALLAH SWT

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم



“Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat” {Fatiha 1:6&7}


Sebanyak 17 kali sehari semalam seseorang itu membacakan Surah Fatiha sebagai perkara rukun dalam sholat, sekiranya dicampurkan dengan sholat sholat sunat dan didarabkan semenjak dari berusia baligh tentu tiada siapa dapat menghitung; namun bukan jumlah banyak kalinya yang perlu diperhitungkan.


al Fatiha Ayat 6;

Sungguh jelas merupakan satu doa permohonan kepada Allah SWT agar ditunjuki olehNya jalan yang lurus. Semenjak sekian lama, apakah doa berkenaan tidak dikabulkan Tuhan sehinggakan kelihatan kehidupan manusia itu terumbang ambing tidak ketentuan. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pemurah dan Penyayang, adalah mustahil tidak mendengarkan sebab itu Tuhan Maha Mengetahui segalanya.


Sebenarnya Allah SWT sudah membentangkan jalan yang lurus lagi benar itu dihadapan kepala, namun mata manusia itu tidak dapat melihatkan. Kalimat Allah SWT memperjelaskan jalan yang benar lagi lurus itu berkumandang dicuping telinga, namun manusia itu tidak mendengarkan. Hati manusia itu telah mati sehinggakan membutakan mata untuk melihat dan memekakan telinga dari mendengarkan. Sebagai burung kakak tua yang biul menyebutkan ‘Selamat pagi’ walau pun diketika waktu malam, begitulah manusia itu akan menyebut sentiasa nama Tuhan namun tidak dimengertikan maksud sebenar bagi menepati Kehendak Allah SWT. Sipengajar burung dan burung biul itu dikatakan sangat bijak dan pandai, malahan untuk mendapatkanya harganya sangat mahal. Sedemikian itulah manusia, kerja buat sehari hari sekadar ikut ikutan dari warisan nenek moyang terdahulu tanpa keterangan dan dalil dari Tuhannya, namun tetap menyebut mereka itu telah beragama.


al Fatiha Ayat 7;

Allah SWT mengajarkan doa kepada manusia, disamping turut menggambarkan bahawa sesungguhnya orang yang berada dijalan yang lurus itu mendapat kenikmatan dariNya. Barangkali belum ketemui orang orang yang diberi nikmat Allah SWT itu untuk dikuti atau sebenarnya saban waktu berada dikalangan manusia itu tetapi tidak mengendahkan pembicaraan pembicaraanya. Allah SWT menghendaki untuk mengikuti orang orang yang mendapat nikmat dan tidak mengikuti mereka yang dimukai oleh Tuhan kerana berada diatas jalan yang sesat.


Untuk berada dijalan yang lurus itu, maka Allah SWT telah menurunkan KalamNya sebagai Wahyu melalui perantaraan Malaikat jibril AS kepada RasulNya sebagai petunjuk. Maka berterusan Kalamullah itu berkumandang diatas muka bumi ini sehingga keakhirat melalui kesinambungan UtusanNya yang didatangkan membaca dan menyampaikan kepada manusia. Barang siapa yang percaya (iman) terhadap petunjuk Kalamullah yang dibaca dan disampaikan tersebut, sesungguhnya berada diatas jalan yang lurus dan beroleh kenikmatan rahmat yang tidak terhingga didunia mahu pun diakhirat. Sedemikian itu adalah janji Allah.


Kebanyakan manusia itu tidak mahu menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah SWT untuk memikirkan Kalamullah yang disampaikan bagi memperolehi pelajaran dari Tuhan sebagai pengajaran kepadanya. Manusia itu tetap bersikap bodoh sombong dengan merasakan ilmu akal dan rasa rasanya mengatasi kebenaran Kalamullah, sehingga apabila dibacakan kepadanya Kalimat Tuhan mereka menolak dan menentang. Amalan peribadatan yang sekadar ikut ikutan dari keturunan nenek moyang tetap dipertahankan walau tanpa keterangan dalil daripada Ayat ayat Allah SWT.


“Dan sekali pun telah Kami perintahkan kepada mereka. ‘Bunuhlah diri mu atau keluarlah kamu dari kampong halaman mu’ Ternyata mereka tidak akan melakukanya, kecuali sebahagian kecil daripada mereka. Dan sekiranya mereka benar benar melaksanakan perintah yang diberikan, nescaya itu lebih baik bagi mereka dan lebih menguatkan (iman mereka) {4:66}


Sangat sedikit dari kalangan manusia itu mahu ‘membunuh’ kebodohanya yang sombong dan kegoan dalam dirinya; sungguh tidak ramai manusia yang sanggup keluar dari kepompong adat budaya nenek moyang terdahulu yang menjadi amalan walau sebenarnya sekadar ikut ikutan semberono yang sia sia. Kebenaran Kalamullah yang dibaca dan disampaikan sebagai petunjuk jalan yang benar tetap ditolak dan ditentang dengan ilmu dan amal yang dibawah kawalan rasa rasa didalam hati mereka. Malahan mereka membenci dan memulaukan pula pembicaraan Kalamullah kerana bersangka buruk kepada yang menyampaikan. Sesungguhnya didalam pengetahuan Allah SWT yang Maha Mengetahui, bahawa sangat sedikit manusia yang beriman kepada Kalamullah, sedangkan melalui Kalamullah itu Tuhan telah menjanjikan peningkatan keimanan dan ketaqwaan seseorang itu kepadaNya.


Percaturan kaedah selain daripada Kalamullah sebagai perlembagaan yang mencakupi seluruh aspek kehidupan adalah jalan kesesatan yang nyata tersasar daripada tuntunan dan tuntutanNya. Hanya secara sedemikian itu Allah SWT meletakan segala kebaikan dan kebajikan ketika berbuat suruhan mahu pun meninggalkan laranganNya sebagai amal solleh keatas manusia itu. Selain daripada itu hanyalah pekerjaan yang sia sia disisi Tuhan. Kepercayaan manusia itu bahawa kepada Allah manusia itu dikembalikan sebagai Tuhan Maha Pencipta maka sewajarnya hanyalah Kalamullah sebagai petunjuk untuk membawa manusia itu menemuiNya! Untuk menemui yang Empunya Kalam pastilah dengan mengikuti Kalam kalamnya!


“Dan dengan demikian pasti Kami berikan kepada mereka pahala yang besar dari sisi Kami. Dan pasti Kami tunjuki kepada mereka jalan yang lurus” {4:67&68}


Menjurus kepada ‘Doa, jalan lurus dan nikmat’ yang diperkatakan, sesungguhnya Allah SWT itu bermaksud kepada Kalamulah, al Quran nulKareem tersebut. Keimanan itu bukan sekadar percaya didalam hati namun memerlukan penyataan bukti patuh dan ketaatan dengan ikral dan perbuatan sekali gus, maka apabila dibacakan dan disampaikan Kalamullah pastilah bertambah kekuatan iman seseorang itu kepada Allah SWT. Allah SWT mendatangkan seseorang daripada kalangan manusia itu sendiri dengan membaca dan menyampaikan Kalamullah sebagai petunjuk jalan yang lurus, seterusnya berada didalam kenikmatan iman dan taqwa terhadap Tuhan. Pastinya berterusan manusia itu didalam kenikmatan dari Allah SWT melalui Kalamullah yang berkesinambungan membaca dan menyampaikan. Iman dan ketaqwaan itu bukanlah kepada kesombongan ilmu yang tinggi mahu pun juga banyaknya amalan seseorang, namun terletak diatas keimanannya kepada Kalamullah yang menjuruskan taqwa kepada Allah SWT. Ilmu dan amal semata tidak akan meyampaikan kepada Allah SWT dan RasulNya sekiranya tanpa bimbingan petunjuk jalan dari Tuhan yang dibaca dan disampaikan.


“Dan siapa yang mentaati Allah dan Rasul, maka mereka itu akan bersama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah (iaitu) para Nabi, para pencinta kebenaran, orang orang yang mati syahid dan orang orang soleh. Mereka itulah sebaik baik teman. Yang demikian itu adalah kurnia dari Allah dan cukuplah Allah yang Maha Mengetahui” {4:69&70}


Sesungguhnya nikmat kurniaan Allah SWT kepada manusia itu tidaklah selainya melainkan Kalamullah, al Quran nulKareem tersebut. Kepada hambaNya yang beriman apabila dibaca dan disampaikan Kalamullah merupakan khabar gembira baginya dan kepada yang engkar adalah sebagai peringatan takut. Pun begitu manusia itu tidak mahu menggunakan akalnya untuk memikirkan Kalam kalam Tuhan yang dibaca dan disampaikan, maka tiadalah datang kepadanya pelajaran sebagai pengajaran dari Tuhan. Kalamullah sebagai petunjukNya itu sewajarnya dibaca dan disampaikan berterusan sesama manusia sehingga akhirat bagi manusia itu menikmati rahmat Allah SWT.


“Maka nikmat Tuhan mu yang manakah kamu dustakan? (55;31X)


Apabila dibaca dan disampaikan Kalamullah kepada mereka, al Quran nulKareem, sesungguhnya kebanyakan manusia itu mengkufuri nikmat daripada Allah SWT!, sekian Wassalam.

Jumaat, 21 Januari 2011

REZEKI YANG BERKAT DARI ALLAH SWT


بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم



Selalunya manusia itu apabila berkaitan dengan berkah (berkat, barakah) menjuruskan kepada rezeki dan menilai disegi banyaknya keuntungan yang diperolehi. Sebaliknya mereka beranggapan tiada keberkatan daripada Allah SWT apabila rezeki yang mendatang itu sedikit sedangkan usaha yang dikeluarkan cukup banyak dan berlipat ganda, namun kepada kedua kedudukan tersebut manusia selalu terlupa dan tidak mahu bersyukur kepada Tuhan.


Kehidupan yang berkat itu sebenarnya akan sentiasa mencukupkan dan kecukupan itu membolehkan keberkatan didalam kehidupan. Apabila mempersoalkan amaun banyak atau sedikit, bererti manusia itu tidak pernah puas sehinggakan tidak tahu mereka bersyukur, maka tiadalah keberkatan dari Tuhan didalam kehidupan. Sesungguhnya segala yang dimiliki oleh manusia diatas muka bumi ini walau sebanyak mana atau sangat sedikit, mahu pun mungkin tidak punya suatu apa, sebenarnya segala itu adalah kurnia daripada Allah SWT.


“Sesungguhnya Allah yang Maha Luas KurniaNya lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hambaNya dengan rezeki yang diberikan. Barang siapa yang redha dengan pemberian Allah, maka Allah akan memberkati dan melapangkan rezeki baginya dan barang siapa yang tidak redha nescaya rezekinya tidak diberkati” {HR Ahmad}


Nabi Muhammad SAW melalui Sabda Baginda diatas sekali gus menjelaskan bahawa keberkatan dari Allah SWT itu tidak ditentukan amaun banyak atau sedikit rezeki yang diperolehi. Keberkatan Illahi itu terletak diatas rasa keredhaan hamba Tuhan keatas apa sahaja bentuk mahu pun jumlah kurniaanNya. Sebaliknya rezeki itu sendiri merupakan perujian daripada Allah SWT kepada manusia sejauh mana mereka benar benar bertaqwa dan berserah diri kepadaNya.


“Wahai orang orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar takqwa kepadaNya, dan janganlah kamu mati melainkan dengan berserah diri” {3:102}


Allah SWT menggarapkan dengan jelas didalam FirmanNya, sesungguhnya keberkatan dariNya adalah bersangkutan sepenuhnya terhadap keimanan dan ketaqwaan sebenar kepadaNya. Jika manusia itu beriman dan bertaqwa kepadaNya, Allah SWT menjanjikan keberkatan yang tiada terhingga, sehingga tidak terduga datangnya dari petala langit mahu pun khazanah dari dalam perut bumi. Sesungguhnya keberkatan daripada Allah SWT itu mengatasi jumlah rezeki yang mungkin diperolehi.


Penjelasan selanjutnya adalah Allah SWT telah menetapkan garisan bahawa keberkatan terhadap kehidupan manusia diatas muka bumi ini akan berlanjutan sehingga keakhirat iaitu apabila Kalamullah, al Quran nulKareem itu menjadi ikutan dengan ketaatan dengan penuh keredhaan. Keimanan terhadap Kalam kalam Tuhan bukan sekadar pengucapan percaya tetapi adalah penyataan hati, ikral dan kerja buat yang mencakupi segala aspek kehidupan. Ketaqwaan itu sebenarnya ialah melakukan suruhan dan meninggalkan tegahanNyadengan rela dan redha! Keimanan dan ketaqwaan itu hanyalah bermula dengan keredhaan manusia terhadap tuntunan dan tuntutan Kalamulah, Kitabullah! Maka Tuhan menjanjikan kehidupan manusia didunia dan diakhirat akan sentiasa beroleh keberkatan Illahi dari rezeki yang dikurniakan dalam jumlah yang banyak mahu pun sedikit.


“Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertaqwa, pasti Kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (Ayat ayat Kami), maka Kami siksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan” {7:96}


Kebanyakan manusia itu tidak redha, apabila dibaca dan disampaikan Kalamullah, mereka menolak dan menentang. Mengaku beriman tetapi melahirkan pelbagai alasan rasa rasa bimbang didalam hati kehidupan akan menjadi susah dan payah lalu menolak Kalamullah sehingga mereka menjadi orang orang yang munafik dan fasik. Mereka menentang Ayat ayat Tuhan, menjidal dengan ilmu yang diakal akalkan oleh fikiran mengatakan Kalamullah tidak relevan malah akan membawa kemunduran kehidupan sehingga mereka menjadi orang orang yang musyrik dan kufur.


Sesungguhnya sseorang manusia yang tidak redha kepada Kalamullah, ianya tidak akan mendapat keberkatan Tuhan lantaran mendustai Kalamullah. Urusan kehidupan didunia hanya diliputi kekayaan dan kemewahan yang diselaputi penyelewengan, penindasan dan tipu mulihat. Mereka seperti berasa bahagia dan gembira dengan bergelak ketawa tetapi tiada merasakan kepuasan; kelihatan kaya serta mewah namun sentiasa tidak merasakan cukup dengan apa yang ada. Sedemikian itu mereka sentiasa didalam keadaan resah, kegelisahan dan bagai masa selalu suntuk dan takut tiada kesempatan mengejar urusan duniawi sehingga menjadikan mereka sentiasa bersikap rakus, tamak haloba serta sangat kikir dan kedekut dengan berkira kira untuk berbelanja kerana ketakutan kehabisan wang dan harta yang dimiliki.


“Dan ini (al Quran) adalah suatu peringatan yang mempunyai berkah yang telah Kami turunkan. Maka mengapakah kamu mengingkarinya” {21:50}


Sehubungan itu, maka jelaslah bahawa rezeki yang termulia dengan penuh keberkatan dari sisi Allah SWT kepada manusia itu yang sebenarnya adalah Kalamulah, yakni al Quran nulKareem, Kitabullah! Sesungguhnya penerimaan manusia penuh keredhaan terhadap Kalamullah itulah yang membawa keberkatan daripada Allah SWT kepada kehidupan manusia itu dari dunia hingga keakhirat. Tiada keredhaan bermaksud keingkaran manusia kepada Kalamullah, maka bererti tiadalah keberkatan Allah SWT disepanjang kehidupan manusia didunia sampailah keakhirat.


Sehubungan yang sedemikian itu, maka kumandanglah Kalam kalam Allah SWT diatas muka bumi, dibaca dan disampaikan kepada keseluruhan manusia. Diatas rasa keredhaan kepada Kalamullah sebagai rezeki termulia daripada Allah SWT yang penuh keberkatan Illahi, maka itulah infak kepada jihad fisabilillah yakni menegakan Kalimat Tuhan diatas muka bumi sehingga akhirat.


Urusan duniawi ini hanyalah seperti meminum air laut, semakin banyak diminum semakin bertambah terasa haus dan dahaga, sehingga tidak mencukupi dan tiada kepuasan. Sedemikian itu juga kefardhuan manusia kepada urusan yang membawa kehidupan akhirat kelak, maka Allah SWT menurunkan al Quran itu sebagai petunjuk dan rahmat daripadaNya buat manusia itu agar mendapat peringatan takut dan khabar gembira. Kalamullah itu tuntunan dan tuntutan Tuhan untuk mengimbangi kegiatan kehidupan manusia itu agar berada didalam keberkatan dariNya sentiasa. Sejauh mana manusia itu menerima dengan penuh keredhaan Kalamullah, maka disitu keberkatan dari Allah SWT terhadap keimanan dan ketaqwaan kepadaNya.


Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepadaNya niscaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar dariNya dan limpahan karuniaNya. Dan menunjuki mereka kepada jalan (shirath) yang lurus kepadaNya” {4:175}

Amin amin amin ya muji basa ilin ya Robbal’alamin. Sekian, Wassalam.