IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Jumaat, 29 Julai 2011

RAMADHAN OH! RAMADHAN 1432H




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِي



“Wahai orang orang yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”



Ramadhan menjelang lagi, seperti ditahun sebelumnya; jelas kelihatan manusia itu sememangnya tertunggu tunggu akan kehadiranya! Ramai manusia memang bersungguh sungguh bergembira menyambut kedatangannya kerana bagai PESTA SUDAH BERMULA! Benar! Pesta dua bulan setengah sudah bermula apabila turutan kalendarnya sudah tiba kepada 15 Syaaban sehingga menjangkau ke 30 Syawal! Ada diantaranya sudah mula berkira kira untuk shoping pakaian dan perabut rumah termasuk baik pulih dan mengecat. Shoping complex sudah warwarkan jualan murah dan TV sudah mula merakamkan suasana hiburan dan pesta untuk disiarkan. Mereka yang berada dan kaya sudah booking untuk berbuka malah bersahur dihotel lima bintang. Berlapar dahaga diwaktu siangnya kononnya mahu menginsafi nasib fakir dan miskin, tetapi apabila sewaktu berbuka puasa mereka mengikut nafsu serakah sepuas puasnya! 15 Syaaban, sebenarnya adalah bermula Hari Ikut Nasfu!



‘Hai perut, berlaparlah kerana aku sedang berpuasa!’



Sabda Nabi Muhammad SAW, "Kebanyakan manusia itu berpuasa, akan tetapi hanya mendapatkan rasa kelaparan dan dahaga”



Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan bagi orang beriman itu berpuasa dibulan Ramadhan. Sesungguhnya bukan dengan berpuasa itu manusia menjadi beriman, kerana berimanlah terlebih dahulu maka datang perintah berkewajiban berpuasa lalu bertambah kuat keimanan itu kepada yang sedia di imani tersebut. Seperti itu manusia terdahulu diperintahkan Allah SWT untuk berpuasa melalui KalamNya dengan perutusan seorang RasulNya, dan sedemikian juga diperintahkanNya kepada kamu pada hari ini pastilah melalui perutusan yang serupa. Namun, manusia itu apabila diajak terlebih dahulu beriman kepada Kalam Tuhan, pastinya menjawab ‘sudah beriman’ dan lantas berpuasa mereka pada hal sekadar untuk merasakan lapar dan dahaga



‘Hai tekak, haus dan dahagalah, kerana aku sedang berpuasa!’



Mampukah manusia itu sebermula sehari pertama sehingga sebulan penuh Ramadhan berpuasa dengan syariat rohani dan syariat fizikal bagi memperolehi peningkatan ketaqwaan kepada Allah SWT? Dapatkah dalam tempoh selama sebulan mengembeleng jiwa raga untuk memunculkan rasa jati diri dengan tidak makan dan minum disiang hari? Namun demikian jualah bagi manusia itu, apabila saban malamnya kebanyakan mereka itu membaca al Quran yang disebut bertadarus, dimana sehingga diakhir Ramadhan mampu khatam 30 juzuknya.



‘Hai perasaan, tidaklah kamu boleh marah, kerana aku ini sedang berpuasa!’



Sesungguhnya dapatlah mereka membaca dengan lunak merdu suara dan penuh syahdu sehingga menangis, namun yang sedemikian itukah yang dikatakan bagi orang beriman berpuasa!? Khatam sekadar membaca naskah al Quran sebulan tanpa memahami keterangan dan pengajaran. Sewajarnya tuntutan dan tuntunan Kalam Tuhan itu adalah untuk sepanjang kehidupan serta mencakupi aspek keseluruhan kehidupan itu sehingga akhirat. Sesungguhnya yang sebenar ialah sepanjang kehidupan itu adalah Ramadhan, yakni mengekang iblis syaitan dan hawa nafsu berlandaskan al Quran yang tidak akan khatam khatamnya seumur hidup!



‘Hai hati, jangan kamu berdengki atau iri hati, kerana aku ini sedang berpuasa!



Al Quran itu diturunkan oleh Allah SWT adalah sebagai petunjuk dan pengajaran kepada manusia agar kehidupan ini tidak terpesong mengikut langkah iblis syaitan dan hawa nafsu, maka kaitannya dengan berpuasa bagi tujuan latihan sekali gus mengekang tuntutan iblis syaitan dan hawa nafsu itu adalah jelas sekali! Bersyariat rohani terlebih dahulu kepada tuntutan Allah SWT melalui KalamNYA, maka di ikuti bersyariat fizikal, lalu jiwa raga akan sentiasa lepas dari kekangan iblis syaitan dan hawa nafsu! Maka terbebas diri sejati yang fitrah dari kemungkaran, lalu dirayakan lebaran sebagai hari kemenangan iaitu Hari Raya Idul Fitri (Kemenangan Kembali Kepada Fitrah)



‘Hai akal fikir, usah kamu berangan angan kosong, kerana aku sedang berpuasa!’



Sesungguhnya manusia terlupa bahawa al Quran Kalamullah sangatlah berkaitan dengan Ramadhan tersebut, dengan tanpa membicarakan kaitan langsung ini maka berpuasa itu tidak lagi terletak diatas tapak asasnya. Sebenarnya manusia itu mahu terus terusan berpegang kepada tradisi nenek moyang. Amalan berpuasa saban tahun sekadar ikut ikutan berlapar dahaga tanpa Ruh Ramadhan yang sepatutnya terlebih dahulu diyakini dan di ikuti. Ruhnya Ramadhan yang dimaksudkan ialah al Quran nulKareem! Sesungguhnya segala amal ibadat termasuk ilmunya adalah berlandaskan Kalamullah-Kitabullah, apa lagi berpuasa dibulan Ramadhan itu kerana al Quran itu sendiri turun dibulan tersebut, yang disebut Nuzul al Quran!



‘Hai nafsu, mengapa kamu bergelojak, kerana aku ini sedang berpuasa!



Manusia itu tidak berasa khuatir, walaupun sebenarnya dibulan Ramadhan ini sifat dan sikap pendustaan dan berolok olok ketika berpuasa itu tersangat ketara dilakukan. Kepada kebanyakan orang amalan berpuasa hanyalah adat budaya turun temurun dan bagi peniaga mengambil peluang mengaut keuntungan berlipat ganda. Mampukah berlapar dahaga itu untuk merasakan kepayahan dan kesusahan mereka yang miskin dan fakir, tetapi penganan untuk berbuka disediakan bertimbun timbun dihadapan mata sementara menunggu azan mahgrib bergema? Bagaimana pula dengan persiapan pakaian baru sedondon yang ditempah berpasang pasang dan rumah sudah dibaik pulih serta dicat baru beserta dengan perabut dan perhiasan baru sebelum lagi Ramadhan? Manusia berharap secara otomatis dirinya berhasil meraih kemenangan dan keberuntungan yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan sekadar berada didalam bulan Ramadhan tersebut

Manakala bagaimanakah kedudukan serta peranan pemerintah negara yang menjadikan Islam itu sebagai agama rasmi didalam perlembagaan. Berjayakah kesucian agama itu dipertahankan dengan pembentukan skuad khas untuk menangkap orang orang Melayu daripada memasuki pusat pusat hiburan atau pun makan dikhalayak ramai disiang hari? Cukupkah memuliakan agama itu hanya dengan menganjurkan Majlis Tilawah dan mengisytiharkan satu hari cuti umum sempena Nuzul al Quran?



“Mereka hendak menipu Allah dan orang orang yang beriman, pada hal mereka tiada menipu (orang lain) hanya diri sendiri tetapi mereka tiada sedar”



Sesungguhnya Allah SWT itu bertepatan dengan menurunkan KalamNYA dibulan Ramadhan supaya manusia itu sentiasa berada didalam keadaan fitrahnya, iaitu suci bersih sentiasa! Sehubungan itulah semestinya menjadikan al Quran sebagai landasan kehidupan. Seperti yang disebutkan diatas, Allah SWT menjanjikan keberuntungan dan kejayaan dengan berhari raya. Persoalannya, apakah hari raya yang disambut itu menepati Kehendak Tuhan? Jawabanya memerlukan penilaian bagaimanakah hubungan al Quran dan Ramadhan itu sebagai berpuasa berjaya mengekang iblis syaitan serta hawa nafsu. Beriman kepada Kitabullah itu bukan sekadar membacanya sampai khatam, berpuasa itu bukanlah semata berlapar dahaga seperti adat dan budaya, manakalah idul fitri itu adalah suci serta bersih adanya!



“Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama (Allah), serta condong kepadanya. Itulah agama Allah yang dijadikanNya manusia sesuai dengannya. Tiadalah bertukar perbuatan Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui”



Sesungguhnya kebanyakan manusia itu mengagamakan agama secara rekayasa, serta menduga duga keIslaman dengan rasa rasa, lalu berakal akal bersama ilmu fikir fikirnya, malahan terikut ikut beramal ibadat dan mengada ngadakan iman didalam dada, maka bersangka sangka taqwa didalam hati ...



Kepada orang beriman dengan al Quran itu didatangkan Allah SWT pengajaran sebagai pelajaran dariNYA. Ramadhan turunnya Kalamullah, al Quran nulKareem dan puasanya itu untuk Tuhannya



Selamat berpuasa!, (dan selamat berhari raya)



(Nota : Tajuk ‘SATU MESSAGE ......’ yang diterbitkan sebelum ini mungkin kita ulas sedikit masa lagi, itu pun tengok tengok le dulu!!!)

Selasa, 12 Julai 2011

SATU MASSAGE ...


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


[Diterbitkan message daripada Tuan Sahrudin Cipayung. Terserah kepada pemahaman para Ikhwan pengunjung terhadapnya. Khalifahhimpass tidak terikat dengan apa yang diperkatakan, dan pada terbitan akan datang kita akan membicarakan dengan tahap kewajaran - ayahIssa]


Ilmu kajidiri ---> untuk mengenal diri ---> agar tahu diri --- dan sadar diri.Kenalilah diri yang nyata baru menal Tuhan yang nyata.Kalau tdk mengal diri yang nyata tidak akan pernah tahu tunan yang nyata. Bagaimana melihat diri.?????Jagalah hati dan berishkan hati dari segala perbuatan yang meruak hati.!!!!!!


Hati yang bersih akan ada cahaya (sinar/Aura) dan akan tahu kebenaran yang nyata, karena ketajaman Mata hati .


ttd Sahrudin 081386480007 www.kiblatdunia.blogspot.com Dan ini tambahanya semoga dapat memahami "KEBENARAN" yang abadi:


Pandangan-Pandangan /Kajian: -------------------------------------

***Kajian dari para sufi (orang yang memiliki ketajaman mata hati)


Tentang Ratu Adil, Imam Mahdi, Satriyo Piningit Ratu Adil juga yang disebut dengan istilah lmam Mahdi, atau disebut Satrio Piningit. yang jelas dan pasti bahwa RATU ADIL adalah Rasa dengan Ruh yang menyatu dengan Kang Maha Nyuwiji marang Kang Maha Tunggal. IMAM MAHDI. imam adalah pemimpin mahdi adalah yang didalam petunjuk dan memberi petunjuk. satriya piningit. satriya adalah pintu. Pintu yang pembuka kematian. Pintunya mati. Pintu akherat. Pintu menuju Tuhan. Pintu yang menunjukkan perihal MengadaNya Dzat Tuhan. Pintu kebahagian dan ketentraman hidup. ilmu yang menujukkan keberadan hakekat manusia yang hakekat manusia adalah dari fitrah Allah Sendiri, ilmu yang menunjukkan keberadaan Diri Dzat Tuhan, Yang Allah NamaNya yang Al-Ghaib (Al=makrifah -jelas, seandainya barang jelas ini mangga dan yang ini rambutan -dari rasanya. jelas dapat dirasakan namun Satu. Satu-satuNya Dzat Yang Mutlak) inilah yang diajarkan –yang ditunjukkan. mengembalikan hakekat Wahyu.


wahyu adalah bisikan. bisikan perihal Keberadaan Mengadanya Dzatullah sehingga hati tidak Buta. Siapa yang didunia ini buta, maka di Akherat akan lebih buta dan lebih sesat jalannya (al-ayah). ingatlah sesungguhnya yang buta bukan mata, namun hati yang ada didalam dada (al-ayat). jelasnya bahwa Al-Mahdi memiliki tugas mengembalikan Hak Allah (untuk dikenali dengan sebenar-benarnya kenal) dan mengembalikan hak-hak Junjungan Nabi Muhammad SAW dan Nabi-nabi dan rasul2 sebelumnya yang ajarananya perihal inti wahyu adalah sama sama sekali tidak beda. hanya kitabnya saja berbeda. tapi yang di Wahyukan "sama persis”, sekali lagi sama persis" perihal menunjukkan Adanya Dzat Tuhan yang harus dikenali. inilah yang tersembunyi selama ini.didustai. nuwun. terserah anda ataupun siapaun percaya atau tidak, yang jelas Imam Mahdi bukan sekedar figur yang selama ini difahami orang-orang kebayakan. namun ada ajaran "ketauhid-dan" yang telah diustakan. ditenggelamkan. dan benar sekali keluar masuk gerbang pemerintah, bersosial, bermasyarakat tapi tidak ada yang melihat karena memang tidak ingin dilihat dan terpublikasikan. biar siliring Kudrat iradat Allah yang menghendaki. tapi yakinlah sudah hampir saatnya kemunculannya. siapapun boleh mengaku. tapi yang jelas tertutup rapi dengan kriteri dan data yang sangat obyektif atas keberadaan beliau. sumonggo. sejarah telah semenjak Nabi SAW seda jalur ke-Mahdian telah ditenggelamkan.


Ahlul bayt kanjeng Nabi dibantai dikejar-kejar ketulo-telo hingga sampai ke bumi nusantara. sejarah ini kami terima rante marante tidak dari buku/kitab dan dari penuturan siapapun kecuali dari sumber yang rante-marante, tidak terputus sama sekali dari tutur tinutur yang bersambung –sambung menyambung yang kami yakini ke obyektifannya. Namun tidak dipublikasikan karena memang tidak ingin terpublikasikan. Sudah terlanjur disalahpahami. Tidak pernah menampakkan diri sampai batas waktu yang atas kehendak Tuhan akan dimunculkan (jika benar-benar muncul akankah umat manusia menerimanya???). apalagi saat kemunculannya belum dikehendaki oleh Allah. Jika yang menghendaki manusia saya yakin manusia tidak akan bisa menerima penjelasan atas kebenaran Al-Haq min rabbika. Apalagi saat tidak sesuai dengan kriteria daya cipta manusia.


Keberadaan IMAM MAHDI, yang demikian disakralkan. Fenomena tanpa henti, akibat keterpurukan umat manusia saat ini akan membuka kesejatian diri sampai ada sinyal dari Tuhan Piyambak. namun entah sampai kapan sinyal tersebut akan ditampakkan. karena sebenarnya kami juga sudah jenuh melihat dan memperhatiakan keadaan dan situasi ini. Tapi akankah umat manusia akan menerima kebenaran ini. Atau malah akan menambah kotoran yang memang sudah kotor; mencaci, memfitnah, atau malah membunuh, seperti yang telah dialami Sayyidina Ali, ra, sayyidina Hasan, sayidina Husain (dicincang), Sayidina Zainal Abidin dan seterusnya. Yang mereka-mereka ini sungguh merupakan putra-putra kanjeng Nabi yang melalui Sayidina Ali dan sayidah Fatimah putri Nabi SAW.


Saran saya carilah "ilmu" yang menunjukkan perihal mengadanya Diri Dzatullah Yang Al-Ghayb, Yang Allah NamaNya, Yang Mutlak, yang pasti dan jelas. karena itulah hekakat Wahyu. maka anda pasti akan mendekati keberadaan Al-Mahdi, ya ratu adil, ya satriyo piningit. karena beliau ini sama sekali tidak akan pernah berani mengaku sebagai al-Mahdi, sebagai Ratu Adil atau sebagai apapun, namun hanya menjalankan amanah dan perintah dari Guru sebelumnya yang rantai silsilahnya tidak pernah terputus sama sekali dari nabi SAW sampai kiyamat nanti. inilah sesungguhnya makna Khulafaur Rasidin. Jadi permasalahannya bukan masalah kepemimpinan pemerintahan. Namun perihal tugas menjelaskan al-Kitab, al-hikmah dan An-Nubuwah, sehingga bagaimana menjadi rabbaniyyin. Namun demikian karena kekhawatiran dan ketakutan bagi mereka yang ambisi terhadap kekuasaan, maka generasi yang ditunjuk Nabi untuk membuka tabir memanusiakan manusia dengan membuka hakekat fitrah yang asal fitrah dari fitrahNya Allah sendiripun di bantai. Padahal meraka-mereka ini adalah putra-putu-cicit beliau. Tapi sering (selalu) dianggap dan ditanggapi sambil lalu. Kalau memang umat manusia mengidamkan atas kedatangan Ratu Adil yang membawa kebahagian, ketentraman, kedamaian, maka sudah semestinya membuka hati nurani (hati nurani yang terbuka) adalah hati nurani yang berfungsi. Hati nurani yang berfungsi adalah hati nurani yang tercahayai. Dan hati nurani yang tercahayai adalah hati yang telah mengenali MengadaNya Dzatullah yang mengenali dari yang berhak menunjukinya.


Saat Nabi Ngendikan atas adanya suatu zaman al-Mahdi di akhir zaman untuk mengembalikan Hak Allah dan Hak-hak beliau agar kembali ke tempatnya semula, diakhir zaman dikarenakan beliau sudah melihat akan adanya kejahatan dengan merajalelanya fitnah, pembunuhan, pembantaian yang luar biasa atas mantunya, putrinya, putu dan cucu serta cicit beliau.


Semoga menjadi bahan renungan kita, dengan hati yang jernih dan bening jauh dari emosional. Tulisan ini tidak meminta untuk diterima. Semua tergantung dari diri kita masing-masing. Namun semiga Allah memberikan hidayah kepada kita semua. Dan negara ini segara diwujudkan menjadi negara yang tata titi tentrem karta raharja. Toyyibatun warrubun ghafur…amiin.