IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Jumaat, 24 September 2010

MENGENALI IBLIS SYAITAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA BAGI KAMU


Sesungguhnya Allah SWT menyuruh agar manusia itu tidak bermusuh musuh sesama mereka, malahan agar sentiasa berlaku ihsan walaupun kepada musuh supaya dengan demikian mereka kembali kepada persatuan dan perpaduan yang dianjurkan oleh Tuhan melalui PerlembagaanNya iaitu al Quran nulKareem.


“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) itu dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia” {41:34}


Tetapi sangat berbeza perihal permusuhan antara manusia dengan iblis dan syaitan, Allah SWT memerintahkan agar manusia bermohon perlindungan kepadaNya, kerana iblis dan syaitan itu tidak mungkin akan menerima sikap ihsan malahan mereka sentiasa berharapkan kecelakaan dan kehancuran manusia.


“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi mu, maka perlakukanlah dia sebagai musuh mu kerana sesungguhnya syaitan hanya mengajak golongannya agar menjadi penghuni neraka yang menyala nyala” {35:6}


Sesungguhnya sikap iblis syaitan ini adalah lanjutan daripada permusuhan iblis dengan datuk manusia iaitu Nabi Adam as. Iblis mendustai Adam dan Hawa, seterusnya bersumpah berrencana jahat terhadap anak cucunya sehingga kehari kiamat. Iblis syaitan mengajak manusia menjadi sesat seperti mana ia sesat.


“Iblis berkata: Ya Tuhan ku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) dibumi dan pasti aku akan menyesat mereka semuanya” {15:39}


Maka Allah memerintahkan agar manusia itu bermohon perlindungan dariNya dengan mengajarkan Kalimah Isti’azah (memohon perlindungan) :-


“A’uzubillahiminash syitonirrojim – Aku mohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam. As-syaitan menurut bahasa Arab adalah daripada perkataan syaitan yang maksudnya ‘jauh’ yang membawa makna jauh daripada segala kebaikan dan kebenaran. Tiada kebenaran selain Kitabullah-Kalamullah!


Sesungguhnya Allah menggarapkan didalam al Quran bahawa iblis syaitan itu sebagai makhluk yang dikutuk (laknat) serta direjam lantaran engkar kepada perintahNya :-


“Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang bintang, dan Kami jadikan bintang bintang itu alat alat perejam syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang bernyala nyala” {67:5}


Isti’azah bermaksud doa bermohon perlindungan kepada Allah daripada segala jenis makhluk yang jahat. al Quran itu sebagai petunjuk dan rahmat dari Tuhan dan wajib untuk beriman kepadanya, membaca dan menyampaikan Kalam kalam Tuhan kepada seluruh manusia adalah berupa perintah jihad jiwa raga yakni menegakkan Kalimah Allah SWT diatas muka bumi ini. Sewajarnyalah manusia itu hanya bermohon kepada Allah perlindungan didalam segala hal berjihad tersebut.


“Apabila kamu (akan) membaca al Quran, maka hendaklah kamu memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam” {16:98}


Pastilah barangsiapa yang berkalamkan Kalam Kalam Tuhan mengajak manusia untuk kembali kepada Allah dan RasulNya mendapat tentangan fizikal dan mental daripada iblis syaitan dan konco konconya termasuklah manusia. Maka hanyalah kepada Allah SWT bermohon pertolongan dan perlindungan. Jika perkataan syaitan yang maksudnya ‘jauh’, namun manusia itu sebenarnya terlalu dekat dengan Allah SWT seperti firmannya:-


“Dan sungguh, Kami telah menciptakan mannusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” {50:16}


Sesungguhnya iblis syaitan itu tidak dapat dilihat oleh manusia, namun Allah SWT berfirmankan bahawa “Sesungguhnya syaitan itu bagi kamu adalah musuh yang nyata!” Allah SWT mahu pun Nabi Muhammad SAW tidak memberikan penjelasan tentang rupa, wajah dan bentuk iblis syaitan itu melainkan keterangan tentang sikap dan karektornya yang berbuat kejahatan dan mengajak kepada kemungkaran serta maksiat. Iblis bersikap bodoh sombong, bongkak dan tidak mahu tunduk kepada perintah Allah SWT. Keujudan iblis syaitan dan jin itu tidak dapat dilihat oleh pandangan kasar, namun bagi manusia yang mengguna pakai sikap dan karektor mereka itu sesungguhnya telah menzahirkan keghaiban makhluk tersebut nyata dihadapan mata! Sehubungan itu, sesungguhnya manusia seumpama itu bagi kamu adalah sebagai iblis syaitan dan musuh yang nyata bagi kamu.


“Dan demikianlah untuk setiap Nabi Kami menjadikan musuh yang terdiri dari syaitan syaitan manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan yang indah sebagai tipuan. Dan kalau Tuhan menghendaki nescaya mereka tidak akan melakukannya, maka biarkanlah mereka bersama (kebohongan) yang mereka ada adakan” {6:112}


Untuk mengenali siapa dan bagaimanakah syaitan syaitan manusia itu ialah mereka akan berpaling malahan menjadi penentang apabila Kalam Tuhan itu dibacakan. Mereka akan menabur tohmah dan fitnah, gila dan sesat, memulau dan menyisihkan malahan memerangi, ditangkap dan dibunuh orang orang yang menyampaikan kebenaran Kalam kalam Tuhan. Sepertilah iblis, mereka tidak mahu tunduk patuh kepada perintah Allah dengan tidak mahu tunduk kepada Rasul yang dijadikanNya sebagai Khalifah.


Sesungguhnya yang sedemikian telah berlaku dahulu, sesungguhnya dimasa akan datang pasti juga akan berlaku yang sedemikian; yang dahulu dan yang akan datang itu sekarang sedang berlaku juga yang sedemikian itu! Maka setiap kali didatangkan oleh Allah SWT seorang UtusanNya membawakan kebenaran Kalam Tuhan pastilah iblis syatan dan konco konconya syaitan syaitan manusia membuat penentangan pelbagai cara.


“Dan jika syaitan mengganggu mu dengan sesuatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” {41:36}


Sehubungan itu, maka teruskanlah seruan mengajak manusia untuk kembali kepada Allah dan Rasul melalui Kalam kalamNya. Tidak ada istilah gentar dan takut kepada iblis syaitan dan jin yang tidak kelihatan itu serta kepada manusia manusia syaitan yang sangat nyata dipandangan kerana Allah SWT pasti memberikan perlindungan dan hanyalah Allah SWT yang Maha Pelindung! Sesungguhnya janji kemenangan daripada Allah itu Maha benar. Walaupun jumlah kamu sedikit, Allah akan mendatangkan para malaikat bagi menolong mu!!!


“Ya! (cukup), jika kamu bersabar dan bertaqwa ketika mereka datang menyerang kamu dengan tiba tiba, nescaya Allah menolong mu dengan lima ribu malaikatyang memakai tanda. Dan Allah tidak menjadikannya (bantuan itu) melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan) mu, dan hati mu tenang kerananya. Dan tidak ada kemenangan itu selain daripada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” {3:125&126}


Sampaikanlah Ayat ayat Allah SWT sebagai khabar gembira kepada yang beriman dan satu peringatan takut kepada yang engkar, sesungguhnya kamu adalah hanya seorang pemberi peringatan! Kepada yang belum mahu menerima, sambutlah seruan, jabatlah salam dari Tuhan mu yang Maha Penyayang.


Amin amin amin ya muji basa ilin ya Robbal’alamin, Wassalam daripada ayahIssa

Sabtu, 18 September 2010

KHIDIR - PELAJARAN BUAT MANUSIA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ KHIDIR PELAJARAN DARI TUHAN



“Sesungguhnya telah Kami terangkan didalam al Quran ini untuk manusia dengan bermacam macam contoh tetapi kebanyakan manusia enggan, kecuali engkar (kafir) (17:89)


Pengkisahan Musa AS dan Khidir, oleh Allah SWT didalam al Quran sebenarnya memberikan pelajaran kepada manusia itu, bahawasanya manusia diperintahkan oleh Allah SWT agar mengikuti Musa Kalamullah AS sebagai UtusanNya kepada manusia itu.


Sesungguhnya Khidir adalah Nabi Allah yang solleh disisi Tuhan serta mendapat Wahyu dari Allah didalam setiap perlakuannya. Tindakannya adalah didalam makam kesabaran tertinggi sehinggakan Musa sendiri bagai terkeliru. Allah menggarapkan kisah Musa dan Khidir didalam al Quran, sila rujuk Surah al Kahfi 18:66-82. Kesabaran sebenarnya membawa erti melakukan sesuatu itu tanpa akal fikir, hawa nafsu dan rasa rasa melainkan hanya berbuat perintah dan meninggalkan larangan Allah SWT. Sabar diatas perintah dan sabar diatas larangan Tuhan.


Sebegitu hebatnya Khidir disisi Tuhan, namun Allah SWT tidak memerintahkan manusia mengikutnya sebagai umat apa lagi untuk menjadi sepertinya. Kelebihan Khidir yang Khasaf, mampu melihat perkara perkara yang akan datang adalah sebenarnya kekuasaan Tuhan kurniaan kepada hambaNya yang terpilih mengikut kehendakNya semata, namun manusia mahu juga menjadi sepertinya Khidir tersebut lebih lebih lagi tentang khasafnya dia!. Manusia tidak mahu mengambil pelajaran tentang Musa sendiri teruji dengan Allah SWT melalui Khidir tersebut.


Diantara Musa AS dan Khidir, Allah SWT sebenarnya memberikan pelajaran kepada manusia itu, bahawasanya manusia diperintahkan oleh Allah SWT agar mengikuti Musa Kalamullah AS sebagai UtusanNya kepada manusia itu. Kisah Khidir sepatutnya diambil pelajaran oleh manusia, iaitu hanyalah Utusan Allah yang membacakan Kalamullah untuk ditaati dan diikuti, mengapa perlu mencari Khidir dan menjadi pula seperti Khidir? Jadilah umat kepada Utusan Allah dengan tunduk dan patuh kepadanya dengan Kalam Tuhan yang dibacakan.


Sesungguhnya kisah diantara Musa dan Khidir adalah berupa perujian dari Allah SWT untuk dijadikan pelajaran oleh manusia. Apabila sudah didatangkan seorang Utusan Allah SWT yang membawakan al Quran sebagai petunjuk dan rahmat Tuhan, sewajarnya manusia itu mengerti bahawa tiada lagi kelebihan mahu pun keajaiban (mukjizat) diatas muka bumi ini. Sepatutnya tidak timbul lagi persoalan salah dan silap kerana tiada selain kebenaran itu melainkan Kalam Tuhan yang disampaikan itu. Maka diatas muka bumi ini tidak ada seseorang pun melalui fizikal dan mentalnya mampu mempertunjuki mahu pun memberikan rahmat sekiranya tidak membacakan dan menyampaikan al Quran sebagai landasan dan panduan. Tiada seseorang mahu pun suatu petunjuk yang sebenarnya benar selain dari al Quran itu untuk menjadi ikutan dan wajib dipatuhi oleh keseluruhan manusia.


Maka bukanlah perdebatan pidato dan kewarakkan perwatakan malahan bukan juga peribadatan termasuk amalan, upacara dan zikir apa lagi gelaran makam khalifah pengajian, tok guru, sheikh perguruan serta kedudukan jawatan sebagai mufti, khadi, ustaz dijadikan kayu pengukur terhadap keimanan dan ketaqwaan kepada Allah seandainya perpaling dan menentang Kalam kalam Tuhan yang telah sampai kepada kepada seseorang itu. Sesungguhnya pengkisahan Khidir adalah sebagai pelajaran kepada manusia yang mahu mengambil pelajaran dari Allah SWT.


Demikianlah, dari dahulu hinggalah kemasa akan datang, malahan sekarang ini manusia terbukti masih sedemikian juga sukanya. Apabila didatangkan seorang Utusan dengan membacakan Kalam kalam Tuhan mereka akan berpaling dan menentang malahan akan memeranginya pula! Tanggapan mereka Utusan yang didatangkan itu mestilah membawa keajaiban dan kelebihan seperti Khidir malah sehinggakan dituntut Malaikat pula yang didatangkan. Manusia terlupa bahawa makam Khidir tidak mungkin tercapai olehnya , apa lagi untuk menjadi seperti Malaikat tersebut.


Apabila sudah didatangkan al Quran kepada kamu, maka berpegang teguhlah kamu kepadanya disepanjang penghidupan. Sewajarnyalah setiap Khalifah perguruan, Kiyai, Tok Guru pondok, Sheikh pengajian, Ustaz Jabatan, penceramah dan pendakwah bebas termasuk murid dan pengikut perguruan atau pengajian menerima al Quran yang merupakan petunjuk dan rahmat dari Tuhan tanpa sedikit pun keraguan mahu pun kesangsian. Sesungguhnya Kalam kalam Tuhan lebih termulia untuk diutama dan didahulukan. Maka adalah perintah Allah SWT agar meneruskan pula membuat seruan dan mengajak manusia kembali kepada Allah melalui KalamNya. Sesungguhnya kamu juga adalah sebagai seorang pemberi khabar gembira dan peringatan kepada manusia dengan membacakan Kalam kalam Tuhan, mengajak manusia kembali kepada Allah SWT melalui kalimat kalimatNya. Sesungguhnya Ayat ayat Allah SWT adalah jalan yang lurus lagi benar sudah terbentang luas untuk ditaati dan diikuti oleh keseluruhan manusia! Tiada jalan lain untuk mencari dan menemui Tuhan!


Namun, manusia itu masih beranggapan ada lagi kelebihan selain Utusan Allah yang didatangkan kepadanya membawa al Quran yang yang tersangat mulia itu. Mereka mengakui beriman kepada Rukun Iman yang enam, tetapi dengan tidaknya percaya dan beriman kepada Kalam Tuhan yang disampaikan sesungguhnya mereka menjadi munafiq, fasiq malahan telah kufur kepada Allah SWT. Mereka ingin dan mahu malah mengethaui bahawa hanya kepada Allah tempat berpulang tetapi meletakkan perjalanan menuju kepadaNya mengikut akal fikir dan rasa rasa mereka sendiri melalui perguruan dan pengajian yang ujud beberapa upacara dan amalan berupa bidaah yang diada adakan belaka. Situasi sebelum datangnya al Quran kepada manusia, berbagai anggapan dan fahaman untuk mencari Tuhan termasuk mahu mengikut Khidir dan menjadi sepertinya sewajarnya ditinggalkan. Khidir yang begitu mulia disisi Tuhan mahu dicari dan ingin menjadi sepertinya untuk kepada Allah SWT, sedangkan Utusan Allah yang didatangkan membacakan Kalam Tuhan diengkari dan ditentang!


Manusia itu secara suka sukanya tidak mampu memiliki kelebihan apa lagi untuk menjadi Khidir. Khidir adalah perujian kepada manusia daripada Allah SWT kepada Musa AS dan kisah tersebut adalah pelajaran dari Tuhan kepada hamba hambaNya. Pastinya manusia itu terbeban untuk mengikuti Khidir dan tiada siapa pun yang akan menyanggupinya menjadi Khidir, sehinggakan Musa sendiri bagaikan terkeliru. Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan manusia itu taat patuh kepada utusanNya kerana hanya UtusanNya sahaja yang membawa petunjuk atau jalan untuk menemui Tuhan! Maka taat dan patuhlah kepada Utusan Allah SWT kerana utusan itu hanya membacakan al Quran kepada manusia sebagai petunjuk dan rahmat dari Tuhan.


Melalui KalamNya pastilah membawa pertemuan dengan yang Empunya Kalam itu. Berilmu, beramal dan berimanlah semata mata dengan petunjuk dan rahmat daripada Kalam Tuhan yang sudah sampai dan dibacakan kepada kamu sekarang ini!


Secara nyatanya, benarlah apa juga yang ada kepada manusia itu walau apa pun fahaman dan caranya mereka untuk mencari Tuhan itu, samada secara perguruan dan pengajian mahu pun yang berbentuk amalan dan upacara tertentu. Sesungguhnya bagi Allah SWT hanya satu jalan yang disediakan untuk manusia itu kembali menemuiNya, maka diturunkanNya al Quran nulKareem sebagai panduan. Demikian itulah Allah SWT mendatangkan seorang UtusanNya dari kalangan manusia sendiri membacakan Kalam kalamNya sebagai petunjuk dan rahmat dariNya kepada manusia diatas muka ini. Allah SWT memerintahkan agar manusia itu beriman kepadaNya (dan Rukun Iman) melalui Kalam KalamNya tersebut.


Wahai manusia, marilah kembali kepada Allah SWT semata mata melalui Kalamnya, sesungguhnya janganlah terkeliru memanjang masa untuk mencari Khidir apa tah lagi untuk menjadi sepertinya. Sungguh banyak pengkisahan daripada Allah didalam al Quran, semoga manusia mahu mengambil pelajaran darinya. “Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada mu beberapa ayat yang terang dan contoh teladan dari orang orang yang terdahulu sebelum kamu dan pengajaran bagi orang orang yang taqwa (24:34)


Amin amin amin ya muji basa ilin ya Robbalalamin


Wassalam daripada ayahIssa


Sabtu, 11 September 2010

SALAM IDUL FITRI

SYAWAL 1431 H


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Seluruh umat menyambut dan meraikan kemenangan setelah berpuasa sebulan Ramadhan dengan bergembira di hari raya.


Manusia mengukur kemenangan itu dengan berbaju baru, kelengkapan rumah baru, juadah yang beraneka ragam, rumah terbuka, siaran tv yang 24 jam menyanyi serta menari dan sebagainya sehinggakan berlanjutan selama sebulan Syawal!


Sesudah diberitakan didalam RAMADHAN OH! RAMADHAN didalam terbitan bulan lalu, bermula pesta sedari 15 Sya’aban, maka adalah sebulan Syawal ini sebagai kemuncaknya pesta bagi manusia ………


Begitu puasa yang dipuasakan, begitu raya yang dirayakan kerana sesungguhnya begitulah agama yang di agamakan. oleh manusia.


Apabila dikatakan kemenangan, sedemikian itukah kemenangan yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hamba hambaNya???


“Sesungguhnya telah menang orang orang yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk didalam sholatnya. Dan mereka yang berpaling dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna [23-1-3]


Namun apabila dibacakan Kalam Tuhan sebagai dalil keterangan, manusia itu berpaling dan menentang. Sesungguhnya manusia itu tidak mahu mengambil pelajaran dari Tuhan.


ana hanyalah seorang pemberi khabar gembira dan peringatan dengan Kalam kalam dari Tuhan.


Selamat Hari Raya idul Fitri, Maaf Dzahir dan Bathin kepada Ikhwan Muslimin Muslimat walau dimana berada.


Sekian, Wassalam - ayahIssa

Selasa, 7 September 2010

MALAM QADAR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Lailatul Qadar, iaitu Malam Kemuliaan, hanya dalam satu malam sahaja kemuliaannya melebihi dengan seribu bulan. Kira congaknya kalau mengikut kelaziman usia manusia zaman ini ianya dapat mencakup seumur hidup seseorang itu. Cuba anda buat matematiknya. Kalaulah mendapat seseorang itu dengan Malam Qadar, maka berolehlah kemuliaan akan dia buat sepanjang hayatnya!


Demikianlah manusia itu difahamkan oleh ustaz dan tok guru. Malam Qadar itu berlakunya dibulan Ramadhan al Mubarak. Maka manusia itu digalakkan untuk banyak beramal ibadat bagi menemui Malam Qadar tersebut. Diceritakan bahawa dimalam tersebut akan berlaku perkara miracle seperti pokok pokok akan sujud kebumi seolah olah tumbang atau pun air sungai akan beku seperti ais dan berbagai bagai kejadian pelik dan ajaib, maka barangsiapa menemuinya, jika berbuat permohonan hajat seperti mahukan kekayaan dan kemewahan ianya akan dimakbulkan oleh Tuhan!


Oleh itu, kelihatanlah manusia berlumba lumba melakukan amalan dimalam malam Ramadhan dengan qiamulail, tadarus al Quran, berzikir dan sebangainya berharapkan agar menemui Malam Qadar tersebut untuk bermohonkan hajat hajatnya yang tersendiri. Demikianlah ana dizaman jahiliyah, pernah bermalam dimasjid dengan hanya diterangi cahaya sebatang lilin menunggu Malam Qadar, tetapi akhirnya keluar dari masjid kerana tidak tahan dengan gigitan nyamuk yang berbulu banyaknya!


“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al Quran) pada malam Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan [97:1-3]


Sesungguhnya bulan Ramadhan itu dimuliakan oleh Allah SWT dan satu satunya bulan yang disebutNya didalam al Quran. Dibulan Ramadhan itulah adanya satu malam iaitu Malam Qadar; malam kemulian yang melebihi seribu bulan. Dimalam itulah permulaanya turun al Quran yang mulia sehinggakan tiada lagi kemuliaan selain daripadanya. al Quran itulah mukjizat (miracle ), keajaiban dan kemuliaan yang mengandungi petunjuk dan rahmat Allah kepada seluruh alam dan isi dunia tujuh petala langit dan tujuh petala bumi! Tidak ada kemuliaan yang selain dari al Quran itu.


Manusia itu beranggapan bahawa al Quran itu boleh diperolehi bila mana kamu yang mempelajarinya dengan ongkos yang kamu ada sehinggakan berilmu tinggi, mendapat sijil dan ijazah dari dalam dan luar negeri. Begitu juga yang sekurang kurangnya disebut 4 Senawi, kebanyakan mereka itu berjawatan khusus didalam keagamaan seperti yang beri gelaran al hafiz, ustaz/zah, pendakwah dan penceramah, pandai mengaji dengan kemerduan suara dan bertaranum dikhalayak ramai atau yang bersekolah mengaji pondok dan pandai berbahasa arab. Mereka telah memperolehi al Quran tanpa Lailatul Qadar! Kebayakan manusia itu beranggapan Malam Qadar yang turunnya al Quran itu telah berlaku kepada Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun. Benarlah! Namun apakah Jibril AS selaku Ketua Malaikat dan menyampaikan Wahyu Allah kini sudah tidak bekerja lagi dan sedang menikmati skim pencen yang lumayan dari Tuhan ketika ini? Mereka mereka claim sebegitu dengan mengatakan wahyu itu tidak ada lagi dan Utusan Tuhan juga tidak ada lagi kerana kewafatan Muhammad SAW, walaupun didalam sabda baginda menyebut ‘Tidak ada nabi sesudah aku, tetapi pasti ada penganti penganti ku!’


“Katakanlah : Barangsiapa menjadi musuh bagi Jibril, maka sesungguhnya Jibril itu menurunkan al Quran kedalam hati engkau dengan izin Allah, serta membenarkan yang sebelumnya dan menjadi petunjuk dan khabar gembira bagi orang orang yang beriman [2:97]


Apabila sekarang ini ada seseorang makanik kereta, seorang drebar lori, seorang peniga, seorang kontraktor, seorang pekerja dikelab golf mahu pun seorang doktor, seorang jurutera atau seorang peguam yang kononnya bukan berlatar belakangkan pendidikan agama seperti mereka yang diatas membacakan al Quran, lalu dituduh menyeleweng, gila dan sesat! Samalah sepertinya seorang yang miskin, sebagai anak angkat atau seseorang yang dilahirkan tanpa bapa mahu pun seorang gembala kambing ditentang, diperangi malahan dibunuh semata mata membacakan Kalam Kalam Tuhan! Bagi mereka tidak layak orang orang sedemikian itu membicarakan urusan agama selain daripada diri mereka sendiri.


Sesungguhnya al Quran itu diturunkan oleh Allah SWT kepada mereka mereka yang mahu menerimanya diatas izin dan kehendakNya jua. Jibril AS masih tetap menjalankan tugas dan amanah Tuhannya sehingga kehari akhirat Siapa pun seseorang itu, Allah SWT jualah yang menentukan ianya berimankepadaNya dan Dia jugalah yang menyesatkan melalui KalamNya.. Bukanlah seperti yang diakal fikir dan pandangan manusia yang sejajar dengan sijil atau ijazah mahu pun jawatan seseorang itu maka mereka itu sudah menerima Kitab dari Tuhan.


Kelihatan ternyata tidak ada unsur kerohanian manusia itu kepada al Quran, sebaliknya jika perkara yang diada adakan oleh nenek moyang, mereka itu menyambut kedatangan Lailatul Qadar seperti sebagai satu upacara khusus pula. Dipasang lampu (pelita) jalan menuju kerumah dan disekeling rumah agar malaikat membawa keajaiban mudah berkunjung! Sedangkan al Quran dijadikan sekadar teks bacaan khatam 30 juz sebulan Ramadhan kerana berharapkan fadhilat 70,000 ganda pahala. Maka sesungguhnya, pastilah bukan naskah al Quran yang dibaca olehnya itu turun kepada mereka diMalam Qadar! Tiada selainnya yang mereka amalkan melainkan bida’ah dan khurafat belaka. Pastinya tidak akan beroleh manusia itu kemuliaan Malam Qadar seandainya kemuliaan al Quran nulKareem itu tidak diendah dan tidak dipedulikan!


Sesungguhnya berpuasa itu adalah mengekang hawa nafsu termasuklah makan dan minum disiang hari dibulan Ramadhan. Puasa itu hanya wajib kepada manusia yang beriman, maka tanpa beriman kepada al Quran puasa yang dikerjakan hanyalah sia sia belaka yang hanya mendapat rasa lapar dan dahaga. al Quran itu sebagai petunjuk dan rahmat kepada manusia, mengajar untuk mengekang hawa nafsu bukan sahaja khusus dibulan Ramadhan, oleh itu sesiapa yang mengekang hawa nafsunya berpandukan al Quran maka berpuasalah dia sepanjang tahun, berolehlah dia kemuliaan melebih 1000 bulan yang dijanjikan oleh Allah SWT! Setiap bulan itu Ramadhan baginya maka seumur hidup manusia itu berada didalam kemuliaan yang dijanjikan oleh Tuhannya.


“Haamiim. Demi Kitab yang nyata. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada malam yang berkat, sungguh Kami memberi peringatan (kepada manusia). Pada malam itu diselesaikan tiap tiap urusan yang mempunyai nikmat. Sebagai perintah dari sisi Kami. Sungguh Kami mengutus (beberapa Rasul) Sebagai rahmat dari Tuhan mu. Sungguh Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Tuhan langit dan bumi; dan apa apa yang diantaranya, jika kamu berhati yakin [44:1-7]


Sesungguhnya kemuliaan al Quran itu adalah Qodeem, satu satunya mukjizat sehingga kehari akhirat. Terdahulu, sekarang dan akan datang tetap sebagai Kitabullah Kalamullah ; sekarang juga Kitabullah Kalamullah! Maka tidak ada Malam Qadar tanpa al Quran, Tidak ada kemuliaan tanpa Kalam Tuhan! Tulisan ini diterbitkan hujung Ramadhan selaku pertanyaan apakah sudah bertemu Kemuliaan Laitul Qadar seperti keinginan atau sudah sampai al Quran yang sangat mulia itu; semoga berolehlah KEMULIAAN itu. Amin, amin, amin ya muji basa ilin, ya Robbal’alamin. Wassalam daripada ayahIssa