بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
وَإِذَا سَمِعُواْ مَا أُنزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَى أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُواْ مِنَ الْحَقِّ يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
Menghampiri tiga minggu kita menyambut tahun baru 1430 Hijrah bersama dengan seribu pengharapan agar umat Islam dapat berhijrah daripada penindasan kepada keadilan, daripada kemunduran kepada kemajuan, daripada kegagalan kepada kejayaan, daripada penjajahan kepada kemerdekaan dan daripada perpecahan kepada perpaduan. Hijrah dalam kehidupan tidak mampu dilakukan melainkan dengan pengorbanan yang berterusan berserta dengan perancangan yang rapi diikuti dengan pelaksanaan yang tersusun dalam memastikan kelangsungannya. Lantaran itu semua sudah pasti tidak dapat dicapai jika tanpa pemimpin yang membawa bersamanya al Quran dan keterangan2nya. Kita dapat lihat dalam penghijrahan yang dirancang oleh Nabi Muhammad SAW begitu teliti dengan matlamat bukan hanya menyelamatkan umat Islam yang tertindas tetapi turut membawa dakwah Islam bersama. Sebagai contohnya dalam arahan penghijrahan yang pertama kebumi Habsyah diketuai oleh sepupu Nabi iaitu Jaafar bin Abi Tolib dimana Nabi Muhammad SAW seperti begitu arif tentang sikap Raja Najjasyi pemerintah Habsyah adalah seorang raja yang baik dan berpegang kepada ajaran Injil yang asal termasuk mengakui bahawa Nabi Isa AS adalah Nabi bukannya Tuhan. Penghijrahan ini begitu berjaya apabila wakil kafir Quraisy Mekah bukan sahaja gagal memujuk Raja Najjasyi agar menyerah semula rombongan Islam malah bila Jaafar bin Abi Tolib membaca surah Maryam telah menyebabkan Raja Najjasyi dan paderi Kristian yang turut hadir dalam suatu majlis perbahasan antara wakil kafir Quraisy dengan rombongan Islam menangis kerana mendengar kebenaran al-Quran dalam menceritakan kehidupan Nabi Isa AS dan ibunya Siti Maryam dan seterusnya mereka memeluk Islam. Itulah kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW dalam merancang strategi hijrah yang mana bukan sahaja selamat daripada penindasan malah dapat mengembangkan dakwah Islam ketika Islam masih belum mempunyai daulah. Berpandukan wahyu Tuhan, pasti Allah memberikan kemenangan didalam setiap perjuangan. Sebaliknya kita pada hari ini dapat menyaksikan betapa banyak negara Islam disekeliling Palestin tetapi penindasan yahudi termasuk yang terbaru mengebom Gazza serta memotong bekalan elektrik dan menyekat bahan api dimana tiada tindakan tegas yang diambil terhadap pengganas dunia itu. Umat Islam Palestin menjadi pelarian yang dipandang hina dinegara saudara sebangsa dan seagama malah yang lebih malang apabila ada umat Islam sendiri menjadi boneka kepada yahudi. Pemimpin2 yang kononnya Islam (ngaku2) hanya sekadar berpandukan citarasa, duga2 dengan akal dan berbicara dengan ilmu kepandaian namun melupakan tuntutan perjuangan dari Tuhan melalui wahyuNya menyebabkan kemelaratan dan kemudharatan terhadap Islam keseluruhannya.
والذين ءامنوا وهاجروا وجــهدوا فى سبيل الله والذين ءاووا ونصروا أولئك هم المؤمنون حقا لهم مغفرة ورزق كريم
“Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia” QS al Anfaal 8:74
Seterusnya kita dapat lihat bagaimana rapinya perancangan sebelum berlakunya hijrah yang lebih besar iaitu ke Madinah di mana Rasulullah SAW bukan sahaja mentarbiah umat Islam diMekah agar sanggup berkorban apa saja untuk Islam malah rakyat Madinah yang bakal menjadi tempat hijrah juga dipastikan memeluk Islam dan juga sanggup berkorban untuk Islam. Rasulullah SAW bertindak melawat khemah-khemah pemimpin arab yang datang keMekah untuk menunaikan haji bagi menyebarkan dakwah Islam dimana didapati pemimpin Bani ‘Amir mahukan janji kesenangan dunia yang dapat dilihat dengan mata sekiranya Islam menang lalu Nabi meninggalkannya. Pemimpin Bani Syaiban pula mengakui Islam adalah benar tetapi bila mendengar kalimah syahadah lalu dia menyatakan bahawa dia tidak mahu mengucapnya kerana yakin bahawa Islam boleh menyebabkan mereka diperangi bukan sahaja oleh puak arab malah oleh kuasa besar dunia. Akhirnya pemimpin Aus dan Khazraj dari Madinah yang bukan sahaja menerima Islam malah sanggup bersumpah taat setia dalam mempertahankan nabi bila berlakunya hijrah nanti disamping sanggup menjadikan Madinah sebagai Daulah Islamiah yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW sendiri dimana bai’ah Aqabah ini berlangsung sebanyak 2 kali. Bila telah ada golongan Muhajirin dan Ansor yang benar2 berserah diri kepada Allah dalam meninggikan kalimah Allah serta telah siap sebuah tempat untuk didirikan Daulah Islamiah maka barulah arahan hijrah diterima oleh Nabi Muhammad SAW. Hijrah yang berjaya ialah bila adanya keyakinan, kesanggupan serta pengorbanan dalam meninggikan syiar Islam di muka bumi ini. Umat yang ngaku2 Islam pada hari ini mempunyai jumlah yang begitu ramai dengan negara sendiri yang agak banyak tetapi bila diseru untuk berhijrah daripada sistem jahiliah kepada Islam, daripada kesesatan kufur kepada kebenaran iman maka umat Islam terbahagi dua dimana ada yang yakin dan ramai pula yang was2, ada yang sanggup dan tidak sedikit yang menolak, ada yang rela berkorban dan tidak kurang yang enggan. Selagi keadaan ini terus berlaku maka kegemilangan dan kejayaan yang dijanjikan oleh Allah masih lambat untuk dicapai. Sesungguhnya penerapan keIslaman kepada hati dan jiwa umat mestilah dilakukan hanya berpandukan al Quran nul Kareem. Pemimpin2 ngaku2 Islam sebenarnya tidak pernah mengajak kepada persatuan dan penyatuan kepada Islam kaffah (keseluruhan) melalui ayat2 Allah melainkan menggunkan daya dan tipu muslihat mereka bagi mengekalkan kehidupan mereka dalam kuasa dan kemewahan dunia. Mata dan jiwa rakyat dibutakan dari Islam bagi melindungi kerakusan pemimpin melakukan penipuan kebenaran dan keadilan Islam. Islam hakiki disembunyikan dengan disogokkan dengan kemasyhuran dan kemewahan atas nama kemajuan, kemodenan dan kecanggihan. Islam hanya pada nama dan kegemilangannya adalah sejarah lampau semata2.
“Hanya yang memakmurkan masjid Allah, ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian serta mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, sedang ia tiada takut melainkan kepad Allah. Mudah2an mereka itu termasuk orang2 yang mendapat petunjuk” QS at Taubah 9:18


Daulah

وَلاَ يَصُدُّنَّكَ عَنْ آيَاتِ اللهِِ بَعْدَ إِذْ أُنزِلَتْ إِلَيْكَ وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ وَلاَ تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalangmu dan (menyampaikan) ayat-ayat Allah sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu. Dan serulah mereka kepada (jalan) Tuhanmu dan janganlah sekali-kali kamu termasuk mereka yang mempersekutukan Allah” QS al Qoshash 28:87. Kembalilah kepada kepimpinan Islam yang sebenarnya yang hanya membacakan al Quran dan keterangannya sebagai melaksanakan hukum2 dan ketentuan dari Tuhan. KHALIFAHhimpass menyeru dan mengajak manusia kembali memperjuangkan tuntutan2 Allah SWT bersama pemimpin yang telah didatangkan bersama ayat2 Tuhan. Sesungguhnya Daulah Islamiah yang telah digagaskan oleh Nabi Muhammad SAW serta khalifah2 terdahulu itu wajib ditegakkan kembali dimuka bumi ini. Datangi dan kunjungilah, marilah bersama menegakkan hukum2 Tuhan diatas muka bumi ini kerana Islam yang dari sisiNya adalah rahmat buat seluruh alam. Berhijrahlah kepada Allah, Rasul dan Pemimpin yang didatangkan membawa kalamullah, al Quran nulKareem ………….
Sekian,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan