IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Sabtu, 9 Januari 2010

KISAH BENAR SIRI VI - Menghina Mahkamah?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

(Kembali menyorot KISAH BENAR sebanyak lima siri keluaran November 2009 yang lalu, terasa terpanggil semula bagi menyambung kisah tersebut. Kebarangkalian untuk bersambung terus dimasa akan datang tidaklah diketahui, namun berikut adalah Siri ke VI)


Sehingga tanggal hari tulisan ini dipostingkan, keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri yang memihak kepada ana dan Ikhwan didalam perbicaraan pada 5 Oktober 2009 yang berkeputusan menggugurkan dakwaan, OKT dilepaskan dengan bebas, wang jaminan dikembalikan dan barangan yang disita antaranya 8 naskah al Quran Terjemahan dipulangkan kepada kami sebenarnya telah tidak terima baik oleh pihak Jabatan Agama Islam yang membuat serbuan dan tangkapan pada 15 November 2008 tempuhari.


Seperti yang dimaklumkan, undang2 dan hukuman ciptaan manusia pasti tidak sesempurnanya hukum Allah SWT yang telah diturunkan olehNya sebagai wahyu melalui Jibril AS kepada Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan sebagai panduan dan landasan kehidupan manusia diatas muka bumi ini. Sesungguhnya undang2 ciptaan manusia adalah bersifat keduniaan semata2, diujudkan untuk kepentingan sesetengah pihak, malah terdapat unsur penganiayaan dan penindasan sesama manusia itu sendiri. Paling mendukacitakan undang2 seumpama baru2 ini telah terbukti tidak mampu mempertahankan hanya sekadar nama Tuhan mereka, yang kononnya mereka sembah! Sudahkah mengenal Allah, atau sekadar mengada2kan Tuhan lalu disembah dan menamakan Tuhan itu Allah, bahkan mengada2kan iman dan taqwa kepada Allah. Sudah tentu golongan2 ini adalah semata mengikut2, Islam celup2an dan yang disebut Islam baka (keturunan).


Sayugia diingatkan satu perkara didalam Perlembagaan Negara iaitu ‘Islam Agama Rasmi Negara’, bukanlah sebagai pengiktirafan bahawa negara ini sebuah Negara Islam seperti yang digembar gemburkan selalunya didalam negara mahu pun keseluruh pelusuk dunia! Memadai diiktiraf sebagai Islam kerana perlembagaan tersebut dan diujudkan sebuah jabatan yang disebut Jabatan Agama Islam, diberi tugas bagi memertabatkan imej dan maruah Islam, bertugas mengembangkan syiar tetapi berlandaskan perundangan dan hukum2 yang dicipta oleh manusia. Perlembagaan Islam yang digubal Allah SWT iaitu al Quran nulKareem hanya dijadikan bacaan dimajlis2 tertentu malahan diberi hadiah lumayan kepada sesiapa yang melagukan dengan kelunakan suara merdunya. Sesorang itu sudah Islam dengan adanya senaskah al Quran didalam almari yang berkunci dirumahnya atau dipejabatnya!


Huraian diatas sebenarnya satu tempelak kepada pihak Jabatan Agama Islam kerana keputusan YA Mahkamah Tinggi Syariah kepada kami tempuhari telah tidak diendahkan oleh mereka sendiri. Mereka sendiri engkar dan khianat kepada undang2 cipataan mereka sendiri!!! Sehingga sekarang kami bagaikan penagih kasihan dan simpati agar keputusan YA Hakim segeralah diterima pakai oleh mereka !Kisah selanjutnya begini, kunjungan Ikhwan, Hj Nay (salah seorang OKT!) dan abang Rosz kepejabat Jabatan Agama Islam, Bahagian Penguatkuasa bersama dengan keputusan mahkamah hanya dipandang oleh mereka umpama kertas surat khabar lama. “Ini urusan kamu dengan mahkamah, dengan kami tak selesai lagi!”, demikian jawab pegawai jabatan tersebut. “Hoi!, mari tengok jab surat ni”, pegawai tersebut memanggil seorang rakan setugasnya. “Tinggu japlah, Siti tengah nyanyi ni!” Rakannya menjawab sambil sedang ashyik nonton tv; ada tv digantung didinding pejabat Jabatan Agama Islam, rupa2nya! Mungkinlah ini yang dinamakan konsep bekerja sambil berhibur! Untuk makluman, pegawai besar berada outsatation hari itu.


Entah hari yang keberapa, melalui kunjungan beberapa orang Ikhwan kepejabat Jabatan Agama Islam tersebut, kali ini langsung sahaja ke Bahagian Pendakwaan kerana ini adalah urusan berkaitan mahkamah namun telah diarahkan pula kedatangan kami mestilah bersama dengan peguam kami untuk menyelesaikan apa yang telah diputuskan mahkamah. Setting date dengan peguam, maka pagi kelmarin, 7 Januari 2010 berkunjunglah kami termasuk ana bersama peguam untuk membuat tuntutan seperti yang diarahkan. Sekali lagi, bagai dipermainkan sahaja oleh mereka; urusan tidak boleh diselesaikan kerana Pegawai Pendakwa berada diluar kawasan, surat dan borang2 yang berkaitan juga tidak dapat diisi kerana berada ditangannya. Berkunjung lagi disebelah petangnya (tanpa peguam), Pegawai Pendakwa pula sedang meeting dan beliau berjanji akan terima kunjungan esuk jam 1130 tengahari!


Berkunjung lagi kami bersama peguam pada tengahari semalam, 8 Januari 2010 dengan harapan urusan dapat dibereskan. Dapatlah kami bertemu dengan Pegawai Pendakwa itu dan berbincang tetapi urusan tidak juga dapat dibereskan kerana barangan tuntutan kami sebenarnya belum sampai kemeja beliau! Barang2 tuntutan termasuk naskah al Quran masih berada ditangan Bahagian Penguatkuasa dan Siasatan! Beliau mendakwa surat arahan untuk membuat penyerahan telah dihantar kebahagian tersebut tetapi belum mendapat tindakbalas! Susah sangat bagi bahagian2 didalam satu jabatan untuk berurusan? Pelik lagi ajaib. Adalah terdengar sekadar cakap2, bahawa Bahagian Penguatkuasa tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah tempuhari.


Almaklumlah, susah payah gerak gempur mereka yang bagaikan satu kejayaan besar untuk menaikkan emej mereka sebagai penjaga agama sebenarnya berlaku sebaliknya. Malulah mereka sebagai Penguatkuasa Undang2 bagai telah melakukan kesilapan kerana kelalaian dan ego mereka sendiri. Sebenarnya bukan ini yang mahu dipertikaikan tetapi kami meyakini bahawa Allah menurunkan al Furqan itu membawa maksudNya yang sebenar bahawa al Quran itu adalah yang membezakan antara yang haq dengan yang bathil! Sebagai Penguakuasa undang2 dan hukuman manusia dijadikan landasan dan dengan mahkamah dijadikan lambang keadilan tertinggi namun mereka sendiri yang engkar dan tidak mentaati apa2 keputusan yang tidak memihak kepada mereka!


Tidakkah mereka menyedari kesilapan diri sendiri? Kami mengakui dan amat meyakini bahawa Allah pasti menjamin keselamatan dan memberikan kemenangan kepada yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. Sesiapa yang berjihad kejalan Allah bersama Rasul dengan ayat2 kalam Tuhan pastilah tidak ada sesiapa pun yang boleh mendatangkan kemudharatan kepadanya. Guna pakailah undang2 ciptaan sendiri, gunakanlah kuasa dan kekayaan yang kamu miliki untuk melakukan penghinaan dan penindasan kepada mereka2 yang beriman dan bertaqwa kepadaNya namun Allah akan memberikan perlindungan kerana hanya dia tempat berlindung. Bagi ana dan seluruh Ikhwan ini adalah semata2 ujian dan cubaan dari Allah SWT dalam perjuangan jihad menyeru dan mengajak manusia kembali kepada Allah dan RasulNya dengan membacakan al Quran dan keterangan2nya.


أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا ءَامَنَّا وَهُمْ لاَيُفْتَنُونَ


“Adakah manusia itu menjangka bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum mendapat cubaan (ujian)? QS al ‘Ankabuut 29:2


Seterusnya, berapa lama lagi tempuh yang diperlukan untuk pihak Jabatan Agama Islam dapat membuat penyelesaian urusan ini. Ingatlah, apa yang kami tuntut itu sebenarnya adalah naskah al Quran nulKareem, ayat2 Tuhan kalamullah. Apakah yang dimaksudkan dengan tindakan pihak berwajib ini; adakah mahu menghapuskan ayat2 Allah atau menghalang manusia membaca al Quran dan mengambil pengajaran2Nya atau mereka mahu membacanya sendiri? Sesungguhnya al Quran itu berada didada2 orang2 yang hanya beriman dan bertaqwa kepadaNya!


Mungkin barangkali boleh diambil tindakan dimahkamah kerana Jabatan Agama Islam telah engakar perintah mahkamah. Jabatan Agama Islam telah menghina mahkamah? Tunggu………

Sekian, Wassalam