IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Ahad, 3 Januari 2010

ALLAH, Tuhan Semesta Alam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”


الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

“Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam” QS al Fatihah 1:1


Allah adalah Tuhan, segala ciptaanNya adalah seluruh alam semesta ini.. Maka segala puji hanya pada Allah, Tuhan bagi seluruh alam semesta. Sesungguhnya apa sahaja ciptaan Allah adalah alam samada ianya dipanggil manusia, langit, bumi, pohon2 malahan apa sahaja termasuk haiwan dan binatang. Keujudan2 yang seumpama itu adalah semata2 dijadikan oleh Allah SWT sebagai Tuhan yang Maha Pencipta mengikut kehendakNya jua.


سَبَّحَ للهِ مَافِي السَّمَاوَاتِ وَمَافِي اْلأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

“Telah bertasbih kepada Allah apa2 yang dilangit dan apa2 yang dibumi, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” QS ash- Shaf 61:1


يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَافِي السَّمَاوَاتِ وَمَافِي اْلأَرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ

“Bertasbih kepada Allah apa2 yang dilangit dan apa yang dibumi, yang Maharaja, Maha Suci, Maha Perkasa dan Maha bijaksana” QS al Jumu’ah 62:1


Demikianlah Allah berfirman mengatakan bahawa apa yang dilangit dan dibumi bertasbih memuji kepadaNya. Sesungguhnya hanya Allah Tuhan bagi seluruh alam semesta ini tanpa mengira siapa, dimana dan bagaimana hal bentuk dan kedudukannya disetiap ketika. Seperti firman Allah diatas yakni lembu, burung, ikan, awan, laut, gunung dan sebagainya bertasbih memuji Allah SWT adalah dengan ketentuanNya jua namun manusia yang diberikan kelebihan akal sesungguhnya bodoh dan sombong menyebut nama Allah sebagai Tuhannya tanpa mengenaliNya. Allah sendiri telah menggarapkan didalam firmanNya, QS Yusuf 12:40, mafhumnya “Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama2 yang kamu dan nenek moyang mu membuat2nya. Allah tidak menurunkan suatu keterangan pun tentang nama2 itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, kebanyakan kamu tidak mengetahui”


Persoalan sekarang, mengapa manusia itu sendiri menjadikan nama Allah adalah milik eksklusif puak mereka sahaja sedangkan Allah adalah Tuhan seru sekelian alam? Paling mendukacitakan yang dipertahankan hanyalah sekadar nama dari banyak2 nama Tuhan malahan tidak pernah langsung mahu mengenal Tuhan itu, apalagi mahu mengikuti suruhan dan meninggalkan laranganNya. Memadaikah sekadar memperkatakan berTuhankan Allah sedangkan tidak mengimaniNya? Cukupkah sekadar bersepanduk dan menjerit2kan ALLAHHUAKBAR sedangkan tidak pernah membesarkanNya? Nampak bersungguh2 mempertahankan nama Allah sedangkan perundangan dan hukum2Nya tidak dipraktikkan didalam kehidupan? Tidakkah disedari perundangan dan hukum2 yang telah digunapakai telah tidak mempertahankan Tuhan, walau sekadar namaNya? Bukankah manusia2 yang mengatakan Allah itu Tuhan mereka sedangkan memakai guna perundangan dan hukum ciptaan mereka sendiri yang langsung tidak berupaya mempertahankan nama Tuhan sendiri?


Rencana ini sebenarnya menyentuh isu hangat (dihangat2kan?) diMalaysia hari ini, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meluluskan pihak gereja khatolik menggunakan nama ALLAH didalam penerbitan mingguannya Herald The Catholic Weekly mendapat tentangan hebat dari rakyat Melayu-Islam melalui NGO dan tokoh2 agama dan politik terkenal melalui tulisan dan protes beramai2 bersepanduk dan jeritan yang nampaknya begitu bersungguh2 namun langsung tidak menampakkan keIslamikannya! Antaranya adalah seperti berikut:-


Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak – ‘kerana perpecahan Melayu hari ini menyebabkan pihak selain Islam mengambil kesempatan bagi mengelirukan umat Islam’


Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir, Yang Dipertua Ulama Malaysia (PUM) – ‘Kalimah Allah eksklusif untuk Islam’


Mohd Jurit Ramli, Setiausaha, Gabungan NGO Malaysia‘Rujuk hal ehwal Islam kepada raja Melayu’


YB Zulkifli Noordin – ‘Majlis fatwa perlu segera bertindak’ ‘Nama Allah hanya milik mutlak Allah’


KJ, Ketua Pemuda UMNO – ‘Meminta rakyat bertenang, kerana keputusan mahkamah itu masih tertakluk dipengadilan lebih tinggi iaitu Mahkamah Rayuan dan Persekutuan’


Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri – ‘Akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu’


Tun Mahathir Mohamad – ‘God adalah Tuhan, bukan Allah’


DYMM Agong, Sultan2 dan Raja2 Melayu - ………..tiada sebarang komen, barangkali menunggu memerandum2?


Memang manusia suka bercakap ikut sedap mulut malah merasakan dialah sahaja yang pandai dan betul kerana ilmu pelajaran maupun kerana kedudukan jawatannya yang besar. Seorang mufti yang terkenal jelas selalu menyokong satu pihak didalam isu politik masih terus mahu berbicara stail politik Malaysia hari ini! Ulama2 selaku pewaris Nabi mestilah berbicara sebagai penyambung risalah Rasulullah yang bersifat universal dan global. Maka apa lagi orang2 politik sudah tentu mengambil peluang dari isu tersebut dengan mempolitikkanya. Seorang dua menteri jelas menyebut perpaduan antara kaum yang kononnya begitu harmonis selama ini dibawah pemerintahan partinya akan rosak dan terjejas teruk kalau isu diperbesarkan. Mereka2 masih percaya dan mempertahankan perlembagaan negara dan sistem perundangan ciptaan manusia mampu mempertahankan agama dan Tuhannya. Rakyat dinasihat agar tidak sampai menghina mahkamah dengan keputusan yang telah dibuat. Seterusnya mereka mengharapkan pula sultan dan raja yang selama ini tidur lena tiba2 bangun dalam keadaan terpinga2! Kelihatan semua mahu jadi jaguh dan juara!


Namun diatas kelalaian maupun lantaran kebodohan hanyalah manusia yang diberikan kelebihan akal fikiran oleh Allah, mereka menjadi terkeliru dan tertipu oleh hasutan iblis dan syaitan sehingga telah tidak berbuat tuntutanNya dan menjadi engkar kepada Tuhannya. Mereka menjadi sedemikian apabila tidak menjadikan tuntutan Allah melalui ayat2Nya yakni al Quran nulKareem sebagai landasan kehidupan didunia ini. Mahu bicara tentang Islam tetapi sudah sungguhkah keIslaman masing2 jika tidak membaca al Quran dan pengajarannya untuk dijadikan perundangan dan perlembagaan kehidupan? Bayangkan bagaimana dan apakah yang terjadi jika manusia dapat mendengar makhluk2 Allah yang lain itu (apa2 sahaja yang dilangit dan dibumi) bertasbih memuji Tuhan dengan menyebut Allah? Sudah tentu manusia menjadi lebih sombong dengan kebodohan mereka.


Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi SAW dengan Quraish Mekah, seperti berikut:-


“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi SAW Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi SAW : Barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)” Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi SAW menerima bantahan tersebut, ternyata mereka menggunakan nama Allah.. Orang Melayu sudah sekian lama menerima yang seumpama apabila orang India dan Cina Malaysia selalu menyebut Tuhan Allah. Sesungguhnya perbezaan Tuhan Allah bagi mereka dan Allah Tuhan kepada orang2 Islam adalah dengan iman dan ketaqwaan kepadaNya.


قُلْ يَاأَيُّهَا الْكَافِرُونَ {1} لآَأَعْبُدُ مَاتَعْبُدُونَ {2} وَلآَأَنتُمْ عَابِدُونَ مَآأَعْبُدُ {3} وَلآَأَنَا عَابِدُُ مَّاعَبَدتُّمْ {4} وَلآَأَنتُمْ عَابِدُونَ مَآأَعْبُدُ {5} لَكُمْ

دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ {6}


  1. “Katakanlah: Hai orang2 kafir
  2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah
  3. Dan kamu tiada akan menyembah apa yang aku sembah
  4. Aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah
  5. Dan kamu tidak pernah pula menyembah apa yang aku sembah
  6. Bagi kamu agama mu dan bagi ku agama ku” QS al Kafirun 109

Sesungguhnya pasti akan berlaku kekeliruan kepada umat Islam apa lagi kepada golongan muda dan genarasi akan datang lantaran isu mahkamah ini tetapi ini adalah kerana hasil cipta golongan manusia2 yang sebenarnya menolak perundangan dan hukum2 Allah yang telah digarapkan didalam al Quran oleh Allah SWT. Hanya dengan jalan kembali kepada wahyu2Nya akan mengembalikan maruah Islam dan umatnya. Nabi Muhammad SAW tidak pernah mendahulukan akal dan fikirannya didalam mengambil sebarang tindakkan, sebaliknya hanya berpandukan kepada tuntutan Allah melalui firman2Nya. Bacalah al Quran dan ambil pengajaran2 dan petunjukNya bagi mencapai kemenagan dan kejayaan yang dijanjikan oleh Tuhan. Sekadar ngaku2 Islam hanyalah membawa kemunduran dan kemudharatan, imej dan maruah Islam akan tercemar dan akan terus diperolok2kan oleh musuh2.


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَالاَتَفْعَلُونَ {2} كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللهِ أَن تَقُولُوا مَالاَتَفْعَلُونَ {3}


“Hai orang2 yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian disisi Allah, kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat” QS al-Shaf 61:2&3. KHALIFAHhimpass akan beterusan menyeru dan mengajak manusia agar bersatu dibawah kepimpinan yang membacakan al Quran dengan pengajaran2nya sebagai bertita gembira kepada yang mahu beriman dan satu peringatan kepada yang engkar. Penyelesaian permasalahan segala isu itu hanya dengan kembalilah kepada kalam2 Allah SWT. Fazakkirinnamaantamuzakkir.


Amin, amin, amin ya muji basa ilin walhaldulillahirobilalamin. Wassalam