IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Selasa, 19 Januari 2010

TANGGAPAN TENTANG AMALAN

BISMILLAHHIRROHMANIRROHHIM

Sayyidina Umar al Khatab penah menampar muka seorang sahabat kerana menyampaikan sabda Rasulullah SAW yang didengarnya sewaktu menghadiri majlis berwasiat dirumah Arqam bin Abi Arqam. Sabda Nabi tersebut ialah “Ketahuilah oleh mu wahai para sahabat, barangsiapa yang mengucapkan kalimah ‘Lailahaillallah’ maka mereka akan masuk syurga”


Sahabat berkenaan bersama Umar telah menemui Rasulullah bagi mendapatkan penyelesaian perkara tersebut. Sayyidina Umar menjawab apabila ditanyai oleh Rasulullah “Maafkan saya ya Rasulullah, bagaimana saya tidak marah dan menampar mukanya kerana saya bimbang nanti umat mu di akhir zaman akan hanya mengucapkan Laa ilaha illallah semata-mata, kemudian mereka sudah rasa layak untuk masuk syurga, tanpa berjihad, tanpa berusaha dan tanpa beramal untuk memenuhi tuntutan kalimah syahadah itu".


Rasulullah tersenyum dan sahabat berkenaan menyedari akan kesilapan dirinya sendiri berhubung perkara itu. Perhatikan sepotong hadith berikut, sabda Nabi SAW dari Abu Hurairah RA “Allah mempunyai 99 nama. Siapa menghafalnya masuk syurga, dan sesungguhnya Allah Maha Tunggal, mencintai ketunggalannya” (Sahih Imam Muslim). Oleh yang sedemikian, sesungguhnya janganlah sekadar menjadikan perkara2 seumpama itu sekadar hafalan lisan dan dilagu2kan sudah ngaku2 Islam. Bukanlah begitu tandanya seseorang itu sudah Islam disisi Allah SWT dan mudah untuk memasuki syurgaNya. Kesilapan itu tetap satu kesalahan dan marilah diperbetulkan. Menyatakan apa yang dikatakan adalah tuntutan sebenar dari kalam2 tersebut. Perbuatkan apa yang diperkatakan.


Begitu juga adakah benar dan wajar untuk menjadi Islam disisi Tuhan dengan cukup sekadar menggantungkan nukilan2 dari ayat2 al Quran dirumah mahu pun dipejabat, maka terbukti seseorang itu telah Islam dan sudah begitu Islamik kehidupannya? Lebih dahsyat lagi sesetengah mereka kononnya berbuat begitu bagi tujuan menghalau hantu syaitan dan pula kalau ayat (disebut?) 1000 Dinar kononnya untuk mendapatkan limpahan kekayaan mahu pun untuk beroleh keuntungan berlipat ganda didalam perniagaan. Tanyalah dan jawablah sendiri, adakah kalimah2 Tuhan yang digantung didinding itu dibaca setiap kali terpandang? Barangkali mungkin ianya hanya sebagai hiasan bilik semata! Sudah sekian lama tergantung, sudah berapa kali membacanya atau sudah lupa yang ianya tergantung disitu! Kesilapan itu tetap satu kesalahan dan marilah diperbetulkan. Menyatakan apa yang dikatakan adalah tuntutan sebenar dari kalam2 tersebut. Perbuatkan apa yang diperkatakan.


Pun begitulah juga dengan bacaan dan melagukan selawat keatas Nabi, memadaikah sekadar berselawat dan memuji Nabi lebih2 lagi ‘birthday’ baginda? Begitukah menunjukkan kasih dan sayang kepada Nabi selain pada tarikh tersebut sebenarnya adalah cuti umum untuk berhibur? ngaku2 sebagai pengikut Nabi atau ummat Nabi dengan hanya berselawat namun tidak mempraktikkan apa yang dikatakan. Nabi yang dipuji dan dipuja sebagai bulan purnama cantiknya budi pekerti dan akhlak, membawa petunjuk dari Allah SWT, sudah sejauh manakah baginda dijadikan role model didalam kehidupan. Sebagai ummat Nabi sewajarnyalah berbuat dan melakukan seperti Nabi itu dari segala segi dalam aspek kehidupan. Dua sunnah yang diwasiatkan iaitu Sunnaltullah (al Quran) dan Hadith Rasulullah SAW hendaklah dijadikan landasan didalam kehidupan. Menyatakan apa yang dikatakan adalah tuntutan sebenar dari kalam2 tersebut. Perbuatkan apa yang diperkatakan.


Sesungguhnya amalan dan ibadat itu bukanlah dengan hanya menghafal serta sekadar mengatakan dengan ucapan lisan semata. Menghafal adalah cuma menyebut berulang2 kali. Apabila disebut amal sholeh sudah tentulah mengimaninya didalam hati terhadap Allah SWT; itulah dzikir, menyebutnya dengan lidah atas kerana perintahNya; itulah ikrar dan dilakukan secara fizikal dan aktual; itulah fi sabillah sekali gus pun adalah atas tuntutanNya juga. Sebaliknya juga adalah sedemikian, jika hanya melakukan perkara baik itu jika tidak dengan atas dasar mengimaninya kerana Allah hanyalah bersangka2 baik dan elok perkara itu dilakukan namun sebenarnya adalah sia2 adanya disisi Tuhan. Muhasabahlah diri dengan segala apa2 yang telah dilalui didalam kehidupan ini, mahu pun untuk dimasa2 akan datang. Apabila sudah datang perkhabaran dan peringatan dengan dibacakan kalam2 Allah bersama dengan keterangan2nya, maka sahut dan sambutlah dengan tanpa ragu2, janganlah menjadi penghalang dan penentang. Allah mengecap mereka2 yang memperdebat dan mempertikaikan ayat2Nya adalah fasik dan kafir disisiNya.


“Orang2 kafir didihalau kedalam neraka bergerombolan. Sehingga apabila mereka sampai kepadanya (neraka) pintu2 dibukakan dan malaikat penjaga bertanya : Apakah belum pernah datang kepada mu Rasul2 dari kalangan kamu yang membacakan ayat2 Tuhan mu dan memperingatkan akan pertemuan hari ini? Mereka menjawab : Ada!. Tetapi ketetapan azab pasti berlaku terhadap orang2 kafir itu” QS az-Zumar 39:71.


Sekian untuk kali ini, sebagai perkhabaran gembira kepada yang beriman dan peringatan kepada yang engkar. Fazakkir innama anta muzakkir. Wassalam.


***###***


(Inilah) Kitab yang Kami turunkan kepada engkau lagi diberkati, supaya mereka memperhatikan ayat2nya dan supaya mendapat peringatan orang2 yang beraqal” QS Shaad 38:29


“Orng2 yang kami turunkan Kitab kepada mereka, mereka membacanya dengan sebenar2nya membaca, merekja itu beriman kepada Kitab itu; dan siapa yang engkar akan dia, mereka itu adalah merugi” alBaqarah 2:121


Tiada ulasan:

Catat Ulasan