IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Selasa, 12 Januari 2010

"APABILA MENGATAKAN MAKA NYATAKANLAH"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Semua Rasul diutus oleh Allah SWT dimuka bumi ini bertujuan mengajak kepada persatuan dan penyatuan diatas landasan kebenaran kalam2 Tuhan. Ajakan dan seruan ini tidak dikelas2kan dengan memandang golongan atau puak namun kepada keseluruhan manusia dimuka bumi ini. Persatuan kepada persamaan kepada Tuhan yang satu tidaklah boleh mengikut rasa, fikiran dan ilmu semata kerana seperti rasa kamu adalah milik kamu sendiri, sewajarnya tentulah rasa, fikiran dan ilmu itu dilandaskan serta berpandukan kalam2 Tuhan disetiap segi dan aspek kehidupan. Oleh itu satu seruan, satu ajakan yakni hanya kepada kepada Allah melalui al Quran nulKareem.


Sebagai insan yang telah lama ngaku2 menjadi Muslim, bukan sekadar sudah berbelas tahun, malahan puluhan tahun, barangkali enam puluh tahun dan tentu sahaja ada yang telah semakin senja, berada diusia subsidi dimana hanya menunggu kedatangan malaikalmaut bagi mencabut nyawa untuk kembali menemui Allah SWT, ketahuilah kini masanya sudah sampai untuk semua yang ngaku2 sebagai orang Islam berbuat sesuatu perkara yang tepat iaitu tidak lain dan tidak bukan kembali kepada Islam Kaffah. “Hai orang2 yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam kaffah (keseluruhannya), dan janganlah kamu turuti langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata” QS al Baqarah 2:208. Ini bertujuan bukan sahaja untuk menyelamatkan diri dari terus berada didalam gelumang dosa yang akan menerima siksa yang sangat pedih dari Allah diakhirat kelak, tetapi adalah juga untuk menyelamatkan genarasi Islam dimasa2 akan datang dari menjadi sama seperti sekarang malahan mungkin akan lebih teruk lagi dari itu. Adalah menjadi tanggungjawab untuk mempastikan Islam yang sebenarnya diwariskan kepada mereka, bukan lagi sekadar ikut2an dan celup2an, dengan mudah ngaku2 sebagai orang Islam. Kembalilah kepada tuntutan Allah SWT melalui kalam2Nya yakni al Quran nulKareem, seterusnya mengajarkan kepada genarasi muda agar tidak terpesung jauh dari keadaan sewajarnya. Lihatlah kepada gelagat dan gejala pemuda dan pemudi hari ini yang jelas tidak terbimbing kearah Islam lantaran tidak diberikan contoh dan teladan yang sebaiknya untuk diikuti.


Islam itu ialah pada orangnya, baharulah menjadi masyarakat dan seterusnya negara dan dunia. Islam bukan terletak pada nama dan panggilan semata. Islamkah seseorang itu jika bernama siMuhammad bin Abdullah jika perilaku tidak senonoh pda pandangan mata dan bila tutur katanya tidak enak bagi halwa telinga. Bagaimana pula jika siMuhammad itu berbuat kerja yang langsung tidak berkeperibadian laksana seorang Muslim? Begitulah juga, apakah keIslaman seseorang boleh diukur hanya dari gaya pemakaian, stail percakapan dan dari asal keturunan keluarganya? Sebagai contoh jika orang itu Melayu maka dengan sendirinya sudah Islamlah dia!?


Sesungguhnya Islam itu terletak kepada manusia2 yang beriman dan bertaqwa kepada Allah WST sahaja. Hanyalah Allah yang Maha Mengetahui kedudukan seseorang itu, namun tidaklah manusia itu dibiarkan didalam kebodohan dan kesombongan tanpa panduan dan petunjuk dariNya, maka dengan itulah diturunkan Allah al Quran kepada Rasulullah SAW sebagai perlembagaan untuk kehidupan didunia ini. Malahan Rasulullah SAW sendiri telah mencontohkan segala tuntutan perintah samada suruhanNya mahu pun laranganNya untuk diikuti manusia keseluruhannya. Ringkasan dari Sabda Nabi Muhammad SAW, Baginda adalah Rasulullah terakhir menerima wahyu Tuhan tetapi selepas kewafatan akan ada pengganti yang akan meneruskan risalah Tuhan, mereka disebut sebagai Pewaris Nabi (Wairsatul Anbiya’a). Kesinambungan bagi mempastikan manusia disebut selaku ummat Nabi terus ujud selamanya.. Jika tidak ada kesinambungan tersebut maka ummat Nabi telah tiada lagi! Ummat Nabi adalah yang hanya menjadikan sunnah Allah dan Rasul sebagai landasan dalam apa juga perkara didalam kehidupan.


Oleh sebab itu Pewaris Nabi akan selalu menyeru dan mengajak manusia selagi manusia itu tidak kembali kepada al Quran nulKareem maka agar tidak berterusan berada didalam kesesatan yang nyata. Sesiapa yang masih berani memperdebatkan ayat2 Tuhan, maka kafirlah mereka itu. Begitu Allah memberikan amaran, maka itulah yang diperkatakan sekarang, inilah khabar gembia kepada yang beriman (percaya) dan sebagai satu peringatan kepada yang engkar. “Tidak ada yang memperdebatkan ayat2 Allah, kecuali orang2 yang kafir, kerana itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas dari suatu kota kekota yang lain memperdayakan kamu” QS al Mu’min 40:4. Kononnya mudah menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nankir ‘Siapakan Imam (pemimpin) kamu” dengan menjawab “Pemimpin ku ialah al Quran”, sedangkan tidak pernah membacanya, kalaupun dibaca tidak difahami maksudnya, jika pun faham tidak pula diimani untuk dilaksanakan perintah dan meninggalkan larangan Allah yang telah difirmankan itu. Kalau diguna pakai pun diambil sebahagian sahaja yang mana mendatangkan faedah baginya. Lebih dahsyat lagi apabila dibacakan al Quran dan keterangan2nya lalu dihalang dan perangi pula orang2 yang membacakan itu. Allah juga menggarapkan mereka yang seumpama itu adalah orang yang fasik. “Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada engkau beberpa ayat yang terang dan tiadalah yang menyangkalnya kecuali orang2 fasik” QS al Baqarah 2:99


“Iman itu percaya kepada Allah, sesudah percaya maka Islamlah dengan kalimah persaksian lalu datanglah Ihsan yakni membesarkan Allah seolah2 dikau melihatNya, sekali pun dikau tidak melihatNya; sesungguhnya Dia melihat mu” Ringkasan dari Hadith Nabi SAW ini menjelaskan bahawa ianya memerlukan kepada perakuan kata hati, lidah (lisan) dan perbuatan anggota sekali gus. Sekadar berdzikir ‘Allah hu Akbar’ sepanjang hari dengan jumlahnya mungkin beratus juta kali tanpa kerja buat yang menyatakan Allah itu Maha Besar adalah belum dapat membuktikan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya. Dengan sekadar selalu menyebut ‘Subhanallah’, adakah sudah betul Mencucikan Allah itu sedangkan perbuatan2 yang dilakukan adalah bertentangan dengan puji2an kepadaNya itu? Sabda Nabi SAW dari Abu Hurairah RA “Allah mempunyai 99 nama. Siapa menghafalnya masuk syurga, dan sesungguhnya Allah Maha Tunggal, mencintai ketunggalannya” (Sahih Imam Muslim). Sudah tentu Nabi SAW bermaksud hafal itu ertinya mengatakan dan juga menyatakan kebesaran nama2 Allah itu disetiap segi dan aspek kehidupan. Jika sekadar hafal dimulut ianya adalah semata2 lagu yang tidak membawa sebarang pengertian apa lagi untuk dapat membawa kesyurga! Perhatikanlah; Allah Maha Tunggal dan mencintai ketunggalanNya, maka perlulah dinyatakan ketunggalan Allah itu bukan sekadar mengatakannya (menyanyikan) beratus2 kali!


“Hai orang2 yang beriman, taqwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar” QS al Ahzab 33:70. Sesungguhnya mengatakan perkataan yang benar itu mestilah dilakukan apa yang benar itu barulah terbukti kebenaran apa yang dikatakan itu. Umpamanya mengatakan bersedekah itu adalah benar2 baik maka lakukanlah (laksanakanlah) sedekah itu bukan sekadar mengatakan sedekah itu baik tetapi tidak mahu melakukannya.


“Nescaya diperbaikiNya (diterima) amalan kamu dan diampunNya dosa mu. Barangsiapa yang mengikuti Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah menang dengan kemenangan yang besar” QS al Ahzab 33:71. Begitulah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Maka sebelum fikiran menjangkau lebih jauh kepada apa yang diperkatakan diatas sewajarnya lakukanlah penelitian dan periksalah (muhasabah) diri masing2 yang telah bersyahadah (dua kalimah), apakah sudah membuktikan bahawa sungguhkah ‘Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu Rasulullah???’ Atau sekadar menyebut dimulut kemudian ngaku2 Islam? Kalimah syahadah merupakan asas dan merupakan satu perjanjian yang perlu persaksian bertasdik dihati, dituturkan dengan lisan dan kerja buatkan dengan perbuatan. Sesungguhnya pembicaraan bukanlah datang dari rasa2, ingat2, duga2 dengan ilmu dan akal fikiran namun adalah berlandaskan kalamullah yakni al Quran nulKareem.


Saban waktu hanya mahu menyeru dan mengajak agar manusia ini kembali kepada Allah dan Rasul melalui ayat2Nya semata. “Hendaklah ada diantara kamu ummat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan makruf (yang baik2) dan melarang dari yang mungkar; mereka itulah yang menang” QS ali Imran 3:104. Golongan ummat yang menyeru kepada amal makruf nahi mungkar dibawah kepimpinan Pewaris Nabi adalah wajib untuk diikuti. Seruan dengan membacakan ayat2 dan keteranganNya, maka sahutlah seruan, datangilah untuk mengambil aku janji persaksian bagi menepati kehendak agar Islam ini adalah agama dari sisi Allah buat kamu. Islamlah agama mu, asal serah janji dahulu! Dengan itu marilah bersatu didalam satu jamaah, satu kepimpinan, satu kalimah dan satu Tuhan. Inilah penyatuan Ahli Sunnah WalJamaah. Pastilah Allah memberikan kemenangan dan kedudukan martabat yang tinggi didunia dan diakhirat. Amin, amin, amin ya muji basa ilin, yarobbalalamin.


*** Menyentuh tentang diri ana, bukanlan seorang Tuan Guru atau Ustaz yang mahu mengajarkan ilmu kepada sesiapa pun, jika ilmu ana pun hendak belajar dan ajarkanlah ana; apa lagi mahu mengukur keimanan dan ketaqwaan seseorang itu jauh sekali untuk menuduh seseorang itu didalam kesesatan dan kekufuran serta bukanlah atas dasar rasa2, duga2 mahu pun fikir2 ana; tidak adalah sebegitu melainkan hanya mengkalamkan kalamullah, al Quran nulKareem.


Maka pastilah ana berkepimpinankan kepada seorang Pemimpin yang hanya al Quran dibacakan bersama keterangan2Nya didalam satu jamaah yang menyeru dan mengajak seluruh manusia didunia ini bersatu dibawah satu kepimpinan yang sedemikian ini agar kembali kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, sambutlah seruan dan ajakkan ini, marilah bersama2 kami!!!


وَبِالْحَقِّ أَنزَلْنَاهُ وَبِالْحَقِّ نَزَلَ وَمَآأَرْسَلْنَاكَ إِلاَّ مُبَشِّرًا وَنَذِيرًا


QS al Israak 17:105 “Dengan kebenaran Kami turunkan al Quran dan dengan kebenaran ia turun. Kami tiada mengutus engkau melainkan untuk memberi khabar gembira dan khabar takut” Ana hanyalah menyampaikan perkhabaran gembira kepada mereka2 yang beriman dan sekadar satu peringatan kepada mereka2 yang engkar dan “Salamunqaulanmirrobirrohhim - Sambutlah salam (selamat sejahtera) dari Tuhan yang Maha Penyayang” QS Yassin 36:58.


Sekian, Wassalam dari ana; ayahIssa ***

1 ulasan:

  1. salam dan kesejahteraan bagi yang telah percaya kepada Tuhan dengan mengikuti rosulTuhan yg datang ditengah2 mereka. salam kenal dari ana!

    BalasPadam