IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Ahad, 1 Ogos 2010

PERPECAHAN UMMAT

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Mengikut kepada subject Sejarah Agama Islam dipelajari sewaktu sekolah ditingkatan 4 dahulu, zaman Khalifah Abu Bakar Ash Shidiq, Khalifah Umar al Khathab dan sampai kepada enam tahun pemerintahan Khalifah Usman bin ‘Affan, suasana dan keadaan umat Islam masih berjalan seperti dizaman Rasulullah SAW. Kaum Muslimin masih diliputi semangat persatuan yang jitu dan kukuh, ruh agama dan jihad sangat murni dengan mematuhi serta mentaati kepimpinan. Umat Islam berdiri diatas dasar keimanan dan ketaqwaan dengan menetapkan landasan hukum dengan al Quran nulKareem dan apabila tidak ketemu keterangan yang jelas maka beritjima’ dan berijtihad kepada landasan dalil al Sunnah Rasulullah SAW.

Usman melantik dari kaum kerabatnya sebagai penjawat jawatan penting sebenarnya telah beriktikad baik agar mereka cenderung menjalankan tugas dengan penuh amanah dan mudah baginya untuk mengawal keadaan pentadbiran tetapi diambil kesempatan oleh petualang politik dan orang orang munafiq diwaktu itu dengan menuduh beliau mengamalkan kronisma dan nepotisma. Disebut bermulanya perpecahan, pertikaian dan perbalahan pendapat umat Islam adalah berpunca daripada seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba’ yang masuk Islam tetapi sebenarnya adalah musuh dalam selimut dan seorang munafiq.

Adu domba, tohmah dan fitnah oleh Abdullah dan sekutunya ialah menimbulkan permusuhan antara Bani Umaiyah (Usman) dan Bani Hasyim (Ali bin Abi Talib) sehinggakan akhirnya Usman dibunuh dan Ali bin Abi Talib dilantik sebagai Khalifah. Namun kaum munafiq yang diketuai oleh Abdullah bin Saba’ sekali lagi memainkan peranan dengan menghasut pula Bani Umaiyah utnuk menuntut bela diatas kematian Usman!

Sehingga akhirnya berlaku Peperangan Jamal dimana balu Rasulullah Sayyidatina ‘Aisyahbinti Abu Bakar terlibat menyokong tuntutan supaya pembunuh Usman dihukum. Peperangan ini dimenangi oleh Ali, namun telah menyebabkan kematian hampir 10,000 orang Islam dikedua pihak. Setelah itu berlaku pula perang saudara yang kedua yang disebut Perang Shiffin, disaat Mu’awiyah bin Abi Sufyan akan kalah, panglimanya ‘Amer bin ‘Ash telah meletakkan al Quran dihujung tombak sebagai tanda perdamaian.

LAHIRNYA MAHZAB DAN THARIQAT

Maka berlaku genjatan senjata setelah perang saudara tersebut, namun sesungguhnya perpecahan kepada persatuan Islam telah bertambah rumit dikalangan umat ketika itu. Lanjutan dari kisah diatas, ujud tiga golongan atau mahzab yang disebut Khawarij yang tidak menyokong Usman, Ali dan Muawiyah, mereka telah merencanakan pembunuhan Ali, Mu’awiyah dan ‘Amer bin ‘Ash dan hanya berjaya membunuh Ali. Golongan keduanya adalah Syi’ah yang menetapkan bahawa Khalifah semestinya dari keturunan Ali bin Abi Talib dan melantik Hassan bin Ali sebagai Khalifah. Manakala golongan ketiga adalah yang menerima Mu’awiyah sebagai Khalifah dan memerangi Hassan.

Pengkisahan setakat ini sahaja, kerana perkara sebenar yang dibicarakan ialah perpecahan, perbezaan dan pertikaian yang timbul akibat peristiwa peristiwa tersebut telah membawa permasalahan besar kepada umat didalam keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Daripada setiap tiga mahzab diatas telah melahirkan pecahan pecahan golongan mahzab yang banyak sehingga tidak mampu disebutkan bilangan keseluruhannya, diantaranya Mu’tazilah, Jabariyah, Qadariyah, Karramiyah, Bhatiniyah, Bahaiyah, Murji’ah, Wahhabi dan sebagainya.

Disamping itu perlu disebut disini bahawa kelahiran para imam imam, ulama’ dan cendiakawan agama yang menulis kitab kitab besar waima Mujtahid disetiap zamannya yang membawa kebenaran atau pun kebathilan, akhirnya juga membawa kepada bertambahnya mahzab dan aliran (jalan – thariqat) kerana yang sampai kepada umat telah menyimpang daripada apa yang sebenarnya, apa lagi setelah kemangkatan mereka. Adapun tidaklah dinafikan bahawa perpecahan, perbezaan dan pertikaian ini juga berlaku ditempat dan masa yang lain malahan tetap berlaku sehinggalah dizaman ini dan entah dimana mana pula tempatnya.

Urusan aqidah dan amalan peribadatan kepada Tuhan telah menjadi pelbagai rupa dan cara sehingga menimbulkan kekeliruan malahan perbalahan dan pertelingkahan. Pelbagai mahzab dan aliran bersimpang siur menjadi jalan yang disebut sebagai thariqat telah muncul dengan banyaknya dan masing masing mengatakan untuk mencari Tuhan dan akan bertemu denganNya melalui thariqat masing masing tersebut.

Adalah diakui bahawa diantara satu mahzab dengan mahzab yang lain dan diantara thariqat dengan yang satu lagi ujud perbezaan yang sangat ketara didalam pegangan aqidah dan amalan peribadatannya. Ada diantara pengikut pengikut menjadi begitu dan taksub, pelampau membabi buta dengan pegangan fahaman masing masing sehingga berlaku permusuhan dan peperangan.

Namun tidak perlu dihuraikan panjang lebar disini bagaimana dan apakah perbezaan ajaran mahu pun amalan diantara mahzab mahzab dan thariqat thariqat yang sebenarnya sangat panjang senarainya itu. Namun adalah sangat perlu diambil perhatian, bahawa kelahiran kepelbagaian ini adalah lantaran manusia yang ilmuan itu ‘mengagamakan yang mereka sebut agama’ mengikut akal fikir dan rasa rasanya semata! Percampuran diantara yang haq dan bathil dijadikan ritual amal dan ibadat kepada Allah SWT. Sesungguhnya barangmana yang bercanggah dengan tuntunan dan tuntutan Tuhan, yakni al Quran nulKareem adalah engkar dan kekufuran, barangsiapa yang tidak menjadikan Sunnah SAW itu sebagai suri teladan adalah suatu yang bida’ah dan sesat.

al SUNNAH SAW

Apabila disebut ‘al Hadits’, yang acapkali dimaksudkan dengannya ialah ‘Sabda Rasulullah SAW’, padahal makna sebenarnya adalah tingkah laku atau perbuatan, kata kata atau siri ucapan dan sifat atau kebenaran Baginda SAW yang mana ianya adalah bertepatan dengan tuntunan dan tuntutan Allah SWT melalui al Quran. Sesungguhnya pada Nabi Muhammad SAW itu suri teladan (role model) bagi umat manusia keseluruhan diatas muka bumi ini. Demikian itulah disebut Sunnah Nabi.

(i) ‘Tiada kebenaran selain Kitabullah dan tiada semulia petunjuk selain Muhammad SAW. Seburuk perkara ialah mengada adakan selain dari keduanya (al Quran Kitabullah dan al Sunnah), mengada adakan itu adalah bida’ah, dan bida’ah itu adalah sesat dan perkara sesat itu balasannya adalah neraka jahanam – HR Muslim

(ii) ‘Aku telah meninggalkan untuk kamu semua, dua perkara yang kamu tidak akan tersesat selama kamu berpegang teguh dengan keduanya itu; iaitu Kitabullah dan Sunnah NabiNya - HR IbnuAbduil Barr

(iii) ‘Barangsiapa yang mengamalkan sesuatu perbuatan yang bukan dari perintah ku, maka amalannya adalah tertolak’ dan ‘Barangsiapa yang mengada adakan dalam perintah ku yang bukan daripadanya, maka tertolaklah amalan itu HR Ahmad, Bukhari dan Abu Dawud)

Maka pastilah kepada barang siapa yang berbuat atau mengamalkan selain dari apa yang pernah diperbuat dan yang sampaikan oleh Nabi Muhammad SAW itu, sesungguhnya telah terkeluar dari landasan jalan tuntunan dan tuntutan Allah SWT dan Rasulnya.

al QURAN KITABULLAH

(i) Surah al Fatihah (1:6&7)
Bagaimana ‘shirath yang lurus’ itu dan siapa barangkali yang dimaksudkan dengan ‘orang orang yang Engkau beri nikmat dan bukan orang orang dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat’? Sesungguhnya tiada nikmat yang paling besar yang diturunkan oleh Allah SWT melainkan al Quran nulKareem sebagai petunjuk jalan (shirath) dan rahmat kepada orang orang Mukmin. “Dan ini adalah kitab (al Quran) yang Kami turunkan penuh berkah. Ikutlah dan bertaqwalah kamu agar kamu mendapat rahmat (6:155)

(ii) Manusia sebenarnya menzalimi dan aniaya kepada diri sendiri malah menjadi kufur kepada Allah SWT dengan mengadakan jalan (thariq) lain selain dari petunjuk daripada Tuhan iaitu al Quran. “Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan melakukan kezaliman, Allah sekali-kali tidak akan mengampuni mereka dan tidak akan menunjukkan jalan (thariq) kepada mereka. Kecuali jalan (thariq) ke neraka Jahanam; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah (4:168&169)

(iii) Barangsiapa yang beriman kepada al Quran dan berpegang teguh kepadanya sesungguhnya berada diatas jalan yang lurus dan dijanjikan oleh Tuhan berada didalam rahmatNya dan beroleh keuntungan. “Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepadaNya niscaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar dari-Nya dan limpahan karunia-Nya. Dan menunjuki mereka kepada jalan (shirath) yang lurus kepada-Nya. (4:174&175)

(iv) “Dengan Kitab itu Allah menunjuki orang yang mengharapkan keredhaanNya kepada jalan selamat dan mengeluarkan mereka dari gelap gelita kedalam terang benderang dengan izinNya serta menunjuki mereka kejalan yang lurus (5:16)

(iv) “Dan sungguh, inilah jalan Ku yang lurus. Maka ikutilah! Jangan kamu ikut jalan jalan (yang lain) yang akan mencerai beraikan kamu dari jalanNya. Demikianlah Dia memerintahkan kepada mu agar kamu bertawqwa (6:153) Sesungguhnya jalan yang selain daripada petunjuk Allah SWT hanyalah akan membawa kepada berpecah belahnya persatuan umat sehingga akan berlaku tuduh menuduh, bersalahan dengan yang lainnya dan akhirnya menjadi musuh.

RUMUSAN

Sesungguhnya yang disebut thariqat itu adalah jalan kepada Tuhan dan ianya ujud sebermula semenjak manusia itu mempercayai adanya Tuhan. Maka bermulalah manusia itu mencari Tuhan atau mahu menghampiri Tuhan itu dengan mengada adakan jalan yang pelbagai mengikut akal fikir dan perasaan masing masing. Demikian itulah diatas sifat Kasih dan Sayang Allah kepada hambaNya, maka diturunkan wahyuNya (kitab) melalui Malaikat Jibril AS kepada Rasul RasulNya termasuk Nabi Muhammad SAW dengan kitab al Quran sebagai petunjuk dan rahmat kepada seluruh manusia diatas muka bumi ini.

“Sungguh al Quran ini jadi petunjuk dan rahmat untuk orang orang Mukmin. Sesungguhnya Tuhan akan menghukum antara mereka dengan hukumanNya dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh engkau diatas kebenaran yang nyata (27:77-79)

Wahai orang orang yang beriman!

Pastikan kamu telah membacakan artikel terdahulu bertajuk ‘Utusan-Nya dikalangan kamu’, bagi mempermudahkan kefahaman, mudah mudahan diberikan pelajaran oleh Tuhan.
Kini telah sampai keterangan yang jelas melalui kalam Tuhan yang dibacakan dan disampaikan oleh Utusan Tuhan kepada kamu, yakni Al Quran itu adalah petunjuk jalan untuk menemui Tuhan, meniti diatas jalanNya maka pastilah bertemu dengan yang empunya jalan. Siapapun dinamakan samada Ulil Amri, Ulama’, atau Umara’, asal sahaja berkalamkan ayat ayat Tuhan, sesungguhnya yang sudah datang itu adalah Utusan dari Tuhan, maka marilah mentaati dan beriman kepadanya dengan kalam kalam Tuhan. Mentaatinya itu maka mentaatilah kamu kepada RasulNya dan seterusnya pastilah kamu sudah mentaati Allah SWT juga (QS4:59). Sesungguhnya apabila kalam Tuhan itu dibacakan, ianya adalah perkhabaran gembira kepada yang beriman dan satu peringatan takut kepada yang engkar kepada Allah dan Rasulnya!

“Sebagaimana Kami telah mengutus seorang Utusan kepada mu, iaitu salah seorang diantara mu yang membacakan ayat ayat Kami kepada mu membersihkan kamu dan mengajarkan Kitab dan Hikmah kepada mu; dan lagi mengajarkan apa apa yang belum kamu ketahui (2:151)

Jauh sekali mahu mempersalahkan para pemimpin, ulama, imam, ilmuan, cendiakawan termasyhor dan terkenal termasuk nenek moyang terdahulu, kerana ketika itu kemungkinan belum sampainya kepada mereka keterangan dan pejelasan yang nyata dari Tuhan. Sesungguhnya kamu tidak akan dipertanggungjawabkan diatas pekerjaan mereka, dan begitu juga sebaliknya mereka tidak akan ditanya tentang apa yang kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui segalanya itu. Setiap segala apa pun kejadian itu adalah kehendakNya dan tidak satu pun diantaranya sia sia!

“Dan siapa yang menentang Utusan setelah jelas kebenaran baginya dan mengikut jalan yang bukan jalan orang orang Mukmin, Kami biarkan ia didalan kesesatan yang telah dilakukannya itu dan akan Kami masukkan ia kedalam neraka Jahanam, itu seburuk buruk tempat kembali (4:115)

Manakala apabila dibacakan kalam Tuhan dan keterangannya, hendaklah manusia itu kembali kepada apa yang diajarkan oleh Allah dan RasulNya, maka tinggalkanlah jalan jalan dan fahaman nenek moyang yang terdahulu itu. Perlu diingat, bahawa mahzab mahu pun thariqat yang sebenar benarnya benar hanyalah berlandaskan kalam kalam Allah SWT iaitu al Quran nulKareem yang dibawa oleh RasulNya sebagai sunnah dan kini telah didatangkan Ulil Amri Pewaris Nabi sebagai pemberi khabar gembira kepada yang beriman dan satu peringatan takut kepada yang engkar.

Maka dipanjangkan seruan mengajak kamu dan manusia keseluruhannya agar kembalilah kepada mahzab, tharikat mahu pun shirath yang lurus lagi benar ini, iaitu al Quran nulKareem Kitabullah……. Qulyahaiyuhanas, innama analakum nadzirun mubiin!

Wassalam daripada ayahIssa