IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Selasa, 24 Ogos 2010

BICARA IMAM MUHAMMAD RADZI

(I) SIAPAKAH ISRAIL ITU???

BERIKUT ADALAH UCAPAN TUAN GURU al JABIR, pada tarikh 10/10/2008, yang diterima dari HIMPASS melalui Ikhwan Muhammad Eko Hariyanto (Sedikit olahan ke Bahasa Malaysia – ayahIssa)

“Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmat Ku yang telah Aku anugerahkan kepada mu dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan kamu atas segalanya (2:47)

Kamu menuduh Israel, Yahudi, dan Zionis adalah orang orang yang selain daripada kamu. Aku mengingatkan kepada kamu sekaliannya bahawa umat Israil adalah orang orang yang sudah diberikan Allah begitu banyak nikmat, sehingga nikmat yang diberikan Allah kepada mereka itu tidak pernah diberikan oleh Tuhan kepada umat yang lain sebelum ini.

Israil adalah nama lain kepada Nabi Yaqub AS. Bani Israil adalah anak anak Nabi Yaaqub AS. Anak anak Nabi Yaaqub adalah para Nabi. Oleh itu Bani Israil adalah Keturunan dan Pengikut para Nabi. Sesungguhnya kamu sendiri adalah termasuk daripada pengikut para Nabi.

Diawal ucapan aku memulakan dengan al Quran, Surah al Baqarah, supaya aku dapat memberi peringatan kepada kamu sekalian yang mahu berfikir dan mengambil pelajaran. Sesungguhnya aku sampaikan al Quran ini bukanlah untuk orang dahulu. Sesungguhnya telah berlalu umat yang lalu; bagi mereka apa yang telah mereka usahakan dan bagi kamu adalah apa yang kamu kerjakan.

Renungkan! Sholat lima waktu sehari semalam yang kamu kerjakan sekarang lebih baik daripada sholat 50 waktu yang dilakukan oleh orang orang dahulu. Puasa kamu yang satu bulan lebih baik daripada umat yang lalu iaitu puasa mereka selama 40 hari siang malam. Lebih hebat lagi ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan bagi kamu dan ini tidak didapati pada umat sebelumnya.

Hai Bani Israil, jangan ingkari nikmat Allah SWT yang mana kamu meminta minta dalam sholat mu: “Tunjuki kami jalan yang lurus. yakni jalan orang-orang yang telah diberi ni’mat atas mereka, bukan jalan murka dan sesat”

Dari tasyrik ke magrib, utara ke selatan kamu memintanya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan. Kamu percaya kepada orang tersebut bererti kamu beriman kepada Allah SWT yang Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan. Sebaliknya jika kamu ragu, tidak percaya dan tidak mahu beriman, maka jangan ditanya tanya lagi siapa ZIONIS itu!!!

InsyaAllah, kita berjumpa lagi.
Sampaikanlah Salam ku ini kepada segenap manusia. Wassalam, al JABIR

Wahai orang orang yang beriman!
Sesungguhnya kini telah menyampai peringatan tentang kebenaran kepada aku, dan adalah terlebih dahulu untuk diri ku sendiri, namun aku adalah seorang pemberi peringatan maka aku menyampaikan pula kepada sekaliannya. Tiadalah selain kebenaran itu melainkan hanyalah Kalamullah yang dibacakan. Sungguh! Al Quran itu bersifat Qodeem dan berupakan mukjizat yang berkekalan sehinggalah kehari kiamat. Barangsiapa yang berpaling dan menentang daripada Kalam Tuhan, sesungguhnya tiadalah mereka berpaling itu selain berpaling daripada Tuhannya. Sebenarnya yang ditentang itu ialah Allah SWT. Dahulu telah berlaku, akan datang pasti berlaku; dahulu dan akan datang itu sedang berlaku sekarang.

“Hai Bani Israil! Ingatlah akan nikmat Ku yang telah Ku anugerahkan kepada mu; dan sempurnakanlah janji Ku (perintah Ku), nescaya Ku sempurnakan janji Ku untuk mu dan hanya kepada Ku hendaklah kamu takut (2:40)

Jika Allah menyebut Israil itu adalah sebagai Nabi Yaaqub bin Ishaq bin Ibrahim, tiadakah susur galur itu menyampai kepada kamu sebagai Bani Israil yakni anak cucu Nabi dan pengikut Nabi? Maka sungguh benarlah nikmat Allah kepada Bani Israil itu tidak terhingganya, dan malahan bukankah yang kamu pinta didalam sholat itu ‘jalan mereka yang diberi nikmat oleh Allah SWT’ itu adalah mereka mereka yang disebut oleh Tuhan adalah Bani Israil? Mahukah kamu menafikan susur galur Bani Israil tersebut terhadap diri kamu sendiri? Ruapa rupanya selama ini siapakah Israil itu kepada kamu dan manusia manusia lainnya? Sehubungan itu, amanat Tuan Guru al Jabir diatas, sesungguhnya membawa kita sekaliannya kepada pelajaran dari Kalam Tuhan, yang mana jangan ada diantara kita ini dengan sewenangnya membuat tuduhan tanpa merujuk kepada al Quran nulKareem. Tidak wajar bagi seseorang itu meletakan penghinaan dan caci nista kepada Kekasih Kekasih Tuhan dan keturunannya yang baik baik itu. Sebaliknya manusia seumpama itu hanyalah meletakkan penghinaan dan caci itu keatas dirinya sendiri. Tidaklah mereka beriman kepada Allah dengan apa yang diturunkan; tidaklah beriman kepada Rasul dan Nabi nabiNya. al Quran telah memisahkan antara yang haq dan yang bathil, namun manusia itu tidak mahu menjadikan pelajaran, melainkan ikut ikutan dari akal fikir serta perasaan mereka mereka yang sesungguhnya didalam kesesatan yang nyata. Apabila dibacakan Kalam Tuhan mereka berpaling dan menentang. Maka, aku mengajak diri ku dan juga kamu sekaliannya agar meletakan hukum dan undang undang itu kepada kehendak Allah SWT yang telah ditentukanNya melalui Kalamullah. Pastilah tidak berlaku kenyataan yang palsu dan keliru yang selalunya hanya diakal akalkan sesuka hati belaka. Sesungguhnya al Quran itu petunjuk dan rahmat bagi orang orang mukmin agar beroleh ketakqwaan kepadaNya. Sesungguhnya segala keputusan itu adalah haq Allah semata.

“Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada engkau beberapa ayat yang terang dan tiadalah yang menyangkalnya kecuali orang orang fasiq (2:99)

Sudah sampai pelajaran dari Tuhan ku melalui Kalam kalam Allah SWT yang dibacakan bersama keterangannya; tentang siapakah Israil, Bani Israil, Zionis, Yahudi dan Nasrani itu! Pastilah dikalangan manusia yang sentiasa berpegang teguh kepada al Quran itu, dirinya tidak akan menyeleweng mahu pun tergelincir dari tuntunan dan tuntutan perintah dan laranganNya. Telaah dan renungkanlah Kalam Tuhan berikut ini, dan bermohonlah kepada Allah SWT agar diberikan pelajaran, mudah mudahan dapat dimengertikan oleh sekaliannya :-

“Dan mereka berkata : Jadilah kamu Yahudi atau Nasrani, nescaya kamu mendapat petunjuk. Katakanlah : (Tidak!) Bahkan kami mengikut agama Ibrahim yang lurus dan dia tidak termasuk golongan orang yang mempersekutukan Tuhan. Katakanlah : Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq dan Yaqub dan anak cucunya, dan kepada apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta kepada apa yang diberikan kepada Nabi nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membedakan seorang pun diantara mereka dan kami berserah diri kepadaNya (2:135&136)

Berterusanlah berpesan dan berwasiat sesama manusia itu dengan Kalam Kalam Tuhan. Sampaikanlah berita gembira kepada yang beriman dan peringatan takut kepada yang engkar hanya dengan Ayat ayat Tuhan. Serulah dan ajaklah manusia itu bersatu dibawah kepimpinan. Sambutlah salam dari Tuan Guru al Jabir dan panjangkanlah dengan “Salamunqaulanmirrobbirrohhim – Sambutlah Salam Dari Tuhan yang Maha Penyayang”

Amin, amin, amin ya muji basa ilin, ya Robbalalamin.
Wassalam (Imam Muhammad Radzi)

*********

بِسْمِاللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

(ii) KASIH SAYANG TUHAN


"Dan diantara tanda (kebesaranNya) ialah, Dia menciptakan pasangan pasangan untuk mu dari jenis mu sendiri, agarkamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantara mu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda (kebesaran Allah) bagi yang mahu berfikir (30:21)"

Wahai manusia!, Sedemikianitulah betapa Tuhan berkasih sayang terhadap hamba hambaNya dengan menurunkan petunjuk dan rahmat melalui KalamNya yang dibacakan. Sesungguhnya KalamNya apabila dibacakan adalah sebagai khabar gembira kepada yang beriman dan satu peringatan takut kepada yang engkar. Menyebut sifat Maha Kasih dan Sayang Allah itu, bukanlah hanya dituntut manusia itu mengatakan 'BISMILLAHIRROHMANNIROHIIM – Dengan NamaAllah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang' didalam memulakan sesuatu pekerjaan namun hendaklah dinyatakan yakni diperbuatkan; diperlakukan sifat sifat tersebut didalam kehidupan manusia itu sendiri samada sesama mereka mahupun kepada alam keseluruhannya. Ianya bukan sekadar mengatakan kasih dan sayang itu dengan lisan mu, namun perlulah mendzahirkan rasa kasih dan sayang itu sebagai membuktikan kamu benar benar beriman kepada Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang itu! Sebegitulah kamu memBesarkan Tuhan itu.

"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan Allah menciptakan pasangannya (Hawa) dari dirinya; dan dari keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan namaNya kamu saling meminta dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasinya mu (4:1)"

Dibacakan sirahman itu bapa dan sirahim itu adalah ibu maka penyatuan kasih sayang antara keduanya maka itulah lahirnya amanah dari Tuhan iaitu zuriat kepada pasangan pasangan itu! arRahman Tuhan itu bersifat Pengasih kepada semua hamba ciptaanNya, namun sirahman bapa hanyalah pula kepada seramai ramainya pun hanya untuk empat orang sahaja! arRahim Tuhan itu hanyalah kepada hambaNya yang beriman dan bertaqwa namun sirahim ibu itu hanya mutlak kepada seorang suaminya sahaja. Sesungguhnya lantaran arRahman dan arRahim Tuhan itulah maka sirahman bapa dan sirahim ibuitu berkasih sayang didalam perkahwinan maka lahirlah manusia itu berkembang biak diatas muka bumi ini. Perkahwinan itulah perhubungan silaratulrahmi yang terpelihara dan didalam pengawasan Tuhan. Demikian itulah, sungguh manusia itu tidak mahu mengambil pelajaran dari Tuhannya! Sesungguhnya anak yang dikurniakan oleh Allah kepada pasangan suami isteri adalah amanah Allah SWT.Sebenarnya anak itu adalah hak Tuhan yang diberikan kepada pasangan ibubapa tersebut, kerana sekiranya ia hak kamu tentulah apabila berkahwin akan mendapa anak anak seperti mana yang kamu sendiri kehendaki. Malahan terdapat pasangan yang berkahwin sekian lama sehingga sekarang masih tidak perolehi zuriat, sebaliknya ada yang baru sebulan kahwin isteri sudah pun disahkan mengandung! Hakikatnya anak itu adalah anugerah kepada ibubapa sebagai amanah dari Allah SWT, makaa dalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaga sebaik baiknya. Anak yang tidak melaksanakan tanggungjawab kepada ibubapanya akan disebut durhaka kepada orang tuanya, tetapi jika ibubapa yang tidak melaksanakan amanah Allah maka mereka telah berkhianat dan durhaka kepada Tuhan serta menzalimi akan anaknya sendiri.Sungguhlah kebanyakan ibubapa itu bertungkus lumus berusaha menambah punca pendapatan bagi menyara anak anak dan menyekolahkan mereka bagi mencapai kejayaan didalam pelajaran dan peperiksaan akademik. Anak anak dihantar kesekolah yang berprestij atau membayar yuran tution yang tinggi dan dihantar mengikuti kelas kelas motivasi malah bagi yang berada dipanggil guru pakar kerumah bagi tujuan kecemerlangan didalam pembelajaran. Disamping itu pihak pemerintah turut memberikan penekanan jitu dengan dana peruntukkan yang tinggi termasuk biasiswa, kursus, dan pembinaan bangunan institiut. Umpamanya, bidangIT diseluruh pelusuk mana pun celik komputer itu diwajibkan dan disekolah sekolah didirikan makmal komputer untuk mencapai matlamat tersebut. Ibubapa yang mengabaikan anak anak dengan tidak menyekolahkan boleh diambil tindakan undang undang dan dibicarakan dimakamah! Kebanyakan ibubapa itu merasa bangga dengan kejayaan cemerlang anak anak didalam bidang akademik dan kemahiran lebih lebih lagi dapat menghasilkan pendapat lumayan dan kekayaan dari bidang tersebut. Ibubapa bagai terlupa danleka kepada tuntutan Allah SWT supaya anak anak itu diwajibkan terlebih dahulu diberikan pelajaran dan didikan beragama. Celik al Quran dan tulisan jawi dipandang remeh malah tiada paksaan dari ibubapa mahu pun kerajaan malah tiada peruntukkan undang undang boleh diambil! Peruntukan dana cuma sedikit dan peluang bagi memperolehi kemewahan dan kekayaan didunia ini tidak mewajibkan keagamaan itu! Penghargaan, sanjungan dan kebanggaan dari semua pihak kepada anak yang berpendidikkan agama tidak dapat mengatasi anak yang cemerlang didalam bidang lainnya termasuklah sukan mahu pun hiburan! Hadith Rasulullah SAW yang mengajarkan pendidikan agama kepada anakanak bermula sedari kecil, diajar sholat, malah dirotan dan diasingkan tempat tidur tiada siapa mendapat pelajaran tentang kemanfaatannya. Kebanyakkan ibubapa mengambil sikap acuh tak acuh. Akibatnya kemaksiatan dan kemungkaran berleluasa disana sini. Kisah seorang bapa mengadukan perihal anaknya yang dikatakan telah mendurhakainya kepada Sayyidina Umar ra, tidakpernah diceritakan sebagai iktibar dimana Amirul Mukminin mengatakan:-

'Seorang bapa hendaklah mencari isteri yang baik sebagai bakal ibu kepada anak yang akan dilahirkan, setelah anak itu lahir, diberikan nama yang baik maksudnya dan setelah itu hendaklah diajar anak itu membaca al Quran'

"Ingatlah ketika Tuhan berfirman kepada Ibrahim : Islamlah engkau!.Jawabnya : Saya telah Islam (patuh mengikut) Tuhan semesta alam (2:131)"

Seterusnya perhatikanlah Nabi Ibrahim AS turut mengajarkan agama itu kepada anak anaknya dan begitu juga Nabi Ya'qub AS kepadaanak anaknya juga (Sila rujuk QS 2:132&133). Betapa seorang Rasul dan Nabi mengambil pendekatan seumpama, namun manusia itu tetap tidak mahu memikirkan dan mengambil pelajaran darinya. Demikianlah pengertiankasih dan sayang! Sungguhlah al Quran itu diturunkan sebagai petunjuk dan rahmat dari Tuhan kepada manusia dan seluruh alam semesta. Sungguhlah Allah SWT telah mempertanggungjawabkan kepada ibubapa malahan pemerintah selaku pemimpin dan akan ditanya tentang pimpinannya itu. Bukan sahaja kepada pelajaran agama yang tidak didahulu dan diutamakan itu tetapi segala yang bersangkutan dan sebarang perkara subahat akibat dari kelalaian termasuk kemaksiatan dan kemungkaran yang berlaku! Maka, kembalikanlah Sunnahtullah dan Sunnah Rasulullah itu kedalam seluruh kehidupanmu. Sesungguihnya Allah SWTitu mendahulukan Kasih dan Sayang sebelum menghukumsebarang kesalahan dengan menurunkan KalamNya kepada Utusan sebagai khabar gembira dan satu peringatan. Barangsiapa yang menentang dan menghalang Kalam Tuhan yang dibacakan bersama keterangan,sesungguhnya mereka itu adalah memusuhi dan menetang Allah SWT maka tunggulah azabNya yang pedih sangat menyiksakan.

"Sesungguhnya al Quran itu jadi petunjuk dan rahmat orang orang mukmin (27:77)"

Tiada tanda KASIH SAYANG Tuhan kepada manusia itu selain mendatangkan Utusan yang hanya menyampaikan khabar gembira kepada yang beriman dan peringatan takut kepada yang engkar dengan Kalam Kalam Tuhan. Wassalam, ayahIssa

Tiada ulasan: