IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Rabu, 28 Julai 2010

BICARA IMAM MUHAMMAD RADZI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم




HAMBA TUHAN DAN KHALIFAHNYA



Assalamualaikum wmwb.


Majlis Wasiat Pertama, Tanggal 26 Julai 2007, tidak pernah terlupakan ucapan pertama aku sebagai pemimpin yang di lantik bagi mengetuai jemaah ialah “Sangat sukar bagi aku menerima perlantikan ini, namun sangat sukar juga bagi aku menolak perlantikan!” Sesungguhnya sekujur tubuh menggigil kerana langsung tidak menduga perkara ini akan berlaku keatas diri ku, jauh sekali aku berangankannya apa lagi untuk menawarkan diri. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui gelodak dijiwa, namun begitulah ketentuanNya.


“Wahai orang orang yang beriman. Jangan kamu berkhianat kepada Allah dan Rasul dan jangan kamu berkhianat terhadap amanat yang dipercayakan kepada mu padahal kamu mengetahui (8:27)


Maka bermula bagi seluruh kehidupan ini kepada dua perkara iaitu sebagai hamba Allah dan KhalifahNya. Tanggungjawab sebagai hamba kepada Tuhan adalah taat, patuh dan tunduk kepadanya melalui kalam kalamNya iaitu al Quran nulkareem. Sebagai KhalifahNya adalah membangun, memakmurkan dan melaksanakan Islah itu mengikut kehendak dan tuntutan Allah SWT diatas muka bumi ini selari dengan suri teladan Sunnah Rasulullah SAW. Kedua dua kedudukan ini adalah amanah dan tanggungjawab wajib untuk dilaksanakan tanpa ragu ragu, sambil lewa mahu pun terlalai disudut hati, bicara lisan dan tingkah perbuatan. Demikian itulah hamba Tuhan dan KhalifahNya yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.


Hai orang orang yang beriman,

Jelas tidak ada perbezaan antara aku dan kamu sekeliannya didalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada Allah dan Rasul. Setiap kalam Tuhan yang kamu membacakan sebenarnya adalah datang untuk kamu terlebih dahulunya baharulah disampaikan seruan kepada mereka yang selainnya. Pertamanya beriman dan perbuat kepada diri sendiri kerana setiap diri itu adalah pemimpin keatas dirinya sendiri. Sungguh besar kebencian Allah SWT kepada barangsiapa yang memperkatakan apa yang baik itu sedangkan dirinya sendiri mengabaikan kebaikan tersebut! Sesungguhnya aku dan kamu adalah hamba Tuhan dan juga sebagai KhalifahNya diatas muka bumi ini. Aku mengajak diri aku dan menyeru kepada kamu dan kamu pun sebegitu. Demikian itu Allah SWT mempersatukan hati hati yang taat, patuh dan tunduk didalam satu jemaah dan satu kalimah dibawah satu pimpinan terpimpin oleh kalam kalam Tuhan.


“Wahai orang orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan Pemimpin diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya (4: 59)


Sesungguhnya hanya dengan izinNya, bagi melonjakkan kemuliaan diri hamba dan Khalifah disisi Allah, pastilah menerusi kepimpinan yang terpimpinkan dengan kalam Tuhan. Maka pemimpin yang terpimpin oleh kalam kalam Tuhan pasti sentiasa akan membicarakannya sebagai khabar gembira kepada yang beriman dan satu peringatan takut kepada yang engkar. Dimalam berwasiat, malahan dimana pun juga dan bila masa sahaja terluang sesama jemaah maka itulah ketikanya hari yang tidak ada keraguan bagi kamu telah dikumpulkan oleh Tuhan.


“Berjuanglah kamu pada (agama) Allah dengan sebenar benar perjuangan. Dia telah memilih kamu dan tiada mengadakan kesempitan bagi mu dalam agama, seperti agama bapa mu Ibrahim. Dia (Allah) menamakan kamu orang Islam dari dahulu dan dalam ini (al Quran), supaya Rasul menjadi saksi terhadap kamu dan kamu menjadi saksi pula terhadap manusia (22:78)


Menjangkau usia tiga tahun jemaah ini dengan pelbagai ujian dan rintangan didalam kedudukan sebagai hambaNya mahu pun selaku Khalifah dimuka bumi ini pastinya kerana Allah mahu mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya. Hanyalah mereka yang tidak berpaling dari kalam Tuhan akan sentiasa berada dibawah petunjuk dan rahmat Allah SWT. Maka taat dan patuh serta tunduklah sekelian jemaah kepada pimpinan mu yang berkalamkan kalam Tuhan untuk menjadi sebahagian umat kepada RasulNya yang kepada Allah SWT tempat kembalinya kita semua. Sesungguhnya jalinan seumpama itu menjadikan aku dan kamu sebagai hamba yang dikasihi Tuhan dan khalifah yang dimuliakanNya didunia dan diakhirat.


“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah rahmat kepada kami dari sisi Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi. Wahai Tuhan kami, Engkau yang mengumpulkan manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya. Sungguh Allah tidak menyalahi janji (3:8&9)


Wahai orang orang yang beriman!

Sesungguhlah malam ini kita berkumpul dengan izinNya tanpa sedikit pun keraguan dan kesangsian terhadap kalam kalamNya yang diturunkan. Tuan Guru al Jabir, Guru al Haq, aku dan kamu sama sahaja, satu jua adanya berkalamkan kalam Tuhan. Sesungguhnya al Quran itu petunjuk dan rahmat buat orang Mukmin.


Sekian, amin amin amin ya muji basa ilin ya Robbalalamin.


RENUNGAN; renung renungkanlah


“Katakanlah : Barangsiapa menjadi musuh bagi Jibril,

maka sesungguhnya Jibril itu menurunkan al Quran

kedalam hati engkau dengan izin Allah,

serta membenarkan (kitab) yang sebelumnya

dan menjadi petunjuk dan khabar gembira bagi orang2 beriman (97)



Tiada ulasan: