IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Khamis, 1 Julai 2010

LAGI LAGI KHABAR GEMBIRA! LAGI LAGI PERINGATAN!


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


“Maka larilah kamu kepada keredhaan (Allah) (mengikut perintahNya). Sungguh aku memberi peringatan yang nyata kepada mu daripadaNya. Janganlah kamu adakan Tuhan yang lain bersama Allah. Sungguh aku memberi peringatan yang nyata kepada mu daripadaNya (51:51)


ana tak rasa pelik atau heran tapi ada orang tu rasa pelik dan heran dengan apa yang ana perkatakan acap kali diruang siber ini. Mereka itu yang pelik apabila ana tak abih2 katakan hal yang berulang ulang, depe kata ashyik yang sama je yang ana cakap. Tak abih2 dengan khabar gembira dan peringatan, khabar gembira dan peringatan, khabar gembira dan peringatan…. lagi lagi khabar gembira dan peringatan!!!


Deme anto email, ana tanya juga melalui email : Khabar gembira dan peringatan itu adalah kalam kalam Allah SWT, jadi hangpa tak suka khabar gembira dan peringatan itu ATAU tidak suka kepada kalam Tuhan? Jawaban ‘Ya’ kepada salah satu atau keduanya pun sama sahaja disisi Allah SWT. Sebenarnya pertanyaan dan jawaban mereka kebanyakkanya sudah tersedia didalam artikel yang diterbitkan, namun pelajaran dari Tuhan itu belum sampai kepadanya atau pun mereka adalah yang tidak mahu mengambil pelajaran.


Barangkali ada yang menyangka ana saja2 atau pandai2 nak tulis begitu? Bukanlah apa yang ana datangkan itu dari akal fikir, mahu pun ilmu kepandaian apa lagi nak tunjuk pandai. ana memang tak pandai pun dan bukan tok guru nak ngajarkan ilmu. Segalanya adalah kalam Tuhan, hanya Allah SWT yang mendatangkan perintah agar diseru kepada manusia itu dengan ayat ayatNya tersebut. Bukan ana yang berkata, semuanya adalah kalamNya! Berikut itulah yang diwarisi dari junjungan SAW, sebagai menyambung urusan sebagai utusanNya, setiap masa dan dimana jua itulah yang diperkatakan oleh Baginda!


“Dengan kebenaran Kami turunkan al Quran dan dengan kebenaran ia turun. Kami tiada mengutus engkau melainkan untuk memberi khabar gembira dan khabar takut. al Quran (ini) Kami turunkan beransur2, supaya engkau bacakan kepada manusia dengan perlahan2 dan Kami turunkan ia sedikit demi sedikit (17:105&106)


Bagi sesiapa yang membaca al Quran, pastilah mendapati Allah memerintahkan agar khabar gembira dan peringatanNya disampaikan kepada keseluruhan manusia. Allah menghendaki agar manusia itu berada dijalan yang lurus, yang pasti akan menyampaikan kepadaNya apabila dipanggilNya untuk kembali kepadaNya. Hanyalah dengan kalam kalamNya sebagai petunjuk jalan akan mempertemukan manusia itu kepada yang empunya kalam! Ihdinashirotalmustaqim – Tunjukkilah aku jalan yang lurus’, adalah sebagai satu permintaan dan doa wajib didalam sholat itu sebenarnya telah lama berada dihadapan mata iaitu al Quran nulKareem! Dan inilah yang ana sampaikan kepada kamu sekaliannya. Atau kamu tunggukan Allah itu datang bersuara kepada mu dengan kalamNya???


“Berikan peringatan dengan al Quran akan orang2 yang takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhannya, tiada bagi mereka wali dan tidak pula penolong selain daripadaNya, mudah2an mereka bertaqwa (6:51)


Barangkali kamu hanya pandai mengaji dengan berlagu merdu dan lunak suara didalam majlis musabaqah dan merasakan sudah beruntung dengan hadiah dan imbuhan lumayan kerana menang atau pun sewaktu kecil dahulu sudah khatam al Quran itu berkali kali tetapi cukup sekadar mendapat sekuntum bunga telur beserta pulut kuning! Lebih malang lagi kepada pendengar yang tertidur mendengar alunan merdu lunaknya suara kamu itu sehinggakan berdengkur pula! Sekiranya datanglah seorang Arab berjubah putih, berserban besar dengan memakai igal dan berjanggut lebat lalu membacakan al Quran itu didalam bahasanya kamu pasti akan terkial kial malah mungkin pula mengatakan tok Arab itu gila kerana bercakap sorang2 lantaran kamu tidak mengerti bahasanya!


“Dia yang mengutus kepada umat yang ummi seorang utusan diantara mereka, yang membacakan kepada mereka ayat ayatNya dan membersihkan mereka (dari kekafiran dan kelakuan yang tidak baik) dan mengajarkan Kitab (al Quran) dan Hikmah (Sunnah) kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu didalam kesesatan yang nyata (62:2)


Demikianlah Allah Maha Bijaksana dengan mendatangkan seorang utusan itu dari kalangan manusia itu sendiri supaya antara mereka lebih mudah urusan, Didatangkan seorang utusan itu ummi supaya apa yang disampaikan adalah bukan kata rekaannya selain hanya kalam kalam Tuhan. Allah SWT membuat cabaran agar para penyair, ahli bahasa dan ahli fikir berbuat sepotong ayat bagi menyaingi ayat ayat Tuhan, namun mereka tidak mampu berbuat demikian! Namun manusia tetap tidak mahu beriman dan mahukan malaikat pula yang didatangkan sebagai utusan. Mereka menjadi penentang apabila yang datang mengajak beriman kepada Allah dan RasulNya dengan membacakan kalam Tuhan itu hanyalah seorang gembala kambing!


“Jika kamu ragu2 tentang (al Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami, maka perbuatlah oleh mu satu surah seumpamanya dan panggilah saksi2 mu selain dari Allah, jika kamu orang yang benar (2:23)


Sesungguhnya dahulu sudah berlaku dan akan datang pasti berlaku; dahulu dan akan datang itu sekarang sedang berlaku! Umpamanya, jika dilihat yang dihadapan mata itu Imam Muhammad Radzi, atau Imam Roslan, Guru Lee, Hj Nayan, abang Mus, al Yeop, Maibee71, Dzul Puncak, Mahaguru Fahmi, mahu pun ayahIssa (sekadar menyebut beberapa nama dari pendokong) berkatakan kalam kalam Tuhan pastilah akan diperlecehkan dan dipertikaikan oleh manusia. Mereka tidak menampakkan sebarang kehebatan dari rupa yang warak sebagai ulama berjubah serba putih atau berserban besar, empat senawi pun tidak, apa lagi sijil dan ijazah pengajian agama malah tidak langsung tahu berbahasa arab. Barangkali mereka membawa ajaran sesat atau pun sudah gila sama sekali.


“Berkata mereka : Hai orang orang yang diturunkan al Quran kepadanya! Sesungguhnya engkau orang gila (15:6 )


Kami (termasuk semua Ikhwan) hanyalah membacakan al Quran sebagai khabar gembira kepada manusia yang mahu beriman dan peringatan takut kepada yang engkar. Bukanlah kata kata yang direka reka oleh akal fikiran yang tidak sepandai mana ini atau pun, kalau disukat kepada ilmu pengetahuan langsunglah tiada ketinggiannya, apalagi untuk dilihat amalan peribadatan yang tidak sebanyak mana adanya, melainkan hanyalah kalam kalam Tuhan yang dibicarakan. Namun kepada yang berlapang dada dengan kalam Tuhan itu, sesungguhnya atas kehendak Allah SWT jualah yang memberikan petunjuk sehinggalah para pendokong kini telah berkembang dengan pesatnya. Teruskanlah menyampaikan khabar gembira dan peringatan takut dari Tuhan mu dengan berasa kasih dan sayang. Bila bila masa pun dan dimana pun juga Tuhan kita tetap satu, iaitu Dialah Allah,Tuhan yang Esa.


Apabila membaca BICARA IMAM MUHAMMAD RADZI, sememangnya lebih hebat dari khutbah Imam Masjid Negara/Negeri, tentulah paling tidak beliau adalah Imam Surau Jalan Tiong! Pastilah beliau telah lulus peperiksaan dan temuduga Jabatan Agama Islam dan memperolehi sijil tauliah untuk mengajarkan agama, paling tidak untuk mendapat upah kuliah paling lama 45 minit selepas sholat Maghrib sekurang kurangnya pun RM50!!! Sebenarnya beliau diberi gelar dan dipanggil Imam bukan kerana untuk mengimamkan sholat fardhu seperti Imam imam yang ada itu dan mendapat gaji bulanan dari pemerintah. Kalaulah Imam Muhammad Radzi atau Hj Muhammad Nayan pergi kemasjid atau surau untuk menjadi Imam sholat pastilah dihalang AJK malah mungkin akan ditangkap oleh pihak berkuasa lantaran tiada watikah dan tauliah dari pihak Jabatan Agama Islam! Namun jika diberikan kesempatan untuk berbuat demikian pastilah selepas memberi salam diakhir sholat dan sedikit wirid akan diwasiatkannya beberapa ayat ayat Tuhan kepada jemaah ketika itu. Pastilah disampaikan khabar gembira dan peringatan takut dengan kalam kalam Allah SWT. Kalam Tuhan yang disebutkan olehnya itulah membawa kepada gelarannya.


“Hanya Kami memudahkannya (al Quran) dengan bahasa engkau, supaya engkau beri khabar gembira orang yang taqwa dan beri peringatan kaum yang pembantah (19:97)Allah mempermudahkan bagi manusia yang mahu beriman kepadaNya, sesungguhnya dipermudahkan oleh Allah SWT kepada Islam untuk keseluruhan manusia walau dimana tanpa mengira bangsa dan bahasanya. Segalanya adalah dibawah liputan ilmu Tuhan dengan sifat Maha Pengasih dan Penyayang kepada hamba hambaNya. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Bijaksana. Sesungguhnya Allah itu tidak menzalimi manusia itu dan mencampakkan kedalam neraka, semata kerana tidak pandai bahasa Arab itu, seumpama diri ana yang otak tidak cerdas dan tidak punya kemampuan dari segi masa dan wang untuk belajar bahasa Arab malahan sudah hampir menjelang senja!? Allah Maha Mengetahui apa apa sahaja bahasa yang kamu dzahirkan mahu pun yang kamu sembunyikan.


“Bukanlah Kami turunkan al Quran itu kepada engkau, supaya engkau menjadi payah. Melainkan jadi peringatan bagi orang yang takut (20:2&3)


Allah menjanjikan akan mendatangkan bagi setiap kaum dan ummat itu seorang utusan dari kalangan mereka dan menyampaikan al Quran sebagai khabar gembira dan peringatan. Wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW itu diturunkan kepada ummat terdahulu dan wahyu itu jugalah yang diturunkan kepada kamu diwaktu ini serta begitulah juga untuk dimasa masa akan datang. Bagaimana kasih sayang Allah kepada hambaNya dengan menurunkan al Quran agar manusia itu beriman sebegitulah juga Rasulullah SAW kepada ummatnya dengan menyampaikan kalam kalam Tuhan dan sesungguhnya begitulah juga pewaris pewaris Nabi (Warissatul Anbi’ya) menyampaikan khabar gembira dan peringatan takut kepada manusia dengan ayat ayatNya sehinggalah kehari kiamat. Kepada ummat dahulu telah berlaku, akan datang pasti berlaku kepada mereka dizaman itu; dahulu dan akan datang itu sedang berlaku kepada kamu sekarang!


Sesungguhnya telah datang kepada mu seorang utusan dari bangsa mu, yang amat berat baginya kesusahan kamu serta berharap akan keimanan, lagi sangat kasih dan penyayang kepada orang orang yang beriman (9:128)


Kepada mereka yang beriman, pastilah bersukacita dengan khabar gembira yang disampaikan. Allah SWT menjanjikan kemenangan dan keberuntungan yang besar dari sisiNya. Kepada yang mahu beriman itu, sesungguhnya Allah telah memberikan petunjuk dan rahmatNya kepada kamu dan bersegeralah menyambut seruan tanpa berlengah lagi, ‘Salamunqaulanmirrobbirrohhim – Sambutlah salam dari Tuhan mu yang Penyayang’ Mereka yang engkar, ini adalah sekadar peringatan kepada kamu, bahawa sesiapa yang kufur kepada kalam kalam Tuhan pasti akan mendapat azab yang sangat pedih dan tiada penolong baginya!


“Sesungguhnya orang orang yang tidak beriman kepada ayat ayat Allah, maka Allah tiada memberi petunjuk kepada mereka dan untuk mereka siksaan yang pedih. Hanya yang mengada adakan dusta, ialah orang orang yang tiada beriman kepada ayat ayat Allah; dan mereka itulah orang orang dusta (16:104&105)


Wahai manusia, marilah beriman kepada Allah dengan kalam kalamNya. Ada yang planing nak jumpa atas nama muzakarah tetapi sengap begitu je, ngapa? Kalau pun pergi mendapatkan pandangan dan pendapat kepada mereka yang kononnya berilmu tinggi didalam bidang keagamaan akan kamu perolehi hanyalah pendapat dari ilmu dan akalnya sahaja. Rujuklah kepada mereka yang menjadikan al Quran kalam Tuhan sebagai dalil didalam pelajarannya. Kepada deme2 yang semacam jemu dengan apa yang disampaikan ini, terserahlah kepada kamu, ana hanya menjalankan perintah dan suruhan Allah SWT untuk terus terusan menyeru dan mengajak manusia kembali kepadaNya dengan membacakan ayat ayatNya. Depe2 yang menentang dan mahu memerangi, ana bersama Kepimpinan jemaah dan Imam Muhammad Radzi beserta Ikhwan tidak pernah didatangkan rasa kegoncangan atau takut untuk terus kumandangkan kalimat kalimat Tuhan diatas muka bumi ini. Sesungguhnya kamu hanyalah menentang dan memerangi Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa. Hanya Dia yang Maha Memelihara dan kami berserah diri dan mohon perlindungan dan kemenangan.


“Kami tiadalah mengutus Utusan utusan itu, melainkan untuk memberi khabar gembira dan khabar takut. Orang orang kafir itu membantah dengan yang bathil supaya mereka menolak kebenaran (al Quran), dan mereka ambil ayat ayat Ku dan segala peringatan jadi olok olokan. Siapakah terlebih aniaya dari orang yang diberi peringatan dengan ayat ayat Tuhannya, lalu ia berpaling darinya dan melupakan apa yang diperbuat tangannya? Sungguh Kami adakan tutup atas hati mereka, sehingga mereka tidak memahaminya dan telinga mereka ada sumbat. Jika engkau seru mereka kepada petunjuk, maka tiadalah mereka mendapat petunjuk ketika itu selama lamanya (18:56&57)


Sesungguhnya kami tidak pernah merasa terbeban bagi melaksanakan seruan seruan kerana segalanya adalah perintah dan dengan izinNya jua, samada kamu menerima atau pun menolak dan menentang. Tidak ada istilah jemu atau bosan, seizin Tuhanlah bila sekadar itu kemampuan kami tanpa ana memaksakan, jika lembut mahu pun tegas dan keras segalanya Allah jua yang Berkehendak begitu. Kami hanya mengajak BERIMAN!


“Sesungguhnya orang2 beriman, ialah orang2 bila disebut Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat2 Allah kepadanya bertambah imannya, sedang mereka itu bertawakkal kepada Tuhannya (8:2)


Allah jualah yang berhak mengajarkan kefahaman kepada kamu, semoga kamu mahu mengambil pelajaranNya. Akhirulkalam buat kali ini; “Alif laam raa. (Inilah) Kitab yang amat rapi ayat2nya, kemudian diterangkan (dihuraikan), dari sisi (Tuhan) yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui (11:1) InsyaAllah, berjumpa lagi. Sekian, Wassalam dari ayahIssa