IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Sabtu, 26 Jun 2010

(i) PERINTAH KAHWIN (ii) BICARA IMAM RADZI


DIPERINTAHKAN KAHWIN!



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


“Janganlah kamu kahwini perempuan perempuan musyrik kecuali mereka beriman. Sesungguhnya hamba sahaya yang beriman lebih baik dari perempuan musyrik meskipun ia mentakjubkan kamu dan janganlah kamu kahwinkan (perempuan Muslim) dengan lelaki musyrik kecuali mereka beriman. Sesungguhnya lelaki hamba sahaya yang beriman lebih baik dari lelaki musyrik meskipun ia mentakjubkan kamu. Mereka itu menyeru kedalam neraka dan Allah menyeru kedalam syurga dan kepada ampunan dengan izinNya. Allah menyatakan ayat ayatNya kepada manusia, mudah mudahan mereka menerima peringatan (2:221)



DAHULU - Nabi Ibrahim as menghantar dan meninggalkan isterinya Sity Hajar yang sedang sarat mengandung seorang diri ditengah tengah padang pasir tanpa bekalan yang cukup. Didalam keperitan dan kesusahan, maka lahirlah Nabi Ismail as dan dibesarkan seorang diri oleh ibunya Sity Hajar. Apabila ketika usia Ismail menjangkau sekitar 13 tahun , maka datanglah Nabi Ibrahim dengan membawa perintah Allah untuk menyembelih Ismail sebagai qurban. Nabi Ibrahim as mentaati perintah Allah tanpa ragu, keikhlasan Sity Hajar tanpa sedikit pun mempertikaikan dan Nabi Ismail as patuh berserah tanpa bantahan, sangat jelas didalam peristiwa besar (Qurban) didalam sejarah agama Islam. Bukankah Allah SWT mahu memberikan pelajaran kepada umat manusia diatas kisah tersebut untuk dijadikan iktibar?


SEKARANG - Disebuah negeri di Malaysia, Enakmen Keluarga Islam Seksyen 20 (1) antara lain menyebut ‘Jika suami meninggalkan isteri selama 3 bulan atau lebih tanpa nafkah dzahir dan bathin, dan mengadu isteri itu kepada Khadi bila mana pengaduan itu didapati benar, maka dengan itu jatuh satu talak’ Sesungguhnya betul dan benarlah itu, namun yang sering berlaku dihari ini hanya tidak sampai seminggu ditinggalkan oleh suaminya, isteri telah membuat pengaduan malahan terus langsung meminta cerai! Lebih hebat lagi bila suami menjatuhkan talak hanya dengan SMS melalui telefon bimbit! Sesungguhnya yang menjadi mangsa adalah anak anak, hidup dalam tidak karuan sehinggakan terlibat dengan gejala yang tidak sihat.


ANTARA DAHULU DAN SEKARANG - Ibrahim selaku seorang pemimpin beriman kepada Allah SWT melalui kalam kalamNya. Sudah tentulah Sity Hajar diajak beriman dan dibacakan kepadanya kalam Tuhan sehinggakan menjadi isteri solehah. Ketaatan kepada pemimpin membuktikan dirinya taat kepada RasulNya dan seterusnya kepada Allah yang menciptakan dirinya. Sebagai isteri solehah yang menjangkau kepada ibu mithali, tidak pernah langsung mempertikaikan atau memburukkan pemimpinnya kepada anak anaknya. Sebaliknya, dirinya juga adalah pemimpin maka anak dididik untuk beriman seperti dirinya hanya dengan kalam kalam Tuhan. Untuk mentaati Allah dan Rasulnya pastilah mentaati pemimpin yang hanya berkalamkan kalam Tuhanya.


Perbandingan antara isteri hari ini, terdapat diantaranya sangat mudah atas alasan hak asasi wanita mendurhakai suami selaku pemimpin walau pun baru empat lima hari ditinggalkan membawa kes kemahkamah, manakala peristiwa qurban diatas, seorang isteri yang ditinggal selama 13 tahun masih tetap mentaati suami yang muncul mahu membuat penyembelihan keatas anaknya! Dibuat pula perbandingan seorang suami selaku pemimpin yang beriman dengan suami yang tidak beriman tentunya tidak membacakan kalam Tuhan kepada keluarganya dan menghilangkan diri entah kemana sesuka hati dan berenjoi sakan semaunya, sememangnya juga sebagai punca permasalahan tersebut. Alih alih mereka mengaku pula sebagai pemimpin yang mempunyai kuasa veto daripada Tuhan keatas isteri untuk berlaku sewenang wenangnya. Mudah mudahan terjawablah persoalan!


RUMUSAN

“Sesungguhnya telah Kami terangkan didalam al Quran ini untuk manusia dengan bermacam macam contoh tetapi kebanyakan manusia enggan, kecuali engkar (kafir) (17:89)Sesungguhnya al Quran itu adalah khabar gembira kepada yang beriman dan satu peringatan takut kepada yang engkar. Keberuntungan yang besar kepada mereka yang beriman kepada Allah SWT dengan kalam kalam Tuhan dan akan beroleh kemurkaanNya mereka yang engkar dengan ditimpakan dengan azab yang pedih. Mengapakah manusia itu tidak mahu memikirkan dan tidak pula mahu mengambil pelajaran Tuhan apabila didatangkan kepadanya peringatan.


KHALIFAHhimpass :- “Wazakkir fainnazikro tafa’ul mu’minin – Teruskanlah memberikan peringatan kerana manfa’at bagi orang Mukmin” Wassalam daripada ayahIssa





*******




BICARA IMAM MOHAMAD RADZI

IMAN, HIJRAH DAN JIHAD



“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang orang yang berjihad diantara kamu, dan belum nyata orang orang yang sabar (3:142)”


Sesungguhnya apabila membacakan kalam Allah SWT terlebih dahulunya adalah kepada diri sendiri dan ianya sampaikanlah kepada mereka sekelianya agar mendapat pelajaran dari Tuhan buat semua. Bagi yang berserah diri pasti akan diberikan pelajaran oleh Tuhan.


Menyebut perkara jihad, sesungguhnya bukan semata perperangan dimedan tempur mempertahankan maruah agama. Sebelum membicarakan perkara jihad dimedan tempur, orang orang beriman itu sebenarnya perlulah melakukan hijrah terlebih dahulu. Hijrah yang dimaksudkan perpindahan atau beralih itu bukan semata dengan meninggalkan sesuatu tempat ke suatu tempat yang lain.


Seseorang yang beriman itu pertamanya akan memulakan pembaikan bagi jiwa dan tingkahnya dari pada tidak baik kepada baik dan yang sudah baik itu kepada yang lebih baik sehingga menjadi yang terbaik. Membunuh segala keburukkan dalam jiwa dengan menukarkan kepada kebaikan tuntunan dan tuntutan Allah SWT melalui wahyuNya yang diturunkan. Demikian itu sebut berhijrah kepada jalan Allah SWT. Sesungguhnya melakukan hijrah itu adalah jihad pada langkahnya yang pertama.


Sesungguhnya orang orang beriman dan orang orang yang berhijrah dan mereka berjihad dijalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmah Allah dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang (2:218)”


Sesungguhnya hanya orang orang yang beriman melakukan penghijrahan jiwanya dan berjihad dengan jiwa serta harta nya dijalan Allah, pasti Tuhan mendatangkan rahmat dan kemenangan didalam setiap perjuangan termasuklah dimedan tempur! Namun perkara seumpama tidak pernah lagi berlaku melainkan sekadar kata bicara didalam ceramah dan demontrasi semata. Sesungguhnya jiwa dan raga tidak pernah melakukan hijrah meski pun mengatakan beriman dan Islam. Berkata adalah dusta berlaka, amal ibadat hanya kepura puraan belak dan ilmu pengetahuan cuma sijil dan ijazah diatas kertas.


“Tetapi Rasul dan orang orang yang beriman bersama dia, (mereka) berjihad dengan harta dan jiwa. Mereka itu memperolehi kebaikan. Mereka itulah orang orang yang menang (9:88)”


Allah menjelaskan orang orang beriman itu berhijrah dan berjihad bersama sama Rasul dan mereka memperolehi kebaikan dan kemenangan. Demikian itu telah berlaku dahulu, yang akan datang pasti berlaku; dahulu dan akan datang sekarang sedang berlaku! Jelasnya pastilah ada seseorang yang didatangkan oleh Allah SWT sebagai UtusanNya bagi menyambung tugas RasulNya diatas muka bumi ini. Kepimpinan Pewaris Nabi – Warissatul Anbi’ya itu samada sebagai ulama’ atau umara’ pastinya dia adalah Ulil Amri dari kalangan manusia itu sendiri yang akan mengajak manusia itu bersatu beriman dengan kalam kalam Tuhan untuk berhijrah serta berjihad jiwa dan harta benda untuk menegakkan kalimat kalimat Allah SWT diatas muka bumi ini. Demikian itulah disebut berjihad dijalan Allah beserta RasulNya!


Perlu diperjelaskan bahawa Utusan Tuhan itu sedang berada dikalangan manusia sekarang ini! Pemimpin tersebut sudah datang dengan membacakan kalam Tuhan didalam setiap pembicaraannya, sentiasa menyeru dan mengajak manusia agar kembali beriman, berhijrah dan berjihad jiwa raga diatas jalan Allah dan RasulNya.


Dari Jabir b Abdullah ra berkata Rasulullah SAW bersabda:- ‘Sesungguhnya sebenar benar perkataan itu ialah Kitab Allah dan sesungguhnya semulia mulia petunjuk itu ialah petunjuk Muhammad, dan seburuk buruk perkara itu ialah yang diada adakan dan setiap yang diadakan itu adalah bida’ah dan setiap yang bida’ah itu adalah sesat dan setiap yang sesat itu dineraka’ (HR Muslim)


Sungguhlah tiada kebenaran selain dari dari kalam Tuhan dan tiada semulia petunjuk oleh Nabi Muhammad SAW, namun manusia itu apabila diajak untuk beriman dan bertaqwa kepada Allah dan menjadikan Nabi itu sebagai suri teladan mereka tidak mahu malahan menentang walaupun mereka mengakui dirinya sudah Islam! Manusia lebih mendahulukan perkara perkara yang diada adakan dengan ilmu, atas akal fikir dan rasa rasa mereka. Sesungguhnya perkara perkara tersebut langsung tidak menepati kehendak Allah SWT, malahan Nabi Muhammad sendiri tidak pernah melakukan seumpama itu didalam perjuangan. Sebaliknya mereka hanya mengakui sebagai Islam tetapi tidak berpegang dengan al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW telah mengada adakan yakni melakukan sesuatu yang buruk, bida’ah dan sesat. Sedemikian itu hanyalah neraka tempatnya diakhirat kelak!


“Dan siapa yang dia berhijrah dijalan Allah, dia akan mendapati dibumi tempat berhijrah yang luas dan rezeki yang banyak ; dan siapa yang dia keluar dari rumahnya sebagai orang yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya kemudian menemui kematian maka sungguh tetaplah hijrahnya disisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (4:100)”


Maka dengan itu, bagi menyempurnakan keimanan marilah berhijrah dan berjihad dijalan Tuhan dengan petunjuk daripada kalam kalamNya yang dibacakan. Pun begitu, jika perperangan yang berlaku seperti dibeberapa tempat sekarang ini, ianya bukanlah jihad mempertahankan agama namun adalah kerana bangsa dan negara semata. Tidak mungkin perperangan di Palastin, Iraq atau Afghanistan itu suatu jihad mempertahankan agama apabila tidak kelihatan sesiapa siapa yang mengaku Islam itu turut sama berperang. Sesungguhnya mereka yang mengatakan beriman dan Islam itu belum melakukan penghijrahan kepada jalan Allah berserta Rasulnya, selagi itulah jihad tidak terlaksana, namun mereka tetap mengatakan jihad walau sekadar hanya membiarkan sahaja dengan memerhati dan mendengarkan, paling tidak sesekali menyuarakan protes dan kutukan!


“Kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya Kami tumpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi tetapi mereka itu mendustakan sebab itu Kami siksa mereka disebabkan usahanya itu (7:96)”


Amat mudah bagi Allah SWT memberikan kemenangan kepada Islam diatas muka bumi ini jika umat beriman dan bertaqwa kepadaNya, asal sahaja umat itu bersatu dibawah kepimpinan yang dipimpin oleh kalam kalamNya.


“(al Quran) ini adalah keterangan untuk manusia, jadi petunjuk dan pengajaran bagi orang orang yang taqwa (3:138)”.


Amin amin amin ya muji basa ilin ya Robalalamin. Wassalam, Imam Mohamad Radzi.