IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Rabu, 21 Julai 2010

UMNO DAN PAS BERSATU

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

ISLAM RAHMATUL ALAMIN!

‘BERSATU SECARA IKHLAS’, demikian tajuk rencana Tan Sri Dato Seri Sahibul Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, didalam UM, 18 Julai 2010. Rencana beliau adalah merujuk kepada isu yang dihangatkan kembali iaitu perihal kewajarannya BERSATU UMNO dan PAS. Mufti Perak menyatakan bersetuju dan menyokong penyatuan ini malahan menawarkan diri sebagai ‘orang tengah’, menurut beliau ianya adalah satu satunya jalan untuk kekuatan Kaum Melayu seMalaysia seterusnya akan memperkuatkan Islam lantaran Melayu seMalaysia adalah sahihnya bertaraf Islam.

‘Islam perlu dijadikan matlamat bukannya alat dalam hal ini. Islam perlu dijadikan kata pemutus bukan mangsa rakus. Parti perlu berkorban untuk Islam, bukan Islam yang dikorbankan untuk parti’, demikian antara lain kata kata Mufti yang paling terkenal itu dan sesungguhnya ana juga turut bersetuju dan menyokong kata kata dasar tersebut!

Percakaran antara UMNO dan PAS dengan saling tuduh menuduh sesama mereka bahawa parti tidak menjadikan agama Islam itu sebagai prinsip perjuangan. PAS mengatakan UMNO adalah sekular dan memperjuangkan kebangsaaan (nasionalisma). Manakala bagi PAS pula, PAS ITU ISLAM, maka UMNO menuduh PAS telah mempolitikan Islam sehingga disebut ISLAM PAS, dan kalau hukum Hudud dinamakan HUDUD PAS. Keduanya mengaku sebagai Parti Islam dengan mempertahankan Islam didalam perlembagaannya, namun Islam yang entah macam mana kerana tiada persamaan melainkan perbezaan tetapi masing masing mengaku betul lagi benar keIslamannya! Pada hal Islam itu menjurus kepada persamaan malahan disebut sebagai saudara sesama umatnya.

Sebenarnya, perihal UMNO dan PAS mahu BERSATU ini adalah yang diada adakan sebagai gimik politik kedua pihak seumpama test market lebih lebih lagi menjelang pilihanraya! Sesungguhnya Islam dijadikan alat (mangsa rakus!) dan digunakan sebagai batu loncatan (korban!) bagi meraih populariti bagi meraih sokongan dan undi semenjak diketika menuntut kemerdekaan lagi. Sesungguhnya pemimpin UMNO dan PAS sudah silih berganti namun Islam itu dipermainkan dan diperolok olokan sahaja. Dari dahulu lagi perkara ini tenggelam timbul berlaku berulang, berkali kali.

Isu penyatuan UMNO dan PAS kali ini hangat (hangat hangat tahi ayam!) kembali apabila TPM @ TPU mengatakan sedia berbincang dengan PAS bagi tujuan untuk BERSATU. MAP menyahut pelawaan tetapi dengan meletyakan syarat Royalti Minyak Petronas diselesaikan dahulu. Pemimpin lain pula mengatakan pelawaan UMNO itu sebenarnya kerana parti tersebut sudah lemah dan hanya mahu mengambil kesempatan yang kononnya PAS sedang kuat berpengarauh dikalangan rakyat khususnya Melayu! PU @ PM membalas kenyataan dengan mengatakan PAS tidak sekuat mana kerana didalam sejarahnya tidak pernah memenangi pilihanraya untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. PAS mensyaratkan UMNO terlebih dahulu melaksanakan hukum dan undang undang Islam didalam pemerintahan sebelum mahu berbincang tentang BERSATU.

Berlaku hari ini ialah UMNO mengajak PAS BERSATU dengannya dan begitu juga sebaliknya. Maka PAS dituduh pula sebenarnya bukan Parti Islam dan bayak berdolak dalih serta sengaja mereka cipta alasan kerana takut kepada PKR dan DAP yang selama ini adalah rakan didalam Pakatan Pembangkang (PR). al Mufti yang bersedia menjadi orang tengah dituduh pula berbohong dan sebagai tali barut UMNO semata. Penganalisis politik berlanjutan menghuraikan teori dan ideologi yang terkadang bersifat melaga lagakan dan wartawan pula mengambil kesempatan menulis bagi keuntungan dipihak media massa. Perihal ini akhirnya menjadi sitkom carca marba dan menjadikan rakyat terkeliru dan musuh Islam pula akan terkakah kakah mentertawakan.

ana terpanggil untuk menulis disini bukanlah kerana UMNO, PAS dan juga tidak kerana Melayu Islam seMalaysia, malahan bukan juga kerana Sahibul Samahah al Mufti, tetapi adalah kerana ISLAM RAHMATUL ALAMIN. Sesungguhnya Islam adalah agama dari sisi Allah SWT untuk seluruh manusia didunia ini dan bukan semata mata untuk mempersatukan Melayu seMalaysia sahaja. Allah menjanjikan kemenangan dan kebajikan kepada sesiapa sahaja yang berada diatas jalan agamaNya yang benar lagi lurus itu, samada didunia mahu pun diakhirat. Keseluruhan manusia itu dituntut BERSATU kepada Islam tanpa mengira bangsa, bahasa mahu pun negaranya dengan beriman kepada Kalam Tuhan yakni al Quran nulKareem.

Persoalan penyatuan ini kalau mahu dijadikan kenyataan, maka tidak ada satu jalan lain melainkan kembali kepada Islam dengan mentaati Allah dan mentaati RasulNya dan Ulil Amri dikalangan manusia itu sendiri. Ulil Amri pasti hanya mengajak kembali kepada Islam dengan beriman kepada Kalam Tuhan, al Quran nulKareem, Kitabullah. (rujuk QS anNissak 4:59) Sekiranya masih diakal akal fikirkan dengan teori dan ideologi bijak pandai manusia, perkara BERSATU ini pasti tidak akan dapat dicapai sampai bila bila pun. Benar, hanya Islam yang akan mempersatukan manusia tetapi sekiranya al Quran itu diabaikan jangan berharap BERSATU itu akan menjadi kenyataan. Kewajarannya ialah UMNO dan PAS wajib bersatu didalam Islam dengan berlandaskan Kalam Tuhan, al Quran nulKareem dan al Sunnah!

Paling mudah sebenarnya untuk BERSATU, lebih lebih lagi Melayu seMalaysia yang sudah ditakrifkan sebagai Islam sejak dahulu lagi. Lagi pun Melayu memegang tunggak kuasa politik masa kini, raja dan sultan adalah Melayu, Bahasa Kebangsaan ialah BahasaMelayu malahan Agama Islam adalah agama rasmi negara didalam perlembagaan. Bijak pandai UMNO dan PAS didalam bidang keagamaan bukan sedikit jumlahnya perlu mengambil al Quran sebagai landasan penyatuan tersebut. Janganlah kepentingan parti itu didahulukan dan pertahankan. Perlembagaan parti hendaklah dibuang jauh dan dilupakan terus kerana perlembagaan sebenarnya ialah Perlembagaan Tuhan iaitu al Quran yang akan diguna pakai. Bagaimana pula dengan Perlembagaan Negara? Peranan orang tengah sebenarnya ialah mempastikan tiada siapa pun lari dan menyeleweng dari Kalam kalam Tuhan sebagai Perlembagaan!

Tetapi yang kelihatan ialah paling susah untuk BERSATU! Sehingga hari ini hampir semua orang Melayu UMNO dan Melayu PAS bercakap termasuk Melayu Melayu PKR malahan yang bukan Melayu (MCA, DAP, MIC, PPP dan NGO) juga bercakap. Mereka yang tidak berparti pun ikut bercakap. Namun matlamat untuk BERSATU itu semakin menjauh kerana yang percakapkan oleh Melayu ngaku Islam itu tidak merujuk kepada tuntunan dan tuntutan Allah SWT melalui KalamNya sebaliknya adalah dari idea fikiran dan rasa rasa yang diakal akalkan oleh mereka. Percayalah, perbezaan dan perbalahan akan berpanjangan dimana matlamat untuk BERSATU itu akhirnya akan hilang lenyap begitu sahaja. Mungkin sedikit waktu lagi kes saman menyaman diantara mereka akan memenuhi fail mahkamah, namun ana khuatir juga takut takut al Mufti menyaman orang orang yang menuduhnya sebagai pembohong. Semoga ini tidak berlaku kerana sangat memalukan semua pihak lebih lebih lagi kepada beliau yang mahu menjadi orang tengah!

“Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang orang yang Kami pilih diantara hamba hamba Kami, lalu ada diantara mereka yang (i) menzalimi diri sendiri, (ii) ada yang pertengahan dan (iii) ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Demikian itu adalah kurnia yang besar”

al Mufti menyebut bahawa QS al Fatir 35:32 diatas, boleh diterjemahkan dengan merangkumkan seluruh Melayu seMalaysia adalah golongan yang ketiga disebut Tuhan iaitu yang berkedudukan sebagai bertanggungjawab melaksanakan, mempertahankan dan mendakwahkan Islam itu. Namun beliau tidak pula menyebut UMNO atau PAS berada digolongan mana satu sehinggakan beliau menyanggupi pula untuk menjadi ‘orang tengah’. Adakah diantara Melayu UMNO dan Melayu PAS itu golongan yang menzalimi diri sendiri atau pun golongan pertengahan? Namun jangan pula ‘orang tengah’ itu dimaksudkan sebagai orang pertengahan!

Perlu diingat bahawa Islam seMalaysia bukanlah semata mata terdiri dari orang Melayu! Malahan satu ketika dahulu pernah dihebohkan hampir sejuta orang Islam diMalaysia telah murtad, jika Melayu seMalaysia ini Islam maka sudah tentulah yang dikatakan sejuta telah murtad itu pastilah Melayu. Ingatlah, apabila dikatakan Islam itu ditindas dan dijajah maka keseluruhan orang Islam wajib BERSATU mempertahankannya. Tidak ada dominan agama itu untuk kaum kaum tertentu! Jika demi Melayu, pastilah akan melayu selama lamanya! Terkulai.

Syarat utama kepada penyatuan manusia itu ialah beriman kepada Allah dan Rasulnya. BERSATU mengatakan “QUL HUALLAHHUAHAD - ALLAH ITU ESA” dan menyatakan keEsaan Allah SWT didalam Satu Kalimah Syahadah, satu nada dihati dan lisan beserta dengan perbuatan. ALLAH DIDAHULUKAN, AL QURAN DIUTAMAKAN! Sesungguhnya jika manusia itu kembali kepada Islam sebenarnya dengan keseluruhannya Islam disisi Tuhan (ISLAM KAFFAH), maka sudah pastilah BERSATU UMAT dengan izinNya! Demikian itulah sebesar besar rahmat dan kurnia dari Allah SWT.

“Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepadaNya niscaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar dari-Nya dan limpahan karunia-Nya. Dan menunjuki mereka kepada jalan (shirath) yang lurus kepada-Nya (4:174&175)

Maka berkesinambunganlah urusan dan tugasan ana kepada manusia keseluruhannya iaitu membacakan al Quran nulKareem , Kalamullah sebagai menyampaikan khabar gembira kepada yang beriman dan satu peringatan takut kepada yang engkar…… Wassalam dari ayahIssa