IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Isnin, 12 Julai 2010

UTUSAN-NYA DIKALANGAN KAMU

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


“Sesungguhnya telah Kami unjukkan amanah (perintah) kepada langit, bumi dan gunung gunung, lalu mereka enggan memikulnya dan takut menerimanya, kemudian amanah itu dipikul oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu aniaya lagi jahil (tiada berilmu) (33:72)

Assalamualaikum wmwb.
Sesungguhnya kalam kalam Tuhan yang dibacakan itu, terlebih dahulunya adalah peringatan buat diri sendiri dan apabila dibacakan kepada kamu adalah kerana amanat Allah SWT supaya disampaikan sebagai khabar gembira kepada yang mahu beriman dan sebagai satu peringatan takut kepada mereka yang engkar.

Sungguhlah menepati maksud Allah SWT bahawa ana sebagai manusia bodoh yang tidak punya ilmu telah menerima untuk memikul amanah Kitabullah tersebut. Sesungguhnya ana bukanlah manusia yang sombong tinggi melangit, atau seperti bumi yang kekayaannya terhampar dan tersimpan didalam perutnya mahu pun seperti gunung ganang yang kuat dan gagah tersergam berdiri! Maka tidak hairanlah manusia itu sombong dengan ketinggian melangit ilmu dan akalnya mengatakan kalam kalam Tuhan sebagai sejarah malahan menganggap sebagai dongengan dahulu kala. Mereka yang kaya dan berada pula berasa sangat megah dengan hartanya dan sangat bakhil untuk menginfakkan sebahagian darinya kepada perkara kebaikan dan kebajikan lantaran takut menjadi papa kedana. Mereka yang berkuasa berasa sangat perkasa sehinggakan punya veto didalam membuat segala keputusan walaupun tiada keadilan malah berlaku zalim dengan sewenang wenangnya sebenarnya adalah untuk mempertahankan dan mengekalkan kuasa yang ada.

“Berkata mereka : Hai orang orang yang diturunkan al Quran kepadanya! Sesungguhnya engkau orang gila (15:6 )

Sesungguhnya hanyalah kalam Tuhan dan pelajaran dariNya yang diperbicarakan tanpa diakal akalkan dengan ilmu dan rasa rasa. Namun manusia menuduh pula sebagai orang gila, ahli sihir dan tukang syair walau pun tidak pandai baca tulis apa lagi untuk mengarang ayat ayat yang tersusun sebegitu sangat rapinya. Apabila Allah SWT menyebut manusia itu tidak mengetahui, tidak mahu memikirkan dan tidak mengambil pelajaran adalah kerana tidak membaca al Quran dan apabila dibacakan mereka menentang dan tidak mahu beriman. Sesungguhnya mereka kufur kepada Tuhan dan akan dibalasi dengan azab siksa yang sangat pedih.

"Sehingga Allah akan mengazab orang orang munafik lelaki dan perempuan, orang orang musyrik lelaki dan perempuan; dan Allah akan menerima taubat orang orang Mukmin lelaki dan perempuan. Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang (33:73)

Wahai orang orang yang beriman! (jawablah : YA!)
Pastilah orang yang bertaubat kepada Tuhan dan beriman kepadaNya menerima keampunan dan Kasih Sayang Allah SWT. Sesungguhnya seruan kepada kamu ini adalah kalam kalam Tuhan yang merupakan khabar gembira daripadaNya jika kamu mahu beriman. Janganlah kamu berpaling, sebaliknya terus lanjutkan seruan ini kepada manusia lain tanpa ragu dan sangsi. ana mahu pun kamu adalah punya satu amanah dan tangungjawab yang sama daripada Tuhan Pencipta. Mengajak manusia untuk kembali bersatu dibawah kalimah kalimahNya kerana janji kemenangan dari Tuhan itu benar benar berlaku dan ianya akan jelas terasakan. Kamu dan ana sebenarnya sama sahaja, membacakan kalam kalam Allah SWT dan pasti tiada kesempitan dan kesukaran kerana telah berada diatas jalanNya yang lurus lagi benar.

“Hai orang yang beriman, takwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar. Nescaya diperbaikiNya (diterimaNya) amalan kamu dan diampunkanNya dosa mu. Barangsiapa yang mengikut Allah dan Rasulnya maka sesungguhnya ia telah menang dengan kemenangan yang besar (33:70&71)

Sesungguhnya ana seperti kamu dan sepertilah juga yang sebelumnya mahu pun kepada sesiapa juga dimasa akan datang. Dahulu telah berlaku, akan datang pasti berlaku; dahulu dan akan datang itu sedang berlaku sekarang! Didatangkan Tuhan seorang UtusanNya! Telah didatangkan seseorang yang membacakan kalam kalam Tuhan dan keteranganNya dan sampai sekarang tidak pernah lekang daripada berbicarkan ayat ayat Tuhannya yang dibacakan, sehinggalah ana pun turut membacakan kepada manusia manusia lain tanpa ragu dan sangsi.

“Sebagaimana Kami telah mengutus seorang Utusan kepada mu, iaitu salah seorang diantara mu yang membacakan ayat ayat Kami kepada mu membersihkan kamu dan mengajarkan Kitab dan Hikmah kepada mu; dan lagi mengajarkan apa apa yang belum kamu ketahui (2:151)

Sesungguhnya Allah mendatangkan seorang Utusan dari kalangan manusia itu sendiri yang akan membacakan kalam kalam Tuhan bagi membersihkan kekotoran jiwa raga mu. Dengan izin dan ilmu Tuhan, tiada selain dari hanya kalam kalamNya yang dibacakan kepada umat manusia bersama keterangan keteranganNya yang dapat mensucikan setiap manusia dimuka bumi. Kalam Tuhan itu adalah sebagai petunjuk dan rahmat yang membawa manusia kejalan yang benar, bersih dan lurus jiwa raganya hingga kehari akhirat..

Allah Berkehendak mendatangkan kepada setiap kaum itu seorang UtusanNya. Utusan itu adalah dari kalangan mereka sendiri yang membacakan kalam (ayat) Tuhan menyampaikan khabar gembira dan peringatan takut agar manusia itu suci jiwa raganya dari kemungkaran dan kesesatan yang berpanjangan. Barangsiapa yang menyangkal adanya Utusan Tuhan dikalangan mereka yang membacakan kalam kalamNya, sungguhlah mereka itu berada didalam kesesatan selama lamanya. Barangsiapa yang berpaling dan menentang apabila dibacakan kalam kalam Tuhan kepadanya, sungguhlah jiwa (rohaniah) mereka berada didalam kekotoran sehingga menjadikan manusia itu kufur kepada Allah SWT.

“Dia (Allah) mengutus seorang Utusan kepada kaum yang ummi dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat ayatNya, mensucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah, meski sebelumnya mereka benar benar didalam kesesatan yang nyata (62:2)

Manusia itu menjadi bijak dan pandai kerana belajar dan menuntut serta mengaji Kitabullah dan buku buku karangan orang orang sholeh terdahulu itu namun sesungguhnya mereka tidak mampu berpegang kepada ilmunya sendiri apa lagi untuk membersihkan jiwa orang lain kerana yang sedemikian hanya dipelajari kerana rajinnya, ada waktu terluang baginya dan punya wang bagi biaya kos kuliahnya. Apabila Allah mendatangkan seorang Utusan yang tidak bijak dan pandai apa lagi tanpa sijil atau ijazahnya melainkan ilmu dan pelajaran dari Tuhan seizinNya, manusia berpaling dan menentang. Sesungguhnya hanya kehendak Allah SWT untuk kepada sesiapa diberikanNya petunjuk dan kepada siapa yang mahu disesatkanNya. Sesungguhnya bukanlah diatas kehendak manusia itu menentukan kepada Allah SWT siapa UtusanNya yang sesuai dengan akal fikir dan citarasanya! Sesungguhnya manusia itu menganiaya dan menzalimi diri sendiri apabila tidak mahu beriman dengan al Quran yang diturunkan sebagai petunjuk dan rahmat dari Penciptanya.

Allah menyebutkan bahawa UtusanNya yang didatangkan adalah dari kalangan manusia itu sendiri dan hanyalah membacakan kalam kalam Tuhan. Pastinya utusan dari Tuhan itu hanya membacakan kalamNya sebagai petunjuk dan rahmat kepada manusia dimuka bumi ini. Jika yang datang itu apabila bukan kalam kalam Allah SWT yang bicarakan sudah pastilah ianya iblis atau syaitan musuh kamu yang nyata! Ianya akan datang dengan berita palsu, fitnah dan adu domba agar manusia itu menjadi berpecah belah dan bersengketa sesama sendiri.

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhan mu yang menciptakan. Dia telah mencipta manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhan mu Yang Maha Mulia. Yang mengajarkan dengan kalam. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (96:1-5)

Para Fuqaha didalam pelajaran feqah menghukumkan darah adalah najis, yang jika sedikit dimaafkan didalam sholat namun yang sedikit itu apabila ditimpakan air, darah tersebut berkembang lalu tidak boleh dibawa sholat kerana membatalkan wuduk dan sholat menjadi tidak sah. Bolehlah bermula sholat setelah dicuci dan mengambil wuduk semula dengan air mutlak.

Sesungguhnya air yang disebut mutlak itu tidak dapat mensucikan diri sebaliknya hanya mampu mencuci pakaian dan badan dari bau dan daki yang melekat! Kejadian manusia dari segumpal darah itu sehingga berkembang besar menjadi manusia perlulah disucikan dalam bentuk yang sebenarnya mengikut tuntutan Allah SWT. Hanyalah dengan berimankan kalam Allah SWT yang dibacakan akan dapat dan mampu membersihkan dan mensucikan jiwa dan raga. Sungguh Allah SWT itu Maha Memelihara!

“Kami turunkan diantara al Quran sesuatu yang menyembuhkan (penyakit hati) dan rahmat untuk orang2 yang beriman, tetapi yang demikian tiada menambah orang2 yang aniaya melainkan kerugian (17:82)

Sesungguhnya yang dikatakan sakit hati mahu pun hati sakit itu adalah lantaran jiwa yang berada didalam kekotoran dan kesesatan, maka hanya dengan kalam Tuhan yang dapat mensucikannya. Allah itu dengan sifat Tuhan yang bersalahan dengan setiap yang diciptakanNya pastilah tidak menunjukkan diri mahu pun suaraNya, maka itulah didatangkan Utusan utusanNya bagi menyampaikan kalam kalamNya tersebut yang diturunkan sebagai wahyu melalui Malaikat Jibril AS kepada Nabi Muhammad SAW.

Sungguhlah begitu terang dan nyatanya firman Allah SWT bahawa pastilah ada sentiasa UtusanNya yang akan membacakan kalam kalamNya kepada manusia sehingga hari kiamat kelak! Barangsiapa juga melalui izinNya didatangkan sebagai Ulama’ atau Umara’ yakni Ulill Amri dikalangan kamu yang hanya membicarakan kalam Tuhan tanpa diakal akalkanya dengan ilmu dan tidak juga melalui rasa citarasa perasaannya sendiri, sudah tentulah sebagai Utusan Tuhan dimuka bumi ini kepada kaum kaum mereka.

“Wahai orang orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan Ulil Amri di antara kamu.Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya (4: 59)

Sesungguhnya Ulil Amri yang dimaksudkan oleh Allah SWT bukanlah yang kelihatan seperti mereka yang kononnya bergelar ulama’ dan umara’ yang menonjolkan diri mahu pun ditonjolkan oleh kaumnya lantaran ilmu tuntutannya berijazah cemerlang atau hartanya yang banyak tinggi bertimbun mahu pun punya ideologi yang datang dari kepetahan mulut dan tajam fikirnya! Pastinya mereka tidak mengkalam kalam Tuhan malah menentang dan memusuhi. Walaupun mengaku beriman dan Islam tetapi mereka sentiasa mendahulukan akal fikir dan rasa rasa didalam perkataan dan perbuatan. sehingga mengakibatkan perpecahan sesama manusia dan membuat kerosakkan diatas muka bumi ini. Akhirnya lihatlah sejarahnya, bagaimana mereka dinaikkan dengan mulia dan akhirnya dijatuhkan dalam kehinaan oleh kaum kaumnya sendiri!

Sabda Nabi Muhammad SAW Perumpamaan ulama’ dibumi adalah seperti bintang bintang dilangit yang memberi petunjuk kepada musafir dan pelayar diwaktu malam, apabila terlindungnya bintang bintang tersebut maka mereka terpinga pinga kehilangan petunjuk’ (RH Imam Ahmad). Sesungguhnya manusia itu berada didalam kegelapan dan kesesatan yang sentiasa memerlukan petunjuk dan rahmat Tuhan didalam kehidupan sehinggalah Ulil Amri yang didatangkan oleh Allah sebagai UtusanNya kepada manusia membawa petunjuk dan rahmat dari Tuhan agar manusia itu perolehi kebaikan dan kebajikan didunia dan akhirat. Hanyalah kalam kalam Tuhan sebagai petunjuk untuk manusia itu beriman dan mendapat rahmat tersebut, maka sehubungan itu didatangkan olehNya Utusan kepada manusia itu. Adalah satu kepastian bahawa Ulil Amri yang dimaksudkan oleh Allah SWT untuk ditaati dan patuhi (QS 4:59) adalah melambangkan ketaatan dan kepatuhan umat kepada Nabi Muhammad SAW dan sebagai bukti ketaatan dan kepatuhan hamba hambaNya kepada Allah SWT itu!

Menepati sabda SAW ‘Sesudah aku pasti ada pengganti yang serupa dengan ku dan para sahabat’, yakni Pewaris Nabi - Warissatul Anbi’ya sebagai Utusan penyambung risalah dari Tuhan, Kitabullah al QuranulKareem. Hanyalah kalam kalam Tuhan yang dibicarakan sebagai petunjuk dan rahmat kepada manusia agar tidak selamanya berada didalam kekotoran dan kegelapan kesesatan. Kepada manusia yang sudah sampai kepadanya keterangan tersebut, hendaklah bersegera mendatangi Utusan untuk bertaslim (serah diri) dan mengambil persaksian keIslaman disisi Tuhan. Menyangkal dan menentang datang seorang Utusan yang hanya membacakan kalam Tuhan dikalangan kamu adalah fasik malahan kufur kepada Allah SWT. Andainya kamu berlengah, selama itulah kamu sentiasa berada didalam kekotoran dan kesesatan. Maka kemaksiatan, kemungkaran dan kerosakkan diatas muka bumi ini akan terus berleluasa.

Wahai orang orang yang beriman!
Sesungguhnya ana menyeru dan mengajak kepada manusia kembali kepada Allah dan RasulNya dengan mentaati dan patuh kepada Ulil Amri yang didatangkanNya untuk membacakan kalam kalamNya bagi membersihkan jiwa dan raga mu dari segala kokotoran dan kegelapan yang menyesatkan selama ini. Kepada mereka mereka yang engkar atau kufur, ana sekadar memberikan peringatan Tuhan bahawa Allah SWT pasti mengazabkan siksaan yang sangat pedih.


Nota:
Tulisan diatas diharap dapat menjawab beberapa pertanyaan melalui email, yang diantaranya mahukan biodata dan sejarah perguruan, InsayAllah, akan datang diterbitkan jawaban kepada persoalan ‘Khalifahhimpas menolak ajaran dan amalan thariqat’ - Wassalam, daripada ayahIssa