IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Ahad, 18 Julai 2010

DAHULU DAN AKAN DATANG ITU SEKARANG

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dahulu telah berlaku, akan datang pasti berlaku;

yang dahulu dan yang akan datang sedang berlaku sekarang!

Allah SWT banyak menggarap didalam Firmannya kisah kisah kehancuran kehebatan tamaddun dan peradaban manusia yang engkar (kufur) kepadaNya. Sesungguhnya kisah kisah ini merupakan ibrah, pengajaran kepada seluruh manusia, namun manusia itu tidak mahu mengambil pelajaran.

“Maka Kami jadikan (yang demikian) itu peringatan bagi orang orang dimasa itu, dan bagi mereka yang kemudian serta menjadi pelajaran bagi orang orang yang bertaqwa (2:66)

Dilihat dari mata kasar manusia itu telah mencapai tahap kemajuan teknologi yang canggih dan tinggi, namun ternyata tiada daya tahan untuk mencegah perkara negatif yang mendatangkan kerosakan dan kebinasaan daripada berlaku. Malah kemajuan seumpama menyebabkan manusia itu menjadi angkuh dan sombong dengan melanggar perintah dan larangan Allah SWT sehinggakan kemaksiatan dan kemungkaran berleluasa menjadikan mereka sentiasa diselaputi noda dan dosa. Tamaddun manusia yang terpesong dan bercanggah dengan tuntunan dan tuntutan Tuhan itu adalah berpandukan kemahuan dan kehendak hawa nafsu yang sebenarnya telah bertuhankan kepada iblis syaitan.

“Juga (ingatlah) Kaum ‘Ad dan Tsamud, sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari bekas peninggalan kediaman mereka. Syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (buruk) mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah, sedangkan mereka adalah orang orang yang berakal dan berwawasan. Dan (juga) Qarun, Firaun dan Haman. Sungguh telah datang kepada mereka Musa (membawa) keterangan yang nyata. Tetapi mereka berlaku sombong dibumi, dan tidak mereka dapat melepaskan diri (dari azab Allah) (29:38&39)

Sesungguhnya Allah SWT itu bersifat Kasih dan Sayang terhadap manusia maka pasti didatangkanNya seorang UtusanNya sebagai pemberi khabar gembira dan peringatan takut dengan membacakan Kalam kalamnya agar manusia itu mentaati tuntunan dan tuntutan Tuhan.

“Dan tidaklah Tuhan Pencipta kamu itu membinasakan negeri (penduduk) sebelum Dia mengutus di ibu kotanya seorang Utusan (yang) akan membacakan ayat ayat Kami dan tidaklah Kami membinasakan negeri negeri kecuali penduduknya orang orang yang zalim (mendustakan UtusanNya) (28:59)

Namun manusia menzalimi dan menganiayai diri mereka sendiri, apabila dibacakan Kalam kalam Tuhan mereka menentang malah memusuhi dan memerangi UtusanNya. Sesungguhnya manusia itu telah memusuhi Allah dan kufur kepadaNya.

“Maka betapa banyak negeri yang telah Kami binasakan disebabkan kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranap bangunan bangunannya, dan banyak telaga yang terbiar dan istana yang tersergam (ttidak berpenghuni) (22:45)

Mereka bertuhankan pendeta, ulama’ suuk, pemimpin, kuasa, ideologi, harta dan wang ringgit yakni sebagai thoghut, tuhan sesembahan mereka. Dikalangan mereka sungguh berani memakai sifat Tuhan lantaran leka dan alpa dengan urusan keduniaan. Sungguhlah manusia itu melampaui batas sehingga menyebabkan kerosakan dan kebinasaan yang mencakupi seluruh aspek kehidupan politik, ekonomi dan sosial. Penyalahan guna kuasa,pecah amanah, merompak khazanah negara, khianat, muamalah riba, tipu sebut harga tender, pincang akhlak, maksiat zina, liwat, lesbian, judi, arak dan kemungkaran lain lainnya berlaku berleluasa sewenang wenang! Demikianlah manusia itu berdosa kerana bersikap melampaui batas yang mengundang musibah dan malapetaka dari Allah SWT.

“Telah nampak kerosakan didarat dan dilaut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia itu; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (taubat) (30:41)

Sikap sombong dan takbur manusia itu kebanyakan ada kepada diri mereka mereka yang bergelar dan berjawatan sebagai pemimpin sehingga menjadikan kezaliman itu bermaharajalela. Mereka menolak dan menentang kebenaran hakiki kepada Kalam kalam Tuhan yang dibacakan kepadanya. Mereka menjadi engkar lantaran meletakkan kepentingan peribadi dan kroni didalam urusan duniawi seperti kuasa, pangkat, harta dan wang ringgit ditempat yang pertama , diutamakan dan didahulukan!. Kebijaksanaan akal fikir dan ketinggian ilmu tuntutan dari menara gading digunakan sebagai alat dan batu loncatan bagi memperolehi kekuasaan, kekayaan dan kemewahan. Sehinggakan diantara mereka yang pandai ilmu agama dengan ijazah dari Mesir atau Jordan dan bergelar ulama’, tuan guru dan ustaz sanggup menjual ayat ayat Allah SWT dengan harga wang yang sedikit! Mereka menyembunyikan kebenaran dari Tuhan malahan sanggup pula mencampur adukan diantara yang haq dan bathil asal sahaja memenangi kepentingan peribadi.

“Dan sungguh, Kami telah membinasakan umat umat sebelum kamu ketika mereka berbuat zalim, padahal Utusan utusan telah datang kepada mereka membawa keterangan yang nyata tetapi mereka tetap tidak mahu beriman. Demikian Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat dosa (10:13)

Dahulu telah berlaku, akan datang pasti berlaku; yang dahulu dan akan datang itu, sekarang sedang berlaku! Demikian al Quran itu Qodeem - Sedia; dimana segala tuntunan, tuntutan mahu pun kisah kisah didalamnya adalah menepati masa dan ketika disetiap zaman. al Quran itu tiada sebarang perubahan dari huruf dan barisnya, mahu pun bunyi dan maksudnya sehinggalah kehari kiamat.

Apabila dibacakan al Quran dan disampaikan keterangannya kepada mereka, maka mereka akan memandang serong dan akan menuduh gila.

“Berkata mereka : Hai orang orang yang diturunkan al Quran kepadanya! Sesungguhnya engkau orang gila (15:6 )

Dibacakan terus al Quran itu, mereka akan mengatakan telah sesat dan menyeleweng kerana nenek moyang mereka tidak pernah memperkatakan sebegitu apa lagi berbuat sedemikian. Agama yang dianuti hanyalah sekadar ikut ikutan yang diwarisi sebagai adat dan budaya semata.

"Dan apabila dikatakan kepada mereka, 'Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah'. Mereka menjawab, '(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami'. Apakah mereka akan mengikuti juga) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk? (2:170)"

Sesungguhnya seruan mengajak manusia kembali kepada Allah dan RasulNya hanyalah dengan mengatakan Kalam kalam Tuhan. Kebanyakan manusia itu tidak mahu beriman malahan mengatakan bahawa al Quran itu adalah dongengan orang orang dahulu.

“Apabila dibacakan kepadanya ayat ayat Kami, ia berkata ; (ini) dongeng orang orang dahulu (68:15)

Demikianlah manusia itu tidak mahu mengambil pelajaran daripada Kalam kalam Tuhan yang dibacakan bersama keterangannya. Sesungguhnya kaum dan nama perseorangan yang dibinasakan oleh Tuhan tersebut didalam al Quran itu sentiasa ada pada bila bila masa dan zaman dari dahulu, akan datang sehinggalah sekarang! Maka sesungguhnya kepada setiap mereka yang kufur (engkar) kepada Kalam Tuhan itu, pastilah juga akan mendapat penghinaan dan dibinasakan oleh Allah SWT dengan siksaan dan azab yang sangat pedih. Segalanya adalah tersangat mudah bagi Allah SWT.

“Hendaklah ada diantara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf (yang baik baik) dan melarang dari yang mungkar; mereka itulah yang menang. Janganlah kamu seperti orang orang yang berpecah belah dan berselisih selisih setelah datang kepada mereka beberapa keterangan dan untuk mereka itulah siksaan yang besar”

Wahai manusia!

Sesungguhnya telah datang kepada kamu umat dibawah kepimpinan yang dijanjikan kedatangannya, yang menyeru dan mengajak manusia untuk kembali kepada Allah dan Rasulnya dengan membaca dan menyampaikan keterangan keterangan Kalam kalam Allah SWT. Hanyalah Kitabullah, al Quran nulKareem jalan (thariq = shirath) yang benar lagi lurus membawa manusia itu kembali menemui Allah SWT. Sambut dan sahutlah seruan; jangan ada keraguan dan usah ada kesangsian.

“Demikianlah Kami turunkan Kitab kepada engkau. Diantara orang orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, mereka beriman kepadanya, dan diantara mereka ini ada pula yang beriman kepadanya. Dan tiadalah yang menyangkal ayat ayat Kami, kecuali orang orang yang kafir (29:47)

Ini adalah khabar gembira kepada yang beriman dan satu peringatan takut kepada yang engkar. “Maha Suci Tuhan yang menurunkan Furqan (al Quran) kepada hambaNya, supaya dia memberi peringatan kepada seluruh alam (25:1)ana hanyalah seorang pemberi peringatan kepada kamu!, Wassalam - ayahIssa