IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Selasa, 4 Mei 2010

KENAL DIRI KENAL TUHAN


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Inti bicara kali ini adalah bersangkut paut dengan seorang teman lama (dah tua!), cX yang sudah berusia 63 tahun! Kata cX ‘Kenal diri maka kenal Tuhan, bila kenal Tuhan binasalah diri, ketika binasa diri ujudlah Tuhan semata. Lahaulawalaquwataillabillahhilazaim. Segalanya atas kehendak Tuhan, maka manusia itu tiada dosa dan pahala, begitulah juga tiada syurga dan neraka! Maka kerja perintah dan larangan Tuhan juga tidak ada’ Manusia tidak ada dosa kerana sudah sangat kenal dengan Tuhan, bagai sudah kenal dengan Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak; manakan lagi ada rasa takut atau malu, bila bila masa sahaja boleh bertemu tanpa appointment, boleh minta apa sahaja walaupun kengkadang yang bukan bukan! Sebagaikan diri sendiri itulah yang sebenarnya Perdana Menteri, walaupun cX tidak pula menyebut dialah Tuhan secara langsung. Sedikit pun ana tidak tergamam walaupun cX seolah mahu menunjuk hebat dan mahu membuatkan ana rasa terpukau.

ana menangkis hujjah cX dengan mengatakan didalam al Quran tidaklah seperti yang diperkatakan olehnya. Sehingga disatu ketika itu, cX berani menyebut al Quran itu adalah cerita cerita orang dahulu; itu dulu, sekarang tidak ada lagi! Segeralah ana mengambil Kitabullah yang sentiasa ada dibawa didalam kereta. Sambil memaklumkan kepada cX, bahawa ana hanya membicarakan kalam kalam Allah SWT dan keterangan keterangannya sebagai dalil perbincangan. Bagi ana tiada selain hanyalah Kitabullah sebagai panduan dan petunjuk bagi sekalian manusia diatas muka bumi untuk mengenal diri dan Tuhannya. Lalu ana bacakan mafhum QS 68:15 “Apabila dibacakan kepadanya ayat ayat Kami, ia berkata ; (ini) dongeng orang orang dahulu” cX kaget dan diam, barangkali dibenak otaknya menyedari orang orang yang seperti dirinya telah ada sejak dahulu dan ditegur Allah SWT didalam firmanNya. Lantas ana terangkan kepadanya bahawa al Quran ini bersifat Qodeem (sedia), sesuai untuk diguna pakai disetiap zaman hinggalah kehari kiamat. Segala petunjuk, seruan, tegahan, undang undang dan kisah kisah didalamnya telah berlaku dahulu dan pasti akan berlaku dimasa akan datang; dahulu dan akan datang itu sedang berlaku sekarang! “Sesungguhnya telah Kami terangkan didalam al Quran ini untuk manusia dengan bermacam macam contoh tetapi kebanyakan manusia enggan, kecuali engkar (kafir) (17:89) (manusia seperti cX dahulu telah ada, akan datang pasti ada; dahulu dan akan datang cX (sangat ramai)sudah ada sekarang!)

“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepada mu dalil (keterangan) dari pada Tuhan mu dan telah Kami turunkan kepada mu Nur (cahaya) yang menerangi (4:174) Sesungguhnya untuk mengenal diri yang diciptakan itu dan Tuhan siPencipta itu ialah semestinya melalui ayat ayatNya semata mata. (Sebuah mesin ciptaan mesti dibaca buku manual dari kilangnya!) Begitulah juga sebagai hamba sudah tentulah ‘buku perlembagaan’ undang undang dan tugasan sihamba itu dipersiapkan oleh Tuhannya. Jika hamba melakukan sebarang kesalahan, penipuan, angkuh sombong, durhaka maka sudah tentulah mendapat hukuman dari apa yang diperbuatnya itu. Sebaliknya, jika sihamba taat dan patuh terhadap undang undang serta mengerjakan suruhan dengan menyerahkan jiwa dan raga pastilah akan dibalasi dengan kebaikan berlipat ganda dan keuntungan seperti pahala yang banyak dan tingkatan martabat dimuliakan malahan turut mendapat kasih sayang dan penuh perhatian dari Tuhannya. Begitulah juga sebenarnya, jika sihamba mengenali Tuhannya pastilah timbul cinta dan kasih sayangnya kepada Tuhannya. Ketaatan sangat dituntut Allah SWT kepada hamba hambaNya yang diciptakan olehNya! ‘Buku perlembagaan’ yang dimaksudkan itu ialah Kitabullah, al Quran nulKareem yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril AS. Tak kenal tak cinta! Udah cinta lahirlah ketaatan!.
“Barang siapa yang mentaati Allah dan RasulNya, maka mereka itu bersama orang orang yang diberikan Allah nikmat kepada mereka, iaitu nabi nabi, orang orang yang benar, orang orang syahid dan orang orang yang solleh. Alangkah baiknya bertemankan mereka mereka itu! (4:69)Sesungguhnya kedudukkan para Nabi, orang orang yang benar, para syuhada dan orang orang solleh itu sangat mulia dan tertinggi darjatnya. Makam tersebut diperolehi kerana menyedari dan menginsafi kejadian diri yang hanya diciptakan sebagai hamba Tuhan, seterusnya sangat mentaati perintah dan laranganNya dengan rasa iman dan taqwa yang menebal kepada Allah sehinggakan meningkat tahap ketaqwaanya kepada Allah yang Maha Pencipta seisi alam ini (termasuk dirinya sendiri!) Membaca al Quran, memahami dan mengimaninya dengan taat dan patuh pastilah seseorang hamba itu tinggi tingkatan ketakwaan kepada Allah SWT.
“Bertaqwalah kamu sekeliannya kepada Allah dengan sebenar benarnya taqwa, dan janganlah kamu mati selain didalam Islam (3:102)Taqwa bukanlah bererti takut. Umpama takut kepada binatang buas maka jangan sesekali dihampiri kelak kamu akan dibahamnya hidup hidup! Bukan juga seperti takut kepada manusia lantaran akan ditindas, dijajah mahu pun akan dihina semalu malunya. Takqwa kepada Allah dengan sebenarnya taqwa ialah dengan melakukan suruhan perintah dan meninggalkan laranganNya dengan ketaatan yang sungguh sungguh malah wajiblah dipertingkatkan nilai dan mutu ketaqwaan tersebut dari masa kesemasa. Manakan dapat menunjukkan sikap dan rasa ketaqwaan kepada Allah SWT, sedangkan perintah dan laranganNya yang terdapat didalam al Quran tidak pernah ditaati malah tidak pernah langsung diteliti. “Kitab ini (al Quran) tidak ada keraguan padanya, jadi petunjuk kepada orang orang yang taqwa (2:2)
Marilah kembali kepada al Quran, kalam kalam Tuhan kerana hanya kepadaNya tempat dikembalikan. Untuk itu pastilah hanya dengan ayat ayatNya yang akan menunjukki arah jalan yang akan membawa kepadaNya. Bebal juga cX ini kerana nampak masih tidak mahu menerima keterangan dari ana yang membacakan al Quran kepadanya. Didalam hatinya maujud ana dipertikaikan kerana usia, satu senawi pun tidak ada, sijil agama tiada punya, mengaji entah dimana, bahasa Arab tidak pandai dan tidak berupa alim mahu pun warak dipandang mata, manakan layak membicarakan al Quran? Mengikut kata cX, gurunya berjanggut putih, berjubah sentiasa, muka nampak bersih berseri dan selalu berkepit dengan kitab kitab yang tebal (tulisan jawi) pula, sudah tentulah punyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan jelas berketokohan ulama’ untuk mengajarkan, dan muridnya pun sememangnya ramai!

Bukankah dahulu, Muhammad SAW itu ummi, tidak tahu baca dan tulis? Malah baginda pernah bekerja sebagai gembala kambing dan menjalankan perniagaan orang lain, apakah sekiranya kamu berada dizaman itu akan menjadi seorang pengikut yang setia atau sebaliknya menjadi seorang penentang yang memerangi baginda, malahan mahu membunuhnya??? Maka kini apabila dibacakan al Quran yang Qodeem itu, kamu melakonkan semula seperti yang pernah berlaku dahulu itu. Apabila ana yang menyampaikan ayat ayat Allah SWT, sebagai penyambung utusanNya, maka kamu bertanya mengapa tidak didatangkanNya malaikat mengajarkan. Pastilah kamu menjadi penentang Nabi Muhammad SAW sekiranya kamu hidup dizamannya, kerana apa yang disampaikan kepada mu sekarang ini juga adalah dibawa oleh baginda iaitu al Quran nulKareem. “Tiada Kami menurunkan Kitab (al Quran) kepada engkau, melainkan supaya engkau terangkan kepada mereka hal hal yang mereka perselisihkan dan untuk petunjuk dan rahmat kepada kaum yang beriman (16:64)

“Hanya Kami permudahkanya (al Quran) dengan bahasa engkau, supaya engkau beri khabar gembira orang orang yang taqwa dan engkau beri peringatan kaum yang pembantah (19:97) Sesungguhnya al Quran itu adalah rahmat buat semesta alam. Siapa pun kamu, apa pun bangsa dan bahasa mu, dimana pun kediaman mu, kaya atau miskin pun kamu dan tinggi mana pun jawatan mu dan diketika mana pun zaman mu hanyalah kalam kalam Allah sebagai perlembagaan kehidupan, maka bacalah al Quran pastilah Allah akan mengajarkan. ana hanyalah membacakan ayat ayat Tuhan kepada mu. Janganlah kamu mendustakan ayat ayat Allah SWT kerana “Sesungguhnya orang orang yang mendustakan ayat ayat Kami dan sombong menerimanya, nescayalah tiada dibukakan pintu langit bagi mereka dan tiada pula mereka masuk syurga kecuali kalau masuk unta kedalam lubang jarum. Demikian Kami membalasi orang orang berdosa (7:40)

“Quran itu bukanlah diada adakan oleh yang selain daripada Allah, bahkan ia membenarkan (kitab) yang dihadapannya dan menerangkan kitab itu; tiada keraguan didalamnya dari Tuhan semesta alam (10:37) Bacalah al Quran dan Allah akan mengajarkan. ‘Bacalah, bacalah, bacalah, bacalah dengan nama Tuhan mu!’ al Quran itu untuk dibaca dan diimani manakala pemahamannya hanya Allah SWT yang akan mengajarkan. “Kemudian Kami akan menerangkannya (sehingga engkau mengerti) (75:19, rujuklah juga 16-18, dimana Nabi Muhammad SAW pun sedemikian juga) Sesungguhnya kebanyakan manusia tidak mahu mengambil pelajaran dari al Quran. Meski pun ramai yang ngaku ngaku Islam dan beriman kepada Kitabullah itu tetapi hanyalah sekadar dimulut malahan langsung tidak pernah membaca dan meneliti isi intipati kitab tersebut. Apabila dibacakan al Quran kepada mereka bersama keterangannya, mereka berpaling mendustakannya pula sedangkan mereka langsung tidak mengerti walau sedikit pun jua. “Tetapi mereka mendustakan barang yang belum mereka ketahui dengan ilmunya dan belum datang kepada mereka takwilnya (akibatnya) Sepertilah orang orang sebelum mereka mendustakan pula, sebab itu perhatikanlah akibat orang orang yang aniaya (10:39) Sesungguhnya ilmu, akal dan rasa rasa manusia itu hanyalah khayalan yang tidak keruan maka hanyalah boleh dibimbing oleh ilmu Tuhan yakni kalam kalamNya sebagai petunjuk dan pedoman. al Quran itu sehaluan sehala, tidak keruan itu berhala hala dan tidak menentu hala!


Sememangnyalah standart ana bukan sebagai guru, ustaz apalagi ulama’ dan ana bukan mahu mengajar ilmu walau sedikit pun jua. ana hanya membacakan al Quran dan menyampaikan khabar yang gembira kepada yang mahu beriman dan peringatan takut kepada yang engkar! “Dengan kebenaran Kami turunkan al Quran dan dengan kebenaran ia turun. Kami tiada mengutus engkau melainkan untuk memberi khabar gembira dan khabar takut (17:105) Kalau kepada ilmu dan amal ibadat sememanganya ana serba kekurangan dan mohonlah diajarkan namun mestilah yang berlandaskan al Quran kerana hanyalah ia petunjuk kepada jalan yang benar dan lurus dari Tuhan. Hanya Kitabullah mampu menjelaskan kitab kitab kamu termasuk guru kamu itu yang hanya mengadakan hujjah dengan akal fikiran semata. “Maha Suci Tuhan yang menurunkan Furqan (al Quran) kepada hambaNya, supaya dia memberi peringatan kepada seluruh alam (25:1)Ngaku ngaku Islam walau sebenarnya jelas ilmu merapu dan melalut hingga sampai entah kemana, yang pastinya tidak akan menyampai kepada Tuhan, Allah SWT! Ngaku ngaku beriman tetapi apabila dibacakan al Quran ditolak ketepi malahan dimusuhi pula orang orang yang membacakan.


Diakhirnya cX bertanya ‘aku tak Islam ke?’ Walaupun mukanya merah padam tetapi kelihatan mengangguk kepala perlahan lahan. Mungkin faham atau kebingungan dan ana cuma menjawab didalam hati lu fikirlah sendiri!’. Sejak hari itu, ana tak jumpa lagi cX, barangkali dia nak jumpa gurunya mencari point! Namun ana tidak bersangka buruk, malahan bermohon kepada Allah SWT semoga dia dibukakan hati untuk menerima petunjuk dan rahmat al Quran. InsyaAllah! “Sesungguhnya al Quran itu menjadi petunjuk dan rahmat untuk orang orang mukmin (27:77)


“Qul yaa aiyyuhannaas, innamaa analakum nadziirun mubiin”


Amin, amin, amin ya muji basa ilin, ya Robbalalamin

Wassalam. - ayahIssa