IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Khamis, 6 Mei 2010

1 KALIMAH - 2 SYAHADAH


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


1 UMMAH

Dahulukan Allah, al Quran Diutamakan


‘Rasulullah Muhammmad SAW didalam perjuangan dakwahnya adalah mengukuhkan asas aqidah tauhid terhadap Allah SWT 13 tahun lamanya. Didiklah anak anak sedari kecil dengan pelajaran pelajaran asas agama itu sehingga usia sekitar 13 tahun, maka pastilah apabila dewasa anak anak itu tidak akan meninggalkan agamanya. Dia akan menjadi manusia yang beriman dan takut untuk melakukan maksiat dan kemungkaran’ Demikian ujar seorang Dato’ Prof. tokoh agama terkenal tanahair didalam ceramah tengahmalamnya ‘Tanyalah Ustaz’ ditv baru baru ini.


**********


“Aku Bersaksi Tiada Tuhan Yang Disembah Melaikan Allah

Dan Aku Bersaksi Muhammad Itu Pesuruh Allah”



Diturunkan Allah SWT kepada perantaraanNya iaitu Malaikat Jibril AS membawa wahyu sebagai petunjuk dan rahmat kepada Nabi Muhammad SAW selaku PesuruhNya melengkapkan agama Islam itu untuk mengajak manusia bertaqwa kepadaNya. Lalu baginda berwasiat dan mewariskan kepada para sahabat kepada sahabat kepada Khalifah khalifah, ulama dan umara kepada tok tok guru kepada murid murid sehingga menyampai pula kepada yang berikut ikutnya. Rangkaian seumpama inilah yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai Warissatul Anbi’ya (Pewaris Nabi).


Rangkaian Warissatul Anbi’ya ini adalah sebagai tali agamaNya dan hendaklah berpegang teguh kepadanya, merekalah pemimpin yang mempersatukan ummah yang berpecah belah. Pewaris berterusan menyampaikan berita gembira dan peringatan dari ayat ayat Tuhan agar manusia beriman serta bertaqwa dimana, manusia yang mahu menerima akan taslim (serah diri) dengan mengambil Akujanji Persaksian Dua Kalimah Syahadah. Manusia akan bersatu didalam satu persatuan (agama) Satu Kalimah Dua Syahadah. “Berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah akan nikmat Allah (yang diberikanNya) kepada mu ketika kamu telah bermusuh musuhan lalu dipersatukanNya hati mu sehingga kamu menjadi saudara dengan nikmatNya, dan adalah kamu diatas pinggir lubang neraka lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat ayatNya kepada mu, mudah mudahan kamu menerima petunjuk (3:103)


Demikianlah Dua Kalimah Syahadah adalah Kalimah Aku Janji Persaksian bagi mengIslamkan seseorang manusia itu apabila ianya sudah baligh lagi berakal. Berbentuk ditasdik dihati, di ikralkan dengan lisan dan ada gerak diperbuatkan. Seseorang berbuat akujanji dan seseorang menjadi saksi perjanjian. Maka masuklah kedalam Islam bermula dengan pintu utamanya Dua Kalimah Syahadah sebelum kepada pintu pintu seterusnya, lalu datanglah perintah suruhan dan larangan dari Allah SWT. Maka terbentuk jemaah Mukmin dan Mukminat yang bersatu dan bergelar saudara diantara kesemuanya didunia hinggalah keakhirat. Allah menurunkan al Quran sebagai perlembagaan didalam segala aspek kehidupan.


Allah SWT memerintahkan semua manusia agar bersatu didalam satu jemaah dan melarang mereka itu berpecah belah. Terdapat tiga perkara asas utama digaris Tuhan bagi manusia itu BERSATU :-


1) Pemimpin : Sesungguhnya Pemimpin itu didatangkan Tuhan dengan kehendakNya. Bagi manusia itu, kalangan dari mereka jugalah yang didatangkan Tuhan dan tidak mungkin didatangkan malaikat untuk memimpin manusia. Tetapi manusia itu selalu memikirkan seseorang Pemimpin itu mestilah menepati kehendak dan cita rasa mereka dengan mengikut ilmu dan fikirannya. Umpamanya meletakkan seseorang Pemimpin agama mestilah berjubah labuh, berjanggut putih, berserban besar, pandai bahasa arab, petah berbicara dan sebagainya, maka bila Allah mendatangkan seorang gembala kambing selaku Pemimpin, manusia itu akan mempertikaikan, memperolok olokkan malahan menentangnya. Jika didatangkan malaikat sekali pun pasti mereka tetap menentang juga.


“Mereka berkata: Mengapa tidak diturunkan bersamanya seorang malaikat? Kalau Kami turunkan seorang malaikat nescaya dibinasakanlah mereka itu, dan tiadalah mereka diberi tempoh. Jikalau Kami utus seorang malaikat, tentu kami jadikan malaikat itu serupa seorang laki laki, dan mereka menaruh keraguan juga apa yang mereka ragukan (6:8&9)


Pemimpin akan menyampaikan kepada semua manusia dimuka bumi ini untuk berTuhankan kepada Allah yang tidak diseumpama dengan segala sesuatu. Allah tidak mampu dipelajari dengan pengetahuan kata kata tulisan, kata kata ucapan, kata kata fikiran dan kata kata rasa. Allah tidak terjangkau oleh sesuatu kerana Dia bukan sesuatu. Umat manusia diajak kesemuanya tanpa memandang mahu pun mengira status kehidupan sosial, budaya, negara bahkan agama apa pun dengan hanya mengatakan:-


"QUL HUWA ALLAHU AHAD" = "KATAKAN, DIA ALLAH ESA"


2) Al Quran : Allah itu Esa, tiada dapat untuk diseumpamakan dengan apa juga kerana segalanya dijadikan termasuk manusia itu diatas kehendakNya Yang Maha Pecipta. DidatangkanNya al Quran sebagai Kalam Perlembagaan berupa wahyu melalui perantaraan hambaNya kepada utusan utusanNya kepada manusia atas dasar Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang untuk mengenali Sang Pencipta supaya tidak mendurhakaiNya dengan melakukan maksiat dan kemungkaran. Al Quran diturunkan sebagai petunjuk dan rahmat kepada manusia. Al Quran itu diturunkan oleh Sang Pencipta kepada ciptaanNya agar tidak berdusta kepada Pencipta dan mendapat kemurkaanNya. PerlembagaanTuhan ini diteruskan penyampaian oleh Pemimpin pilihan bersama golongannya sebagai khabar gembira kepada yang mahu beriman dan satu peringatan kepada yang engkar. Seruan dan mengajak manusia beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT dengan membacakan kalam Tuhan berterusan sehingga akhir zaman.


3) Dua Kalimah Syahadah Manusia percaya kepada Pemimpin tentang keEsaan Allah dan beriman kepada kalam kalamNya yang dibacakan akan membuktikan penyerahan diri dengan kepada Allah SWT dan RasulNya dengan mengambil Akujanji Persaksian Dua Kalimah Syahadah. Apabila manusia itu baligh dan berakal maka ditentukan oleh Allah bahawa agamanya adalah Islam melalui syahadah (persaksian) tersebut. Memasuki agama Islam itu melalui pintu utamanya. Bersatulah keseluruhan manusia dibawah Dua Kalimah Syahadah sebagai satu ummah dengan mendahulukan Allah pada segala urusan dan al Quran sebagai perlembagaan yang diutamakan didalam kehidupan. Malahan Allah menjanjikan pertolongan dan kemenangan kepada mereka yang sedemikian, sebaliknya mereka yang tidak mahu mengambil Akujanji Persaksiaan sesungguhnya tiada pertolongan daripadaNya. Siapakah yang paling menepati janji janji selain daripadaNya? “Mereka tidak berhak mendapat syafaat, kecuali orang yang telah mengadakan perjanjian di sisi Allah yang Maha Pemurah (19:87)


Ketiga asas tersebut apabila terlaksana baharulah manusia itu bersatu. Pemimpin yang didatangkan oleh Tuhan hanya MengEsakan Allah – Pemimpin menyeru kepada Al Quran sebagai Kalam Perlembagaan dari Tuhan Yang Esa – manusia beriman kepadanya untuk taslim mengambil Akujanji Dua Kalimah Syahadah.


“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan Ulil-Amri (Pemimpin) diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah dan RasulNya, jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu), dan lebih baik akibatnya (4:59)


Ramai manusia mengaku Islam hari ini, berbuat segala perintah suruhan dan larangan Allah SWT melupakan pintu pertama memasuki Islam itu ialah dengan Dua Kalimah Syahadah. Keluarga dan persekitaran yang sinonim dengan perlakuan Islam itu dianggap menjadikan manusia itu Islam secara otomatik sejak dari bayi lagi! Inilah yang disebut sebagai agama keturunan atau pun agama baka yang ngaku ngaku Islam atas dasar ikut ikutan. Apabila dewasa menjadi seorang yang sungguh Islamik dengan berpendidikan tinggi didalam bidang agama, petah berpidato diforum dan kuliah agama, malahan berjawatan pula sebagai pegawai penjaga agama seperti sebagai ulama, mufti, ustaz dan sebagainya tetapi perkara kemaksiatan dan kemungkaran berleluasa sehinggakan peranan dan tanggungjawab mereka bagai hanyalah makan gaji buta! Terkadang penglibatan mereka bersekongkol dengan perkara maksiat dan mungkar itu atau paling tidak membiarkan sahaja berlaku tanpa nasihat dan teguran. Mereka bagai syaitan bisu! Manusia ini nampak sebagai penyantun agama tetapi sering berlaku perbalahan pendapat dengan mengenengahkan hujjah melalui akal fikiran dan ilmu semata didalam menanganni sesuatu isu yang bersangkutan urusan agama itu. Sehinggakan mengujudkan perpecahan ummat kepada bergolong golongan dimana masing masing mempertahankan golongan dengan menyalahkan golongan yang lain.


Agama ini bukanlah sekadar ikut ikutan atau agama tradisi atas sebab keturunan kamu mahu pun masyarakat persekitaran, kerana ianya adalah yang diwariskan melalui Akujanji Persaksian (Bai’ah) setelah baligh lagi berakal lantaran sudah beriman (percaya) kepada Allah dan RasulNya dengan pengucapan Dua Kalimah Syahadah sebagai petanda berserah diri. Tidaklah Islam sesorang itu tanpa memasuki Islam itu melalui pintu pertamanya iaitu Akujanji Persaksian Dua Kalimah Syahadah dimana rukunnya ialah ketika diusia baligh dan berakal setiap seseorang itu.

Ringkasan dari sabda Nabi SAW ‘Setiap lahirnya anak Adam itu didalam keadaan fitrah (suci dari dosa), terpulanglah kepada ibubapanya untuk menjadikan dia Majusi. Yahudi atau Nasrani’ Baginda tidak menyebut Islam disitu, mengapa? Sebenarnya keIslaman seseorang tidaklah boleh ditentukan oleh orang lain walau pun ibubapa, melainkan seseorang itu apabila diusia baligh dan berakal maka keatasnyalah keputusan agama pilihannya. Maka memberikan pelajaran aqidah mentauhidkan Allah itu adalah kaedah wajib kepada anak anak bermula dari kecil dan apabila diusia baligh dan berakal sempurnakanlah iman dan taqwa mereka kepada Allah dengan kaedah pengIslaman dengan Akujanji Persaksian Dua Kalimah Syahadah itu. Allah menggarapkan kisah Nabi Ibrahim AS turut yang mewasiatkan (mewariskan) agama itu kepada anak dan cucunya dengan mengambil Akujanji sedangkan mereka mereka itu adalah Nabi, namun kenapa kamu tidak mahu mengambil pelajaran? (rujuk QS 2:132&133)


Kebanyakan manusia menyatakan perselisihan pendapat yakni menentang perkara Akujanji Persaksian ini. Kepada mereka cukup sekadar sudah sholat dan sebagainya termasuk berpakaian dan tingkah laku, bijak pula didalam membicarakan urusan agama termasuk pandai mengaji dan hafal al Quran sudah dikira keIslaman seseorang itu sudah sah dan sempurna. Berasa tentu sudah Islam kerana ibubapa dan keturunannya sudah sekian lama menunaikan kewajiban sebagai seorang Islam. Apabila dipersoalkan tentang Dua Kalimah Syahadah mereka berkata : Sudah sangat kerap menjadi sebutan sewaktu tahyat awal dan akhir ketika menunaikan sholat! Sebenarnya yang dilakukan itu adalah Rukun Sembahyang dan bukannya Rukun Islam! “Innadinaidallahilislam – Sesungguhnya agama disisi Allah ialah Islam. Tiadalah berselisih ahli ahli kitab melainkan setelah datang ilmu pengetahuan kepada mereka kerana berdengki dengki sesamanya. Barang siapa yang kafir akan ayat ayat Allah maka sesunggunya Allah bersegera menghisabnya (3:19) Malah ada diantara mereka mengatakan sudah pun diazan dan iqamahkan sewaktu kelahiran tempoh hari! Bukankah bayi yang lahir itu adalah didalam keadaan fitrahnya yang tiada berdosa sehingga baligh lagi berakal?


Tidak ada sebarang syarat mahu pun upacara adat istiadat bagi Akujanji Persaksian melainkan keberuntungan besarlah bagi yang menunaikan janji janjinya, manakala akan kerugian yang amat sangatlah kepada yang memungkirinya.


“Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya, mereka berjanji setia kepada Allah; Tangan Allah di atas tangan mereka. Maka barang siapa yang melanggar janjinya nesaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barang siapa menepati janjinya kepada Allah, maka Allah akan memberinya pahala yang besar (48:10)


Mengapa kepada ‘Saudara Baru – Mua’alaf’ dikatakan datanglah kewajiban keatasnya untuk menunaikan perintah dan meninggalkan segala laranganNya apabila sesudah membuat Akujanji Persaksian sebagai seorang Islam. Mereka yang menjadi saksi diatas Akujanji Persaksian itu, tidak pernah terfikirkan apakah dia sendiri sudah membuat akujanji tersebut dan punyai saksinya sendiri kepada keIslamannya? Bagaimanakah pula kedudukan Mua’alaf yang telah diIslamkan oleh mereka yang tidak pernah membuat Akujanji Persaksian? 2 X 5 = 5X 2!!!


Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu utusan utusan dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayat Ku dan memberi peringatan kepada mu terhadap pertemuan mu dengan hari ini? Mereka berkata: 'Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri', kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang kafir (6:130)



Segolongan lain dari kalangan manusia yang membantah pula menyatakan mereka bersaksi dengan Tuhan dan diatas diri mereka sendiri kerana ‘hanya aku dan Tuhan ku yang tahu akan perihalnya!’ Sebenarnya mereka itu hanyalah mahu berlagak ego dan bodoh sombong dengan ilmunya yang konon tinggi dan amalannya pula sudah banyak, sehinggakan berasa sudah mengenali dan begitu hampir dengan Tuhan. Pun sungguhlah Allah Maha Menyaksikan pada LAILAHAILLALLAH, tetapi apabila ditanya oleh Tuhan siapakah yang menjadi saksi keatas MUHAMMADUR RASULULLAH, apakah mampu memberikan penjelasan, sedangkan Nabi Muhammad bin Abdullah sudah wafat hampir 1,500 tahun yang lalu??? Sungguhlah bagi seorang manusia itu maka seorang manusia jugalah sebagai saksinya. Adalah jelas bahawa pertalian Warissatul Anbi’ya itulah yang membawa persaksian itu menyampai kepada Nabi Muhammad SAW bin Abdullah yang telah wafat itu!


“(Dan ingatkanlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat, seorang saksi atas mereka dari kalangan mereka sendiri; dan Kami datangkan kamu menjadi saksi atas seluruh umat manusia; dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira, bagi orang-orang yang berserah diri (16:89)


Sesungguhnya Islam itu adalah dari sisi Tuhan, bukanlah seperti yang kamu akalkan mahu pun fikirkan apa lagi hanya dirasa rasakan dengan perasaan. Kebanyakan manusia itu menimbulkan pula pertikaian dengan berprasangka buruk seolah olah tuduhan tidak Islam kepada mereka mereka yang terdahulu (ibubapa dan nenek moyang yang sudah meninggal dunia). Sebenarnya ketika waktu itu belum pernah sampai kepadanya ayat ayat Tuhan dan keterangan keterangannya yang seumpama; namun sekiranya sudah sampai ayatNya dan keterangan itu, tentulah berlaku juga keadaan dan suasana sebegini! Setiap apa yang berlaku dahulu, pasti akan berlaku akan dimasa akan datang dan yang berlaku dahulu dan akan datang itu sedang berlaku sekarang! “Demikian itulah suatu umat yang telah terdahulu. Untuknya apa apa yang diusahakannya dan untuk mu apa apa yang kamu usahakan dan kamu tiada diperiksa tentang apa apa yang mereka usahakan (2:134&141)Sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui segala urusan itu samada yang dzahir atau pun yang ghaib.


Kepada mereka yang menentang dan membantah, tiadalah yang dimusuhi itu hanyalah Allah SWT kerana yang dibacakan adalah kalam kalam Tuhan yang tiada sedikit pun keraguan malahan adalah rahmat dan nikmat bagi manusia dan seluruh alam semesta. Jangan kamu menolaknya dengan akal dan ilmu mu kerana sesungguhnya demikian itu kamu telah menjadi manusia yang engkar (kafir) kepada Tuhan. "Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat ayat Allah, kecuali orang orang yang kafir (40:4)" Kembalilah kepada Allah dan RasulNya sebelum terlambat.


Sesungguhnya yang disampaikan kepada kamu adalah kalam kalam Allah SWT yang tiada sedikit pun keraguan kepada ayat ayatNya tersebut. Ambilah akujanji ini dengan sesegeranya kerana sudah pasti kamu itu berada diusia baligh lagi berakal. Berapakah angka umur kamu ketika ini? Masuklah Islam melalui pintu pertamanya sebelum memasuki pintu pintu yang seterusnya agar segala kerja amalan itu tidaklah menjadi sia sia belaka. “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya? (2:140)Kepada yang was was dan ragu, sebenarnya iblis dan syaitan sedang mengajak mu supaya menjadi penentang. Jika kamu menunggu untuk faham akan ayat ayatnya, pastilah fahaman kamu itu berbeza diantara manusia seperti yang berlaku sekarang, maka lapangkanlah dada dan fikiran mu, mencari persamaan iaitu beriman akan kalam kalamNya terlebih dahulu. Jangan dicari perbezaan sebaliknya ujudkan persamaan hanya dengan kalam kalam Tuhan.


KHALIFAHhimpass hanya menyampaikan seruan khabar gembira kepada yang beriman dan peringatan kepada yang engkar dengan membacakan kalam kalamNya walaupun kebanyakan manusia itu mempertikaikan dan mahu memperdebatkan. Barangkali sudah ada yang berasa jemu dan menyampah dengan pengulangan kalimat kalimat Tuhan yang diterbitkan ini, namun ketentuan dan ketetapan Allah SWT sememangnya sebegitu. Tuhan memerintahkan untuk terus terusan menyampaikan kepada manusia kalam kalamNya. Sesungguhnya tiadalah khabar gembira dan peringatan yang nyata lagi benar selain dari kalam kalam Allah SWT, yakni al Quran nulKareem. “Maha Suci Tuhan yang menurunkan Furqan (al Quran) kepada hambaNya, supaya dia memberi peringatan kepada seluruh alam (25:1)


Kepada yang menyokong, segeralah beriman maka sahutlah seruan, ikutilah ajakan dan marilah bersatu. “Hai kaum kami, turutilah orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepadanya, nescaya Allah mengampuni dosa mu dan memelihara kamu dari siksa yang pedih. Dan barang siapa tidak menerima seruan orang yang menyeru kepada Allah, maka ia tiada dapat melemahkan (mengalahkan) Allah dimuka bumi dan tiada baginya wali (penolong) selain dariNya. Mereka itu didalam kesesatan yang nyata (46:31&32)


Jabatlah salam, jabatlah tangan!. Amin, amin, amin ya muji basa ilin ya Robbalalamin.


Wassalam dari ayahIssa