IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Selasa, 25 Mei 2010

DIAJAK HANYA KEPADA BERIMAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


“Jangan engkau gerakkan lidah mu kerana hendak cepat. Sesungguhnya Kami yang akan mengumpulkan dan membacakannya. Apabila telah selesai membacakannya ikutilah bacaan itu. Kemudian sesungguhnya Kami yang akan memperjelaskannya (75:16-19)


Bacalah, bacalah, bacalah dengan nama Tuhan mu. Allah pasti mengajarkannya sehingga mengerti dan faham. Sesungguhnya bukan kefahaman tuntutan Tuhan kepada al Quran tetapi berimanlah (percaya) kepadan ayat ayat Tuhan dan hanya Dialah yang akan memberikan pelajaran. Lambat mahu pun cepat dan bagaimana Allah memberikan pelajaran itu, terpulanglah kepada Tuhan Yang Maha Berkehendak, namun barang siapa yang beriman pastilah Allah akan menunjukkinya.


“Dan siapakah yang terlebih baik agama nya daripada orang ikhlas berserah diri kepada Allah, sedang ia mengerjakan kebaikan dan mengikut agama Ibrahim yang lurus? Allah telah mengangkat Ibrahim itu sebagai teladan (4:125)


Nabi Ibrahim AS mentaati perintah Allah tanpa ragu, Nabi Ismail AS patuh berserah diri tanpa bantahan dan keikhlasan Sity Hajar tanpa sedikit pun mempertikaikan didalam peristiwa besar (Qurban) didalam sejarah agama Islam. Nabi Muhammad SAW sendiri ditawarkan oleh pemimpin Quraish dengan kekayaan, jawatan dan sebagainya asalkan tidak meneruskan seruan dengan ayat ayat Tuhan, namun baginda tetap berpegang teguh dengan keimanan yang mantap dan tanpa ragu ragu meneruskan perjuangan dengan kalam kalamNya. Perhatikan juga kepada sahabat sahabat Nabi serta kaum Muslimin yang awal, mereka hanya beriman dengan sesungguhnya dan taat patuh keatas perintah tanpa mendahulukan pendapat dan cita rasa pribadi. Apabila didatangkan pelajaran dan penjelasan dari Allah SWT sebagai kefahaman, maka bertambah kuat iman dan hanya kepada Allah berserah diri. Bagaimana Tuhan memberikan pelajaran itu juga adalah kehendakNya termasuk melalui penyiksaan dan penghinaan dari penguasa yang zalim sebagai ujian (cobaan) namun disebaliknya ialah hikmah dan nikmat yang tidak terhingga dirasakan. Maka darjat keimanan dan ketaqwaan dipertingkatkan disisi Allah SWT.


“Sesungguhnya orang orang yang beriman adalah mereka yang disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat ayatNya kepada mereka bertambah imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal. (Iaitu) orang orang yang melaksanakan sholat dan yang menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Mereka itulah orang orang yang benar benar beriman. Mereka akan memperolehi darjat (tinggi) disisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia (8:2-4)


Kebanyakkan manusia itu selalunya mencari dahulu kefahaman dengan menggunakan akal fikiran dan ilmu pengetahuannya sehingga akhirnya lahir ide ide dan pendapat pendapat yang dirasakan lebih baik dari kalam Tuhan tersebut. Mereka menicpta undang undang dengan ujudnya akta dan enakmen bagi tujuan menjaga dan mengatur kehidupan manusia itu sehingga mengabaikan perlembagaan dari Tuhan yakni al Quran nulKareem. Kemungkaran dan maksiat tidak dapat dibendung apalagi untuk menghapuskannya malahan bertambah merebak menjadi barah dan berleluasa dikalangan masyarakat. Manusia itu masih tidak mahu kembali kepada al Quran dengan cuba mengadakan pelbagai kempen dan tema seperti ‘Masyarakat Penyayang, Kami Prihatin, 1Malaysia’ dan sebagainya, kononnya untuk menyedarkan dan membawa umat kembali keperadaban yang mulia! Paling pelik tapi melucukan, bagi menangani masalah buang bayi, pelajaran seks dicadang dijadikan satu mata pembelajaran disekolah sekolah! Dilancarkan kempen jangan buang bayi kerana ramai lagi yang mengingini anak tetapi tidak dikurniakan seolah menghalalkan perbuatan zina, cuma jangalah ditong sampahkan bayi yang dilahirkan! Mereka berkhayal dan berilusi dengan teori teori Majusi, Yahudi, Nasrani serta munafik, fasik dan kufur sedangkan mereka mengaku sebagai seorang Islam dan pemerintah sebuah negara Islam. Mereka mengatakan pula sebenarnya apa yang diperbuat adalah demi menjaga maruah dan kesucian Islam namun manakan mampu satu cara yang jelas tidak Islam sedemikian? Mereka berolok olok dengan Allah semata!


“Dan diantara manusia ada yang berkata : Kami beriman kepada Allah dan Hari Akhir. Padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang orang yang beriman. Mereka menipu Allah dan orang orang beriman, padahal mereka hanya menipu diri sendiri tanpa mereka sedar. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakitnya itu dan mereka mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta (2:8-10)


Segolongan yang lain pula membuat karangan kitab kitab baru yang kononnya bagi memperjelaskan al Quran mengikut akalnya dan fikirannya semata sehinggakan al Quran itu ujud dengan fahaman masing masing apabila mentafsirkan. Malahan melibatkan pula kepada gerak kerja peribadatan sehinggakan muncul ajaran dan cara yang berbeza beza diantara satu sama liannya. Kononnya perjuangan berlandaskan Islam dan lebih mencukacitakan bekerjasama pula dengan mereka yang bukan Islam bagi memperolehi kuasa kononnnya untuk meneggakkan hukum dan undang undang Islam dimuka bumi ini! Akhir mengujudkan golongan golongan yang salah mempersalahkan sesama sendiri yang berlarutan kepada permusuhan dan perperangan. Mereka tidak berupaya mempersatukan manusia manusia itu melainkan berpecah belah dan bergolong golongan! “Katakanlah : Jika air laut menjadi tinta untuk menulis kalimat Tuhan ku, tentulah habis air laut itu sebelum habis kalimat Tuhan ku dan walaupun Kami datangkan dengan seperti itu (tambahan banyaknya) lagi tinta (18:109)Golongan yang bijak pandai agama (ahli kitab) sebenarnya paling sedikit yang beriman kerana menjaga kepentingan pribadi bagi habuan wang ringgit serta jawatan lumayan dan kepopularitian nama dipandangan umum. (InsyaAllah, kita akan bicarakan perihal ahli ahli kitab yang disebut oleh Allah SWT didalam al Quran pada keluaran akan datang)


Begitulah manusia, apabila diajak kembali kepada Allah dan RasulNya dengan beriman kepada kalam kalamNya, pastinya mereka mempertikaikan orang yang yang membuat seruan itu kerana tidak bersesuaian dengan citarasa dan pandangan matanya. Kepada mereka keterampilan fizikal dengan petah berbiacara, berjubah dan berjanggut putih, punya ramai anak murid dan pengikut; pandai berbahasa arab, hafal al Quran, punya sijil kelulusan dari Mesir, Arab Saudi atau Jordan dan sudah mengarang kitab kitab yang menjadi rujukkan di institiusi pengajian tinggi serta yang mempunyai kedudukan jawatan tinggi dan pengiktirafan dari pemerintah dalam negara dan luar negara selayaknya membicarakan urusan agama apalagi untuk menyeru dan mengajak manusia kepada Tuhan!


“Tetapi mereka mendustakan barang yang belum mereka ketahui dengan ilmunya dan belum datang kepada mereka takwilnya (akibatnya) Sepertilah orang orang sebelum mereka mendustakan pula, sebab itu perhatikanlah akibat orang orang yang aniaya (10:39)


Sesungguhnya Allah berkehendak kepada sesiapa pun sahaja untuk diberikan rahmah dan taufik hidayahNya. Allah tidak memilih dan memandang kepada status, bangsa, agama asalnya mahu pun negara seseorang itu untuk mendapat petunjukNya. Nabi Muhammad SAW sendiri adalah gembala kambing dan hanya menjalankan perniagaan orang lain malahan pula seorang yang ummi! Perhatikanlah Khalifah Syayidina Umar al Khatab seorang yang tiada perikemanusiaan apabila didatangkan petunjuk oleh Allah menjadi salah seorang yang dijamin kedudukannya disyurga oleh Allah! Billal bin Rabbah hanya seorang hamba yang hina dipandang masyarakat kerana bangsa dan warna kulitnya semata, apabila ditunjukki oleh Allah dia sanggup bergadai nyawa menanggung penyiksaan.


“Dan mereka yang mendustakan ayat ayat Kami adalah tuli dan bisu dalam kegelapan, siapa yang Allah kehendaki sesat maka Dia akan menyesatkan, dan siapa Allah kehendaki diberi petunjuk maka Dia akan menjadikannya diatas jalan yang lurus (6:39)


Sesungguhnya menyeru dan mengajak manusia kembali kepada Allah dan RasulNya dengan khabar gembira kepada yang beriman dan satu peringatan kepada yang engkar dengan al Quran Tuhan itu adalah sebagai menjalankan perintah dan suruhanNya. Kalimat kalimat Tuhan pasti akan terus dikumandangkan kepada setiap manusia itu tanpa mengira status dan kedudukan diseluruh pelusuk muka bumi walau ada rintangan dan halangannya. Sudah pun berlaku, dimana masyarakat melemparkan tuduhan sesat, kaum keluarga dan sahabat memutuskan silaratulrahmi, dipulaukan serta dicemuh gila, pekerjaan sebagai mata pencarian tergugat, tangkapan oleh pihak berkuasa agama sehingga dibicarakan dimahkamah namun kehendak Allah SWT bagi kalimat kalimatnya terus disampaikan tiada siapa yang dapat menghalang tanpa izinNya, malahan pasti beroleh kejayaan dan kemenangan apabila sampai waktu yang ditentukan olehNya juga. Sesungguhnya yang pasti ada diantara mereka yang telah meyokong dan menyertai dan bilangan kian bertambah dari masa kesemasa. Keputusan Allah jugalah yang memberikan petunjuk dengan izinNya kepada sesiapa yang dikehendakkiNya. Beruntung dan akan beroleh kemenanganlah kepada yang mahu beriman dan pastilah mendapat kemurkaanNya dan siksaan azab yang sangat pedih kepada mereka yang engkar.


“Janganlah kamu adakan Tuhan yang lain bersama Allah.
Sesungguhnya aku memberi peringatan yang nyata kepada mu daripadaNya (51:51)


Sekian, Wassalam – ayahIssa