IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Jumaat, 28 Mei 2010

AHLI KITAB YANG KUFUR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


“Tatkala datang kepada mereka utusan dari sisi Allah
yang membenarkan kitab yang ada pada mereka,
maka sebahagian diantara mereka membuangkan Kitab Allah
dibelakang punggungnya seolah olah mereka itu tiada mengetahui (2:101)


Para pendeta, ketua agama dan mereka yang berpegang teguh kepada Kitab sebelum al Quran sebenarnya mengetahui akan kedatangan seorang Rasulullah yang membawa al Quran kerana sedia disebut oleh Allah SWT didalam Kitab mereka itu. Allah SWT telah memberikan gambaran tentang kedatangan Rasulullah didalam Kitab Taurat dan Injil sehinggakan mereka sememangnya menantikan kedatangannya. Mereka menyangka bahawa Rasulullah yang diturunkan al Quran itu datangnya dari kaum dan keturunan mereka sendiri seperti yang sebelum belumnya. “Orang yang Kami datangkan Kitab kepadanya, mereka kenal akan dia sebagaimana mereka kenal akan anak anaknya sendiri. Sesungguhnya segolongan mereka menyembunyikan kebenaran, sedangkan mereka mengetahui (2:146) Akhirnya mereka dapati Allah mendatangkan tidak seperti yang mereka harapkan itu sehingga mereka menjadi kufur kepada Tuhan kerana tidak mahu menerima ketentuanNya yang tidak seperti apa yang mereka harapkan.


Demikian itu sikap orang Yahudi dan Nasrani dari Bani Israel yang mana selama ini Rasul rasul yang didatangkan adalah dari bangsa dan kaum mereka telah menolak sehingga menjadi kufur kehendak Allah SWT apabila mendatangkan Muhammad bin Abdullah dari kaum Arab Quraish sebagai RasulNya membawakan Kitab al Quran. Sehinggalah keakhir zaman, Yahudi dan Nasrani mengekalkan sikap permusuhan kepada Islam dan ummatnya. Mereka sentiasa melakukan usaha memecah belahkan ummat dengan peperangan samada dimedan pertempuran mahu pun peperangan minda, asal sahaja manusia menolak Islam yang syumul. Jelas mereka memenangi peperangan dimedan tempur sehinggakan berlaku penjajahan dan penindasan. Manakala diarena peperangan minda dan propaganda mereka berjaya menjadikan ummat tertipu dan terpedaya lantaran ummat terlalu lemah didalam beragama. Ummat mudah menerima atas nama kebebasan hak asasi, ilmu pendidikan, kemajuan, kemodenan, hiburan dan kemewahan yang disogok oleh mereka yang sebenarnya bertujuan memesongkan akidah dan kepercayaan ummat kepada Islam. Melalui kedua dua peperangan tersebut manusia keseluruhannya telah terjajah didalam sedar mahu pun sebaliknya didalam sistem politik, ekonomi dan sosial.


“Orang orang Yahudi dan Nasrani tiada suka kepada engkau kecuali engkau turut agama mereka. Katakanlah : sesungguhnya petunjuk Allah ialah sebenarnya petunjuk. Demi, jika engkau turut kemahuan mereka setelah engkau mendapat pengetahuan, tidak ada bagi mu wali dan penolong dari siksa Allah (2:120)


Demikian itu berlaku bukanlah sebenarnya kerana mereka terlalu bijak dan sangat pandai atau pun sungguh gagah dan kuat sebaliknya ummat sendiri lemah, mundur dan melarat lantaran tidak berpegang teguh didalam beragama. Ummat sebenarnya tidak beriman kepada kalam kalam Tuhan, al Quran nulKareem! Kitab al Quran hanya dijadikan sebagai lambang agama dan namun tidak dijadikan sebagai perlembagaan kehidupan dengan sepenuhnya. al Quran sebagai lambang agama sekadar nama diatas kertas dan hanya berkaitan beberapa peribadatan khusus sahaja namun ianya juga adalah sekadar ikut ikutan semata melalui penceritaan daripada orang terdahulu yang sebenarnya cuma boleh disebut sebagai adat dan budaya!


Ummat sesungguhnya tidak beriman dengan sebenarnya kepada Allah melalui kalam kalamNya. Bukan sahaja telah mudah terpedaya dan terpengaruh dengan Yahudi dan Nasrani melalui peperangan diatas, malahan ummat itu sendiri sebenarnya adalah agen kepada Yahudi dan Nasrani itu. Sesungguhnya Allah tidak pernah menyebut sebuah negara Yahudi mahu pun Nasrani tetapi yang dimaksudkan ialah orang orangnya yang dengan sikapnya. Doa dan sembahyang hajat yang selalu diadakan semoga dihancurkan Tuhan Yahudi dan Nasrani itu jikalah dimakbukan olehNya maka orang yang mendoakan itu langsung sekali akan hancur kerana mereka juga adalah sebahagian dari Yahudi dan Nasrani itu sebenarnya! Yahudi dan Nasrani itu beriman kepada Kitab Alah (Taurat dan Injil) namun mereka menolak al Quran padahal al Quran itu membenarkan kitab kitab terdahulu itu. Mereka sebenarnya diberi izin oleh Allah dengan kelebihan nikmat termasuk diberi ilmu pengetahuan sehingga diberi gelaran sebagai ahli kitab samalah seperti mereka yang dari kalangan ummat hari ini yang bergelar alim ulama dan umarak yang bijak pandai!


Demikianlah, apabila dahulu telah berlaku, akan datang pasti berlaku; dahulu dan akan datang itu sekarang sedang berlaku! Perhatikanlah kepada apa yang sedang berlaku sekarang, begitu ramai manusia bijak pandai yang dalam ilmu pengetahuan agamanya dan tinggi jawatan kerana ilmunya itu, sebaliknya tidak beriman kepada al Quran itu sendiri. Apabila dilihat kepada sijil dan ijazah ilmu yang dituntutnya, kepetahannya berbicara didalam urusan agama beserta dengan gelaran dan pangkat sebagai mufti, ulama, tok guru, ustaz dan sebagainya sewajarnyalah mereka itu berjuang untuk menegakkan kalimat kalimat Tuhan diatas muka bumi ini. Sebaliknya mereka bersekongkol pula dengan perkara maksiat dan kemungkaran dengan hanya memejamkan mata, memekakkan telinga dan membisu seribu bahasa malah membiarkan pula gejala berleluasa. Dakyah dan propaganda Yahudi dan Nasrani didalam peperangan minda kepada ummat sangat cepat meresap kerana sikap mereka yang berpegang kepada ‘niat menghalalkan cara’ dan sering menggunakan ‘budi bicara’ didalam urusan urusan agama. Sesunggunya mereka adalah ahli ahli kitab yang menyembunyikan perkara yang mereka sebenarnya sangat mengetahuinya. Mereka membaca al Quran tetapi tidak beriman malah kufur kepada ayat ayat Tuhan itu.


“Hai orang orang ahli kitab, mengapa kamu kafir akan ayat ayat Allah, sedangkan kamu mengakuinya? Hai orang orang ahli kitab, mengapakah kamu mencampurkan yang hak dengan yang bathil dan kamu sembunyikan yang hak itu, sedangkan kamu mengetahuinya? (3:70&71)


Agenda mereka semata mempertahankan kedudukan jawatan yang mereka miliki, seperti Yahudi dan Nasrani. Sebahagian dari kalam Tuhan yang menguntungkan mereka, akan diguna pakai dan sebahagian diabaikan kerana menampakkan kerugian kehidupan duniawi mereka. Ini yang disebut Allah SWT selaku menjual ayat ayatNya dengan wang yang sedikit. Bukan sahaja mereka bersekongkol dengan kemaksiatan dan kemungkaran, namun mereka sanggup memutar belitkan ayat ayat Tuhan bagi melindungi kepentingan mereka dan juga pihak berkuasa yang menguasai mereka! Sesungguhnya ahli ahli kitab ini adalah manusia munafik dan telah kufur kepada Allah SWT kerana berdusta kepada al Quran nulKareem.


“Diantara mereka itu ada satu golongan yang memutar balikkan lidahnya dengan (membaca) Kitab, supaya kamu kira bahawa ianya dari Kitab, padahal bukanlah ianya dari Kitab; dan mereka berkata : Ia dari sisi Allah, padahal ia bukan dari sisi Allah dan mereka berkata dusta terhadap Allah, sedangkan mereka mengetahui (3:78)


Yahudi dan Nasrani sememangnya bersetuju dan sentiasa menyokong golongan ahli kitab yang demikian ini. Perjuangan mereka untuk memesongkan akidah ummat menjadi lebih mudah dan senang. Lihatlah betapa kehidupan dzahiriah mereka dilimpahi kemewahan dan kekayaan, tidak hairanlah jika mereka takut untuk menyebut perjuangan jihad menegakkan kalimat kalimat Allah dimuka bumi ini. Sesungguhnya mereka sangat bakhil dan kikir untuk menginfakkan jiwa dan harta kepada perjuangan, sebaliknya mahu terus menambahkan kekayaan yang dimiliki! Mereka tidak bercita cita untuk kemenangan Daulah Islamiyah dapat dicapai, kerana itu dikalangan ahli kitab yang diberi izin oleh Allah dengan ilmu pengetahuan dengan al Quran tetapi tetap terus menyembunyikan kebenaranyanya.


“Sesungguhnya orang orang yang menyembunyikan Kitab yang diturunkan Allah dan menjualnya dengan wang yang sedikit, maka tiadalah yang mereka makan masuk perutnya melainkan api neraka dan Allah tiada bercakap cakap dengan mereka pada hari kiamat dan tiada pula membersihkannya; dan untuk mereka itu siksaan yang pedih. Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk dan azab dengan ampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api neraka? (2:174&175)


Namun pasti Allah adakan golongan yang menyampaikan al Quran itu dengan sebenarnya, menyeru dan mengajak manusia kembali beriman kepada Allah dan RasulNya dengan membacakan kalam kalamNya. Sesungguhnya Allah menjanjikan kemenangan dan keberuntungan yang besar kepada sesiapa yang beriman. Siapakah selain Allah yang tidak akan memungkiri janjiNya? al Quran itu sebenarnya mesti disampaikan samada ianya khabar gembira mahu pun peringatan takut kepada seluruh manusia dimuka bumi ini untuk di imani dengan sepenuhnya. Allah memerintahkan kalamNya dipercayai yang disebut beriman itu, seterusnya mentaati, bertawakkal dan bertaqwa kepadaNya tanpa diakal fikirkan dengan ilmu, rasa, zaman, pendapat dan ide ide terlebih dahulu. Sebenarnya apa sahaja yang dikalamkan oleh Allah SWT itu wajiblah manusia itu beriman dengan sesungguhnya tanpa ada keraguan dan kesangsian lagi baik kepada yang menyampaikan mahu pun kepada yang mendengarkan.


“Sesungguhnya diantara orang orang ahli kitab ada yang beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada mu dan apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka berendah diri kepada Allah. Mereka tiada menjual ayat ayat Allah dengan wang yang sedikit. Untuk mereka pahala dari sisi Tuhannya. Sesungguhnya Allah segera menghisabnya (3:199)


Ahli ahli kitab dan penguasa yang berada dibawah telunjuk Yahudi mahu pun Nasrani akan menjadi rakan bersekutu juga akan terus berperanan untuk memesongkan akidah ummat ini. Undang undang dikuatkuasakan adalah perundangan manusia sehinggakan barang siapa yang mahu membicarakan urusan agama itu mestilah ditemuduga dan lulus peperiksaan bagi mendapatkan tauliah dan watikah terlebih dahulu. Barangsiapa yang tidak mengikuti garis panduan ini akan ditangkap dan dibicarakan untuk didenda atau dipenjarakan. Membacakan al Quran dan keterangannya adalah menjadi kesalahan disebuah negara yang kononnnya Islam yang maju dan terkemuka didunia! Sedangkan undang undang mereka lebih mengatasi keluhuran undang undang dan hukuman Allah SWT. Melanggar perlembagaan dan undang undang manusia adalah bersalah besar daripada kesalahan melanggar perlembagaan Tuhan, tidak menghormati titah penguasa yang be’raja’ dimata dan ber’sultan’ dihati satu dosa besar daripada perintah suruhan dan larangan Allah SWT! Sesungguhnya mereka iaitu ahli ahli kitab adalah Syaitan Bisu kerana bagi syaitan sememangnya itulah yang dimahukannya berlaku. Sebagai contohnya, apabila judi yang diharamkan oleh Allah SWT telah dihalalkan oleh penguasa, syaitan membisu seribu bahasa tanda bersetuju! Mereka tidak akan menyatakan bangkangan walaupun mengetahui judi itu adalah haram.


Judi itu adalah haram, maka tiada siapalah yang mengatakan ianya halal walau pun sekadar untuk bersuka suka apa lagi jika dijadikan sebagai satu sumber ekonomi. Allah mengharamkannya kerana kemelaratan dan kemungkaran dari akibatnya lebih banyak yang akan mendatang daripada faedah dan kemanfaatannya. Permusuhan malahan berbunuhan, melalaikan manusia dari bekerja dan berusaha, hidup didalam angan angan, mencuri dan merompak, rumah tangga berantakkan sehingga anak anak menjadi mangsa dan terlibat pula dengan gejala tidak baik yang lainnya dan sebagainya. Ada orang miskin menjadi kaya raya dalam masa sejam atau dua, ada orang kaya boleh menjadi miskin dan hina dina dalam tempoh hanya sejam dua sahaja., Apa sahaja yang kedapatan dari hasil perjudian adalah tetap haram walaupun dimasukkan kedalan akaun Bank Islam (M) Bhd!


Dengan adanya judi haram dan ada pula judi halal pada hari ini, sebelumnya telah pun ada rasuah halal yang dinamakan politik wang atau pun janji pilihanraya, maka adalah tidak muastahil sedikit waktu lagi akan ada bunuh halal, rompak halal, zina halal, arak halal, babi halal dan berbagai bagainya lagi. Sesungguhnya Islam yang syumul itu jika tidak dipraktikkan untuk menjadi contoh kepada semua ummat, maka janganlah berharap manusia itu akan tertarik dan terbuka hatinya untuk Islam malahan mereka pasti memperolok dan mentertawakan! Yahudi dan Nasrani gembira dan ketawa manakala Syaitan Bisu akan terus membisu kerana kerjanya telah dilaksanakan dengan sempurnanya oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu hanya menganiaya dan menzalimi diri mereka sendiri, sedangkan Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang kepada hambaNya, namun manusia itu tidak mahu memikirkan dan mengambil pelajaran.


“Segolongan diantara orang orang ahli kitab itu bercita cita hendak menyesatkan kamu dan tiadalah mereka itu menyesatkan (orang lain) hanya diri mereka sendiri tetapi mereka tidak sedar (3:69)


Untuk mengatakan yang baik dan benar walau sepatah dari al Quran dan al Hadith itu sungguh payah dan sukar didalam masjid dan surau apalagi untuk menyebarkan kalimah kalimah Tuhan keseluruh alam. Islam yang universal telah disempitkan oleh pemikiran ahli ahli kitab yang munafik, fasik dan kufur kepada Allah kerana menyembunyikan hikmah kalam kalamNya. Allah mengajarkan Islam itu adalah politik, ekonomi dan sosial tetapi bagi mereka adalah sebaliknya; Islam jangan dipolitikan, Islam jangan diekonomikan dan Islam jangan disosialkan! Untuk memasuki syurga Allah, ummat Islam hanyalah perlu melakukan ibadah sholat, puasa , zakat fitrah idul firti dan menunaikan haji. Manakala masjid dan surau hanya akan dibuka diwaktu sholat dan akan dikunci sebaik sahaja memberi salam! Perkara yang boleh disebut dan dibincangkan didalam masjid hanyalah Rukun 13 Sholat, sah dan batalnya sahaja, puasa bulan Ramadahan, sah dan batalnya, sholat tarawikh yang sebelumnya ada majlis more berbuka puasa, dan musim haji diceritakan sedikit hal hal berkaiatan, Majlis Maulid Nabi dan pesta tahun baru hijrah dengan perarakan dan kenduri besar! Mana satu muamalat, munakahat, jenayat, siasah, usul, fekah, tasawuf, syariat, hakikat, makrifat ………….???


“Sesungguhnya orang orang yang menyembunyikan apa apa yang Kami turunkan, diantara beberapa keterangan dan petunjuk setelah Kami terangkan kepada manusia didalam Kitab, nescaya mereka itu dikutukki Allah dan dikutukki oleh sekalian mahkluk yang mengutukki. Kecuali orang orang yang bertaubat dan memperbaiki serta menyatakan, maka Aku terima taubat mereka dan Aku Penerima taubat lagi Penyayang (2:159& 160)


al Quran itu adalah petunjuk dan rahmat bagi manusia dan seluruh alam. Kalam kalam Tuhan itu adalah khabar gembira kepada yang beriman dan satu peringatan takut kepada yang engkar. Sesungguhnya Allah Mahu Mengetahui apa yang kamu dzahirkan mahu pun apa yang kamu sembunyikan. Allah tetap akan membalasi setiap apa yang dikerjakan walaupun sebesar zarrah kebaikan mahu pun kejahatan. Terserahlah kepada yang mahu berfikir dan mahu mengambil pelajaran. Qulyaaiyuhans innama analakum nadzirun mubiin.


WassalamayahIssa