IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Khamis, 1 April 2010

BERJANJI SETIA (BAI'AH)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Berhubung dengan ‘janji setia – bai’at’ itu, sesungguhnya manusia selalu mudah terkeliru dan sehingga mengelirukan. Persoalan sengaja diakal2kan dari fikiran mahupun perasaan, kononnya punya ilmu pengetahuan yang tinggi dan mendalam namun, apabila dikemukakan hujjah berdalilkan al Quran dan al Hadith masih mahu terus menentang malahan sanggup menimbulkan fitnah dan tohmah. Berikut ini, disiarkan rencana khusus membicarakan perkara berkaitan hasil tulisan Ikhwan Muhammad Mai dari Kuala Lumpur. Seperti biasanya rencana rencana KHALIFAHhimpass bukan mengutarakan ide dan pendapat pribadi dari akal fikiran dan perasaan, melainkan hanyalah kalam Allah SWT dan al Hadith SAW. Semoga tiada sebarang keraguan, apalagi untuk menentang , هَذَا بَيَانُُ لِّلنَّاسِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةُُ لِّلْمُتَّقِينَ “(al Quran) ini adalah keterangan untuk manusia, jadi petunjuk dan pengajaran bagi orang yang taqwa (3:138) Kepada Ikhwan Muhammad Mai, terima kasih atas tulisan, kita hanyalah pemberi khabar gembira kepada yang beriman dan satu peringaatan kepada yang engkar, dan teruslah berjuang dijalan jihad kerana Allah dan RasulNya. Amin, amin, amin ya muji basa ilin, ya Robbalalamin.


*******


SUDAHKAH KAMU BERJANJI SETIA (BAI’AH) DENGAN ALLAH SWT???Siri (1) susunan oleh Ikhwan Muhammad Mai



ISLAM KAFFAH


Surah Al Baqarah - (2)

[ayat 208]


Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya; dan janganlah kamu turut langkah langkah Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagimu.


Surah Al ‘Imran - (3)

[ayat 19]

Sesungguhnya Agama (yang diredai) di sisi Allah hanyalah Islam.


JANJI SETIA


Surah Al Baqarah - (2)

[ayat 40]

Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Ku berikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) dengan Ku, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).


[ayat 63]

Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman): “Terimalah Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa”


[ayat 80]

Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu”. Katakanlah : “Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?”


[ayat 83]

Dan, ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

Surah Al Maidah (7)

[ayat 7]

Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: “Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)” Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.


Surah Maryam (19)

[ayat 87]

Mereka tidak berhak mendapat syafaat, kecuali orang yang telah mengadakan perjanjian di sisi Allah yang Maha Pemurah.


Surah Al Nahl (16)

[ayat 91]

Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah (mu) itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpah itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.


Surah Al Fath (48)

[ayat 10]

Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya, mereka berjanji setia kepada Allah; Tangan Allah di atas tangan mereka. Maka barangsiapa yang melanggar janjinya nesaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barang siapa menepati janjinya kepada Allah, maka Allah akan memberinya pahala yang besar.


Surah Al Hadid (57)

[ayat 8]

Dan mengapa kamu tidak beriman kepada Allah? Sedang Rasulullah mengajak kamu untuk beriman kepada Tuhan kamu, dan Allah telah mengambil janji setia dari kamu (untuk beriman); jika kamu hendak beriman (maka telah jelaslah dalil-dalilnya).


*********


- Dalam Surah Al Baqarah (2) ayat 40, Allah SWT telah memperingatkan kepada Bani Israil akan nikmat yang telah Allah turunkan kepada mereka serta menuntut agar mereka memenuhi janji yang telah pun dibuat dengan Allah SWT. Janji Bani Israil kepada Tuhan adalah bahawa mereka akan menyembah Allah dan tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu apapun serta beriman dengan rasul rasulNya di antaranya Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang tersebut di dalam Taurat.


- Daripada ayat di atas maka dapatlah disimpulkan dengan nyata dan sah bahawa telah terlaksananya perjanjian yang dibuat di antara Bani Israil dengan Allah SWT. Persoalannya sekarang, tidakkah manusia pernah terfikir bagaimanakah perjanjian di antara Allah SWT dengan Bani Israil tersebut dibuat atau dilaksanakan? Siapakah yang menjadi “wakil” bagi pihak Allah SWT untuk menyampaikan wahyuNya serta menerima perjanjian yang dibuat oleh kaum Bani Israil kepada Allah SWT?


- Ditekankan bahawa peristiwa perjanjian yang dibuat oleh Bani Israil dengan Allah dalam surah Al Baqarah adalah merupakan peringatan serta pengajaran kepada manusia supaya melakukan perkara yang sama iaitu untuk mengikat janji dengan Allah serta larangannya untuk tidak memutuskan janji yang telah diperbuat tersebut sesuai sepertimana yang diterangkan dalam ayat yang berikutnya :-


Surah Al Baqarah (2)

[ayat 66]

Maka Kami jadikan apa yang demikian itu peringatan bagi orang-orang di masa itu dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.


Ingat, sesungguhnya Al Quran itu bersifat Qadim iaitu sedia dan senentiasa terpakai disepanjang waktu dan zaman, bermulanya daripada zaman Nabi Muhammad SAW, zaman sekarang dan zaman akan datang. Petunjuk, perintah, larangan, peristiwa dan cerita didalamnya, dahulu telah berlaku dan akan datang pasti berlaku; dahulu dan akan datang itu sedang berlaku sekarang! Wassalam


(BAGAIMANA UNTUK BERJANJI SETIA DENGAN ALLAH? – Bersambung di SIRI (2), InsyaAllah)


“Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada engkau beberapa ayat yang terang dan tiadalah yang menyangkalnya kecuali orang fasik”2:99. Terima kasih dan Wassalam - ayahIssa