IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Rabu, 7 April 2010

BERJANJI SETIA (BAI'AH) siri II


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


SUDAHKAH KAMU BERJANJI SETIA (BAI’AH) DENGAN ALLAH SWT???Siri (11) susunan oleh Ikhwan Muhammad Mai


BAGAIMANA UNTUK BERJANJI SETIA DENGAN ALLAH?



Surah Al Fath (48)

[ayat 10]

Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya, mereka berjanji setia kepada Allah; Tangan Allah di atas tangan mereka. Maka barangsiapa yang melanggar janjinya nesaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barang siapa menepati janjinya kepada Allah, maka Allah akan memberinya pahala yang besar.


- Orang yang berjanji setia biasanya berjabat tangan. Cara berjanji setia dengan Rasul ialah dengan meletakkan tangan Rasul di atas tangan orang yang berjanji itu. Jadi maksud tangan Allah di atas tangan mereka ialah untuk menyatakan bahawa berjanji dengan Rasulullah sama dengan berjanji dengan Allah. Selanjutnya, rentetan dari kisah berjanji setia dengan Rasul ada dinyatakan di dalam Al Quran di dalam surah yang berikut :-


Surah Al Fath (48)

[ayat 18]

Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberikan balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya);



- Tidakkah manusia mahu mendapatkan keredhaan (Surah Al Fath (48) ayat 18) dan syafaat (Surah Maryam (19) ayat (87) dari Allah SWT? Jika jawapannya “YA” maka wajiblah mengikat janji setia kepada Allah. Persoalannya sekarang bagaimanakah untuk mengikat janji setia kepada Allah sedangkan ayat di atas merujuk perbuatan dalam melaksanakan janji setia itu adalah dengan Rasul sedangkan pada masa ini Rasullullah iaitu Muhammad bin Abdullah telah lama wafat? Dalam menjawab persoalan ini hendaklah kembali kepada Al Quran sebagai rujukan dan panduan di mana jawapan bagi permasalahan di atas dengan terang dan jelas telahpun dinyatakan dalam surah An Nisaa.


Surah An Nisaa (4)

[ayat 59]

Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya) dan Ulil-Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan RasulNya, jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu), dan lebih baik akibatnya.


- Surah An Nisaa ayat 59 telahpun dengan jelas dan terang memberikan penyelesaian kepada persoalan yang telah bangkitkan pada awal tadi. Jika dibaca dengan diteliti ayat tersebut menyatakan hubungan antara Allah, Rasul dan Ulil Amri dan perkataan penghubung yang digunakan dalam menghubungkan ketiga-tiganya adalah “DAN”! Maksudnya untuk taat kepada Allah, wajiblah taat kepada RasulNya dan untuk taat kepada RasulNya pula, wajiblah taat kepada Ulil Amri (Pemimpin dikalangan kamu). Maka dengan itu apabila taat kepada Ulil Amri bermakna kita taat kepada RasulNya dan apabila kita taat kepada RasulNya bermakna taatlah kita kepada Allah SWT! Ketika adanya Rasulullah Muhammad bin Abdullah, bagindalah yang mengikat perjanjian taat setia (bai’at). Sesudah wafatnya baginda, tugas untuk mengikat janji setia jatuh kepada Ulil Amri sehinggalah ke zaman sekarang bersesuaian dengan ayat Quran seperti yang disebutkan di atas. Sehubungan dengan itu wajiblah kita untuk mencari serta berbaiat dengan Ulil Amri di kalangan manusia dengan tujuan untuk mengikat janji setia kepada Allah SWT.


HADITH BERKAITAN DENGAN JANJI SETIA (BAI’AT).


Dari kitab At-Tanwir Syarah Sahih Muslim


hadith 205 di bawah bab Islam akan menghapuskan dosa-dosa sebelumnya, demikian pula haji dan umrah (ketika wafatnya Amru bin Ash) ada meriwayatkan :-


Ketika Allah memasukkan Islam kedalam hati ku, aku datang kepada Rasulullah, dan berkata; “bukalah tangan kananmu, agar dapat aku berbaitan kepadamu”. Kemudian baginda Rasulullah pun membuka tangan kanannya tetapi aku menarik tanganku. Rasulullah bertanya “Mengapa engkau wahai Amru?” lalu aku menjawab, “Aku ingin mengajukan syarat”. Rasulullah bersabda “Apa syarat mu?”. Aku kemudian berkata “Iaitu hendaknya aku diampuni”.


Kemudian baginda bersabda “Tidak tahukan engkau bahawa Islam itu meruntuhkan semua yang ada sebelumnya, bahawa hijrah menghapuskan apa yang ada sebelumnya dan bahawa haji menghapuskan apa yang ada sebelumnya”


hadith 22 di bawah bab rombongan Abdul Qais dan hukum hukum Islam ada meriwayatkan :-


Sesungguhnya dia adalah Mundzar bin A’id Al Asyij pemimpin rombongan tersebut. Dia tidak bersifat cepat cepat, sebagaimana yang terjadi pada yang lain. Akan tetapi dia lebih lebih lagi dahulu mengurusi barang bawaan dan mengumpulkannya. Kemudian menuju ke tungganggannya, lalu diikatnya serta melepaskan pakaian musafirnya. Kemudian memakai pakaian yang baik. Setelah itu barulah berjumpa Rasulullah. Nabi pun mengucapkan selamat datang dan mendekatinya, serta mengajaknya disamping baginda. Lalu dia berkata pada juru bicara rombongan tersebut “Baiatkanlah aku atas dirimu dan kaummu”. Kemudian mereka pun menjulurkan tangan mereka seraya berkata “ya Kami membaiat mu”.


Kemudian Al Mundzir berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya sesuatu yang sukar diubah dari seorang adalah agamanya. Kami membaiat mu atas diri kami sahaja dan utuslah bersama kami kepada kaum kami orang orang yang menyerukan mereka. Maka sesiapa yang mengikuti kami, nesaya is termasuk dalam golongan kami dan sesiapa yang enggan, maka kami akan memeranginya”.


- Daripada keterangan ayat ayat Al Quran beserta dengan hadith hadith yang telah ditampilkan tadi, maka fahamlah bahawa berjanji setia itu memerlukan perlakuan atau perbuatan zahir/jasmani yang tertentu antara 2 pihak, iaitu daripada orang yang ingin mengikat janji dan orang yang menerima janji. Apabila sesorang itu ingin mengikat janji, salah satu perlakuan zahir/jasmani adalah dengan berjabat tangan seperti yang telah diterangkan oleh ayat Al Quran dan juga hadith hadith di atas tadi. Tangan orang yang menerima janji diletakkan di atas tangan orang yang ingin mengikat janji.


- Selain daripada itu, kedua dua pihak juga hendaklah duduk bersila bertemu lutut. Tangan orang yang ingin mengikat janji diletakkan di atas pehanya, manakala tangan orang yang menerima janji pula diletakkan di atas tangan orang yang ingin mengikat janji tersebut. Perbuatan ini diambil ikhtibarnya daripada peristiwa Malaikat Jibril datang bertemu dengan Rasulullah SAW ketika mengajar erti ISLAM, IMAN DAN EHSAN. Peristiwa ini telahpun direkodkan dalam hadith dari kitab At-Tanwir Syarah Sahih Muslim


hadith 1 di bawah bab beriman dengan takdir ada meriwayatkan :-


Kemudian Ibnu Umar melanjutkan, Bapaku Umar bin Khattab menceritakan kepadaku, “Ketika kami sedang duduk di hadapan Rasulullah pada suatu hari, tiba tiba muncul seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya, sangat hitam rambutnya, tidak terlihat sedikitpun bekas perjalanan padanya dan tidak seorangpun di antara kami mengenalinya. Dia duduk di hadapan Rasulullah SAW. Dia sandarkan lututnya pada lutut Rasulullah dan dia letakkan kedua tapak tangannya keatas kedua pehanya, lalu berkata, “Wahai Muhammad, beritahu kepadaku tentang Islam”.


SAKSI DAN PENYAKSIAN



Berbincang tentang janji setia, apakah sebenarnya perkara yang ingin di janji setiakan? Mengapakah perbuatan janji setia/bai’ah/penyaksian ini merupakan suatu perbuatan yang wajib ke atas setiap umat Islam? Untuk merungkai persoalan berkaitan dengan perkara yang “ingin dijanji setiakan” ini, merujuk kepada sunnah baginda seperti yang telah tercatat pada dalam kitab At-Tanwir Syarah Sahih Muslim :-


hadith 38 di bawah bab Abu Talib meninggal dunia dan sesuatu diturunkan terhadapnya ada meriwayatkan :-


Diriwayatkan daripada Sa’id bin Al-Musayyab dari ayahnya r.a., ia berkata “ketika Abu Talib dijelang kematian, Rasulullah datang kepadanya. Ternyata di sana telah ada Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayyah bin Al Mughirah. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Wahai pakcikku, ucapkanlah Laa ilaaha illallah, ucapan yang bisa ku pergunakan sebagai dasar persaksianku terhadapmu di sisi Allah


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., ia berkata, Rasulullah SAW bersabda kepada bapa saudaranya, “Ucapkanlah Laa ilaaha illallah, yang dapat ku gunakan sebagai dasar persaksianku terhadapmu di hari kiamat


- Allah SWT telah memperlihatkan dan menyebut dalam beberapa surah di dalam Al Quran tentang saksi dan penyaksian.


Surah Al Baqarah - (2)

[143]
Dan demikian (pula), Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang), melainkan agar kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikut Rasul dan siapa yang membelot. Dan sesungguhnya (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat kecuali bagi orang-orang yang telah diberikan petunjuk oleh Allah, dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Amat Pengasih lagi Maha Penyanyang kepada manusia.


Surah Al Nahl (16)

[89]

(Dan ingatkanlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat, seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri; dan Kami datangkan kamu menjadi saksi atas seluruh umat manusia; dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira, bagi orang-orang yang berserah diri.


- Apakah pengajaran yang dapat dilihat serta dipelajari daripada peristiwa ketika Rasulullah SAW bertemu dengan Abu Talib ketika beliau diambang maut? Bukankah baginda cuba untuk memujuk Abu Talib supaya Abu Talib mengucapkan kalimah agung LAA ILAHAA ILLALLAH? Kenapa Baginda bersungguh sungguh memujuk Abu Talib untuk mengucapkan kalimah agung tersebut? Bukankah Rasulullah SAW telah bersabda pada ketika itu bahawa dengan mengucapkan kalimah agung LAA ILAHAA ILLALLAH dapatlah baginda menggunakannya sebagai dasar persaksian baginda terhadap Abu Talib di hari kiamat/di sisi Allah kelak! Maka bersesuaianlah dengan apa yang telah diwahyukan kepada manusia seperti yang termaktub di dalam kitab AL Quran iaitu pada Surah Al Baqarah (2) ayat 143 dan Surah Al Nahl (16) ayat 89 yang telah disebutkan di atas.


- Jika difikirkan dengan mendalam lagi, mengapakah Rasulullah SAW tidak memujuk atau menasihat Abu Talib untuk hanya mengucapkan kalimah LAA ILAHAA ILLALLAH di dalam hati? Mengapa juga Rasulullah SAW juga tidak memujuk atau menasihatkan Abu Talib untuk mengucapkan LAA ILAHAA ILLALLAH secara tersembunyi seperti di dalam bilik secara berseorangan atau mana mana tempat sunyi yang tiada penghuni? MENGAPA? Jawapannya adalah kerana TIDAK SAH ucapan kalimah agung LAA ILAHAA ILLALLAH jika diucapkan secara tersembunyi dan tidak disaksikan, sesuailah dengan firman Allah dalam ayat yang berikut:-


Surah Al Baqarah - (2)

[140]
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?”


Surah Al An’aam - (6)

[130]

"Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayat-Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata: 'Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri', kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahwa mereka adalah orang-orang yang kafir."


- Dengan berlandaskan pada ayat ayat Al Quran beserta hadith tersebut, maka bolehlah disimpulkan bahawa perkara yang “ingin dijanji setiakan” adalah tidak lain dan tidak bukan merupakan ucapan kalimah agung iaitu LAA ILAHAA ILLALLAH MUHAMMADDUR RASULULLAH SECARA ZAHIR SERTA DISAKSIKAN OLEH SEORANG SAKSI. Kalimah agung LAA ILAHAA ILLALLAH MUHAMMADDUR RASULULLAH inilah yang akan dijadikan sebagai tunggak janji setia kita dengan Allah. Setiap daripada umat akan dibangkitkan seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri. Tidakkah kamu terfikir dari manakah akan datangnya “seorang saksi dari mereka sendiri”? Satu lagi persoalan yang perlu difikirkan adalah apakah nasib bagi orang yang dibangkitkan tanpa seorang saksi? Pernahkah kamu terfikir??


Surah An’ Am - (6)

[19]

"Katakanlah 'Siapakah yang lebih kuat persaksiannya?' katakanlah: 'Allah, Dia menjadi Saksi antara aku dan kamu, dan Al-Quran ini diwahyukan kepadaku, supaya dengannya aku memberi peringatan kepada mu dan kepada orang orang yang telah sampai Al-Quran (kepadanya). Apakah sesungguhnya kamu mengakui bahawa ada tuhan tuhan yang lain disamping Allah?' Katakanlah: 'Aku tidak mengakuinya”. Katakanlah: 'sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)”.


- Bukankah telah jelas dan nyata dari ayat di atas, Allah telah memerintahkan manusia untuk mengucapkan serta mengakui bahawa Allahlah yang pada hakikatnya menyaksikan persaksian yang dibuat di antara si pemberi janji dengan si penerima janji tersebut? Allah juga telah memerintahkan manusia untuk mengucapkan bahawa sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa – LAA ILAA HAAILLALLAH. Maka dengan ini sungguh nyata dan benarlah bahawa kalimah agung LAA ILAHAA ILLALLAH MUHAMMADDUR RASULULLAH merupakan satu persaksian yang dituntut olehNya dari hamba hambaNya yang taat. Sudahkah anda mengikat janji setia dengan tuhanmu?? Akil dan baligh adalah rukun untuk masuk dan menjadi Islam, maka semenjak yang dikatakan dewasa itu, apakah sudah kamu melakukan janji setia dan persaksian diatas atau selama ini sekadar ngaku ngaku Islam, beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT semata mata kerana melakukan kerja buat amal ibadat seperti orang Islam???


- Kesimpulan serta pengajaran yang dapat dirumuskan daripada Al Quran dan Hadith Hadith yang telah disebutkan di atas adalah seperti berikut :-


1. adalah wajib bagi setiap umat Islam untuk mengikat janji setia/bai’ah dengan Allah SWT;


2. Pokok atau intipati perkara yang dijanji setiakan adalah 2 Kalimah Syahadah;


3. perbuatan berjanji setia/bai’ah pula hendaklah dibuat dengan ulil amri/pemimpin dari kalangan kamu;


4. Perbuatan berjanji setia mempunyai tertib-tertib/istiadat perilaku zahir di antara orang yang ingin memberi janji dengan orang yang menerima janji.


5. Allah SWT redha serta menjamin Syafaat kepada sesiapa yang mengikat janji setia denganNya dengan syarat mematuhi perjanjian tersebut dan tidak memutuskannya.


Sesungguhnya ulil amri (pemimpin) dari kalangan kamu itu sudah pastinyalah hanya mengkalamkan kalam Tuhan dan keterangannya. Ulil amri sedemikian itu dimaksudkan Rasulullah SAW adalah “Yang seperti aku dan para sahabat – yang disebut Uaama’ Warissatul Anbiy’a”. Islam yang ada kepadanya adalah yang diwarisi dan bersanadkan menyampai kepada ulama’ terdahulu, para sahabat dan khalifah khalifah sehinggalah kepada Nabi Muhammad SAW yang menerimanya melalui perantaraan Jibril AS yang segalanya itu hanyalah dari sisi Allah SWT mutlaknya. Innadinaindallahilislam. KHALIFAHhimpass menyeru dan megajak manusia keseluruhannya kembali kepada Allah dan RasulNya bersama Ulil Amri yang hanya membacakan al Quran didalam setiap pembicaraan. Sesungguhnya telah dating kepada mu khabar gembira kepada yang beriman dan satu peringatan kepada yang engkar. “Qulyahayyuhans Innama Analakum Nadzirun Mubiin” Sekian, Wassalam dari - Ikhwan Muhammad Mai


“Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada engkau beberapa ayat yang terang dan tiadalah yang menyangkalnya kecuali orang fasik”2:99. Terima kasih dan Wassalam - ayahIssa