IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Sabtu, 27 Mac 2010

LAGI JAHILIYAH MODEN!!!


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Mohonlah ana bicara bagai menyambung tulisan terdahulu, lantaran pertanyaan tak abih2 muncul dibenak ‘apakah benar sekarang zaman jahiliyah moden?’ dimana Firaun (sedikit waktu dahulu ada Maha Firaun, sekarang ada pula Firaun2 kecil?), Namrud, Qarun, Abu Jahal, Abu Lahab dan tokoh lain zaman jahiliyah dahulu itu wujud semula sekarang? Maka benarlah al Quran itu Qodim (sedia) dimana suruhan perintah, larangan, petunjuk dan kisah2 didalamnya sesuai buat setiap zaman sehinggalah keakhirat; yakni dahulu telah berlaku, akan datang pasti berlaku – dahulu dan akan datang itu sedang berlaku sekarang!


Jenayah dan kemungkaran yang berlaku dihari ini adalah lebih teruk dan dahsyat lagi sehingga sepatutnya disebut jahiliyah moden. JIka dahulu, Allah SWT menurunkan wahyuNya sebagai rahmat dan Nabi Muhammad SAW sebagai utusanNya bagi menyelamatkan peradaban manusia daripada terus rosak dan jahanam, apakah rahmatNya turut terhenti dengan kewafatannya Rasulullah, para sahabat dan khalifah2 sewaktunya zaman kegemilangan daulah Islamiyah itu?


Usah kita bicarakan bab2 yang lampau itu, “Demikian itulah suatu umat yang terdahulu. Untuknya apa2 yang dikerjakannya dan untuk mu apa2 yang kamu kerjakan dan kamu tiada dipertanggungjawabkan tentang apa2 yang mereka kerjakan” kerana pemerhatian kita adalah diwaktu2 ini khususnya diMalaysia. Bukankah kadar jenayah dan kemungkaran sangat kerap berlaku malah lebih dahsyat dan teruk lagi sehingga disebut sebagai zaman jahiliyah moden oleh mereka2 yang bergelar ulama’ dan umara’ didalam ceramah dan tulisan2 mereka. Persoalannya, mengapa perkara2 ini tetap terus berlaku sedangkan ulama’ ramai yang pandai dan bijak didalam bidang keagamaan dengan sijil dan ijazah berjela dari Makkah dan Madinah? Pun juga dari kalangan umara’ dari pemerintah mahu pun pembangkang memang tampak hebat dan berketerampilan sungguh, namun kecelaruan dan keharubiruan peradaban sungguh pincang serta lintang pukang. Mengapa dan kenapa sedemikian?


Menyorot perihal2 peristiwa kebelakangan ini berlaku bagai disusun2 satu persatu berlaku. Ulama’ dan umarak’ sama2 menyemarakkan hal2 bagai satu tragedi2 hebat melanda tanpa kesudahan. Penyelesaiannya tidak pernah diusahakan malahan diterbitkan kehangatan dikalangan rakyat jelata. Ulama’ dan umara’ sebenarnya telah bergolong2an menjadi berpisah dan terpisah dalam gerak kerja dan kerja buat didalam menyempurnakan amanah dan tanggungjawab. Sesungguhnya al Quran yang diturunkan sebagai rahmat dan petunjuk itu sudah tidak lagi menjadi ikutan dan amalan. Urusan2 agama itu tidak lagi menjadi kefardhuan, sekadar dijadikan sebagai alat untuk mencapai kepentingan pribadi malahan kengkadang hanya seperti bahan olok2an dan senda gurauan. Sebenarnya jenayah dan kemungkaran yang berlaku adalah disebabkan dan diakibatkan oleh mereka2 yang bergelar dan berjawatan itu, oleh yang sedemikian ulama’ dan umara’ perlu bermuhasabah diri terhadap peranan dan tugas mereka selama ini.


“Hai orang2 yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat?Amat besar kebencian disisi Allah kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat” Pemimpin (ulama’ dan umara’) didalam penyampaian ucapan perdana, tazkirah dan usrah tampak begitu cantik dan murni namun rentak dan gaya kehidupannya tidak pernah mempraktikkan apa yang dikatakan dihadapan audien.


Didalam memperkatakan dan melakukan perkara2 kebajikan itu selalu bercampur aduk dengan perkara2 maksiat dan kemungkaran walaupun sebenarnya mengetahui kedudukan yang sebenarnya. “Dan janganlah kamu campurkan kebenaran dengan yang batil dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu, sedangkan kamu mengetahuinya” Niat menghalalkan cara dan konsep budi bicara diguna pakai walaupun matlamat projek dan program itu pada dasarnya adalah baik.


Ulama’ hanya berdiam selaku syaitan bisu dan takut untuk memberi teguran dan nasihat sekiranya berlaku percanggahan dengan perintah dan larangan Allah SWT jika perlakuan2 tersebut dilakukan oleh golongan yang disokongnya, apa lagi diberi jawatan tinggi dan gaji yang lumayan. “Sesungguhnya orang2 yang menyembunyikan Kitab yang diturunkan Allah dan menjualnya dengan wang yang sedikit, maka tiadalah yang mereka makan masuk perutnya melainkan api neraka dan Allah tiada bercakap2 dengan mereka pada hari kiamat dan tiada pula membersihkannya; dan untuk mereka itu siksaan yang pedih”



Mereka yang bergelar ustaz atau Dato’ dan punyai ilmu pengetahuan agamanya yang tinggi dengan sijil dan ijazah berjela dari dalam dan luar negeri malah selalu menyeru dan mengajak orang lain kepada kebajikan tidak menjadikan diri sebagai role model dengan menunjukkan suri tauladan yang baik kepada umum lebih2 lagi jika terasakan kepentingan pribadinya tergugat dan namanya tercemar sanggup menyaman seorang bekas mufti yang juga bijak dan pandai sebanyak R1.5 juta! “Adakah patut kamu suruh manusia itu berbuat kebaikan dan kamu lupakan diri mu sendiri, sedangkan kamu membaca Kitab? Tidakkah kamu memikirkan?” Tidakkah mereka tahu membuat penyelesaian secara Islam ajarkan iaitu bersemuka bermesyuarah dan “Perkataan yang baik dan mengampuni (memaafkan kesalahan), lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan yang menyakiti, dan Allah Maha Kaya lagi Penyantun”


“Sesungguhnya agama disisi Allah ialah Islam. Tiadalah berselisih ahli2 Kitab, melainkan setelah datang ilmu pengetahun kepada mereka kerana berdengki2an sesamanya. Barang siapa yang kafir akan ayat2 Allah, maka sesungguhnya Allah bersegera mengghisabnya” Ahli Kitab adalah mereka2 yang berilmu pengetahuan yang tinggi dan amat faham dengan perintah dan larangan Tuhan, namun sesama mereka saling salah menyalahkan didalam urusan2 dunia dan akhirat. Bersangka2 hanya diri sendiri sahaja yang betul dan dengan sombong pula mengatakan orang lain bodoh dan tongong. Sokongan mahupun bangkangan dilahirkan dari ilmu pengetahuannya yang tinggi dan akal fikirannya yang bijak semata malahan terkadang2 itu pula hanya mengikut perasaan (perasan?) didalam berhujjah asal sahaja orang lain mahu mendengar dan diri menjadi popular.


Akhir2 ini dikalangan pembesar2 apabila berlaku perbalahan segala umpat keji dan maki hamun berhamburan tanpa rasa segan silu apa lagi kasih sayang walau pun sebelum itu tidur sebantal dan mimpi serupa! Kepada khalayak ramai dibocorkan apa yang selama ini menjadi rahsia bersama termasuk cerita aib dan salah laku dengan menggunakan media massa termasuk diParlimen yang kononnya dimuliakan!. “Wahai orang2 yang beriman, jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari2 kesalahan (aib) orang lain dan janganlah ada daripada kamu mengumpat orang lain. Apakah ada diantara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu rasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Penyayang”


Program dan projek yang kononnya atas nama kemajuan dan kebajikan serta moto dan logo yang sangat bagus selalunya dilancarkan dengan kos belanja yang tinggi namun misi dan visinya gagal serta menjadi gajah putih yang menyakitkan mata dan hati rakyat. Kos, masa dan tenaga sepatutnya boleh mendatangkan manfaat kebada kebajikan dan pendidikan sudah dibazir dengan begitu sahaja. “Sesungguhnya orang2 yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu sangat engkar akan Tuhannya”


“Berkata iblis :Hai Tuhan ku, demi sebab Engkau telah menyesatkan aku, akan aku hiaskan kepada mereka (kejahatan yang ada) dibumi, (sehingga mereka pandang baik) dan demi akan ku sesatkan mereka itu semuanya” Berbagai perkara yang diperkatakan mahu pun yang diperbuat dipertahankan ianya sangat baik dan bagus walau sangat jelas kemaksiatan dan kemungkarannya. Baik pada mereka lantaran akal dan fikiran mereka sebenarnya tidak berlandasan al Quran sebaliknya telah terpengaruh dengan iblis dan syaitan, lebih malang lagi mengatakan selari pula dengan suruhan agama. “Firaun berkata : aku hanya mengatakan kepada kamu yang baik pada pandangan ku”


Kalau mereka beriman kepada Allah dan Nabi dan apa2 yang diturunkan kepadanya, nescayalah tiada mereka mengangkat orang2 kafir jadi wali tetapi kebanyakan mereka orang2 fasik” Sesungguhnya jihad dijalan Allah dan Rasul adalah menegakkan kalimat2 Allah dimuka bumi ini serta Allah menjanjikan kemenangan dan siapakah yang paling menepati janjinya selain Allah. Namun kemenangan tidak juga tercapai untuk kesekian lamanya kerana mereka2 yang munafiqun, fasiqun, musyriqun adalah wali2 (pemimpin) yang dinobatkan dan diagong2kan.


“Hai orang2 yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam kaffah (keseluruhannya), dan janganlah kamu ikuti langkah2 syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata” Slogan ‘sokong Islam anda selamat’ sangat tidak bertepatan dengan kehndak Allah dimana yang sepatutnya ialah ‘MASUK ISLAM ANDA SELAMAT’. Kepada penyokong dari kalangan bukan Islam, sesungguhnya pasti terjamin keseluruhan kehidupan mereka dibawah Islam.


“Sesungguhnya telah Kami turunkan Kitab kepada engkau dengan (membawa) kebenaran, supaya engkau menghukum antara manusia dengan apa diperlihatkan Allah kepada engkau. Janganlah engkau pembela bagi orang khianat” Hukum dan undang2 Allah sesungguhnya dijamin pasti mampu menyelesaikan permasalahan tetapi barangkali masih belum habis dikaji oleh mereka samada untuk dibentangkan diParlimen bagi dibahaskan dan diluluskan! “Sesungguhnya Allah tiada menganiaya manusia sedikit pun, tetapi manusia sendiri menganiaya dirinya sendiri” Manakan bias kitab, buku dan rujukan yang lain digunakan untuk memperjelaskan al Quran, sewajarnyalah al Quran itu yang memperjelaskan al Quran termasuk juga kitab2 yang diguna pakai oleh mereka itu.



Bersama dengan beberapa butiran diatas itu dan sesungguhnya banyak lagi yang tersurat mahu pun tersirat didalam al Quran namun, ana bukan sorang ulama’, tuan guru atau ustaz untuk mahu mengajar, apa lagi tunjuk pandai, kerana kalau bicara tentang ilmu mohon ajarkanlah daku kerana ana pun tidak tahu malahan satu sijil apalagi ijazah langsung tidak punya . Apa yang diperkatakan adalah ayat2 Allah SWT dimana al Quran adalah perkhabaran gembira kepada yang beriman dan satu peringatan kepada yang ingkar, dan ana hanyalah sekadar menyampaikan seruan dan mengajakkan kembali kepada Allah dan RasulNya “Sesungguhnya telah kami turunkan kepada engkau beberapa ayat yang terang dan tiadalah yang menyangkalnya kecuali orang2 fasik” dan “Tiadalah yang membantah ayat2 Allah melainkan orang2 yang kafir, maka janganlah engkuu terpedaya dengan bolak balik mereka didalam negeri”.


Begitulah sekiranya manusia2 itu beriman kepadaNya melalui KitabNya, “Kitab itu (al Quran) tidak ada keraguan padanya, jadi petunjuk bagi orang2 yang taqwa” Kepada ulama’ dan umara’ yang tersebut mahu pun yang tidak disebut dan kepada semua manusia diatas muka bumi ini, Allah SWT melanjutkan firmanNya “Telah lahirlah bencana didarat dan dilaut kerana usaha tangan manusia itu sendiri, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagain dari (balasan) perbuatan yang mereka perbuat, mudah2an mereka kembali bertaubat” Perkara seumpama pasti berlaku lagi lantaran kesilapan dan kebodohan manusia, maka matilah kamu didalam kekafiran namun bersegeralah kamu bertaubat supaya mati didalam keimanan!!! In ana ilaa nadzirunmubiin, Wassalam dari ayahIssa