IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Rabu, 21 April 2010

BERIMAN KEPADA AL QURAN


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


“Maka berilah mereka peringatan, engakau hanya pemberi peringatan (88:21)


Tersebut didalam ilmunya bahawa Rukun Iman itu 6 perkara, apakah sudah beriman seseorang manusia itu kepada Allah SWT, Malaikat, Rasul, Kiamat dan Untung baik dan untung jahat itu sedangkan apabila dibacakan al Quran dan keterangan mereka berpaling malahan menentang? Sesungguhnya urusan rukun rukun tersebut adalah digarap sepenuhnya didalam al Quran itu! Bagaimana beriman kepada rukun rukun tersebut apabila al Quran yang menceritakan segalanya tidak pernah mahu diambil peduli untuk diteliti sepenuhnya? Memadaikah dengan sekadar ngaku ngaku dimulut dengan memperkatakan ‘aku sudah beriman’ namun al Quran langsung tidak diendahkan?


Maka timbul persoalan keduanya, sudah sempurnakah Rukun Islam 5 perkara itu apabila seseorang itu melakukan kerja buat dan amal ibadat sedangkan Rukun Iman yang diatas tersebut berada didalam keadaan yang masih carca marba? Sesungguhnya al Quran juga menggarapkan Rukun Islam itu didalamnya namun apabila dibacakan kepada manusia, mereka masih mahu berpaling dan terus menentangnya! Memadai ngaku ngaku Islam dengan berbuat kerja amalan ibadat seperti yang Islam suruh namun masih tidak menerima Kitabullah?


Bukankah wajar manusia itu beriman sebelum mahu menjadikan diri itu Islam dengan kerja buat dan amal ibadatnya. Sesungguhnya Allah SWT apabila membuat seruan didalam al Quran selalu memulakan dengan “Yaayuhallazinamanu … - Hai orang orang yang beriman …’ dan tidak pernah menyebut ‘Hai orang orang Islam …’ (Allah juga tidak memulakan dengan ‘Hai orang orang Arab … atau Hai orang orang Melayu … atau Hai orang orang PAS, … UMNO mahu pun yang lain lain itu!)


“Hai orang orang yang beriman, berimanlah kamu kepada Allah dan Rasulnya dan Kitab yang diturunkan kepada RasulNya dan Kitab yang diturunkan sebelum itu. Barangsiapa yang kafir akan Allah, Malaikat malaikatNya, Kitab kitabNya, Rasul rasulNya dan hari yang kemudian, maka sesungguhnya telah sesat ia dengan kesesatan yang jauh (4:136)Semua manusia yang percaya kepada keujudan Tuhan itu maka percayalah MalaikatNya yang mengutuskan KitabNya kepada RasulNya. Pokoknya ialah hanya melalui al Quran sahajalah manusia itu menjadi seorang yang beriman dan Islam dengan sesungguhnya! Namun mengapa manusia itu berpaling malahan menentang apabila dibacakan al Quran kepadanya?



Sesungguhnya benarlah kepada kefahaman manusia itu bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai persuruhNya yang akhir dan telah pun wafat maka adakah Kitabullah juga turut berkubur bersamanya atau paling tidak hanya tinggal sebagai buku teks sejarah silam. Apabila dibacakan al Quran maka dibantah oleh mereka ‘mana ada pesuruhNya lagi dan mana ada wahyuNya lagi!?’ Bukankah al Quran itu wahyu Tuhan dan bukankah diperintahkanNya kepada manusia itu untuk menyeru dan mengajak manusia lain dengan menyampaikan wahyu wahyu Tuhan itu? Apakah mereka menunngu Tuhan itu menunjukkan diriNya dengan seruan gema suaraNya? Namun apabila dibacakan kepadanya al Quran, mereka tetap berpaling malahan menuduh pula sesat kerana kononnya menerima wahyu dan mengaku pula sebagai utusan! Tuduhan lebih berat dikatakan pula membawa agama baru! “Berikan peringatan dengan al Quran akan orang orang yang takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhannya, tiada bagi mereka wali dan tidak pula penolong selain daripadaNya, mudah mudahan mereka bertaqwa (6:51)


Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan didalam al Quran sampaikanlah khabar gembira kepada yang beriman dan peringatan kepada yang engkar dengan wahyuNya. Menyeru dan mangajak manusia kembali kepadaNya dengan kalam kalamNya. “Janganlah kamu adakan Tuhan yang lain bersama Allah. Sesungguhnya aku memberi peringatan yang nyata kepada mu daripadaNya (51:51) Begitu jugalah betapa mudahnya manusia itu ngaku ngaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW dengan hanya memadai berselawat pagi dan petang, siang dan malam sedangkan baginda tidak dijadikan role model didalam kehidupan! Cukupkah sekadar mengingati baginda sebagai tanda kasih dan cinta kepada RasulNya tanpa meneruskan perjungannya mengembangkan syiar dan menegakkan kalimat Allah SWT diatas muka bumi ini? Sabbda Nabi SAW ‘Aku tinggalkan kepada kamu dua pegangan. Jika kamu memegangnya kuat kuat, maka kamu tidak akan sesat untuk selama lamanya. Pegangan itu ialah Kitabullah dan Sunnah Nabi’


Masakan semulajadi seseorang itu menjadi beriman dan Islam tanpa diwariskan agama itu atau pun secara keturunannya sahaja, paling mudah dicatatkan sahaja didalam sijil kelahiran perkataan ‘Islam’ maka sudah Islam seseorang itu? Sesungguhnya agama itu bukan disahkan oleh catatan dan bermateri diatas kertas. Begitu juga bukanlah berkuliah dan menghafal fakta untuk mengambil peperiksaan, apabila lulus mendapat pengurniaan sijil dan ijazah diatas pentas lantas bergelar ustaz! Kertas yang diperolehi itulah juga yang akan mengumpulkan kertas kertas yang lebih bernilai yang akan membawa kemewahan kehidupann didunia semata. Apabila dibacakan al Quran dan keterangan, manusia itu berpaling dan menentang dengan mengatakan diri sendiri lebih tahu dan pandai kerana berpelajaran dan punya bergulung gulung sijil dan ijazah jurusan keagamaan. Hanya mereka sahaja yang layak membicarakan urusan agama itu walau tidak pernah menjadikan al Quran dan Nabi Muhammad SAW sebagai landasan hujjah melainkan akal fikirnya dan rasa rasanya semata mata.


Sesungguhnya kesempurnaan keImanan (percaya) dan keTaqwaan (amal maaruf nahi mungkar) kepada Allah itu hanyalah dengan mengikuti landasan al Quran nulKareem itu. Begitulah juga, sekiranya manusia itu sebagai umat Nabi Muhammad SAW pastilah mencontohi suri tauladan baginda semasa hayatnya. Pengertian selawat dan salam bukanlah yang disebut berulang ulang itu, sebaliknya wajiblah mempraktikkan perjuangan baginda. Selain daripada itu hanyalah ngaku ngaku je dengan mengada adakan iman dan taqwa didalam dada, diujudkan rasa rasa keIslaman itu dengan berbuat amal ibadatnya, diakal akalkannya didalam fikiran dengan ilmu dan sijil kelulusannya malahan ditunjuk tunjukan lakonan aksi dan dialog bagi pemerhatian dikhalayak ramai! Perkara dan urusan agama itu bagai hanya olok olok semata kerana apabila dibacakan al Quran mereka berpaling malahan cuba menzalimi pula sekeras kerasnya. Sesungguhnya manusia itu hanya menzalimi dirinya sendiri, kerana memilih kesesatan daripada pentunjuk dan rahmat yang didatangkan Tuhan. “Mereka membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tiadalah beruntung perniagaaan mereka dan tiada pula mendapat petunjuk (2:16)” Bersungguh sunguh mengadakan perayaan dengan perarakan raksasa bersama sepanduk sepanduk hebat, sidang pleno peringkat kebangsaan dan cuti umum sehari sempena Maulid Nabi kononnya tanda cinta dan kasih sayang kepada baginda tetapi sebaliknya tidak pernah mengambil pengajaran dan iktibar perjuangan Rasulullah SAW!!! Sungguh zalim manusia kepada dirinya sendiri kerana menipu dan berdusta dengan kata kata serta perbuatannya.


Jelasnya iman itu bukan semacam yang diiman imankan, taqwa itu bukan bagai yang ditaqwa taqwakan dan agama itu bukanlah seperti agama yang mereka agama agamakan selama ini! Sendiri sendiri mengimankan, sendiri sendiri mentaqwakan dan sendiri sendiri mengagamakan agama itu. Celum celam kengkadang begitu Islamik kerana sekadar ikut ikutan atau hanya meduga duga kerana ilmunya dan hanya perasan atas rasa rasa melalui perasaan serta akal fikirannya sahaja. “Sesungguhnya telah datang seorang utusan dari bangsa mu, yang amat berat baginya kesusahan kamu serta harap akan keimanan mu, lagi sangat kasihan dan penyayang kepada orang orang yang beriman (9:128) Apabila dibacakan al Quran dan keterangannya lantaran kasih sayang yang diperintahkan oleh Tuhan kepada manusia itu, namun mereka tetap berpaling juga lantas ada yang sanggup memerangi pula. Begitulah manusia yang pekak, tuli dan bisu kepada kebenaran ayat ayat Tuhan yang disampaikan. Manusia kafir (engkar) kepada kalam kalam Allah SWT lantaran kebodohan dan kesombongan sendiri. Tiadalah lagi keselamatan dan ampunan Tuhan kepada mereka melainkan azab siksaan yang pedih diakhirat kelak.


“Orang orang kafir itu dihalaukan kedalam neraka dengan berbondong bondong, apabila tiba dibukakan pintu pintunya maka berkata Malaikat penjaga neraka : Tiadakah datang kepada mu utusan utusan dari kalangan mu yang membacakan ayat ayat Tuhan mu kepada mu dan memberikan peringatan kepada mu? Sahut mereka : Ya! Tetapi tetaplah siksaan terhadap orang orang yang kafir (40:71) Sila rujuk juga QS 67:7-10) Sayang, semuanya sudah terlambat! Sangat menyesal dan bermohon agar Allah memberikan peluang walau sehari untuk kembali kedunia kerana mahu mentaati al Quran yang dibacakan, namun tiadalah lagi kesempatan dan peluang itu, hanya terimalah azab dan siksa dariNya. “Berilah peringatan manusia berkenaan hari yang akan datang kepada mereka siksaan, lalu berkata orang orang aniaya : Ya Tuhan kami, beri tangguhlah kami walaupun sekejap supaya kami perkenankan seruan Engkau dan kami ikut utusa utusan . Apakah tiada kamu telah bersumpah dahulu bahawa kamu tidak akan lenyap (mati) (14:44) Sesungguhnya manusia itu sendiri yang aniaya dan menzalimi dirinya sendiri lantaran sewaktu didunia apabila dibacakan al Quran mereka tetap mahu berpaling malahan memusuhi pula utusan yang datang menyampaikan serun seruan Tuhan. “Sesungguhnya Allah tiada menganiaya manusia sedikit pun, tetapi manusia sendiri menganiaya dirinya (10:44)


“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepada mu dalil (keterangan) daripada Tuhan mu dan telah kami turunkan kepada mu nur yang menerangi. Adapun orang orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepadaNya, nanti Allah akan memasukkan mereka kedalam rahmat dan kurniaNya dan menunjukki mereka kejalan lurus (yang menyampai) kepadaNya (4:174&175 Sehubungan itu, kini janganlah kamu berpaling apa lagi menentang dan memerangi apabila al Quran itu dibacakan kepada mu bersama keterangannya. Hanyalah melalui kalam kalamNya yang akan menyampaikan kepada yang empunya kalam itu, kepadaNyalah tempat kembali. Sewajarnya sahut dan sambutlah seruan yang mengajak kepada Allah dan RasulNya melalui ayat ayatNya. Bersatulah bersama sama menyampaikan berita gembira kepada yang beriman dan peringatan kepada yang engkar dengan kalam kalam Tuhan. Sesungguhnya tiada sebesar besar rahmat dan kurniaNya kepada manusia itu selain daripada al Quran nulKareem, Kitabullah!


KHALIFAHhimpass wadah dakwah diruang siber terus terusan menyampaikan khabar gembira kepada yang beriman dan peringatan kepada yang engkar hanya dengan kalam kalam Allah SWT. Menyeru dan mengajak manusia kembali kepada Allah dan Rasulnya dengan membacakan al Quran nul Kareem, Kitabullah. Demikian itulah perintah Allah agar berjihad menyeru dan menyampaikan kalimat kalimatnya kepada manusia keseluruhannya dimuka bumi ini. Ini adalah perjuangan. “Hendaklah ada dikalangan kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf (yang baik baik) dan melarang dari yang mungkar; dan mereka itulah yang menang (3:104) Maka hanya kepada Allah sebarang keputusan samada manusia mahu menerima seruan atau pun sebaliknya. Walaupun terdapat halangan, tentangan dan diperangi sekali pun, perjuangan pasti berterusan! Kemenangan yang dijanjikanNya pasti menjelang!


Maka nikmat Tuhan mu yang manakah kamu dustakan?(55) Namun mengapa manusia tidak mahu memikirkan sehingga Allah SWT bertanya sebanyak 31 kali di dalam QS ar Rahman? Sesungguhnya sebesar besar rahmat dan nikmat kurniaan Allah SWT kepada manusia adalah al Quran sebagai petunjuk dan pedoman dari dunia hingga keakhirat. “Kitab ini (al Quran) tida ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang yang taqwa (2:2) Kepada orang orang yang beriman dan bertaqwa pasti tidak ada sebarang keraguan walau sedikit pun terhadap ayat ayatNya yang dibacakan kepadanya. “Sesungguhnya telah Kami datangkan Kitab kepada mereka, serta Kami terangkan didalamnya dengan ilmu Kami, menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman (7:52)Kepada yang engkar bukan sahaja tidak mahu membacakan malahan apabila dibacakan mereka berpaling dan tidak pula mahu percaya bahkan menjadi penentang pula. “Sesungguhnya orang orang yang kafir sama bagi mereka, engkau beri peringatan mereka atau tiada engkau berikan peringatan, nescaya tiada juga mereka beriman (2:6)

“Quran itu bukanlah diada adakan oleh yang selain daripada Allah, bahkan ia membenarkan (kitab) yang dihadapannya dan menerangkan kitab itu; tiada keraguan didalamnya dari Tuhan semesta alam (10:37) Bacalah al Quran dan Allah akan mengajarkan. ‘Bacalah, bacalah, bacalah, bacalah dengan nama Tuhan mu!’ al Quran itu untuk dibaca dan diimani manakala pemahamannya hanya Allah SWT yang akan mengajarkan. “Kemudian Kami akan menerangkannya (sehingga engkau mengerti) (75:19, rujuklah juga 16-18, dimana Nabi Muhammad SAW pun sedemikian juga) Sesungguhnya kebanyakan manusia tidak mahu mengambil pelajaran dari al Quran. Meski pun ramai yang ngaku ngaku Islam dan beriman kepada Kitabullah itu tetapi hanyalah sekadar dimulut malahan langsung tidak pernah membaca dan meneliti isi intipati kitab tersebut. Apabila dibacakan al Quran kepada mereka bersama keterangannya, mereka berpaling mendustakannya pula sedangkan mereka langsung tidak mengerti walau sedikit pun jua. “Tetapi mereka mendustakan barang yang belum mereka ketahui dengan ilmunya dan belum datang kepada mereka takwilnya (akibatnya) Sepertilah orang orang sebelum mereka mendustakan pula, sebab itu perhatikanlah akibat orang orang yang aniaya (10:39) Sesungguhnya ilmu, akal dan rasa rasa manusia itu hanyalah khayalan yang tidak keruan maka hanyalah boleh dibimbing oleh ilmu Tuhan yakni kalam kalamNya sebagai petunjuk dan pedoman. al Quran itu sehaluan sehala, tidak keruan itu berhala hala dan tidak menentu hala!


Didalam al Quran itu merangkumi petunjuk, rahmat, perintah, larangan dan kisah kisah sebagai pengajaran dan iktibar kepada manusia sehinggalah akhirat. Ia tidak pernah berubah kepada bertambah mahu pun berkurang dari segi apa pun termasuk bacaan, maksud, huruf dan titik tanda didalamnya. Sesungguhnya al Quran itu Qodeem yakni sedia untuk diguna pakai disetiap masa dan zaman. Perintah dan larangan termasuk kisah kisah pengajaran yang dahulu telah berlaku pasti akan berlaku dimasa akan datang; dan yang dahulu dan akan datang itu sedang berlaku sekarang! al Quran itu adalah rahmat dan nikmat kepada manusia dan seluruh alam buat selama lamanya hinggalah kehari kiamat.


Acap kali yang sangat kerap KHALIFAHhimpass membicarakan perkara perkara yang serupa, barangkali mendatangkan kejemuan kepada sesetengahnya dari mereka. Sesungguhnya didalam al Quran itu firman Allah sungguh banyak yang diulang berulang ulang. Ayat ayatNya yang berupa perintah untuk menyampaikan seruan berita gembira kepada yang beriman dan satu peringatan kepada yang engkar sangat kerap diwahyukanNya. Semuanya adalah lantaran sifat kasih sayang Tuhan kepada manusia agar sentiasa berada diatas landasan yang lurus dan benar dari sisiNya. Diulang ulang agar faham lantas menerima seruan. Atas dasar kasih sayangNya, maka diteruskan pembicaraan ini sampai kebila bila masa pun jua hanya dengan al Quran. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW juga berwasiatkan seumpama, betapa besar rahmat daripada Allah SWT kepada manusia dengan menurunkan al Quran kepada baginda untuk manusia dan keseluruhan alam ini. “Apabila dibacakan orang al Quran, hendaklah kamu dengarkan dan diamlah, mudah mudahan kamu mendapat rahmat (7:204)


Wahai manusia, “(Inilah) surat telah Kami turunkan dia dan Kami tetapkan (hukum hukumnya) dan Kami turunkan didalamnya beberapa ayat yang terang, mudah mudahan kamu mendapat peringatan (24:1)Amin, amin, amin ya Robbalalamin. Wassalam - ayahIssa