IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Jumaat, 11 Jun 2010

FIRAUN DAN YAHUDI


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Beberapa hari yang lalu diterima SMS dari beberapa orang sahabat yang membawa maksud serupa, iaitu mengatakan Pemimpin Hiszbullah, Syed Hassan Nashrullah meminta seluruh umat Islam membacakan doa “Wahai Tuhan kami, Engkau telah memberi kepada Firaun dan para pembesar kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia. Wahai Tuhan kami, (akibatnya) mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Mu. Wahai Tuhan, binasakanlah harta mereka, dan kuncilah hati mereka sehingga mereka tidak beriman sampai mereka melihat azab yang pedih (10:88) Samada benar atau tidak SMS tersebut datangnya dari beliau, ianya mengajak berdoa agar Yahudi Israel ditimpakan azab dari Allah SWT seperti mana Firaun dan pengikutnya dahulu. Demikian itu, barangkali berdoalah semua seperti mana Nabi Musa AS tanpa mahu mengetahui pelajaran Tuhan dari kisah kisah didalam al Quran.


Sesungguhnya Firaun, pembesar dan pengikutnya bukanlah sebagai Yahudi dalam pelajaran yang didatangkan oleh Tuhan melalui al Quran itu. Firaun adalah seorang ketua kerajaan yang memerintah rakyatnya sehingga akhirnya mengaku menjadi Tuhan kerana sombong dan takbur dengan kuasa dan harta kekayaannya. Firaun adalah manusia yang mempertahankan kuasa dan harta bendanya tanpa memperdulikan kalam kalam Tuhan yang disampaikan! Dia menyesatkan manusia itu dengan perundangan ciptaan sendiri, mengatakan yang baik melalui fikiran dan pandangannya semata dan pembesar pembesarnya adalah juru ampu dan bodek yang sentiasa menyokong setiap perkataan dan tindakannya walaupun sebenarnya bengkok dan menyeleweng.


“Wahai kaum ku! Pada hari ini kerajaan ada pada mu dengan berkuasa dibumi, tetapi siapa yang akan menolong kita dari azab Allah jika (azab itu) menimpa kita? Firaun berkata : Aku hanya mengemukakan kepada mu apa yang aku pandang baik dan aku hanya menunjukkan kepada mu jalan yang lurus (40:29)


Sesungguhnya doa yang disarankan itu sebenarnya lebih layak ditujukan kepada pemimpin pemimpin dunia sekarang lebih lebih lagi yang mengaku sebagai pemimpin sebuah negara Islam? Sebenarnya mereka tidak pernah mengambil tindakan sepatutnya mengikut tuntutan Allah SWT bagi mengatasai sebarang permasalahan Islam walaupun diri, maruah dan harta benda dijajah dan diperangi oleh musuh musuh agama. Sesungguhnya mereka tidak pernah mahu bersatu diatas kalimah Tuhan sebaliknya lebih mendahulukan ilmu akal dan fikiran semata sehinggakan sering pula berlaku perbalahan sesama sendiri. Jelasnya mereka takutkan kehilangan kuasa dan kekayaannya daripada memperjuangkan Islam dan nasib umat manusia yang dikatakan saudara seagama itu mengikut petunjuk Tuhan.



Usaha mereka terhadap mempertahankan agama itu langsung tidak Islamik kerana yang dilakukan merupakan lakonan terbaik dari mereka. Manusia yang lain turut mengakui sebagai kebaikan juga tanpa mengetahui sebenarnya telah tertipu. Apabila dunia dikejutkan dengan gelagat Yahudi Israel dengan menyerang dan membunuh beberapa orang yang disebut kumpulan aktivis misi menghantar bantuan ke Palastin di Semenanjung Gaza, pemimpin OIC hanya sekadar memerhatikan dan mendengarkan, paling tidak hanyalah mendesak PBB mencari jalan untuk menghentikan kekejaman sedangkan tidak berbuat apa apa! (o..i see!). Barangkali organisasi itu PBB lebih Islamik dan berlandaskan Sunnahtullah dan Sunnahrasulullah daripada OIC itu sendiri!


“Berkata iblis : Hai Tuhan ku, Demi sebab Engkau menyesatkan aku, akan ku hiaskan kepada mereka (kejahatan yang ada) dibumi, (sehingga mereka pandang baik) dan demi, akan ku sesatkan mereka itu semuanya (15:39)Malahan bukankah sikap Firaun dan konco konconya telah dipengaruhi iblis dan syaitan yang menyesatkan mereka kepada Tuhan? Mereka bersangka baik diatas tindakan yang dikatakan mempertahankan agama itu tetapi sebenarnya sekadar mempertahankan kuasa dan kekayaan mereka semata. Kelihatan mereka ashyik bermesyuarat membuang masa melahirkan idea dari fikiran dan rasa rasa mereka adalah yang terbaik untuk Islam dan umat, namun tindakan dan hasilnya tidak pernah membuahkan kemenangan dan kejayaan kepada Islam sejak sekian lama. Sesungguhnya Allah SWT berkalam “Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata (36:60) dan kiranya sudah berada lama dihadapan mata!


Didalam al Quran Yahudi atau Bani Israel ini disebut Allah SWT dengan sifatnya yang hasad, suka menimbulkan huru hara , tidak menepati perjanjian dan musuh paling ketat bagi orang beriman. “Pasti akan kamu dapati orang yang paling ketat permusuhannya kepada orang orang beriman, ialah orang orang Yahudi dan orang orang musyrik (5:82)Namun pastilah Allah SWT akan memberikan pertolonganNya kepada orang yang beriman dengan kemenangan dan keberuntungan. Tiada keyakinan mereka kepada Allah SWT sebagai Pelindung dan Penolong, sebaliknya mereka mengujudkan pula berbagai bentuk ideologi yang sebenarnya tidak sedikit pun mendatangkan manfaat kepada mereka malah sentiasa terus didalam kekalahan dan tewas ditangan musuh. Sesungguhnya kerana mereka sentiasa kufur kepada Allah SWT, sentiasa diselaputi dosa sendiri, kemungkaran dan maksiat berleluasa sehingga sudah menjadi perkara biasa dikalangan mereka. Musibah dan bencana yang didatangkan Tuhan adalah kerana sikap dan tindak tanduk umat itu sendiri, sepatutnya menjadi iktibar dan pelajaran bagi mereka untuk insaf dan kembali kepada tuntutan Allah SWT, namun mereka masih tidak mahu memikirkan. Hanya kembali umat itu bersatu kepada Allah dan RasulNya melalui kalam kalamNya maka Yahudi Israel itu pasti menemui kehancuran malah seantero dunia ini pasti akan aman makmur dan gemilang!



“Hai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar. Nescaya Allah akan memperbaiki amalan mu dan mengampuni dosa mu. Barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasulnya maka sesungguhnya ia telah menang dengan kemenangan yang besar (33:70&71)


Sebenarnya makanan, pakaian, selimut dan ubat ubatan tidak mampu memberikan kekuatan apalagi kemenangan kepada Palastin untuk berperang dengan Yahudi Israel! Misi bantuan seumpama itu sebenarnya tidak dapat menghidupkan semula mereka yang ramai telah dibunuh oleh Yahudi Israel sejak sekian lama! Kemuncaknya apabila setiap kali Yahudi Israel mengganas maka perarakkan demontrasi, jerit pekik mengutuk, membakar bendera dan mengantar memorandum berlaku dimana mana seolah olah akan dapat melemahkan dan mampu menamatkan penindasan Yahudi terhadap penduduk Palastin. Tanpa disuruh, umat yang ngaku ngaku Islam turut mengadakan doa dan sholat hajat dimasjid dan surau memohon kepada Tuhan untuk menghancurkan Yahudi Israel! Hanya dengan cara yang sedemikian, manusia beranggapan telah pun melakukan yang terbaik keatas agamanya! Tetapi sehingga sekarang Yahudi Israel belum menemui kehancuran seperti yang didoakan kepada Tuhan, malahan mereka sebenarnya bertambah rakus melakukan penindasan dan pembunuhan.


Seorang Perdana Menteri yang mengakui sebagai sebuah negara Islam contoh terkemuka didunia membentangkan usul mengutuk Yahudi Israel di Parlimen dan mahu dibicarakan dimahkamah antarabangsa, walaupun sebenarnya dasar perundangannya adalah landasan ideologi Yahudi Israel itu sendiri! Seorang mantan Perdana Menteri tiba tiba sahaja bersungguh sungguh melahirkan idea misi bantuan ke Palastin, namun ketika ditampuk dahulu hanya sekadar memukul tong dan tin kosong! Seorang Menteri Kanan mengajak umat berjihad menentang Israel dengan cara memboikot barangan keluaran Yahudi sedangkan dia dan keluarganya tinggal serumah, makan, minum dan tidur bersama kaum tersebut.


Seorang ulama’ terkenal membacakan sepotong kalam Tuhan bahawa “Orang orang Yahudi dan Nasrani tiada suka kepada engkau kecuali engkau turut agama mereka. Katakanlah : sesungguhnya petunjuk Allah ialah sebenarnya petunjuk. Demi, jika engkau turut kemahuan mereka setelah engkau mendapata pengetahuan, tidak ada bagi mu wali dan penolong dari siksa Allah (2:120), namun dia selama ini sehingga sekarang tidak pernah membantah apalagi untuk membetulkan dasar dasar Yahudi yang dipraktikkan didalam sistem politik, ekonomi dan sosial didalam negaranya!!! Salah seorang dari ketua NGO sangat lantang suaranya menunjukkan perkasa dengan laungan ‘Allahhuakbar’ tetapi begitu jugalah lakonannya yang luar biasa disetiap demontrasi isu apa pun sahaja termasuk bangsa, bahasa, sultan @ raja, perlembagaan, kebebasan hak asasi dan sebagainya. Sangat wajar ianya digelarkan Tokoh Pendemo Negara! Mereka mereka diatas sudah diberi pujian dan sanjungan sebagai wira dan sedikit waktu lagi akan mendapat anugerah pingat, gelaran dan ganjaran. Namun terserahlah kepada anda, samada mereka sebagai wira agama atau wira bangsa atau wira negara? Sedemikian itukah tuntutan Allah SWT kepada hamba hambaNya? Sungguhlah Tuhan telah memberi kepada Firaun dan konco konconya kekuasaan dan harta kekayaan dikehidupan dunia ini sebagai pengikut iblis dan syaitan sehinggakan mereka telah sesat dan menyesatkan manusia dari jalanNya!


Sungguh diragui siapakah yang berjuang dan apakah yang diperjuangkan? Jika orang Islam itu berjuang sudah tentulah maruah agama Islam yang diperjuangkan. Apabila bersungguh sungguh menjerit ‘Hancurkan Israel’ atau angkat sepanduk ‘Jahanamkan Israel’ maka sepatutnya terlebih dahulu hendaklah ‘Hidupkan Islam itu’ didalam diri kamu sendiri. Bunuhlah kehidupan bagai Firaun didalam diri itu terlebih dahulu dengan menghidupkan kerohaniah dan jasmani keIslaman. Apabila takbir ‘Allahhuakbar!’, maka besarkanlah Tuhan itu dengan menyatakan dan mendzahirkan kebesaranNya melalui perbuatan dan bukan sekadar mengatakan dengan menjerit jeritkan!


Kelihatan sangat sukar bagi mereka mencari titik nokhtah kepada permasalah ini kerana manusia itu sebenarnya hanya mengaku ngaku berkuasa dan berilmu tetapi sangat lemah dan bodoh seperti Firaun dan pembesarnya. Seperti sabda Nabi Muhammad SAW ‘Doa itu senjata orang Mukmin’ maka perhatikanlah dengan doa kamu tersebut kerana tersilap haribulan tentulah dikalangan orang orang yang berdoa itu sendiri yang akan menemui kehancuran kerana Firaun malah Yahudi itu sendiri adalah sebahagian diantara manusia manusia yang seperti kamu! Namun yang beriman matinya pasti didalam iman, sebaliknya yang kufur tentulah mati didalam kekufuran. Bagi Allah SWT sesungguhnya sangat mudah kerana Dia Maha Mengetahui yang kamu sembunyikan mahu pun yang kamu dzahirkan. Sesungguhnya sekiranya manusia itu kembali kepada petunjuk dan rahmatNya iaitu al Quran nulKareem pastilah Allah SWT permudahkan segala urusan.


“Perangi oleh mu dijalan Allah akan orang orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang orang yang melampaui batas (2:190)


Sesungguhnya disuruh berperang tetapi semestinya dengan pelajaran yang didatangkan Tuhan melalui kalam kalamNya kerana pasti akan memberikan umat itu kemenangan yang besar didunia hingga keakhirat. Walau tiada pertumpahan darah dan kematian tetapi tetap syahid disisi Tuhan! Janganlah kamu melampaui batas batas ketentuan Tuhan dengan akal fikiran dan perasaan mu. Sesungguhnya tiada kemenangan dan kejayaan selagi umat tidak bersatu dibawah pimpinan kalimah kalimah Allah SWT. Kembalilah kepada Allah dan RasulNya melalui petunjuk dan rahmat kalam dan keteranganNya terlebih dahulu kerana itulah tuntutan utama jihad dari Tuhan. Sesungguhnya al Quran itu adalah petunjuk dan rahmat bagi orang Mukmin, namun apabila dibacakan kepadanya, mereka menentang dan menjadi orang orang yang kufur.


Sungguhlah pihak Yahudi Israel bertindak ganas tanpa peri kemanusiaan semenjak dahulu, namun keseluruhan dunia hanyalah sekadar mampu menyatakan kutukkan dan bantahan tanda kemarahan. Sesungguhnya telinga Yahudi Israel bagai pekak dan tuli, tetapi sebenarnya mereka sedang ketawa terbahak bahak manakala kamu kesemuanya tidak pernah sedar sama sekali! Ketahuilah bahawa makanan, pakaian, selimut dan ubat ubatan itu hanyalah tuntutan keselesaan bagi hawa nafsu kamu sebagai manusia semata! Sesungguhnya manusia itu tidak mahu mengambil pelajaran yang dari Allah SWT. “Qulyahaiyuhans innama analakum nadzirunmubiin” Wassalam dari ayahIssa.