IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Isnin, 21 Jun 2010

SOLAT MENCEGAH KEJI DAN MUNGKAR


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


“Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang menyeru kepada keimanan (iaitu) ‘Berimanlah kamu kepada Tuhan mu’, lalu kami beriman.

Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan hapuskanlah kesalahan kami

dan matikanlah kami bersama orang orang yang berbakti.

Wahai Tuhan kami, berilah kami apa yang Engkau janjikan kepada kami

melalui utusan utusan Mu. Dan janganlah Engkau hinakan kami pada Hari Kiamat. Sungguh Engkau tidak pernah memungkiri janji (3:193&194)


‘Allah Maha Besar Allah Maha Besar Allah Maha Besar Allah Maha Besar

Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Selain Allah

Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Selain Allah

Aku Bersaksi Bahawa Muhammad Itu Pesuruh Allah

Aku Bersaksi Bahawa Muhammad Itu Pesuruh Allah

Marilah Bersholat Marilah Bersholat

Marilah Menuju Kejayaan Marilah Menuju Kejayaan

Allah Mah Besar Allah Maha Besar

Tiada Tuhan Selain Allah’



Allah itu Maha Besar, maka bukan sekadar kamu mengatakan Allah Maha Besar tetapi hendaklah kamu beriman kepada kebesaran Tuhan itu dengan bertasdik dihati, ikrar lisan dan perbuatan mu dengan berserah diri (taslim) mengambil Aku Janji Persaksian (bai’ah) ‘TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH’ Demikian itulah yang dikatakan MASUK ISLAM dari pintu pertamanya, maka barulah kamu diperintahkan tunaikan sholat bagi membesarkanNya untuk menuju kejayaan yang diredhaiNya. Namun segalanya adalah lantaran kebesaranNya dan diakhiri azan itu dengan kalimah TIADA TUHAN SELAIN ALLAH. Matilah kamu didalam Islam!!!


Demikian seruan azan berkumandang, menandakan masuk waktu sholat dan manusia pun bersegera menunaikan sholat dalam waktunya. Sesungguhnya Allah telah mensyariatkan seruan azan, namun sholat kamu tidak membawa kamu kepada syurgaNya malah memasukkan kamu kedalam azab yang pedih didalam neraka!; mengapa??? Tidak pernah membesarkan Tuhan, sudahkah beriman, belum masuk Islam lantas langsung sholat : “Maka celakalah bagi orang yang sholat”


“Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Maka itulah orang yang mengherdik anak yatim. Dan tidak menolong memberi makan orang miskin. Maka celakalah bagi orang yang sholat. (Iaitu) orang yang lalai terhadap sholatnya. Yang berbuat riya’. Dan enggan memberikan bantuan (107:1-7)


Sesungguhnya Allah itu Maha Besar namun bukan sekadar mengatakannya beriman namun perlu kepada penyataan dzahiriah daripada akujanji yang dibuat. Mengatakan beriman tanpa menyatakannya (dzahir) adalah akujanji kamu itu dusta semata! Namun bagi kamu yang kaya dan berada boleh saja membantu dan menolong anak yatim dan orang orang miskin malahan itu adalah menjadi kewajiban mu! Bagi yang sedia fakir miskin walaupun bersholat tetaplah beroleh celaka, namun mustahil Allah itu bersikap zalim kepada hambaNya, oleh itu bacalah al Quran dan berimanlah, maka pasti Allah akan memberikan pelajaranNya sehingga kamu akan mengerti!


Sungguhlah benar anak yatim itu kematian orang tuanya tetapi bukanlah semuanya miskin kerana sebilangan mereka punyai harta bertimbun dari peninggalan, namun berikanlah kasih sayang kepada mereka dengan nikmat dan rahmat dari Tuhan mu yang ada pada mu. Begitulah juga kepada fakir miskin, hulurkan bantuan kepada mereka dengan nikmat dan rahmat dari Tuhan mu yang kau miliki. Sebenarnya keseluruhan manusia itu sememangnya didalam keadaan yatim (tiada kasih sayang) dan miskin (tiada nikmat) diatas dunia ini melainkan yang dilimpahi rahmat dari Allah SWT! “Sesungguhnya al Quran itu jadi petunjuk dan rahmat orang orang mukmin (27:77) Maka tiadalah nikmat dan rahmat sebesar besarnya diatas dunia ini dari Tuhan yang telah dikurniakanNya kepada mu selain daripada kalam kalamNya yakni al Quran nulKareem! Oleh itu sampaikanlah kepada mereka yang yatim (walaupun sudah tua bangka) dan kepada mereka yang miskin (walaupun kaya raya) kalam kalam Tuhan. Serulah khabar gembira kepada yang mahu beriman dan peringatan takut kepada yang engkar dengan ayat ayat Allah SWT. Sesungguhnya tiada sebarang kesukaran bagi orang yang beriman termasuk yang yatim dan miskin itu melainkan orang orang yang kufur itu sentiasa beralasan dengan fikir dan rasa rasanya sahaja.


“Wahai orang orang yang beriman, rukuklah dan sujudlah dan sembahlah Tuhan mu; dan berbuatlah kebaikan agar kamu beruntung. Dan berjihadlah kamu dijalan Allah dengan jihad yang sebenar benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untuk mu dalam agama. (Ikutlah) agama nenek moyang mu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang Muslim sejak dahulu dan (begitu pula) didalam (al Quran) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas kamu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah sholat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelindung mu; Dialah sebaik baik Pelindung dan Penolong (22:77&78)


Orang orang yang benar benar beriman pastilah rukuk yakni menundukkan dirinya kepada Allah kerana kebesaranNya. Sujudlah mereka yakni berserah diri (taslim) kepada Tuhan dengan mengambil Aku Janji Persaksian Kalimah Syahadah. LAILAHAILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH. Tiada Tuhan yang disembah selain Allah serta berbuat kebaikanlah sesama manusia atas perintahNya lalu akan beroleh keuntungan dariNya. Jihad yang sebenar benarnya kepada Allah ialah menegakkan kalimat kalimat Tuhan diatas muka bumi ini dengan jiwa dan harta benda beserta dengan RasulNya. Nabi Muhammad SAW telah menjadi saksi kepada umat sezaman baginda dan merekalah sebagai Pewaris Nabi yakni menjadi tali Allah kepada zaman zaman berikutnya sehinggalah meyampai kepada kamu dizaman ini dan kamulah pula sebagai tali Allah kezaman zaman berikutnya. Berupa yang sedemikian itulah datang kefardhuan keatas manusia bagi melaksanakan sholat dan tunaikanlah zakat dengan berpegang teguh kepada Allah (Pewaris Nabi – tali Allah). Sesungguhnya Allah jualah tempat berlindung dan Dialah sebaik baik Pelindung dan Penolong bagi kamu.


Bacalah al Quran dan imanilah tanpa keraguan dan kesangsian, pasti Allah mendatangkan pelajaran kepada kamu dengan kehendakNya jua. Kebanyakkan manusia mengatakan sudah rukuk, sujud dan sudah pun menyembah Allah didalam sholat tetapi didalam QS 22:77&78 diatas, Tuhan mengatakan lain dari apa yang mereka fikir fikir dan rasa rasakan selama ini. Sholat yang kamu perbuat selama ini hanyalah ikut ikutan kerana orang lain berbuat tanpa dalil sahihnya iaitu al Quran! Sesungguhnya sholat yang seumpama itu tidak dapat mencegah perkara perkara mungkar malahan bertambah berleluasa adanya.


Kerap ditemui manusia yang menunaikan sholat itu bermain judi ekor, duduk duduk dikedai kopi membuang masa sambil itu mengumpat dan mencela. Terdapat wanita yang tidak meninggalkan sholat tetapi tidak menutup aurat tetapi membicarakan undang undang dan hukuman, mau pun sebaliknya bertudung lingkup tetapi boleh menari dan menyanyi dikhalayak ramai diatas pentas. Dan berbagai bagai lagi yang seumpama dimana sholat itu tidak dapat mencegah dari perkara maksiat dan kemungkaran. Sesungguhnya marilah kembali membaca dan beriman kepada kalam kalam Tuhan, semoga Allah mendatangkan pelajaranNya.


“Sesungguhnya telah menang orang orang yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk didalam sholatnya. Dan mereka yang berpaling dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna (23-1-3) Amin, amin, amin ya muji basa ilin, ya Robalalamin. Wassalam – ayahIssa