IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Selasa, 16 Mac 2010

ZAMAN SEKARANG JAHILIYAH MODEN?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dizaman sebelumnya diutuskan Nabi Muhammad SAW, setiap hari, setiap masa malah setiap detik berlaku kejadian berupa jenayah dan kemungkaran. Jenayah seperti pemubunuhan, rompakan, rogol, tipu dan penindasan; perkara2 kemungkaran seperti penzinaan, berjudi, minum arak, rasuah, berfoya2 dan sebagainya berlaku dengan sewenang2nya. Segalanya bagai menjadi perkara biasa dan sudah menjadi darah daging kepada manusia2 pada masa itu kerana berlaku dengan sesuka hatinya sahaja dengan peraturan dan undang2 ciptaan sendiri. Mereka yang kuat bertambah kuat, kaya bertambah mewah dimana merekalah yang berkuasa dan yang lemah serta miskin berada terus didalam kemiskinan dan sekali gus dipandang hina serta menjadi mangsa penindasan. Kekuasaan dan kekayaan dijadikan simbol kuasa, keagungan dan martabat yang tinggi lagi dimuliakan oleh manusia diatas muka bumi ini.


Inilah gambaran kehidupan manusia terdahulu yang disebut sebagai jahiliyah. Seterusnya diberitahukan oleh ulama dan tuan2 guru didalam ceramah agama serta dituliskan didalam kitab2 karangan sebagai manusia zaman jahililiyah. Sedemikian itulah betapa buruknya sikap dan perangai manusia2 dizaman itu, namun diatas sifat Maha Kasih Sayang lagi Pemurah Allah SWT, maka diturunkanNya wahyu melalui Jibril AS kepada Nabi Muhammad SAW perlembagaan dan garis panduan kehidupan yang membawa rahmat dan penyelamat manusia seluruh alam semesta ini, yakni al Quran nulKareem. Nabi SAW sebagai utusanNya menjadi peranan utama sebagai role model yakni suri tauladan untuk menjadi ikutan kepada semua manusia dimuka bumi ini. “Alif laam raa. (Inilah) Kitab, Kami turunkan kepada engkau, supaya engkau keluarkan manusia dari gelap gelita kepada terang benderang dengan izin Tuhan mereka (iaitu) kejalan yang Maha Perkasa dan Maha Terpuji”


Menyorot kepada gambaran Allah diatas, apakah dizaman sekarang ini manusia sudah lepas bebas dari kehidupan manusia terdahulu yang disebut jahiliyah itu? Jenayah dan kemungkaran sebenarnya berlaku saban waktu, malahan ianya adalah lebih dahsyat dan teruk dari yang berlaku dizaman jahiliyah terdahulu itu! Jenayah seperti pemubunuhan, rompakan, rogol, tipu dan penindasan; perkara2 kemungkaran seperti penzinaan, berjudi, minum arak, rasuah, berfoya2 dan sebagainya berlaku dengan sewenang2nya. Segalanya bagai menjadi perkara biasa dan sudah menjadi darah daging kepada manusia2 itu kerana berlaku dengan sesuka hatinya sahaja. Kuat bertambah kuat, kaya bertambah mewah dan yang lemah serta miskin berada terus didalam kemiskinan dan sekali gus menjadi hina serta mangsa dikriminasi. Kekuasaan dan kekayaan dijadikan simbol keagungan dan martabat yang tinggi lagi dimuliakan oleh manusia diatas muka bumi ini. Hari ini sudah kerap kali disebut dan dikatakan sebagai zaman jahiliyah moden!


Keadaan seperti dahulu sama sahaja dizaman ini dimana Abu Jahal dan Abu Lahab, Firaun, Qarun, munafikun, fasikun dan musyrikun sememangnya ujud dan jumlahnya adalah banyak dan semakin ramai. Sedemikian itulah betapa buruknya sikap dan perangai manusia2 dizaman ini, apakah sudah tidak ada sifat Maha Kasih Sayang dan Maha Pemurah Allah SWT kepada manusia? Mungkinkah wahyu2 Tuhan didalam himpunan al Quran tidak boleh lagi membawa rahmat, taufik dan hidayah buat manusia? Nabi Muhammad SAW sudah tidak lagi dijadikan role model dan suri tauladan kepada manusia dan para sahabat selaku penyokong kuat juga telah hanya menjadi bahan sejarah, kerana mereka2 telah lama wafat?


“Hendaklah ada diantara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf (yang baik2) dan melarang dari yang mungkar; mereka itulah yang menang. Janganlah kamu seperti orang2 yang berpecah belah dan berselisih selisih setelah datang kepada mereka beberapa keterangan dan untuk mereka itulah siksaan yang besar”


Manusia dizaman jahiliyah dahulu itu memang hidup tidak bertamadun, maka Allah SWT mengutuskan kepada mereka Rasul dan Nabi yang dari kalangan mereka sendiri membawa rahmat dan petunjuk agama yang benar dari sisi Tuhan. Sesungguhnya Islam itu dengan izin Allah SWT, sudah disempurnakan oleh Nabi Muhammad SAW dan al Quran itu adalah perlembagaan kepada manusia dan alam semesta ini sehingga kiamat. Manusia dizaman jahiliyah moden ini sesungguhnya telah meninggalkan fahaman dan iman kepada al Quran, maka dengan itu sesungguhnya rahmat Allah juga telah semakin jauh. Namun, disebut diatas sifat Maha Kasih dan Sayang Allah lagi Maha Pemurah itu, pastilah ujud golongan yang sentiasa berpegang kepada perlembagaan garapan Tuhan yakni al Quran itu sampai bila2 pun juga. Sesungguhnya al Quran itu Qodim (sedia), tidak ada pertukaran mahu pun pertambahan barang setitik pun sebagai petunjuk dan panduan kepada manusia sehingga hari akhirat. Segala perintah suruhan, larangan dan kisah2 adalah menepati kehendak dan keadaan disetiap zaman dan ketikanya. Al Quran bersifat Qodim membawa maksud segala yang tersurat mahu pun yang tersirat itu telah berlaku dahulu; akan datang pasti berlaku: dahulu dan akan datang itu sedang berlaku sekarang.


Dengan sifat Qodimnya al Quran itu, sesungguhnya Allah SWT mendatangkan seorang pemimpin bersama ahli jemaahnya membacakan al Quran bersama keterangan2nya mengajak manusia kembali kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Pemimpin ini adalah ‘Pewaris Nabi-Warissatul Anbiy’a’ sebagai utusan Allah penyambung risalah Tuhan membawakan rahmat, taufik dan hidayah untuk mengeluarkan manusia keseluruhannya dari jahiliyah moden ini dengan hanya mengkalamkan ayat2 Tuhan! Agama Islam dan al Quran inilah yang diwarisi bersanadkan hingga menyampai kepada Nabi Muhammad SAW. Bagi mereka yang beriman pasti menyambut seruan dan ajakkan kembali kepada Allah dan RasulNya dengan penuh gembira, sebaliknya yang engkar sudah tentu memberikan penentangan yang keras walau pun sebenarnya mengetahui kebenaran keterangan2 ayat Tuhan yang dibacakan.


Mereka2 yang bergelar ulama dan ustaz terlalu berani dan kerap didalam ceramah2 dan tulisan2 menyebut sekarang ini adalah zaman jahiliyah moden! Mereka itu bagai mengatakan sudah tidak ada lagi kasih sayang dan sifat pemurah Allah kepada hamba2Nya dengan tidak lagi mendatangkan rahmah, taufik dan hidayah daripadaNya. Seolah2 kewafatan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah dan Nabi terakhir maka turutlah menghilangnya rahmat dari Tuhan? Bukankah sebenarnya kerana mereka2 yang hanya mengaku2 sebagai ulama dan ustaz inilah penyebab yang mengakibatkan segala perkara jenayah dan kemungkaran dizaman ini berlaku lebih teruk dan dahsyatnya kerana mereka sendiri tidak berpegang dan mengimani kepada kalam2 Tuhan yakni al Quran didalam segala urusan penghidupan termasuk perkara2 agama yang mereka sendiri sedang memperkatakannya. Ayat2 Tuhan yang mereka kumandangkan didalam ceramah dan tulisan2 mereka tidak pernah dijadikan praktikal didalam kehidupan sendiri termasuk dikalangan keluarga dan kerabat terdekat mereka. Sebaliknya kalam2 Tuhan dijadikan sebagai alat untuk memperolehi kuasa mahu pun untuk mengekalkan kekuasaan dan kemewahan duniawi semata2. Mereka hanya berolok2 dengan ayat2 Tuhan! Kekuasaan yang dimiliki tidak digunakan untuk meninggikan syiar Islam dan menegakkan kalimat2 Tuhan diatas muka bumi ini.


“Sesungguhnya agama disisi Allah ialah Islam. Tiadalah berselisih ahli2 kitab melainkan setelah datang ilmu pengetahuan kepada mereka kerana berdengki2an sesamanya. Barangsiapa yang kafir akan ayat2 Allah, maka sesungguhnya Allah bersegera menghisabnya”


Semakin ramai dan kian kerapnya dikalangan mereka2 yang membicarakan apa yang disebut perihal agama dengan idea dan pendapat akal fikiran dan perasaanya semata lantaran merasakan ilmu sudah cukup tinggi, ibadat sudah banyak dan sesempurnanya, berjawatan tinggi, begitu popular malahan berpendapatan lumayan. Allah bermaksud dengan ‘ilmu pengetahuan’ dari ayatNya diatas ialah kerana masing2 merasakan diri betul dan pandai dimana orang lain pula adalah silap dan bodoh. Semuanya kerana sifat hasad dan dengki sesama mereka bagi perjuangan kepentingan pribadi semata bagi mendapatkan kuasa, harta dan populariti. Sesama mereka yang bijak pandai lantaran ilmu pengetahuan yang dibuktikan dengan sijil dan ijazah pengajian dari pusat pengajian tinggi didalam dan luar negara, kelihatan bagai satu perlumbaan mencari pengaruh untuk mengaut keuntungan dengan menimbulkan isu2 yang sensasi malahan sengaja menambah hangatkan suasana tersebut. Bukankah terkena kepada batang hidung mereka dengan sikap dan perangai ahli2 kitab seperti yang disebut Tuhan didalam firmanNya?


Idea dan pendapat yang dihujjah dan dipertahankan atas dasar prinsip perjuangan kononnya, sebenarnya mereka telah mengelirukan dan mengharu birukan pendengar, pemerhati dan pengikut setia masing2. Tidak kurang juga menjadi bahan ketawa bagi orang2 yang diluar lingkungan (bukan Islam). Sesungguhnya apa yang mereka perkatakan dan perbuat itu sudah jauh melencong dan menyeleweng dari tuntutan perintah dan larangan Allah SWT. Amat mendukacitakan bila mana perihal yang disebut urusan agama itu diperdebatkan tanpa berlandaskan tuntunan wahyu2 Allah, yakni Kalamullah al Quran nulKareen, Kitabullah sedangkan mereka2 adalah dari kalangan orang2 yang disebut gelar ahli agama. Mereka2 yang seumpama inilah yang menyebabkan jahiliyah moden lebih teruk dan dahsyat dari yang terdahulu itu.


Seorang tokoh yang popular sejak dahulu dengan gelar ustaz (Dato) menyaman seorang bekas mufti yang tiba2 sangat popular kerana ditangkap mengajar agama tanpa tauliah, sebanyak RM1.5M hanya semata2 kerana kecil hati dan merasakan reputasinya tercemar dengan kenyataan akhbar. Jika dilihat dari kepakaran dan kelulusan pengajian agama antara mereka memang tidak dapat dipertikaikan lagi kehebatannya. Jika pun terdapat perbalahan, mengapa tidak dibuat penyelesaian dengan cara mengembalikan kepada jalan Allah dan Rasulnya. Rujuklah kepada QS 4:59, apakah mereka tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian? Sesungguhnya anjuran dari Tuhan itu adalah sebaik jalan bagi mereka, malahan umat juga akan memperolehi iktibar dan pengajaran terbaik darinya. Masakan mereka2 ini tidak mengetahui atau sengaja2 tidak mahu ambil pusing perihal sebenar agama itu, asal sahaja nama nampak gah dan popular?


Sebenarnya terlalu banyak isu2 dan kisah yang boleh disorot untuk dijadikan contoh dimana mereka2 yang kononnya ahli agama termasuk yang bercakap bagai ahli agama telah berbuat sesuatu dengan membelakangkan perintah dan peraturan Allah SWT. Umpamanya, sedikit waktu dahulu dikatakan ada seorang Maha Firaun, kini telah ujud pula kononnya Firaun2 kecil untuk berebut kuasa dan mencari pengaruh bagi usaha mencari kekayaan dan kemewahan pribadi tetapi tidak pula menyebutkan siapa Firaun besar; jika benar pastilah ianya juga ada! Sudah tentu Firaun besar adalah pemimpin2 mereka sendiri yang mana sentiasa diagong2kannya. Firaun sebenarnya adalah contoh seorang manusia yang terlalu berkuasa tetapi tidak dapat dia mengalahkan Allah yang Maha Berkuasa. Akhirnya Firaun kecundang juga. Begitulah juga manusia terlupa dengan Qarun yang mengumpulkan harta dan kemewahan akhirnya tidak dapat mengatasi kekayaan Allah yang Maha Kaya, sehinggakan tenggelam ditelan bumi. Sekarang ini kekuasaan dan harta benda kekayaan itu sudah dijadikan Tuhan tanpa perlu lagi menyembah patung dan berhala untuk menjadi syirik dan murtad! Nauzubillahminzalik.


Peninggalan Rasulullah iaitu al Quran dan Sunnah Nabi, sekiranya menjadi pegangan pastilah manusia itu tidak sesat dan akan sentiasa berada didalam rahmat Allah SWT. ‘Aku tinggalkan kepada kamu dua pegangan, Jika kamu berpegang kuat dengannya, kamu tidak akan sesat untuk selama2nya. Pegangan itu ialah al Quran dan Sunnah ku’ Merekalah satu2nya golongan yang disebut Baginda diterima amalannya kerana berlandaskan keduanya itu. Golongan inilah yang disebut oleh Rasulullah SAW ‘mereka2 yang seperti aku dan para sahabat’. Pastilah yang dimaksudkan oleh Baginda golongan ini sebagai ‘Ahli Sunnah walJamaah’ Pastilah juga jemaah yang sedemikian itu dipimpin oleh pemimpin yang hanya membacakan al Quran dan keterangan2nya didalam setiap pembicaraan dan peri lakunya. Perintah Allah SWT adalah seruan hanya dengan kalam2 Tuhan pasti dikumandangkan secara berterusan. Sesungguhnya kedatangan pemimpin bersama ahli jemaahnya ini membawa rahmat, taufik dan hidayah Allah SWT agar zaman jahiliyah moden ini kembali bertamadun mengikut tuntutan agama Islam yang dari sisiNya. “(al Quran) ini adalah keterangan untuk manusia, jadi petunjuk dan pengajaran bagi orang2 yang taqwa”


Perkara asas bagi membendung dan mengeluarkan manusia dari zaman jahiliyah ini ialah dengan kalam2 Tuhan tetapi bukanlah dengan menjadikan ayat2 Tuhan semata2 perhiasan dinding, membacanya dengan kelunakkan suara tanpa memahami atau senaskah al Quran itu dijadikan hantaran perkahwinan dan akhirnya disimpan didalam almari. Bukanlah juga hanya berapi2 penuh semangat memperkatakannya dipentas2 ceramah dan tazkirah mahu pun usrah tetapi selepas itu stail dan corak penghidupan yang dijalani tidak berlandaskan tuntunan dan tuntutan al Quran itu sama sekali. Bukan juga undang2 dan hukuman karangan manusia diguna pakai bagi mahu menyelamatkan manusia kerana ianya tidak mampu mencegah jenayah dan kemungkaran itu. Segalanya yang seumpama itu hanyalah menjadikan manusia menjadi terus2an munafik, musyrik, fasik dan akhirnya syirik serta kufur kepada Allah. Oleh yang sedemikian itu, maka dengan sesungguhnya melalui wadah KHALIFAHhimpass ini, perkhabaran gembira kepada yang mahu beriman dan satu peringatan kepada yang engkar bahawa pemimpin manusia telah didatangkan Tuhan dengan seruan dan ajakan agar manusia kembali mentaati Allah dan RasulNya hanya dengan membacakan al Quran dan keterangan2nya pasti berterusan. Seruan dan ajakan ini menyeluruh kepada seluruh manusia tanpa mengira siapa pun dia dan dimana2 pun berada.


“Maka larilah kamu kepada keredhaan (Allah) (mengikut perintahNya). Sungguh aku memberi peringatan yang nyata kepada mu daripadaNya. Janganlah kamu adakan Tuhan yang lain bersama Allah. Sungguh aku memberi peringatan yang nyata kepada mu daripadaNya (50&51) Sekian, Wassalam