IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Jumaat, 6 November 2009

KISAH BENAR SIRI I - sejarah kelahiran

بِسْــــــــمِ اللَّــــــــهِ الرَّحْمَــــــــنِ الرَّحِيــــــــمِ

Sejak berpisah pada 2002 dan telah menjangkau 6 tahun tidak pernah bersua, pertemuan kali ini amat membawa erti pada kehidupan bagi ana sebagai seorang hamba Allah diatas muka bumi ini. Sepanjang tempuh terpisah itu hanyalah sesekali berhubung melalui talipon, namun ingatan kepadanya tetap selalu dihati. Beliau bersama isterinya bagai saudara kandung kepada ana, malah isteri dan anak2 ana juga sebenarnya sangat akrab dengan mereka. Anak2 ana sesekali menyebut rindu apabila terkenang akan mereka.

Bermulanya perkenalan dan seterusnya menjadi akrab disebuah kampong Melayu terbesar diMalaysia sesungguhnya adalah satu ketentuan Allah yang sangat besar hikmahnya bagi ana. Sesungguhnya Allah bagai menurunkan rahmat, taufik dan hidayah kepada ana dan family dengan kehadiran beliau didalam kehidupan. Bukan sahaja bagai saudara kandung kepada , malah dia adalah ustaz. Betapa ana berterima kasih kepadanya kerana memberikan bimbingan ilmu agama Islam yang diri inisebenarnya sangat cetek pengetahuan tentangnya. Namun apabila perpisahan berlaku, ana amat terasa kehilangan yang amat sangat seorang guru lantaran terasa belum cukup ilmu yang ditimba dan diperturunkan.

Perpisahan terjadi jua, apabila dimasa kerajaan memberikan kelonggaran kepada pendatang tanpa izin untuk pulang kenegara asal secara sukarela dan tidak dikenakan denda atau hukuman. Sebenarnya beliau bukanlah seorang PATI namun akibat ditipu sendiket paspot, semua dokumen diri dan perjalanan beliau telah dilesapkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Bila kerajaan Malaysia membuka peluang, maka pulanglah beliau dan isteri ke Medan, Sumatera Indonesia pada tahun 2002, berlakulah perpisahan yang sungguh menyayat hati dan perasaan kami sekeluarga.

Dialah yang ana panggil dengan nama BROTHER sejak pertemuan pertama hinggalah kesaat ini, namun dia juga memanggil ana sedemikian juga! Sepanjang berjauhan, apabila sesekali berhubung melalui talipon Brother menyatakan hasrat dan mengajak untuk bersamanya hidup didalam keredhaan Allah SWT. Kerana kasih sayangnya, Brother seolah2 tidak akan meninggalkan ana setakat ini sahaja dalam beragama. Mungkin dia mahu terus membimbing dan mengajar dalam erti sebenar beragama. Oleh sebab dia adalah guru, sudah tentu ana tertunggu untuk bersua dengannya!

Hari itu, pada tarikh ..... Jun 2008, Brother berkunjung keMalaysia dan kami pun bertemu. ana mengalirkan air mata kerana sangat rindu padanya, setelah kami berpeluk dan cium tangannya, bermulalah satu sejarah dalam hidup ana sebagai hamba Tuhan. Sesungguhnya pertemuan semula kami malam itu adalah untuk pengesahan keIslaman oleh Brother. Terasa ana bagai bayi baru lahir selepas penyempurnaannya detik2 itu. Ana amat berkeyakinan dan mengimani apa yang telah berlaku pada saat itu dan akan menjadi pegangan abadi sepanjang kehidupan didunia ini.

Allah SWT telah mempermudahkan bagi ana! Dicatatkan sedikit butiran perbualan kami pada pertemuan yang membawa kepada peristiwa yang bagi ana adalah rahmat, taufik dan hidayah dari Allah SWT.

Brother : “Bukankah ayah mu telah meninggal dunia, jadi bagaimanakah caranya untuk aku mahu membeli sebidang tanah yang ditinggalkannya?”

Ana : “Bukankah aku warisnya? Maka berurusanlah dengan ku”

Brother : “Bagaimanakah kamu menjadikan Islam itu agama mu, sedangkan nabi Muhammad SAW telah wafat sekian lamanya?” ana menjadi terpinga2 dan tertanya2 lalu menganggukkan kepala tanda bersetuju.

Brother : “Ambillah Islam itu sebagai agama mu dari waris2nya!”

Ana : “Siapa pulak waris baginda? Ada kah orangnya?” Kali ni ana menggelengkan pula kepala, bukan kerana tidak setuju tetapi lantaran bodoh dan tidak tahu.

Brother : “Nabi SAW telah mewariskan agama ini kepada para sahabat, dan para sahabat pula mewariskan kepada sahabat2 yang lain hinggalah kepada yang lain lalu menjadi guru, ulama, kiyai, syeihk dan sebagainya, sehinggalah syiar Islam itu berkembang dengan meluasnya diserata pelusuk dunia ini. Hadis nabi SAW ‘al ulama warassatul anbiya’a – bermaksud ulama itu perwaris nabi” Brother membuat penerangan dengan tegas supaya ana benar2 faham.

Ana : (terdiam!)

Brother : “Pastinya ulama pewaris nabi ini, apabila diteliti dari susur galurnya tentulah menyampai kepada nabi Muhammad SAW. Islam itu sampai kepada mu mestilah bersanadkan dari Rasullullah. Apabila ulama ini berbicara, tutur katanya adalah berdalilkan dari al Quran Kalamullah semata2. Menyeru manusia bersatu dengan ayat2 Tuhan dan mengajak hanya beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT”

Ana : (terpaku!!)

Brother : “Kini aku datang menyempurnakan tugas dan menyempurnakan Islam itu agama buat mu. Ku perolehi Islam ini dari pewaris nabi dan akan ku wariskan kepada mu lalu hendaklah kamu pula mewariskan kepada isteri dan anak2 mu, kaum kerabat mu, sahabat dan kenalan mu. Malahan sebarkanlah kepada seluruh alam dan makhluknya. Seru dan ajaklah mereka kepada penyatuan dibawah satu kepimpinan dengan berdalilkan ayat2 Allah yakni al Quran nulKareem. Inilah agama dari sisi Allah.Agama disisi Allah ialah Islam” Ketegasan Brother masih seperti dahulu, sama seperti mula ana kenali dia 10 tahun yng lampau.

Ana : (terkaku!!!)

Brother : “Namun kamu hanyalah menyampaikan berita gembira kepada orang2 yang beriman dan peringatan kepada yang engkar. Samada mereka mahu menerima atau tidak, itu adalah terserah kepada urusan Allah. Tugas kita hanyalah menyampaikan kalam Tuhan sebagai penyambung risalah nabi Muhammad SAW. Mahukah kamu terima mewarisi agama Islam ini buat mu dan mewariskan pula kepada orang2 lain?”

Ana : mengangguk kepala laju dan air mata mengalir syahdu tanda kesyukuran. ana telah menemui apa yang selama ini memang dicari2. Ana segera mengambil wuduk dan terus duduk berhadapan dengan Brother menyerah diri dan mengambil janji bagi penyempurnaan keIslaman. Ana benar2 faham!

Sesudah itu, barulah kami berkesempatan mengimbau kenangan lalu namun amat terasa indah dan damai apabila diselang selikan kalam Tuhan seru sekelian alam. Ana bagai terasa kembali berguru dengan Brother dalam suasana yang sangat berlapang dada menerima petunjuk dan pengajaran dari ayat2 Tuhan yang dibacakan. Senaskah Al Quran nulKareem dibentangkan dihadapan mata dan kepala. Sesungguhnya fikiran dan perasaan begitu tenang dan tenteram. Satu kenikmatan yang tidak terhingga muncul dari hikmah baris2 kalamullah yang dibacakan oleh Brother malam itu. Ana bagai beroleh satu semangat baru dalam beragama, semogalah Allah memperkukuhkan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya. Matikanlah ana didalam Islam!

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku telah cukupkan nikmat Ku kepada kepada kamu dan aku telah redha Islam menjadi agama kamu” QS al Maaidah 5:3

SEJARAH Kelahiran KHALIFAHhimpass

Sesungguhnya Allah menjadikan manusia sebagai Khalifah – sebagai pemimpin dimuka bumi ini.

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلُُ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَآءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ

QS al Baqarah 2:30 “(Ingatlah) ketika Tuhan mu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah diatas bumi. Maka jawab mereka itu: Adakah patut Engkau jadikan diatas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah, sedang kami tasbih memuji Engkau? Allah berfirman: Sesungguhnya aku mengetahu apa2 yang engkau tidak ketahui”

Nabi Muhammad SAW bersabda : Dari Ibn Umar ra ‘Kamu semua adalah pemimpin, dan kamu semua bertanggugjawab terhadap kepimpinan’ Sudah tentulah Khalifah (pemimpin) yang dimaksudkan oleh Allah dan rasulNya terdiri dari manusia2 yang berada dilandasan yang benar dan lurus, tidak lain dan tidak bukan landasan itu hanyalah al Qurna nulKareem. Al Quran adalah hidayah petunjuk dari Allah dan sebagai iltizam kepada hambaNya sebagai khalifah dimuka bumi ini.

Khalifah bertanggungjawab sebagai hamba Tuhan, mengimani tiada Tuhan selain Allah dan akan menegakkan agama Islam yang dari sisiNya kepada semesta alam ini. Sebagai pemimpin kepada umat, tentulah ia akan menyeru dan mengajak manusia kembali kepada Tuhan dengan membacakan kalam2Nya, memberikan khabar gembira dan peringatan untuk manusia itu mendapat kesejahteraan dunia dan akhirat. Seperti yang terdahulu2 itu, kini telah didatangkan seorang khalifah (pemimpin) yang membawa keteranganNya, mengajak kepada penyatuan umat kembali kepada Allah SWT. Dikalangan golongan manusia yang mahu beriman akan sentiasa bersatu dibawah kepimpinan yang didatangkan oleh Allah menegakkan kebenaran kalam2Nya, tiada lain yang dibacakan melainkan ayat2 Allah sebagai petunjuk dalam segala aspek kehidupan. Pemimpin yang diumpamakan itu sebenarnya telah datang dahulu, pasti akan datang lagi dimasa2 akan datang; yang dahulu dan yang akan datang itu telah datang sekarang!

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku telah cukupkan nikmat Ku kepada kepada kamu dan aku telah redha Islam menjadi agama kamu” sebahagian dari QS al Maaidah 5:3 Sesungguhnya kedatangannya bukanlah membawa seruan syariat baru selepas kewafatan nabi SAW namun adalah penyambung risalah baginda yang dari Tuhan. Bukan ajaran agama baru, bukan Allah mewahyukan firman2 baru. Ringkasan sabda nabi SAW: ‘Akan datang pengganti ku - Warissatull ambiya’a yakni ‘orang yang seperti aku dan sahabat aku’ itu telah didatangkan! Sesungguhnya susur galur (sanad) pemimpin yang telah datang ini menyampai kepada nabi SAW.

Begitulah yang dapat ana perkatakan tentang kelahiran KHALIFAHhimpass, bila mana bersama para Ikhwan santai berbincang2 disuatu hari itu. Begitu juga KHALIFAHhimpass bukan agama baru! Ianya sekadar kolum yakni wadah diruang siber ini untuk menzahirkan dakwah mengikut saluran IT dizaman kini. Secara khususnya ruang siber ini adalah untuk memberikan perkhabaran gembira kepada yang mau beriman dan peringatan kepada yang engkar. Usahlah diragui apa lagi untuk menentang perkahabaran dari ayat2 Allah SWT, orang2 yang sedemikian hanyalah orang kafir!

وَمَآأَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ إِلاَّ لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِي اخْتَلَفُوا فِيهِ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

“Kami tiada menurunkan kitab kepada engkau, melainkan supaya engkau terangkan kepada mereka hal2 yang mereka perselisihkan dan untuk petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman” QS an Nahl 16:64

Sahut dan sambutlah seruan dengan mendatangi khalifah (pemimpin). Berbuat pengesahan kepimpinan dan penyempurnaan keIslaman dengan mengambil janji dengan pemimpin yang telah datang itu dan tidak lagi sekadar ngaku ngaku beriman dan sudah Islam semata2 melalui keturunan nenek moyang (Islam baka) .

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَى مَآأَنزَلَ اللهُ وَإِلَى الرَّسُولِ قَالُوا حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ ءَابَآءَنَا أَوَلَوْ كَانَ ءَابَآؤُهُمْ لاَيَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلاَيَهْتَدُونَ

“Apabila dikatakan kepada mereka:marilah kamu kepada apa yang diturunkan Allah dan kepada rasul, mereka itu menjawab: cukuplah bagi kami apa2 yang kami dapati dari bapak2 kami. Meskipun bapak2 mereka itu tiada mengetahui satu apa pun dan tiada pula mendapat petunjuk” QS al Maaidah 5:104


Ana sendiri sebenarnya telah berkesempatan bertemu dan bersua muka dengan pemimpin yang telah datang itu sebanyak dua kali. Ana panggil sebagai GURU, terima kasih kepada Brother yang mengaturkan pertemuan itu, sesungguhnya tiada sebarang kesangsian terhadap pemimpin tersebut. Perwatakan, tingkah laku dan pertuturanya menggambarkan apa yang Brother pernah ceritakan. Pertuturan yang diucapkan hanyalah ayat2 Tuhan berupa petunjuk dan pengajaran kepada pengukuhan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Perlu disebut disini, tiada keajaiban atau aneh dan pelik seumpama magic maupun khayalan ilusi! Tidak ada tuntutan atau upacara yang bukan2, tiada penyelewengan maupun syarat2 tertentu melainkan pengajaran dari Allah melalui firman (kalamNya) yang dibacakan. Tidak ada unsur2 kesesatan seperti kumpulan2 tertentu yang pernah didakwa sebagai ajaran sesat. Pesannya Guru kepada: bacalah al Quran dan Allah akan mengajar mu serta wariskan kepada manusia disekeliling mu!. Maka sambut dan sahutlah seruan KHALIFAHhimpass!!!


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

وَالْعَصْرِ {1} إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ {2} إِلاَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ {3}

QS al Ashr 103:1-3 “Demi masa (1) Sesungguhnya manusia itu adalah kerugian (2) Kecualai orang2 yang beriman dan beramal shalih dan berwasiat (berpesan2) kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran (3)”

Begitulah, Allah telah bersumpah dengan masa kerana kehidupan didunia ini adalah satu tempuh (masa) bagi manusia untuk sentiasa beriman dan bertaqwa kepadaNya. Namun kealpaan dengan kemewahan mau pun sangat menderita kerana kesusahan, manusia itu menjadi leka melayan perasaan sehingga rugi didunia ini dan diakhirat. Hanyalah orang2 yang beriman, beramal shalih dan sentiasa berwasiat atas nama kebenaran dan bersabar akan mendapat keberuntungan didunia mau pun diakhirat kelak. Begitulah janji Tuhan yang tidak akan memungkiri janjiNya.

Setahun lebih sedikit (Julai 2007- November 2008), ana bersama ikhwan kerap bertemu tanpa mengira masa yang terluang dan menjadikan malam miinggu (ahad) sebagai majlis resmi berjemaah sesama ikhwan; untuk berjumpa sambil membacakan al Quran berkonsepkan berwasiat; berpesan2 sesama sendiri. Selalu rasa rindu untuk menyebut ayat2 Allah SWT sehinggakan jika tiada pertemuan, didalam benak fikiran hanyalah kalam Tuhan yang diingatan malahan kadang2 terpacul dibibir dengan sendirinya. Lembaran naskah al Quran sentiasa ditelaah. Berjumpa kerabat dan kengkawan selalu menyebutkan ayat2Nya dengan yakin tanpa ragu; berwasiat (berpesan), menyeru dan mengajak kepada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Sesungguhnya, kepada yang mahu beriman inilah khabar gembira namun kepada yang engkar cuma sekadar peringatan dari Tuhan. Sedemikian itu terdapatlah kerabat dan kenalan yang menerima begitu jugalah yang menentang malah memandang serong kepada kami. Ana bersama ikhwan tidak akan menyembunyikan apa2 pun tentang keterangan ayatNya, tetap mengatakan kebenaran walau pun kadang2 pahit untuk menyebutnya kepada kenalan mau pun pihak2 tertentu.

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَآأَنزَلَ اللهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلاً أُوْلاَئِكَ مَايَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلاَّ النَّارَ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

“Sesungguhnya orang2 yang menyembunyikan kitab yang diturunkan Allah dan mejualnya dengan wang yang sedikit, maka tiadalah yang mereka makan masuk perutnya melainkan api neraka dan Allah tiada bercakap2 dengan mereka pada hari kiamat dan tiada pula membersihkannya; untuk mereka itu siksa yang pedih” mafhum QS al Baqarah 2:174

Sesungguhnya, dalam tempuh setahun itu, konsep berwasiat diatas kebenaran kalam Allah SWT, dilaksanakan dengan kesabaran; jumlah mereka2 yang mahu menerima semakin bertambah dari masa kemasa. Mereka yang mahu berlapang dada mendengar ayat2 Tuhan pasti mendapat hidayah dan petunjuk dariNya. Pun begitu, terdapat juga penentangan2 dan cemuhan dari individu mau pun dari pihak2 tertentu. Rumusan kepada yang membuat penentangan ini adalah disebabkan kesombongan ilmunya dan kepura2an peribadatanya!

Dua Golongan Penentang Yang Nyata

1 ) Penentang2 dari golongan berilmu tinggi, yang punya sijil dan ijazah dibidang keagamaan dari dalam dan luar negara maupun juga yang sekurang2nya disebut 4 Senawi, DAN kebanyakan mereka2 yang berjawatan khusus didalam keagamaan seperti yang beri gelaran al hafiz, ustaz/zah, pendakwah dan penceramah sering mempersoalkan kelayakan apabila dibacakan kalamullah. Kepada mereka2 yang pandai mengaji dengan kemerduan suara dan bertaranum merasakan kami tidak layak untuk membacakan ayat2 Tuhan. Mereka2 mempersoalkan sijil persekolahan, dimana mengaji pondok dan pandaikah berbahasa arab? Apakah hanya mereka yang ada sijil, bersekolah pondok dan pandai berbahasa arab sahaja yang berhak membacakan ayat2 Allah SWT? Barangkali mereka2 yang seumpama sahaja yang akan mendapat petunjuk, rahmat, taufik dan hidayah dari Allah! Mempunyai segulung sijil sebagai pengesahan iman dan taqwa kepada Allah, dan hanya merekalah yang layak memasuki syurga diakhirat kelak. Wajarkah mereka klim begitu semata kerana ketidakmampuan orang seperti kita dari segi wang ringgit dan masa untuk memperolehi sijil dan ijazah, maka tidak mungkin Allah itu zalim menjadikan manusia yang bukan seperti mereka. Sesungguhnya hanya keimanan dan ketaqwaan sesorang itu menjamin untuk syurga Allah SWT. Petunjuk dan hidayah Allah adalah karuniaNya kepada hamba yang Dia berkehendak.

فَمَن يُرِدِ اللهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإِسْلاَمِ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَآءِ كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لاَيُؤْمِنُونَ

QS al An’am 6:125 “Barangsiapa dikehendaki Allah akan menunjukinya necaya Dia lapangkan dadanya bagi Islam. Barangsia yang dikehendaki Allah akan menyesatkanya, Dia jadikan dadanya sempit dan picik. Seolah2 ia hendak naik kelangit. Demikianlah Allah mengadakan siksaan untuk orang2 yang tiada beriman”

Golongan seperti mereka terlupa bahawa nabi Muhammad SAW adalah seorang yang ummi, tidak tahu bacatulis malah seorang gembala kambing, sudah tentu sekiranya mereka hidup dizaman rasullullah menjadi penentang, menghina dan mencaci baginda. Malah mereka akan sanggup menjadi pembunuh nabi! Orang2 seperti mereka sudah ada sejak dari zaman nabi dan rasul2 terdahulu. Tidak ada apa yang mahu dihairankan cuma mengapakah mereka tidak mahu berfikir?

2 ) Golongan kedua yang menentang malah melahirkan cemuhan sehingga membawa kepada fitnah dikalangan masyarakat, menuduh kami mengamalkan ajaran sesat dan menyeleweng. Menganggap ayat2 Tuhan yang dibacakan adalah cerita dongengan orang2 dahulu. Ada diantara mereka mengklasifikasikan ana dan ikhwan telah sesat kerana apa yang disampaikan dan mengajak kepada tuntutan Allah semata2 kerana tidak pernah diperkatakan/diperbuat oleh nenek moyang dan kaum mereka.dahulu. Cara dan adat nenek moyang lebih didahulu dan diutamakan walaupun bercanggah dengan ajaran Islam yang dibawa nabi SAW. Seorang imam sebuah masjid pernah menyuarakan ‘tak pernah dibuat datuk2 kita apabila diajak meninggalkan sebahagian adat yang masih dilakukan didalam majlis perkahwinan mau pun kematian!

“Apabila dikatakan kepada mereka: marilah kamu kepada apa yang diturunkan Allah dan kepada rasul, mereka itu menjawab: cukuplah bagi kami apa2 yang kami dapati dari bapak2 kami. Meskipun bapak2 mereka itu tiada mengetahui satu apa pun dan tiada pula mendapat petunjuk” QS al Maaidah 5:104 Golongan seumpama juga merasakan Islam itu cukup semata dengan bersholat, puasa, zakat dan menunaikan haji jika bermampuan. Pada mereka janji buat apa sahaja yang nenek moyang terdahulu telah perbuat,iInilah yang dikatakan agama ikut2an, celup2an dan ngaku2 je!

Begitulah manusia, apabila dibacakan ayat2 Allah SWT, mereka menentang kerana kesombongan. Apabila diajak kepada Allah dan rasul mereka beranggapan lebih tahu dan pandai. Apabila diseru kepada keimanan dan ketaqwaan mereka lebih mendahulukan adat nenek moyang. Secara terang2an mereka menjadi penentang kepada kalamullah dan sesungguhnya menjadi penentang Allah dan rasul dan pemimpin yang didatangkan.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَطِيعُوا اللهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُوْلِى اْلأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَىْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلأَخِرِ ذَلِكَ خَيْرُُ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً

QS an Nissak 4:59 bermaksud “Hai orang orang beriman, taatlah kepada Allah, taatlah kepada rasul dan ulilamri dikalangan kamu. jika berlaku perbalahan tentang sesuatu (perkara) kembalikan kepada Allah dan rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik baik jalan” Bagaimana kita mahu mentaati Allah dan rasul tanpa mentaati pemimpin, masakan Allah mengnunjukan wajahNya atau pun mengunjukkkan tanganNya mau pun nabi Muhammad SAW yang telah wafat datang membacakan ayat2 Tuhan kepada manusia, melainkan taatilah pemimpin yang didatangkan dikalangan manusia sekarang ini! Pemimpin yang didatangkan oleh Allah SWT hanyalah akam mengkalamkan kalamullah al Quran nulKareem.

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِئَايَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لاَتُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَآءِ وَلاَيَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

“Sesungguhnya orang2 yang mendustakan ayat2 Kami dan sombong menerimanya, nescaya tiadalah dibukakan pintu langit bagi mereka dan tiadalah mereka masuk syurga, kecuali masuk unta kedalam lubang jarum. Demikianlah Kami membalasi orang2 berdosa” QS al A’raaf 7:40 Kepada sesiapa yang masih berangan2 untuk memasuki syurga Allah, disana sini bercakap tentang agama, punyai ilmu tinggi dengan amalan ibadat yang banyak, kelihatan warak namun sekiranya mendustakan kalam2 Allah SWT adalah bagai seekor mahu memasuki lubang jarum yang kecil! Adalah amat mustahil untuk berbuat sedemikian.

Ana dan ikhwan melalui KHALIFAHhimpass dimana sahaja akan terus menyeru dan mengajak manusia bersatu dibawah kepimpinan yang telah didatangkan Allah. Adalah menjadi tanggungjawab untuk menyampaikan berita gembira kepada yang mahu menerima dan memberikan peringatan kepada yang engkar! Hanyalah dengan petunjuk dan keterangan ayat al Quran, manusia ini akan bersatu bagi kemenangan dan ketinggian martabat Islam yang dijanjikan Tuhan. Seruan ini meliputi seluruh manusia tanpa mengira siapa pun mereka kerana, kerana Islam adalah rahmat bagi seluruh alam.

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْءَانُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأْنصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Apabila dibacakan orang al Quran, hendaklah kamu dengarkan dan diam, mudah2an kamu mendapat rahmat” QS al A’raaf 7:204

Maka sambut dan sahutlah seruan KHALIFAHhimpass!!!

فَذَكِّرْ إِنَّمَآأَنتَ مُذَكِّرُ ُ QS al Ghaasyiya88:21

“Maka berikanlah(mereka)peringatan, engkau hanya pemberi peringatan”


Sekian, amin,amin, amin ya muji basa ilin ya robbal alamin



*#*akan datang True Story, 'Sejarah Ditangkap Beramai2'*#*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan