IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Jumaat, 20 November 2009

KISAH BENAR SIRI III - soal siasat dan pertuduhan


بِسْــــــــمِ اللَّــــــــهِ الرَّحْمَــــــــنِ الرَّحِيــــــــمِ


أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا ءَامَنَّا وَهُمْ لاَيُفْتَنُونَ

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka dibiarkan berkata: kami telah beriman, tanpa mereka mendapat cubaan (ujian)?” QS al Ankabut 29:2


Tujuan Imam Dee untuk majlis berwasiat dapat dipercepatkan untuk menikmati jamuan kenduri tidak menjadi kenyataan. Kurang lebih 1045 malam kesemua kami yang diarak bagai tetamu khas itu diiringi pula menaiki lift untuk ketingkat 2 bagi urusan diambil keterangan sorang demi sorang. Kalau tidak silap ana, lapan bilik soal siasat dibuka ditingkat 6 dimana seorang ikhwan akan dipanggil untuk ditemuduga seorang Pegawai Penyiasat masing2. Tentulah ikhwan yang pertama dipanggil adalah Brother, beliau sebenarnya adalah fokus utama kerana sewaktu ditangkap sedang bercakap (wasiat ), kedua ialah ikhwan politik yang menimbulkan sedikit perbahasan dengan ustaz dari Jabatan Agama merangkap Ahli Dewan Ulama kepartian tempuh hari, ketiga Abang Jak selaku tuan rumah dan keempat Imam Dee. Mereka2 ini mungkin dinamakan sebagai orang besar dari kalangan kami oleh Ketua Serbuan. Ana sendiri pun entah bilangan yang keberapa dipanggil tetapi yang pastinya putera ana terlebih dahulu disoal siasat.


Perlu disebut disini, kami semua sebenarnya dalam kelaparan, putera ana yang 8 tahun sudah menggelisah hingga menekan2 perut yang sudah masuk angin! Melalui perbincangan, akhirnya pihak Jabatan berestuju untuk order roti canai dari food court disebelah bangunan. Nama ana dipanggil seelok sahaja nak suap roti canai! Tetapi tak mengapalah, minta ikhwan tentukan putera ana makan dan pesan kalau mengantuk tidurlah atas meja dibilik mennunggu itu!


Biar ana kisahkan dahulu pengalaman sendiri sewaktu disoal siasat. Nama ana dipanggil kebilik siasatan pada jam 1200 tengah malam! Pada kiraan ana, habis kesemua kami disiasat mahu sampai subuh tak habis lagi sebab yang tinggal ditingakt dua (menunggu) ada lebih kurang 12 ikhwan lagi. Mahu semua yang terlibat dari kedua pihak tidak akan tidur sampai pagi, lagi pun esuk hari minggu, tidak mengapalah, cuti pun!


Terkejut ana, apabila memasuki sahaja bilik siasatan, gambar diambil oleh seorang juru kamera sambil memegang kertas A4 tertulis nama sendiri, bagai banduan terasa dihati! Sekali lagi terkejut apabila Pegawai Penyiasat untuk ana adalah wanita, ustazah barangkali, tak sekali pun ana terpanggil namanya ustazah malam itu, *tak sampai hati! Pada pandangan ana beliau berusia 3@4 tahun lebih muda dari ana. Kelihatan cuba bermuka serius tetapi nampak keletihan bagai tidak ada mood. Mungkin terfikirkan sepatutnya berada dirumah bersama suami dan anak2 atau sudah lama lena barangkali. Tau2 dapat panggilan kepejabat untuk buat siasatan! Kad pengenalan ana berada ditangannya sambil bertanyakan biodata, dia mencatatkan segala keterangan didalam borang siasatan. Sebahagian dari soal jawab adalah seperti berikut :-


Usatazah : “Sudah lama kenal orang Indon tu? Berapa lama?”

Ana : “Kurang lebih 10 tahun, dia saudara saya”

Ustazah : “Panggil dia apa?”

Ana : “Brother!”

Ustazah : “Brother? Mengapa panggil gitu. Bukan ke encik panggil dia guru?”

Ana : “Ya, saya panggil Brother, sejak kenal panggil macam tu, dia panggil saya pun brother juga!”

Ustazah : “Kawan2 panggil Indon tu sapa?, mesti ada yang panggil guru”

Ana : Tak sorang pun panggil guru, ada panggil nama je, ada yang panggil abang. Anak saya panggi pakcik pun”


***


Ustazah : “Majlis apa malam tadi tu?”

Ana : “Bukan apa2 pun, sekadar berwasiat iaitu saling berpesan2 dengan kebenaran ayat2 al Quran. Pesan2 dengan kesabaran, seperti surah al ‘Ashr, Demi masa!

Ustazah : “Setahu saya malam tu belajar agama, gurunya Brother”

Ana : “Bukan begitu. Kami berwasiat, berpesan2 diantara kami. Buat yang disuruh Allah dan tinggalkan yang ditegah Tuhan. Bukan mengajar dan bukan belajar!”


***


Ustazah : “Pernah dengar Qadiani tak?”

Ana : “Tak, apa tu?”

Ustazah :Tak tau, tak apalah. Ada tak dia mengajarkan benda2 yang rasa pelik?”

Ana : “Saya kata dia bukan guru, bukan mengajar! Kami berwasiat!”

Ustazah : “Ok2, macam marah je. Wasiat2 yang pelik2 ada tak?”

Ana : “Pelik macamna tu?. Berpesan dengan kalam Allah; amal makruf nahi mungkar boleh jadi pelik ke?

Ustazah : “Kot2 dia ajar suruh sholat pakai niat je

Ana : “Sholat tak pakai niat ke? Dia tak suruh dan tak ajar; tapi dia pesan atau berwasiat yang Allah suruh dan yang Allah tegah! Saya pun berwasiat juga, kawan2 yang lain pun berwasiat juga. Kami saling berpesan2, saling berwasiat. Ingat mengingatkan! Tidak ada guru dan tidak ada murid!”


(Tahulah ana, bahawa Brother mau dicap sebagai guru dan mengajar kepada kami. Soalan berkaitan banyak kali diajukan seperti ustazah mahu ana bersetuju Brother sebagai guru dan mengajar, mungkin mahu dituduh sebagai guru ajaran sesat! Timbul juga geram dan marah apabila ada provokasi darinya dan ana paling tidak menyenangi apabila dia suka menyebut orang Indon!)


Ana selesai disoal siasat sekitar 0400 pagi! Soalan yang sama berulang2 kali diajukan tapi ana tetap selamba memberi jawaban yang serupa. Beberapa kali ustazah keluar masuk bilik, mungkin berbincang dengan pegawai lain dan kembali bertanyakan soalan yang serupa iaitu menjuruskan Brother sebagai guru dan mengajar pada malam tadi. Akhirnya ana dibenarkan keluar dari bilik siasatan, kelihatan beberapa ikhwan sedang lahap makan, rupanya pihak jabatan bermurah hati menyediakan makanan berupa nasi lemak. Terima kasihlah! Perut yang sebenarnya sangat lapar dan sudah berlagu keroncong, membuatkan ana bersegeralah makan. Sambil itu dapatlah kami antara beberapa ikhwan bersembang dan bertanyakan soal siasat masing2. Soalan hampir sama dimana pihak jabatan mengatakan kami mengadakan majlis belajar ilmu dan Brother sebagai guru. Tidak seorang pun diantara kami yang bersetuju, malah memberikan jawaban yang serupa bahawa kami hanyalah berwasiat dan Brother adalah bukan guru! Anakanda ana pun memberikan jawaban yang sedemikian. Sesungguhnya malam itu adalah malam berwasiat dan kenduri!


Dibilik paling hujung nampak Brother masih lagi sedang disiasat! Riak wajahnya tampak senyum sambil mengangguk2an kepala. Berakhir soal siasat jam menghampiri jam 0600 pagi! Bebaslah kami diruang tamu pejabat, ada ikhwan yang sedang makan sambil berceritakan tentang soal siasat masing2, sehinggalah kami sholat subuh berjemaah ditengah ruang pejabat dimana Brother sebagai imam. Namun tidak seorang pun dari ustaz jabatan turut serta, termasuk Ketua Serbuan, barangkali mereka sholat dibilik2 masing2.


Sehabis sholat kami diberikan keputusan yang sangat mengejutkan dimana Brother akan didakwa mengajar agama Islam tanpa tauliah, abang Jak (tuan rumah), ikhwan politik (kawan ustaz yang Ahli Dewan Ulama kepartian) dan seorang ikhwan yang kami panggil Pak Janggut lantaran memang berjanggut putih bersih berusia lingkungan 60’an pula didakwa bersubahat! Keempat2 mereka akhirnya ditahan didalam lokap jabatan dan akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah jam 1000 pagi untuk dibuat pendakwaan. Ana tertanya dalam hati, hari minggu YA Hakim tidakkah bercuti atau memang boleh diarahkan membuka mahkamahnya bila2 masa? Tiga belas kami yang lain dikehendaki mendapatkan seorang penjamin untuk tanda tangan bon bernilai RM5,000 tiap seorang! Didalam kertas bon tertulis dua tuduhan iaitu mengajar agama Islam tanpa tauliah dan bersubahat (termasuklah anakanda ana dituduh mengajar ayah dan pakcik2nya sekelian!) Mengikut keterangan pegawai jabatan, bila2 masa nanti kami akan dipanggil lagi untuk disiasat dan diambil keterangan. Kad pengenalan kami dikembalikan semula selepas bon ditanda tangani.


Menjelang 0800 pagi, ikhwan2 yang tidak terlibat dalam penangkapan malam tadi dan kaum muslimah (termasuk isteri2) dan kaum kerabat telah memenuhi ruang pejabat, datang untuk tanda tangan jaminan bon; sehinggakan bilangan mereka melebihi daripada kami yang perlu dijamin! Setiap seorang kalau hendak tiga atau 4 orang penjamin pun mudah! Ikhwan2 yang datang bersedia dengan sukarela untuk menjadi penjamin, sayu dan syahdu dihati melihatkan sikap prihatin sesama sendiri.


Bunda juga turut datang, walau masih mampu tersenyum namun kebingungan memikirkan mungkinkan Brother sekeluarga akan dapat berlepas pulang sekitar jam 1200 tengahari ini? Melalui permohonan dan rayuan sebanyak 4 kali, baharulah Ketua Serbuan memberikan keizinan untuk Bunda berjumpa Brother membincangkan hal tersebut, lebih2 lagi passport dan tiket kapal terbang telah ditahan oleh mereka bersama beg yang mengandungi al Quran milik Brother. Akhirnya Brother membuat keputusan Bunda dan anakandanya mesti membuat persiapan segera untuk berlepas pulang ke Medan, memandangkan dirinya masih belum ada ketentuan mahkamah dan pastinya tidak sempat untuk ‘tangkap penerbangan tengahari’ yang telah diconfimkan. Sekali lagi setelah 4 kali Imam Dee merayu dan memberikan alasan, baharulah Ketua Serbuan mahu memulangkan passport serta tiket Bunda dan anakandanya!!! Waktu yang sudah hampir 1000 pagi, seorang ikhwan ditugas menguruskan kepulangan Bunda tanpa Brother ikut serta. Terpancar air mata jernih dimata Bunda buat seketika.


Jam 10000 pagi, Brother dan 3 ikhwan yang ditahan didalam lokap jabatan (memang tertulis lokap didaun pintu) dibawa keluar untuk ke Bangunan Mahkamah Tinggi Syariah kira3 3KM dari jabatan. Semua ikhwan sepakat turut untuk ikut kemahkamah bagi mendengar pertuduhan, disamping memberi sokongan moral kepada mereka. Sesungguhnya tidak ternampak pun sedikit kerisauan diwajah2 mereka, kelihatan amat tenang menerima ujian dari Allah SWT. Memang YA Hakim telah berada dimahkamah, barangkali cuti mingguannya telah dibatalkan! Undang2 tidak mengenal siapa dan masa!


Pertuduhan ‘Mengajar agama Islam tanpa tauliah dan bersubahat’ dibacakan dan YA Hakim membuat ketetapan seperti berikut (kira2nya berbunyi begini) : “OKT dikenakan ikat jamin; Brother RM3000 dan passport dirampas, ikhwan politik RM1500, abang Jak RM1000 dan Pak Janggut RM1000; setiap mereka seorang penjamin yang berlainan! Memandangkan hari ahad, pejabat pentadbiran mahkamah tutup, maka pembayaran hendaklah dibuat pada hari isnin DAN oleh itu OKT akan ditahan dan ditempatkan didalam lokap balai polis. Jika tiada bayaran jaminan dibuat pada esuk, maka OKT akan dihantar kepenjara. Sebutan kes akan dipanggil pada tarikh 06 Januari 2009!” undang2 tidak kenal siapa dan masa!


Maka bermalamlah Brother, ikhwan politik, abang Jak dan Pak Janggut didalam lokap buat pertama kalinya, terpisahlah seorang isteri dan anak dengan bapa lantaran membacakan kalam2 Allah SWT………(dan 8 buah al Quran turut dirampas dan ditahan!) Tetapi, kalau esuk tidak ada RM, maka mereka akan merengkuk dalam penjara?


**** bersambung di Siri IV, ketahuilah KISAH BENAR*****


Amin, amin, amin ya muji basa ilin ya robbalalamin

Wassalamualaikum wmwb

Tiada ulasan:

Catat Ulasan