IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Isnin, 23 November 2009

KISAH BENAR SIRI IV- satu kemenangan!



Maka bermalamlah Brother, ikhwan politik, abang Jak dan Pak Janggut didalam lokap buat pertama kalinya, terpisahlah seorang isteri dan anak dengan bapa lantaran membacakan kalam2 Allah SWT………(dan 8 buah al Quran turut dirampas dan ditahan!) Tetapi, kalau esuk tidak ada RM, maka mereka akan merengkuk dalam penjara? Kami yang lain pun pulang kerumah persiapan kenduri malam tadi, kononnya untuk makan juadah mana yang ada. Memanglah tiada siapa yang sanggup makan, sudah hilang selera; makanan pun ada yang basi; badan letih dan mata pun mengantuk lantaran tidak tidur sejak semalam, fikiran pun berbaur antara marah dengan kejadian dan sedih mengingatkan ikhwan yang berempat terpaksa tidur lokap malam ini.

Akhirnya, ada antara ikhwan pulang kerumah masing2 untuk rehat dan tidur. Imam Dee dan dua orang ikhwan bersama ana kesurau berhampiran untuk rehat, tetapi sebenarnya membuat perancangan untuk mengumpulkan RM6500 sebagai wang jaminan yang perlu disediakan untuk esuk. Sesungguhnya Allah telah mempermudahkan urusan, bila mana semua ikhwan yang dihubungi bersedia memberikan sumbangan sedikit sorang, hingga jumlah berkenaan dapat dikumpulkan.

Esuknya 17 November, jam 0800 pagi tepat dengan diketuai oleh Imam Dee, beberapa orang ikhwan termasuk ana telah berada dikaunter Bahagian Kewangan Mahkamah Tinggi Syariah untuk membuat pembayaran wang jaminan. Memang kami perlu bertindak segera, takut2 mereka yang dilokap balai akan dihantar kepenjara maka lagi payah dan lambat urusan mengeluarkan mereka dari tahanan. Sesungguhnya sistem pentadbiran pejabat, silap2 hari bulan boleh menimbulkan kemarahan kerana urusan begitu lembap diremehkan hal2 yang tidak sepatutnya tetapi terpaksa dilalui atas nama prosedur! Kes sakit janjtung dan darah tinggi bertambah mungkin disebabkan hal2 begini! Jam 1000 barulah kami mendapat surat rasmi arahan mahkamah kepada Ketua Balai Polis bagi mengeluarkan tahanan kerana wang jaminan telah dibayar.

Bersegeralah kami kebalai polis yang terletak kira2 3KM jauhnya. Dukacita kami dimaklumkan bahawa empat ikhwan telah dihantar kepenjara sekitar jam 0930 tadi, kononnya lokap penuh sesak dengan tahanan baru yang ditangkap dalam operasi polis malam tadi! Mereka telah dihantar kepenjara yang terletak 60KM dari balai polis tersebut. Kami perlu mendapatkan surat rasmi arahan mahkamah yang baru sebab ianya mestilah pula dialamatkan kepada Pengarah Penjara!!! Dipendekkan cerita, kami perolehi surat arahan baru dari mahkamah kurang lebih 1200 tengahari, barulah kami bergerak kepenjara bagi mengeluarkan ikhwan2 tersebut.

Karenah birokrasi sebenarnya adalah kelemahan utama satu2 sistem pentadbiran. Dipendekkan cerita sekali lagi, sekitar jam 0600 petang barulah empat orang ikhwan kelihatan keluar dari pintu menuju ketempat kami menunggu. Sayu hati melihat wajah2 mereka, nasib baik mereka tidak bermalam pula didalam penjara! Bersegeralah pula kami balik kerumah Imam Dee kerana ikhwan dan kerabat lain sedang menunggu untuk mendengar cerita dan pengalaman mereka..

Yang pastinya Brother tidak dapat balik ke Medan lantaran passportnya masih ditahan, paling tidak tunggulah keputusan bicara pada 6 Januari akan datang. Maka berbagai2lah pandangan malahan andaian dari pelbagai pihak termasuklah dari ustaz2 Jabatan Agama sendiri. Pandangan serong dan fitnah dari masyarakat tidak dapat dielakkan. Ada terdengar cerita yang timbul mengatakan semasa ditangkap kami sedang berzikir sambil menjerit2. Walaubagaimana pun, yang menyokong dan membela masih ada, malah apabila diterangkan perkara sebenar lantas mereka ambil janji (bai’ah). Ada yang mencadangkan ambil peguam bela, marahkan Jabatan Agama masakan membaca al Quran ditangkap? Kalau menang kes, ada yang mencadangkan saman balik!

Terbalik pula dengan ustaz dari Jabatan Agama mencadangkan mengaku salah dan terima hukuman paling2 pun denda RM1000 atau dua dan tidak panjang cerita, tidak perlu turun naik mahkamah! Sorang ustaz dari Bahagian Dakwah mencadangkan kami memasuki kelas beliau dan akan diperakui untuk mengurangkan denda malah boleh memohon dibebaskan paling tidak pun sekadar mendapat surat amaran! Sebenarnya dari cakap2nya telah timbul di pihak Jabatan Agama bahawa berlaku kesilapan dengan membuat serbuan tempuhari. Tidak ada risikkan dibuat, mengapa tidak disiasat atau dipanggil kami sorang berdua terlebih dahulu. Paling dirasakan kesilapan pihak jabatan ialah 8 buah al Quran dijadikan barang saksi dan disita! Pun juga sewaktu soal siasat semasa ditangkap tempuhari, tidak terdapat sebarang bukti untuk pendakwaan dibuat. Ajaran sesat pun tidak, teroris jauh sekali! Namun kerana dah gempak dan daripada tanggung malu maka tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah dan bersubahat dicaskan! Masakan begitu? Sekiranya pihak jabatan benar2 telah tersilap, mengapa tidak mohon sahaja kepada mahkamah untuk menggugurkan (buang kes?)) pendakwaan?

Kepada saudara pengunjung siber,
Kami tetap mengatakan tidak bersalah. Majlis berwasiat bukan berguru, tidak ada guru, tidak ada murid. Brother bukan guru. Perpesan2, ingat memperingatkan sesama sendiri dengan membacakan kalam2 Allah SWT, mengajak kepada amal makruf nahi mungkar, memperkatakan yang haq dan menidakkan yang bathil dituduh telah melanggar undang2! Al Quran dijadikan panduan dikatakan satu kesalahan lalu ditangkap, dibicarakan dan dihukum!!! Kami tahu dan sangat yakin bahawa kami berada dilandasan kebenaran hakiki yang diperintahkan oleh Allah dan rasulNya. Hanyalah orang2 kafir yang berani menjiddal al Quran nulKareem.

Sesungguhnya kita tidak dapat menerima alasan sesiapa yang membaca al Quran itu bersalah dan mesti dihukum. Tidakkah terdetik didalam benak masing2 bahawa ini adalah sesuatu yang sudah melampaui batas lebih2 lagi ianya datang dari sebuah jabatan yang dipertanggungjawabkan menjaga dan memelihara syiar Islam? Timbul didalam hati dan perasaan kami, ini adalah satu perjuangan murni malah sudah sampai masanya berjihad menegakkan yang haq disisi Allah SWT. Tidak timbul sedikit pun keraguan apa lagi untuk berasa takut menghadapi apa sahaja yang bakal mendatang, InsyaAllah!

ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ ِفيهِ هُدَى لِلْمُتَّقِينَ
“Kitab itu (al Quran) tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang2 yang takwa” QS al Baqarah 2:2 dan

هَذَا بَيَانُُ لِّلنَّاسِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةُُ لِّلْمُتَّقِينَ

“(al Quran) ini adalah keterangan untuk manusia, menjadi petunjuk dan pengajaran bagi orang2taqwa” QS ali Imran 3:138

Namun menjelang tanggal perbicaraan, bagai ada satu pujuk dan isyarat dari pihak Jabatan Agama agar kami segera menghantar surat kepada Pendaftar Mahkamah memohon untuk tangguh bicara, kononnya segala urusan berkaitan boleh diselesaikan secara perundingan. Sesuatu dibelakang tabir dikatakan sedang diusahakan! Apa salahnya kalau betul, maka surat berkenaan kami kemukakan juga pada hari perbicaraan, namun perbicaraan berjalan juga mengikut jadualnya, mungkin kerana YA Hakim tidak berkesempatan membaca surat kami. Pasukan Pendakwa Jabatan Agama tidak hadir pada hari itu dan YA Hakim membuat keputusan : “Tanggal 6 Januari 2009 ; Perbicaraan tidak dapat dibuat lantaran pihak yang mendakwa tidak hadir tanpa sebarang alasan sedangkan OKT telah hadir. Ini sepatutnya tidak berlaku. Perbicaraan ditangguhkan kepada 25 Jun 2009” Yakin dan sahlah, bahawa surat permohonan tangguh bicara dari kami sebenarnya tidak diterima pakai oleh mahkamah yang bersidang. Penangguhan dibuat oleh YA Hakim adalah kerana pihak pendakwa telah tidak hadir perbicaraan! …. Dan lagi lamalah Brother berpisah dari famili tercinta!

Semenjak dari tarikh tangkapan tidak pernah ada soal siasat susulan oleh Jabatan Agama terhadap kami samada dengan empat ikhwan OKT mau pun kami yang 13 lainnya. Cerita belakang tabir pun sengap begitu sahaja, tidak ada sebarang pertemuan berlaku antara kami dengan pihak jabatan untuk sesi soal siasat mahu pun perbincangan. Nampak gayanya pertuduhan dan perbicaraan tetap akan diadakan juga, tidak ada sebarang penyelesaian secara perundingan dibuat. Oleh kerana itu, kami membuat persediaan lebih rapi dengan melantik seorang peguam bela (seorang yang percaya kami dalam kebenaran dan yakin akan menang dan fees dibayar apabila wang jaminan dikembalikan)

Akhirnya tiba juga tanggal 25 Jun, bersama dengan lawyer, penuh yakin ikhwan OKT dan kami menghadiri perbicaraan serta tawakkal kepada Allah yang akan mempermudahkan segala urusan. Apa sudah jadi? YA Hakim nampak berkerut dahi dan tampak sedikit bengang apabila Penolong Ketua Pendakwa (Ketuanya tak ada?) dalam hujjahnya memberi tahu kertas siasatan belum siap sedia dan masih berada ditangan Bahagian Penguatkuasa (Jabatan Siasatan). Sehingga saat ini, Bahagian Pendakwaan masih menunggu laporan tersebut dan beliau memohon tangguh bicara. Sesungguhnya Allah mempermudahkan urusan apabila hujjah lawyer kami untuk mendapat passport Brother telah diluluskan oleh mahkamah. Ini bermakna Brother boleh pulang kepangkuan famili yang dipaksa berpisah selama 8 bulan oleh undang2 sebuah Negara Islam yang terkemuka didunia kerana membacakan kalam Tuahn! YA Hakim berpendapat adalah tidak wajar memisahkan ahli keluarga lebih2 lagi sebagai ketua keluarga tentulah wajib menunaikan tanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak2nya. Mahkamah membuat penangguhan bicara kepada 5 Oktober 2009!

Sepatutnyalah Brother, kalau bisa tentu mahu segera pulang kepangkuan familinya, namun dukacita karenah birokrasi selalu menjadi penghalang! Surat perintah mahkamah bukan satu alasan yang cukup kuat bagi Jabatan Agama untuk memulangkan passport kepada Brother, malah terpaksa pula membayar denda kepada Jabatan Imegresen kerana tinggal lama dari sepatutnya. Sepatutnya pihak Jabatan Agama memaklumkan kepada Imegresen hal berkaitan semasa ditangkap tempuhari, nasiblah tidak pula Brother ditangkap sebagai PATI! Brother pulang dengan janji sebagai Muslim sejati, dimana akan datang semula Oktober ini bagi meneruskan perbicaraan. Sebenarnya, kalau nak cabut lari lama dah boleh berbuat demikian, bukan susah untuk pulang tanpa dokumen perjalanan! Masuk keluar sama je senangnya! Berapa ratus ribu PATI mengikut statistik di Malaysia?

Seperti yang sudah2, memang tidak ada surat resmi dari mahkamah mau pun Jabatan Agama, namun 4 Oktober Brother menjejakkan kakinya sekali lagi disini bagi menghadiri kes perbicaraan esuknya dimahkamah. Namun dipintu masuk lapangan terbang timbul pula masalah dengan pihak imegresen kerana meragui kedatanganya yang agak kerap. Diberitahu untuk bicara kes, tak ada pula surat dari mahkamah! Sudah diarahkan untuk pulang semula ke Medan, mujurlah sempat lawyer kami datang bersama fail kes, dapatlah menyelesaikan permasalahan yang timbul! Lagi2 karenah birokrasi.

5 Oktober sekali lagi ikhwan berkumpul dimahkamah bagi menunjukan sokongan moral kepada ikhwan OKT. Seperti biasa tiada wajah kerisauan malahan penuh yakin dan bertawakkal kepada Allah; pasti akan dipermudahkaNya segala urusan bagi sesiapa yang berjuang dijalanNya! Selepas Pembantu Mahkamah membacakan dakwaan tuduhan kepada OKT maka Penolong Ketua Pendakwa (Ketuanya tak ada juga kali ini) berhujjah, lebih kurang catatan biacara adalah seperti berikut:-

Pendakwa : Yang Arif Tuan Hakim, pihak Pendakwa ingin memaklumkan sehingga ketarikh ini Pihak Penguatkuasa (Bahagian Siasatan), Jabatan Agama Islam Negeri, masih belum menyerahkan kertas siasatan kepada kami. Fail OKT dan pertuduhan tidak sampai kemeja kami mungkin kerana siasatan masih belum selesai dibuat. Kami memohon untuk meminta tempuh (tangguh) dengan OKT dibebaskan tanpa lepas.

Ana : (Tampak jelas YA Hakim mengeleng kepala dua tiga kali apabila alasan yang diberi sama dengan waktu bicara kali pertama dahulu, sambil tersenyum seterusnya meminta Peguam Bela pula berhujjah)

Peguam Bela : Yang Arif Tuan Hakim, saya ingin memaklumkan sebenarnya timbul kekeliruan tentang kes ini. Apabila sebenarnya no enakmen tidak sama dengan maksudnya, dimana no tersebut menyebutkan 'mengIslamkan seseorang….' bukan 'mengajar agama Islam tanpa tauliah!' Begitu pun, masalah siasatan yang masih belum selesai, adalah difihamkan semenjak dari tarikh tangkapan dibuat yang telah hampir menjangkau setahun ini, setiap OKT dan 13 rakan yang lain tidak pernah dipanggil untuk sessi siasatan lanjutan dipejabat jabatan. Masa dan tempuh yang ada sebenarnya lebih daripada mencukupi untuk membuat siasatan. Oleh itu, disebabkan kekeliruan yang dinyatakan, masa yang telah terlalu panjang, kesukaran kepada OKT lebih2 lagi kepada yang tertuduh warganegara luar dan perbelanjaan meningkat maka dipohon kepada mahkamah yang bersidang hari ini untuk menggugurkan dakwaan, membebaskan dengan lepas semua OKT, memulangkan barangan yang disita termasuk al Quran sebanyak 8 buah dan mengembalikan wang jaminan kepada pihak penjamin OKT!

YA Hakim : Tempuh masa hampir setahun sebenarnya tidak boleh dijadikan alasan siasatan tidak dapat dibereskan. Kekeliruan enakmen sepatutnya tidak boleh berlaku. Walaupun sebagai OKT, tidaklah sewajarnya mereka itu bagai sengaja mahu disusah2kan. Pihak mahkamah juga tidak sepatutnya dibebankan dengan kes2 yang seumpama, oleh yang demikian mahkamah hari ini memutuskan bahawa dakwaan terhadapa OKT digugurkan, OKT dibebaskan dengan lepas, barangan yang disita termasuk 8 buah al Quran dipulangkan dan wang jaminan dikembalikan kepada penjamin!!!

Diluar mahkamah selepas itu, semua ikhwan tampak sungguh gembira, bersalaman dan berpelukan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah SWT telah mempermudahkan bagi hamba2nya yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. Ada ikhwan yang mengalirkan air mata tanda kegembiraan. Bagi kami ini adalah satu kemenangan yang sungguh besar ertinya dalam perjuangan. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membiarkan agamaNya diperlecehkan dengan sewenang2nya! Ana panjatkan kesyukuran kehadrat Illahi diatas ketentuanNya.

Ana ingin membuat ulasan, kesimpulan dan pengajaran dari kisah ini diposting akan datang. Untuk pengetahuan saudara pengunjung siber KHALIFAHhimpass, sehingga tarikh hari ini (23 November 2009) wang jaminan OKT masih belum dapat klimnya. Pembayaran yang sepatutnya dimasukan terus kedalam akaun bank penjamin sehingga kini masih belum ada transaksi, sedangkan urusan dan borang2 yang berkenaan telah dikemukakan seawalnya! Lagi2 karenah birokrasi!!!. Wallahhualam.

**photo diatas bukan gambar hiasan**
InsyaAllah jumpa lagi, sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan