IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Isnin, 16 November 2009

KISAH BENAR SIRI II - Penangkapan Beramai2!


بِسْــــــــمِ اللَّــــــــهِ الرَّحْمَــــــــنِ الرَّحِيــــــــمِ

يَاأَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَلْبِسُونَ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

QS Ali Imran 3:71 “Hai orang2 ahli kitab,mengapakah kamu mencampurkan yang haq dan bathil dan kamu sembunyikan yang haq itu, sedangkan kamu mengetahui?” dan

قُلْ يَاأَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللهِ مَنْ ءَامَنَ تَبْغُونَهَا عِوَجًا وَأَنتُمْ شُهَدَآءُ وَمَا اللهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

QS Ali Imran 3:99 “Katakanlah : Hai ahli kitab, mengapa kamu halangi orang yang beriman dari jalan Allah, kamu kehendaki jalan yang bengkok, sedangkan kamu mengetahui? Allah tiada lalai dari apa2 yang kamu kerjakan”




Pada awalnya KISAH BENAR – Siri II, bukanlah mahu diterbitkan dalam November ini, namun hebohnya berita penangkapan Dr MAZA, Bekas Mufti Negeri Perlis baru2 ini dimedia cetak dan elektronik menggamit ana untuk menyegerakan penerbitannya. Mungkin tidak sama tetapi serupa dengan kisah ana bersama 16 orang Ikhwan KHALIFAHhimpass yang ditangkap beramai2 pada tanggal 15 November 2008 yang lalu. Walau setahun berlalu, namun sebutan kes di Mahkamah Tinggi Syariah baharu sahaja selesai pada 5 Oktober 2009 yang lalu! Sebenarnya masih hangat dan panas dikalangan Ikhwan2, itu sebab pada awalnya bercadang untuk terbitkan apabila suasana itu dah cool sedikit. Jadi biarlah kisah ini menjadi tatapan pengunjung seawal ini.


Ana mulakan mukadimah dengan dua potong firman Allah SWT dari surah Ali Imran kerana bertepatan dengan kisah kami yang telah ditangkap oleh Jabatan Agama Negeri yang tugas utamanya adalah menjaga agama Islam didalam negeri yang terbabit. Dari pegawai atasan hinggalah kakitangan bawahan bertanggungjawab sepenuhnya kepada perkara agama, memperkatakan soal amal makruf nahi mungkar, halal haram, menentukan ajaran benar atau sesat sehinggakan akidah dan iktikad sesorang itu mesti mendapat pengesahan pihak jabatan terlebih dahulu. Mereka adalah golongan agama, mereka adalah ustaz/zah yang diberi kuasa untuk bercakap soal agama dan mengajar agama kepada orang lain. Kepada sesiapa yang bercakap persoalan agama atau mengajarkan agama mestilah mendapat tauliah kebenaran daripada jabatan, sekiranya tidak adalah menjadi kesalahan dan boleh dijatuhkan hukuman. Jabatan Agama Islam berkuasa penuh didalam perkara ini!


“Saya malu apabila ‘orang agama’ bertindak secara terbuka seakan menghalang perkembangan Islam”, demikian kata Dr MAZA didalam Mingguan Malaysia (8 November 2009) Ana bersetuju apabila beliau turut mengatakan adalah sukar untuk menunaikan arahan Nabi Muhammad SAW yang bersabda “Sampaikan yang daripada ku walaupun satu ayat” (hadith riwayat al Bukhari)


Kembali kepada kisah ana dan ikhwan, berlalu masa2 dimana kami tetap teruskan majlis berwasiat dan menyampaikan berita gembira kepada yang mahu beriman dan memberikan peringatan kepada yang engkar dengan mengkalamkan ayat Allah SWT. Tidak pernah jemu menyeru dan megajak manusia kembali kepada Allah dengan bersatu dibawah satu kepimpinan yang menjadikan al Quran sebagai landasan didalam segala aspek kehidupan. Dengan sifat dan bersikap penuh kasih sayang kami menjalankan amanah dan tanggungjawab dimana tidak pernah menyuarakan seruan secara ekstrim, taksub apalagi mengajak kepada keganasan.

Tidak ada sebarang unsur perbalahan dan perselisihan malah bukan mencari perbezaan melainkan mencari persamaan bagi penyatuan ummah melalui al Quran nulKareem. Berbagai golongan yang ditemui, bermacam2 ideologi, mereka yang tinggi ilmu dan banyak amal ibadatnya, yang berjawatan tinggi hinggalah kepada orang bawahan; apa yang disampaikan hanyalah mengajak kepada keimanan dan taqwa kepad Allah SWT dengan berdalilkan kalam2Nya! Kepada mereka yang mahu menerima, alhamdulillah.

ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ ِفيهِ هُدَى لِلْمُتَّقِينَ

“Kitab itu (al Quran) tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang2 yang takwa” QS al Baqarah 2:2. Mereka amat berlapang dada apabila dibacakan ayat2 Tuhan lantas menyegerakan ambil janji. Dalam diam tak diam jumlah yang menerima meningkat ramainya.


Namun, tidak dinafikan sedari awal pasti terdapat mereka2 yang menentang malah menzahirkan tuduhan2 dan fitnah terhadap kami. Ramai mereka yang bersikap sinis, pandang serong malah ada yang menuduh kami sesat dan telah menyeleweng dari Islam yang sebenar. Kenalan yang dulunya bagai sahabat sejati ada yang telah menjauhkan diri malahan ada diantara ikhwan turut menghadapi tentangan dari kaum kerabat terdekat. Kata2 penghinaan, dimarah, dipulaukan malahan ada yang digertak akan dilaporkan kepada pihak jabatan agama untuk diambil tindakan. Hairan bin ajaib, apabila diajak kepada membaca dan mentelaah ayat2 Allah difitnah dan dituduh sesat larat! Apabila diseru mentaati perintah Allah dan rasul dengan kalam Tuhan dipulaukan dan digertak. Mengajak untuk beriman dan bertakwa kepada Allah SWT mahu diambil tindakan dan dijatuhkan hukuman!!!


Pertengahan Oktober 2008, Brother berkunjung semula dari Medan, Indonesia dengan tujuan untuk memantapkan lagi kefahaman dan dakwah dikalangan ikhwah disamping berhajat untuk bertemu dengan beberapa kenalannya yang tidak sempat ditemui pada kedatangan pertama dahulu. Maklumlah hampir sepuluh tahun tinggal di Malaysia, tentu ramai kenalan sementelahan pula hampir sepuluh tahun juga tidak pernah bertemu. Dua minggu lagi mencukupi sebulan di Malaysia dan akan pulang semula ke Medan, berkunjung pula isteri Brother bersama anakanda.nya. Isteri Brother kami panggil Bunda nampak begitu riang dan ceria apabila dapat bertemu dengan kenalan2 muslimah yang sekian lama berpisah.


Ana membayangkan bermulanya kisah penangkapan beramai2 kami oleh jabatan agama adalah seperti berikut. Kalangan ikhwan sebenarnya terdiri dari pelbagai golongan termasuklah yang profesional, pegawai kerajaan dan swasta yang juga ahli kepada pertubuhan politik dan NGO tanah air. Menyentuh tentang politik, inilah yang menampakkan perbezaan dari segi ideolog apabila ikhwan politik cuba menyampaikan seruan mengajak rakan politiknya yang kebetulan pula adalah seorang ustaz yang bertugas dijabatan agama Islam dan Ahli Dewan Ulama Kawasan didalam kepartiannya. Mengajak kepada al Quran kepada seorang ustaz apalagi ahli dewan ulama tentulah terasa tercabar kewibawaan dan rasa tercalar imej ustaz yang ada padanya! Ana yang juga berada semasa pertemuan ikhwan dan ustaz tersebut mengakui timbul sedikit ketegangan tetapi sebenarnya adalah kepada ustaz itu sendiri.


Isu utamanya ialah apabila ustaz dengan pendiriannya tetap mempertahankan waraknya seseorang itu adalah kerana ilmu, sijil dan jawatan yang disandang seperti Mufti, al Hafiz, Haji, Imam dan seorang ustaz seperti dia sekarang. Hanya orang2 seperti mereka yang layak memperkatakan persoalan agama, hanya merekalah yang boleh mengajak dan menyeru dan wajib pula diikuti lantaran sijil dan title yang ada. Dalam hujjahnya, ikhwan menyebutkan hanya dengan rahmah , taufik dan hidayah Allah SWT seseorang itu berhak mendapat petunjuk dan boleh diperolehi dengan membaca, memahami dan mengimani al Quran. Persoalannya bagaimana dengan orang2 yang tidak berkemampuan untuk belajar tinggi (seperti ustaz) lantaran kebodohan atau pun tidak punya kemampuan wang ringgit sebagai biayai yuran, buku2; tidaklah Allah itu menzalimi hambanya dengan mencampakkan mereka kedalam neraka kerana ketidakmampuannya! Allah memberikan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Malah seorang penzina mau pun pembunuh Allah berhak menurunkan rahmatNya jika Dia berkehendak. Kelihatan muka ustaz merah kemerahan, marah barangkali?

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْءَانُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأْنصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Apabila dibacakan orang al Quran, hendaklah kamu dengarkan dan diam, mudah2an kamu mendapat rahmat” QS al A’raaf 7:204


Bagi seorang umat pula akan menjadi Islam apabila mengerjakan amal ibadat suruhan agama seperti menunaikan Rukun Islam, setiap waktu bersholat, rajin kemasjid atau sering mendengar ceramah agama dan sebagainya, namun apabila ditanya bagaimana kedudukan sesorang yang sekejap berbuat kerja suruh, sebentar lagi melanggar larangan Islam sang ustaz menyebut ‘mereka ini akan dimasukan kedalam neraka tetapi akan dimasukan juga kedalam syurga akhirnya oleh Allah!, orang itu sebenarnya adalah tetap Islam kerana telah berbuat kerja suruh’ Lalu dibacakan kepadanya firman Allah QS al Baqarah 2:80.

وَقَالُوا لَن تَمَسَّنَا النَّارُ إِلاَّ أَيَّامًا مَّعْدُودَةً قُلْ أَتَّخَذْتُمْ عِندَ اللَّهِ عَهْدًا فَلَن يُخْلِفَ اللَّهُ عَهْدَهُ أَمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ مَالاَ تَعْلَمُونَ

“Berkata mereka : Kita tiada akan disentuh api neraka melainkan beberapa hari sahaja. Katakanlah : Adakah kamu telah berjanji dengan Allah, tentu Allah tiada akan memungkiri janjiNya atau kamu mengadakan bohong terhadap Allah dengan sesuatu yang tiada kamu ketahui?”


Apabila diutarakan perjanjian yang dituntut oleh Allah, ustaz sekadar menyebut manusia itu telah berjanji sejak dialam ruh lagi (lihat QS al A’raaf 7:172) Kalau begitu bagaimana kedudukan manusia yang dikatakan kafir lantaran dianya Cina, India dan orang putih? Masuk syurga jugakah mereka kerana mereka juga berjanji dialam ruh itu? Kelihatan muka dan telinga ustaz menjadi lebih merah, bertambah marah barangkali? Bagi melegakan suasana disingkat sahaja bicara lantas kami mengajak ustaz untuk hadir dua malam lagi (malam minggu) bagi mengikuti majlis berwasiat mingguan yang diadakan disebuah rumah ikhwan,, lagi pun pada malam tersebut kami turut mengadakan jamuan/kenduri kecil2an untuk meraikan Brother dan Bunda yang akan berangkat pulang esoknya ke Medan. Kami berharap sangat ustaz dapat datang bertandang, disamping makan2 dapat juga berwasiat bersama (paling tidak dapat menyaksikan)! Dan boleh clearkan mana2 yang mungkin terkeliru atau pun tersinggung hati.


Malam minggu sememangnya malam berwasiat resmi, seminggu sekali dan diadakan dirumah Abang Jak. Malam itu memang ramai dan meriah kerana turut diadakan kenduri kesyukuran kerana Brother dan Bunda akan menaiki pesawat petang esoknya. Kaum muslimah (ister2 ikhwan) menyediakan persiapan makan selang 4 lima buah rumah dari tempat kami berwasiat.dan anak2 turut hadir. Hubungan silaturrahim nampak mesra dan ceria sesama ikhwan. Dukacita ustaz yang dimaklsdukan tidak hadir, berkemungkinan ada aturcara lain atau barangkali ada aral melintang.


Seperti selalunya, kami ikhwan lelaki duduk bersila berbentuk bulatan ditengah rumah. Majlis berwasiat dipimpin oleh Imam Dee memulakan dengan mukadimah dengan dengan salam dan seruan bertaqwa kepada Allah seterusnya membacakan beberapa potong firman dan terjemahannya. Imam Dee akan mempersilakan seorang demi seorang ikhwan untuk berwasiat secara round table, dimana setiapnya akan membacakan firman Allah sambil memberikan sedikit keterangan. Namun malam itu, mungkin kerana diadakan kenduri dan perut pun dah lapar Imam Dee terus menyerahkan majlis kepada Brother untuk berwasiat dan diminta memberikan sebarang amanah untuk ditinggalkan sebelum berlepas pulang ke Medan.


Sememang Brother seorang penyampai yang bagus, bijak dan tegas. Bahasa dan gaya amat berkesan sehingga kita merasakan betapa kerdilnya seorang hamba yang diciptakan jika dibandingkan dengan Sang Pencipta! Dengan keterangan dari ayat2 Allah dan diselang selikan hadith dan sirah Nabi membuatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana telah menetapkan Islam itu agama bagi kita! Hampir 45 minit Brother berwasiat dan diberikan sepenuh tumpuan oleh ikhwan yang hadir malam itu. Brother sering kali menyebutkan : bacalah al Quran dan Allah akan mengajari kamu!


Sedang terus Brother berwasiat, tiba2 kelihatan tiga orang manusia lelaki yang bermuka serius memasuki dan berdiri ditengah rumah sambil memberikan salam. Dalam nada suara yang agak kasar dan tegas berkata ‘Kami dari Penguatkuasa Jabatan Agama Islam, jangan bergerak kemana2 dan sila beri kerjasama!” Beliau yang mungkin sebagai Ketua Serbuan malam itu mengarahkan tiga orangya mengumpulkan kad pengenalan kami serta mengumpulkan al Quran terjemahan ditengah2 rumah. Dalam keadaan terpaku dan tercengang2 itu, rupa2nya kami ditangkap! Kelihatan Imam Dee cuba mendapatkan penjelasan dan menerangkan sesuatu dan kelihatan Ketua Serbuan mengegelengkan kepala tanda tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan. ‘Apabila nama kamu dipanggil, sorang2 keluar terus naik trak diluar untuk kepejabat agama bagi diambil keterangan!’ Brother dengan bijak memohon kesempatan untuk menutup majlis yang terhenti dengan berdoa semoga dipermudahkan Allah dengan apa yang berlaku secara tiba2 ini. Imam Dee meminta semua ikhwan bertenang dan memberikan kerjasama serta ikut sahaja arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Serbuan seterusnya. Ana perhatikan ikhwan kelihatan amat tenang malah masih mampu tersenyum2. Seperti kata Brother didalam ucapan penutupnya, ini hanyalah ketentuan Allah dan kita hanya bertawakkal kepadaNya. Bak kata Imam Dee , ini hanyalah berupa ujian dan cubaan bagi orang2 yang membaca al Quran. Kami ditangkap beramai2 kerana membaca kalamullah! Ketua Serbuan mengatakan seramai 17 orang ditangkap dan 8 buah al Quran terjemahan turut ditahan sebagai barang bukti! (al Quran ditangkap?) serta kad pengenalan kami akan dipulangkan setelah keterangan diambil kelak.


Memang siapa tidak terduga dengan apa yang sedang berlaku, sungguh mengejutkan keadaan diluar rumah ketika itu. Sekeliling rumah sudah dikepung! Kelihatan beberapa anggota FRU lengkap dengan uniform seperti mahu membenteras rusuhan, anggota polis beruniform, berpuluh2 orang yang tidak penah ana jumpa berpakaian preman, trak kosong (kami diarahkan memasukinya) ada dua buah, van dan kereta peronda polis 3 buah siap dipasangkan lampu kecemasan. Mungkin Ketua Serbuan menjangkakan peristiwa Memali akan berulang, oleh sebab itulah anggota yang dibawanya hingga mencapai 100 orang! Barangkali dia membuat andaian kami akan menyambut kedatangannya dengan hayunan pedang dan parang panjang! Ana rasa begitu dahsyat jangkaan mereka. Subhanallah!


****Akhbar2 tanggal 12 November 2009, Tun Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan antara lain berasa kesal dengan tindakan JAIS menahan Dr MAZA yang seolah2 menangkap penjenayah besar yang mengganas!****


Orang kampong pula keluar beramai2 bagai sedang menonton suatu pertunjukan, terasa sangat malu apabila ada diantaranya ana kenali. Terdengar suara2 sumbang menyebutkan padan muka, ajaran sesat dan kononnya merosakkan imej kampong tercinta! . Rakaman video dan flash kamera sentiasa rooling kewajah2 kami malam itu. Terasa bagai flim star! Kami dibawa kepejabat agama Islam yang terletak kira2 5KM jauhnya dengan diiringi kereta peronda dan motosikal trafik polis siap dengan bunyi siren memecah suasana kesunyian kampong malam itu. Terasa bagai VVIP!


Ikhwan yang dibawa untuk diambil keterangan termasuklah Brother, Imam Dee, ikhwan tuan rumah suami isteri, ikhwan2 lain, termasuk ana bersama tiga orang anakanda putera yang berusia 8/13/15 tahun. Mujur juga muslimah berada dirumah lain untuk membuat persiapan kenduri, kalau tidak tentulah ikhwan suami isteri turut ditangkap. Ana sempat talipon isteri bagi menyatakan keadaan yang berlaku, mereka sebenarnya sudah sedia maklum lantaran terdengar kebisingan bunyi siren polis! Kaum muslimah juga tidak menampakkan rasa cemas apa lagi menangis sebaliknya meyakini ini adalah ketentuan Allah SWT dan merupakan ujianNya semata2. Ana yakin Bunda yang berada bersama mereka akan memberikan kata2 semangat kerana pengalaman di Indonesia lebih hebat lagi sehinggakan diserang dan diperangi secara aktual (ikuti Kisah Benar siri2 akan datang)


Bacalah lanjutan KISAH BENAR disiri III.

Sekian, Wassalamualaikum warohmatullahhiwabarokatuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan